
Rujuk pautan di bawah:
Ribuan kenderaan terkandas lebih tiga jam di atas Jambatan Pulau Pinang akibat kebakaran kabel bervoltan tinggi Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Km 2 menghala ke sini hari ini.
Kejadian pukul 10.02 pagi itu turut menyebabkan trafik menghala keluar dan masuk ke pulau tersebut dilapor sesak sepanjang lebih 10 kilometer, selain lorong kanan di kedua-dua arah di atas jambatan ditutup.
Sementara itu, Naib Presiden TNB (Bahagian Penghantaran) Razimi Remeli berkata kebakaran tersebut melibatkan tiga litar berkuasa 132 kilowatt di bawah jambatan berkenaan.
"Kejadian menyebabkan gangguan elektrik di sebahagian kawasan di Bayan Baru, George Town dan Gelugor. Bagaimanapun bekalan berjaya dipulihkan dalam masa dua minit selepas kejadian," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Beliau turut memberi jaminan bekalan elektrik adalah mencukupi dan pengguna di negeri itu tidak perlu risau.
.: TVSelangor.com“MIC gembira kerana sekarang kita sudah mula menjauhkan diri daripada Perkasa. Mereka, dalam apa jua keadaan tidak akan membantu BN,” kata Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar ini.
Beberapa pemimpib MCA juga mengalu-alukan pendirian Tengku Adnan yang meminta BN menolak Perkasa.
Naib Presiden MCA Gan Ping Sieu berkata, Ibrahim bukan seorang yang penting dan oleh itu beliau harus diketepikan.
“Kita tidak harus menaikkan darjatnya dengan memberikan terlalu banyak reaksi dan jawapan,” katanya.
Pemimpin-pemimpin Umno yang selama ini kelihatan ‘membisu’ dalam melahirkan pendirian mereka, hari ini secara terbuka mengaku bahawa perjuangan Perkasa boleh memudaratkan dasar BN dan sokongan kepada perikatan 13 komponen itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz memberitahu The Malaysian Insider bahawa sudah sampai masanya Umno membuat pendirian tegas terhadap Ibrahim dan Perkasa.
“Saya sudah berkata perkara ini awal-awal lagi... Umno seharusnya tampil lebih awal lagi. Hanya sekarang mereka mengekori pandangan saya.
“Bagaimanapun langkah ini baik, ya, ia akan membantu kami, dalam perjuangan kami sebab langkah untuk menjauhkan diri daripada kumpulan seperti ini adalah baik.
“Perkasa bercanggah dengan dasar 1 Malaysia kami,” kata beliau ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di Seri Perdana di sini hari ini.
Nazri yang sejak dulu lagi lantang berbanding pemimpin-pemimpin Umno yang lain apabila menyentuh topik berkaitan Perkasa menambah, kesemua ahli Perkasa dan penaungnya bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, adalah mereka yang berkepentingan “politik.”
“Siapa mereka?” kata Nazri sambil menambah, pihak berkenaan adalah mereka yang gagal memperoleh jawatan dalam parti, lalu menyertai Perkasa.
“Dan, Dr Mahathir?” kata beliau.
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin juga bersetuju bahawa pandangan-pandangan Perkasa “sangat berat sebelah”, dan Umno tidak pernah menerima pendirian pertubuhan bukan kerajaan itu.
“Dalam Umno, apabila mempertahankan hak Melayu, kami cuba untuk berlaku adil.
“Apa yang dilakukan oleh Perkasa adalah apabila mereka membawa sesuatu, ia dilihat mereka telah gagal untuk mengambil kira pertimbangan atau kepentingan kaum-kaum lain.
“Umno tidak menerima apa yang dilakukan oleh Perkasa,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.
Beliau mengingatkan Ibrahim bahawa negara diikat bersama oleh aspek kepelbagaian dan hidup dalam harmoni ekoran kefahaman dan aturan sosial yang sudah pun dipersetujui pada masa lalu.
“Jika kita kecewa dengan keseimbangan ini, sudah pasti ia akan membawa kepada kekecewaan.
“Itu sebab, dalam Umno, kami mempertahankan hak orang Melayu tetapi kami percaya bahawa adanya tempat bagi setiap rakyat Malaysia. Kami mahu kesemua kumpulan memahami perkara ini,” kata beliau lagi.
Dalam temu bual terbaru, Dr Mahathir secara terbuka terus menyatakan sokongan beliau kepada Perkasa ketika Umno pimpinan Datuk Seri Najib Razak semakin menjauhkan diri daripada pertubuhan bukan kerajaan itu.
Dr Mahathir, yang dilihat sebagai ‘orang kuat’ Perkasa, telah merasmikan mesyuarat agung tahunan pertubuhan itu Mac lalu.
The Malaysian Insider difahamkan bahawa Najib telah meminta pemimpin-pemimpin Umno agar tidak menyatakan sokongan kepada Perkasa.
Semalam, dalam kenyataan terbuka Ibrahim berkata, Perkasa pimpinannya tidak memerlukan sokongan Umno termasuk jika pihaknya bertanding dalam pilihan raya umum ke-13.
“Perkasa, NGO tidak memerlukan sokongan Umno atau mana-mana parti politik.
“Cuma (kami) memerlukan sokongan semua ahli seluruh negara dan rakyat biasa yang menyokong perjuangan Perkasa,” kata beliau.
Sehari sebelum itu bekas ahli Umno itu membidas Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hanya berminat untuk mendapatkan undi masyarakat Cina berbanding orang Melayu.
Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider Selasa lalu, Tengku Adnan menegaskan, partinya tidak akan menyokong Ibrahim jika bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 sebagai calon Bebas.
Sebaliknya kata beliau, Umno akan meletakkan calonnya seperti yang dilakukan masa-masa lalu di kawasan Parlimen Pasir Mas, Kelantan.
Malah beliau juga menolak tanggapan kebanyakan pihak bahawa Umno menjalin kerjasama ataupun memihak perjuangan Perkasa pimpinan Ibrahim.
Perkasa ditubuhkan dua tahun lalu, selepas pilihan raya umum Mac 2008.
“Mengapa Umno harus sokong dia? Umno patut meletakkan calon di Pasir Mas. Kami akan bertanding di Pasir Mas,” kata Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung BN.
Ibrahim yang dipecat dari Umno pada 2004 memenangi kerusi Parlimen pada 8 Mac 2008 menggunakan lambang PAS.
“Sebagai Setiausaha Agung (Umno) saya boleh memberitahu anda, kami tiada apa-apa kaitan dengan Perkasa dan sesetengah perkara yang dilakukan oleh Perkasa, kami tidak gembira kerana mereka menghakis sokongan kepada kami,” kata Tengku Adnan apabila diajukan soalan bahawa kebanyakan ahli Perkasa adalah dari Umno.
“Apabila mereka bercakap mengenai kawan-kawan saya kalangan Cina atau kawan saya orang India, mereka menyebabkan kami kehilangan lebih banyak undi,” katanya lagi.
Sebelum ini Perkasa pernah mengatakan bahawa sesiapa yang memusuhi pertubuhan ini tidak akan menerima sokongan dalam pilihan raya umum akan datang.
Dr Mahathir merupakan penaung Perkasa yang dilihat mewakili pandangan kumpulan konservatif dalam Umno, yang menentang pendekatan Najib melakukan pembaharuan ekonomi atas alasan ia akan menghakis kedudukan orang Melayu dan Bumiputera.
“Ahli Perkasa adalah penyokong Umno. Tindakan mengetepikan mereka tidak akan membantu perjuangan Umno,” kata Dr Mahathir yang juga bekas presiden Umno dan bekas pengerusi BN.
Dalam pada itu Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga melahirkan pendirian yang seiring dengan dua rakan sejawatannya itu.
Naib Presiden Umno ini menekankan pendirian Perkasa sangat bersifat etnosentrik.
“Kita harus menolak pendirian bersifat etnosentrik di negara ini. Ia tidak harus digalakkan.
“Saya khuatir kumpulan-kumpulan lain akan mula berjuang untuk kepentingan kaum masing-masing,” kata beliau.
Kata Zahid, Umno kemungkinan adalah hak orang Melayu dam Bumiputera, tetapi masih berjuang bagi kepentingan bukan Melayu.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan menyokong pandangan Zahid dengan menegaskan bahawa Perkasa hanya berjuang untuk kaum tunggal.
“Kami berjuang untuk semua,” kata Ketua Penerangan Umno ini.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata Perkasa hanya sebuah pertubuhan bukan kerajaan.
“Kita seharusnya berupaya untuk bercakap antara sebuah parti politik dan sebuah pertubuhan bukan kerajaan. Mereka harus bertindak sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan dan itu sahaja.
“Mereka boleh adakan majlis mereka dan menjalankan program-program sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan,” kata Timbalan Pengerusi Umno Selangor ini.
Nazri berkata Perkasa tidak akan membawa impak ke atas Umno dan BN.
“Tiada siapa yang peduli mengenai Perkasa. Mereka hanya terkenal di media,” katanya lagi.
Nazri juga meramalkan sekiranya Ibrahim bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Mas beliau akan kalah.
“Ini kerana beliau menipu PAS dan menang atas tiket PAS. Siapa yang akan menyokong beliau sebagai calon Bebas nanti?” katanya.
Naib Presiden MIC Datuk M. Saravanan juga menyatakan pendirian dengan menolak Perkasa.
“MIC gembira kerana sekarang kita sudah mula menjauhkan diri daripada Perkasa. Mereka, dalam apa jua keadaan tidak akan membantu BN,” kata Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar ini.
Beberapa pemimpib MCA juga mengalu-alukan pendirian Tengku Adnan yang meminta BN menolak Perkasa.
Naib Presiden MCA Gan Ping Sieu berkata, Ibrahim bukan seorang yang penting dan oleh itu beliau harus diketepikan.
“Kita tidak harus menaikkan darjatnya dengan memberikan terlalu banyak reaksi dan jawapan,” katanya.
Seorang lagi Naib Presiden MCA Datuk Chor Chee Heung juga menyifatkan kenyataan Tengku Adnan sebagai pendirian yang sangat bijak daripada seorang pemimpin Umno dan BN setakat ini.
Bagaimanapun Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek enggan mengulas perkara ini.
MalaysiainsiderUMNO-BN akhirnya menyatakan pendirian untuk menjarakkan diri daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA), setelah Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor berkata sedemikian kepada media, semalam.
Hubungan antara UMNO dengan PERKASA menarik perhatian ramai sejak badan bukan kerajaan (NGO) ini muncul di arena politik tanahair, dan mendakwa dirinya sebagai pertubuhan yang memperjuangkan kepentingan Melayu.
Sementara PERKASA disifatkan sebagai batu penghalang kepada perubahan yang ingin dibawa Perdana Menteri Najib Razak ketika BN berdepan dengan komuniti bukan Melayu-Islam, PERKASA memainkan peranan seakan-akan "sayap UMNO" untuk melancarkan serangannya terhadap Pakatan Rakyat di kalangan umat Melayu-Islam.
Seperti slogan 1Malaysia yang diberi tafsiran berbeza mengikut keperluan masing-masing, ketika ia dilaungkan kepada komuniti yang berbeza; PERKASA juga memainkan peranan yang lebih kurang sama untuk BN. Malah, kekeruhan ini tidak dijernihkan sepenuhnya biarpun pendirian UMNO-BN telah dinyatakan...
NST dan Star
Pendirian untuk menjauhkan diri daripada PERKASA dinyatakan oleh Tengku Adnan dalam satu wawancara bersama The Malaysian Insider yang disiarkan semalam. Beliau kemudian mengulangi kenyataan yang sama, ketika dihubungi beberapa media selepas mempengerusikan mesyuarat pertama bersama Setiausaha Agung parti komponen BN.
New Straits Times, akhbar bahasa Inggeris yang dimiliki UMNO, meletakkan berita ini di muka depannya, dengan tajuk - Pemimpin BN diberi jaminan oleh Setiausaha Agung - "UMNO tidak sokong Perkasa" ('Umno does not support Perkasa' - BN leaderders given assurance by sec-gen).
Mengikut laporan, "UMNO dengan jelas (unequivocally) menjauhkan diri daripada PERKASA, yang disifatkan oleh pemimpin BN sebagai langkah penting untuk mendapatkan sokongan bukan Melayu."
"Setiausaha Agung UMNO Tengku Adnan Tengku Mansor memberitahu parti komponen BN bahawa UMNO tidak akan menyokong PERKASA, atau Presidennya Ibrahim Ali dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang."
Begitu juga dengan Star, akhbar bahasa Inggeris milikan MCA, dengan tajuk UMNO menolak PERKASA (Umno rejects Perkasa) pada muka surat kedua. Malah di bawah tajuknya, Ku Nan (Tengku Adnan) dipetik berkata, "pertubuhan yang menyebabkan kehilangan sokongan terhadap parti."
Star memetik Tengku Adnan daripada media internet, yang berkata, "Apabila mereka berbicara mengenai kawan Cina dan India saya, mereka membuatkan kami kehilangan lebih undi. Apa yang kamu mahukan untuk Malaysia? Kamu mahukan satu perang sivil?"
Ketika menyentuh Ibrahim Ali, Tengku Adnan bertanya, "Mengapa harus UMNO menyokong beliau? UMNO seharusnya meletakkan calon di Pasir Mas. Kami akan bertanding di Pasir Mas."
Utusan Malaysia dan Berita Harian
Bagaimanapun, kenyataan Tengku Adnan ini tidak ditonjolkan sebagaimana akhbar Inggeris, dalam ruang dada akhbar bahasa Melayu, seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian. Utusan Malaysia, yang selama ini senada dengan PERKASA, tidak menyiarkan kenyataan Tengku Adnan tersebut.
Dalam liputan berita Utusan Malaysia berhubung mesyuarat kali pertama di kalangan setiausaha agung dan setiauasaha kerja parti-parti komponen BN, yang berjudul "Parti komponen BN digesa selesaikan masalah parti" pada muka surat kedua, isunya hanya tertumpu kepada pendaftaran pemilih, langsung tidak mengungkit isu PERKASA.
Berita Harian pula, menyiarkan berita ini pada muka surat ke-9, dengan tajuk "13 parti komponen BN sokong jauhi PERKASA". Laporannya berbunyi, "Barisan Nasional (BN) dengan sokongan sebulat suara 13 parti komponennya terutama UMNO, membuat keputusan untuk menjauhi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), kerana dikhuatiri boleh menjejaskan kewibawaan dan keupayaan BN meraih sokongan pengundi pelbagai kaum."
"Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, yang mempengerusikan mesyuarat itu, berkata UMNO tidak akan menyokong PERKASA atau Presidennya, Datuk Ibrahim Ali pada pilihan raya umum akan datang kerana tindakan itu berpotensi menghakis sokongan pengundi bukan Melayu terhadap BN."
Malah, Berita Harian memetik Tengku Adnan untuk berkata, "PERKASA sudah beberapa kali mengadu domba parti komponen BN hingga menjejaskan perpaduan BN, selain mencetuskan persoalan di kalangan rakyat mengenai pendirian kita."
"UMNO tidak mahu ada apa-apa hubungan dengan PERKASA seperti didakwa sesetengah pihak dan parti komponen BN lain yang selama ini bimbang dengan maklum balas akar umbi dan mereka menerima baik pendirian ini," katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.
Akhbar bahasa Cina
Di samping itu, akhbar bahasa Cina pula, China Press memetik berita ini daripada The Malaysian Insider, dan disiarkan pada muka surat A7 dengan tajuk, "Tiada hubungan antara UMNO dengan PERKASA".
Malah, laporannya memetik Tengku Adnan Tengku Mansor yang menolak kemungkinan untuk bertemu dengan Ibrahim Ali, "Saya tak perlu berbincang dengan Ibrahim Ali. Adalah sesuatu yang sukar untuk berbincang dengan Ibrahim Ali. Biar beliau hidup dalam dunianya sendiri."
Nanyang Siang Pau juga memetik berita ini dari The Malaysian Insider, dan disiarkan pada muka surat A8, bahawa UMNO tidak akan menyokong Ibrahim Ali untuk bertanding dalam PRU akan datang. Malah, Nanyang Siang Pau sempat menyiarkan respon Ibrahim Ali di bawah berita itu, yang mengkritik Tengku Adnan bahawa beliau hanya mahukan undi Cina dan tidak mahu undi Melayu.
Sin Chew Daily yang selama ini menonjolkan watak Najib Razak sebagai pembawa perubahan, dan PERKASA sebagai penghalang perubahan, tidak memetik berita ini. Seperti Utusan Malaysia, Sin Chew Daily (gambar kiri) hanya melaporkan isu pendaftaran pemilih yang dibincangkan dalam mesyuarat, pada muka surat ke-11-nya.
Dua akhbar bahasa Cina bukan milikan Tiong Hiew King, Oriental Daily, hanya menyiarkan berita pendaftaran pemilih pada muka surat A12, sementara Kwong Wah Yit Poh menyiarkan kenyataan Tengku Adnan pada muka surat kedua, dengan tajuk Khuatir dibeban PERKASA - UMNO akan bertanding di Pasir Mas (kawasan Ibrahim Ali).
*Kaleidoskop adalah "digest" kandungan media cetak. Media yang dirujuk bertarikh 9 September 2010, berkisar pada kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa UMNO-BN akan menjauhi dirinya dari PERKASA.
MerdekaReview![]() |
![]() |
![]() |
TAK SABAR NAK TUNGGU JUMAAT DAH RAYA DULU
KANGAR: Sembilan anggota termasuk empat sekeluarga ditahan selepas didapati menyambut Aidilfitri lebih awal di sebuah surau di Seriab, dekat sini, hari ini.
Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Abdul Malik Hussin berkata, kumpulan berkenaan, dipercayai membawa ajaran dari Dumai, Indonesia, ditahan selepas dikesan menunaikan solat Aidilfitri di surau berkenaan pada jam 8.30 pagi ini.
Ketika ditahan, kumpulan itu mendengar khutbah yang disampaikan oleh ketua kumpulan itu, Shuit Ismail, 51, di surau berkenaan yang dipercayai menjadi markas kumpulan itu.
Kesemua anggota kumpulan itu kemudian dihadapkan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada sebelah petang dan mereka didakwa mengikut Seksyen 28 Enakmen Jenayah Dalam Syariah 1991 Negeri Perlis kerana mengingkari titah perintah Raja Perlis berhubung kentetuan tarikh bermulanya puasa dan Hari Raya.
Kesemua anggota kumpulan itu berusia antara 19 dan 52 tahun itu, yang tidak diwakili peguam, mengakui bersalah atas tuduhan itu dan memohon hukuman ringan dengan pelbagai alasan termasuk menanggung beban hidup.
Ketua Hakim Syarie Perlis, Othman Ibrahim, kemudian menjatuhi hukuman denda RM1,000 atau empat bulan penjara ke atas Shuit, manakala lapan yang lain dijatuhi hukuman denda RM900 atau tiga bulan penjara termasuk dua anak Shuit iaitu Zulhaq, 21 dan Hakimul Ariff, 19 dan isterinya Haslina Md Hashim, 50.
Lima lagi ialah Shahrizal Ahmad, 26, Ahmad Darus, 62, Kamaridan Man, 54, Shahrulnizan Yusof, 21, dan Norazlina @ Aghata Abdullah, 53.
Othman, ketika menjatuhi hukuman itu, hairan dengan tindakan kumpulan itu yang menyambut Aidilfitri lebih awal sedangkan anak bulan hanya akan dicerap petang ini.
"Perbuatan ini memalukan. Orang bukan Islam tengok hari ini ada yang sudah beraya dan selepas ini ada lagi raya. Jangan buat celaru," katanya.
Pendakwaan dijalankan oleh Fakhrurrazi Md Akhir.-Bernama
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 8 Sept: Pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang dipergunakan untuk kepentingan Barisan Nasional (BN) hanya mampu membuka mulut apabila tarikh persaraan mereka diumumkan.
“Rakyat kini jelas bahawa banyak perkara dan salahguna kuasa yang berlaku dalam pentadbiran negara dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan ini terdesak untuk bersubahat melindungi mereka demi untuk memastikan pegawai ini boleh pencen dengan selamat tanpa tekanan,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Justeru, katanya PAS melihat bahawa tindakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mendedahkan kepada rakyat bahawa terdapatnya pihak ketiga yang memberikan arahan kepada anggota Polis Diraja Malaysia hingga mengganggu struktur command and control dalam organisasinya sebagai tindakan yang wajar. Katanya, PAS menyifatkannya sebagai tindakan yang belum terlewat, walaupun beliau kini telah dibersarakan melalui kenyataan akhbar Menteri Dalam Negeri. Baginya, memang agak mengejutkan kerana persaraannya disampaikan melalui media bukannya melalui arahan dalaman. Ini, ujarnya tidak sepatutnya berlaku ke atas seorang yang amat setia kepada kerajaan, kerana pengumuman persaraan beliau dengan terus menamakan pengganti itu ibarat tindakan "habis madu sepah dibuang". Tambahnya, Musa begitu popular dalam PDRM selepas berjaya mengheret Datuk Mokhtar Hashim, mantan Menteri Belia dan Sukan yang telah membunuh Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan, Mohamad Taha Talib pada 1982 kerana berebut jawatan dalam pemilihan Umno Bahagian Tampin. “Selepas itu beliau juga turut terlibat dalam kes tuduhan liwat ke atas Datuk seri Anwar Ibrahim pada 1998 dan 2009. “Beliau juga berjaya melepasi tuduhan rasuah ke atasnya bernilai RM3 juta yang didakwa diterima kerana membebaskan 3 orang anggota sindiket judi haram. Peguam Negara dan SPRM menutup kes ini pada 2007 dengan penuh kontroversi,” ujarnya lagi. PAS, katanya melihat Musa telah melalui kemuncaknya perkhidmatan dengan begitu akrab membantu Barisan Nasional atas nama kerajaan. Namun, beliau berkata, cetusan rasa tidak puas hati yang disebutkan Musa baru-baru ini menceritakan hakikat tekanan yang dialami sepanjang menjadi anggota polis di bawah pentadbiran BN. Idris menambah, tangan dan kaki Musa terikat dalam banyak kes termasuklah kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang melibatkan anggotanya dan beberapa orang politik. “Pengakuanya kepada media bahawa terdapatnya campur tangan politik ketika beliau jalankan tugas menyokong penuh kenyataan mantan Pengarah Badan Pencegah Rasuah, Datuk Shafee Yahaya yang turut menyatakan terdapatnya campurtangan dan penglibatan orang politik dalam kerajaan yang mengganggu penjawat awam melaksanakan tugas hingga mendorong penyalahgunaan kuasa dan rasuah,” ujarnya. Beliau berkata, rakyat akan terus membuka mata dan telinga bagi mengetahui kebenaran itu. Katanya, kenyataan Musa dan Shafee adalah kebenaran yang sukar disangkal kerana merekalah antara orang-orang yang banyak dipergunakan oleh pihak-pihak berkepentingan khususnya melalui Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Perdana Menteri yang begitu kebal dari undang-undang. Justeru, beliau menambah, PAS berharap agar pegawai-pegawai kerajaan tidak membiarkan diri mereka terus dijadikan alat untuk kepentingan pemimpin BN. Jika tidak, ujarnya mereka akan mengakhiri perkhidmatan mereka dengan perasaan bersalah kepada rakyat dan negara ini sama seperti yang Musa dan Shafee lalui. |
![]() |
"Jangan tolak ansur dalam soal integriti ini, rosak pasukan nanti," katanya.
Malah, Musa berkata, PDRM bukan peminta sedekah dan bukan "pungut duit orang lain" tetapi kewujudannya adalah untuk menjaga keamanan masyarakat dan negara.
Pak turut
Beliau juga mengingatkan anggota polis supaya tidak berpuak-puak dan menjadi 'pak turut' bagi mengelak PDRM daripada gagal menjalankan tanggungjawabnya dengan lebih berkesan..
“Zaman saya tidak ada sesiapa pegawai yang tahu siapa yang rapat dengan saya. Saya tidak pernah memanggil mana-mana pegawai ke rumah saya atau keluar untuk makan minum dengan mereka.
"Ini menjadikan kerja lebih mudah, kerana tidak ada pegawai yang mengampu saya,” katanya.
Isnin lalu, Musa meluahkan kekecewaannya dengan tindakan sesetengah pihak yang mencampuri urusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika badan keselamatan negara itu mengawal ketenteraman awam dan menahan mereka yang menyalahi undang-undang.
"Tidak perlu campur tangan orang lain. Kita ada 'command and control' dengan arahan bermula dari saya hingga ke pegawai bawahan.
"Jadi, tidak perlu ada pihak ketiga untuk bagi arahan. Jika berlaku (arahan tanpa pengetahuan kita), ini salah satu tindakan yang salah dan menyalahi undang-undang," katanya pada sidang media sempena persaraan beliau yang berkuatkuasa 12 Sept ini.
Sebelum itu, Musa pada ucapannya juga memuji penggantinya, Tan Sri Ismail Omar yang bakal dilantik sebagai ketua polis negara yang baru, Isnin ini.
Bermandi darah
Katanya, beliau memberi kepercayaan sepenuhnya kepada timbalannya itu.
Beliau berkata setiap jabatan dalam PDRM perlu memberikan sokongan kepada Ismail bagi memacu PDRM untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada masyarakat dan negara.
"Ismail akan bekerja dengan baik. Tetapi beliau memerlukan sokongan semua. Saya harap selepas bersara, dia akan memantapkan lagi pasukan polis dan memastikan setiap rancangan dan strategi dilaksanakan,” katanya.
"Saya sendiri banyak menerima aduan berhubung diri saya dan juga pasukan polis kerana kita dilihat tidak memberikan khidmat yang terbaik atau tidak boleh dipercayai ataupun mengamalkan rasuah. Tetapi saya harap, selepas dilantik saya berjaya memperbaiki pasukan polis.
![]() |
Namun menurut Setiausaha Mais Datuk Mohammed Khusrin Munawi, tindakan itu bergantung pada hasil siasatan kelak.
“Setakat ini kami belum buat keputusan kerana masih mendapatkan maklumat lengkap mengenai perkara itu.
“Kita juga akan dapatkan maklumat daripada Ahli Parlimen (William) itu juga kerana berdasarkan maklumat yang kita dapat, terdapat maklumat yang bercanggah,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Beliau berkata keputusan rasmi akan dibuat sebaik sahaja maklumat lengkap diperoleh.
“Jika dakwaan itu benar kita akan ambil tindakan tegas dengan menggantung tugas jawatankuasa pengurusan masjid itu,” katanya.
Laporan minggu llau menyebut wakil rakyat itu dibenarkan berada di saf paling hadapan di Masjid at-Taqwa, Selayang Baru.
Namun William ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, kunjungannya ke masjid tersebut adalah untuk memberikan sumbangan kepada masjid dan surau di bahagian Parlimen Selayang.
“Saya datang kerana dijemput untuk beri sumbangan dan bila saya sampai di kawasan masjid program tersebut sudah pun bermula.
“Tetamu yang berada di luar menyuruh saya masuk ke dalam ruang solat untuk memberikan sumbangan,” kata beliau yang juga Bendahari PKR.
Serangan terhadap Ahli Parlimen Selayang itu berlaku selepas seminggu daripada kejadian yang hampir sama dengan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang didakwa menyampaikan ucapan di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang pada 22 Ogos lalu.
Mais memberi amaran kepada Teo manakala jawatankuasa pengurusan surau itu pula digantung tugas mereka.
Mais juga telah mengambil-alih pengurusan surau tersebut.
Ketika ditanya mengenai tempoh penggantungan jawatankuasa pengurusan Surau Al-Huda, Mohammed Khusrin berkata ia bergantung kepada keadaan.
“Ia bergantung kepada keadaan mungkin kita akan putuskan tempoh penggantungan itu dalam mesyuarat yang akan datang,” katanya.
Malaysianinsider ![]() |
Musa Hassan melambaikan tangan kepada jurufoto akhbar selepas sidang akhbar di Bukit Aman, Kuala Lumpur, semalam. |
KUALA LUMPUR 6 Sept. - Tan Sri Musa Hassan mengakui luahannya berhubung campur tangan pihak ketiga dalam tugasnya sebagai Ketua Polis Negara (KPN) sebelum ini, adalah merujuk kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Beliau berkata, campur tangan itu yang melibatkan pengeluaran sesuatu arahan tanpa pengetahuannya, tidak selari dengan arahan dan kawalannya sebagai KPN.
"Saya tidak mahu ada pihak beri arahan salah. Arahan mesti dari polis, bukan dari orang luar.
"Malah, ada pegawai-pegawai saya yang dikawal. Tindakan sedemikian salah dan membelakangkan undang-undang," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini hari ini.
Ditanya lebih lanjut tentang campur tangan itu, Musa memberitahu, sesetengah orang ada kepentingan peribadi, politik dan agenda sendiri.
Katanya lagi, pihak polis menjalankan tugas selepas mendapat laporan atau aduan orang ramai dan sekiranya wujud campur tangan sedemikian sehingga menganggu siasatan, pihak polis pula yang dipersalahkan.
"Bila polis tidak dapat menjalankan tugas, orang ramai akan tuduh polis terima rasuah. Hakikatnya, ada arahan pihak lain tanpa pengetahuan polis," katanya.
Kepada satu soalan, beliau sentiasa bersikap terbuka dan berterus terang selagi percaya tindakannya itu di jalan yang betul.
"Saya hanya luahkan perkara yang betul supaya semua pihak sedar tindakan campur tangan itu boleh menjejaskan siasatan.
"Saya sentiasa mengingatkan bakal KPN akan datang supaya menjadi pemimpin yang baik dan jangan biarkan sesiapa mempengaruhinya melakukan perkara melanggar undang-undang dan berhati-hati kerana banyak kritikan perlu dihadapi.
"Jika kita komited, ikhlas dan jalankan tugas untuk Allah, kita tidak akan kecewa," katanya lagi.
Dalam pada itu, Musa turut memberitahu, beliau hanya mengetahui tempoh tamat kontraknya selepas diumumkan melalui satu sidang akhbar dan bukannya dimaklumkan terus kepadanya.
"Saya tidak dimaklumkan apa-apa berhubung penamatan kontrak saya ini dan mengetahuinya selepas satu kenyataan akhbar," katanya.
Musa dalam satu wawancara Mingguan Malaysia Mac lalu mendedahkan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) sering menerima tekanan sama ada daripada pihak politik atau orang-orang tertentu.
Menurutnya, mereka cuba memberi tekanan, mungkin kerana kurang selesa dengan tindakan yang beliau arahkan.
Musa dalam wawancara itu menegaskan bahawa hanya KPN yang boleh memberi arahan berdasarkan Seksyen 4 Akta Polis 1957.
Utusan Malaysia OnlineKUALA LUMPUR, 6 Sept – Pengerusi jawatankuasa pengurusan Surau Al-Huda Azemi Ahmad yang dipecat Mais menyangkal dakwaan Datuk Seri Najib Razak bahawa Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching menyampaikan “tazkirah” ketika mengadakan kunjungan ke premis itu akhir bulan lalu.
Azemi memberitahu The Malaysian Insider bahawa perdana menteri memperoleh maklumat yang tidak tepat kerana Teo (gambar) tidak sama sekali menyentuh soal-soal berkaitan dengan agama.
“Jelas, beliau (Najib) memperoleh maklumat yang salah. Teo hanya bercakap mengenai skim pinjaman pendidikan yang disediakan oleh kerajaan negeri Selangor untuk memasuki universiti awam.
“Menyampaikan tazkirah bermakna beliau kena sentuh isu-isu agama, untuk bercakap mengenai Islam. Beliau tidak berbuat demikian,” kata Azemi ketika dihubungi hari ini.
Justeru tegas beliau, Teo dan jawatankuasa pengurusan tidak melakukan apa-apa kesalahan.
Ketika berucap di Gombak sempena majlis berpuasa semalam, Najib bertegas Teo telah melanggar keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan apabila beliau memasuki ruang solat Surau Al-Huda, Kajang pada 22 Ogos lalu.
Najib berkata, fatwa yang dikeluarkan Mac lalu adalah jelas bahawa bukan Islam mesti memperoleh kebenaran daripada masjid dan mengenakan pakaian sopan ketika memasuki kawasan masjid dan surau.
Teo memasuki ruang solat surau itu pada 22 Ogos lalu tanpa mengenakan tudung tetapi menegaskan beliau berbuat demikian dengan kebenaran pengurusan surau.
Najib yang juga Pengerusi Umno Selangor berkata, Teo telah melakukan satu lagi kesalahan dengan menyampaikan tazkirah ketika kunjungannya.
Azemi juga menegaskan bahawa Teo tidak melanggar fatwa ekoran kegagalannya mengenakan tudung apabila memasuki ruang solat surau berkenaan.
“Ia hanya sopan untuk memakai tudung. Beliau bukan Islam, jadi tidak semestinya wajib bagi beliau memakai tudung... ia hanya pilihan, dan digalakkan,” katanya.
“Sebagaimana saya kata tadi, sebagai seorang bukan Muslim, ia bukan satu kemestian. Ia satu obligasi dan wajib bagi Muslim memakainya,” kata beliau.
Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin juga tidak bersetuju dengan Najib bahawa Teo telah melanggar fatwa.
Kata beliau, fatwa itu dengan jelas menyebut bahawa bukan Islam boleh memasuki kawasan masjid.
“Saya tidak akan fokus pada soal tazkirah kerana saya tidak hadir ketika Teo menyampaikan ucapan. Tetapi sudah pasti, sebagaimana saya sebutkan sebelum ini, surau tidak harus digunakan untuk tujuan politik.
“Tetapi, fokus saya sekarang ialah sama ada bukan Islam boleh memasuki masjid, dan jawapannya ialah Ya,” kata beliau.
Mengenai tindakan Teo tidak mengenakan tudung atau skarf, Asri berkata, ramai ahli Umno juga berbuat demikian.
“Ia bukan satu kesalahan dalam kes Teo kerana beliau bukan seorang yang beragama Islam,” kata beliau yang berpendapat bahawa mereka yang memasuki masjid perlu menghormati dengan menutup aurat.
“Seperti juga, jika saya hendak pergi ke pejabat perdana menteri atau pejabat menteri besar, saya perlu mengenakan pakaian yang sopan untuk menghormati budaya tempat itu. Ini fahaman bersama,” kata Asri.
Bagaimanapun Asri menekankan bukan kesalahan Teo kerana tidak mengenakan skarf ketika berada di Surau Al-Huda.
“Ia kesalahan jawatankuasa masjid, bukan Teo. Mereka sepatutnya memaklumkan beliau, dan jangan mengharapkan beliau mengetahuinya kerana beliau bukan beragama Islam.
“Sebagai umat Islam dan penyelia masjid, jawatankuasa seharusnya memaklumkan kepada beliau,” kata beliau lagi.
Sehubungan itu beliau menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan agar mengadakan taklimat kepada semua jawatankuasa surau dan masjid untuk menentukan prosedur yang betul bagi mengelakkan salah faham seumpama itu berulang.
“Siapa tahu, kemungkinan mereka mengubah fatwa sekali lagi kerana mereka melihat amalan yang berbeza di luar negara. Mereka mungkin melihat (Presiden AS) Barack Obama memasuki masjid dan mereka mungkin mengubah fatwa.
“Kita perlu ada banyak keseragaman dan kita perlu menasihatkan jawatankuasa masjid tentang apa yang mereka perlu lakukan,” katanya lagi.
Bagaimanapun Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria bersetuju dengan Najib bahawa Teo telah melanggar fatwa yang sedia ada keputusan dibuat Majlis Fatwa Kebangsaan terpakai kepada semua termasuk bukan Islam.
“Ia satu undang-undang dan semua orang terikat dengannya. Dalam kes ini, beliau bertindak bertentangan dengan fatwa kerana beliau tidak menutup rambut ketika masuk ke surau dan beliau juga menyampaikan ucapan di ruang solat,” kata beliau.
“Bukan Islam boleh masuk masjid, tetapi mereka juga mesti menghormati peraturan dan kesucian (premis). Ini bermakna mereka mesti tutup aurat,” he said.
The Malaysian Insider![]() |
![]() |
KOTA BARU, 6 Sept – Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata pihak yang mempersoalkan kenyataannya yang orang bukan Islam boleh masuk ke dalam masjid, sebagai mahu mempolitikkan isu berkenaan.
“Kenapa isu membenarkan bukan Islam masuk rumah ibadah agama Islam diperbesarkan-besarkan, sedangkan orang bukan Islam yang membina dan membuat mimbar masjid tidak dipersoalkan,” katanya.
Menteri Besar (gambar) berkata di Kelantan, orang bukan Islam turut memberi sumbangan peralatan termasuk besi dan simen bagi pembinaan Masjid Bara’ah di Pasar Siti Khadijah di sini.
“Ini menunjukkan rakyat Kelantan faham, termasuk bukan Islam faham mengenai Islam,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan pakaian sempena Aidilfitri sumbangan Pusat Pakaian Hari-Hari kepada golongan miskin di Kubang Kerian, di sini sini hari ini.
Dalam kenyataan sebelum ini, Nik Aziz mempertahankan tindakan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching, menyampaikan sumbangan di surau Al-Huda, Kajang Sentral, Selangor baru-baru ini, yang menimbulkan kontroversi di kalangan umat Islam.
Mengenai kenyataan Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali yang meminta beliau membuktikan kebenaran dakwaannya dengan nas dan ayat al-Quran, Nik Abdul Aziz dengan nada sinis berkata: “I know you (saya kenal awak)”. – Bernama
Malaysianinsider