Saturday, May 11, 2013

: Perbuatan jahiliyyah dan haram

1. Tindakan sesetengah pihak mengapi-apikan isu perkauman kebelakangan ini adalah perbuatan jahiliyyah yang diharamkan syarak.
Ia boleh mengundang kemusnahan masyarakat dan negara terutama negara multi-racial seperti Malaysia ini.
Ia akan menimbulkan pelbagai sangkaan dan penilaian yang mungkin tidak berasaskan fakta yang benar. Lantas, akan menimbulkan ketegangan dan pergaduhan yang tidak berasaskan prinsip kebenaran, sebaliknya atas prejudice perkauman.
2. Antara perkara yang ditentang oleh Nabi Muhammad s.a.w ialah sikap fanatik perkauman ataupun ‘asabiyyah yang menilai kebaikan dan keburukan berdasarkan kaum bukan prinsip kebenaran dan keadilan. Islam adalah agama rentas kaum dan sempadan geografi. Keadilan Islam itu melebar merentasi perbezaan pemikiran dan agama.
3. Tiada siapa yang mampu menentukan bangsanya sebelum dia lahir samada untuk dia menjadi arab, atau melayu, atau cina atau india atau selain itu.
Ia adalah ketentuan Allah, bukan atas usaha atau kejayaan seseorang. Maka hakikat ini mestilah difahami supaya kita tidak menyalahkan atau menghina seseorang atas sebab bangsa atau keturunannya kerana itu bukan pilihan atau kesalahannya.
Sebaliknya kita menilai seseorang berdasarkan perbuatan dan akhlaknya. Inilah sikap yang adil. Dosa keturunan tidak ditanggung oleh anak cucu. Dosa seseorang tidak boleh dibebankan atas orang lain yang sebangsa dengannya yang tidak terlibat dengan kesalahan itu.
Allah menjelaskan prinsip ini dalam al-Quran: (maksudnya)“dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain. dan tiadalah Kami (Allah) mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah). (Surah al-Isra, ayat 15).
4. Maka, perjuangan apapun yang mahu ditegakkan, hendaklah menilai setiap insan berdasarkan kepada akhlaknya, bukan titik keturunannya. Keadilan dalam Islam buta warna bangsa dan agama sekalipun. Keadilan untuk semua. Sabda Nabi s.a.w:“Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam).
Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas ‘ajam (yang bukan arab), atau ‘ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani).Jika hal ini tidak diteliti, perkauman atau racism akan berlaku.
Akan ada pihak yang teraniaya hanya kerana keturunannya walaupun mungkin dia tidak bersalah. Diskriminasi seperti ini pernah berlaku di Amerika, sehingga Martin Luther King dalam pidatonya yang terkenal ‘I have a dream’ menyebut:
“I have a dream that my four little children one day live in a nation where they will not be judged by the colour of their skin but by the content of their character”.
5. Tujuan Allah menciptakan berpuak dan berbangsa agar saling kenal mengenali antara satu sama lain. Firman Allah: (maksudnya):Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan.
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya. (Surah al-Hujurat: 13).Lihat dalam ayat ini, Allah memanggil “Wahai manusia!”.
Panggilan yang sangat adil merangkumi setiap bangsa dan puak. Bukan panggil perkauman atau fanatik keturunan. Kata Sayyid Qutb dalam menafisrkan ayat ini:“Penciptaan manusia berbagai bangsa dan suku puak bukan untuk berperang dan bergaduh, tetapi untuk berkenalan dan bermuwafakat.
Perbezaan bahasa, warna kulit, tabiat, perangai, kelebihan dan kemampuan adalah kepelbagaian yang bukan bertujuan untuk perbalahan dan perkelahian.
Sebaliknya, untuk bantu membantu dalam menunai tanggungjawab dan keperluan. Tiada bagi warna kulit, jenis bangsa, bahasa, negara segalanya itu nilai dalam timbangan Allah.
Sebaliknya, di sana hanya satu timbangan yang menentukan nilai dan kelebihan manusia, iaitu “Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu”. (Fi Zilal al-Quran 6/3348. Cairo: Dar al-Syuruq).
6. Maka, haram bagi seorang muslim meniupkan api perkauman yang menzalimi pihak yang tidak bersalah hanya kerana warna kulit ataupun keturunannya. Wajib kita mempamirkan keindahan kesejagatan Islam (the universality of Islam) kepada semua pihak supaya keindahan Islam dapat diterima oleh manusia.

Dr Siti Mariah Mahmud: Perbuatan jahiliyyah dan haram:

Thursday, May 9, 2013

AMBILAH SIKAP PARTI PAS WALAUPUN MEMPUNYAI KERUSI LAYAK, TAPI MENEYERAHKAN PADA YANG LAYAK. AZMIN MULA TUNJUK BELANG

APAKAH AZMIN SUDAH MULA NAK TUNJUK BELANG?????.. TIDAK DAPAT JAWATAN MB TERUS NAIK BERANG????


Kicauan Azmin dalam twitternya dikatakan sudah mula nak lakukan serangan berpunca atas kecewa dan ketidak puas hatinya, tidak dilantik menjadi Dato' Menteri Besar Selangor kini menjadi perbualan umum.
“Rakyat letih dengan asakan politik melampau. Terima hukuman, muhasabah diri, akui kelemahan, maju ke hadapan, tumpu rakyat bukan kerabat.”

Ayat-ayat yang dipaparkan jelas menunjukan beliau sudah mula buat "warm up"..sindir tajam akan kelemahan dan kesilapan DSAI sebagai punca utama gagalnya PR merampas Putrajaya.

Diberitakan sedang team up dengan Ketua Wanita KeADILan, Zuraida Kamaruddin bagi mengempur dan tempur Ketua Umum PKR DSAI.

Kisah dan cerita ini sudah mula dibicarakan dari kalangan para pengamat dan penganalisis politik.

Beliau sebelum ini amat lantang sebagai hulubalang ajak rakyat ke jalan raya buat bantahan tapi agak pelik untuk berhimpun secara aman di Stadium Kelana Jaya tanpa menjejaskan keselamatan peserta beliau seakan-akan membantah keras... Kelibat beliau bersama-sama dengan Ketua Wanita KeADILan, Zuraida Kamaruddin tidak kelihatan menguatkan persepsi betapa ada konspirasi tersusun sedang disusun oleh mereka berdua.

Nasihat Omak Kau.. jangan heret parti jika kamu gagal menjadi MB.... Parti tidak akan punah dan musnah kerana ketamakkan segelintir pemimpin...parti hanya akan ranap jika anggotanya bangkit secara beramai-beramai dalam satu waktu ... PKR dibina dari keringat, air mata dan darah rakyat...Tidak nampak rakyat mau musnahkan parti yang kini sudah gagah dulu cukup amat lemah semata-mata mau ikut nafsu serakah sekerat dua pemimpin yang kejar glamer atas platform perjuangan konon.

Jangan sesekali persendakan kebijaksanaan rakyat dalam berfikir dan menilai satu-satu isu yang dihidangkan didepan mata mereka.

Sekerat dua pemimpin yang khianat sebab dikejar tak dapat akan menerima hukuman ketat dari rakyat...

Bertaubatlah sebelum nak pasang apa-apa niat nak melakukan khianat.
Anda mungkin juga meminati: 
 Sumber:  http://omakkau.blogspot.com/2013/05/apakah-azmin-sudah-mula-nak-tunjuk.html

SAH !!! KEPUTUSAN PRU13 AKAN DI CABAR !!!

Pakatan Rakyat meneruskan penolakan keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) lalu yang sarat dengan penipuan dan keraguan ke mahkamah, demi menyelamatkan hak dan masa depan rakyat Malaysia yang lebih terjamin. Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, keputusan itu penting bagi memastikan segala kecurangan dalam PRU akan datang dapat dibasmi dengan lebih berkesan.

“Kita tidak mahu apabila kita terima keputusan PRU lepas, SPR dan kerajaan anggap rakyat tidak kisah dengan penipuan yang berlaku. Jadi kita putuskan untuk tolak keputusan ini dan akan bantah melalui mahkamah dan dalam Parlimen.

“Kalau dahulu saya mengejar pencuri lembu, sekarang saya akan kejar pencuri keputusan PRU ini kerana kerajaan haram yang ditubuhkan adalah sebuah mandat yang akan mencuri masa depan Malaysia.

“Kita tidak mahu penipuan ini berlaku lagi, lagi dan lagi. Kita mesti bangkit menolak penyelewengan yang jelas ini dan kita mesti lawan sampai ke Putrajaya,” kata Ahli Parlimen Pandan itu pada program Suara
Rakyat Suara Keramat: Tolak Penipuan PRU 13, di Stadium Kelana Jaya malam tadi.

Rafizi turut menolak sentimen perkauman yang dimainkan Umno BN apabila gagal memenangi undi dari kaum Cina. “Saya orang Melayu dan di hadapan saya ini ada Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan Dusun.

“Saya tidak akan berdiam diri jika Cina diancam dan bukan sahaja saya, malah seluruh rakyat Malaysia yang mahukan keamanan akan bangkit mempertahankan sahabat mereka dari bangsa dan agama lain,” kata Rafizi....

[ Bersihhkan Pilihanraya, Hala Tuju Negara Demokrasi ] ... ALLAHU AKBAR !!!


Sumber: Fb Buliten Pakatan Rakyat  https://www.facebook.com/photo.php?fbid=356973737748002&l=37164d20a3

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak