Saturday, May 4, 2013

Pecah Berita! Tanda BN Nak Tumbang, Petugas Pas Pecah Muka Di Belasah Samseng BN Di Ipoh!

Kuala Lumpur - by @tiewnama
Petugas PAS Perak yang sedang melakukan flash mob telah diserang dan dipukul oleh hampir
40 orang yang memakai baju i love PM. Ada yang pecah muka dan berdarah kepala.

Mereka sedang dapatkan rawatan. Pohon doa. Mereka semakin mengganas. Allah..
selamatkan lah Malaysia dari kerajaan LANUN Barisan Nasional yang kejam dan ZALIM.





by @tiewnama - SUDAH DI KETAHUI SIAPAKAH YANG AKAN MENCETUSKAN 
HURU HARA JIKA BN KALAH! kah3

Sumber: http://www.erapasca.com/2013/05/pecah-berita-tanda-bn-nak-tumbang.html

Friday, May 3, 2013

Ya, kami terbangkan pengundi ke Semenajung – Tengku Adnan


(Tengku Adnan mengaku mereka ini dibawa masuk oleh BN dengan sokongan rakan-rakan BN.  Adakah mereka rakyat Malaysia?)


PUTRAJAYA: Setiausaha Agong BN, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor mengaku bahawa dakwaan Pakatan Rakyat mengenai kewujudan penerbangan khas membawa pengundi daripada timur Malaysia ke Semenanjung sememangnya benar.

Bernama melaporkan Tengku Adnan mengaku kewujudan penerbangan sedemikian dan menegaskan bahawa khidmat itu ditaja oleh “rakan-rakan BN.”

"Tidak ada apapun yang benar berhubung dakwaan pembangkang, tidak lain dan tidak bukan penumpang itu hanya pengundi berdaftar Malaysia," kata Tengku Adnan.

Tengku Adnan juga menuduh Pakatan Rakyat sengaja membuat dakwaan bahawa sistem pilihanraya bermasalah untuk melemahkan demokrasi negara.

“Ia adalah satu kempen bagi memburuk-burukkan sistem pilihan raya menjelang pilihan raya. Pembangkang sedang menyediakan satu alasan bagi kekalahan mereka," kata Tengku Adnan, yang merupakan penyandang kerusi parlimen Putrajaya yang kini dicabar calon PAS, Datuk Husam Musa.


(Adakah ini pengundi yang dimaksudkan oleh Tengku Adnan)

Semalam, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa penglibatan Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam operasi untuk membawa masuk pengundi yang diragui dari Malaysia Timur ke Semenanjung.

Antara bukti yang diperoleh ialah bukti dokumen, foto berhubung 16 penerbangan sewa khas yang membuat perjalanan setiap hari dari pelbagai lokasi di Malaysia Timur.

Beliau menganggarkan sebanyak 40,500 orang akan dibawa dalam penerbangan sebelum 5 Mei ini.  Menurut Anwar lagi, penumpang pesawat merupakan warga asing berdasarkan siasatan PKR terhadap daftar penumpang yang diperolehi.

Sementara itu, PMO teleh menafikan dakwaan Anwar dalam satu kenyataan ringkas.

"Pejabat Perdana Menteri menafikan sebarang pembabitan berhubung penerbangan seperti ini.

"Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah bertungkus lumus memastikan bahawa sistem pilihan raya lebih kukuh daripada sebelum ini, dan pilihan raya adalah bebas dan adil,” kata seorang jurucakap kerajaan dalam laporan Bernama.

SPR telah ditekan hebat semenjak hari pengundian awal 30 April lalu setelah ramai yang mengadu dan laporan polis bahawa dakwat kekal yang digunakan tidak kekal pada jari dan kuku mereka.

SPR memberikan alasan bahawa terdapat pegawainya yang terlupa mengoncang botol dakwat kekal sebelum digunakan.

Keadaan itu memaksa SPR untuk membuat demonstrasi untuk membuktikan kepada wakil-wakil media bahawa dakwat kekal yang dicalit pada jari pengundi memang tidak boleh dipadamkan.

Demonstrasi diketuai Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria dan para pegawai SPR dengan melibatkan seorang petugas media tempatan dan disaksikan oleh rakan-rakan sejawatan mereka.

Petugas media yang dicalit dakwat kekal ternyata gagal untuk memadamkan kesan dakwat meskipun menggunakan beberapa bahan pencuci.

Namun, SPR tidak menjawab isu kegagalan para pegawainya untuk mengoncang botol dakwat setiap dua jam sekali selama 30 saat sebelum digunakan ketika pengundian awal hari itu.

 http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/18933-ya-kami-terbangkan-pengundi-ke-semenajung--tengku-adnan?utm_source=dlvr.it&utm_medium=twitter#.UYMJLMpSH_g

Thursday, May 2, 2013

Terkini PRU13: Tindakan undang- undang akan diambil ke atas Dato' Ibrahim Ali

Darah Dan Babi Untuk Nasruddin Tantawi.


Khianat: Rumah Nasrudin dibaling bungkusan darah

Harakahdaily,02 Mei 2013

TEMERLOH: Kediaman calon PAS di Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan di Taman Sri Semantan di sini disimbah dengan darah dipercayai perbuatan khianat pihak tertentu.

Kejadian disedari seorang petugas yang juga pembantu calon apabila melihat kesan darah berserakan di atas lantai bahagian hadapan rumah ketika keluar rumah awal pagi ini.

Kelihatan juga satu palstik darah dipercayai dibaling dari luar pagar. Turut ditinggalkan sekeping nota bertulis 'Kau suka DAP Cina babi, Terimalah daging dan darah babi ini'.

Plastik yang berisi darah tersebut juga turut mengandungi beberapa kepala ayam.


Sementara itu pihak PAS Temerloh juga pagi ini menyedari beberapa baner dan billboard calon PR turut disabotaj dengan diconteng dengan perkataan-perkataan kesat.



Wednesday, May 1, 2013

Kih kih dah tenganga pula kenapa Pak Brahim


Fitnah TG Nik Aziz: Ibrahim Ali diberi tempoh 24 jam

Aslani M,01 Mei 2013
KOTA BHARU: Pengerusi Lajnah Guaman dan Hak Asasi PAS Kelantan, Hisham Fauzi berkata, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap calon Bebas di parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali (gambar)kerana mengeluar dakwaan fitnah terhadap Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Beliau berkata, tempoh 24 jam yang diberi semalam bagi membolehkan Presiden Perkasa itu memohon maaf dan menarik balik fitnah sudah berakhir.

“Tanah tersebut adalah milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz hanya sebagai pemegang amanah sahaja kepada tanah yang dimilik agensi berkenaan,” katanya.

Sebelum ini Ibrahim mendakwa Tuan Guru Nik Aziz dan isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak memiliki 27 lot tanah di sekitar Kota Baru yang bernilai lebih RM10 juta.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/18878-fitnah-tg-nik-aziz-ibrahim-ali-diberi-tempoh-24-jam#.UYEz4csaySO

Tuesday, April 30, 2013

Fitnah Tanah RM 10 Juta Ibrahim Ali Terhadap TGNA Dijawab..




                                                 Sila klik gambar untuk dibesarkan

Isu Tanah RM10 juta : Bunga Raya Layu Sebelum Kembang

Saya membaca lontaran fitnah daripada calon Bebas di Parlimen Pasir Mas yang bertanding menggunakan logo Bunga Raya, Datuk Ibrahim Ali yang mendakwa kononnya Menteri Besar Kelantan, YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat memiliki tanah bernilai RM10 juta di Bandar Baru Tunjong. Ia disiarkan di dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini 30 April 2013.

Saya kira Ibrahim Ali tidak lebih nilainya daripada sekuntum bunga raya yang sedang layu sebelum berkembang. Ia sudah buruk di tangkai dan menunggu jatuh untuk dipijak-pijak sebelum dilupakan daripada kamus politik rakyat Malaysia.


Dalam misi untuk menjatuhkan lawan di Pasir Mas yang merupakan anakanda kepada Menteri Besar Kelantan, Ibrahim Ali menggunakan strategi kotor yang semenangnya sudah sinonim dengan perjuangan politiknya semenjak zaman muda lagi. Generasi lama pastinya tidak lupa insiden demonstrasi di Kota Bharu pada akhir tahun 70-an yang melibatkan peristiwa bakar tayar yang mengakibatkan berlakunya peristiwa Mageran di Kelantan. Siapa lagi dalangnya jika bukan calon Bunga Raya ini?

Dalam isu pemilikan tanah yang dihebohkan ini, perlu dinyatakan kesemua 14 lot tanah tersebut adalah milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang mana ia dibeli oleh PMBK secara terus daripada orang perseorangan antara tahun 2006 sehingga tahun 2007. Kesemua tanah tersebut berada di dalam kawasan Tanah Rezab Melayu dan di atas pegangan hakmilik selama-lamanya (perpetuity).

Di dalam definisi ‘Melayu’ sebagai syarat untuk memiliki tanah Rezab Melayu di Kelantan, institute PMBK tidak ditakrifkan sebagai Melayu. Inilah yang termaktub di bawah Seksyen 13A Enakmen Rizab Melayu Kelantan 1930 dan Seksyen 104 Enakmen Tanah Kelantan 1938.

Dalam situasi pemilik asal tanah ingin mendapatkan segera bayaran daripada pembeli yang terdiri daripada pelbagai badan korporat, PMBK mengambil pendekatan untuk mempercepatkan proses pindah milik bagi memudahkan sebarang usaha memajukan tanah dapat dilaksanakan segera. Justeru pada tahun 2007, PMBK membuat keputusan agar Menteri Besar Kelantan selaku Pengerusi PMBK dinamakan sebagai Pemegang Amanah bagi kesemua 14 lot tanah tersebut bagi pihak PMBK.

Bagi mengesahkan keputusan tersebut satu Surat Ikatan Amanah (Deed Trust) bertarikh 5 November 2007 telah dimeterai antara PMBK dan YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan. Surat ini mensyaratkan bahawa YAB Tuan Guru selaku Pemegang Amanah wajib melepaskan pegangan tanah tersebut pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh PMBK. Ia berkuatkuasa sehingga ke saat ini.

Berasaskan kepada fakta0fakta ini, YAB Tuan Guru bukanlah pemegang pemilik sebenar bagi 14 lot tanah seluas 4.4 ekar (1.76 ekar) sebagaimana yang didakwa oleh calon Bunga Raya. Beliau hanyalah pemegang amanah bagi pihak PMBK. Bila-bila masa hak pemilikan ke atas tanah tersebut boleh dituntut oleh PMBK.

Dengan penjelasan ini, saya kira kekeliruan yang cuba ditimbulkan oleh calon Bunga Raya tersebut dapat dijernihkan. Seeloknya saya nasihatkan calon Bunga Raya agar dapat mencari strategi yang lebih bersih dan jernih untuk menang. Janganlah pula kerana maruah jatuh di mata Tun Mahathir kerana hanya berjaya mengerah 200 orang sahaja dua hari lepas, beliau meracau bagaikan hantu raya mencari mangsa sehingga terlupa telur yang ditelan ialah telur buaya bukannya telur ayam.

Sekian.

Ahmad Fadhi bin Shaari,
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan

Gadis X, Y dakwa dicabul dalam program Najib

                                           Program PM Sementara pun tak selamat kih kih


Dua mahasiswa 19 tahun dari Kolej Universiti Selatan mendakwa mereka dicabul secara seksual oleh beberapa orang penyokong BN semasa majlis yang dihadiri perdana menteri kerajaan sementara Datuk Seri Najib Razak semalam.

Enggan nama mereka disebut, kedua-dua mahasiswa itu, hadir dengan dua lagi rakannya bagi menceritakan kembali peristiwa itu kepada Malaysiakini ketika ditemui di Johor Bahru hari ini.

NONENajib hadir ke kolej itu di Skudai, Johor bagi merasmikan majlis pecah tanah untuk kampus barunya manakala dua gadis itu ditugaskan sebagai wanita pengiring bagi menyerahkan pen supaya perdana menteri dapat menandatangani plak.

"Majlis itu diadakan atas sebuah platform di padang. Kami pakai cheongsam.

"Bersama pelajar lain yang memakai pakaian tradisional masyarakat masing-masing, kami mengiring Najib ke dewan universiti selepas majlis pecah tanah itu," cerita gadis pertama, yang mahu dikenali sebagai 'X'.
NONE
Bagaimanapun, selepas Najib dan jurugambar media naik ke pentas, sekumpulan penyokong terdiri daripada lelaki muda berpakaian biri BN juga terasak ke pentas.

Katanya, beliau dan rakannya - yang kami rujuk sebagai 'Y', juga berada di atas pentas tetapi tertolak daripada Najib oleh penyokong yang mengelilinginya.

Penyokong-penyokong yang kasar itu kemudian bersama-sama memasuki kampus, dengan Najib menaiki motosikal mereka.

"Tempat itu sungguh padat. Kami malah tak dapat dekati perdana menteri untuk menyerahkan pen kepadanya, jadi kami serahkan kepada pembantunya.

"Kemudian ada seseorang sentuh punggung saya. Saya beritahu dia (Y) 'seseorang sedang sentuh saya'...," katanya. [Baca berita penuh]
Dalam perkembangan berkaitan, Presiden kolej itu Thock Kiah Wah secara terbuka meminta maaf atas kejadian semalam, termasuk insiden gadis yang didakwa dicabul.

Permohonan maaf itu dibuat selepas 200 mahasiswa berkumpul dan menyatakan bantahan mereka, serta berkali-kali menuntut Thock meminta maaf.

"Semalam saya sudah minta maaf (secara peribadi kepada siswa itu). Hari ini saya minta maaf kepada semua orang. Hari ini saya minta maaf lagi," katanya.

Dakwat tidak kekal: PAS minta penjelasan SPR




IPOH: PAS menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi penjelasan mengenai penyebaran maklumat tentang keraguan penggunaan dakwat kekal oleh para pengundi yang turun membuat undian awal pada hari ini.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Asmuni Awi berkata, PAS mendapat aduan bahawa dakwat yang digunakan pada pengundian awal hari ini tidak kekal dan boleh dibasuh.

Menurutnya, gambar tentang cap jari yang tidak kekal itu telah tersebar luas di laman sosial menyebabkan kegusaran rakyat khususnya yang akan mengundi pada Ahad ini.

“Kami mendapat banyak maklumat tentang dakwat kekal yang digunakan pada hari ini tidak kekal dan boleh dibasuh.

“Adakah benar maklumat yang kami terima ini? Jika benar, PAS meminta penjelasan daripada pihak SPR kerana sebelum ini mereka telah memberi jaminan bahawa dakwat kekal tersebut boleh bertahan sekurang-kurangnya selama tiga hari,” katanya dalam sidang media di Pejabat Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Ipoh, dekat sini hari ini.


Hadir sama ialah Pengerusi Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Setiausahanya, Dr Khairuddin Abdul Malik dan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham.

Pengerusi Lajnah Undang-Undang PAS Pusat itu berkata, penyebaran gambar-gambar jari pengundi yang boleh dipadam itu telah menyebabkan rakyat meragui ketelusan sistem yang diguna pakai pada pilihanraya ini.

“Jika perkara ini benar-benar berlaku, tidak mustahil akan ada pengundian dua kali akan dilakukan. Ini telah bermain dalam fikiran masyarakat ketika ini,” jelas beliau lagi.

http://networkedblogs.com/KMF5l

Monday, April 29, 2013

Pejabat PAS Semporna didakwa diserang



 kekecohan didakwa berlaku di perkarangan pejabat PAS Semporna apabila sekumpulan lelaki dikatakan menyerang dengan membawa objek seperti kayu besbol, topi keledar, gergaji, besi dan tukul.


Yang Dipertua PAS Semporna Hassan Abdullah ketika dihubungi Malaysiakinimengesahkan kejadian serangan itu.

M
NONEenurutnya, serangan itu berlaku tiba-tiba tidak lama selepas Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan pekan Semporna menuju ke Tawau.

Dakwanya, semasa Anwar berucap di Kampung Perigi, Pemuda BN telah pun memulakan gangguan dengan membuat bunyi bising menggunakan motor yang kemudian berlanjutan kepada serangan di perkarangan pejabat parti.

Hassan berkata, akibat daripada serangan tersebut, seorang daripada ahli parti itu mengalami kecederaan ringan serta beberapa kerosakan pada kenderaan.


Beliau turut mendakwa, serangan itu diketuai oleh dua orang adik kepada salah seorang wakil rakyat.
NONE"Cermin kereta dipecahkan dan dua buah kereta dikemekkan. Motorsikal turut dirosakkan," dakwa Hassan.

Laporan polis telah pun dibuat berkenaan serangan itu.

Menurut laporan yang dibuat oleh anggota PAS Abdul Naib Arrolah, serangan kedua berlaku pada 7.20 petang ketika ahli-ahli PAS sedang solat Maghrib dan solat Hajat di pejabat mereka.

Dalam laporan itu, beliau mendakwa kumpulan itu mengancam untuk membakar pejabat PAS Semporna.

Polis: Jangan ambil petugas kaki gaduh
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Semporna Firdaus Abdullah ketika dihubungi mengesahkan laporan telah diterima.

"Ada kekecohan berkenaan penggantungan poster dan bendera. Ekoran pekerja merebut tempat. Itu sahaja. Kita dah panggil semua pihak yang bertanding dan semua bersetuju berkempen secara sihat," katanya.
NONEFirdaus tidak dapat mengesahkan jenis senjata yang digunakan kerana tidak berada di tempat kejadian.

"Kadang-kadang yang muda-muda ni ada gelojoh sikit. Tapi tak ada niat apa-apa, hanya provokasi dan sakitkan hati. Tapi bila pakcik dia datang dari PAS, Bebas atau BN, dia sudah bersalaman kerana semua bersepupu," jelas Firdaus.

Polis menasihatkan parti bertanding tidak mengambil petugas parti daripada kalangan kaki gaduh.

BN Semporna akan dapatkan maklumat dulu
Pegawai kepada wakil rakyat yang dikaitkan dengan kejadian tersebut ketika dihubungi Malaysiakini enggan mengulas dakwaan itu buat masa ini.

Sementara itu, pembantu kepada calon BN di Semporna Datuk Seri Shafie Apdal berkata mereka tidak dapat mengulas perkara itu kerana sedang berada di Sarawak.

"Kami akan pulang ke Kuala Lumpur hari ini. Kami akan dapatkan dahulu maklumat berhubung perkara ini sebelum mengulasnya," katanya.

"Tangkaplah saya, heretlah saya ke mahkamah" - Dr Mahathir

Tarikh: April 29, 2013 KUALA PILAH - "Tangkaplah saya, heretlah saya ke mahkamah. Saya tetap ulang lagi, (Penasihat DAP) Lim Kit Siang sebagai rasis dan dia memang rasis". Demikian respons bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh semalam bahawa pembangkang akan menangkap dan menghadapkannya ke mahkamah kerana mengeluarkan kata-kata hasutan dengan menuduh Lim sebagai perkauman, jika berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 ini. Beliau berkata Karpal Singh membuat kenyataan itu kerana mahu menghalangnya daripada menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai sikap Lim yang didakwanya rasis. "Terkejut saya, pucat muka saya (nada menyindir)...fasal Pengerusi DAP Karpal Singh mahu tangkap saya kerana saya mengeluarkan kata-kata hasutan dengan menuduh Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai perkauman. "DAP hanya mahu bertanding di kawasan majoriti Cina kerana mereka hanya diterima pengundi di kawasan berkenaan dan tindakan DAP ini ternyata menunjukkan sikap rasis mereka," katanya semasa berucap pada satu majlis di Kampung Padang Jual, Johol, di sini hari ini. Dr Mahathir mendakwa sekutu DAP iaitu Pas juga bersikap rasis kerana hanya mahu bertanding di kawasan majoriti kaum Melayu terutamanya di Kelantan dan Terengganu. Katanya ini berbeza dengan Umno dan MCA yang tidak menunjukkan sikap perkauman kerana boleh bertanding di mana-mana kawasan di seluruh negara tanpa mengira majoriti kaum. Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Nik Aziz Nik Mat bersikap hipokrit apabila menunaikan solat Jumaat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya Jumaat lalu kerana mahu meraih undi di sana. "Dulu Pas kata mereka nak lelong pusat pentadbiran persekutuan Putrajaya tapi sekarang tak mahu lelong pula dan mahu menawan Putrajaya dalam PRU ini...buat la pusat pentadbiran seperti Putrajaya di Kelantan," katanya. Turut hadir pada majlis itu isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan calon BN untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Johol Abu Samah Mahat. - Bernama http://www.sinarharian.com.my/mobile/politik/tangkaplah-saya-heretlah-saya-ke-mahkamah-dr-mahathir-1.155342

Hihihi yang Kosong tu ada penghuni cuma kita tak nampak, Mereka nampak!!!


Musa Hitam Tidak Muncul, Calon BN Parlimen Johor Terpaksa Ceramah Dihadapan 'Kerusi Kosong' !

Kelihatan kerusi yang kosong ketika Shahrir memberi ucapan di kawasan ‘sting garden’ di Johor Baru, 28 April 2013.
Calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen Johor Baru Tan Sri Shahrir Abdul Samad berucap dalam satu majlis dengan dewan yang hampir kosong apabila hanya kurang 100 sahaja penduduk Cina dari Taman Century  di sini yang hadir semalam.

Shahrir yang merupakan ahli Parlimen di kawasan yang dikenali sebagai “sting garden” oleh penduduk temapatan sejak enam penggal itu juga dilihat gagal menarik kelompok masyarakat Cina dalam program anjuran parti komponen BN, Gerakan.

Malah, bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam, yang dijadualkan akan berada di sana, juga tidak muncul.

Program yang dijalankan di Dewan Persatuan Wushu Hua Tiong itu turut menyaksikan kerusi kosong gagal dipenuhkan walaupun penganjur turut menyediakan jamuan bagi hadirin.

Shahrir ketika berucap di hadapan majoriti masyarakat cina yang berusia itu turut menjelaskan kemasukan Pakatan Rakyat (PR), terutamanya DAP di Johor akan mengubah budaya masyarakat berbilang kaum di negeri kubu kuat BN itu.

“Orang luar datang kata Umno rasis dan tiada pandangan seimbang ... dan yang cakap ini DAP, mereka bukan mahu undi orang Melayu, tetapi mahu jadi suara orang Cina, itu pandangan yang racial,” kata Shahrir yang pernah memenangi kerusi Parlimen Johor Bahru atas tiket calon bebas selepas meletakkan jawatan sebagai protes kepada perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1988 malam tadi.

“Sebagai orang Johor saya ingin menyatakan kita diajar untuk membuat keputusan.

Sama ada kita Melayu Cina, India ... cara sebagai orang Johor mahu kita teruskan atau orang seperti Kit Siang akan bawa keadaan lain,” katanya, merujuk kepada Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Jelas Shahrir, cara yang dibawa pemimpin veteran DAP itu bukanlah cara masyarakat Johor, kerana rakyat berbilang kaum di negeri itu mengamalkan kaedah komuniti berbincang dengan kerajaan tanpa melibatkan retorik politik.

Shahrir yang memenangi kerusi berkenaan pada 2008 dengan majoriti 43,143 undi kali ini akan menentang pesara tentera, calon PKR daripada PR, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein.

Hashim merupakan anak jati Kempas, Johor dan merupakan bekas tentera yang pernah berkhidmat untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di serata dunia serta berjanji akan meningkatkan mutu dan taraf hidup anggota tentera ekoran kehidupan mereka kini dakwanya tidak dibela kerajaan.

“Ini soal kita harus fikir benar-benar kerana ia tentunya keputusan dan persoalan yang begitu besar.

“Selama ini tiada masalah yang kita tidak boleh selesaikan. Tiada rintangan menyekat kemajuan kita ke depan,” katanya, dan menambah, “kita mahu ubah kepada keadaan yang kita tak tahu untung atau rugi.”

Kerusi Parlimen Johor Bahru mempunyai sejumlah 96,515 pengundi berdaftar dengan masyarakat Melayu membentuk 51 peratus, Cina 43 peratus atau 41,501, dan baki lima peratus adalah India.

Selepas majlis  selesai, Shahrir ketika dalam perjalanan menuju ke kenderaannya turut kedengaran memberi teguran kepada penganjur program itu.

“Lain kali nak organise (anjur), organise betul-betul”.

Seramai 13.3 juta rakyat Malaysia termasuk 5,200 orang diluar negara layak mengundi untuk Pilihan Raya 2013 yang dikatakan paling sengit dalam sejarah ini.

Johor yang merupakan kubu kuat BN juga diancam dengan kehadiran tokoh besar seperti Lim Kit Siang dari DAP dan Salahuddin Ayub dari PAS.

Johor juga merupakan negeri dimana Umno dilahirkan.~ MI
Share

Tiada ulasan:

http://idaman78.blogspot.com/2013/04/musa-hitam-tidak-muncul-calon-bn.html

Sunday, April 28, 2013

TERHOT: Gambar orang kuat Amno ceramah depan bangku [Kesiannya depa...]

TERHOT: Gambar orang kuat Amno ceramah depan bangku [Kesiannya depa...]


PRU13: Program Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama rakyat di Perlis cukup memalukan...

Nampak macam hebat sangat. Tabur duit sana, tabur projek sini.... last-last kena ceramah depan kerusi. Ini mesti kes kantoi, bas mogok tak mau ambik penonton atau pun makcik pakcik kampung yang semakin meloya.
Kahkahkah...
Lagi gambar kat bawah neh... Tengok la...

 
Apa sudah jadi dengan Program TSMY Bersama Rakyat di Kangar Perlis semalam....Pemimpinya ada tapi rakyat yang berikan sambutan cukup dingin dan hambar.

Majlis kelihatan lesu lemah longlai... Apakah tanda rakyat Perlis tolak TSMY atau dah meluat kat UMNO? Atau kedua-duanya sekali.
 
 http://networkedblogs.com/KHO6n

Pelbagai kaum penuhi ceramah Mazlan Aliman di Kulaijaya

 

(Pelbagai kaum, Melayu, Cina dan India, mendengar ceramah PAS di Kulaijaya)

KULAI: Orang ramai pelbagai kaum memenuhi perkarangan Pasti Bandar Putra, Kulaijaya malam tadi bagi menyertai ceramah perdana bersama Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu.

Mereka memenuhi perkarangan tadika PAS itu dan mendengar ucapan para pemimpin Pakatan dengan penuh minat.

Selain Mohamad Sabu, turut berucap adalah Mazlan Aliman calon PAS Bukit Permai serta calon Parlimen DAP Kulai,  Teo Nie Ching.

Turut serta adalah Wan Rohimi Wan Daud, Peguam PAS yang mengendalikan isu Felda.

Mazlan dalam ucapannya mengingatkan rakyat Johor, pilihan raya kali ini adalah peluang terbaik untuk mereka mencuba kerajaan baru yang menawarkan manafaat lebih baik untuk mereka.

Beliau yakin, masyarakat Felda khasnya jenerasi kedua akan bersama Pakatan dalam pilihan raya umum kali ini.

Berikut gambar-gambar menarik sekitar program ini.


(Mohamad Sabu disambut meriah)

(Teo Nie Ching calon Parlimen Kulai)


(Sebahagian lagi orang ramai yang hadir)

Pelbagai kaum penuhi ceramah Mazlan Aliman di Kulaijaya

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak