Tuesday, December 1, 2009

Kit Siang sokong Nik Aziz kekal terajui Kelantan



Oleh Masdar Wahid

DAP menyokong penuh agar Tok Guru Nik Aziz kekal mentadbir Kerajaan Kelantan dan jangan sesekali tunduk dengan momokan media BN yang sengaja memainkan sentimen itu.
Penasihatnya, Lim Kit Siang berkata, berdasarkan trek rekod yang ditunjukkan oleh Tok Guru sejak tahun 1990 lagi jelas membuktikan ulama itu merupakan seorang yang cukup teliti dan cermat dalam memahami dan menyelesaikan permasalahan rakyat termasuk mereka yang bukan Islam.

Ayid: Lim kit Siang pun kata Tok Guru Patut terajui Kelantan. Anai-anai mana lagi yang sebuk? Jom kita pakat cari busut dia

Menurutnya, ini terbukti apabila negeri itu yang penduduknya hampir seratus peratus Melayu Islam tetap hidup harmoni dan tiada langsung berita ketegangan kaum dan agama di situ.

“Tuan Guru bukan sahaja pemimpin untuk rakyat Kelantan, tetapi juga pemimpin untuk semua kaum dan agama dan saya menyokong penuh agar beliau kekal mentadbir Kelantan,” katanya kepada Era Pakatan ketika ditemui di Parlimen hari ini.

Beliau memberitahu, sebarang usaha untuk menyerang Tok Guru samada melalui media atau pemimpin BN, itu semua kerana sifat benci dan cemburu mereka yang sehingga kini gagal mengalahkan Tok Guru sejak era Mahathir sehinggalah di zaman Najib.
Sehubungan itu, beliau yakin rakyat isu sebenar yang cuba dimainkan oleh Umno dan BN itu ialah hutang royalti kerajaan Pusat terhadap kerajaan Kelantan yang gagal diuruskan dengan baik.

Mengulas isu sama, Naib Presiden PKR, Sivarasa Rasiah berkata, Mursyidul Am PAS itu bukan sekadar Menteri Besar tetapi juga pemimpin rohani kepada masyarakat dan ini diakui sendiri oleh ahli dan pimpinan Umno sejak dulu lagi.

Siva yang juga seorang peguam berkata, beliau dan seluruh ahli PKR termasuklah pimpinan akan terus kekal menyokong penuh agar Nik Aziz kekal sebagai Menteri Besar (MB) Kelantan.
Menurutnya, sesuatu yang sukar sebenarnya mencari pemimpin hebat seperti Nik Aziz yang boleh menguruskan masyarakat pelbagai kaum dan agama dalam sebuah negeri yang diserang hampir setiap tahun oleh BN sejak hampir 20 tahun lalu.

Turut menyokong agar Tuan Guru kekal sebagai MB Kelantan ialah Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin yang menyifatkan Nik Abdul Aziz sebagai manusia hebat yang dikurniakan kepada rakyat di negara ini.
Menurutnya,beliau dan seluruh ahli wanita PKR menyokong tanpa syarat agar Tuan Guru kekal sebagai Menteri Besar Kelantan.

Mutakhir ini, akhbar tajaan rejim BN cuba memainkan isu siapa pengganti Nik Aziz dengan melaga-lagakan tiga timbalan Peseuruhjaya PAS di negeri itu dengan gambaran kononnya mereka merebut jawatan Menteri Besar.

Anehnya, isu itu dimulakan oleh seorang wartawan yang menyoal salah seorang pimpinan PAS berkaitan pengganti Nik Aziz dan jawapan yang diberi oleh pimpinan PAS itu dimanipulasi oleh akhbar ke esokan harinya yang bertujuan mengalihkan isu sebenar iaitu isu royalti minyak Kelantan.

Sumber: Batu vs kayu

No comments:

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak