Saturday, June 29, 2013

Pakar Undang-Undang kata Sultan ada hak bubar DUN jika...


Pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari berpendapat, Sultan Terengganu boleh membubarkan DUN sekiranya baginda tidak boleh memutuskan menteri besar yang sesuai - jika BN dan Pakatan masing-masing menguasai jumlah kerusi yang sama banyak.

Tambahnya, dalam keadaan seperti itu, pelantikan menteri besar boleh diputuskan oleh Sultan, yang boleh menggunakan pertimbangannya sendiri.

Abdul Aziz berkata, mengikut pertuntukan perlembagaan negeri, yang serupa dengan peruntukan  dalam perlembagaan persekutuan, perkara itu tertakluk bawah budi bicara Sultan.
Katanya di Terengganu, seperti juga negeri lain di Malaysia dan negara-negara Komanwel, Sultan boleh melantik seseorang yang dirasakan mendapat sokongan paling banyak dalam Dewan.

"Sekiranya Sultan tidak pasti, maka saya fikir baginda boleh membubarkan Dewan agar satu pilihan raya baru boleh diadakan.

“Ini untuk membolehkan rakyat membuat keputusan dan bukannya baginda. Dari sudut monarki sebagai simbol perpaduan yang perlu berada lebih tinggi dari parti politik, mungkin ia pilihan yang lebih baik,” katanya kepada Malaysiakini.

Malaysianinsider pula melapurkan

Ketua MCA Terengganu dan bekas anggota exco Datuk Toh Chin Yaw berkata undi pemutus speaker Dun, yang kini disandang Mohd Zubir Embong, akan membolehkan BN terus berkuasa di negeri itu.
"Pengerusi mana-mana mesyuarat mempunyai undi pemutus. Sekiranya keputusan undian adalah seri, mengikut peraturan tertentu, pengerusi (speaker) akan melaksanakan undi pemutusnya," kata beliau.
Sekiranya jumlah kerusi berada dalam keadaan seri iaitu 16-16, kerajaan BN akan memperoleh satu undi majoriti melalui undi pemutus yang diberi speaker.

P/s kalau dah 16/16 ape keroje pun tak boleh buat walau PR atau UMNO memerintah huhuhu

Sunday, June 23, 2013

Husam direman 2 hari, polis halang MB lawat. Bahkan keluarga tidak dibenar jumpa Husam

Kawalan ketat, keluarga tidak dibenar jumpa Husam

Aslani M, 23 Jun 2013

Isteri dan keluarga terdekat beserta orang ramai menunggu ketibaan Husam di IPD Pengkalan Chepa, malam tadi.

KOTA BHARU: Kawalan ketat di pekarangan Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Bharu, tempat Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa ditahan.

Orang ramai tidak dibenarkan berada di kawasan IPD kecuali wartawan dan peguam.

Ramai anggota polis berkawal termasuk pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU).

Hanya dua peguam sahaja dibenarkan masuk ke kawasan IPD iaitu Abdul Rashid Yah bersama seorang peguam.

Selain itu kelihatan isteri Husam, Datin Rohana Ab Rahman kelihatan memasuki IPD.

Difaham Husam sampai dari Kuala Lumpur jam 1.30 am pagi tadi. Isteri beliau yang berada di IPD sehingga jam 10.50 pagi ini tidak dibenarkan bertemu, termasuk anggota keluarga terdekat.

Difahamkan juga sepatutnya pagi ini Husam dibawa ke mahkamah majistret untuk mendapat perintah tahanan reman namun majistret pula dibawa ke IPD.

Pagi tadi ramai datang ke mahkamah bagi mengikuti kes berkenaan namun pulang hampa.

Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman menyifatkan apa yang berlaku terhadap Husam cukup luar biasa kerana keluarganya tadi tidak dibenarkan menemuinya

 http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/20240-kawalan-ketat-keluarga-tidak-dibenar-jumpa-husam-

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak