Saturday, July 23, 2011

AMALAN WASATIAH. JANJI PM TU DALAM PENTADBIRAN KERAJAAN

Amalan wasatiah dalam pentadbiran jamin kejayaan - Najib(Utusan On Line)

Al Qaradhawi menegaskan keabsahan aliran Wasatiah dan Terkini ini dengan mengatakan:

وهو ليس نهجي وحدي , بل هو نهج المجددين والمصلحين من قبلنا : محمد عبده , ورشيد رضا , وجمال الدين القاسمي . وحمود شلتوت , وعبد الله دراز , ومحمد يوسف موسى , وحسن البنا , وعبد الحميد بن باديس , والبشير الابراهيمي , وعلال الفاسي , ومصطفى السباعي , ومحمد المبارك , ومصطفى الزرقا , وعلي الطنطاوي , ومحمد الغزالي ,وسيد سابق , الى المعاصرين وهم كثر في انحاء العالم الاسلامي لا استطيع ان اذكرهم جميعا . وكلهم أسماء تتبنى نهج التسامح والسلام والاعتدال والتجديد , وهو ما ينهض به تيار الوسطية الذي تحدثت عنه بأقدار متفاوتة. ولكنها جميغا تشترك في الاتجاه العام لهذا التيار الذي يمثل القاعدة العريضة في الأمة.

Mematuhi Garis Kasar Aliran Ahli Sunnah Wa Al-Jamaah Selain daripada asas “Wasatiah” terdapat satu lagi asas permewafakatan iaitu asas aliran Ahlu al-Sunnah Wa al-Jamaah yang umumnya menjadi persepakatan di kalangan ulama. CIRI-CIRI PENTING MANHAJ AHLI SUNNAH WA AL-JAMAAH Antara ciri-ciri yang membedakan Ahli Sunnah Wa al Jamaah dengan aliran lain ialah


1. Aliran ini menumpukan perhatian dan penekanannya kepada al Quran; samaada menghafal, membaca, mentadabbur maksudnya, menafsir dan mengamalkan tuntutannya. Ahli Sunnah juga mementingkan pengajian hadith, mengenalpasti yang sahih dan dan yang perlu ditolak, memahami, mendalami maksud hadith dan seterusnya mengamalkannya

. 2. Menganuti Islam secara menyeluruh, beriman dengan al-Quran seluruhnya.Tidak mencerai-beraikan kesepaduan agama sehingga menjadi berbagai bahagian yang terpisah dan terputus. Tidak memilih-milih untuk beramal dengan sebahagian dan menolak sebahagian yang lain kerana menurut kemahuan nafsu dan kepentingan individu atau kumpulan.

ayid: kalau mahu menimbun harta , bekerja keraslah asal jangan sampai terlupa
ibadah, dah mengambil harta bukan hak kita. Itu Bukan Wasatiah nama nya.


KALAU AKU KATA UMNO TU JAHAT MEREKA MARAH!!. BENDERA PR PUN MEREKA TEBANG. nak kata apa ye?


Umno : Memang jahat. Sikap Umno dan keburukan Umno sanggup melakukan apa sahaja, hinggakan Bendera PR pun mereka sanggup buangkan. Ketua Cawangan PAS Taman Kinta dan 2 anggota PR sedang memasang bendera baru. Bendera UMNO tersadai sebelah tiang talipon langsung tidak di urus oleh mereka. Malahan kita punya pula yang mereka buang.

Orang kampung mana tahu benda permainan jahat UMNO ni. Cuba baca la perlembagaan dan celek la politik. UMNO memang jahat dan busuk ke usus ..

Kopiah tercabut, kain terlondeh bila Pak-Pak Imam tengok nanti......'steam' giler......alahai.....

Golongan warga Kota kenapa ye......bila tengok 'cerita sensasi' ini tak naik dia punya steam.....tak teruja langsung, mungkin sebab sudah mangli.....udah tak ada daya penarik lagi.

Tapi bagi sebahagian warga 'Pelda' dan sebahagian warga yang tinggal di lereng banjaran Titiwangsa......belum pun tengok lagi.....baru tengok gezet je udah mula mengurut-urut dada dan tarik nafas panjang......mesti baik punyer ceritanya.....ada yang nak tengok sorang-sorang, seronok katanya...tak mahu diganggu nanti patah steam.

Ada yang nak tengok dengan Tok Imam, Tok Bilal dan Tok Siak......kata mereka nak tengok gelagat orang tua tu.....agak-agak merah padam tak muka mereka dek dah naik steam.....alahai.....

Yang lebih romantik lagi bila Pak Andir nak tengok hanya dengan Mak Andir......kot-kot selera Mak Andir boleh berubah sambil minum air akar kayu dan ubi kayu rebus cicah kelapa dan ikan kering.

Kawan-kawan ada yang bertanya tak nak mencemarkan kewarasan ke?......tengoklah sekejap, kot-kot bertambah 'semangat' hingga tercabut kopiah dikepala dan terlondeh kain......alahai.....

al-brangionline:

Bukan tak nak tengok......nanti bergolek-golek sorang2 dalam suasana yang suram......malu ke anak cucu kalau 'kantoi'......'gatal' lagi ke orang tua ni.

p/s al-brangionline tak menggalakkan tengok......'dosa' tanggung sendiri ye.....nak tengok sangat ye.....oklah sila dapatkan sumber
DI SINI .

al-brangi Online

Video polis sesuai zaman TV hitam putih


Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 23 Julai: Video yang ditayangkan pihak polis Khamis lalu mengenai himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai sesuai untuk zaman televisyen (TV) hitam putih.

“Sayang seribu kali sayang, skrip ini hanya sesuai di zaman televisyen hitam putih, sedangkan sekarang zaman IT yang bergerak pantas seperti kilat,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Justeru, katanya sekarang polis Malaysia berada di dalam keadaan serba salah untuk menafikan bahawa mereka tidak berkasar ketika menghadapi demonstrasi Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Terbaru, ujarnya polis terpaksa menayang rakaman video menunjukkan layanan baik polis.

Tambahnya, hampir dua minggu baru polis menyiarkan video versi polis sedangkan seluruh dunia sudah menyaksikan kegaganasan polis sewaktu berhadapan dengan peserta demo melalui Youtube yang disiar selepas beberapa minit demo berlalu.

“Sekarang polis susah hati, kerana rakyat tidak boleh menerima tayangan skrip polis,” ujarnya.

Beliau berkata, beberapa persolan yang dibangkit, kenapa lambat sangat video ditayang, sedangkan lambakan gambar yang terpapar melalui lensa kamera dan juga internet adalah sebaliknya.

Menurutnya, adalah mstahil di dalam beberapa minit demo rakaman itu boleh diedit.

“Kenapa insiden gambar Tuan Haji Mohamad Sabu tidak ditayangkan sepenuhnya?” soalnya.

Ini, katanya ditambah pula dengan menuduh Mohamad Sabu tidak cedera sedangkan satu dunia tahu bahawa Timbalan Presiden PAS itu sudah menjalani pembedahan di hospital pakar Shah Alam, bukan bomoh patah Pongsu Seribu.

Nampaknya, kata beliau polis sekarang sedang bertarung dengan peserta Bersih dan menjawab tohmohan terhadap mereka.

Persoalannya, tamb ah beliau di mana pergi Datuk Seri Hishammuddin.

“Inilah nasib polis apabila bernaung di bawah kerajaan BN yang tidak bijak mengurus hal ehwal kepolisan.

“Insya Allah profesional polis akan dipertingkatkan jika Pakatan Rakyat diberi mandat di dalam PRU ke-13 nanti,” katanya.



Harakahdaily

Bookmark and Share

Di mana muzik dalam politik Islam? – Satu imbasan dialog – Oleh Mazir Ibrahim

Dialog antara Pemuda PAS dan Musicforum. Tanggal 2 September 2009 di Studio Pocket, Puchong, Selangor pada jam 9 malam. Catatan asas dialog.

Latarbelakang Musicforum

Musicforum adalah sebuah organisasi kecil tak berstruktur. MF berforum hanya bila perlu. Fokus hanya tentang muzik, berbicara hanya tentang muzik dan berjuang demi muzik. Namun kesemua usaha ini meliputi segala aspek yang bersangkutan dengan muzik seperti sains, teknologi, politik, ekonomi, sosial, ideologi dan teologi.

Buat pertama kalinya, MusicForum menjemput wakil dari parti politik yang juga merupakan antara parti yang paling berpengaruh dalam lanskap politik di Malaysia iaitu Parti Islam SeMalaysia (PAS).

Malam itu Pemuda PAS diwakili oleh Ketuanya Al-Ustaz Nasrudin Hasan Tantawi sebagai ahli panel dan ditemani oleh sekumpulan penyokongnya sebagai wakil PAS.

Di sebelah pihak lain, seorang tokoh muda dalam bidang muzik Shanon Shah sebagai ahli panel kedua. Wartawan dan aktivis kebebasan berekspersi Wan Mohd Paris bertindak selaku moderator dalam sesi dialog tersebut.

*****

SHANON : Sebagai permulaan, mohon maaf atas kritikan saya mengenai bantahan Pemuda PAS terhadap konsert Micheal Learns To Rock (MLTR) baru-baru ini.

Mengapa bantahan-bantahan oleh PAS terhadap konsert muzik dibuat tanpa justifikasi yang jelas serta tanpa merumus pandangan awam terlebih dahulu, seolah-olah perjuangan PAS hanya ingin mengharamkan bentuk hiburan anak muda – anti-hiburan.

Hakikatnya, pengkarya berkarya menerusi kejernihan hati (ikhlas) dan dengan maksud yang baik.

NASRUDIN: PAS pada dasarnya tidak pernah menolak atau mengharamkan muzik dan konsert apatah lagi anti hiburan. Kita sedar manusia memang memerlukan hiburan.

Namun dalam kes seperti (MLTR). Apa yang kami tekankan ialah tanggungjawab moral pada masyarakat, khususnya anak muda. Dengan pergaulan bebas, mabuk serta gejala sosial yang negatif.

Justru, PAS sentiasa menerima apa jua kritikan dan komen dari mana-mana pihak berhubung sebarang tindakkannya dalam isu ini.

Kita, PAS juga sudah jelas pada dasarnya dalam seni dan kebudayaan serta kita membuka pintu seluas-luasnya bagi karyawan untuk terus dengan kerjayanya tetapi mesti menurut garis panduan moral yang telah kita persetujui sebelum ini.

MODERATOR : Ungkapan “ mengapa hanya muzik nasyid yang dikatakan Islamik diterima baik oleh PAS” sedangkan kualiti karya, muzik, lirik, video klip ‘hampas’ tiada kualiti dan tiada seni?

Ironinya bila kita mengatakan Islam itu indah tetapi seninya tiada mutu (merujuk nasyid). Apakah ini saja bentuk muzik yang dibenarkan? Atau, apakah muzik yang tidak sealiran dengan nasyid dianggap haram dan tidak Islamik?

WAKIL PAS: Sesungguhnya, nasyid pada hari ini bukanlah nasyid yang sebenar, bermutu dan ikhlas.

Rumusannya – bersetuju bahawa nasyid bukanlah satu-satunya muzik yang baik atau dengan kata lain, genre nasyid bukan menjamin karya itu bagus.

SHANON: Apakah instrumen gendang sahaja yang ‘halal’ dalam Islam? Mengapa wujud pengharaman terhadap instrumen lain? Sedangkan pada masa sekarang, kumpulan nasyid juga ada menggunakan instrumen tambahan seperti gitar, drum dan sebagainya.

NASRUDIN : Pengharaman instrumen seperti gitar yang dianggap membawa budaya negatif kerana faktor mabuk. Dahulu, pemain gitar akan mabuk arak selepas ia bermain, ini telah menjadi budaya suatu ketika dahulu, ini dalilnya.

WAKIL PAS: Riwayat juga ada menyatakan bahawa Nabi juga pernah berhadapan dengan situasi seperti ini bila mana baginda hadir dalam satu majlis perkahwinan.

Dalam majlis itu semua jemaah duduk diam, Nabi menegur – janganlah kiranya majlis perkahwinan (gembira) ini seperti suasana kematian, pukullah gendang bagi merai pengantin.

Ini jelas bahawa pengharaman muzik bergantung pada satu-satu keadaan yang jelas aturan serta hukumnya.

RESPON PEMUZIK (Audien) : Dalam perubahan zaman, masyarakat kini semakin bijak menilai hal dan keadaan.

Contohnya seperti kes seluar londeh Caburator Dung (dalam konsert anti-harga minyak naik) bila mana ada kumpulan manusia yang tidak bersetuju atau tidak suka pada satu-satu persembahan, mereka akan terus memberi respon kebencian pada perkara negatif itu, contohnya kumpulan Carburetor Dung yang dipukul oleh audien walau pun ada provokasi di situ.

Ini jelas bahawa, masyarakat sudah semakin bijak menilai dan memilih jenis hiburannya tanpa ada penguatkuasaan undang-undang moral atau akta pengharaman yang mana ia kelak akan lebih mengikat manusia dari berfikir rasional.

SHANON: Kita harap tiada lagi usul bantahan muzik tanpa apa-apa justifikasi jelas. Sebarang bantahan, mungkin pada peringkat awal kita boleh mengemukakan rasional kukuh pada satu-satu kes atau dengan melakukan undian pungutan suara (poll) dari masyarakat. Ini lebih adil bagi golongan karyawan dan ia sesuai dengan amalan demokrasi kita.

NASRUDIN: Pihak kita sentiasa mengamalkan sikap terbuka kepada mana-mana pihak dalam apa jua pandangan.

Namun ingin kita jelaskan kembali, konsert muzik harus bersesuaian dengan etika budaya masyarakat Islam khususnya dan setidak-tidaknya sesuai dengan budaya bangsa ketimuran.

Rumusan

Pada dasarnya, hadirin malam itu memahami (bukan bersetuju) isu pengharaman konsert/muzik bergantung kepada nilai moral (yang di terima secara umum ) dalam masyarakat malaysia.

Pemuzik harus menjadi pencetus terhadap reformasi seni dan kebudayaan amnya. Menjadikan kualiti ‘seni alternatif’ itu lebih bermutu sifatnya, bukan sekadar menjual air ludah politikus dan agamawan semata-mata.

Dialog ini hanya peringkat awal, perincian terhadap peranan serta dimensi muzik itu sendiri belum dapat disentuh dengan lebih mendalam. Pasti akan ada lagi lanjutan dialog pada masa akan datang, InsyaAllah.

Catatan penulis: Dialog ini bukan bertujuan membela MLTR yang membuat persembahan di Malaysia pada 2009. Sebaliknya, kes MLTR sekadar contoh banyaknya bantahan yang selama ini berlaku. MusicForum tidak pernah menyokong MLTR atau satu-satu artis tanpa mengambil kira konsep kebebasan dan keadilan bagi semua pihak.

Kami hanya memperjuangkan kebebasan dalam seni. Persepsi dan apprisiasi muzik yang rasional menjadi basis kami untuk reformasi seni dan kebudayaan negara.

Ia cuma satu dialog yang kecil tapi jika diperbanyakkan usaha-usaha mencari jalan keluar, ia akan menjadi lebih baik daripada sekadar bantah-membantah tanpa diketahui hujung pangkalnya. – roketkini.com


Tindakan Hantar Balik Bourdon Malukan Malaysia, Tersiar Dalam Washington Post

Bourdan: Negara dimalukan lagi selepas Bersih 2.0

TASEK GELUGOR, 22 Julai: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yakin penangkapan Peguam Hak Asasi Manusia Perancis, William Bourdon pasti akan meningkatkan lagi kemarahan rakyat selepas negara melakukan kezaliman terhadap perhimpunan aman Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 baru-baru ini.

Menurutnya, dalam keadaan rakyat ingin tahu perkara sebenar hasil pendedahannya di Malaysia, tiba-tiba sekumpulan pegawai Imigresen menangkapnya setelah pesawat yang dinaikinya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Katanya, tangkapan itu amat memalukan negara sekali lagi setelah dimalukan dengan perhimpunan aman Bersih 2.0.

Tambahnya, tindakan tersebut sekaligus menjejaskan imej Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang disebut-sebut terlibat dengan pembelian kapal selam Scorpene.

“Jika Kerajaan Barisan Nasional (BN) berani kerana benar kenapa mereka tidak biarkan sahaja William Bourdon menjalankan tugasnya mendedahkan siapa di sebalik pembelian kapal selam yang tidak boleh menyelam sekembali ke Malaysia,” katanya.

Baginya, isu penangkapan Willian Bourdon di Malaysia pastinya mendapat kritikan berbagai pihak sama ada secara terus atau di alam maya kerana beliau bukan calang-calang peguam. -HD


Bourdon: Najib burukkan lagi nama Malaysia

KUALA LUMPUR, 22 Julai: Tindakan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menangkap peguam Perancis, William Bourdon (gambar) akan terus mencemarkan nama negara bahkan akan memburukkan lagi nama baik negara di mata dunia.

AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, sepatutnya selepas pulang dari luar negara dan bertemu dengan Pope, Queen Elyzabeth dan Perdana Menteri Britain, Najib mempunyai pandangan lebih luas tetapi ternyata tidak.

"Balik sahaja dari luar negara, Najib terus membuat perangai buruk apabila menangkap William Bourdon, peguam hak asasi manusia dari Perancis ini. Sudah tentu ini akan menyebabkan semua mata peringkat antarabangsa akan melihat kita lagi.

"Sebelum ini majalah Economist di sensor, laporan tentang cara perhimpunan Bersih 2.0 dikendalikan belum selesai, ditambah pula dengan tindakan ini," kata Dr Dzulkefly kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas penangkapan peguam hak asasi manusia Perancis William Bourdon di KLIA tengahari tadi.

Bourdon ditangkap oleh sekumpulan pegawai Imigresen yang naik ke atas kapal terbang itu sebaik sahaja kapal terbang mendarat

William Bourdon, dijangka akan menghangatkan lagi politik Malaysia apabila beliau akan memberikan ucapan utama di tiga majlis anjuran Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bermula malam tadi di Pulau Pinang.

Bourdon, peguam Suaram bagi kes pembelian dua kapal selam Scorpene yang penuh kontroversi itu akan menceritakan perkembangan terkini kes itu malam ini di Dewan Sivik MPPJ.

Bagi Dr Dzulkefly, arahan penangkapan ini tentu dari pihak atasan pentadbiran Najib bagi menyekat apa-apa maklumat yang hendak disampaikan beliau dalam majlis malam ini dan esok.

"Mengapa Najib terus-terusan mencetus tindakan yang tunjukkan beliau hilang kawalan dan tertekan begini.

"Sepatutnya lepas jumpa Queen, Pope dan Perdana Menteri Britain, wibawanya akan tinggi dan menunjukkan kepada dunia beliau masih menguasai pentadbiran Malaysia dengan baik.

"Langkah ini akan mencetuskan pandangan umum yang burukkan pentadbiran beliau dan dia sendiri," kata Dr Dzulkefli kepada Harakahdaily.

Bagi beliau, tindakan menaham peguam Suaram ini seolah-olah membayangkan Najib mengesahkan tanggapan ada perkara yang nak dilindungi beliau dari diketahui rakyat dalam majlis di Dewan Sivik Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) dan di Ipoh esok.

Ia juga, katanya, mencetus minat rakyat dan media antarabangsa untuk isu Scorpene ini dan bakal menjadi fokus media antarabangsa dan rakyat selepas ini.

"Najib meletakkan negara dalam mata antarabangsa dengan lebih buruk lagi. Ia akan menjejaskan negara sebagai destinasi pelaburan atas dakwaan rasuah hingga melibatkan orang no 1 negara," katanya.

Beliau yang juga anggota Parlimen Kuala Selangor yakin, jika Najib tidak bertindak sebegini, majlis makan malam mengutip dana Suaram dan kedatangan Bourdon ini akan berlalu begitu sahaja.

"Namun apabila warga asing ditangkap, peguam hak asasi manusia Mahkamah Perancis pula, ia satu tindakan desperate yang bakal memburukkan lagi keadaan," katanya. -HD



Malaysia deport French lawyer fighting alleged corruption by shipmaker in submarine deal

KUALA LUMPUR, Malaysia — A French lawyer said Friday he is being deported from Malaysia, and the human rights group he represents accused the government of paranoia after he spoke about a pending corruption trial over a $1.2 billion submarine deal.

William Bourdon arrived in northern Penang state Thursday and spoke at a dinner about the French court case set for trial in September, said Cynthia Gabriel of the Malaysian rights group Suaram.

When Bourdon traveled to Kuala Lumpur on Friday, “a police officer came to get me in the plane, and then I was escorted to the immigration office,” Bourdon told The Associated Press.

After a two-hour wait, he was given an expulsion order and told to get a plane ticket home, at his own expense, and will be held in the airport detention center until then, he said.

Government officials couldn’t be reached for comment Friday.

Suaram filed complaints with a French prosecutor in 2009 alleging corruption in a 114 million euro ($164 million) fee that shipbuilder DCNS paid to Malaysian firm Perimekar Sdn. Bhd. to facilitate the submarine deal.

Prime Minister Najib Razak has denied there was any corruption. He was defense minister in 2002, when Malaysia ordered the two diesel-electric Scorpene attack submarines as part of a naval upgrade. It has since received both the submarines.

In his talk Thursday, Bourdon gave an update about the status of the case, on the French judicial system and what to expect from the trial, Gabriel said.

“He didn’t reveal anything damning. This is just an act of paranoia, another irrationality by the government. They are afraid of their own shadows,” she said.

Bourdon said he told the police he didn’t understand the expulsion and the decision lacks any justification. “No explanation was given to me,” or to the French Embassy representative who accompanied him, he said.

“I told them I acted as a lawyer, in full respect of my duties and the rules of my profession, and in respect of international law and national laws,” he said in a phone interview.

Malaysian defense officials have said the fee was paid to Perimekar for coordination and support services. But critics argued that Perimekar was formed only a few months before the contract was inked, had no track record in submarine services and didn’t have the financial ability to support the contract.

Suaram has said it plans to take legal action against Perimekar and the Malaysian government if the French court rules there is corruption by DCNS.

The case could embarrass Najib and hamper his ruling coalition’s effort to bolster support ahead of general elections that many expect to be held next year.

Perimekar is owned by the wife of Abdul Razak Baginda, a controversial figure who once was Najib’s aide and a close friend.

Abdul Razak was acquitted in 2008 of abetting in the murder of his ex-mistress, a Mongolian woman. He confessed to having an affair with her and said she was blackmailing him. The woman was shot and her body blown up with military-grade explosives in October 2006.

Two policemen working in security were later convicted and sentenced to death for murdering the Mongolian, although prosecutors failed to show any motive. Suaram has said initial investigations by their French lawyers showed the Mongolian had worked as a translator for Abdul Razak in the submarine deal. -AP
GB
indah.com

Memo bantah cabul hak mahasiswa catat sejarah


"Sebelum ini juga Encik Zulkifli bin Din yang merupakan pegawai JPMK turut telah menghina mahasiswa yang tidak mempunyai kewangan, dari negeri Kedah dan Kelantan,” katanya lagi. Selain itu terdapat juga usaha serius untuk menyekat zakat dan dermasiswa terhadap mahasiswa, antara yang terbabit ialah Negeri Perak, Terengganu dan lain-lain yang disekat zakat mereka.

Penyerahan Memorandum Bantahan Pencabulan Hak Mahasiswa di Mesir kelmarin telah menjadi detik sejarah bagi memastikan hak mahasiswa tidak dicabul oleh mana-mana pihak.

Pengerusi Gerakan Solidariti Pertahan Hak Mahasiswa (Desak), Nuruddin Zanki memaklumkan bahawa sejarah pencabulan hak mahasiswa telah banyak dilakukan oleh beberapa pihak terutamanya Jabatan Penuntut Malaysia (JPMK), lapor laman web Media Mesir.

"Sebelum ini kita dikejutkan dengan tindakan salah seorang Pegawai Atase bernama Encik Khairi Jalalluddin. Beliau telah banyak bertindak menyusahkan pelajar ketika berurusan dengan pihak mereka.

"Sebelum ini juga Encik Zulkifli bin Din yang merupakan pegawai JPMK turut telah menghina mahasiswa yang tidak mempunyai kewangan, dari negeri Kedah dan Kelantan,” katanya lagi.

Selain itu terdapat juga usaha serius untuk menyekat zakat dan dermasiswa terhadap mahasiswa, antara yang terbabit ialah Negeri Perak, Terengganu dan lain-lain yang disekat zakat mereka.

Pada tahun lepas, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) telah melancarkan Borang Aduan Hak Mahasiswa.

Usaha tersebut bagi membuka ruang kepada mahasiswa untuk membuat aduan tentang pencabulan hak mahasiswa.

Seterusnya segala aduan tersebut telah dihantar secara bertulis kepada Encik Saiful, Kuasa Usaha Sementara, Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) ketika itu.

"Saya mengingatkan bahawa mahasiswa bukanlah bahan mainan. Mahasiswa akan bangkit sekiranya hak mereka dicabul,” kata Nuruddin mengakhiri perbualan.


2,000 sertai solat hajat

Pada 19 Julai lalu, Desak telah menganjurkan solat hajat dan penerangan isu semasa.

Program yang menghimpunkan lebih 2,000 orang mahasiswa tersebut telah didukungi oleh beberapa persatuan pelajar, iaitu Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM), Persatuan Perubatan dan ABIM Mesir.

Di dalam program tersebut, para mahasiswa telah didedahkan dengan beberapa kes pencabulan hak mahasiswa yang dilakukan oleh Jabatan Penuntut Malaysia (JPMK) dan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK).

Antara kes pencabulan hak mahasiswa yang disenaraikan ialah 3 orang mahasiswa yang dihalau daripada Asrama Rumah Melayu Abbasiah (ARMA) tanpa sebarang notis, 40 senarai nama hitam dari negeri Perak yang terlibat dengan perhimpunan Bersih 2.0, beberapa orang yang menerima ugutan dari Negeri Terengganu dan seorang mahasiswa yang telah dibatalkan pengajiannya.

Selain itu beberapa aduan yang diterima, pihak Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) banyak menyusahkan mahasiswa ketika berurusan dengan mereka.

Antaranya, pegawai JPMK akan merujuk album-album gambar Bersih 2.0 terlebih dahulu bagi menjalankan sesi soal siasatke atas mahasiswa dan mahasiswi yang ingin membuat urusan sebagai rakyat Malaysia.

Bookmark and Share

Sumber

Putrajaya usir peguam kes Scorpene, Pakatan pula bangkit kontrak pertahanan RM16 bilion

Nurul Izzah Anwar. — Foto Choo Choy May
PETALING JAYA, 23 Julai — Pakatan Rakyat ‘disambar’ dengan tindakan Putrajaya menghantar balik peguam Perancis William Bourdon yang mengendalikan kes berkaitan skandal pembelian kapal selam Scorpene bernilai RM7 bilion, tetapi pembangkang terus menyerang dengan isu baru.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat memberitahu khalayak sekitar 500 orang di sini malam tadi bahawa tindakan menghantar pulang peguam itu menunjukkan pentadbiran Najib masih mahu menyembunyikan fakta mengenai urusan pembelian kapal selam.

“Kita tahu polis Perancis sudah memperoleh sejumlah banyak dokumen penting, mengaitkan (Datuk Seri) Najib Razak, perdana menteri kita yang dicintai. Sebab itu tindakan-tindakan tidak munasabah diambil hari ini (semalam),” kata Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menambah, tindakan Malaysia menghantar balik Bourdon dengan cara tidak hormat telah membantu memperkukukan usaha pihaknya dalam isu skandal pembelian kapal selam.

Peguam itu ditahan ketika tiba di Sepang dalam perjalanan dari Pulau Pinang pagi semalam.

Malah, Nurul Izzah berkata, tindakan ke atas Bourdon dan kekerasan Barisan Nasional ke atas perhimpunan Bersih 2.0 yang menuntut pilihan raya bebas dan adil menimbulkan persoalan mengenai pembaharuan politik dan ekonomi yang dijanjikan oleh Najib.

Pada majlis yang sama, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua menghabiskan kira-kira 20 minit untuk menggambarkan mengenai urusan pembelian kelengkapan pertahanan sepanjang tiga tahun lalu, berjumlah RM16 bilion — jauh lebih besar berbanding perbelanjaan negara-negara lain.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara ini memberitahu, ia termasuklah RM2.3 bilion untuk membeli 12 unit helikopter Eurocopter EC725, RM6 bilion untuk memiliki kapal rondaan luar pesisir pantai (OPV) dan RM7.8 bilion untuk mendapatkan 257 kereta perisai.

Tony Pua. — Foto Choo Choy May
Kata beliau, persoalan mengenai aspek itu sama ada di media atau Parlimen kekal dengan jawapan ia sebagai “satu rahsia” besar.

Menurut Pua, Brazil membeli Eurocopter hanya pada harga RM82 juta seunit berbanding Malaysia membelanjakan RM190 juta bagi setiap unit manakala New Zealand hanya membayar RM240 juta setiap unit OPV berbanding RM1 bilion oleh Malaysia.

Pua juga berkata sebanyak 257 kereta perisai dibekalkan oleh konglomerat tempatan DRB-HICOM yang hanya membeli daripada sebuah firma Turki hanya pada harga RM1.9 bilion, kira-kira satu perempat yang perlu diperuntukkan oleh pembayar cukai Malaysia.

Pembelian dua kapal selam dari syarikat Perancis DCNS pada 2002 dibuat ketika Najib menerajui Kementerian Pertahanan dan sebuah syarikat milik Abdul Razak Baginda, yang rapat dengan beliau, dilaporkan menerima komisen lebih RM500 juta atas urusan tersebut.

Parti-parti politik pembangkang dan kumpulan hak asasi manusia juga mengaitkan kematian wanita Mongolia Altantuya Shariibuu pada 2006 dengan isu tersebut.

Kelmarin, Bourdon berucap di Pulau Pinang pada majlis anjuran Suaram untuk mengumpul dana bagi kes mereka berkaitan skandal kapal selam Scorpene dan sepatutnya berucap di sini malam tadi.

Pada Disember 2009, Suaram memfailkan aduan di mahkamah Perancis meminta kebenaran akses ke atas maklumat berkaitan dengan kontrak yang ditandatangani oleh syarikat Abdul Razak, Perimekar Sdn Bhd dan maklumat-maklumat lain yang diklasifikasikan sebagai rahsia rasmi di Malaysia.

Mahkamah Perancis menerima permintaan itu untuk menyoal siasat dakwaan membayar sogokan RM500 juta oleh DCNS kepada Perimekar

MI

Friday, July 22, 2011

PM Britain ada tanya Najib isu Bersih. Baca sampai habis!!Best kih kih

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau telah menjelaskan kepada rakan sejawatannya di Britain, David Cameron mengenai niat sebenar perhimpunan haram di ibu negara 9 Julai lepas, semasa beliau melakukan lawatan rasmi empat hari ke United Kingdom baru-baru ini.
Dalam pertemuan di No. 10 Downing Street Khamis lalu, Najib berkata Cameron banyak bertanyakan soalan kepada beliau termasuklah berkaitan perhimpunan yang dianjurkan badan tidak berdaftar ketika lawatan itu berlangsung.

“Saya beritahu kepada Perdana Menteri United Kingdom “that we have room for dissent) (kami memberi ruang untuk melahirkan rasa tidak puas hati) di Malaysia,” katanya ketika berkongsi pengalamannya kepada hampir 3,000 orang yang menyambut kepulangannya di Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang setelah mengakhiri lawatan ke tiga negara iaitu Turkmenistan, United Kingdom dan Itali selama lapan hari.

Hadir sama menyambut beliau dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor ialah timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman.

Najib berkata sebagai kerajaan, soal ketenteraman awam harus dijaga dan pada masa sama memberi ruang untuk melahirkan rasa tidak puas hati.

“Saya beritahu beliau kita tawar sebuah stadium tetapi mereka tolak. Mereka mahu Stadium Merdeka kerana tujuannya hanya mahu berarak. Selepas itu lakukan provokasi terhadap polis. Biar polis naik berang. Apabila polis bertindak, mereka ambil gambar masuk laman YouTube dan mereka katakan kekejaman polis,” kata Najib.

Perdana Menteri berkata Cameron juga dimaklumkan bahawa perhimpunan oleh badan tidak berdaftar itu bukanlah sebenarnya bertujuan menuntut “pembaharuan pilihan raya”.

“Mereka lebih ingin tunjukkan kerajaan Malaysia seperti di Timur Tengah.

“Mereka gambarkan kerajaan Malaysia autokratik. Sebenarnya mereka hendak ambil kuasa daripada kita (kerajaan) yang dipilih oleh rakyat,” katanya.

Beliau berkata, perdana menteri Britain itu turut diberitahu kerajaan Malaysia adalah kerajaan yang sentiasa menegakkan prinsip demokrasi.

“Saya kata pilihan raya di Malaysia, kita tidak pernah menipu. Pilihan raya di Malaysia adalah pilihan raya yang bersih,” kata Najib.

LAMAN KL-TODAY.COM

Himpunan Bersih: Dr Asri minta Putrajaya tubuh panel khas siasatan

Namun kata Asri, rakaman yang diperoleh oleh peserta dan media menunjukkan sebaliknya tentang apa yang berlaku berbeza dengan apa yang didedahkan polis

KUALA LUMPUR, 22 Julai – Sementara polemik mengenai Himpunan Bersih 2.0 berterusan, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul mencadangkan agar Putrajaya menubuhkan satu badan khas bagi menyiasat kebenaran mengenai dakwaan kekerasan melibatkan pihak berkuasa.

Kata bekas mufti Perlis ini (gambar), selepas pendedahan rakaman video yang didedahkan polis semalam ia telah menjawab pelbagai persoalan yang ditimbulkan mengenai kekerasan yang digunakan pihak keselamatan semasa menghuraikan perhimpunan yang turut disertai pemimpin dan aktivis Pakatan Rakyat.

Asri yang dilihat sebagai pemerhati politik negara berkata demikian sehari selepas polis mengumumkan hasil siasatan melibatkan enam jawatankuasa mereka semalam.

Pagi tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang pulang dari luar negara mendakwa perhimpunan 9 Julai lalu bertujuan menggulingkan kerajaan pimpinannya.

Petang tadi, Suhakam mengumumkan terma rujukan mengenai usaha mereka mahu mengadakan siasatan awam mengenai kekerasan pihak berkuasa sebelum dan selepas perhimpunan 9 Julai.

Baca lagi: The Malaysian Insider

Bourdon: Najib burukkan lagi nama Malaysia

"Mengapa Najib terus-terusan mencetus tindakan yang tunjukkan beliau hilang kawalan dan tertekan begini.

KUALA LUMPUR, 22 Julai: Tindakan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menangkap peguam Perancis, William Bourdon (gambar) akan terus mencemarkan nama negara bahkan akan memburukkan lagi nama baik negara di mata dunia.

AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, sepatutnya selepas pulang dari luar negara dan bertemu dengan Pope, Queen Elyzabeth dan Perdana Menteri Britain, Najib mempunyai pandangan lebih luas tetapi ternyata tidak.

"Balik sahaja dari luar negara, Najib terus membuat perangai buruk apabila menangkap William Bourdon, peguam hak asasi manusia dari Perancis ini. Sudah tentu ini akan menyebabkan semua mata peringkat antarabangsa akan melihat kita lagi.

"Sebelum ini majalah Economist di sensor, laporan tentang cara perhimpunan Bersih 2.0 dikendalikan belum selesai, ditambah pula dengan tindakan ini," kata Dr Dzulkefly kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas penangkapan peguam hak asasi manusia Perancis William Bourdon di KLIA tengahari tadi.

Bourdon ditangkap oleh sekumpulan pegawai Imigresen yang naik ke atas kapal terbang itu sebaik sahaja kapal terbang mendarat

William Bourdon, dijangka akan menghangatkan lagi politik Malaysia apabila beliau akan memberikan ucapan utama di tiga majlis anjuran Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bermula malam tadi di Pulau Pinang.

Bourdon, peguam Suaram bagi kes pembelian dua kapal selam Scorpene yang penuh kontroversi itu akan menceritakan perkembangan terkini kes itu malam ini di Dewan Sivik MPPJ.

Bagi Dr Dzulkefly, arahan penangkapan ini tentu dari pihak atasan pentadbiran Najib bagi menyekat apa-apa maklumat yang hendak disampaikan beliau dalam majlis malam ini dan esok.

"Mengapa Najib terus-terusan mencetus tindakan yang tunjukkan beliau hilang kawalan dan tertekan begini.

"Sepatutnya lepas jumpa Queen, Pope dan Perdana Menteri Britain, wibawanya akan tinggi dan menunjukkan kepada dunia beliau masih menguasai pentadbiran Malaysia dengan baik.

"Langkah ini akan mencetuskan pandangan umum yang burukkan pentadbiran beliau dan dia sendiri," kata Dr Dzulkefli (gambar) kepada Harakahdaily.

Bagi beliau, tindakan menaham peguam Suaram ini seolah-olah membayangkan Najib mengesahkan tanggapan ada perkara yang nak dilindungi beliau dari diketahui rakyat dalam majlis di Dewan Sivik Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) dan di Ipoh esok.

Ia juga, katanya, mencetus minat rakyat dan media antarabangsa untuk isu Scorpean ini dan bakal menjadi fokus media antarabangsa dan rakyat selepas ini.

"Najib meletakkan negara dalam mata antarabangsa dengan lebih buruk lagi. Ia akan menjejaskan negara sebagai destinasi pelaburan atas dakwaan rasuah hingga melibatkan orang no 1 negara," katanya.

Beliau yang juga anggota Parlimen Kuala Selangor yakin, jika Najib tidak bertindak sebegini, majlis makan malam mengutip dana Suaram dan kedatangan Bourdon ini akan berlalu begitu sahaja.

"Namun apabila warga asing ditangkap, peguam hak asasi manusia Mahkamah Perancis pula, ia satu tindakan desperate yang bakal memburukkan lagi keadaan," katanya.

BERITA BERKAITAN

Peguam Perancis kes Scorpene ditangkap

Peguam Perancis bakal dedah pembunuhan Altantuya

Sumber

Bersih 2.0: Mat Sabu arah peguam fail saman PDRM - The Malaysian Insider

Sementara itu, Keadilandaily melaporkan, Mohamad Sabu berkata beliau dirempuh kereta Proton Waja polis, dan bukan kenderaan Pajero seperti yang didakwa pasukan keselamatan itu

KUALA LUMPUR, 22 Julai — Mohamad Sabu telah mengarahkan peguamnya Mohamed Hanipa Maidin agar menghantar surat saman kepada Polis Diraja Malaysia kononnya beliau berbohong berhubung isu kemalangan motosikal dinaikinya ketika perhimpunan 9 Julai.

Mengikut laporan HarakahDaily, Hanipa berkata, Timbalan Presiden PAS telah menghubunginya pagi ini dan mengarahkan beliau menghantar notis kepada pihak berkenaan ekoran dakwaan semalam.

Semalam, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid dalam sidang medianya berkata, tidak ada kebenaran bahawa kenderaan milik polis melanggar motosikal pemimpin PAS itu.

“Malah rakaman CCTV menunjukkan beliau terjatuh dari kenderaannya selepas terlanggar ‘fender’ Pajero,” katanya.

Video berkenaan menunjuk sebuah kenderaan polis mengejar dua motosikal, satu yang dibonceng oleh Mat Sabu (gambar). Namun visual berkenaan tidak jelas menunjukkan apa yang berlaku kerana beberapa sudut pandangan tidak dapat dirakamkan.

“Saya harap akan dapat menghantar notis kepada Bukit Aman minggu depan meminta mereka menarik balik dakwaan Mohamad Sabu menipu,” kata Hanipa kepada Harakahdaily.

Hanipa yang juga timbalan pengerusi Lajnah Undang-undang PAS memberitahu, Mohamad menegaskan bahawa jika polis tidak teragak-agak menyamannya kerana mendakwa dia menipu, pihak beliau juga tidak teragak-agak untuk menyaman polis atas dakwaan memfitnahnya.

Sebelum ini Mohamad mendakwa motosikal yang dinaikinya semasa perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai lepas telah dirempuh sebuah kenderaan polis dan menyebabkan beliau terjatuh dan lututnya cedera.

Akibatnya, Mohamad terpaksa menjalani pembedahan lutut dan 2½ skru telah dimasukkan ke dalam lututnya untuk mengukuhkan ligamennya yang koyak.

Namun begitu, Umno dan penyokong mereka mendakwa, Mohamad dan juga Datuk Seri Anwar Ibrahim pura-pura cedera untuk meraih simpati.

Dua hari lepas, pengawal peribadi Anwar membuat laporan polis ekoran kecederaan yang dihadapinya selepas ditambak dengan gas pemedih mata secara yang tidak betul sehingga menyebabkan tulang pipinya patah terkena balang berisi gas pemedih mata yang ditembak ke arahnya.

Sementara itu, Keadilandaily melaporkan, Mohamad Sabu berkata beliau dirempuh kereta Proton Waja polis, dan bukan kenderaan Pajero seperti yang didakwa pasukan keselamatan itu.

Katanya, perkara itu turut dinyatakan dalam laporan polis yang dibuat beliau pada 14 Julai lalu di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.

“Saya minta tarik balik pembohongan, kalau tidak kita akan saman polis dan Datuk Salleh Mat Rashid kerana melakukan fitnah,” katanya kepada Keadilandaily.

Berdasarkan rakaman CCTV yang ditayangkan polis, katanya, rakaman itu juga menunjukkan sebuah kereta Proton Waja mengekori Pajero terbabit ketika sedang mengejar motosikal yang diboncengnya ketika itu.

“Dalam video polis, yang tidak ditunjuk adalah kereta Waja yang di belakang kereta Pajero yang melanggar motosikal itu.

“Kereta Waja yang ‘cross’ itu (yang melanggar),” kata beliau.

Ketika ditanya laporan media 11 Julai lalu yang mengatakan beliau dilanggar Pajero polis, Mohamad berkata terdapat pelbagai pandangan pada masa itu.

“Tetapi selepas bertanya kepada penunggang saya, kereta Waja itu yang melanggar,” katanya.

The Malaysian Insider

Bekas menteri: Najib perlu pastikan pilihan raya bersih, Bersih 2.0 ada asas - The Malaysian Insider

KUALA LUMPUR, 22 Julai — Seorang bekas menteri kerajaan pusat, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir mengingatkan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak agar melaksanakan sistem pilihan raya yang telus.

Abdul Kadir yang juga Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) berkata sistem pilihan raya yang telus adalah asas kepada sesebuah negara yang mempunyai undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.

“Negara kita selama ini telah memuncak begitu lama, negara yang cukup berjaya sebab rakyat berpegang teguh pada semangat kemerdekaan tetapi malangnya sejak beberapa tahun kebelakangan ini (prestasi) kita sudah mula menurun dan secara terang-terangan melakukan perkara-perkara yang pelik,” kata beliau.

“Kadang-kadang kita begitu yakin dan sombong, boleh buat benda salah di tempat yang terang, kami rasakan sudah tiba masanya kita berubah dan kembali ke pangkal jalan,” kata Abdul Kadir (gambar) sambil menambah, “merdeka bermakna kuasa diserahkan kepada rakyat.”

“Negara ini kepunyaan rakyat... negara ini hak rakyat dan ini asas yang kita perlu ingat, negara ini bukan bapa saya yang punya, bukan Umno yang punya, bukan PAS yang punya, ini rakyat yang punya,” kata beliau ketika berucap pada majlis pelancaran Amanah di Memorial Tunku Abdul Rahman Putra di sini.

Bekas wakil rakyat dari Kedah ini pernah mengetuai Kementerian Pelancongan dan Kementerian Penerangan.

Tegas Abdul Kadir, rakyat tidak akan bangkit menentang kerajaan sekiranya pilihan raya yang dijalankan dibuat secara telus dan adil.

Selain itu jelas beliau, tuntutan yang dibuat Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) ada asasnya.

“Bila sudah merdeka rakyat perlu pilih kerajaan, kita adakan pilihan raya sebab rakyat ramai, rakyat buat keputusan siapa yang mereka mahu (jadi kerajaan),” katanya.

Kata beliau, “sejak akhir-akhir ini kita dengar macam-macam tentang pilihan raya bersih dan adil itu adalah asas sistem pilihan raya.”

“Kalau tidak telus macam mana rakyat nak pilih... kerajaan kata pilihan raya (sekarang) sudah bebas, itu pandangan dia tapi pandangan lain (termasuk) Bersih 2.0 kata pilihan raya tidak telus,” katanya.

Beliau juga bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan agar wakil pembangkang diletakkan dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memastikan ketelusan sistem yang ada sekarang.

“Ada cadangan minta wakil pembangkang duduk dalam SPR, saya setuju... kalau kerajaan kata pilihan raya bersih buatlah, apa nak takut, selesai masalah.

“Kerajaan tahu pilihan raya itu bersih atau tidak, rakyat pun tahu, kita pun tahu... biarlah bersih betul supaya rakyat dapat pilih kerajaan yang mereka kehendaki,” katanya.

Pada 9 Julai lalu, ribuan rakyat membanjiri ibu negara untuk menuntut pilihan raya bebas dan adil yang turut disertai Pakatan Rakyat.

Amanah diketuai Tengku Razaleigh Hamzah.

Ia juga membariskan beberapa tokoh terkenal tanah air termasuk Datuk Seri Daniel Tajem, Datuk Seri Ong Tee Keat, Datuk S. Subramaniam, Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Datuk Seri Bujang Ulis selaku timbalan presiden.

The Malaysian Insider

TVSelangor09 21072011 Bersih Kami Ikut Undang Undang Semua Dakwaan Palsu, Kata Polis

Kami Bukan Mahasiswa Bisu!!Kembalikan hak Kami



KUALA LUMPUR, 22 Julai: Pengerusi Gerakan Solidariti Pertahan Hak Mahasiswa (Desak), Nuruddin Zanki menyatakan kekesalan terhadap tindakan warden Asrama Rumah Melayu Abbasiah (Arma), Kaherah yang menghalau 3 orang mahasiswa kerana didakwa terlibat dalam perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Tindakan itu sangat memalukan Jabatan Penuntut Malaysia (JPMK), kerana ia dianggap sebagai tindakan yang tidak profesional, lapor laman web Media Mesir.

Pada 19 Julai lalu, salah seorang daripada mangsa telah menceritakan kronologi pembuangan mereka daripada asrama tersebut.

Kekesalan itu turut dilahirkan oleh beberapa pimpinan persatuan pelajar, antaranya Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) sendiri yang menegaskan bahawa JPMK sebenarnya tidak berhak ke atas Arma, apatah lagi menghalau penghuni-penghuninya daripada asrama tersebut.

Hal Ehwal Wanita Islam (Hewi) PMRAM turut sama berganding bahu dalam menyatakan penafian mereka terhadap pencabulan hak mahasiswa.

Mahfuzah Saidina Abu Bakar menyatakan kepada media bahawa Hewi PMRAM tidak akan berdiam diri dalam isu itu.

Barisan kepimpinan Hewi PMRAM juga menyatakan ketidakpuasan hati terhadap tindakan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah yang telah menafikan hak kebebasan mahasiswa.

Hewi PMRAM juga turut hadir dalam penyerahan memorandum Bantahan Pencabulan Hak Mahasiswa, pagi semalam.

Turut sama dalam penyerahan memorandum tersebut, Aimi Athirah Azmi Murad, Timbalan Presiden II, Persatuan Perubatan.

Keterlibatan mereka di dalam tindakan tersebut menunjukkan kebersamaan mereka dalam mengembalikan hak mahasiswa.

Pada 20 Julai lalu, Desak gagal menyerahkan memorandum kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir.

Beliau dan tiba di perkarangan Asrama Anak Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada jam 9 pagi, selepas mengadakan lawatan ke Pejabat Umno Mesir.

Kemudian, anak-anak Melayu Wilayah Persekutuan telah mengadakan majlis ramah mesra. Setelah selesai program tersebut, pihak Desak telah berusaha bertemu dengan beliau untuk menyerahkan memorandum.

Namun, memorandum tersebut tidak berjaya diserahkan. Ini kerana Dato Seri Jamil Khir enggan menerima memorandum tersebut. Beliau bersama rombongan, masuk ke dalam kenderaan rasmi, dan terus beredar meninggalkan para mahasiswa yang ingin menuntut hak mereka yang dicabul oleh pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah dan Jabatan Penuntut Malaysia (JPMK).

Kekesalan diluahkan oleh para mahasiswa dengan tindakan tidak profesional mereka.

Ketika para mahasiswa ingin membuat penyerahan tersebut, beberapa orang pengawal bertindak kasar dan melakukan beberapa provokasi bagi menghalang penyerahan tersebut.

Namun, para mahasiswa tidak melakukan sebarang tindakbalas terhadap kekasaran tersebut.

Ini kerana para mahasiswa telah dilarang oleh Desak daripada bertindak kasar, atau melakukan sebarang provokasi.

Sumber

Bookmark and Share

MAKBUL KAH DOA MEREKA INI?


Maka Allah berfirman: Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang Maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya. 37- Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk.
(Surah Al-Zukhruf 43: Ayat 36-37

TVS NEWS Video Polis Tidak Menjawab Kesakitan Rakyat

Share
Dunia hari itu menyaksikan Malaysia mencatat sejarah apabila menahan lebih 1,600 rakyat Malaysia yang berhimpun secara aman di ibu negara.
Selain puluhan mengalami kecederaan, seorang meninggal dunia.

SHAH ALAM 21 JULAI : Di sebalik pengakuan polis bahawa meriam air dipancutkan ke kawasan Hospital Tung Shin, polis hakikatnya tidak menjawab secara keseluruhan tentang keganasan yang dilakukan terhadap ribuan peserta Himpunan Bersih 9 Julai lalu.

Selain puluhan malah mungkin ratusan video yang didedahkan di internet, malah paling penting ribuan saksi mata yang melihat keganasan polis pada 9 Julai lalu, polis ironinya terus bertindak menafikan dengan menyajikan rakyat rakaman video terpilih, kata peguam hak asasi manusia, N Surendran.

" Apa jawapan polis tentang kecederaan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad, ke atas pengawal peribadi Anwar, Yew Boon Lye dan ramai yang berada di dalam terowong termasuk Datuk Seri Anwar. Bukankah mereka cedera? Bukankah kita sudah tunjuk keterangan video dan gambar. Tiada jawapan.

" Penafian polis hari ini mereka menggunakan rakaman yang terpilih. Tidak menunjukkan keseluruhannya sedangkan kita telah menunjukkan banyak video tentang berlaku banyaknya keganasan. Apa jawapan polis tentang tembakan 12 das di terowong KL Sentral?,"katanya kepada Tv Selangor.

Dalam insiden 9 Julai lalu, puluhan ribu rakyat Malaysia menyertai himpunan aman menuntut pilihan raya yang adil walaupun terpaksa meredah pancutan air kimia dan tembakan gas pemedih mata polis.

Dunia hari itu menyaksikan Malaysia mencatat sejarah apabila menahan lebih 1,600 rakyat Malaysia yang berhimpun secara aman di ibu negara.

Selain puluhan mengalami kecederaan, seorang meninggal dunia.

" Mereka seolah-olah berpura-pura bahawa tidak ada isu. Walhal sebenarnya banyak keterangan dan isu telah dibawa tetapi tidak dijawab. Bagaimana kes Mohamad Sabu, kes Baharuddin, bagaimana pula orang ramai yang dipukul dan dikasari oleh pihak polis,"soal Surendran.

Malah naib presiden PKR itu turut mempersoalkan bagaimana video-video rakaman media antarabangsa yang memaparkan aksi ganas polis.

" Bagaimana rakaman daripada Al-Jazeera yang menunjukkan pihak polis menyepak mereka yang berhimpun secara aman? Tidak ada jawapan untuk semua ini,'kata Surendran.

Sementara itu, ahli parlimen Batu, Tian Chua ketika dihubungi Tv Selangor menyerahkan hal ini kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) untuk membuat siasatan.

Malah katanya beliau yakin, saksi-saksi keganasan polis pada hari kejadian akan tampil menceritakan hal sebenar sekaligus menafikan kenyataan dan video yang dipaparkan polis hari ini.

" Polis tidak ada kredibiliti. Oleh itu apa jua video yang mereka tunjuk, ia tidak menunjukkan apa yang berlaku. Beribu-ribu orang di sana menjadi saksi dan kita lihat banyak lagi video lain.

" SUHAKAM selepas ini akan membuat inkuiri awam dan kita tunggu lah orang-orang ramai untuk kemukakan bukti. Kita harap polis pun akan kemukakan bukti mereka juga,"katanya.

SUHAKAM sebelum ini memutuskan akan mengadakan inkuiri awam menyiasat dakwaan keganasan polis bulan depan.

Menurut naib pengerusi SUHAKAM, pihaknya yang turut menghantar pasukan pemantaunya ketika perhimpunan Bersih 2.0 juga akan bergantung pada maklumat yang mereka perolehi pada hari terbabit

TVS NEWS

Thursday, July 21, 2011

MCA, Gerakan semakin bodoh bersama Umno | WarkahDaily Online

Tapi hari ini menampakkan kebodohan mereka apabila terus menyerang PAS dan PR yang cuba melaksanakan apa yang telah diluluskan mereka (BN) selama ini yang tidak dilaksanakan semenjak dulu.

WarkahDaily – Semuanya kerana Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang telah pun digubalkan kerajaan terdahulu (Barisan Nasional) dan kini cuba dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat (PR) sebagai menunaikan tanggungjawab sebagai kerajaan untuk menguatkuasakan enakmen tersebut untuk membantu umat Islam menumpukan perhatian kepada ibadah semasa bulan Ramadhan.

Tapi Umno yang selama ini anti dengan Islam dan apa jenis enakmen yang cuba mendidik umat Islam ke arah kebaikan cuba menjerat diri sendiri apabila sekutu mereka iaitu MCA dan Gerakan yang sudah tentu ketika 14 tahun lalu telah menyokong enakmen berkenaan kerana ianya memang diluluskan ketika tahun 1997.

Tapi hari ini menampakkan kebodohan mereka apabila terus menyerang PAS dan PR yang cuba melaksanakan apa yang telah diluluskan mereka (BN) selama ini yang tidak dilaksanakan semenjak dulu.

Apa yang menampak kebodohan mereka ialah, sebelum ini Umno dan barua mereka begitu lunak menuduh PAS telah menukar dasar mereka daripada ‘Negara Islam’ kepada ‘Negara Berkebajikan’ atas sebab kononnya takut dengan DAP.

Tapi hari ini, MCA dan Gerakan begitu lantang menentang Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang cuba dilaksanakan kerajaan Kedah dengan tuduhan konon PAS mempunyai agenda mewujudkan negara Islam.

Sebelum ini Umno menuduh PAS sanggup menukar dasar ‘Negara Islam’ kepada ‘Negara Berkebajikan’ kerana didesak DAP tapi MCA dan Gerakan pula berkata PAS mempunyai agenda mewujudkan negara Islam.

Jelas sekali apa yang dituduh Umno selama ini merupakan permainan politik Umno-BN semata-mata. Padahal Umno sudah bersekongkol dengan MCA dan Gerakan untuk merosakkan Islam.

Ini memperlihatkan, Umno dan sekutunya dari golongan bukan Islam cuba menjalankan dakyah jahat dan kotor untuk menakut-nakutkan para pengundi terhadap PAS dan Pakatan Rakyat.

Umno ditugaskan untuk mengapi-apikan dan menakut-nakutkan pengundi Melayu Islam terhadap PAS manakala MCA dan Gerakan pula diberi tugas untuk menakut-nakutkan pengundi bukan Islam terhadap PAS.

Semua itu bertujuan untuk meroboh kekuatan Pakatan Rakyat dan PAS yang mempunyai sokongan berbilang kaum, bangsa dan agama. Ini semua memberi mimpi ngeri buat Umno dan Barisan Nasional (BN).

WarkahDaily Online

Roketkini.com >> Muzium propaganda Utusan? – oleh Amaluddin Zhafir

Kemandulan Utusan bermula sejak kematian tradisi kewartawanan pada 1961, akibat campur tangan UMNO-BN. Utusan Melayu (sekarang Utusan Malaysia) kini menjadi sebuah akhbar “pemangkin fikiran rakyat” yang sangat berkesan sehingga kebanyakan rakyat sudah terpelanting jauh dari pangkin yang didodoi UMNO-BN selama ini. Penubuhan muzium berita yang dicadangkan di bangunan pengarang Utusan di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur itu sangat penting bagi suara UMNO itu kerana bakal menyimpan segala laporan berita untuk tatapan semua jenis manusia, sama ada yang betul bendul atau multi-bendul.

Di dalam Utusan Malaysia ruangan Rencana semalam yang bertajuk “Utusan perlu pelopori newseum” sungguh jelas membawa erti nyata kepada keseluruhan rakyat Malaysia bahawa cadangan penulis rencana tersebut memang mahukan Utusan memonopoli muzium akhbar, itu pun jika dibaca oleh 205,561 orang (dari laman Facebook 100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation sehingga pagi ini) yang menuntut Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan.

Penulis rencana Utusan itu yang melawat Newseum di Washington D.C. baru-baru ini telah memuji-muji newseum tersebut sehinggalah beliau tertarik kepada satu bahagian di dalam muzium tersebut yang menyenaraikan Malaysia sebagai salah sebuah negara yang tidak mengamalkan kebebasan akhbar.

Mengenai kebebasan akhbar di Malaysia, bukan sahaja Amerika Syarikat yang tahu, malah seluruh dunia dan yang paling penting, rakyat Malaysia sendiri lama sudah sedar mengenai kekangan melampau kerajaan terhadap media.

Bagaimana pun, sebaliknya penulis tersebut mengatakan bahawa “kita tidak perlu terasa hati sangat tentangnya”. Malah, beliau berpendapat supaya newseum yang beliau lawati itu boleh dijadikan insiprasi kepada penubuhan newseum yang patut digerakkan oleh Kumpulan Utusan sahaja.

Dan tidak ada salahnya jika newseum untuk Utusan Malaysia sahaja; malah sangat dialu-alukan supaya diwujudkan segera memandangkan jangka hayat UMNO-BN sejak perhimpunan aman Bersih 2.0 lalu seumpama telur di hujung tanduk.

Manakan tidak terumbang-ambing, mengikut Alexa.com, laman-laman web alternatif yang mana dianggap sebagai “pembangkang” oleh kerajaan UMNO-BN mendahului jauh laman web Utusan Online, selain Google Trends menunjukkan Bersih 2.0 lebih popular dari Perdana Menteri Malaysia.

Kemandulan Utusan bermula sejak kematian tradisi kewartawanan pada 1961, akibat campur tangan UMNO-BN. Utusan Melayu (sekarang Utusan Malaysia) kini menjadi sebuah akhbar “pemangkin fikiran rakyat” yang sangat berkesan sehingga kebanyakan rakyat sudah terpelanting jauh dari pangkin yang didodoi UMNO-BN selama ini.

Penubuhan newseum itu sememangnya akan menjadi sebuah muzium sejati yang bakal menyimpan segala karenah UMNO-BN sepanjang 40 tahun selepas kudeta yang menyingkirkan tokoh wartawan Said Zahari dari jawatan Ketua Pengarang kerana beliau hanya mahukan keadilan dan kebebasan akhbar.

Cumanya, jika sekadar hanya untuk sebuah akhbar sahaja yang memonopoli muzium tersebut – jauh sama sekali dengan newseum di Amerika Syarikat yang mana semua jenis akhbar turut menyumbangkan arkib mereka, mungkin akhbar-akhbar kawalan UMNO-BN yang lain seperti Berita Harian, The Star dan New Straits Times akan terasa hati pula.

Bagaimana pun, jika newseum itu dipelopori oleh Kumpulan Utusan sahaja, mudah bagi UMNO untuk memastikan generasi akan datang hanya akan memahami pergolakan sosial dan politik dari satu dimensi sahaja.

Sepatutnya Utusan tidak menubuhkan newseum tetapi ia perlu mewujudkan propaseum atau muzium propaganda yang dapat menjadi bahan rujukan antarabangsa bagaimana UMNO menguasai negara sejak lebih setengah abad melalui propaganda.

Agak memalukan dunia jika Utusan mahu menubuhkan newseum yang kononnya dari inspirasi Newseum di Amerika kerana di sana matlamatnya ialah memperjuang kebebasan bersuara dari merata sudut global sejak 500 tahun lalu sedangkan di sini ia sekadar penyambung fitnah UMNO.

Lebih jujur kiranya Utusan menubuhkan muzium propaganda supaya para intetek dan pengkaji dari seluruh dunia dapat menggunakan kemudahan tersebut untuk kajian perbandingan mereka bagi membezakan di antara kewartawanan dan propaganda, di antara kebebasan akhbar dan kongkongan media. – Roketkini.com

Roketkini.com

KTMB Tg Pagar roboh, maruah negara dilucutkan Najib!

Oleh RUHI HAYATI THANI


DI pejabat Imigresen dan Kastam, Woodlands pada malam 28 Jun lalu, ketika menunggu kereta api Ekspres Rakyat bergerak menuju stesen terakhir di Tanjung Pagar, seorang pekerja di situ berkata bahawa dia dijadualkan bakal bekerja di Stesen Kempas sejurus selepas penutupan stesen paling selatan dan bersejarah itu.

“Rumah-rumah kuarters kami pun dah habis kena tutup,” katanya, “Entah apa yang kerajaan Singapura nak buat dengan kuarters itu pun saya tak tahu.”


Suasana tenggelam seketika dengan hiruk-pikuk suara orang ramai. Walaupun namanya Keretapi Tanah Melayu (KTM), namun pelbagai bangsa bukan Melayu turut mengambil bahagian mengumpul gambar-gambar kenangan. Mungkin, bagi mereka perkhidmatan itu milik semua tanpa mengira bangsa. Tidak terlintas dalam fikiran mereka untuk ubah nama perkhidmatan kereta api itu.

Apabila pekerja itu bertanya – bilakah saya akan pulang, saya berkata tiket perjalanan balik pun belum saya beli. Mendengar jawapan saya, seorang rakannya yang berbangsa India mencelah, “Tiket balik Malaysia tu jangan-jangan dah habis? Tak apa, cubalah periksa kalau tiket perjalanan pulang masih ada.”

Apabila kereta api bergerak dari pemeriksaan pegawai Kastam dan Imigresen Woodlands, saya tidak lagi duduk di dalam gerabak, sebaliknya duduk di luar - di ruang terbuka, menghirup udara malam sambil menghitung kelibat jalan-jalan dalam kelam bayang-bayang lampu neon dan melibas pandangan ke arah pokok hutan yang kelihatan tumbuh indah merendang apabila sesekali lampu neon jalan menyerakkan cahaya pudarnya.

Pemandangan itu sememangnya tidak mengindahkan apatah lagi ketika pandangan malam itu bersulam geseran landasan-landasan rel kereta api yang bertingkah dengan suara cengkerik malam dan sesekali ada percikan api meletus ketika roda besi kereta api memukul rel-rel landasan itu. Saya cuba merenung nama jalan, ada yang terlepas pandang. Ada yang saya ingat seperti Rifle Radge Road dan akhirnya Keppel Road. Maka, itu bererti kereta api sudah hampir tiba ke stesen terakhir.

Saya melihat angka digit jam telefon bimbit. 10:17 malam! Ya, kereta api pun selamat tiba. Apabila jejak saja ke lantai, orang ramai berpusu-pusu merakam gambar. Saya takjub. Awalnya, saya menjangka ada sidang media lantaran terlalu banyak kamera yang menyilaukan pandangan mata.

Langkah terawal ialah mengambil tiket perjalanan pulang terlebih dahulu. Dan, sebagai yang dijangka, tiket sebenarnya sudah habis! Jangkaan para pekerja KTMB di Woodlands tadi yang berpesan agar saya membeli tiket dua hala sejak dari KL Sentral tadi sememangnya masuk akal juga.

“Kalau nak balik JB Sentral 30 Jun ni, dah tak ada. Kalau awak nak ke Segamat ada, tambangnya S$21,” kata seorang kerani di stesen. Lalu, saya terpaksa relakan hangus wang di situ setelah gagal mencari tarikh yang baik.

Terpaksa akur juga (dengan membeli tiket ke Segamat) kerana itulah satu-satunya cara agar saya dapat berikhtiar menaiki kereta api buat kali terakhir melewati kehijauan di Tanjung Pagar menuju ke Bukit Timah.

Dan Restoran M Hasan masih tegak teguh berdiri pada malam 28 Jun apabila menyambut pengunjung yang berpusu-pusu masuk ke ruang restoran itu.

Mereka bergambar dengan ghairah dan asyiknya sebelum ia ditamatkan operasinya pada akhir Jun ini. Di sini, teh tariknya 90 sen. Ya, sebetulnya, sudah banyak gerai makanan minuman yang sudah ditutup.

“Thank you to all my customers for your support throughout the years! – With Love, OA sis Rojak (Tini Rojak)” – Demikian antara tulisan yang ditampal di gerai kecil Tini Rojak itu.

Di ruang atas itu, ada surau terpencil yang saya tidak tahu adakah ia berfungsi dengan baik. Tapi, ketika bersendirian di sini, bersantai minum, ditemani hiruk-pikuk orang ramai barulah jelas kelihatan sehelai kertas yang ditampal dengan pengumuman berbunyi:

“Ramadan Tarrawih Prayers” | “At Tanjong Pagar Surau” | “All Muslims are Welcome” Mungkin surau itu memang berperanan dengan baik walaupun laluan menuju ke atas dengan tangganya yang sempit, menyebabkan saya kerap terfikir bahawa ia bukanlah laluan sebenar menuju ke surau itu.

Kedai money exchanger (penukaran wang) pun telah dirobohkan. Jadi, untuk mereka yang belum sempat menukar wang, maka tentu sahaja sulit bergerak sebab semua urus niaga menggunakan dolar Singapura. Bertentangan M Hasan, sudah bertimbunan rak almari dan kerusi pejabat Imigresen. Dalam dua hari terakhir yang masih berbaki, saya ingin akrab mendakap penuh dengan warisan pusaka yang tergadai, digadaikan PM Najib Razak. Kalau boleh, biarlah jangan tidur langsung dan menaip apa-apa sahaja yang terlintas di dalam kepala! Tapi, adakah kedai teh tarik di depan saya ini akan ditutup?

“Dibuka 24 jam kedai minuman di sini dik,” kata makcik yang bertugas menjamu teh tarik dan minuman di sini. Saya mengelamun terus memerhatikan gelagat manusia yang keluar seorang demi seorang dari stesen itu. Dan jam 11:00 lebih kurang lampu depan stesen itu pun ditutup bersama tirai besi depannya.

Manakala pada 11:38 malam, lampu bahagian atas kaunter tiket sudah dipadamkan menambahkan lagi suasana kesuraman di dalamnya. Cuma lampu pejabat ketua pengarah yang masih ternyala seperti biasa setakat ini. Ya, antara rumusan – tergadainya Tanjung Pagar adalah lambang kecuaian Najib Razak yang tidak peduli hal bersifat warisan dan kebudayaan. Walhal, sikap inilah yang paling penting

Detikdaily

Wednesday, July 20, 2011

Kini semuanya akan dijawab pada 26 Julai 2011.

DAPSY Perak cadang siaran langsung untuk debat Ambiga vs SPR

Deman BERSIH yang dialami oleh SPR dan Kerajaan Persekutuan pimpin UMNO/BN sememangnya boleh diubati jikalau SPR tidak berdegil dengan tuntutan pihak pengundi. Tetapi kegagalan SPR untuk memasang telinga terhadap tuntutan BERSIH 2.0 membawa padah yang lebih serius kepada UMNO/BN. Matlamat rakyat adalah SPR; Yang menjadi mangsa adalah Kerajaan Putrajaya.

Kini semuanya akan dijawab pada 26 Julai 2011. Keberanian menerima cabaran SPR oleh Ambiga jelas menunjukkan bahawa beliau sememangnya berada dalam balapan telus dan bersih dalam meningkatkan lagi kestabilan suara dan permintaan rakyat mengundi.

Rakyat Malaysia mula menghadiahkan rasa hormat yang paling tinggi kepada Ambiga kerana bersikap konsisten dalam menangani segala cabaran yang dilemparkan oleh setengah pihak yang sengaja mahu menunjukkan kehebatan kuasa politik sewaktu berada dalam teduhan UMNO/BN.

Namun, apakah pertemuan di antara Ambiga dengan lapan tuntutan BERSIH dan wakil SPR Wan Ahmad Wan Omar yang berpendirian tidak bersetuju dengan empat tuntutan daripada lapan itu akan dapat dilihat atau didengar oleh seluruh rakyat Malaysia?

Pasti tidak. Jikalau sedemikian, bagaimanakah rakyat Malaysia khususnya yang menyertai perhimpunan aman itu akan dapat menilai samada penyertaan mereka dalam perhimpunan itu sebenarnya bernilai atau tidak?

Ini adalah kerana, Ambiga (gambar kanan) bukan sahaja mewakili BERSIH tetapi mewakili semua rakyat yang menyokong BERSIH dan SPR pula bukan sahaja mewakili Kerajaan semasa, malah seluruh rakyat yang mengundi. Maka liputan siaran langsung akan akan memberikan peluang kepada rakyat dan akan menyamaratakan skop perbincangan kedua-dua mereka pada hari itu.

Selain daripada itu, rakyat juga dapat menilai kehebatan minda, kekuatan pendirian serta agenda rakyat dan agenda politik oleh kedua-dua pihak. Yang telus akan dihormati yang buruk akan bertambah buruk.

Dalam debat ini, Kerajaan harus mengambil inisiatif untuk memberikan peluang kepada semua rakyat Malaysia untuk melihat dan menghayati debat itu melalui liputan siaran langsung.

Persoalannya, adakah Kerajaan Putrajaya akan bersikap terbuka dan telus dalam permintaan ini? Jika tidak ianya bermaksud Kerajaan masih berstatus lemah untuk berhadapan dengan permintaan Rakyat. Sebaliknya, jikalau Kerajaan dapat memberikan liputan siaran langsung, maka Rakyat Malaysia yang tidak menghadiri perhimpunan aman itu akan dapat mentafsir segala baik buruk perhimpunan BERSIH, kelakuan SPR dan tindakan Kerajaan BN. Kedudukan ini akan membuka ruang untuk "WIN WIN SITUATION" kepada semua pihak.

Samada Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan akan bertindak mengikut kemahuan rakyat atau akan berdegil untuk membantah permintaan rakyat adalah terpulang kepada mereka. Yang penting yang BERSIH, ADIL, CEKAP, AMANAH & TELUS patut diberikan penghormatan dan sudah pasti ianya akan menjadi kegemaran rakyat dan pengundi.

*Kenyataan media oleh P. Sugumaran (gambar kiri) selaku Pengarah Biro Pendidikan Politik DAPSY Perak.

MerdekaReview

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak