Saturday, February 12, 2011

Adun BN Kerdau meninggal dunia, pilihan raya kecil ke-16 - The Malaysian Insider

KUALA LUMPUR, 12 Feb — Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN kerusi Kerdau Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 63, meninggal dunia di rumahnya di pekan Kerdau, Pahang petang tadi.

Kenalan rapat Allahyarham memberitahu The Malaysian Insider bahawa wakil rakyat itu meninggal dunia selepas terjatuh di rumahnya kira-kira 6.30 petang tadi.

“Beliau dikatakan terjatuh di rumahnya dan disahkan doktor meninggal dunia di rumah kerana terjatuh,” kata kenalan rapat beliau.

Perkembangan ini membawa kepada pilihan raya kecil yang ke-16 sejak Mac 2008. Pilihan raya kecil ke-15 iaitu di DUN Merlimau akan berlangsung awal bulan depan.

Pada pilihan raya umum 2008, Zaharuddin menewaskan calon PAS Hassanuddin Salim dengan kelebihan 1,615 undi.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kuala Krau Datuk Ismail Mohd Said mengesahkan yang Allahyarham Zaharuddin (gambar) terjatuh di bilik air di rumahnya.

“Pukul 7.05 petang ambulans sampai dan dibawa ke Hospital Temerloh dan pukul 8 malam, doktor sahkan Adun sudah pun meninggal di rumahnya,” kata beliau yang juga ketua Umno Kuala Krau.

Ismail berkata jenazah akan dikebumikan selepas waktu Zohor esok di Tanah Perkuburan Paya Taram, Kerdau.

Laporan Bernama memetik Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh Supt Zundin Mahmood juga mengesahkan Zaharuddin meninggal dunia.

Allahyarham pernah menjadi perhatian tahun lalu kerana dirawat selepas koma di Institut Jantung Negara (IJN) di sini.

Zundin berkata pihak Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh mengesahkan Zaharuddin meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital berkenaan pada pukul 6.30 petang.

Zaharuddin sebelum ini pernah dua kali dimasukkan ke hospital berkenaan kerana mengalami komplikasi buah pinggang dan jantung serta tekanan darah tidak stabil pada Mei dan November tahun lepas.

“Masih belum dapat dipastikan sama ada Datuk Zaharuddin mengalami serangan jantung ketika terjatuh di dalam bilik air,” katanya kepada Bernama.

The Malaysian Insider

Switzerland beku aset Mubarak

Switzerland sudah membekukan aset yang menjadi milik Hosni Mubarak yang semalam meletakkan jawatan sebagai Presiden Mesir selepas 30 tahun memerintah Mesir, kata Kementerian Luar Switzerland, hari ini.

egypt revolution mubarak steps down huge crowd 1"Saya boleh mengesahkan bahawa Switzerland sudah membekukan harta yang menjadi milik bekas presiden itu berkuatkuasa serta-merta," kata jurucakap kementerian itu, Lars Knuchel sebaik Mubarak mengumumkan pengundurannya bagi mengakhiri tunjuk perasaan besar-besaran rakyat selama 18 hari.

"Berikutan tindakan ini, setiap aset akan dibekukan selama tiga tahun," katanya.Beliau bagaimanapun tidak menyatakan jumlah wang yang terbabit atau di mana ia disimpan.

Aset yang dimiliki pemimpin yang menyokong Mubarak juga dibekukan iaitu dilarang daripada dijual atau dilupuskan sebarang hartanah atau aset kekal lain.


Malaysiakini

HOSNI MUBARAK TINGGALKAN KAHERAH!!

KAHERAH, 12 Feb — Presiden Hosni Mubarak akhirnya tunduk kepada desakan kebangkitan rakyat — meletakkan jawatan pada hari ke-18 demonstrasi semalam (tengah malam waktu Malaysia).

Naib Presiden Omar Suleiman mengumumkan Hosni sudah menyerahkan kuasa kepada tentera.

Ia disambut dengan gembira oleh penunjuk perasaan.

Beberapa jam sebelum Omar membuat pengumuman laporan awal menyebut Hosni telah meninggalkan ibu negara Mesir bersama keluarganya sementara momentum tunjuk perasaan yang masuk hari ke-18 terus meningkat — sehari selepas presiden itu menegaskan tidak akan berundur sekarang.

Pihak tentera pula berjanji akan menarik balik perintah darurat yang dikuatkuasakan sejak tiga dekad lalu selepas keadaan semasa reda.

Hosni memerintah negara itu sejak 1981 dan kini berhadapan dengan kebangkitan rakyat.

Laporan NBC News berkata, Hosni meninggalkan Kaherah untuk menuju resort Laut Merah Sharm el-Sheikh.

Laporan itu menyebut Hosni meninggalkan ibu negara, salah satu lokasi demonstrasi sejak tiga minggu lalu, bersama keluarganya dari pangkalan tentera Almaza.

Bagaimanapun laporan stesen TV Al-Jazeera yang dipetik msnbc pula berkata, Hosni sudah pun meninggalkan Mesir dan terbang ke Emiriah Arab Bersatu. MI

Friday, February 11, 2011

Selepas Ezam Gagal, Ummi Hafilda Jadi Senjata Umno(Menarik Dengan Paparan Video)





KUALA LUMPUR 10 FEB: Setelah Senator Ezam Mohd Noor gagal untuk menarik sokongan pengundi Melayu di Selangor, Umno negeri itu terpaksa meletak harapan kepada muka lama Ummi Hafilda untuk cuba menghakis pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hanya kira-kira 100 orang hadir pada ceramah sulung Ummi Hafilda di Jalan Kebun, Kelang malam tadi.

Segala tohmahan dan dakwaan yang dibuat oleh Ummi Hafilda terhadap Anwar pada ceramah itu hanya berupa modal lama yang dikitar semula sejak 1998.

Tetapi dalam keghairahan beliau membidas Anwar, Ummi Hafilda membongkarkan peri laku Jemaah menteri termasuk Perdana Menteri sekarang Datuk Seri Najib Razak dan barisan menteri besar sendiri yang ketika itu bernaung di bawah Tun Dr Mahathir Mohamad.


Sumber

UMNO goyah bila MCA kecundang di kawasan campuran

Pola pengundian PRK Tenang mungkin petanda kejatuhan Barisan Nasional dalam tempoh tujuh tahun. Bayangkan, PAS menumpaskan MCA di kawasan campuran, yang merupakan kubu MCA sebelum 8 Mac 2008. Sebelum "tsunami politik", kubu MCA sebenarnya berada di kawasan campuran - kerana DAP gagal meraih sokongan Melayu, sementara PKR dan PAS gagal memperolehi undi Cina.

Namun, senario politik telah berubah. Keputusan PRK Tenang menyaksikan pola pengundian di mana semakin tinggi kadar pengundi Cina, maka semakin tinggi kadar undi untuk PAS. Kini, kebanyakan pengundi Cina akan menyokong "orang Melayu Pakatan Rakyat" - ketika membuat pilihan antara "orang Cina UMNO (MCA)" dengan "orang Melayu Pakatan Rakyat (PAS dan PKR)".

Jikalau pola ini kekal, maka ia bermakna MCA akan tewas kepada DAP di kawasan majoriti Cina, malah berkemungkinan tumpas kepada PAS dan PKR di kawasan campuran. Jadi, persoalannya, daripada 15 kerusi parlimen yang sedia ada, berapakah yang mampu dipertahankan MCA dalam PRU akan datang?

Pakatan DAP-PAS

PAS dibantu kedua-dua rakan partinya, DAP dan PKR dalam PRK Tenang kali ini. DAP terutamanya, menurunkan pemimpin peringkat kebangsaannya untuk berkempen. Malah, untuk kali pertama DAP menyiarkan iklan di akhbar Cina, Sin Chew Daily (1/4 muka surat di edisi tempatan) setiap hari - untuk PRK yang ditandingi rakan parti. Menurut Penasihat Strategi Pilihanraya, Liew Chin Tong, daripada 14 PRK yang berlangsung, hanya PRK Bukit Gantang (ditandingi Nizar Jamaluddin) dan PRK Sibu (ditandingi DAP sendiri), yang mampu menyamai PRK Tenang dari segi sumber yang dicurahkan oleh DAP.

Matlamat strategi DAP adalah supaya prestasi PAS mengatasi DAP. Keputusannya menyaksikan matlamat ini tercapai. Dalam pilihan raya yang lalu, DAP yang bertanding kerusi parlimen Labis memperolehi lebih undi Cina di kawasan DUN Tenang berbanding PAS, sementara PAS memperolehi undi yang lebih banyak daripada DAP di kawasan Melayu. Tidak sukar untuk menjelaskan fenomena ini - sesetengah penyokong DAP menolak calon PAS, manakala sesetengah penyokong PAS tidak yakin dengan calon DAP.

Antara faktor yang menjurus kepada fenomena ini adalah hasil daripada dasar pecah dan perintah oleh Barisan Nasional dalam ruang wacana. Dalam PRK Tenang kali ini, MCA menyerang PAS yang kononnya membawa Islam yang ekstrem, sementara UMNO menyerang PAS kerana mengkhianati agama dan bangsa - manifestasi wacana tradisional yang digunakan BN.

Namun, apa yang membimbangkan BN adalah, perbezaan kadar undi Cina yang diperolehi DAP dan PAS semakin rapat. Dalam empat peti undi yang mana kadar pengundi Cinanya lebih tinggi, kadar undi yang diperolehi PAS pada tahun 2008 telah mengatasi kadar undi yang diperolehi DAP pada tahun 2004, walaupun masih belum terjangkau kadar undi yang diperolehi DAP pada tahun 2008. Dalam PRK Tenang kali ini, kadar undi yang diperolehi PAS di Labis Tengah hampir menyamai kadar undi yang diperolehi DAP pada tahun 2008!

Seandainya fenomena ini juga berlaku di dua kawasan pengundian yang berdekatan (iaitu Labis Timor dan Labis), ia membawa makna bahawa komuniti Cina telah melihat dan menerima DAP-PAS sebagai satu gabungan. Pengundi Cina DAP menyokong PAS, lebih kurang keadaannya sebagaimana pengundi Melayu UMNO menyokong MCA.

PAS dan undi Melayu

Persoalan yang tercungkil di sini adalah, apakah PAS akan menjadi MCA versi Melayu? Sebelum ini, ada pandangan bahawa PAS mungkin tidak senang apabila DAP menyindir MCA kerana kehilangan sokongan Cina. Ini kerana PAS juga berdepan dengan masalah gagal meraih sokongan Melayu di kawasan desa dan mungkin dilihat sebagai boneka DAP.

Sememangnya, terdapat sesetengah pemimpin dari golongan konservatif yang agak gelisah apabila PAS semakin bergerak ke tengah. Namun, PAS adalah sebuah parti yang pragmatik. Meskipun melihat kegagalan sebagai ujian daripada Tuhan, namun kemenangan tetap akan diiktiraf. Misalnya, Mohd Nizar Jamaluddin (gambar kanan) yang meraih sokongan bukan Melayu, meskipun kehilangan sedikit sokongan Melayu - tetap disanjung tinggi akar umbi partinya. Pemimpin yang popular di kalangan bukan Melayu seperti Dzulkefly Ahmad, Husam Musa, Khalid Samad, Siti Mariah dan sebagainya, juga tidak tersingkir dalam pergelutan kuasa yang sengit dalam parti.

Pemimpin PAS yang saya kenali tidak bimbang dengan kebangkitan pengaruh DAP. Mereka hanya mengeluh kerana kadar pengundian Cina yang rendah sehingga gagal menghakis undi majoriti BN. Di kubu UMNO, ada kalanya PAS langsung tidak berpeluang untuk bertemu dengan pengundi. Jadi, bukan sesuatu yang mengejutkan apabila PAS kehilangan sedikit undi Melayu ketika dalam PRK. - Baca lagi (Sini)

Thursday, February 10, 2011

Gambar palsu Lim berketayap pula tersebar

Jika sebelum ini terdapat gambar palsu yang memaparkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyembelih lembu ketika Aidil Adha, kali ini terdapat risalah yang diedarkan di Balik Pulau menunjukkan setiausaha agung DAP itu memakai ketayap.

NONEGambar itu menunjukkan Lim bersama ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan speaker dewan undangan negeri Pulau Pinang, Abdul Halim Hussein di sebuah surau di majlis rasmi di Komtar.

Ketiga-tiga mereka memakai batik dan berketayap.

Adalah dipercayai risalah berkenaan hanya diedarkan di kawasan Melayu di Balik Pulau sejak minggu lalu.

Lim pada sidang media di Komtar, hari ini menunjukkan kepada wartawan gambal asal ketiga-tiga mereka yang dirakamkan pada majlis berkenaan.

leaflet"Tiada seorang pun daripada kami yang memakai kopiah," katanya.

"Kopiah ini hanya digunakan oleh orang Islam dan saya tidak akan menggunakannya sebagai menghormati masyarkat Melayu,” katanya.

Lim berkata jika Anwar mendapati beliau memakai ketayap, sudah pasti ketua pembangkang itu akan menegurnya.

"Lihat betapa jahatnya sesetengah pihak... ini satu lagi contoh fitnah ke atas pemimpin kerajaan negeri,” katanya.

Lim menafikan beliau pernah memakai ketayap tetapi mengakui pernah memakai serban Sikh sebelum ini Malaysiakini

US INI MEMANG HEBAT BEBENOR!!


Saya petik dari Malaysia Kini:

Mohd Noor menegaskan beliau tetap bersedia berdebat dengan Mursyidul Am PAS itu secara “satu lawan satu” tanpa melibatkan pihak lain.

“Sekiranya beliau bersetuju untuk bertaubat dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam di Malaysia dengan fatwa yang memecahbelahkan umat Islam dan bersetuju untuk menarik balik hubungan dengan DAP yang terkenal dengan anti Islam, dan majlis taubat itu diadakan di Masjid Muhammadi, maka saya akan bertimbangkan untuk menarik balik cadangan debat saya dengannya,” katanya.

Katanya debat itu wajar diadakan antara lain untuk memperbetulkan tanggapan serta kesucian ajaran agama Islam yang telah diputar-belitkan oleh pemimpin PAS, terutama Nik Aziz sendiri yang disifatkan sebagai asobiyyah.

“Dalam hal ini ingin kami tegaskan bahawa PAS memperalatkan agama demi untuk kepentingan pangkat dan harta,” katanya.

Baca lagi (dini)

Jom debat jika berani


IPOH – Pemuda Pas Negeri mempelawa Pemuda UMNO Negeri berdebat dua isu yang sedang hangat diperkatakan iaitu isu pegang lilin dan ancak tiang seri.

Setiausaha Pemuda Pas Negeri, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata, pelawaan itu dibuat bagi merungkai persoalan yang boleh mengelirukan akidah umat Islam khususnya di negeri ini.

Beliau berkata, pihaknya telah melihat taring tumpul Pemuda UMNO melalui ketuanya, Khairul Azwan Harun yang kelihatan berbisa dengan kenyataan menggunakan pelbagai istilah termasuk badut dan jalang politik kepada bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

“Kenyataan kesat seperti itu tidak sepatutnya keluar daripada Pemuda UMNO Perak dan jelas menunjukkan ketidakwibawaan mereka untuk berdepan dengan hujah-hujah bersandarkan al-Quran dan profesional.

“Mereka sepatutnya lebih matang untuk berdepan dengan musuh politik mereka dan bukan dengan menggunakan media semata-mata,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian.

Raja Ahmad berkata, berikutan itu, pihaknya mencabar Pemuda UMNO berani menerima pelawaan debat tidak seperti kepimpinan terdahulu yang sering memberikan alasan.

“Jangan memalukan anak muda bahawa semua kepimpinan UMNO tergolong dalam kumpulan tidak berani.

“Pemuda UMNO perlu membuktikan segala tohmahan yang mereka nyatakan selama ini benar belaka dan bukan hanya berkokok di hadapan media dan orang UMNO sahaja,” katanya.

Beliau belaka, penjelasan itu perlu dibuat di pentas umum bagi menyelamatkan akidah umat Islam yang terkeliru dengan isu yang dibangkitkan.

Semalam, Ketua Pemuda UMNO Negeri, Khairul Azwan Harun melabelkan Mohammad Nizar sebagai badut dan jalang politik kerana masih meneruskan pembohongan berhubung isu ancak melibatkan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambri Abdul Kadir.

Khairul Azwan turut mendesak Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri itu supaya memberi jawapan terhadap isu memegang lilin yang dilakukan bersama pemimpin DAP bagi menghormati kematian Teo Beng Hock.SH

Lim: Siapa pemimpin pembangkang itu?

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad menamakan pemimpin pembangkang yang ditemuinya dan dijanjinya tidak akan ditangkap dalam Operasi Lalang 1987.

NONE"Biar Mahathir namakan pemimpin pembangkang yang beliau temui dan berjanji tidak akan menangkap mereka tetapi telah dilanggar oleh polis dalam tangkapan Operasi Lalang," kata Lim dalam kenyataannya.

Cabaran itu dibuat berikutan kenyataan Mahathir dalam buku "Doctor M: Operation Malaysia – Conversations with Mahathir Mohamad” oleh Tom Plate.

Dalam buku itu, bekas perdana menteri itu dalam wawancaranya berkata dia telah menemui semua pemimpin pembangkang dan meyakinkan mereka bahawa mereka tidak akan ditangkap menjelang Operasi Lalang tahun 1987.

"Dan awak tahu apa yang polis buat? Polis menangkap mereka. Habis kredibiliti saya," kata Mahathir dalam wawancara itu.

ops lalang 261005 star front pageBagi Lim, Mahathir bukan sahaja menghidap penyakit ingatan terpilih dan salah ingatan tetapi juga memutarbelitkan kebenaran sepanjang 22 tahun sebagai perdana menteri.

"Saya tidak pernah bertemu Mahathir dan dia tidak pernah memberikan jaminan kepada saya bahawa saya tidak akan ditangkap sebelum Operasi Lalang dilancarkan pada 27 Oktober 1987, walaupun sehari sebelum itu saya telah bercakap di Parlimen bagi membahaskan bajet 1988," kata Lim.

Bagi pemimpin kanan DAP itu, adalah tidak wajar bagi Mahathir untuk melepaskan bebanan Operasi Lalang itu kepada polis.

operasi lalang ops lalangIni kerana, dia bukan sahaja telah mempertahankan tindakan polis menangkap 106 orang di bawah Seksyen 73 ISA itu bahkan juga telah menggunakan kuasanya sebagai menteri dalam negeri untuk memerintahkan 49 daripada mereka ditahan selama dua tahun di Kamunting.

Lim juga mendakwa Mahathir membuat dakwaan palsu terhadap ahli parlimen DAP dengan berkata mereka ditangkap bukan kerana mereka ahli parlimen atau fahaman politik mereka tetapi kerana 'cuba mencetuskan ketegangan kaum'.

Misalnya, Mahathir telah memberitahu Asiaweek 11 November 1988, "Segelintir mereka masih ditahan kerana mereka enggan berhenti daripada mencetuskan ketegangan kaum.

ops lalang 261005 star detainees"(Lim) telah ditangkap bukan kerana dia pemimpin pembangkang tetapi kerana dia mencetuskan ketegangan kaum di negara ini. Mereka akan terus ditahan sehinggalah mereka berubah fikiran untuk membuat perkara yang betul.."

"Mahathir tidak boleh mengelakkan diri dari bertanggung jawab dan meletakkannya di bahu polis tetapi perlu memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana telah menjadi peneraju dalam Operasi Lalang, satu peristiwa gelap dalam sejarah hak asasi manusia di Malaysia," kata Lim. Malaysiakini

Kerajaan Negeri Naikkan Elaun Guru KAFA RM300



SHAH ALAM 9 FEB : Guru kelas agama fardu ain atau KAFA di negeri Selangor mendapat perkhabaran gembira apabila kerajaan negeri memutuskan untuk meningkatkan elaun tambahan guru sebanyak RM300.

Dengan tambahan elaun RM300 ini menjadikan elaun bulanan guru-guru KAFA di SRA dan SRAI di Selangor sebanyak RM1,300 sebulan. Kenaikan elaun ini berkuatkuasa 1 Januari lalu.

Kelulusan untuk kenaikan elaun itu dibuat pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang diadakan hari ini.

Tambahan elaun ini melibatkan 3,935 guru KAFA yang mengajar di 208 buah SRA dan 11 buah SRAI seluruh Selangor.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika mengumumkan perkara ini pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat MMKN berkata, kenaikan elaun bulanan ini akan melibatkan peruntukan tambahan Kerajaan Negeri lebih RM14 juta setahun.

Pada masa ini, guru KAFA di SRA dan SRAI di Selangor menerima elaun sepenuhnya dari Kerajaan Negeri dan Baitulmal sebanyak RM1,000 sebulan atau RM61 juta setahun.

"Kerajaan Negeri berharap kenaikan elaun bulanan ini akan mendorong guru KAFA di SRA dan SRAI berusaha meningkatkan kualiti kerja seharian," katanya.

TVS NEWS

Tuesday, February 8, 2011

Segerakan Muzakarah Antara Majlis Fatwa Dan PAS



KUALA LUMPUR 8 FEB : Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menyokong dan menggesa agar muzakarah di antara Majlis Fatwa Kebangsaan dengan PAS yang diketuai Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat segera diadakan bagi menjernihan kekusutan dan menyelesaikan perselisihan yang berlaku. kata ketuanya Nasrudin Hasan At-Tantawi.

Nasrudin berkata, ini kerana Pemuda PAS yakin segala pertelingkahan, pertikaian, perselisihan faham mesti diselesaikan secara muzakarah dengan menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai asas penyelesaian.

"Ini sangat penting supaya kebenaran dapat ditegakkan dan memastikan sebarang kekeliruan, tohmahan serta fitnah dapat dipadamkan," ujarnya dipetik Harakah Daily.

Malah, ujarnya Pemuda PAS ingin menegaskan bahawa bukan sahaja satu atau dua isu yang berkait dengan Al-Mursyidul Am PAS tetapi masih banyak perkara-perkara lain yang menyentuh aqidah ummah perlu dimuzakarahkan.

DPPP juga, tambah nya turut mengalu-alukan penyertaan ulama-ulama Umno justeru mereka adalah pendokong kerajaan yang dipimpin oleh Umno bagi menyelesaikan isu-isu agama.

Menurutnya, Pemuda PAS melihat, sekian lama Umno dan Barisan Nasional menguasai agen penyebaran massa utama seperti televisyen, radio dan akhbar arus perdana di dalam negara sudah terlalu banyak fitnah dan tohmahan telah dilemparkan terhadap Al-Mursyidul Am PAS khususnya dan PAS amnya.

"Inilah peluang dan platform terbaik bagi rakyat menilai apa yang ditohmah oleh media arus perdana ini benar ataupun salah," ujarnya.

Justeru itu, katanya muzakarah antara kedua-dua pihak suatu peluang dan platform yang sangat baik sekiranya Majlis Fatwa Kebangsaan atau mufti-mufti bersama ulama-ulama Umno menganggap apa yang pernah disebut atau dipraktikkan oleh Al-Mursyidul Am dan PAS bercanggah dengan Islam.

TVS NEWS

Sunday, February 6, 2011

“Saya tidak akan terima (cabaran Profesor Mohd Noor), dia ni sekali Pas, sekali UMNO. Nik Aziz mahu debat individu berkuasa


KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau hanya menyahut cabaran untuk berdebat dengan individu yang mempunyai kuasa dan berprinsip.

Menteri Besar Kelantan itu mengakui, debat cara terbaik untuk menyelesaikan kekusutan, namun ia harus disertai orang yang ada kuasa bagi menyelesaikan masalah berbangkit.

Menurutnya, beliau tidak akan terikut-ikut dengan rentak Ulama UMNO, Profesor Madya Mohd Noor Deris untuk berdebat dengannya kerana individu itu tidak mempunyai dasar yang jelas dalam perjuangan.

“Saya tidak akan terima (cabaran Profesor Mohd Noor), dia ni sekali Pas, sekali UMNO, sekali kebangsa­an, tiada dasar (prinsip) dalam perjuangan,” katanya ketika ditemui di kediaman rasmi Menteri Besar, di sini, semalam.

Nik Aziz mengulas kenyataannya, kelmarin, yang bersedia untuk berdebat dengan Mohd Noor berhubung dakwaan beliau membuat kenyataan yang merosakkan akidah selain memecah-belah umat Islam.

Isu ini timbul apabila Nik Aziz pada sidang media semasa Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, baru-baru ini, mendakwa mereka yang tidak mengundi Pas adalah jahiliah.

Sebelum ini, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal meminta Majlis Fatwa Kebangsaan tidak menunggu keadaan menjadi lebih keruh dan huru-hara, berikutan kenyataan Nik Aziz yang dikatakan menimbulkan kontroversi.

Ditanya adakah Mohd Noor bukan lawan sebenar beliau untuk berdebat, Nik Aziz berkata, soal taraf tidak berbangkit, tetapi yang penting individu berkenaan ada dasar yang teguh.

“Saya boleh berdebat, orang tengahnya al-Quran, tetapi ia harus dengan individu yang betul, bukan seperti beliau (Mohd Noor),” katanya.

Sumber

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak