Saturday, December 7, 2013

Menteri KDN arah Menteri JAKIM ambil tindakan orang No 2 dalam PAS

Adakah UMNO sudah hilang arah tuju?

Malaysia kini melapurkan

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi berkata, kementeriannya memberi kuasa kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom untuk mengambil tindakan kepada Timbalan Presiden Mohamad Sabu yang didakwanya berfahaman Syiah.

NONE"Alangkah baiknya PAS mempunyai keberanian dan menyatakan komitmen politiknya untuk menolak pemimpin Syiah yang menjadi salah seorang pemimpin parti itu.

"Kita tahu siapa pemimpin Syiah dalam PAS. PAS ketepikan perbezaan politik. Ini soal akidah dan keselamatan negara. Kita hairan bagaimana PAS memilih pemimpin Syiah untuk menjadi orang nombor dua (Mohamad) dalam PAS.




Baca lagi:http://www.malaysiakini.com/news/248782

Najib PM pertama dalam dunia kut? cerita jasa isteri huhuhu

Kalau bab jasa ini, Rasnya Khadijah lagi banyak jasa dan pengorbanan riwayat menyebut Khadijah berkata: “Ambillah tulang belulangku, ambillah tulang belulangku. Aku sudah tidak ada apa lagi ya Rasul. Hanya yang ada tulang belulang ini. Ambillah ia setelah aku wafat. Jadikan ia jambatan untuk sahabatmu pergi berjihad.”

Malaysiakini melapurkan:

Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak menceritakan bahawa isterinya Datin Seri Rosmah Mansor telah menelefon isteri bekas kepada presiden Mesir Suzanne Mubarak bagi membebaskan seorang pelajar Malaysia yang dituduh perisik.

Najib berkata sewaktu Operasi Piramid pelajar tersebut dituduh sedemikian dan kemudiannya dihumban ke penjara.

Perdana menteri berkata ia merupakan salah satu daripada dua jasa Rosmah yang tidak pernah dimaklumkan kepada sesiapa sewaktu operasi itu dijalankan dua tahun lalu.

NONE"Saya minta isteri saya menelefon isteri presiden Suzanne, merayu untuk membebaskan (pelajar itu), dalam dua jam, pelajar kita dibebaskan," katanya.

Bagi jasa kedua, Najib berkata semasa operasi yang berjalan, Najib berkata isterinya juga memohon jasa baik kerajaan Arab Saudi dengan "jaringan" dengan keluarga diraja, membolehkan pelajar Malaysia dapat singgah di Jeddah tanpa visa

"Ia diusahakan oleh isteri saya kepada pelajar-pelajar kita. Malah dua kapal terbang Jumbo disediakan secara percuma bawa balik pelajar kita.

"Belum pernah saya beritahu tapi ia adalah sumbangan isteri saya kepada rakyat Malaysia," kata Najib.

"Ada bayar, bayaranlah malam ni," kata Najib sambil diiringi gelak ketawa perwakilan

Tuesday, December 3, 2013

Banjir makin buruk, Kuantan dilapor lumpuh



KUANTAN: Bandar Kuantan petang ini dilaporkan lumpuh akibat banjir besar yang melanda ekoran hujan lebat yang turun sejak semalam.

Tinjauan Harakahdaily mendapati beberapa jalan utama di bandar ini ditenggelami air dan tidak dapat dilalui kenderaan ringan.

Terminal Kuantan Sentral yang menjadi pusat pengangkutan awam turut ditenggelami air menyebabkan pergerakan keluar masuk ke bandar ini tergendala.

Premis perniagaan dan pejabat juga ditutup akibat jalan-jalan di sekitar bandar ditenggelami air.

Wartawan lokasi, Helmi Ibahim juga melaporkan desas-desus kemungkinan empangan Kobat yang terletak berhampiran bandar ini akan dibuka yang bakal memburukkan lagi keadaan banjir memandangkan hujan semakin lebat dan air pasang besar pada jam 4 hingga 5 petang ini.

Bernama melaporkan keadaan banjir di Pahang semakin buruk apabila lebih 5,000 mangsa dipindahkan di pusat pemindahan banjir di empat daerah, hari ini.
   
Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, daerah terlibat ialah Rompin, Kuantan, Pekan dan Maran.
   
"Di Rompin seramai 2,595 mangsa dari 23 kampung terlibat ditempatkan di enam pusat pemindahan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
   
Katanya, di Pekan sebanyak enam kampung terlibat dengan 341 mangsa dipindahkan ke enam pusat pemindahan.
   
Di Kuantan seramai 1,824 mangsa dari 23 kampung dipindahkan ke 23 pusat pemindahan.

Di Maran, 633 mangsa banjir dari sembilan buah kampung ditempatkan  di tujuh pusat pemindahan.

Keadaan banjir dijangka bertambah buruk berikutan hujan lebat berterusan sejak dua hari lepas.
   
Menurut jurucakap itu, Jambatan Sungai Charu di Kilometer 28 Jalan Sungai Lembing-Kuantan ditutup kepada semua kenderaan berikutan air naik setinggi satu meter.

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak