Rizal Tahir, | 20 Apr 2013 |
PENGKALAN CHEPA: Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah, menyifatkan calon Barisan Nasional (BN) Johan Che Pa yang tidak menghantar borang pencalonan sebagai menipu penyokong sendiri.
Menurut Amar, andainya pada penyokong boleh khianat, apa lagi pada rakyat di bawah lagi senang untuk ditipu.
Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas calon BN itu yang hanya hadir sebagaimana calon PRU 13 yang lain, sebaliknya tidak menyerahkan borang pencalonannya.
Beliau juga turut menyifatkan ianya sebagai petanda kekalahan BN yang akan hilang satu kerusi di negeri ini kerana amalan politik kotor di kalangan ahli dan penyokong sendiri.
“Nasihat saya pada penyokong BN tidak perlu keluar mengundi kerana mereka tidak ada calon di Pasir Mas.
“Mereka nak undi siapa, Datuk Ibrahim Ali bukan calon mereka, tetapi Bebas.
"Orang bukan main lagi berarak beramai-ramai untuk memberi sokongan, tetapi sanggup dia tidak menyerahkan borang,”ujarnya.
Menurutnya, bagaimana Umno ingin mempertahankan negara sekiranya calon sendiri tidak menyerahkan borang pencalonan.
“Kalau penyokong dia sendiri boleh dia tipu, apa lagi rakyat di bawah, lagi senang nak tipu. Parti macam ni ke nak bagi harapan memerintah negara,”ujarnya.
Pada masa yang sama beliau berkata, wanita Umno juga tidak berpuas hati apabila pimpinan tertinggi parti itu tidak dicalonkan untuk bertanding pada PRU.
Jelasnya, Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim telah istihar keluar Umno dan melepaskan semua jawatan untuk bertanding bebas sebagai bukti Umno juga tidak menghargai sayap kiri perjuangan parti itu