Saturday, April 2, 2011

Kes Teoh: Seorang lagi pegawai Kantoi Lagi. Apa pasal suka sangat tengok. SPRM tonton bahan lucah di pejabat

Sekretariat suruhanjaya hari ini mengeluarkan laporan analisis penyiasat khas berhubung kandungan komputer yang digunakan oleh Raymond Nion, pegawai dari pejabat SPRM Selangor dan lima yang lain.

Kelmarin, Suruhanjaya Siasatan Diraja mendedahkan bahawa Asisten Superintenden Mohd Ashraf Mohd Yunus juga menonton pornografi menggunakan komputernya awal pagi 16 Julai 2009 selepas menyoal siasat Teoh.

“Raymond Nion... akses laman pornografi, filem, muzik,” kata pegawai penyiasat khas suruhanjaya Michael Leslie Squires dalam laporan awalnya hari ini.

“Telah digunakan untuk akses kepada Internet semalaman pada 16 Julai 2009,” katanya.

Ashraf ada memberitahu bahawa dia dan seorang lagi pegawai SPRM Arman Alies telah menyoal siasat dari 10.30 malam 16 Julai hingga 12.30 tengah malam keesokan hari.

Mayat Teoh ditemui awal pagi di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam selepas dia disoal siasat oleh SPRM.

The Malaysian Insider

BARU NAK TERASA SUSAH..? AMPU LA LAGI

Oleh Azman Anuar
azman.anuar@utusan.com.my


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim


HARI ini kalau suri rumah pergi ke kedai runcit atau pasar, RM20 habis untuk belanja barang basah. Ayam atau ikan serta sayur cukup-cukup untuk hidangan makan tengah hari dan malam untuk perut lima orang satu keluarga.

Cuba bertanya kepada kaum wanita yang sering ke pasar atau kedai runcit. Jarang-jarang yang tidak merungut mengenai harga barangan sekarang.

Kalau ada kedai yang boleh jual barangan barang basah pada ‘harga runtuh’ setiap hari, mereka akan serbu.

Untung orang yang tinggal berdekatan pasar borong sebab hari-hari dapat harga murah. Tapi yang berjauhan, ‘hari-hari marah.’ Belanja dapur sahaja sudah melambung berkali-kali ganda.

Apalah nasib golongan pertengahan, belanjawan harian meningkat. Tinggal sebulan lagi, golongan ini juga perlu mengisi borang cukai pendapatan.

Banyak dapat, banyaklah kena cukai. Ada yang mengeluh.

Kalau boleh kita mahu rakyat Malaysia dapat menikmati kembali barangan keperluan harian pada harga murah.

Tiga atau empat tahun lalu, harga seikat pucuk ubi baru 50 sen, sekarang RM1. Dahulu ayam daging baru RM3.80 sekilogram, sekarang melambung lebih RM7 sekilogram.

Cukuplah dua contoh yang menjadi makanan kegemaran orang Melayu.

Nampaknya tak ada usaha mana-mana pihak untuk memperlahankan kenaikan harga barang. Tak ada pihak peniaga yang hendak mengurangkan harga jualan mereka. Kalau boleh mereka mahu menaikkan harga jualan lagi.

Ini baru bab soal makan. Kalau masuk bab harga rumah, lagi menakutkan.

Dengan pergerakan dan kenaikan gaji bagi golongan pertengahan tidak naik mendadak seperti harga rumah dan barang keperluan, mereka kena pandai-pandai berjimat.

Wang gaji bulanan kadang kala tak cukup. Ansuran rumah sewa atau pinjaman rumah dan kereta sudah menelan tiga suku gaji bulanan. Tinggal suku lagi untuk belanja lain-lain.

Mengharapkan simpati peniaga turunkan harga barangan mungkin sukar, sebab mereka ada banyak alasan. Kerajaan pun sudah penat merayu.

Tinggal pada siapa lagi tempat mengadu!

Memandangkan setiap tahun Lembaga Hasil Dalam Negeri mengumumkan kejayaan mengutip berbilion cukai pendapatan, mungkin dalam pembentangan Belanjawan 2012 kerajaan boleh beri sedikit harapan baru.



Bagaimana kalau kerajaan menurunkan 50 peratus kadar cukai pendapatan individu. Cukai pendapatan individu walaupun banyak dipotong tapi tidak sampai menjejaskan pendapatan negara.

Nampaknya cara ini dapat membantu golongan rakyat yang kena bayar cukai pendapatan. Kalau dicongak-congak hampir satu bulan gaji dipotong untuk cukai pendapatan sahaja. Jika cadangan ini dilaksanakan bermakna separuh sahaja dikenakan.

Mana-mana ruang jika boleh dikurangkan, lakukanlah. Kerajaan tidak akan rugi, malah ‘beruntung’. Orang berbudi, ada balasannya. Percayalah... - Utusan

Note: Hutang dah keliling pinggang baru pandai nak tegur kerajaan... bukan ke selama ni utusan hanya pandai mengampu kerajaan je.. yang kerajaan buat semuanya bagus.. Tak pernah ada satu berita pun ada kebaikkan yang Pakatan Rakyat buat.. Kalau pakatan rakyat semuanya buruk belaka.. Ni hidup dah rasa tertekan baru konon-konon nak tolong sedarkan kerajaan... sengal...!!!

Kredit: Bujang Susah

Friday, April 1, 2011

RON 97 Naik 20 Sen Tengah Malam Ini (Jumaat)

Hadiah dari kerajaan BN buat Rakyat Malaysia yg di sayanginya...:( PETALING JAYA: Harga petrol RON 97 sekali lagi dinaikkan dan kali ini sebanyak 20 sen - menjadikan harganya RM2.70 seliter selepas tengah malam Jumaat. Harga RON97 sekarang ialah RM2.50 seliter....

Thursday, March 31, 2011

'Pegawai SPRM tonton pornografi selepas soal Teoh'


Perkara ini didedahkan oleh pengerusi Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh, tan Sri James Foong hari ini.

Beliau berkata demikian ketika peguam Majlis Peguam, Cheow Wee menyoal bekas timbalan pengarah SPRM Selangor, Hishamuddin Hashim berhubung memorandum dalaman yang mengingatkan kakitangannya supaya sentiasa memerhatikan pelawat, saksi ataupun suspek ketika mereka berada di premis berkenaan.

NONEDalam keterangannya, Fong berkata penolong penguasa Mohd Ashraf Mohd Yunus sedang menonton pornografi di komputernya pada jam 1.20 pagi, 16 Julai 2009.Foong: Pada pendapat saya, adalah agak longgar cara saksi diperhatikan. Kenapa? Saya ingin tahu mengapa tiada kawalan keselamatan?

Hishamuddin:
Arahan diberikan (melalui memorandum dalaman) dan mesti ada pegawai (yang mengiringi saksi).

Foong: Kenapa tidak tanya pegawai awak apa yang mereka lakukan (apabila awak berada di pejabat pada waktu itu)?

Hishamuddin: (Mereka tidak beritahu saya) kecuali saya tanya.

Foong:
Tahukah awak bahawa Ashraf telah memuat turun bahan pornografi sekitar jam 1.20 pagi (16 Julai 2009). Apabila operasi dijalankan, dia menonton pornografi di internet.

Hishamuddin yang terkejut dengan berita itu mengambil masa sebelum menjawap “ia di luar kawalannya”.

“Ini tiada kaitan dengan kerja... mungkin inisiatif sendiri,” katanya.

Kejadian itu berlaku kira-kira sejam selepas beliau membantu seorang lagi rakannya menyoal Teoh.


Malaysiakini

CICO UJI RASHID BERSERBAN DI MASJID ALAZIM PANDAN??

Alhamdulillah. Sekurang2nya dia hadir ke masjid tlh menunjukkan dia tlh berubah

Kelibat Cico Uji Rashid kelihatan bersama dengan Sdr Bob Lokman dan Ustaz Zulkifli Ahmad selepas kuliah mahgrib yang dijalankan di Masjid Al Azim, Pandah semalam (30 Mac 2011)...

Saya ada bercakap dengan Utusan Malaysia tapi apa yang keluar sikit sahaja, Harussani Pun dah Tahu?

نبي محمد صلى الله عليه وسلم ڤرنه برسبدا: "تياڤ اورڠ يڠ دبريكن الله سبحان وتعالى علمو اڬام، لالاو دسمبوڽيكن مك الله سبحان وتعالى مڠنداليكن مولوتڽ ڤد هاري قيامة دڠن كندالي دري اڤي نراك" ﴿رواية الطبرانى دري ابن مسءاود رضي الله عنه

“Saya ada bercakap dengan Utusan Malaysia tapi apa yang keluar sikit sahaja, mereka tidak keluarkan secara keseluruhan apa yang saya katakan... yang tertulis ia (video seks) hanya fitnah, itu sahaja... yang lain-lain tidak keluar,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider
.



KUALA LUMPUR, 31 Mac — Tan Sri Harussani Zakaria menafikan tanggapan sesetengah pihak bahawa beliau hanya berdiam diri dan tidak bersuara berhubung pendedahan rakaman video seks yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya, Mufti Perak itu menegaskan, sejak rakaman video seks itu didedahkan awal minggu lalu beliau telah mengeluarkan kenyataan dengan menegaskan pendedahan itu telah mengaibkan Anwar yang juga Ketua Umum PKR kerana ia belum dibuktikan kebenarannya.

“Siapa kata saya tidak bersuara? Siapa kata saya tidak ada cakap apa? Sejak hari pertama lagi saya sudah bercakap mengenai perkara ini dan bagi saya rakaman video seks itu telah mengaibkan Anwar kerana tidak saksi yang boleh buktikan.

“Saya ada bercakap dengan Utusan Malaysia tapi apa yang keluar sikit sahaja, mereka tidak keluarkan secara keseluruhan apa yang saya katakan... yang tertulis ia (video seks) hanya fitnah, itu sahaja... yang lain-lain tidak keluar,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Kata Harussani, rakaman video seks itu boleh dianggap sebagai fitnah dan dosa besar kerana hukuman telah dijatuhkan terlebih dahulu terhadap Anwar tanpa bukti yang sahih.

“Kita buka rahsia orang ini adalah haram, benda yang tidak betul tapi didedahkan adalah satu fitnah, dosa besar dan tidak bermoral.

“Rakaman video seks itu betulkah Anwar? Laporan juga belum dapat dipastikan lagi... ini adalah fitnah dan dosa besar,” katanya.

Awal minggu ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan pemimpin agama sebagai “syaitan bisu” kerana mengambil sikap berdiam diri dan tidak bersuara dalam isu fitnah moral terbaru yang ditujukan ke atas Anwar itu.

Menurut Hadi, sikap pemimpin agama yang enggan memberikan sebarang respons terhadap pendedahan rakaman video seks oleh “Datuk T” awal minggu lalu amat dikesali.

Tiga Datuk T iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim — mengakui bertanggungjawab membuat pendedahan tersebut.

Ketiga-tiga individu tersebut terlebih dahulu menayangkan rakaman video seks itu kepad media di Carcosa Seri Negara dan Shazryl secara peribadi yakin lelaki pelacur dari China itu adalah Anwar.

Menurut Harussani, rakaman video seks itu tidak boleh dijadikan sebagai bukti.

Ini kerana, jelas beliau, menurut perundangan Islam mana-mana jenayah yang membabitkan seks perlu mempunyai empat adil yang menyaksikan peristiwa itu berlaku termasuk perbuatan zina.

“Yang dilihat dalam rakaman video seks itu tidak boleh pakai, ia tidak boleh dijadikan bukti kerana ia boleh diubah atau dimanipulasikan.

“Kalau nak jatuhkan hukuman kita kena ada empat saksi yang benar-benar lihat dengan mata sendiri peristiwa itu berlaku bukan melalui gambar atau video.

“Kalau bawa ke mahkamah, video seks itu tetap tidak boleh dijadikan bukti kerana ia hanya rakaman dan menurut hukum syarak tetap kena ada empat saksi dan kalau tidak kita tidak boleh nak jatuhkan hukuman,” katanya.

Sementara itu, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya tetap berpendirian Anwar tidak boleh dituduh terlibat pelakuan seks tersebut kerana tiada saksi yang menyaksikan ia berlaku.

“Dalam soal jenayah seksual Islam menetapkan saksi empat mata dan rakaman tidak boleh dijadikan bukti, di sudut Islam kena ada empat saksi yang lihat peristiwa itu berlaku.

“Tetap kena ada empat saksi hidup yang tengok ia berlaku, kalau tiada atau tidak cukup sebagai contoh hanya tiga mereka kena hukum qazaf (tuduhan zina) kerana menuduh orang lain,” katanya.

Menurut beliau, rakaman video seks yang didakwa milik “Datuk T” tidak boleh dijadikan bahan bukti.

“Rakaman sama sekali tidak boleh dalam jenayah seksual dalam Islam, tetap perlu ada empat saksi dan orang yang jadi saksi juga perlu individu yang berkredibiliti dan tidak akan menukar pandangan mereka.

“Kita tidak boleh ikut rakaman sebab itu dalam Islam hukuman jenayah seksual ini berat dan syarat untuk jatuhkan hukuman juga berat,” katanya.

Tambah Juanda, individu yang membuat pendedahan rakaman video seks itu sepatutnya disiasat terlebih dahulu.

“Yang pertama sebarkan benda lucah orang itu yang harus disiasat dulu, tiada undang-undang atau agama yang membenarkan ia dipertontonkan kepada khalayak.

“Sepatutnya bila dapat rakaman itu mereka kena serahkan kepada polis bukan dedahkan kepada umum,” katanya.

Beliau juga menggesa agar semua pihak termasuk parti politik agar menghentikan tuduhan yang bersifat peribadi.

“Tuduhan seperti ini baik di pihak parti politik mana pun kena elakkan tuduh dalam jenayah seksual, tuduhan seperti ini patut dihentikan,” katanya.

Polis telah menahan Abdul Rahim dan Shazryl berhubung pendedahan video seks itu pada Khamis lalu — bahan bukti termasuk rakaman video turut diserahkan.

Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan, Umno tidak terlibat dalam rakaman video seks itu.

Anwar juga telah menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu dan telah membuat laporan polis.

APA KATA UMNO? TARIAN KEGEMARAN MEREKA DI HARAMKAN

Ini yang buat umno kurang sedap sikit. Bab lain diam aje, tentang joget dah haram pulak

IPOH, 30 Mac:
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang bersidang pada 24-26 Januari 2011 lalu telah memperakukan supaya tarian atau senama poco-poco diharamkan.

Ia dibuat atas asas ianya mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ianya sering diamalkan di Jamaica serta bercirikan agama Kristian.

"Mesyuarat mengambil keputusan bahawa pengharaman ini akan diwartakan," kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dalam satu suratnya.

Surat fatwa Mufti Perak itu dihantar kepada Pengerusi Persatuan Kakitangan Islam Malayan Banking (PKIMB) Perak.

Sebelum ini media sentiasa sahaja menyiarkan aktiviti Perdana Menteri dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor yang sering melakukan senaman poco-poco ini khasnya di tempat awam.

Bahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga pernah melakukan senaman ini di atas pentas bersama isteri dan pembesar negara yang lain. (gambar atas)

Tuesday, March 29, 2011

Nik Aziz Ibarat Quran Buruk – Zam

Patut umno tak nak guna quran sebagai dasar parti dan dasar pelembagaan negara!! dia anggap quran bila buruk tak boleh pakai.



KUALA LUMPUR, 29 Mac – Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am Pas diibaratkan seperti ‘Quran buruk’ kepada rakyat Kelantan yang sudah tidak boleh dibaca lagi tetapi tetap disimpan sebagai bahan yang tidak boleh dibuang, kata bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zanuddin Maidin.

Jelasnya, apabila Nik Aziz mengeluarkan kenyataan berasa malu terhadap pemimpin-pemimpin Melayu ekoran penayangan video aksi seks yang dikatakan pemimpin pembangkang sebenarnya adalah sesautu yang dianggap mengelirukan. Berita penuh baca (Sini)

Ayid:

Isu video seks: Trio Datuk T boleh dilindungi undang-undang, kata Nazri

Aduh kok Kebal orang yang memberi maklumat, selama ini kita tak diberi tahu

KUALA LUMPUR, 28 Mac – Trio ‘‘Datuk T’’ yang mendedahkan rakaman video aksi seks didakwa melibatkan mirip seorang pemimpin pembangkang akan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Saksi dan Akta Pemberi Maklumat sekiranya pihak berkuasa mendapati ada kes.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (gambar) hari ini berkata akta tersebut boleh digunakan bagi melindungi keselamatan trio itu yang bertanggungjawab mendedahkan video berkenaan.

“Bagaimanapun, kedua-dua akta itu tidak perlu digunakan ketika ini memandangkan belum ada sebarang pendakwaan dibuat ke atas mana-mana pihak sehingga kini dengan perkara itu juga masih dalam siasatan polis,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, ketika diminta mengulas mengenai perlindungan undang-undang yang boleh diberi kepada trio berkenaan.(sini)

Video seks: Pemimpin agama jangan jadi ‘syaitan bisu’, kata Hadi

“Jangan anggap kezaliman adalah kekuatan kepada seluruh kerajaan, kezaliman yang berlaku merendahkan kerajaan, menunjukkan kelemahan dan kerajaan sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan mereka terus berkuasa.

SHAH ALAM, 29 Mac — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan pemimpin agama sebagai “syaitan bisu” kerana mengambil sikap berdiam diri dan tidak bersuara dalam isu fitnah moral terbaru yang ditujukan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Hadi, sikap pemimpin agama yang enggan memberikan sebarang respons terhadap pendedahan rakaman video seks oleh “Datuk T” awal minggu lalu amat dikesali.

Walaupun tidak ditujukan secara jelas terhadap siapa pemimpin agama itu, namun ia dilihat menjurus kepada Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang selama ini banyak memberikan pendapat atau komen menyentuh PAS.

“Di mana kalangan yang suka bercakap selama ini, jangan jadi syaitan bisu... yang diarahkan untuk berkata yang benar tapi tidak lakukan adalah syaitan bisu,” kata Hadi lagi.

Semalam, Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang bertanggungjawab terhadap pendedahan rakaman video seks minggu lalu.

Presidennya Rev. Dr Thomas Philips berkata, perkembangan itu meletakkan negara pada peta atas sebab-sebab yang tidak diundang.

Malah kata beliau, ia juga satu perkembangan menjijikkan dan tidak dapat menerima yang rakyat dihiburkan dengan naratif grafik berhubung video seks 21 minit, didedahkan oleh tiga pihak yang menggunakan nama “Datuk T”.

The Malaysian Insider

Tidak mustahil fitnah dikembalikan kepada tuannya

SHAH ALAM, 28 Mac: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan umat Islam jangan mengejutkan fitnah yang sedang tidur kerana bahayanya akan menimpa semua orang.

Menurutnya, Allah SWT menyatakan kejahatan fitnah bukan hanya terkena orang zalim sebaliknya akan terkena sesiapa sahaja.

Katanya, fitnah apabila melanda dalam masyarakat adalah seperti malam gelap gelita dan sesiapapun sudah tidak dapat membezakan siapa yang ada di hadapannya.

Tuan Ibrahim berkata demikian ketika menyampaikan Kuliah Maghrib dalam majlis Solat Hajat dan Pidato Khas anjuran Pakatan Rakyat yang sedang diadakan di Stadium Malawati, dekat sini.

(Gambar: Ribuan turut menunaikan solat hajat yang diimamkan Presiden PAS)

Tuan Ibrahim berkata sifat fitnah, ia hanya laku ketika awal sahaja selepas itu, ia akan ditolak oleh masyarakat dan rakyat.

Beliau mengaitkan fitnah isu video seks yang ditolak selepas sahaja saiz perut pelakon kelihatan berbeza.

"Kerana itu, dalam hal ini kita kena menjaga perut kita kerana kini ia sudah menjadi bahan bukti.

"Dalam zaman teknologi tinggi kini, jika perut atau bahu kelihatan berbeza, keadaan ini masih boleh dibaiki dengan editan dalam waktu sekejap sahaja," tegasnya.

Disiplin Islam, ujarnya, menegaskan setiap berita apabila ia datang wajib dikaji selidik terlebih dahulu, bukan tayang baru hendak dikaji.

Inilah yang menyebabkan berlakunya fitnah besar, ujarnya, melibatkan maruah termasuk keluarga dan sanak saudara.

"Tidak mustahil untuk Allah kembalikan fitnah itu kepada tuannya dan jadikan fitnah itu sebagi sumber kebangkitan rakyat," katanya.

Sementara itu selepas solat Isyak tadi, berlangsung solat hajat yang diimamkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Turut berlangsung sekarang ini adalah pidato khas oleh pimpinan PR seperti Presiden PAS sendiri, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang

Harakahdaily

Monday, March 28, 2011

RAPUHNYA UMNO TAMAN KINTA. HINGGA TERTUBUHNYA PAS DISINI

Satu tamparan hebat untuk UMNO taman Kinta. PAS baru saja ditubuhkan berjaya menganjurkan ceramah yang paling ramai menarik penonton. Syabas PAS Cwng Taman Kinta


2 pertugas sedang mengantung bendera sempena ceramah Tuan Haji Muhammad Sabu di Taman kita pada 25 Mac 2011.

Admin: Teman tunggu bila UMNO Tmn Kinta nak buat ceramah... Tapi jangan nak complaint ceramah udahlah ye. kaka kaka kaka

Jangan sampai rakyat doa wakil rakyat mati


KUALA LUMPUR, 28 Mac: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menasihatkan kerajaan BN agar tidak hanya menjalankan projek pembangunan bila ada pilihan raya.

Katanya, keadaan itu telah menimbulkan satu kefahaman di kalangan rakyat bahawa untuk mendapat kemudahan asas perlu berlaku pilihan raya di tempat mereka.

"Kita merasakan dukacita bila ada rakyat menunggu-nunggu wakil rakyat mati untuk mudah mendapat kemudahan asas," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 (Bacaan kali kedua) di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau sebelum itu membangkitkan isu kemudahan infrastruktur di beberapa kawasan khususnya pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang masih belum diselesaikan kerajaan biarpun sudah lebih 50 tahun memerintah.

Apatah lagi katanya, Sarawak mempunyai hasil negeri yang banyak namun rakyatnya masih dibelengu kemiskinan dan kawasan-kawasannya masih tidak mempunyai kemudahan asas yang lengkap.

"Bila ada pilihan raya kecil barulah diwarwarkan akan diadakan kemudahan-kemudahan.

"Ini pendedahan yang memalukan setelah lebih 50 tahun mencapai kemerdekaan," tambahnya.

Sehubungan itu beliau tidak mahu rakyat terus diperbodoh kerajaan dan menggesa kerajaan menjalankan tanggungjawab setiap masa dan bukan menunggu pilihan raya.

Sementara itu beliau turut membangkitkan masalah pemantauan pemberian subsidi minyak kepada nelayan.

Merujuk kes nelayan di Terengganu beliau berkata, nelayan kecil di negara ini terpaksa berdepan kapal armada yang memonopoli subsidi tersebut.

"Kementerian pertanian diberi peruntukan besar khususnya dalam memberi subsidi kepada nelayan.Tapi jumlah subsidi yang besar bocor,diberi kepada armada daripada kroni tertentu yang menggunakan pekerja asing daripada Vietnam,Thailand dan sebagainya.

"Mereka memunggah minyak subsidi dengan banyak sehingga sukar nelayan tempatan mengambil minyak di stesen-stesen minyak kerana diganggu oleh armada yang besar," katanya.

Tambahnya,meskipun ada tindakan daripada pihak terbabit berkaitan perkara ini,namun ianya seolah-olah melepaskan batuk di tangga sahaja.

Situasi yang sama katanya terus berlaku dengan golongan nelayan terus tertindas.

"Semua tahu armada ini menjual minyak subsidi ini di laut.Walaupun sebelum ini ada tindakan diambil kepada individu tertentu tetapi seolah-olah melepaskan batuk di tangga sahaja.

Ini satu kebocoran subsidi yang tidak dinikmati rakyat yang berhak menerimanya," katanya.

Harakahdaily

Sunday, March 27, 2011

Asri: ‘Kita kena tentang politik lucah dan politik selak kain’


KUALA LUMPUR, 27 Mac — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin mahu semua pihak tidak kira ideologi politik agar menganjurkan satu perhimpunan besar bagi menyatakan “kebencian rakyat” terhadap “politik lucah dan kotor.”
Malaysiakini

Pemilihan PAS : Tuan Ibrahim Sahkan Tidak Bertanding Jawatan No 2




KUALA LUMPUR 27 Mac : Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan beliau tidak akan bertanding jawatan timbalan presiden parti Islam itu pada pemilihan Jun ini, di sebalik desas-desus mengatakan persaingan kemungkinan sengit.

Sebelum ini khabar angin menyebut ada usaha untuk meminta beliau mencuba nasib jawatan nombor dua yang kini disandang Nasharudin Mat Isa.

Kata Tuan Ibrahim, beliau telah membuat keputusan yang jelas mengenai soal itu demi perpaduan parti.

Dua naib presiden lain semasa ialah Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub, masing-masing ahli Parlimen Pokok Sena dan Kubang Kerian.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Tuan Ibrahim berkata, keputusan diambil demi masa depan yang lebih baik bagi PAS.

Jelas beliau, PAS mempunyai ramai pemimpin yang lebih layak dan berwibawa untuk bertanding bagi jawatan timbalan presiden.

“Saya tidak akan bertanding jawatan timbalan presiden dan keputusan itu dibuat setelah fikirkan bahawa PAS mempunyai kepimpinan yang ramai dan boleh menyumbang memperkuatkan parti dalam menghadapi cabaran serta bersaing dengan Barisan Nasional (BN).

“Cabaran PAS kini lebih besar dan keputusan yang saya buat ini adalah jelas,” katanya.

Jelas Pesuruhjaya PAS Pahang itu, dengan keputusan itu diharapkan kawasan yang akan mengadakan mesyuarat pada bulan depan tidak akan mencalonkan beliau bagi merebut jawatan timbalan presiden.

“Dengan keputusan ini saya harap kawasan tidak akan calonkan saya bagi jawatan ini, saya harap tidak pencalonan.

“Saya harap kawasan akan pencalonan pemimpin yang lebih baik dan layak untuk memegang jawatan itu,” katanya.

Dengan keputusan itu, dijangkakan jawatan timbalan presiden akan menjadi rebutan antara penyandangnya Nasharudin dan ahli jawatankuasa PAS pusat Mohamad Sabu yang mungkin akan bertanding.

Mohamad yang turut dihubungi berkata, beliau tidak menolak kemungkinan akan bertanding bagi jawatan itu sekiranya mendapat sokongan kuat di peringkat kawasan.

Bagaimanapun, Mohamad berkata beliau masih belum membuat keputusan sama ada mahu bertanding sekali lagi dan hanya akan mengumumkan pendiriannya tiga minggu sebelum muktamar yang akab berlangsung awal Jun ini.

Sekiranya, Mohamad bertanding ini merupakan kali kedua beliau berbuat demikian setelah tewas kepada Nasharudin dua tahun lalu.

Turut bertanding ketika itu ialah Datuk Husam Musa.

Ketika itu kedua-dua Mohamad dan Husam merupakan naib presiden.

Pada pemilihan itu, Nasarudin mendapat 480 undi, Husam memperoleh 281 undi manakala Mohamad hanya 261 undi.

“Kita tengok pencalonan dulu... kemudian bincang dengan kawan-kawan, kemudian tengok pula sokongan lepas itu baru akan buat keputusan untuk bertanding atau tidak.

“Setakat hari ini saya masih belum membuat sebarang keputusan lagi, dua atau tiga minggu sebelum muktamar saya akan beritahu sebab saya nak tengok mood perwakilan.

“Kalau dapat sokongan yang kuat saya akan bertanding tapi kena lihat perkembangan dulu... lihat di kawasan yang akan mengadakan mesyuarat bulan depan,” kata Mohamad.

Mengakui kurang mendapat sokongan di peringkat perwakilan, Mohamad berkata, beliau mungkin akan bertanding jawatan lain sekiranya sokongan tidak kuat.

“Kita tengok perkembangan dulu... tengok mood dulu. Kalau baik, saya akan bertanding, kalau tidak saya akan bertanding mana-mana jawatan yang dirasakan sesuai.

“Ataupun kemungkinan saya tidak akan bertanding pada pemilihan kali ini,” katanya.-The Malaysian Insider

http://tvsnews.net/v1/

‘Pinggul Fasha menggoda’

Mereka dikatakan berpakaian, kerana memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat, karena itu mereka dikatakan telanjang, karena pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof Al-Qaradawi)
‘Pinggul Fasha menggoda’

Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu:

(l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam);

(2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat , rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian ."
(Riwayat Muslim)

Hmetro

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak