Friday, August 16, 2013

Erdogan:” Akan Datang “Musa” Mengakhiri Tirani “Fir’aun Baru” di Mesir” - Eramuslim

erdoganPerdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan kembali melontarkan pernyataan pedas terhadap pemerintahan Mesir yang baru, kali ini Erdogan menyatakan bahwa Mesir sedang menunggu “Musa” untuk melawan tirani “Fir’aun baru”, Katanya.
Erdogan juga menyerang negara-negara Barat dalam pernyataannya pada konferens Pers di bandara Ankara seelum ia melakukan perjalan ke Turkmenistan, ia mengatakan,”Demokrasi di dunia akan menjadi meragukan jika Barat tidak mengambil langkah serius, dan mereka yang diam tidak peduli terhadap tragedi di Mesir akan dianggap sebagai bagian dari para pembunuh.”
Erdogan menambahkan, “para pemberontak telah membantai mereka yang ingin mengambil suara mereka dalam sistem Demokrasi, tetapi Barat tidak menganggap apa yang terjadi sebagai Kudeta,meskpun ia mengakui dalam dialog bilateral.”

Erdogan : Hai Barat ! Kalian Diam Atas Gaza, Diam Atas Suriah, dan Kini Anda Diam untuk Mesir - Eramuslim

Presiden Prancis Francois Hollande memanggil pulang duta besar Mesir untuk menuntut segera menghentikan Militer Mesir lakukan tindakan keras

erdogan marahPemakaman korban yang gugur  dilakukan sepanjang hari Kamis ini , dan juga pada hari Jumat esok, hari utama bagi Muslim , diperkirakan kemarahan akan  tumpah di jalan-jalan seantero Mesir.
“Saya pikir besok (Jum’at) akan menjadi hari besar bagi demonstrasi protes di seluruh Mesir, dengan potensi kekerasan yang sangat tinggi,” kata Yasser El-Shimy, analis International Crisis Group untuk Mesir.
Pembantaian ini adalah pembunuhan massal ketiga atas demonstran Islam sejak Mursi digulingkan enam minggu lalu, tetapi skala pertumpahan darah rabu kemarin  mengisyaratkan bahwa militer bertekad untuk memperketat cengkeramannya pada negara.

Baca lagi: http://www.eramuslim.com/berita/dunia-islam/erdogan-hai-barat-kalian-diam-atas-gaza-dan-diam-atas-suriah-dan-kini-anda-diam-untuk-mesir.htm#.Ugz8ZZJHLTV

Tuesday, August 13, 2013

Roboh surau: NGO kata majlis agama 'seperti Taliban'

Roboh surau: NGO kata majlis agama 'seperti Taliban'
4:27PM Ogos 13 2013  
NGO hak asasi dan reformasi undang-undang, Lawyers for Liberty (LFL) mendakwa pihak berkuasa agama Johor bersikap "seperti Taliban" kerana merancang untuk merobohkan satu surau kontroversi di negeri itu yang didakwa dibina dengan tidak menepati arah kiblat.
LFL dalam tulisan di Twitter turut mempersoalkan sekiranya arah kiblat tersebut perlu dipatuhi oleh manusia dan bukan oleh surau.
NONE"Surau ‘meditasi’ Buddha tidak menghadap kiblat, kata Mufti Johor...  Dah gila – surau kena hadap kiblat bukan manusia?," tulisan itu dipetik.
NGO itu juga mempertikaikan tempoh tahanan reman selama empat hari ke atas pemilik resort itu.

"Taliban dah bertapak di Malysia - syabas BN,"

"MAIJ (Majlis Agama Islam Johor) macam Taliban, @PDRMsia (polis) salahguna kuasa tangkap/reman pemilik resort, majistret (pula) bersekongkol benarkan empat hari reman.

"Agaknya @PDRMsia dah jadi penguatkuasa Taliban Msia lupa kerja sebenar – sibuk tangkap 'penghina' Islam bila hari-hari orang kena tembak/letupan," kata LFL dalam tulisan berkenaan.

LFL mengulas laporan media petang ini berhubung kenyataan penasihat MAIJ, Datuk Noh Gadut yang mengandaikan surau itu mungkin akan dirobohkan kerana tidak menepati arah kiblat.

Keputusan itu bagaimanapun dilaporkan akan hanya ditentukan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri dalam masa sebulan lagi, kata Noh seperti dilaporkan Sinar Harian Online.

Yang Dipertua Majlis Daerah Kota Tinggi Hasrin Kamal Hashim dalam laporan Sinar Harian hari ini mengakui bahawa pihaknya telah meluluskan pelan bangunan berkenaan.

Dalam laporan sama, Pegawai Daerah Kota Tinggi  Mohd Noorazam Osman pula berkata surau terbabit dibina atas tanah persendirian dan tidak dimiliki atau diwakaf kepada JAIJ.
Surau yang terletak dalam kawasan sebuah Surau di Kota Tinggi itu meraih kontroversi apabila digunakan untuk satu upacara keagamaan oleh sekumpulan penganut Buddha pada Sabtu.

Pemiliknya, seorang warga Singapura kini ditahan reman mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan berhubung kesalahan mencemarkan tempat sembahyang dengan niat hendak mengaibkan agama mana-mana golongan.

 http://www.malaysiakini.com/news/238203

Monday, August 12, 2013

Akhirnya Tawaran Najib Kepada Anwar Untuk Bentuk Kerajaan Perpaduan Terdedah Juga..


Aku kurang pasti samada perkara ini pernah disuarakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada pimpinan PKR Pusat atau tidak..

Tapi yang aku pasti ialah perkara ini tidak disuarakan oleh Anwar dalam Mesyuarat Pimpinan PKR Negeri tetapi telah disuarakan dalam satu perjumpaan tertutup antara beliau dan beberapa AJK Cabang Permatang Pauh selepas PRU13 yang lalu.

Aku pasti ianya tidak dibincangkan dalam Mesyuarat MPN Pulau Pinang bila seorang sahabat yang turut berada dalam mesyuarat tersebut telah bertanya kepada aku kenapa Anwar tak sebutpun akan tawaran itu dalam mesyuarat MPN?

Dia bertanya kepada aku bila aku nyatakan Najib tawarkan Pakatan Rakyat lima jawatan penting dalam kabinetnya kepada Anwar dan PR melalui wakilnya..

Jawab aku.. mungkin dalam mesyuarat MPN tu semuanya 'yes man', jadi bila Anwar minta pandangan semua akan setuju begitu saja.. ya lah nak lawan takut kepentingan tergugat

Baca lagi http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2013/08/akhirnya-tawaran-najib-kepada-anwar.html

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak