Saturday, March 5, 2011

Guru tampil 'selamatkan' Tuan Ibrahim - Malaysiakini

Seorang guru tampil mempertahankan Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang didakwa membeli tanah seorang peneroka Felda dengan menggunakan nama isterinya.

Pendidik itu - Ibrahim Osman - mengakui membeli tanah itu dengan meminjam duit pemimpin popular PAS itu, lapor Harakahdaily.

"Memandangkan saya tidak ada duit, saya telah bertanya kepada Datuk Tuan Ibrahim untuk membantu saya.

"Dia bersetuju meminjamkan dahulu duit kepada saya dan sebagai jaminan terhadap pinjaman tersebut saya bersetuju menggunakan nama isteri beliau sementara saya menjelaskan kesemua pinjaman itu.

"Apabila saya mempunyai duit, saya telah mengambilalih tanah itu dan menggunakannya untuk dicagarkannya kepada pihak MARA atas nama syarikat saya, Syarikat Pintar Kesuma Sdn Bhd (gambar)," Ibrahim dipetik sebagai berkata dalam sidang media khas di Markas PAS Kerdau lewat petang ini.

Sehubungan itu, beliau berkata dukacita kerana bantuan Tuan Ibrahim itu kini "bertukar menjadi satu fitnah".

Utusan Malaysia versi dalam talian hari ini melaporkan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Tuan Ibrahim tidak sepatutnya mengambil kesempatan daripada peneroka tanah yang kesempitan dengan membeli tanah mereka.

Sementara itu, Tuan Ibrahim yang hadir sama dalam sidang media itu dilaporkan berkata tidak mempunyai apa kaitan dengan isu ini.

"Media dan Umno hanya cuba mengalih isu sebenar di Kerdau iaitu masalah hutang kerajaan negeri dengan membangkitkan perkara yang tidak benar ini," Tuan Ibrahim dipetik sebagai berkata.

Malaysiakini

Saman Ekor Ketahui hak anda!!KASE jumpa mangsa saman ekor di JPJ Wangsa Maju

SAMAN EKOR AKAN DI SASTA KAN. LAYAN VIDEO INI HEHEHE

Friday, March 4, 2011

Guna Agama Tarik Undi : Harussani Digesa Letak Jawatan, Sertai Politik PRU 13 boleh Tanding!!!



KOTA BHARU 4 MAC : PAS Kelantan menggesa Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria meletak jawatan sebagai Mufti dan menyertai politik sekiranya beliau berterusan memberi kenyataan memihak kepada umno Barisan Nasional.

Ketua Penerangan PAS Kelantan, Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, fatwa yang dikeluarkan oleh Harussani mengelirukan umat Islam, dan menasihatkan beliau tidak menggunakan institusi mufti sebagai wadah untuk menunjukkan sokongan terhadap parti perkauman itu.

Fadzli berkata, sebagai ilmuan agama, Harussani sememangnya sudah mengetahui setiap perbuatan dilakukan manusia tidak terlepas dari hukum halal dan haram.

"Beliau hendaklah jujur dengan ilmunya,"kata Fadzli.

Beliau turut menggesa Harussani agar berterus terang dengan pendirian dengan meletakkan jawatan dan terjun ke bidang politik.

Selasa lalu, Harussani menasihatkan pemimpin PAS khususnya Mursyidul Am, Datuk Nik abdul Aziz Nik Mat supaya tidak menggunakan hukum agama untuk meraih undi kerana dibimbangi menyebabkan masyarakat Islam terkeliru.

Nik Aziz dalam reaksinya berkata, Harunssani tidak harus berkata sedemikian kerana seluruh amalan hidup manusia tertakluk kepada hukum.

"Segala- galanya berkenaan dengan hukum, samaada wajib, sunat, haram, makhruh,"kata Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan.

Nik Aziz turut memetik sirah junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W yang bertindak meninggalkan Kota Mekah semata- mata mahu menegakkan negara di Madinah.

"Nabi tinggalkan Mekah untuk tegakkan Madinah. Ertinya perjuangan tegakkan negara adalah sebahagian daripada perjuangan baginda,"ujar beliau.

Kisah itu jelas menunjukkan perjuangan menegakkan negara adalah sebahagian daripada perjuangan baginda dan harus dicontohi oleh semua pemimpin Islam yang lain.

TVS NEWS

Thursday, March 3, 2011

Hanya BN boleh masuk berkempen di Estet Sime Darby, Merlimau?



Pakatan Rakyat dilarang untuk masuk berkempen di Estet Sime Darby Kempas, Merlimau. Antara yang dihalang untuk memasuki estet tersebut adalah Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli.

Lebih menghairankan lagi, alasan yang diberikan adalah mengikut arahan 'pihak atasan' dan juga hanya BN sahaja yang dibenarkan memasuki estet tersebut.

Kempen Dun Merlimau semakin dicemari dengan pelbagai insiden yang menidakkan proses demokrasi berjalan dengan baik

Sumber

Wednesday, March 2, 2011

PRK Merlimau: 'Ugut-mengugut cara kami dapat undi'

WarkahDaily – Kalau kamu undi PAS, semua peruntukan kami tarik balik. Ugut-mengugut dah jadi darah daging pemimpin Umno-BN. Duit peruntukan yang memang sepatutnya rakyat dapat, depa duk jadikan umpan ugutan. Depa ingat duit tu, bapak depa punya kot.

Dah tak tahu dah bagaimana cara nak bagi rakyat jauhi PAS, ugutan lah jadi senjata utama pemimpin dan barua Umno-BN dalam pilihanraya kecil Merlimau sekarang ini.

Kerana terlampau takut sangat dengan kekalahan. Maklum sajalah, Melaka Ali Rustam anggap kubu kuat yang belum ditembusi pengaruh Pakatan Rakyat (PR). Jadi walau apa usaha sekali pun, tak kira kotor atau tidak, pasti depa akan gunakan. Yang penting, kuasa mereka kekal.

Kalau di Kerdau depa gunakan tenaga pakar dari Amerika untuk rancang strategi hadapi PAS. Hebat betul PAS, sehinggakan Umno-BN terpaksa guna tenaga dari Amerika untuk hadapi PAS. Barua-barua Umno-BN yang duk Malaysia semuanya bodoh-bodoh belaka. Bukan aku yang kata, tapi YB Umno yang duk bawak pakar Amerika datang ke Kerdau yang iktiraf.

Tapi di Merlimau, Umno-BN guna cara ugutan.

Malaysian Insider melaporkan, Pengarah Pilihan Raya PAS pusat Datuk Halim Abdul Rahman berkata, pihaknya mendapat aduan daripada pengundi bahawa Umno mula menggunakan pendekatan ’mengugut’ sejak semalam.

Tambah beliau, ia dibuat melalui kempen rumah ke rumah dan juga dalam ceramah-ceramah yang dianjurkan BN.

“Ada pihak tertentu dari Umno yang ugut pengundi supaya tak undi PAS, mereka cakap kalau undi PAS semua peruntukan akan ditarik balik.

“Itu adalah satu ugutan cara jahat supaya orang undi Umno, wang peruntukan itu duit rakyat kenapa mesti nak tarik?,” katanya pada sidang media di Markas PAS di Jasin.

Halim yang juga Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya PAS Merlimau berkata, pengundi di DUN Merlimau perlu membuat perubahan dengan memilih calon PAS Yuhaizat Abdullah.

Tegas Halim, BN masih mengamalkan pendekatan “mengugut” kerana terdesak untuk mendapatkan sokongan pengundi di Merlimau yang majoritinya orang Melayu.

“BN gunakan kempen rumah ke rumah, ada pihak tertentu dari Umno ugut penduduk dan kita jangka ini akan berterusan sampai hari pengundian.

“BN masih main kotor, pilihan raya kecil tidak ubah (kerajaan negeri) Melaka, kalau PAS memang kerajaan (negeri) tak jatuh,” katanya

sumber

Tuesday, March 1, 2011

Lebih RM200 ribu ditelan dalam jamuan 1Malaysia di Merlimau

Jamuan, angpow, hamper, malah hadiah istimewa seperti motorsikal, basikal, barangan elekronik dan sebagainya terus diberikan melalui cabutan bertuah oleh NGO 1Malaysia, yang bertapak di Merlimau dua minggu sebelum PRK Merlimau membuka tirai. Setakat ini dua jamuan malam telah diadakan, dan lebih RM200 ribu dibelanjakan, mengikut anggaran kasar wartawan.

Jamuan malam diadakan pada 20 dan 28 Februari, dengan kehadiran kira-kira 1300 orang masing-masing. Menurut seorang penduduk tempatan, Fua Yong Siong, jamuan yang disediakan kononnya berharga kira-kira RM200 semeja, dan kedua-dua jamuan menyediakan 130 meja masing-masing (semeja untuk 10 orang). Dengan kata lain, RM52,000 telah dibelanjakan hanya untuk makanan jamuan.

Ia belum termasuk angpow yang diberikan selepas jamuan pertama pada 20 Februari. Menurut Fua Yong Siong, penduduk hanya perlu mendaftarkan nama dan nombor kad pengenalan dirinya, untuk menghadiri jamuan bersama Perdana Menteri Najib Razak pada minggu lalu. Berbekalkan tiket yang berwarna kuning, penduduk di situ boleh mendapat wang tunai RM100, dan berpeluang memenangi hadiah istimewa.

Seandainya kesemua 1300 orang memperolehi angpow bernilai RM100 masing-masing, maka RM130 ribu telah diberikan. Menurut Fua Yong Siong lagi, kira-kira 600 bungkusan yang mengandungi teh, susu dan sebagainya juga diedarkan, dijangka bernilai RM10 setiapnya.

Perkiraan kasar perbelanjaan NGO 1Malaysia di Merlimau setakat ini membawa kepada jumlah RM188,000 (RM52,000 + RM130 ,000 + RM6,000), belum termasuk barangan elektronik (televisyen LCD, mesin basuh, periuk nasi), basikal, pakaian, hamper dan sebagainya yang diberikan melalui cabutan bertuah. Malah, kos lain seperti upah pekerja, upah untuk persembahan, banner dengan gambar Najib dan sebagainya belum diambil kira.

Satu lagi jamuan sebelum hari pengundian

Fua Yong Siong menambah, sebagaimana yang diketahuinya, satu lagi jamuan yang menyasarkan 3,000 orang bakal dianjurkan pada 5 Mac, iaitu sehari sebelum hari pengundian PRK Merlimau. Bagaimanapun, Fua Yong Siong tidak pasti sama ada jamuan tersebut juga dianjurkan NGO 1Malaysia.

"NGO" 1Malaysia ini muncul buat kali pertama di PRK Galas pada Oktober 2010. Mereka mengerah pengundi untuk menyertai perarakan dan jamuan yang diadakan oleh mereka. "Pulangan" berharga RM100 hanya sampai ke tangan setelah hampir sebulan PRK Galas melabuh tirai.

Secara umumnya, kewujudan "NGO" 1Malaysia ini dikatakan kerana MCA dan Gerakan tidak yakin terhadap kemampuan dirinya untuk memikat undi Cina. Bagaimanapun, Barisan Nasional telah menafikan hubung-kaitnya dengan NGO 1Malaysia ini, mendakwa bahawa NGO 1Malaysia berkempen kerana menyokong idealisme BN

MerdekaReview

Monday, February 28, 2011

Rosmah naik helikopter bantu Najib menang Kerdau

Bagi yang kurang mengikuti perkembangan politik tanah air, daripada aspek fizikal, di Kerdau sekali imbas seolah-olah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri yang bertanding di DUN tersebut.

NONESelain dibanjiri warna biru dan hijau bendera parti berbanding – BN dan PAS – kebanyakan poster yang menunjukkan wajah Najib dan calon Pakatan Rakyat Hassanuddin Salim sahaja ditampal di sekitar kawasan seluas 273.27 km persegi itu.

Tinjaun Malaysiakini di sekitar daerah mengundi Kerdau dan 'kawasan 3+1' – gugusan Felda Jengka 22, Felda Jengka 23, Felda Jengka 25 dan Felcra Rumpun Makmur – hari ini mendapati amat sedikit gambar calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad ditampal.

Perkara ini menimbulkan persoalan sama ada benar pandangan sesetengah pihak yang melihat keputusan dalam pilihan raya Kerdau sebagai referendum kepada pemerintahan Najib – anak jati negeri Datuk Bahaman itu?

najib visit kerdau 270211 02Atau ia sekadar bermaksud BN perlu bergantung sepenuhnya kepada Najib untuk mengekalkan penguasaan di DUN itu yang dimenangi secara turun-temurun.

Tetapi, sejauh mana kepentingan Kerdau kepada Najib sendiri? Menilai tindakan presiden Umno itu, Najib kelihatan lebih berhati-hati kali ini berbanding sebelumnya pengalaman sebelumnya di 14 pilihan raya kecil selepas Mac 2008.

Rosmah naik helikopter

Kali ini, walaupun kempen baru masuk hari kedua, Najib dilihat memecut awal dan mahu memenangi hati 8,999 penduduk di kawasan itu apabila bertungkus-lumus menghadiri pelbagai program dan lawatan di DUN itu - yang dibaca sebagai kempen pilihan raya – sejak daripada awal pagi.

rosmah mansor singingMalah isterinya Rosmah Mansor yang jarang-jarang turun berkempen juga mengiringinya ke kawasan 3+1 yang secara tradisinya merupakan sebagai kubu kuat BN.

Rosmah juga mengakui, oleh kerana Pahang merupakan negeri perdana menteri, beliau terpaksa turun ke kawasan itu walaupun penat dan berpeluh-peluh baru pulang daripada menemai Najib menghadiri program di Labuan jam dua pagi tadi.

“Pagi ini memanglah saya pujuklah juga Datuk Najib, bolehkah saya tak pergi. Dia kata, 'ini negeri Pahang... Negeri I, you kena pergi.'

najib visit kerdau 270211 04“Jadi sebagai isteri yang soleh, yang insya-Allah selalulah mengikut kata-kata suami, saya pun selalulah bersiap dan terus naik helikopter lagi datang ke sini,” kata Rosmah dalam ucapannya kepada kira-kira 200 penduduk Felda Jengka 25 pagi tadi.

Hari ini sahaja, sejak 9.30 pagi tadi hingga enam jam sesudahnya, Najib menghabiskan masa di enam kawasan, termasuklah Jengka 23, Jengka 22, Kampung Baru Sarwar, Jengka 25 dan daerah mengundi Kerdau.

Selain bertemu pengundi di tiga lubuk BN di Felda, beliau turut membawa khabar gembira, antaranya mengumumkan bahawa Felda memberikan pertimbangan khas kepada 7,800 peneroka berhubung “bayaran CESS” dan bayaran balik tanaman semula dari getah kepada kelapa sawit.

Hanya keajaiban mampu menangkan PAS

Manakala beliau juga merasmikan pemnbinaan kemudahan kepada rakyat – yang dikritik pembangkang sebagai “projek memancing undi” - seperti dewan jalur lebar dan gelanggang futsal di kawasan dengan 3,031 pengundi atau satu pertiga daripada keseluruhan yang layak memilih.

NONEJusteru selain pertembungan bagi menilai sokongan Melayu sama ada terus setia kepada BN, ia juga menjadi seakan persaingan peribadi Najib bagi memastikan dirinya tidak dilukai di rumah sendiri.

Pemerhati politik berpendapat, kecuali keajaiban, PAS tetap akan tewas di DUN tersebut. Bagaimanapun, dilihat daripada nada parti Islam itu, termasuk dari mulut calonnya sendiri, mengurangkan jumlah majoriti BN sudah boleh dikira sebagai kejayaan yang besar.

“Sebenarnya kita berhasrat mengambil alih Kerdau. Tetapi berdasarkan mood rakyat dan penggunaan jentera kerajaan yang keterlaluan, saya kira perkara ini agak sukar dilakukan.

NONE“(Justeru) paling tidak, saya kata kita nak kurangkan majoriti Umno, kita yakin kalau ini berlalu akan memberikan signal (tanda) bahawa dalam pilihan raya kecil ke-13, Pakatan akan mengambil alih pemerintahan Pahang,” kata Hassanuddin kepada Malaysiakini semalam.

Mungkin menyedari siapa lawannya, tidak hairanlah PAS dalam ceramahnya malam tadi banyak memainkan isu nasional – seperti janji bersama Pakatan dalam Buku Jingga – daripada menyentuh banyak isu-isu tempatan.

Dalam pilihan raya umum lalu, Hassanuddin tewas kepada calon BN Datuk Zaharuddin Abu Kasim dengan majoriti 1,616 undi – peningkatan hampir seribu undi daripada pilihan raya empat tahun sebelumnya.


Malaysiakini

Sunday, February 27, 2011

Kerajaan Kedah Tanggung Hantar Balik Pelajar Ke Mesir


ALOR SETAR 27 FEB : Kerajaan Kedah akan menanggung perbelanjaan menghantar pulang pelajarnya ke Mesir di samping membekalkan wang saku RM500 seorang kepada mereka.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengumumkan berita itu kepada lebih 800 pelajar Kedah yang belajar di Mesir pada satu majlis perjumpaan di sini hari ini.

Beliau berkata RM2.5 juta diperuntukkan untuk menghantar pelajar pulang yang dibiayai bersama anak-anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kedah seperti Syarikat Air Darul Aman, Bina Darulaman Berhad dan Syarikat Kumpulan Ladang-Ladang Perbadanan Kedah Sdn Bhd.

"Bagaimanapun pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Jabatan Perkhidmatan Awam tidak akan ditanggung oleh kerajaan negeri.

"Tapi kita akan pertimbangkan untuk pelajar bukan tajaan Mara tapi dapat pinjaman Mara. Kalau Mara tak tawarkan tempat untuk mereka, kita mungkin akan hantar mereka balik sekali," katanya kepada pemberita.

Baca lagi http://tvsnews.net/v1/

Anwar dan Nik Aziz pengkhianat Melayu, dakwa Mahathir - The Malaysian Insider

KAMPUNG GAJAH, 26 Feb – Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengulangi kecaman terhadap penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang disifatkan sebagai pengkhianat bangsa Melayu kerana sanggup memecahbelah perpaduan ummah hanya semata-mata untuk kepentingan politik.

Beliau berkata Anwar sanggup memecah belahkan orang Melayu untuk meraih sokongan semata-mata membolehkan beliau ke Putrajaya untuk menjadi Perdana Menteri, Nik Abdul Aziz pula menjadikan isu agama untuk mengkafirkan orang lain dengan membuat andaian orang yang berjuang untuk bangsa adalah orang kafir.

“Saya tidak tahu Nik Aziz dapat dari mana-mana hadis atau Al-Quran yang mengatakan sedemikian,” katanya berucap pada Perhimpunan Melayu anjuran Perkasa Perak di sini.

Bekas Perdana Menteri itu berkata mengikut kenyataan Menteri Besar Kelantan itu, mereka yang menjadi nasionalis dianggap telah menolak agama.

Baca lagi The Malaysian Insider

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak