Sunday, December 6, 2009

SESUNGGUNYA ULAMA' TIDAK AKAN SENGAJA DO'A KEBURUKAN ORANG!!

Assalamualaikum w.b.t. dan segala puji bagi Tuhan yang menjadikan seluruh isi bumi dan langit dan perantaraan antara keduanya, juga selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai ikutan dan tauladan ummat Islam sepanjang zaman. Alhamdulillah kerana sekali lagi diberi kesempatan untuk menulis artikel yang sedang hangat dibincang di Malaysia khususnya, maka saya yang faqir ini selaku anak muda cuba untuk mengambil peluang bagi berkongsi idea dan ilmu yang tidak seberapa ini, moga2 ada manfaatnya.

ISU DOA LAKNAT

Sebelum kita persoalkan adakah patut seorang ulama yang bergelar Tuan Guru mendoakan keburukan untuk orang Muslim yang lain, semestinya kita persoalkan terlebih dahulu pada diri kita ini, adakah kita tidak takut pada doa seorang ulama? Ulama adalah wali di sisi Allah, pewaris para anbiya', pembawa risalah kebenaran(Islam), jadi mereka lebih dekat dengan Allah s.w.t., oleh yang demikian doa mereka adalah lebih terangkat dan lebih mudah dikabuli oleh Allah, itu hakikat yang kita mesti pegang.

Keduanya, kita kena faham, bahawa sesungguhnya ulama' tidak akan sengaja atau suka2 mendoakan keburukan untuk satu2 kaum atau seseorang tanpa bersebab atau untuk kepentingan peribadi. Sebagai contoh, doa kehancuran atau laknat kepada John W. Bush, Tony Balairre dan Ariel Sharon, ini kerana mereka menganiayai ummat Islam seluruh dunia khususnya dalam isu berkaitan Palestin. Tahukah sahabat2 sekalian, kalau tidak didoakan dengan doa ancaman beerti kita merelakan ummat Islam ditindas, dizalimi, dinafikan haq tanpa belas kasihan.

Yang kelima, adakah TG Nik Aziz tidak mempunyai perasaan atau contoh akhlak yang baik kerana mendoakan "doa laknat" tersebut? Sudah tentu ada sahabat2 sekalian, cuba perhatikan, kalau tidak dizahirkan doa tersebut bukankah itu lebih merbahaya, beerti orang yang buat zalim itu akan terus melakukan kezaliman tanpa kesal dan sedar. Dengan ini, sekurang-kurangnya orang yang buat zalim ini akan takut dengan ancaman doa orang2 soleh yang teraniaya, kalau tidak takut atau gentar juga, beerti mereka mempunyai masalah hati, dan ini bermakna pintu hidayah telah tertutup rapat buat mereka, moga2 itu bukan kita.

Satu lagi sahabat2 sekalian, perkara yang paling penting kita persoalkan di sini dan setahu saya tidak pernah disentuh oleh mana2 pun, kenapa TG berdoa di khalayak ramai? Fikir2kan, cuma sebagai tambahan dari saya, TG Nik Aziz boleh sahaja mendoakan secara sirr(rahsia@senyap), tapi kenapa hendak menzahirkannya dan kesannya isu ini akan diputarkan @ dimainkan di seluruh negeri Malaysia, dan rasanya TG Nik Aziz tahu kesannya tapi tetap mengambil insiatif untuk menzahirkannya di khalayak umum.

Inilah ciri2 seorang ulama', sentiasa memberi amaran dan ancaman terhadap kezaliman yang dikerjakan oleh pemerintah Islam yang zalim. Doa laknat TG Nik Aziz yang telah dilafazkan adalah suatu tegahan daripada seorang hamba Allah yang rasa dirinya berhak untuk menegur pemimpin walau dengan cara apa sekalipun, dan sebagai satu sikap ambil cakna terhadap penderitaan rakyat, kerana realiti yang kita lihat hari ini, ramai orang yang sanggup menyuruh dalam perkara kebaikan namun tidak ramai yang sanggup mencegah perkara kejahatan.

Kesimpulannya, sahabat2 dan warga2 di Malaysia tidak perlulah memutarbelitkan lagi isu doa laknat ini dan berhentilah menjadi pembela kejahatan dan fitnah. Cukuplah dengan keberadaan kalian dalam parti yang batil itu janganlah sampai melarat sehingga memburuk-burukkan nama ulama' sebagai pewaris Nabi, kerana orang yang memuliakan ulama' beerti dia memuliakan Nabi sebagai pemberi syafaat. Ingatlah kalian akan bersama orang yang kalian cintai. Kalau kalian cintai Najib.......Tak tahulah........Apa nak jadi???

Sumber Nukilan syeikhubaidillah

5 comments:

anakmuaallaf said...

Salam Ijoks

Jika baik orang nak benci kita ke???

Unknown said...

waa akak dah tersalah org lg,hehee..

ayid,mlm nanti ana komen,curi masa rehat kejab baca entry ni.tak habis baca lg ni.

Briged Akhdor LR2 said...

salam ya akhi..ayid sememangnya dah banyak hujah dalil dan nas yang menyokong tindakan apa yang tuan guru nik aziz jalankan tp nielah yang berlaku apabila kejahilan agama rakyat islam malaysia..dan media turut manambahkan lagi kekeliruan masyarakat khasnya buat umat islam..isu2 begini begitu sensitif krn takliq buta pada pemerintah biarpun pemerintah berlaku zalim ..dunia kini makin hampir ke penghujungnya..jika takder ulamak maka bala akn menimpa kita..krn sememangnya doa adalah senjata ampuh dan keistimewaan yang diberikan allah pada hambanya..

Unknown said...

Salam Ayid,maaf baru sekarang berpeluang bagi sedikit komen pasal entry ni.
Pada saya tindakan Tokguru yg berdoa di khalayak ramai juga merupakan salah satu dari uslub dakwah supaya org yg buat silap tu sedar dan dlm masa yg sama memberi amaran kpd sesiapa yg ingin berbuat jahat lepas ni.

Ulama' adalah pewaris nabi yg menyambung kerja2 nabi.
Tugas utama nabi ialah memberi khabar gembira dgn Syurga bagiyg taat dan mengancam dengan balasan Neraka bagi yg ingkar perintah Allah.

jebat_berani said...

salam sahabatku ayid..

jelasnya apabila manusia tidak memahami agama atau memahami agama mengikut kepala otak sendiri maka sesuatu yang dibenarkan agama dikatakan sebaliknya pula..

dan apabila sesuatu perkara itub menjadi larangan agama mereka ini membenarkannya pula..sesungguhnya mereka ini bukan sahaja menolak agama islam malah menjadi duri dalam daging kepada agama islam..merekalah yang sebenarnya mengelirukan umat islam hari ini..

oleh yang demikian,orang sebegini harus kita abaikan sahaja pendapat mereka..setiap pendapat yang mereka nyatakan hanya berniat jahat sama sekali..sama ada pendapat mereka itu membela puak-puak yang melakukan kejahatan atau juga menentang perjuang yang menegakkan islam tak perlu kita pedulikan..

apa yang perlu adalah kita terus menyakini perjuangan kita ini yang didokong oleh para ulama yang ikhlas perjuangkan islam...

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak