Saturday, September 26, 2009

Dr M: Jika saya Isa Samad...

Mantan presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan bekas naib presiden Tan Sri Isa Samad supaya tidak bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.

"Jika saya (Tan Sri) Isa, saya akan menggesa parti supaya jangan mencalonkan saya. Kemudian saya akan bekerja keras berkempen untuk calon lain yang dipilih. Dengan itu, ia akan melonjakkan reputasinya.
"Tetapi di Malaysia, budaya seumpama itu tidak wujud," kata Dr Mahathir kepada pemberita ketika ditemui di majlis hari terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri di kediamannya di Seri Kembangan.

Mengenai tindakan akar umbi Umno di situ yang tetap berkeras mahu Isa bertanding, Dr Mahathir berkata, mereka tidak mengambil kira kepentingan parti secara keseluruhannya.

Sebaliknya, kata beliau, mereka berpandangan singkat dan hanya melihat kepentingannya dan kepentingan bahagian sahaja.

"Jika parti meletakkan calon yang tidak bersih, maka keseluruhan parti akan dikutuk," katanya.

Dr Mahathir berkata, walaupun penting bagi Umno menang di Bagan Pinang, tetapi calon yang tercemar akan memalukan parti dan kerajaan BN.
Ayid>>>. UMNO teluk Kemang dah nak bagi PR menang le, Ini Tun banyak sangat dia punya songeh kata Isa tak layak, suruh Isa kempen untuk Parti la

’Api’ Yang Tetap Menyala

Jerteh, BESUT – Lee Ting Wan, 64, (gambar) atau yang lebih ’glamour’ dengan panggilan ’Api’ adalah seorang ahli Kelab Penyokong PAS yang sangat komited, bahkan beliau telah menjadi penyokong dan pengundi PAS sebelum dari Kelab Penyokong ditubuhkan.

http://www.buletinonline.net/images/stories/EidulFitri/eidulfitribesut3.JPGDari dahulu sehingga sekarang, dimana sahaja program umum PAS diadakan, pasti kakinya sampai untuk mendengar ceramah, taklimat atau hadir memberikan sokongan moral.

”Saya nak beri semangat, lawan tetap lawan,”katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Eidul Firi PAS Kawasan Besut yang diadakan di perkarangan PAS Besut, di bandar Jerteh, Khamis, 24 September.


Dengan menyangga tongkat dicelah ketiak kanannya, Api melangkah dengan dipimpin oleh temannya, hadir ke majlis tersebut.

Ayid>>>> Ni dia dah cacat pun masih sokong PAS. Orang melayu masih lagi menolak PAS, apa daj jadi tak tau le
http://www.buletinonline.net

Friday, September 25, 2009

PEMUDA DAN WANITA TETAP MAHU TAN SRI ISA SEBAGAI CALON


(Sila klik gambar jika anda rabun)
Umno Telok Kemang tetap tidak berganjak daripada pendirian mereka mereka untuk terus menamakan Tan Sri Isa Samad dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang walau hanya tinggal seminggu.

Ketua Wanitanya Rohani Yaakob berkata pemimpin atasan Umno
bagaimanapun berhak untuk memilih calon yang sesuai dengan mengambil kira pandangan bahagian berkenaan.

"Kita sudah ada kata putus. Seluruh bahagian Teluk Kemang sebulat suara mahu Tan Sri Isa diletakkan sebagai calon," katanya kepada Malaysiakini.

Ayid>>> Alahai jang, cam mano tu, jangan jadi macam permatang pasir pulak nanti, kalau itu juo pilihan Teluk Kemang akan genaplah angka 8 untuk UBN dan 9 untuk Negeri Sembilan PRK ke 9
Dalam musim menghadapi pilihanraya sekarang ni, kita sepatutnya telah bersedia dari diserang dan bersiap sedia untuk menyerang semula dengan pelbagai isu yang boleh dipaparkan kepada umum, insya Allah .
Gaduh jangan tak gaduh. Hehehehee. Pinjam pantun kat IPOH MALI kejap .... (bunyikan dengan dialek Kelate) satu dua tiga empat, hari Raya makan ketupat, lima enam tujuh lapan, salah silap harap maafkan, sembilan sepuluh, UMNO buleh pi mapuh.

PICTURE OF THE DAY - PENYERAHAN CINCIN EMAS KEPADA UBN


Ayid..>> kita sama-sama tungu la ye, siapa yang akan menerima cincin emas tersebut

Ehsan dari Cuping Merah

Thursday, September 24, 2009

PRK Bagan Pinang – Warga India Seksyen 23 Bantu Kempen PAS Dengan ‘Isu Protes Kepala Lembu’

SHAH ALAM - Penduduk berketurunan India Seksyen 23 Shah Alam dan beberapa bahagian lain di Selangor akan memastikan isu ‘kepala lembu dan protes relokasi kuil Hindu’ akan menjadi isu yang ditonjolkan dalam Pilihanraya Kecil Bagan Pinang.

Mereka merancang untuk untuk menerangkan kepada 20% pengundi India di bagan Pinang bagaimana sebenarnya protes kepala lembu adalah sesuatu yang dirancang oleh ahli politik UMNO.

"Kami akan mengingatkan (pengundi) India di Bagan Pinang apa yang berlaku kepada masyarakat di sini," kata penduduk K Raja, seorang Pelukis Pelan.

Menurutnya, kaum India Seksyen 23 dan di bahagian lain Selangor menyifatkan ketegangan kaum yang berpunca dari ’protes kepala lembu’ itu adalah disebabkan oleh parti UMNO.

Selain dari kempen rumah ke rumah, beliau berkata pihaknya akan mengedarkan risalah berkaitan insiden tersebut kepada pengundi India di Bagan Pinang

"Setakat ini, lima warga India seksyen 23 sudah bersedia dan kami akan mendapatkan sokongan lain untuk bergabung dengan kami."jelasnya.

Katanya, mereka akan bertolak dan bersama-sama hadir pada hari Penamaan calon di Bagan Pinang dengan sebuah bas.

Seorang lagi warga seksyen 23, yang tidak mahu dikenali berkata, mereka amat dukacita dan marah kepada UMNO atas apa yang terjadi dan akan membalas dengan berkempen untuk PAS dalam PRK Bagan.

"Kita tahu PAS adalah menghadapi tugas berat kerana undi pos tetapi kami akan memastikan mereka mendapat suara daripada masyarakat India," kata seorang penduduk lain.

Pengerusi Kelab Penyokong PAS Shah Alam, N Nathan berkata, selain isu ’kepala lembu’ ada beberapa isu lain yang akan digunakan untuk kempen di Bagan Pinang.

Beliau akan menguruskan perjalanan warga seksyen 23 dan lain-lain yang berhajat untuk membantu PAS dlam PRK Bagan Pinang dengan sebuah bas dan beberapa kereta.

Ayid>>>>> Munkinkah angkat 7 akan meningkat ke 8. Kita sama-sama tunggu,berjayakah tanduk lembu untuk menanduk dacing. Jika gelap bulan boleh terangkan

Wednesday, September 23, 2009

1 BULAN BACA DOA BERBUKA DI PERAK FM - RAAYAT PERAK MASIH TIDAK DAPAT MENERIMA BELIAU





Sepanjang Ramadahan lalu, beliau juga menjadi pembaca doa berbuka puasa setiap hari melalui Radio Perak FM

Zambry sebelum ini juga menggunakan jentera parti dan kerajaan negeri untuk membersihkan imejnya namun dilihat gagal.

BATU GAJAH, 22 Sept: Bulan Syawal pada amalan kebiasaannya adalah waktu bermaaf-maafan sesama insan atas kesilapan yang pernah dilakukan namun hal ini berbeza di Perak.


Sejumlah besar rakyat negeri ini kelihatan sangat sukar memberi kemaafan kepada kerajaan Barisan Nasional yang telah mengambil pemerintahan secara 'rampasan kuasa' sejak Februari lalu melalui tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)yang keluar Pakatan Rakyat menyokong BN.


Buktinya, sebarang poster dan kain pemidang mengandungi gambar Zambry ataupun ADUN BN yang lain, diconteng dengan cat dan tulisan maki hamun pihak yang tidak berpuas hati di sini.


Sebagai contoh, kain rentang ucapan Selamat Hari Raya oleh Zambry yang digantung di jalan masuk ke Pasar Batu Gajah dekat sini disembur cat hitam pada mukanya dan ditulis perkataan 'haram jadah' pada kain rentang berkenaan.

Satu lagi kain rentang yang digantung bertentangan, juga disembur cat serupa.

Manakala seorang lagi pemimpin, yang turut menerima kecaman penduduk setempat adalah Adun Sungai Rapat, Hamidah Osman.

Kain rentangnya yang digantung di pintu pagar masuk Masjid Kampung Sri Jaya di sini, turut menerima nasib yang sama.



Pada Hari Raya pertama, kain rentang berkenaan turut menjadi perhatian penduduk yang pulang ke kampung dan datang untuk bersolat di masjid berkenaan.

Seminggu lalu juga, Hamidah dikatakan menggunakan masjid tersebut sebagai tempat menyampaikan bantuan kepada masyarakat di kampung tersebut


Ayid>>> Tengok gambar pun orang tak suka, tak faham tak apa

Monday, September 21, 2009

Samy Vellu kepada Dr M: Jangan Masuk Campur Bagan Pinang



Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu mahu mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak campur tangan dalam pemilihan calon BN untuk pilihan raya kecil Dun Bagan Pinang.

Beliau berkata Dr Mahathir boleh menjejaskan jentera pilihanraya BN melalui kenyataan-kenyataan yang dikeluarkannya, sepertimana yang telah berlaku dalam pilihanraya-pilihanraya kecil lepas.

"MIC akan akur dengan siapa sahaja yang dipilih oleh Perdana Menteri, yang juga pengerusi BN. Dr Mahathir tidak sepatutnya campur tangan dalam terlalu banyak perkara yang mungkin meletakkan BN dalam keadaan sukar," katanya.

Ayid>>>Dulu semasa Mahathir berkuasa, bukan main sokong lagi. Sekarang dah pandai pulak beri amaran jangan masuk campur.

Nampaknya yang buat serangan peribadi sekarang bukan nya Parti bertanding, perperangan berlaku sekarang adalah antara Tun Mahathir dengan Samy Vellu. Harapan Pakatan untuk menang dah nampak. ka ka ka ka ka

Sunday, September 20, 2009

BUKAN MB PAKATAN SAJA BOLEH BACA KHUTUBAH - BLOGGER PAKATAN PUN BOLEH BACA KHUTUBAH

Bloger Anak Sengat dari Pakatan Raayat sedang menyampaikan khutubah sempena sembahyang sunat Aidil Fitri, di masjid jamek lama gopeng. Ini yang ada kelebihan dalam Pakatan Raayat. Bukan setakat nak jadi blogger sahaja. Selama hari ini cuma kita dengan MB dari Pakatan Raayat yang membaca khutubah dan memberi tazkirah.

Ayid> Belum nampak lagi blogger dari UBN tampil untuk membaca khutubah

Inikah Tanah RM500K Yang DiBeli Oleh ADUN Tepoh??



http://www.buletinonline.net/images/stories/berita10/TanahRamliNuh%20002.jpgKUALA NERUS – Kegelisahan rakyat dan para pengundi dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh semakin bertambah, apabila disana sini kedengaran cakap-cakap yang wakil Rakyatnya tidak lagi ’cakna’ rakyat.

”Rata-rata rakuat DUN Tepoh sekarang YB tidak lagi seperti dulu, sewaktu penggal pertama menjadi wakil rakyat,”kata seorang ahli Umno yang ditemui Buletinonline.

Malah, yang paling malang bagi YB Ramli Nuh, ada tuduhan yang mengatakan bahawa beliau kini sedang senok mengumpul harta bernilai jutaan ringgit.


Ahli Umno dan pengundi DUN Tepoh yang tidak mahu dikenali itu mempersoalkan, bagaimana dalam masa dua penggal sahaja, Ramli boleh membeli 3 lot tanah dan merancang membina sebuah rumah baru.


”Mu beli tanah RM500k dan nak buat rumah RM500k, ambil pitih mana,”soal ahli Umno tersebut yang ditujukan kepada ADUN Tepoh terbabit.

Sunday, 20 September 2009 03:42 Wartawan Buletin


follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak