Saturday, December 17, 2011

[GAMBAR] Perkahwinan Gay Ariff Alfian, Bukan Salah Ibu Mengandung

Macamana wanita nak kahwin, banyak sangat yang minat kaum sejenis

Berikut ini petikan cerita mengenai dihancurkannya umat Nabi Luth tersebut dalam Alquran.''Mengapa kamu mendatangi jenis lelaki di antara manusia, dan kamu tinggalkan istri-istri yang dijadikan Tuhanmu untukmu, bahkan kamu adalah orang-orang yang melampaui batas.'' (QS Asy-Syu'araa [26]: 165-166)

Dan kepada Luth, Kami telah berikan hikmah dan ilmu, dan telah Kami selamatkan dia dari (azab yang telah menimpa penduduk) kota yang mengerjakan perbuatan keji. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang jahat lagi fasik.
Dan Kami masukkan dia ke dalam rahmat Kami; karena sesungguhnya dia termasuk orang-orang yang saleh. (Q.S. Al Anbiya :74 - 75)



Saya petik dari (Harian Metro on Line)

Baru-baru ini seorang bapa meminta pertolongan pihak Utusan Malaysia untuk mengesan anaknya, Ariff Alfian Rosli yang gagal dihubungi sejak tiga tahun lalu.

Anaknya itu adalah pelajar perubatan di Dublin, Ireland.

Pesara pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang telah berkhidmat selama 31 tahun, Rosli Haron, 56, kini buntu mengesan anak kedua daripada empat beradik itu setelah mencuba pelbagai usaha termasuk membuat laporan kepada polis, Wisma Putra, Kedutaan Malaysia di Ireland dan Kedutaan Ireland di sini, dalam tempoh tersebut.

Prihatin dengan keadaan itu, Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Datuk Muhd. Khairun Aseh berjanji akan terbang ke United Kingdom (UK) pada 23 Disember ini bagi bertemu dengan Kelab UMNO Luar Negara UK dan Ireland dalam usaha mengesan Ariff Alfian.

Muhd. Khairun berkata, buat masa ini, pihaknya masih mengumpul beberapa maklumat mengenai Ariff Alfian supaya usaha menjejaki pelajar terbabit dapat dilakukan.

Namun akhirnya disahkan Ariff Alfian berada dalam keadaan selamat di sana.

Duta Malaysia ke Ireland, Datuk Ramli Naam berkata, pihaknya maklum tentang kehadiran Ariff Alfian di negara itu sejak beliau masih dalam pengajian lagi.

Bagaimanapun, katanya, pihak kedutaan dan Wisma Putra tidak boleh mendedahkan maklumat terperinci bekas pelajar tajaan Petronas itu kerana menghormati Akta Data Perlindungan Peribadi Dublin.

Tetapi yang lebih mengejutkan, pelajar tersebut dikatakan telah berkahwin dengan SEORANG LELAKI bernama Jonathan di sana

Beberapa keping gambar perkahwinannya dengan seorang lelaki warga asing, tersebar di dalam sebuah laman web bigayweddingproject.com.

Apa yang mengejutkan, pada majlis perkahwinan sejenis yang dipercayai berlangsung dalam sebuah gereja di luar negara, dia memakai baju Melayu berwarna hitam, lengkap bersamping serta tanjak berwarna emas.

Pasangannya yang dianggarkan berusia lewat 30-an pula mengenakan busana sut lengkap warna hitam yang biasanya dipakai ketika majlis perkahwinan masyarakat Barat.

Laman web yang dipercayai menyokong perkahwinan homoseksual itu telah memuatkan sebanyak 15 keping gambar sepanjang majlis ‘perkahwinan’ itu berlangsung.

Antara yang disiarkan adalah pasangan itu bergambar di dalam kumpulan dan sedang diraikan setelah selesai menjalani proses bergelar ‘suami-isteri’.

Terdapat dua keping gambar lelaki warga asing itu sedang bersiap sedia melangsungkan perkahwinan sambil dibantu rakan-rakannya.

Turut menarik perhatian ialah gambar yang menunjukkan lelaki Melayu itu disarungkan cincin oleh pasangannya.

Menurut keterangan yang dipaparkan bersama kepingan gambar yang dipercayai dimuatkan pada 20 September itu, pasangan terbabit merupakan klien pertama bagi projek penggambaran majlis perkahwinan golongan homoseksual dikendalikan laman web berkenaan.

Astagfirullahazim, penulis tak tahu apa nak diperkatakan lagi.

Dalam hal ini, yang paling tertekan sudah tentu keluarga Ariff Alfian.

Lelaki itu sudah tentu enak dipeluk ‘suaminya’ tetapi keluarganya terutama ibu dan bapa sudah tentu berendam airmata.

Apa tidaknya, anak yang dibela, diberi didikan agama dan didikan dunia hingga berjaya menjejakkan kaki ke kolej perubatan boleh menconteng arang di muka mereka.

Itu belum dikira hutang yang terpaksa ditanggung disebabkan si anak tidak berjaya menghabiskan pelajaran.

Dalam hal ini, penulis meminta janganlah disalahkan ibu bapanya 100 peratus…tidak ada ibu bapa di dunia ini yang mahu anak mereka jadi begitu.

Bak kata pepatah…bukan salah ibu mengandung.

Mungkin ada kelemahan dalam proses mereka membesarkan Ariff Alfian tetapi sebagai seorang yang terpelajar, dia sudah tentu tahu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk.

Penulis tidak tahu apa nak buat kalau berada di tempat ibu dan bapa lelaki berkenaan, ini kerana apa yang berlaku cukup keji dan memalukan bukan saja pada agama kita, tetapi juga pada bangsa dan negara.

Inilah padahnya kalau terlalu berfikiran liberal, semuanya hendak dihalalkan demi kebebasan dan atas nama hak asasi manusia.

Penulis pernah membaca kenyataan peguam Zainul Rijal Abu Bakar.

Katanya, hak asasi tersebut sebenarnya tidak boleh bercanggah dengan prinsip utama dalam Perlembagaan.

Hak asasi ini dilihat seolah-olah menghalalkan apa jua amalan mengikut naluri nafsu golongan tertentu.

Mungkin hari ini mereka mahukan hak bagi golongan yang mengamalkan seks sejenis.

Kemudian hari kelak berkemungkinan ada yang memperjuangkan atas nama hak asasi seseorang itu bebas melakukan seks dengan anak kandung sendiri ataupun dengan haiwan.

Ini disebabkan hak tersebut perlu dihormati dan tidak ada orang yang boleh menghalangnya.

Pendekatan sebegini adalah amat terpesong dengan prinsip utama Perlembagaan Persekutuan itu sendiri selain bertentangan dengan ajaran agama Islam.

Namun golongan ini tidak harus dizalimi tetapi didekati supaya mereka diberi peluang untuk balik ke pangkal jalan.

Mendekati golongan ini bukanlah dengan memperjuangkan agar mereka dapat terus mengamalkan amalan hina tersebut tetapi supaya mereka meninggalkannya, Wallahualam – Oleh SYAHRIL A. KADIR


SUMBER

Friday, December 16, 2011

Bior betul?.. Ini bukan aku kata. Harakahdaily yng tulis. Jika aku tak copy pun orang lain dah baca-



Nasharudin tidak pernah hadir mesyuarat - Mustafa
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 16 Sept: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar) berkata, Ustaz Nasharudin Mat Isa tidak pernah datang ke mesyuarat PAS sejak muktamar yang lalu walaupun dilantik sebagai AJK PAS Pusat dan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS.

Datuk Dr Hassan Ali pula hanya sesekali sahaja datang ke mesyuarat PAS Pusat tetapi tidak pernah datang ke mesyuarat PAS negeri selepas dilantik semula sebagai ahli perhubungan.

Mana pergi pejuang bangsa. Kamu rela bangsa kamu menjadi pengamal tabiat umat Nabi Luth

Gejala Umat Nabi Luth bertapak di malaysia

Macamana wanita nak kahwin, banyak sangat yang minat kaum sejenis

Berikut ini petikan cerita mengenai dihancurkannya umat Nabi Luth tersebut dalam Alquran.''Mengapa kamu mendatangi jenis lelaki di antara manusia, dan kamu tinggalkan istri-istri yang dijadikan Tuhanmu untukmu, bahkan kamu adalah orang-orang yang melampaui batas.'' (QS Asy-Syu'araa [26]:

Ngapa Nangis dan tercengang dek?. Kan tu Isteri PM

kaka kaka
ketakutan ke!
kebinguan pun ada
kaka kaka
kenapa adek adek ini
macam tengok benda pelik aje
kaka kaka
Ibu bapa perlu tunjuk contoh baik kepada anak-anak:Rosmah (sini)


Thursday, December 15, 2011

"PAS pernah kehilangan Presiden suatu waktu dahulu tapi ahli tak lari ikut orang, tapi mereka ikut dasar

Mahfuz: Hasan mahu keluar PAS, silakan


PAS tidak pernah menghalang mana-mana pemimpinnya daripada meninggalkan parti dan menyertai Umno, termasuklah exco kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali.

NONE"Terpulangkan kepada dia," kata Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar (kanan) ketika diminta mengulas desas desus bahawa Dr Hasan akan keluar parti.

Sejak beberapa tahun lalu, Hasan yang juga bekas pesuruhjaya PAS
negeri sering dikaitkan dengan kumpulan yang menyokong idea kerajaan perpaduan kedua-dua parti Melayu terbesar itu.

Dr Hasan bahkan pada Isnin lalu secara terbuka mengumumkan kesediaan menerima jemputan daripada perdana menteri untuk membincangkan usaha menyatupadukan Melayu-Islam, termasuk PAS dan Umno.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Mahfuz berkata, PAS tidak pernah membantah mana-mana anggotanya meninggalkan parti kerana ia merupakan hak dalam negara demokrasi.

azlanBeliau bagaimapun berkata tidak pasti bahawa khabar angin itu benar ataupun tidak.

Anggota parlimen Pokok Sena itu menegaskan, PAS mampu menangani perkara itu jika berlaku kerana pernah melalui pengalaman seumpamanya sebelum ini.

"Isu keluar parti ini PAS sudah lama lalui dah. Presiden parti pun pernah keluar.

"Tetapi PAS masih terus berjalan seperti biasa," katanya merujuk kepada keluarnya presiden keempat parti Islam itu Datuk Asri Muda pada tahun 1982 akibat krisis kepimpinan.

Mahfuz juga menegaskan, PAS sentiasa bergerak sebagai sebuah organisasi dan tidak pernah bergantung kepada mana-mana individu untuk tujuan itu.

Read more

Jika Ini di lakukan di Malaysia?... Apa akan terjadi

Polis Aceh botakkan kepala 60 peminat muzik punk

“Kami khuatir undang-undang syariah yang dilaksanakan di wilayah ini akan tercemar akibat aktiviti mereka,” kata Timbalan Datuk Bandar Banda Aceh, Illiza Sa’aduddin Djamal semalam.

“Kami harap dengan menghantar mereka ke program pemulihan akhlak, mereka akhirnya akan bertaubat,” tambahnya.

KEPALA dua pemuda punk Aceh dibotakkan oleh dua anggota polis.

BANDA ACEH, Indonesia – Polis memulihkan akhlak lebih 60 peminat muzik punk rock yang terdiri daripada golongan belia di wilayah Aceh, Sumatera dengan alasan mereka mencemarkan imej wilayah berkenaan.

Sejak ditangkap pada satu konsert di sini pada malam Sabtu lepas, seramai 59 peminat punk rock lelaki dan lima peminat perempuan dipaksa memotong rambut, menukar pakaian dan bersolat.

Beratus-ratus peminat punk rock Indonesia tiba di Aceh untuk menonton konsert itu bagi mengumpul derma anak yatim.

Polis kemudian menyerbu tempat konsert tersebut dan menangkap sejumlah peminat yang menyimpan gaya rambut mohawks dan bertatu, memakai seluar jeans ketat serta rantai.

Mereka dibawa ke sebuah kem berdekatan kelmarin bagi menjalani program pemulihan akhlak selama 10 hari yang dikendalikan oleh pihak polis.

Koresponden agensi berita AFP memberitahu, seorang gadis menangis apabila beberapa wanita bertudung memotong pendek rambutnya manakala beberapa lelaki mengeluh semasa kepala mereka dibotakkan.

“Kenapa mereka menangkap kami? Mereka tidak memberikan sebarang alasan,” kata seorang pemuda, Fauzal, 20.

“Kami tidak mencuri, kami tidak mengganggu sesiapa. Kami berhak untuk menonton konsert,” tambahnya.

Seorang lelaki berusia 22 tahun dari Medan yang ditahan di kem berkenaan berkata, dia bimbang akan kelilangan pekerjaannya selepas ditahan selama 10 hari.

“Saya baru mula bekerja di sebuah bank di Medan. Saya tidak tahu apa yang perlu dikatakan kepada mereka (polis) kerana saya tidak tahu mengapa kami ditangkap,” katanya.

Polis sebaliknya menyatakan, penangkapan tersebut dibuat bagi mengelakkan golongan belia daripada berkelakuan menyimpang agama.

“Mereka tidak pernah mandi, mereka tinggal di jalanan, tidak pernah solat,” kata Ketua Polis Aceh, Iskandar Hasan.

“Kami perlu memulihkan mereka supaya mereka berkelakuan baik dan berakhlak. Mereka perlukan layanan keras bagi memulihkan mental mereka,” tambahnya.

Dalam perkembangan berkaitan seorang aktivis hak asasi manusia Indonesia, Evi Narti Zain berkata, penangkapan anak-anak muda itu melanggar hak asasi manusia. – AFP

HMO

Wednesday, December 14, 2011

Hilang sudah prinsip yang dipegangnya selama ini.

Wahai orang-orang yang beriman, betakwalah kamu kepada ALLAH dengan sebenar-benarnya, dan janganlah kamu mati melainkan kamu MUSLIM (3 : 102)

Lelaki Disebat 2,080 Kali Kerana Rogol Anak Sendiri


Seorang bapa dari Arab Saudi dijatuhkan hukuman sebat 2,080 kali oleh mahkamah Arab Saudi kerana didapati bersalah merogol anak perempuannya, mengikut undang-undang syariah di sana.

Walaupun si bapa mengatakan beliau melakukan sedemikian atas pengaruh dadah dan tidak sedar semasa melakukannya, mahkamah tetap menjatuhkan hukuman tersebut sebagai pengajaran buat rakyat negara itu. Read More

Kih kih kih Dr M: ‘Usahlah cari bomoh kerana ingin menang’

Rupanya budaya syirik ni ada dalam UMooooNO, kalau tak tentu Mamak tak cakap

Saya Petik (MI)

KUALA LUMPUR, 13 Dis — Sementara tumpuan negara menuju ke arah pilihan raya umum ke-13, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan ahli-ahli politik tidak perlu mendapatkan khidmat bomoh untuk menang.

Kata beliau, kemenangan tidak akan dijamin oleh bomoh, sebaliknya kualiti perkhidmatan dan tingkah laku seseorang akan membawa kejayaan dalam pilihan raya.

“Ahli-ahli politik pun tak usahlah cari bomoh kerana ingin menang. Bukan bomoh yang boleh beri kemenangan. Budi yang baik, tingkah laku yang sopan, keperihatinan akan masalah yang dihadapi rakyat yang boleh memberi kemenangan dan kejayaan,” kata beliau dalam entri terbaru blognya, bertajuk “Tajuk” hari ini.

Bekas presiden Umno ini berkata orang Melayu tidak wajar menjadi bangsa penakut kerana ia juga akan menjadi penghalang kepada kejayaan mereka.

Tuesday, December 13, 2011

JADI MACAM SINGAPURA,KENAPA EZAM TAKUT?


Mahluk specis ape dia ini
Aspan Alias

Senator Ezam Mohd Nor berkata kalau PR memerintah PR akan dipengaruhi DAP dan Malaysia akan menjadi seperti Singapura. Apa maksud beliau susah hendak difahami dan itu tidak menjadi hal, kerana Umno memangnya sebuah parti yang pemimpin-pemimpinnya selalu bercakap yang susah hendak difahami oleh orang ramai. Apa yang tidak eloknya di Singapura itu mungkin Ezam sahaja yang tahu.

Apa yang Ezam (gambar) takut jika Malaysia menjadi seperti Singapura? Adakah Ezam takut Malaysia tidak lagi kaya rasuah seperti di Singapura? Adakah Ezam takut Malaysia akan menjadi negara maju jika negara ini menjadi seperti Singapura? Adakah Ezam takut jika Malaysia menjadi negara yang mempunyai kepimpinan yang beretika dan pemimpin-pemimpinnya tidak berlumba-lumba untuk menakluki segala harta kekayaan negara?

Read more

Monday, December 12, 2011

Skandal NFC: Dedah agenda Muhyiddin guling Najib?

Share


KOMENTAR Hingga ke saat ini, Ketua Wanita Umno merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tidak menyatakan pendirian berhubung desakan perletakan jawatan beliau sebagai menteri.

Begitu juga dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang terus membisu berhubung kemelut yang membelenggu parti pimpinannya yang disabitkan dengan Shahrizat.

Projek NFC iaitu sebuah projek RM250 juta kerajaan yang dianugerahkan kepada sebuah syarikat milik keluarga Sharizat semasa pentadbiran Tun Abdullah Badawi pada tahun 2007 benar-benar meletakkan Najib dalam keadaan paling tertekan.

Najib perlu siasat Muhyiddin

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail ketika sidang media pada 10 November lalu di lobI parlimen meminta Najib menyiasat Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung dakwaan itu.

Kata Saifuddin, Muhyiddin perlu disiasat selaku kedudukannya sebagai menteri pertanian yang meluluskan projek dan pinjaman kepada keluarga Ketua Wanita Umno untuk projek feedlot berkenaan sebelum ini.

Ketua Angkatan Muda (AMK) PKR, Shahsul Iskandar Mohd Akin pula menganggap pemberian projek NFC kepada keluarga Shahrizat merupakan agenda sulit Muhyiddin untuk menyingkirkan Najib.

Manakala pemberian projek ternakan lembu tersebut kepada keluarga Ketua Wanita Umno tersebut bertujuan menagih sokongan Wanita untuk membantu Muhyiddin menewaskan Najib dalam pemilihan ketika perhimpunan Agung Umno nanti.

Shamsul memberikan alasan tersebut berdasarkan sehingga ke saat ini pemilihan Agung Umno masih belum dilaksanakan walaupun telah beberapa kali berlangsungnya perhimpunan Agung diadakan.

Menurut Shamsul keputusan Presiden Umno untuk tidak membuat pemilihan disebabkan Najib menyedari gerakan kesepakatan timbalan beliau untuk menyingkirkan beliau.

Dilema Najib

Ibarat ditelan mati emak, di luah mati anak, Najib terus berdiam diri sesuai dengan jolokan sikap 'play safe' beliau sebelum ini.

Apa yang pasti, Najib sedang diapit dengan pelbagai delima berhubung masa depan parti pimpinannya apatah lagi saat menjelang Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 yang beliau sahaja tahu tarikhnya.

Lepaskan atau menghukum Shahrizat akan menyebabkan sayap kiri Umno bukan sahaja akan patah malah tidak mampu lagi untuk terbang. Sedangkan dalam mana-mana PRU jentera perayu undi wanita merupakan gerakan utama kemenangan.

Tambahan pula dalam wanita Umno tidak ada tokoh wibawa yang mampu membawa 'aura' Umno selain Shahrizat. Najib atau perwakilan Umno amat yakin bahawa tanpa skandal yang terpalit pada Shahrizat, Wanita Umno akan menjadi kuat dan mampu meraih banyak undi atas pagar. Itulah kekuatan Shahrizat sebelum ini.

Di atas kekuatan itulah juga Najib sanggup menjemput Shahrizat meyertai kabinet walaupun beliau kalah dalam PRU 2008 di Lembah pantai kepada anak Anwar Ibrahim, Nurul Izzah.

Kekuatan Shahrizat jadi rebutan

Najib dikira agak lewat melihat kekuatan Shahrizat berbanding Timbalan beliau, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Atau mungkin Najib mungkin baru sedar setelah melihat senario bagaimana pemberian projek NFC tersebut boleh diperoleh oleh Keluarga Shahrizat. Sedangkan syarikat tersebut langsung tidak mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam bidang ternakan lembu.

Namun sebagai veteran politik dan melihat projek RM250 juta diberikan kepada keluarga Ketua Wanita Umno, tidak salah kiranya Najib menghidu sesuatu yang tidak kena dengan 'cerita' disebalik agenda pemberian tersebut.

Ketika skandal penyelewengan NFC dipapar di media, para wartawan menyerbu Muhyiddin dan bertanyakan respon berhubung penyelewengan tersebut.

Media sedar pemberian projek kerajaan bernialai RM250 juta tersebut diberikan kepada keluarga Shahrizat ketika Muhyiddin menjadi Menteri Pertanian dan Asas Tani.

Dalam kata lainnya, apabila melibatkan projek kerajaan bernilai berjuta ringgit maka keputusannya akan ditentu dan diputus oleh pihak menteri.

Justeru sebagai Menteri Pertanian, setentunya diatas 'perkenan' Muhyiddinlah projek NFC tersebut di serahkan kepada syarikat milik suami Shahrizat.

Pakatan Muhyiddin- Shahrizat?

Kenyataan Muhyiddin kepada media sejurus soalan tersebut dimajukan kepada beliau serta tindakan menyerahkan kepada Menteri Pertanian dan Asas Tani, Noh Omar untuk menjawabnya, tersisip sesuatu yang tidak kena.

Muhyiddin sedar tindakan 'melayan' pertanyaan media akan menyebabkan isu melibatkan Ketua Wanita Umno tersebut akan berpaling kepada beliau.

Berdasarkan bacaan asas politik, pemberian projek NFC oleh Muyiddin kepada syarikat milik keluarga Ketua Wanita Umno tersebut setentunya mempunyai hubung kait dengan sesuatu kepentingan yang bersifat sokongan.

Kalau Najib pernah mengungkap bidalan "I help you, you help me' kepada pengundi di Sarawak, tidak mustahil Muhyiddin juga lebih dahulu menggunakan madah yang sama untuk 'mengayat' Shahrizat.

Dalam survival politik, sokongan dari pergerakan wanita amat besar maknanya. Justeru Muhyiddin membuat perkiraan dengan 'menambat' kepalanya, akan mudahlah untuk di urus ekornya.

Persaingan Muhyiddin-Najib

Pertembungan antara Najib-Muhyiddin ketika era Abdullah Badawi menjadi perdana Menteri bukanlah hal yang tersembunyi. Malah kebanyakan ahli-ahli Umno disemua peringkat lebih maklum.

Abdullah Badawi pula terpaksa mengambil masa hampir empat bulan untuk melantik timbalannya sejurus dilantik menggantikan Tun Dr Mahathir pada 2003.

Dua calon yang dilihat paling layak untuk mengisi jawatan timbalan beliau adalah Muhyiddin Yassin dan Najib Razak.

Dalam falsafah politk pula, sang ketua akan cuba melantik pembantunya yang lebih lemah berbanding pembantunya yang kuat kerana dalam status Quo Umno hanya timbalan yang mampu mencabar presiden.

Abdullah juga sedar sekiranya Najib dipilih akan membawa kepada usia jawatan beliau sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri lebih pendek disebabkan Najib mendapat dokongan dari bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir.

Lantaran desakan dari team Najib terlalu kuat selain tekanan dari Dr Mahathir, Abdullah cuba menenangkan keadaan dengan melantik Ahli Parlimen Pekan itu sebagai pembantu beliau.

Walaupun akur dengan perlantikan Najib sebagai timbalan beliau, Abdullah perlu membuat 'check and balance' bagi menghalang kebangkitan Najib bersama teamnya.

Maka tidak ada calon yang lebih layak untuk memastikan Najib tidak 'besar kepala' selain Muhyiddin.

Peranan Muhyiddin

Strategi Abdullah meletakkan Muhyiddin dalam kementerian Pertanian yang kemudiannya dinamakan Kementerian Pertanian dan Asas Tani dilihat sebagai strategi untuk 'menyembunyikan' Ahli Parlimen Pagoh tersebut.

Manakala Najib pula dibiarkan terus untuk menguasai skuad pasukan beragam negara bersama skandal pembelian kapal selam Scorpion yang masih menghantui Najib dan kementerian Pertahanan.

Abdullah membiarkan Muhyidddin menguasai ahli akar umbi Umno yang kebanyakannya terdiri dari golongan petani, penternak dan nelayan.

Dalam masa yang sama Abdullah cuba komersilkan sektor pertanian sebagai sebuah industri yang berdaya maju. Lalu Abdullah menjadikan moto 'Pertanian sebagai sebuah Industri' bagi kempen menaikkan bidang pertanian dibawah naungan kementerian Muhyiddin.

Tujuannya supaya peranan Muhyidddin lebih menonjol dikalangan ahli-ahli Umno dengan dibekalkan peruntukan yang besar. Dengan peruntukan besar tersebut akan lebih 'memesrakan' Muhyiddin dengan akar umbi.

Keluarga Shahrizat dapat NFC

Projek Fidlot Kebangsaan (NFC) merupakan salah satu dari projek ternak lembu yang selama ini diberikan kepada petani bersekala kecil tetapi cuba di komersilkan sebagai projek perintis dengan menelan belanja RM250 juta.

Kelebihan NFC yang berada dibawah program perintis Kementerian dibawah Muhyiddin ini antara lainnya mempunyai beberapa kelonggaran termasuk terma pembayaran balik yang tidak ada tempohnya.

Persoalannya..... kepada siapakah projek bernilai RM250 juta ini akan diserahkan?.

Andai dalam setiap kali berlangsung pemilihan dalam perhimpunan agung Umno, isu politik wang atau rasuah politik bernilai jutaan ringgit telah menjadi amalan biasa dalam Umno.

Muhyiddin yang juga seorang Naib Presiden Umno boleh melihat ruang dan peluang besar dengan wang berjuta ringgit tanpa menggunakan wang dari kocek sendiri.

Dengan tanda tangan kecil diatas sebuah dokumen tidak memerlukan beliau untuk turun berkempen di akar umbi bagi mendapatkan sokongan.

Pakatan Abdullah- Muhyiddin

Muhyiddin juga sedar peranan yang diberikan oleh Abdullah bagi meneruskan kerjaya Abdullah sebagai pemimpin tertinggi negara.

Dalam masa yang sama beliau juga akan turut 'menuai' keuntungan besar sekiranya misi 'menggulingkan' seteru politik beliau berhasil.

Malah Muhyiddin tidak perlu risau sokongan pemuda Umno memandangkan Khairy Jamaluddin yang digelar Dr Mahathir sebagai 'budak nakal tingkat empat' itu adalah menantu Abdullah.

Justeru Muhyiddin hanya memerlukan sokongan dari pergerakan Wanita untuk memastikan sokongan 'solid' terhadap beliau dan Abdullah.

Berdasarkan kronologi tersebut tidak menghairankan sekiranya keluarga Shahrizat mendapat habuan mengendalikan projek perintis Kementerian dibawah Muhyiddin tersebut.

Dengan projek yang dipersetujui berasaskan konsep 'I help you, You help me ' itu diharap akan melengkapkan sokongan dua sayap Umno terhadap Muhyiddin.

Khairy Bersubahat?

Ramai terperanjat apabila Ketua Pemuda Umno merangkap menantu Abdullah, melenting dan 'menjawab' bagi pihak Shahrizat apabila isu pembelian kondo mewah di Bangsar di dedahkan oleh Setiausaha Agong PKR, Saifuddin Nasution Ismail.

Kenyataan Khairy menerusi blok beliau rembau.net turut menjelaskan secara terperinci berhubung penglibatan syarikat National Livestock and Meat Corporation (NLMC) yang juga syarikat milik Shahrizat dengan NFC berhubung penyelewengan pembelian kondo mewah di Bangsar bernilai RM9.8 juta juga menjadi tanda tanya.

Mulanya ramai berfikir mungkin Khairy ingin membela Shahrizat atas kapasiti beliau sebagai ketua sayap pemuda bertujuan mengurangkan tekanan ke atas Shahrizat yang juga ketua wanita Umno.

Namun setelah melihat secara menyeluruh. Mungkin juga ada kebenaran kata-kata Dr Mahathir bahawa kabinet Abdullah sebelum ini ditentukan oleh keputusan dari tingkat empat.

Begitu juga tindakan Khairy yang sering memberikan pelbagai alasan untuk mengelak dari berdebat dengan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli memperlihatkan kebimbangan Ketua Pemuda Umno tersebut berhubung pembongkaran lebih besar disebalik projek NFC tersebut.

Muhyiddin tertewas

Muhyiddin hakikatnya telah pun tewas di pusiang pertama ekoran penyingkiran Abdullah dari menerajui negara.

Muhyiddin merupakan pemimpin pertama Umno yang memberi tekanan dan menyaran Abdullah menyegerakan proses peralihan kuasa ke tangan Najib sejurus selepas BN menerima kekalahan teruk dalam PRU 2008 lalu.

Apakah tujuannya bagi menutup isu 'pakatan sulit' beliau?.

Manakala ketewasan yang lebih teruk adalah berhubung isu NFC yang semungkinnya telah dapat di hidu oleh Najib yang kini menjadi bos beliau.

Dalam politik, musuh harus dipangkas dari mata tunasnya sekiranya mahukan survivalnya lebih cemerlang dan berpanjangan.

Najib juga mungkin lebih sedar sekarang bahawa musuh yang lebih merbahaya yang beliau sedang hadapi adalah 'pembantu' yang selalu berhadapan dengannya. Bukannya pembangkang.


TVS NEWS

Sunday, December 11, 2011

Hudud: Soi Lek diberi amaran keras

Sebelum itu, Naib Presiden PAS Dato’ Mahfuz Omar mengucapkan ‘tahniah’ kepada Umno kerana memberi lesen dan permit kepada ‘anak angkat’ mereka, Soi Lek untuk terus mencerca Islam.

Kata-kata sinis tetapi cukup tegas itu ditujukan oleh ahli parlimen Pokok Sena itu kepada Umno yang diterajui oleh Datuk Seri Najib Tun Razak yang ‘sepi tanpa suara’ apabila Islam diperlekehkan oleh rakan sekutunya dari MCA.

Wira Perkasa Malaysia memberi amaran keras kepada MCA dan presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (gambar)serta semua pemimpin bukan Islam supaya berhenti dari menghina Islam dan hukum hudud.“Biar isu hudud di tentukan oleh orang Islam sendiri. MCA jaga kaum kamu, dalam masa yang sama kita sebagai Tuan di negara ini tidak pernah mempertikaikan agama-agama kamu,” tegas ketuanya Irwan Fahmi Ideris dalam satu kenyataan media hari ini.

“Tolong jangan campur urusan Islam. Soi Lek, jangan kamu “menjadi duri dalam daging”, “gunting dalam lipatan”. Parti MCA ini telah gagal pada Pilihan Raya Umum ke 12 tempoh hari, sepatutnya kembalikan kepercayaan kaum kamu.

“Kepimpinan Wira mencabar MCA tunjukkan kekuatan kamu, bukan membuat kenyataan yang menghina Islam,” katanya.

Ujar beliau, “harus di ingat Perkasa mempunyai pengundi-pengundi di seluruh pelusuk negara, kita akan pastikan calon-calon yang mengguris perasaan orang-orang Islam akan tumbang pada PRU yang akan datang.”

Read more

Rais lawan arus, kecam Flashmob KLCC


Sistem undang-undang khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih mempunyai kuasa untuk bertindak menjaga keamanan walaupun kerajaan meliberalkan beberapa sistem berkaitan aspek kehidupan, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim.Mengulas tindakan kira-kira 100 peserta ‘flashmob’ yang berkumpul di pusat membeli-belah KLCC semalam untuk membantah rang undang-undang Perhimpunan Awam 2011, Rais mengingatkan orang ramai agar jangan keterlaluan hanya kerana beberapa sistem sudah diliberalkan.
“Jangan keterlaluan semata-mata Perdana Menteri atau sistem kerajaan sudah meliberalkan beberapa aspek kehidupan kita. Kuasa polis itu tetap ada.

“Apa pun undang-undang yang diolah atau dipinda, tinggal lagi jangan diuji sangat kesabaran tersebut sehingga kita mewujudkan kekacauan,” katanya kepada pemberita selepas menyertai pertandingan badminton antara JASA dan pasukan D’Sury, di Kuala Lumpur, hari ini.

Rais turut menyifatkan mereka yang bertindak melakukan perhimpunan di tempat awam khususnya di lokasi tumpuan orang ramai sebagai mereka yang tidak menghargai kebebasan sendiri.

“Saya percaya pihak polis akan sentiasa melakukan pemerhatian yang kerap dan sekiranya melanggar perhitungan dan keamanan damai di jalan raya dan pasar raya, tindakan setimpal akan diambil,” katanya.

Read more

Panas: Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, beliau ada hak untuk mempersoalkan HUDUD

Soi Lek: Jika ABIM berhak, saya pun ada hak persoal hudud

December 11, 2011

KUALA LUMPUR, 11 Dis ― Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, beliau ada hak untuk mempersoalkan pelaksanaan undang-undang hudud yang hendak dibawa oleh PAS.

Menurut Dr Chua, sementara Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mempunyai hak untuk memintanya memohon maaf, beliau juga ada hak untuk bercakap mengenai hudud versi PAS dan impaknya ke atas bukan Islam di negara ini.

“ABIM seharusnya mengiktiraf hak MCA sebagai parti politik. Satu forum (yang dianjurkan baru-baru ini) sebulat suara mendapati bahawa hudud PAS akan ada impak ke atas bukan Islam.

“Anda perlu dengan khusus berkata ia hudud PAS dan bukan hanya hudud,” kata beliau (gambar) dipetik Sunday Star hari ini.

Sehubungan itu kata beliau, adalah sesuatu yang mengarut untuk mengatakan bahawa bukan Islam tidak boleh bercakap mengenai hudud.

“Akhirnya, ia ada impak ke atas kesemua rakyat Malaysia, kita semua adalah sebahagian daripada rakyat Malaysia,” katanya lagi.

Kelmarin, ABIM menyerahkan satu memorandum kepada Dr Chua, mengulangi gesaan agar presiden MCA itu memohon maaf secara terbuka kepada semua umat Islam di negara ini ekoran kenyataannya mengenai hudud baru-baru ini.

Setiausaha Agung ABIM Mohamad Raimi Ab Rahim berkata, pihaknya kesal di atas kenyataan prejudis beliau yang merendahkan martabat perundangan hudud sekiranya dilaksanakan di negara ini.

“Adalah jelas bahawa kenyataan beliau bersifat tohmahan, prejudis dan tidak langsung disandarkan kepada sebarang fakta atau perangkaan empirikal yang boleh menjustifikasi dakwaaan beliau.

“Namun sehingga hari ini, beliau masih belum membuat sebarang permohonan maaf secara terbuka kepada umat Islam berhubung dengan kenyataan tersebut,” kata beliau.

Justeru kata beliau, ABIM terpanggil untuk sekali lagi menggesa beliau berbuat demikian dalam tempoh masa 48 jam menerusi saluran-saluran media di negara ini.

MI

Surat terbuka TGHA Awang untuk UMNO

Kaka kaka
Ada Berani ke UMNO
Terima
HanggitttTTTT
ke UMNO mahu terima


Surat terbuka kepada Melayu: Islam didahulukan, Melayu bersamanya

Tok Guru Abdul Hadi Awang

PAS berulangkali mengajak UMNO bermuzakarah secara ilmu Islam dan adabnya bagi selamatkan umat dan negara dengan Islam, bukan berbincang untuk bersama memikul biawak hidup yang diternak oleh UMNO.

slam didahulukan, Melayu bersamanya. Bukan Melayu didahulukan, Islam mengikutnya, kerana Islam ditegakkan Melayu selamat. Kalau Melayu ditegakkan di atas aqidah kebangsaannya, Melayu sesat, Islam terpinggir. Inilah kecuaian UMNO sejak ditubuhkan sehingga kini

http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=12521

Janda Genster Bahaya ini

Lebih memalukan, janda mualaf berusia 28 tahun yang memeluk Islam ketika berkahwin dengan bekas suaminya tiga tahun dulu seakan-akan membelakangi agama dianutinya apabila kini mempunyai dua anak hasil hubungan luar nikah dengan dua lelaki berbeza

Hilang arah lepas cerai

KUALA LUMPUR: Dia layak digelar janda gengster! Selepas diceraikan suaminya, wanita ini cuba melupakan masalah dihadapi dengan cara songsang apabila terbabit dalam penyalahgunaan dadah dan kumpulan kongsi gelap.

Read more

Ada pihak jual borang BR1M RM50


POLIS sedang memantau aktiviti penjualan borang BR1M dengan pesalah boleh didakwa atas cubaan menipu.
NIBONG TEBAL – Di saat kesibukan orang ramai untuk memperoleh borang permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi mendapatkan RM500 yang diberikan oleh kerajaan bermula semalam, rupa-rupanya ada pihak tidak bertanggungjawab cuba mengaut keuntungan dengan menjual borang tersebut pada harga RM50 setiap satu.
Perbuatan itu didedahkan oleh Penasihat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Zainal Abidin Osman dengan berkata, selain dijual, mereka juga mengenakan bayaran bagi mengisi borang berkenaan.

Baca lagi http://www.harian-metro-online.com/ada-pihak-jual-borang-br1m-rm50

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak