"Beliau minta supaya Tok Guru janganlah doakan dia”
Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Husam Musa menyambut baik kesediaan Perdana Menteri Najib Abdul Razak untuk berunding mencari penyelesaian berhubung isu royalti minyak Kelantan.
Sehubungan itu, Husam berharap tidak ada mana-mana menyalah-tafsir doa Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai taktik mencetuskan konflik.
Bagi Husam, doa adalah senjata orang-orang yang tertindas, khususnya rakyat Kelantan yang dinafikan royalti seperti yang dijanjikan.
Beliau melahirkan rasa kesal pihak tertentu sengaja memutar-belit isu sekitar doa tersebut, tanpa melaporkan penjelasan dan pendirian Nik Aziz.
“Semalam perdana menteri telah menyebut bahawa beliau sedia untuk berunding dan beliau minta supaya Tok Guru janganlah doakan dia”. Kita masih menuntut pembayaran itu dibuat kepada kerajaan negeri secara langsung. Bukan wang itu diuruskan oleh kerajaan pusat melalui peruntukan wang ehsan. Kalau kita lihat kehendak undang-undang ini ialah pembayaran tunai terus kepada kerajaan negeri," katanya.
Husam berkata kerajaan negeri Kelantan sukacita menyambut kesudian Najib untuk turun berunding.
Kerajaan negeri berpendapat pembayaran royalti minyak adalah lebih adil dan munasabah sekiranya ia disalur terus kepada Perbendaharaan Negeri Kelantan, dan bukan kepada agensi lantikan Kerajaan Pusat atau koridor projek raya.
“ Saya bagi pihak kerajaan negeri, selaku pengerusi jawatankuasa petroleum negeri Kelantan yang dilantik oleh exco telah menulis surat kepada Perdana Menteri. Tadi saya telah berjumpa dengan Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Maslan mohon jasa baik untuk dia mengatur perjumpaan di antara wakil kerajaan negeri dengan wakil dari Jabatan Perdana Mentei atau pun Perdana Menteri dalam isu tuntutan royalti," katanya.
Sumber
2 comments:
Auf ibn Malik al-Asyja‘i pernah bertutur demikian:
Aku pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda, “Sebaik-baik pemimpin kalian adalah orang-orang yang mencintai kalian dan kalian pun mencintai mereka; mereka mendoakan kalian dan kalian pun mendoakan mereka. Sebaliknya, seburuk-buruk pemimpin kalian adalah orang-orang yang kalian benci dan mereka pun membenci kalian; kalian melaknat mereka dan mereka pun melaknat kalian.” Para sahabat bertanya, “Apakah kami boleh memerangi mereka?” Beliau bersabda, “Tidak, selama mereka menegakkan shalat.” (HR Muslim).
Yang dimaksud dengan menegakkan shalat adalah memerintah dengan Islam atau, dengan kata lain, menerapkan syariat Islam. Ungakap di atas menggunakan gaya bahasa tasmiyah al-kulli bi ismi juz’i (menyebut sebagian tetapi yang dimaksud adalah keseluruhan).
Tapi adakah UMNO memerintah dengan dasar Islam?? Jawapannya UMNO memerintah dengan dasar sekular, maka katakanlah tidak kepada UMNO yang sudah tersasar daripada Al-Quran dan As-Sunnah.....
Post a Comment