Saturday, December 5, 2009

“Kita doa sampai pecah perut”



KOTA BHARU – “Kita doa biar pecah perut orang itu,” kata Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, semalam.

Nik Abdul Aziz berkata demikian ketika berucap pada majlis perhimpunan bagi menyatakan sokongan kepada beliau yang dihadiri kira-kira 3,000 penyokong di Dataran Ilmu, di Jalan Dato’ Pati di sini.

Perhimpunan itu diadakan sempena kuliah mingguan Mursyidul Am Pas itu di dataran itu yang bermula 8 pagi yang turut dihadiri Exco Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri.

Beberapa sepanduk dan kain pemidang turut dipasang di sekitar lokasi itu sebagai tanda sokongan dengan sebilangan anggota Pemuda parti memakai lilit kepala berwarna merah yang bertulis “We Love Tok Guru” dan “Royalti bui-builah (bagi-bagilah)//end

Ayid//> Teman rasa ada yang kecut perut kali ini


Perhimpunan itu diadakan oleh penyokong Pas itu bagi menjawab demonstrasi bantahan ratusan penyokong UMNO terhadap Nik Aziz Selasa lalu bagi mendesak Nik Abdul Aziz memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung doa bala terhadapnya.

Dalam ucapannya, Nik Abdul Aziz menyifatkan penafian terhadap bayaran royalti minyak seperti dituntut Kerajaan Negeri sebagai melanggar keadilan asasi dan tidak adil kepada Kelantan.

“Perkara ini bercanggah dengan (prinsip) keadilan asasi,” katanya.

Nik Abdul Aziz turut mengaitkan perkara itu dengan bantahan masyarakat bukan Islam yang menentang peraturan kawalan arak ketika beliau baru memimpin Kelantan, 19 tahun lalu.

“Ada (ahli masyarakat) yang kata hendak buat pesta minum arak. Bila wartawan tanya saya (perkara itu), saya kata, bagi dia minum sampai pecah perut,” katanya sambil disambut dengan gelak ketawa oleh penyokongnya.

Mengulas kritikan terhadap kepimpinannya akhir-akhir ini, Nik Abdul Aziz berkata, serangan itu dibuat ekoran “rasa cemas” Barisan Nasional (BN) dalam usaha menutup masalah dalaman parti-parti komponennya.

“Dia (BN) nak tipu budak-budak dengan hantu boleh, tapi nak tipu rakyat Kelantan tak boleh. Masalahnya gini (begini), ambo (saya) dalam keadaan kecemasan kini kerana di Terengganu jadi ‘terkangkang’ dua, Di Perak terkangkang dua, MCA, MIC, DAP kucar-lanar (kucar-kacir).

“Ibarat orang tua dukung anak ‘jerit’ (menangis), kata ‘Hantu! Hantu!’, ‘Burung! Burung!’. Anak dok menangis juga. Sekarang ini, orang (UMNO) mulai sebut ‘Nik Aziz! Nik Aziz!’,” katanya.

Perhimpunan sejam itu berakhir dengan laungan takbir penyokongnya.

Sumber

2 comments:

mAlonG Sufina said...

jangankan pecah perut je, kita doa mintak pecah mulut sekali sebab makanan haram dia lalu kut mulut

Unknown said...

Doa sampai pecah tembelang sepatutnya,biar rakyat tahu segala tipu muslihat dia.

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak