Kata yang Pandai::
penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)Shamsul Amri sebelum ini berkata pentadbiran Datuk Seri Najib Razak tidak lagi boleh menggunakan taktik era Perang Dingin dalam berhadapan dengan bangkangan dan menguruskan aspek sekuriti negara.
Beliau berkata musuh Barisan Nasional (BN) bukan lagi komunis yang bergerak dari hutan, tetapi pergerakan madani yang mempunyai kesedaran politik yang meningkat.
INI KTA MENTERI UMNO PULA
Sementara itu, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah yang turut sama menghadiri wacana itu berkata, semua pemimpin parti politik harus bekerjasama untuk mematangkan sistem demokrasi negara.
Tegas beliau, keutamaan perlu diberikan terhadap masa depan negara bukan kepentingan politik.
“Kita perlu bersama-sama untuk mematangkan demokrasi negara, letakkan kepentingan negara bukan politik,” katanya yang mendapat tepukan gemuruh.
SHAH ALAM, 26 Julai — Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin menegaskan walaupun Malaysia sudah mencapai kemerdekaan lebih daripada 50 tahun, namun rakyat negara ini masih dikongkong oleh sistem pentadbiran sedia ada.
Negara akan menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-54 akhir bulan depan.
Shamsul Amri ketika menjawab berhujah pada Wacana Apa Selepas 9 Julai di Shah Alam hari ini. — Foto oleh Choo Choy May
Bercakap pada Wacana Apa Selepas 9 Julai anjuran Kumpulan Media Karangkraf di sini hari ini, penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini menegaskan, rakyat negara ini masih belum mendapat kebebasan seperti mana yang sepatutnya.
“Kita sudah merdeka tapi kita tidak mendapat kebebasan sebab itu kita cuba untuk mendapatkan (kebebasan) dan keluar daripada kongkongan ini,” kata Pengarah Institut Kajian Etnik UKM ini.
“Empat tuntutan Bersih 2.0 (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil) iaitu membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal dan akses media yang bebas dan adil adalah sistem sosial yang masih dikongkong dan tidak mendapat kebebasan, ini adalah isu pokok yang belum dapat diselesaikan,” kata Shamsul Amri merujuk kepada tuntutan yang dikemukakan Bersih 2.0 kepada SPR.
Ekoran keengganan SPR melaksanakan lapan tuntutan itu, Bersih 2.0 telah mengadakan perhimpunan pada 9 Julai lalu yang menyaksikan ribuan rakyat termasuk pemimpin dan aktivis Pakatan Rakyat membanjiri ibu negara.
Lebih 1,600 orang telah ditahan pada perhimpunan itu.
Empat tuntutan Bersih 2.0 yang lain adalah tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.
Jelas Shamsul Amri, kerajaan sepatutnya memberi ruang kebebasan kepada rakyat agar amalan demokrasi dapat ditonjolkan.
“Apa yang saya dapat simpulkan adalah kita masih cuba untuk mendapatkan kebebasan. Adakah kebebasan ini semakin sempit atau ruang-ruang ini sudah tiada? Mungkin dengan adanya media baru kebebasan ini boleh dicapai.
“Kita juga masih mencari kebebasan tak kira apa isunya, adakah isu yang kita bangkitkan ini bukan untuk kawasan bandar sahaja tapi untuk semua,” katanya di hadapan kira-kira 300 orang.
Turut menjadi panel wacana kali ini ialah Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan dan Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar.
Sementara itu, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah yang turut sama menghadiri wacana itu berkata, semua pemimpin parti politik harus bekerjasama untuk mematangkan sistem demokrasi negara.
Tegas beliau, keutamaan perlu diberikan terhadap masa depan negara bukan kepentingan politik.
“Kita perlu bersama-sama untuk mematangkan demokrasi negara, letakkan kepentingan negara bukan politik,” katanya yang mendapat tepukan gemuruh.
Shamsul Amri sebelum ini berkata pentadbiran Datuk Seri Najib Razak tidak lagi boleh menggunakan taktik era Perang Dingin dalam berhadapan dengan bangkangan dan menguruskan aspek sekuriti negara.
Kenyataan secara terbuka itu dilontakan Shamsul Amri dua hari selepas Himpunan Bersih 2.0 diadakan.
Beliau berkata musuh Barisan Nasional (BN) bukan lagi komunis yang bergerak dari hutan, tetapi pergerakan madani yang mempunyai kesedaran politik yang meningkat.
The Malaysian Insider