Nazri Abdullah |
SHAH ALAM, 9 Jan: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa kejadian serangan membakar gereja kelmarin berlaku kerana Umno telah menghilangkan sensitiviti dosa dan pahala dalam masyarakat di negara ini khususnya orang Melayu itu sendiri. Kesan hilangnya sensitiviti itu, katanya telah menyebabkan masyarakat melakukan pelbagai kesalahan termasuk tidak menghormati agama lain sehingga membakar gereja dan mengarak kepala lembu seperti berlaku di Shah Alam baru-baru ini. "Tiap-tiap orang nak bakar gereja kena reti (tahu) gereja ini harta kawan kita orang Kristian, bila kita bakar kita lukakan hati dia, berdosa kita di akhirat kelak. "Sama juga arak kepala lembu, melukakan hati orang India (Hindu), ini berdosa. Tapi perasaan dosa pahala tidak ada dalam orang Melayu sekarang kerana telah dibuang oleh Umno, ini kita dukacita," katanya yang juga Menteri Besar Kelantan(Teruskan Membaca>>>) |
Saturday, January 9, 2010
Bakar Gereja: Masyarakat hilang sentiviti dosa pahala - Datuk Nik Abdul Aziz
Orang Islam Yang Faham Agama Tidak Mungkin Bakar Gereja - Dr Asri
PETALING JAYA: Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin hari ini berpendapat insiden membakar tiga gereja pagi semalam, tidak mungkin dilakukan oleh seorang muslim yang faham agamanya dalam erti kata yang sebenar.
"Tindakan seperti itu hanya dilakukan oleh orang-orang jahil yang tidak faham bagaimana tabiat sebenar agama yang mulia ini," kata Dr Asri ketika menghubungi mStar Online sebentar tadi.
Isteri pengebom CIA dedah sikap suami
ISTANBUL – Isteri pengebom berani mati yang membunuh tujuh kakitangan Agensi Perisikan Pusat (CIA) di Afghanistan baru-baru ini menjelaskan suaminya marah dengan layanan terhadap tahanan Iraq di penjara Abu Ghraib, Bahgdad.(Baca seterusnya)
UMno dan undang-undang ALLAH
(Semangat Besi)
SB : Harap Kak Midah boleh tarik semula gambar dalam blognya.. kerana ia telah mengkafirkan orang yang tidak kafir..
Semangat Besi
Friday, January 8, 2010
Demo Kalimah Allah: Kesian: Buta Jawi rupanya anak bangsa ku ini
Dalam Perhimpunan Raksasa yang kecil yang telah dianjurkan dua pertubuhan Melayu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida).
Mereka menaikkan sepanduk bertulisan, antaranya, 'Jangan cabar toleransi Islam' dan 'Kalimah Allah hanya untuk kami', selain membacakan perisytiharan yang mengandungi tujuh tuntutan.
Dan ada juga yang menaikkan sepanduk dalam tulisan jawi untuk menunjukkan bahawa mereka itu terlalu sayangkan kepada Kalimah Allah.. tetapi disebabkan mereka itu buta tulisan Jawi mereka tak tahu sepanduk atau bendera yang mereka pegang itu tertulis perkataan Melayu sebenarnya.. bukan Kalimah ALLAH!
bukan Kalimah ALLAH!
Lain kali kalau tak tahu apa hal, duduk rumah diam-diam.. nasib baik ditulis Melayu, kalau ditulis kami BODOH, macam mana?
Inilah hasil dari pemerintahan UMNO selama 52 tahun.. Anak Bangsaku kini buta Jawi!!
Bakar gereja, satu perangkap?
SHAH ALAM: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) tidak percaya serangan ke atas gereja di Desa Melawati, dekat Kuala Lumpur dilakukan oleh orang-orang Islam.
Beliau berkata, “Islam menegah perbuatan memusnahkan tempat-tempat ibadat bagi orang Islam dan bukan Islam. Saya tidak yakin serangan-serangan ini dilakukan oleh mereka yang berpegang teguh kepada agama Islam.
“Perbuatan ini merupakan tindakan berbaur politik yang dilakukan oleh golongan-golongan tertentu yang ingin meraih kepentingan dari isu ini,” terang beliau kepada Free Malaysia Today, ketika dihubungi petang tadi.Beliau memberi amaran bahawa kejadian-kejadian seumpama ini merupakan satu perangkap supaya ianya merebak bagi mencetuskan “pergaduhan kaum”.
“Apabila berlaku pertelingkahan kaum maka mudahlah bagi kerajaan melaksanakan undang-undang darurat atau “curfew” sepertimana yang digunakan pada 13 Mei 1969,” jelas beliau.
Mahfuz, yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, meminta orang ramai supaya bertenang dan tidak mudah terjebak dengan sebarang bentuk hasutan dan ugutan.
Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memberi amaran kepada para penunjuk perasaan supaya tidak menganjurkan demonstrasi, dan berkata permit tidak dikeluarkan untuk tujuan tersebut.
Sumber:
UMNO Terdesak
Semakin sukar untuk Malaysia menjadi sabuah Negara aman damai selagi Umno terus memerintah. UMNO bila tersepit mempergunakan isu kaum dan agama di negara ini.
UMNO yang ada hari ini tak sama dengan UMNO zaman Tunku Abdul Rahman dahulu yang lebih terbuka dan dihormati banyak pihak. Hari ini cara politik UMNO telah meluaskan jurang perbezaan kaum dan agama.
Jika UMNO dibiarkan terus memerintah, ia akan menyebabkan negara dan rakyat sentiasa dilagakan kerana kesempatan ini akan diambil oleh pemimpin mereka untuk mempolitikkan perbezaan kaum dan agama
Kita tahu bukan semua ahli UMNO setuju dengan permainan politik seperti ini. Tapi kita juga tahu ada golongan dalam UMNO mahu orang Melayu mengangkat mereka menjadi wira pembela agama. Golongan ini melalui kuasa kerajaan telah melarang akhbar The Herald, yang hanya dijual di gereja-gereja Katolik saja, daripada menggunakan perkataan “Allah”, dan mereka yakin Mahkamah Rayuan akan “memperbetulkan” keputusan yang ada sekarang.
Kita mesti sentiasa waspada bila ada kumpulan menggelarkan diri mereka pembela agama dan Allah. Seperti kata Allahyarham Gus Dur, bekas presiden Indonesia dan pemimpin besar Nahdatul Ulama; Tuhan yang Maha Besar, Maha Agung dan Maha Berkuasa tidak perlu dibela, yang memerlukan pembelaan adalah manusia yang dianiayai dan ditindas.
Jadi bila ada kumpulan NGO yang dibiayai oleh UMNO ini berkumpul dan berteriak “Islam dinodai” atau “Selamatkan agama kita”, rakyat mesti berhati-hati dan perlu waspada tentang apa motif sebenar mereka.
Soal penggunaan perkataan Allah (God) atau Tuhan Allah (the Lord God) oleh orang Kristian Bumiputera di Sabah dan Sarawak mesti difahami dari perspektif sejarah pra-Merdeka dan sebelum mereka menyertai Malaya untuk membentuk Malaysia pada tahun 1963.
Semasa membaca doa di gereja, ramai penganut Kristian di sana tidak tahu berbahasa Inggeris; lagi pula mereka dari berbagai kaum seperti Iban, Kadazandusun, Bidayuh, Murut, Melanau, Kelabit, Kedayan dan sebagainya yang mempunyai bahasa dan dialek yang berbeza.
Jadi mereka memilih satu bahasa yang difahami semua pihak, iaitu Bahasa Melayu. Kitab Bible berbahasa Melayu yang mereka gunakan datangnya dari Indonesia. Bible mereka menggunakan perkataan Allah.
Sejak zaman-berzaman orang Islam di Sabah dan Sarawak tidak menghadapi apa-apa masalah tentang hal ini. Begitu juga orang UMNO di Semenanjung yang tak rasa sensitif. Kalau benar orang UMNO marah, mengapa isu ini tak timbul pada masa dahulu?
Mungkin kerana sebelum ini kuasa UMNO dan Barisan Nasional di Parlimen sangat kuat, maklumlah mereka ada 2/3 kerusi, iaitu boleh buat apa saja yang mereka suka. Sekarang banyak hal dengan tiba-tiba menjadi “sensitif”.
Ini kerana kedudukan politik UMNO sudah goyang. Persoalannya ialah, mengapa UMNO membenarkan nama Allah digunakan sejak sekian lama. Mengapa tidak arahkan semua doa dan percakapan dalam gereja supaya jangan guna nama Allah?
Bila orang bukan Islam diminta menyayi Ya Allah Selamatkan Sultan Kami adakah mereka melakukan kesalahan? Mengapa hanya The Herald diharamkan daripada menggunakan perkataan Allah? Sudah tentu The Herald tidak akan menggunakan perkataan itu kalau penganut dan pembacanya menggunakan perkataan lain dalam ritual sembahyang dan doa mereka.
Jadi Perdana Menteri Najib dan Menteri Dalam Negeri Hishamuddin kena semaklah doa orang Kristian di Sabah dan Sarawak – jika didapati mereka menggunakan perkataan Allah, mungkin tindakan keras harus diambil.
Tapi sebelum mengambil tindakan keras, kena semak juga sejarah. Saya difahamkan bahawa pada abad ke-17 sudah ada perkataan Allah untuk Tuhan dalam kamus Melayu-Latin.
Allah juga disebut dalam kitab doa Katolik yang dibawa ke Tanah Melayu pada abad ke-19. Persoalannya, jika tindakan keras diambil, adakah ia akan membantu usaha dakwah Islamiah atau mencacatkan imej Islam semata-mata kerana ada orang tertentu mahu jadi wira agama tanpa kajian yang mendalam.
Para alim ulamak seluruh dunia Islam sudah lama menerima orang dari agama lain menggunakan nama Allah sebagai nama Tuhan. Antaranya yang diguna pakai oleh umat Kristian Koptik di Mesir dan Kristian di Lubnan, Palestin, Iraq dan beberapa negara umat Islam yang lain.
Sudah tentu ulamak-ulamak UMNO juga sedar perkara ini kerana mereka sudah jauh berjalan dan banyak pengalaman. Tak kan lah ulamak UMNO yang amat tinggi ilmu agama mereka buat-buat tak faham semata-mata nak “bersihkan” Islam dari segala unsur-unsur kaum, budaya dan agama lain.
Tak kan mereka tak sedar Bahasa Melayu kita masih lagi mengekalkan Bahasa Sanskrit dari asal usul Hindu untuk Islam seperti perkataan sembahyang, puasa, syurga, neraka, dosa, pahala dan sebagainya.
Kita telah ada cukop undang undang melarang sesiapa sekali pun yang berusaha untok menarik minat orang Islam kapada agama lain.
Ini larangan yang jelas. Kepercayaan kapada ajaran agama kita yang tulin adalah benteng untok kita memberhentikan mana mana usaha untuk membawa orang Islam keluar
Sumber
Kemalangan Nizar kerana Volvo ini
Inilah volvo yang muncul tiba tiba dari simpang menyebabkan kereta DS Nizar mengalami kemalangan. Walaupun keadaan fizikal kereta DS Nizar agak teruk yang mungkin menyebabkan persepsi, luka parah, tapi Alhamdulillah ! Allah masih memberi peluang beliau untuk terus berkhidmat dan berjuang juga untuk kita terus berjuang bersamanya. Dan takdirnya...kerana Volvo ini..beliau kemalangan hari ini.
Syukran kepada al-banjari online 2009(link)
Thursday, January 7, 2010
Pas Seru Ahli sertai bantah Mesir besok, bukan demo lain
Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberitahu, penganjuran demonstrasi membantah penggunaan kalimah Allah esok, bukan pendirian PAS namun yakin ianya adalah perancangan pihak tertentu khususnya Umno.
"Kita menyeru seluruh ahli PAS agar tidak terheret sama dalam demonstrasi yang didalangi Umno itu," katanya ketika menghubungi Harakahdaily.
PAS, jelasnya telah membuat pendirian jelas berhubung perkara itu melalui kenyataan Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang selepas menyuarat khas lajnah politik parti itu, Isnin lalu.
Selain itu, katanya PAS telah membuat keputusan untuk menyatakan bantahan terhadap tindakan zalim kerajaan Mesir yang telah menghalang kemasukan pasukan konvoi Viva Palestina ke Gaza.
Sehubungan itu, semua ahli PAS diminta turun ke perhimpunan aman tersebut di hadapan bangunan Kedutaan Mesir di Kuala Lumpur, selepas solat Jumaat esok dan bukannya menyertai demonstrasi berhubung penggunaan kalimah Allah.
"PAS telah putuskan untuk membuat bantahan rasmi terhadap kerajaan Mesir esok, jadi kita seru seluruh ahli kita untuk bersama dalam himpunan di Kedutaan Mesir esok, bukan di tempat-tempat lain," katanya.
Dalam perkembangan sama, masyarakat bukan Islam turut diajak menyertai perhimpunan menyerah memorandum bantahan kepada kedutaan Mesir di Kuala Lumpur petang esok.
Program tersebut dianjurkan Dewan Pemuda PAS Pusat bersama beberapa badan bukan kerajaan (NGO).
Ketuanya, Nasaruddin Hassan berkata, tindakan kerajaan Mesir tersebut membuktikan negara berkenaan tidak berperikemanusiaan dan kurang berminat membebaskan rakyat Palestin daripada terus dizalimi Israel.
“Dewan Pemuda akan menubuhkan Jawatankuasa Bertindak Bebaskan Palestin tidak lama lagi bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada mereka,” katanya di sini.
Oleh itu beliau berharap semua anggota masyarakat yang prihatin penderitaan umat Islam di Palestin turut sama membantah tindakan kerajaan Mesir.
Sumber: Harakahdaily
KATA-KATA HIKMAH - ULAMA' BISU
Memandang air zam-zam.
By Saidi
Wednesday, January 6, 2010
Genarasi Terakhir - Sek Rendah Agama Bersepadu Menerima Sumbangan ADUN Sura
Sura, DUNGUN – Kejayaan pelajar generasi terakhir Sekolah Rendah Agama Bersepadu Sultan Ismail (SRABSI) Dungun, disini, telah dikongsi bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli.
Empat dan 21 orang pelajar pelajar SRABSI yang menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini telah berjaya mendapat keputusan cemerlang dengan memperolehi keputusan 5A.
Mereka adalah adik Anis Nazihah Binti Zaki dari Kampung Balai Besar, adik Nurfarzana Huda Binti Mohd Noor dari Kampung Bukit Batu Putih (Gambar atas), Pulau Serai, adik Nur Syafiza Binti Abdullah dari Kampung Rajawali, Pulau Serai dan adik Fatimah Rosalia Binti Elias dari Kampung Bunga Raya.
Ustaz Wan Hassan yang telah berkunjung sendiri kerumah pelajar cemerlang tersebut bagi mengucapkan tahniah secara peribadi dan meninyampaikan sedikit sumbangan
Diketika dihubungi Buletinonline beliau berkata, ia telah menjadi amalan, yang merupakan rutin tahunan baginya sebagai ADUN yang berkhidmat untuk rakyat.
”Pada setiap hujung tahun atau awal Januari, memang rutin saya, menziarahi pelajar-pelajar cemerlang UPSR dari rumah ke rumah,
”saya mahu menyampaikan ucapan tahniah saya secara peribadi kepada mereka, dengan sentuhan itu, InsyaAllah akan memberi motivasi, supaya mereka lebih maju,”ujarnya.
Mengulas tentang penutupan SRAB beliau berkata, pihaknya ADUN yang mewakili PAS dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri telah beberapa kali membawa isu tersebut dan membahaskannnya dalam Dewan.
Katanya, penutupan SRAB adalah satu bukti kerajaan tidak mengtamakan ‘pencapaian’ yang telah diraih oleh SRAB sejak ia mula beroperasi.
”Ternyata kerajaan tidak mengutamakan ‘pencapaian’ sebagaimana yang di gembar-gemburkan, kerana SRAB merupakan sekolah yang mencapai kejayaan dalam UPSR sejak ia ditubuhkan,”jelasnya.
Menurutnya SRAB dibangunkan oleh kerajaan PAS Terengganu pada 2001, telah ditutup ‘secara rasminya’, apabila berakhirnya penggal persekolahan tahun lepas.
Ayid: Bila remaja rosak ibu bapa yang dipersalahkan. Menuding jari memangnya mudah
Sumber Bulitenonline
UMNO Pertahan nama Allah, tapi khianat Islam
Idris Ahmad |
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan sikap Umno yang menangguk di air keruh dan mempolitikan isu nama Allah demi kepentingan mereka yang mahu diiktiraf 'juara rakyat' secara 'fast track'. PAS mempertikaikan sikap pemimpin Umno yang menerajui negara tetapi menutup mata bila Hakim Datuk Lau Bee Lan dibenarkan mengadili kes pertikaian penggunaan nama Allah hingga melahirkan keputusan yang mencetuskan ketegangan agama pada masa ini. PAS berharap agar persidangan Mahkamah Rayuan akan datang mengunakan lebih dari satu Hakim dan memastikan adanya Hakim beragama Islam bagi mengadili kes ini. PAS tidak yakin bahawa kes ini boleh selesai begitu sahaja melalui prosiding mahkamah. Maka PAS mendesak Umno yang bangga dengan status 12 penggal mentadbir Malaysia untuk meminda Perlembagaan dan menjadikan Al-Quran sebagai asas perlembagaan disamping menguatkuasakan undang-undang hudud bagi menghalang pengaruh agama-agama lain terhadap umat Islam. Harus diingat bahawa Umno bertanggungjawab dalam mewujudkan Enakmen Syariah bagi Mahkamah Syariah diseluruh negara yang mana didalamnya terkandung klausa yang membolehkan umat Islam memohon untuk murtad sedangkan amalan perundangan ini tiada dalam hukum Islam. PAS menuntut klausa ini mansuhkan segera. |
sumber
Tuesday, January 5, 2010
Kenyataan rasmi Prisiden PAS mengenai isu Kalimah Allah
PAS sebagai parti Islam, amat menghormati prinsip kebebasan beragama seperti mana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakan pilihan sendiri.
Prinsip kebebasan beragama ini juga telah termaktub di dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutaan.
Walaupun demikian dalam konteks masyarakat di
Setiap warganegara
Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.
PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapatkan sokongan rakyat.
Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Al Imran ayat 64 yang bermaksud.
‘‘Katakanlah: Hai Ahli Kitab,marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya sebagai tuhan selain Allah’’
Pas dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh mengugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.
PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan dijamin oleh Islam.
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Presiden
Parti Islam Semalaysia (PAS)
Ajijoi
Pertahan Kalimah Allah - DATUK HAJI MAHFUZ OMAR
Saya terkejut bila melihat gelagat politik UMNO dalam isu kalimah Allah. Persoalan pertama kenapa Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang diketuai oleh Naib Presiden UMNO lambat mengemukakan rayuan dalam kes ini ke Mahkamah Rayuan.
Pada hal dalam kes politik Perak hari ini setelah Mahkamah Tinggi membuat keputusan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah, UMNO dan BN terus membuat rayuan. Dan Mahkamah Rayuan terus bersidang dan membuat keputusan menggantung keputusan mahkamah tinggi dan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir kembali jadi Menteri Besar Perak. (Berita Penuh di Sini)
Monday, January 4, 2010
Hukuman`Tergantung` Kartika akui tertekan
KUALA KANGSAR – “Saya harap dapat tunai umrah, tetapi sehingga kini saya juga masih terus menanti (kes sebatan).”
Itu ungkapan yang dilontarkan tatkala persoalan mengenai perkembangan terkini wanita tabah ini diajukan.
Kartika Sari Dewi Shukarno, 32, yang menggegarkan negara pada Julai tahun lalu apabila rela untuk meneruskan hukuman enam sebatan terhadapnya di atas ketelanjuran diri meminum arak di sebuah pusat peranginan di Pahang, merasakan dirinya masih terumbang-ambing.
Beliau yang berhasrat untuk mengerjakan umrah Mac ini khuatir kerana status kesnya yang masih belum selesai mungkin akan menimbulkan masalah untuk mendapatkan Visa.
“Pelbagai perkara tidak dapat saya teruskan terutamanya perancangan masa depan, selagi hukuman belum terlaksana,” katanya kepada Sinar Harian di kediaman keluarganya di Kampung Jawang di sini, semalam.
Meskipun boleh merayu atas hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah Kuantan enam bulan lalu, namun keinsafan mengatasi segalanya sehingga beliau mahu hukuman
itu dilaksanakan segera.
Ayid: Kita perlu bangga kepada Kartika masih sanggup menanti kes sebatan bila akan dikenakan kepada beliau. Keingsafan tiba bagi beliau, untuk menerima sebatan walaupun diberi peluang untuk merayu. Demi hukum Allah atas kesilapan nya beliau enggan merayu sebaliknya beliau ingin mempercepatkan perlaksanaan hukuman tersebut.
Hidup saya dalam keadaan yang ‘tergantung’ selagi hukuman belum dijalankan,” katanya yang ditemani bapa, Shukarno Abdul Mutalib, 60.
Kartika yang merasa tertekan dengan keadaan itu mengambil keputusan untuk memohon perkenan mengadap Ke Bawah Duli Tuanku Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dengan harapan dapat meluahkan segala kepayahan yang ditanggung ekoran hukuman yang masih tertangguh.
“Surat memohon mengadap Tuanku sudah lima kali dihantar ke pihak istana oleh peguam yang kami lantik,” katanya yang kini melakukan kerja-kerja amal di Pusat Pendidikan Al-Barakah.
“Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang jawapan diterima malahan sebab-sebab hukuman ditangguhkan juga terus menjadi tanda tanya.
Kartika menjawab tenang ketika ditanya mengenai perkembangan rumah tangganya yang dikatakan sedang dalam proses penceraian.
“Sebenarnya pergolakan rumah tangga kami sudah pun berlaku ketika kes berkenaan sedang dibicarakan.
“Kini saya dalam proses untuk memfailkan pengesahan lafaz talak satu di Mahkamah Syariah Kuala Kangsar kerana urusan itu lebih mudah dilakukan di negara ini,” katanya.
Kartika berkata, biarpun pengesahan itu dibuat ia tidak bermakna hubungan dia dan bekas suami, Mohamad Afandi Amir, tidak baik.
“Demi anak-anak, kami tidak bermusuhan dan saya faham, dia juga tertekan dengan kes saya pada ketika itu.
“Ketika saya dihimpit kegelisahan sewaktu hukuman dijatuhkan, dia juga berada di samping kami sekeluarga,” katanya.
Kartika turut berharap kembali kepada Mohamad Afandi jika ada jodoh demi anak-anak yang kini di bawah jagaannya.
Bagaimanapun, anak-anaknya diberi hak berhubung dengan bapa mereka, tambahan pula anak keduanya, Kaithlynn Saridewi, 6, akan memasuki pra sekolah di Ipoh, tidak lama lagi.
Menurutnya, Mohamad Afandi adalah seorang yang bertanggungjawab dan masih tidak putus memberikan nafkah untuk sara diri dan persekolahan anak-anak biarpun mereka sudah tinggal berasingan.
Walaupun berdepan pelbagai cabaran hidup, Kartika harapkan sinar pada masa hadapan agar dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada anak-anak dan menganggap apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.
Sumber:
Sunday, January 3, 2010
Tiada Ustaz UMNO layak dilantik Jadi Ketua Ulama
Sedangkan jawatan seumpama itu tidak pernah wujud dalam sejarah perjuangan Umno sejak 1946.
Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman berkata, hari ini Umno baru mengakui tiada tokoh dalam parti itu yang boleh dilantik sebagai mengetuai kumpulan ulama dalam Umno.
“Ini kerana ulama yang makan gaji dengan kerajaan yang ada sekarang hanya sebagai alat untuk menggambarkan Umno juga mendaulat Islam.(Klik tajuk jika read more tak berfungsi)
“Namun sebaliknya ulama seperti itu tidak mampu dilantik sebagai ketua di kalangan mereka. Lagi pun saya cukup hairan sejak bila pula tiba-tiba Umno mengiktiraf peranan ulama,” katanya di sini.Akhbar sebelum ini melaporkan Setiausaha Pergerakan Pemuda Umno Kelantan, Bazlan Baharuddin mempelawa Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyertai Umno bagi membolehkan dilantik sebagai ketua ulama Umno.
Abdul Latif yang juga Adun Mengkebang berkata, lebih baik Bazlan dan pengikutnya menyertai PAS kerana baru menyedari kepentingan peranan ulama dalam kehidupan umat Islam.
“Tinggallah parti assobiah yang sempit itu kerana perjuangan mendaulatkan bangsa dan meninggalkan ketaatan kepada Allah akan menemui kehancuran,” ujarnya.
Beliau juga melahirkan rasa hairan tiba-tiba pemuda Umno melahirkan idea seperti itu sehingga memperlihatkan bertentangan sama sekali dengan tindak tanduk mereka sebelum ini.
Menurutnya juga pelawaan seperti itu biar pun tujuan mempersendakan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, namun ia memperlihatkan tahap pemikiran sebenar pemimpin Umno.
“Orang ramai yang membaca kenyataan itu tentunya ketawa seorang diri. Ia seumpama meludah ke langit yang terkena kepada dirinya sendiri,” tambahnya.
Sumber:
Pakej maksiat - Urut badan dengan badan
بسم الله الرحمن الرحيم
Dulu urut batin, tetapi kini ‘urut badan dengan badan’ dijadikan sebagai umpan berahi untuk menarik perhatian lelaki hidung belang berkunjung ke rumah urut.
Dengan bayaran antara RM130 hingga RM150, khidmat ekstra itu hangat diperkatakan sekarang sehingga tauke rumah urut berlumba-lumba menawarkannya.Kewujudan ‘pakej maksiat’ terbabit selepas diberitahu oleh seorang pelanggan tetap beberapa rumah urut yang menyediakan khidmat itu.
Dikenali sebagai Faizal, 32, dia mendakwa khidmat ekstra itu ditawarkan secara terbuka kepada pelanggan.
Menurutnya, ia dengan panggilan ‘B2B’ (body to body) di kalangan pelanggan yang mengetahuinya, terutama golongan muda.
“Dulu kalau ke rumah urut, tawaran yang selalu diberi adalah urut batin, tetapi sekarang ada urut badan dengan badan. Sebut saja B2B, ia popular di kalangan mereka yang selalu berkunjung ke rumah urut,’ katanya.
Faizal berkata, sama seperti khidmat urut batin yang pada mulanya ditawarkan secara rahsia, kini kebanyakan rumah urut menawarkan khidmat B2B secara terbuka.
“Pada mulanya saya tidak tahu ada khidmat seperti itu di rumah urut kerana sebelum ini yang sering diuar-uarkan adalah urut batin dan seks.
“Ketika berkunjung ke sebuah rumah urut di bandar raya ini, penjaga kaunternya dengan selamba menawarkan saya khidmat B2B yang asyik dikatakan sebagai lain daripada yang lain.
“Penjaga kaunter itu beritahu ia tidak membabitkan seks, sebaliknya hanya gesel menggesel menggunakan tubuh si tukang urut wanita tanpa seurat benang,” katanya.
Menurut Faizal, rumah urut dikunjunginya menetapkan harga antara RM130 hingga RM150 untuk pakej itu.
“Pertama kali mencuba, saya berasa ketagih untuk mengulanginya semula. Kesudahannya pada awalnya seminggu sekali saja, tetapi lama kelamaan dua tiga kali sebulan kerana belanjanya besar.
“Sepanjang berkunjung ke beberapa rumah urut yang menawarkan khidmat itu, saya akui kebanyakan pelanggan ‘kemaruk’ memilih pakej berkenaan,” katanya.
Faizal berkata, tidak kurang daripada 10 rumah urut di Kuala Lumpur dan Selangor menawarkan khidmat itu.
“Ada rumah urut yang dulu hanya menawarkan urut batin kini menyediakan B2B apabila menyedari pakej itu menjadi buruan dan lebih menguntungkan.
“Berdasarkan pengalaman saya, tukang urut yang melakukan ‘tugas’ itu adalah warga asing, terutama dari China dan Thailand. Ada yang langsung tak tahu mengurut, sebaliknya hanya melakukan B2B,” katanya.
Berdasarkan maklumat diberi Faizal, wartawan Metro Ahad berkunjung ke sebuah rumah urut yang menyediakan khidmat itu.
Terbukti dakwaan Faizal benar kerana penjaga kaunter memberitahu ada ‘servis’ B2B sebaik ditanya mengenai pakej ditawarkan.
“Apa ‘servis’ awak mahu? Sini ada B2B, urut badan dengan badan. Tak mahal, RM150 saja untuk satu jam,” kata penjaga rumah urut berkenaan.
Kunjungan sekitar jam 8 malam itu turut membuktikan kegilaan lelaki hidung belang terhadap pakej B2B terserlah apabila penjaga kaunter memberitahu semua tukang urut sibuk melayan pelanggan.
“Awak kena tunggu lagi satu jam sebab tukang urut tiada. Semua layan pelanggan yang kebanyakannya ambil pakej B2B.
“Awak mesti cuba. Tengok... ramai ambil pakej itu,” katanya.
Bagi membuktikan dakwaan itu, wartawan Metro Ahad berpura-pura mendekati seorang pelanggan yang menunggu giliran.
Ketika ditanya tujuannya ke rumah urut itu, tanpa berselindung lelaki terbabit memberitahu mahu mengambil pakej B2B.
“Sudah tiga kali saya ke sini dan ramai juga kawan datang sebab ada pakej B2B. Bukan di sini saja, ada rumah urut lain buat B2B. Saya ada juga pergi ke tempat lain. Banyaklah sekarang (tawarkan B2B),” katanya.
Dalam pada itu, pemantauan di sebuah rumah urut lain mendapati perkhidmatan berkenaan turut disediakan. Penjaga kaunter memaklumkan, selain urut batin, urut badan dengan badan adalah ‘menu istimewa’ mereka.
Bayaran dikenakan adalah RM150 dan khidmat itu dilakukan tukang urut warga Thailand.
Sumber http://pakaiakai.blogspot.com
Asri: Manusia memang Patut Panggil Tuhan dengan Panggillan Allah
Dalam kenyataan pertamanya sejak Khamis lalu, Asri juga berhujah bahawa manusia memang patut memanggil Tuhan dengan panggilan Allah.
“Ya, manusia memang patut memanggil Tuhan dengan panggilan Allah. Itulah Tuhan yang sebenar.(Klik kat tajuk di atas jika readmore tak berfunsi)
“Sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW pun, nama Allah telah digunakan untuk memanggil Tuhan,”Bagaimanapun jelas beliau penggunaan kalimah “Allah” untuk tujuan menghina tidak wajar dibenarkan.
“Namun meletakkan nama tersebut dengan tujuan menghina adalah patut ditentang. Ini seperti jika menulis nama Allah pada berhala,” kata beliau dalam tulisan blognya di bawah tajuk “Isu Nama Allah: Kenyataan Pertama Dr. Mohd Asri”.
Beliau menjelaskan, “jika mereka berkata Allah Tuhan semesta alam, itu tidak menjadi masalah kerana itu kenyataan yang benar.
“Kuffar Quraish pun memanggil Tuhan Allah, tetapi tidak menamakan berhala mereka Allah,” ujar beliau.
Oleh itu kata beliau, jika keputusan mahkamah mengenai penggunaan nama Allah itu hendak dipakai, garis panduan dan peraturan hendaklah dibuat.
“Maka peraturan mesti dibuat. Elakkan perbalahan kaum tanpa melihat kepada penyelesaian terlebih dahulu. Saya akan mencadangkan beberapa garis panduan selepas ini,” jelas Asri.
Dalam artikel disiarkan sebelum ini, Asri pernah berkata bukan soal nama “Allah” itu yang terlalu perlu untuk direbut atau dijadikan agenda besar.
“Tetapi, gerakan membina semula akidah yang sejahtera dan memahamkan generasi kita wajah Islam yang sebenar agar mampu bersaing dan menghadapi cabaran zaman,” katanya.
Khamis lalu Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Herald boleh menggunakan perkataan “Allah” dalam penerbitannya.
Hakim Datuk Lau Bee Lan, dalam keputusan lisannya menegaskan bahawa Herald mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataan itu dalam majalah berkenaan untuk menyebarluaskan agama Kristian dan bukannya agama Islam.
Beliau berkata lanjutan kepada Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan, adalah menjadi kesalahan bagi bukan Islam untuk menggunakan perkataan “Allah” kepada umat Islam untuk menyebarluaskan agama itu.
Bagaimanapun, ia bukanlah satu kesalahan untuk bukan Islam menggunakan perkataan itu kepada bukan Islam bagi tujuan agama, kata Lau
Sumber:
follow on fb
share
Blog Pemimpin PS/PR
-
-
Catatan Dhuha april 20195 years ago
-
BLOGGER PERAK
-
Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi - * KUALA LUMPUR* : “Kezaliman rejim Zionis sebenarnya hanya akan menggali kubur diri mereka sendiri.” Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ber...
-
Salam Pertemuan : Yang Tersurat Dan Yang Tersirat - Heboh di media sosial tentang posting yang dimuat naik oleh Ketua Pemuda Umno pertemuan Presiden PAS dengan Presiden Umno. Pertemuan tersebut yang di ada...
-
-
Cerita di sebalik penjualan Pusat Pendidikan Al-Barakah - KERAJAAN negeri bersikap terbuka untuk mengadakan perbincangan pada bila-bila masa dengan pengurusan Pusat Pendidikan Al-Barakah jika mereka memerlukan ban...
-
MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN - MAKA dengan ini kami bersepakat dan bersetuju dengan muafakat bersama ini sebagai perjanjian yang mengikat parti-parti kami. Rakyat Malaysia berhasrat men...
-
Rumah untuk dijual di Rapat Setia Baru - Rumah banglo semi-d yang terletak di Rapat Setia Baru ini ingin dijual dengan harga RM580,000.00. Harga boleh dirunding mengikut budi bicara. Lokasi yang m...
-
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar - Bersempena dengan pilihanraya kecil P067 Parlimen Kuala Kangsar yang akan berlangsung pada 5 Jun akan datang, sudilah kiranya tuan-puan dan puan-puan sek...
-
Dewan Ulama Pas - Tolong-tolong perati gambar ni... - Dah agak lama aku tak merapu merepek hal ehwal Pas, bukan tak ada isu, banyak,, tetapi rasa dan meluat dah dengan gelagat segelintir pimpinan Pas... entahl...
-
'UMNO' minta $650 Dari Najib? - EKSKLUSIF Keadaan menjadi semakin panas dalam Umno, apabila seorang anggota yang mendakwa mewakili parti, memfailkan saman terhadap Presidennya, Datuk Ser...
-
ISLAM BUKAN BONEKA - (إِنْ أَحْسَنْتُمْ أَحْسَنْتُمْ لِأَنْفُسِكُمْ ۖ وَإِنْ أَسَأْتُمْ فَلَهَا ۚ فَإِذَا جَاءَ وَعْدُ الْآخِرَةِ لِيَسُوءُوا وُجُوهَكُمْ وَلِيَدْخُلُوا الْمَ...
-
TUDUHAN TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS PAHANG… JANGAN DI DIAMKAN… - Lama jugak aku tak menulis. Seronok membaca dan melihat telatah dan gelagat sang pengila kuasa. Seluruh hidup di tumpukan memburunya seakan tiada mati d...
-
Zambry Kadir mungkir janji dihadapan Al-Marhum Sultan Perak kata Rahamat anak Yok Bek [ Video ] - Janji MB Perak di hadapan Al-Marhum Sultan Perak Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0309&pu...
-
POLIS - Ini tragedi luar biasa... - *Takziah, moga pasangan bahagia ini bersabar dengan ujian Allah...Subhanallah* *kisah di sini dan sini....*
-
TGHA :SYRIA , RAKYAT MANGSA , PEMIMPIN BERLAGA DAN MUSUH UNTUNG - Republik Arab Syria (selepas ini ditulis Syria) adalah termasuk dari kalangan negara...
-
Kisah orang sombong sembelih diri sendiri!!! - Assalamualaikum...Hahahahaha..Lama dah tak gelak dalam blog ni..Kehkehkeh..Maap ramai yang menunggu nak sokong dan tak lupa jugak yang nak hentam aku......
-
42 peratus Cina yakin hudud adil untuk semua - Ketika masyarakat Cina dikatakan fobia dengan cadangan pelaksanaan hudud oleh PAS, tinjauan Universiti Malaya (UM) mendapati sebanyak 42 peratus responden ...
-
Derita Budya Darat - [image: MANGSA... mendakwa mengenali suspek menerusi laman sosial Facebook.] MANGSA... mendakwa mengenali suspek menerusi laman sosial Facebook. [image: BU...
BLOG BLOG PANAS
BLOG PIMPINAN PAS/PR
BLOG PAS/KWSN/CWG
BLOG MUSLIMAT
-
Mengenal Perbedaan Kopi Robusta dan Kopi Arabika - Salam Ngopi!!! bagi penggemar kopi mungkin sudah tidak asing lagi apa itu Kopi Robusta dan Kopi Arabika, Kopi Robusta dan Arabika dalam klasifikasi ilmiah...
-
-
-
Ai Chan Famili - Jeng jeng jeng... Nantikan kisah Ai Chan ye.
-
MESYUARAT AGUNG DEWAN MUSLIMAT PAS TAPAH KALI YANG KE 21 - Saf kepimpinan muslimat kawasan bersama perasmi mesyuarat agung pada tahun ini. Doa dan alunan wahyu disampaikan oleh Ustazah Haslinda bt Ismail. Para pe...
-
-
MH370 : AKU TAK SURUH HANGPA PERCAYA TAPI BERFIKIRLAH DENGAN AKAL YANG WARAS - (gambar hiasan) Allah SWT Berfirman: وَقُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا (٨١) Dan katakanlah: "Yang benar telah datan...
-
Polemik Kalimah ALLAH - *Bermula apabila Kementerian Dalam Negeri di bawah Syed Hamid Albar melarang majalah The Herald menggunakan kalimah Allah dlm penerbitan mereka.....
-
Peribadi Pejuang. Coret coret ijtimak tarbawi 2013 - Peribadi Pejuang Pejuang senantiasa akan diuji Allah swt justeru itu adalah sunnah orang berjuang. Saya kongsikan 5 Tips untuk memastikan kita mampu berd...
-
MUKTAMAR DEWAN MUSLIMAT PAS - *Muktamar tahunan Muslimat Pas bermula pada 14-15 november.muslimat yang dikasihi sekelian ayuhlah bersama-sama kita menghadiri muktamar kita semoga mendap...
-
Blog Masjid
Blogroll
Archives
-
►
2014
(27)
- ► 08/24 - 08/31 (3)
- ► 06/08 - 06/15 (5)
- ► 04/06 - 04/13 (2)
- ► 01/19 - 01/26 (1)
- ► 01/12 - 01/19 (7)
- ► 01/05 - 01/12 (9)
-
►
2013
(237)
- ► 12/29 - 01/05 (22)
- ► 12/22 - 12/29 (6)
- ► 12/15 - 12/22 (2)
- ► 12/08 - 12/15 (5)
- ► 12/01 - 12/08 (3)
- ► 11/24 - 12/01 (1)
- ► 11/10 - 11/17 (1)
- ► 11/03 - 11/10 (1)
- ► 10/20 - 10/27 (3)
- ► 10/13 - 10/20 (2)
- ► 10/06 - 10/13 (1)
- ► 09/29 - 10/06 (2)
- ► 09/22 - 09/29 (4)
- ► 09/08 - 09/15 (1)
- ► 09/01 - 09/08 (1)
- ► 08/25 - 09/01 (1)
- ► 08/18 - 08/25 (1)
- ► 08/11 - 08/18 (4)
- ► 08/04 - 08/11 (3)
- ► 07/28 - 08/04 (3)
- ► 07/21 - 07/28 (2)
- ► 07/14 - 07/21 (3)
- ► 07/07 - 07/14 (1)
- ► 06/30 - 07/07 (7)
- ► 06/23 - 06/30 (2)
- ► 06/16 - 06/23 (1)
- ► 06/09 - 06/16 (2)
- ► 06/02 - 06/09 (5)
- ► 05/26 - 06/02 (5)
- ► 05/19 - 05/26 (2)
- ► 05/12 - 05/19 (4)
- ► 05/05 - 05/12 (3)
- ► 04/28 - 05/05 (13)
- ► 04/21 - 04/28 (4)
- ► 04/14 - 04/21 (10)
- ► 04/07 - 04/14 (10)
- ► 03/31 - 04/07 (9)
- ► 03/24 - 03/31 (11)
- ► 03/17 - 03/24 (5)
- ► 03/10 - 03/17 (9)
- ► 03/03 - 03/10 (4)
- ► 02/24 - 03/03 (5)
- ► 02/17 - 02/24 (6)
- ► 02/10 - 02/17 (12)
- ► 02/03 - 02/10 (4)
- ► 01/27 - 02/03 (8)
- ► 01/20 - 01/27 (9)
- ► 01/13 - 01/20 (7)
- ► 01/06 - 01/13 (7)
-
►
2012
(609)
- ► 12/30 - 01/06 (6)
- ► 12/23 - 12/30 (3)
- ► 12/16 - 12/23 (6)
- ► 12/09 - 12/16 (5)
- ► 12/02 - 12/09 (4)
- ► 11/25 - 12/02 (17)
- ► 11/18 - 11/25 (14)
- ► 11/11 - 11/18 (9)
- ► 11/04 - 11/11 (9)
- ► 10/28 - 11/04 (5)
- ► 10/21 - 10/28 (26)
- ► 10/14 - 10/21 (15)
- ► 10/07 - 10/14 (31)
- ► 09/30 - 10/07 (19)
- ► 09/23 - 09/30 (6)
- ► 09/16 - 09/23 (9)
- ► 09/09 - 09/16 (13)
- ► 09/02 - 09/09 (5)
- ► 08/26 - 09/02 (8)
- ► 08/19 - 08/26 (10)
- ► 08/12 - 08/19 (9)
- ► 08/05 - 08/12 (11)
- ► 07/29 - 08/05 (8)
- ► 07/22 - 07/29 (8)
- ► 07/15 - 07/22 (6)
- ► 07/08 - 07/15 (14)
- ► 07/01 - 07/08 (25)
- ► 06/24 - 07/01 (10)
- ► 06/17 - 06/24 (9)
- ► 06/10 - 06/17 (4)
- ► 06/03 - 06/10 (13)
- ► 05/27 - 06/03 (15)
- ► 05/20 - 05/27 (13)
- ► 05/13 - 05/20 (15)
- ► 05/06 - 05/13 (10)
- ► 04/29 - 05/06 (10)
- ► 04/22 - 04/29 (14)
- ► 04/15 - 04/22 (11)
- ► 04/08 - 04/15 (6)
- ► 04/01 - 04/08 (10)
- ► 03/25 - 04/01 (12)
- ► 03/18 - 03/25 (4)
- ► 03/11 - 03/18 (15)
- ► 03/04 - 03/11 (23)
- ► 02/26 - 03/04 (12)
- ► 02/19 - 02/26 (7)
- ► 02/12 - 02/19 (12)
- ► 02/05 - 02/12 (14)
- ► 01/29 - 02/05 (11)
- ► 01/22 - 01/29 (10)
- ► 01/15 - 01/22 (14)
- ► 01/08 - 01/15 (18)
- ► 01/01 - 01/08 (16)
-
►
2011
(883)
- ► 12/25 - 01/01 (10)
- ► 12/18 - 12/25 (20)
- ► 12/11 - 12/18 (16)
- ► 12/04 - 12/11 (12)
- ► 11/27 - 12/04 (23)
- ► 11/20 - 11/27 (25)
- ► 11/13 - 11/20 (18)
- ► 11/06 - 11/13 (21)
- ► 10/30 - 11/06 (22)
- ► 10/23 - 10/30 (17)
- ► 10/16 - 10/23 (15)
- ► 10/09 - 10/16 (22)
- ► 10/02 - 10/09 (12)
- ► 09/25 - 10/02 (15)
- ► 09/18 - 09/25 (13)
- ► 09/11 - 09/18 (13)
- ► 09/04 - 09/11 (25)
- ► 08/28 - 09/04 (20)
- ► 08/21 - 08/28 (18)
- ► 08/14 - 08/21 (37)
- ► 08/07 - 08/14 (27)
- ► 07/31 - 08/07 (23)
- ► 07/24 - 07/31 (27)
- ► 07/17 - 07/24 (48)
- ► 07/10 - 07/17 (36)
- ► 07/03 - 07/10 (25)
- ► 06/26 - 07/03 (20)
- ► 06/19 - 06/26 (17)
- ► 06/12 - 06/19 (9)
- ► 06/05 - 06/12 (11)
- ► 05/29 - 06/05 (4)
- ► 05/22 - 05/29 (4)
- ► 05/15 - 05/22 (8)
- ► 05/08 - 05/15 (10)
- ► 05/01 - 05/08 (4)
- ► 04/24 - 05/01 (6)
- ► 04/17 - 04/24 (8)
- ► 04/10 - 04/17 (5)
- ► 04/03 - 04/10 (12)
- ► 03/27 - 04/03 (16)
- ► 03/20 - 03/27 (16)
- ► 03/13 - 03/20 (31)
- ► 03/06 - 03/13 (12)
- ► 02/27 - 03/06 (9)
- ► 02/20 - 02/27 (12)
- ► 02/13 - 02/20 (15)
- ► 02/06 - 02/13 (13)
- ► 01/30 - 02/06 (23)
- ► 01/23 - 01/30 (16)
- ► 01/16 - 01/23 (15)
- ► 01/09 - 01/16 (15)
- ► 01/02 - 01/09 (12)
-
▼
2010
(1113)
- ► 12/26 - 01/02 (20)
- ► 12/19 - 12/26 (18)
- ► 12/12 - 12/19 (14)
- ► 12/05 - 12/12 (11)
- ► 11/28 - 12/05 (10)
- ► 11/21 - 11/28 (8)
- ► 11/14 - 11/21 (10)
- ► 11/07 - 11/14 (6)
- ► 10/31 - 11/07 (16)
- ► 10/24 - 10/31 (12)
- ► 10/17 - 10/24 (19)
- ► 10/10 - 10/17 (16)
- ► 10/03 - 10/10 (19)
- ► 09/26 - 10/03 (20)
- ► 09/19 - 09/26 (10)
- ► 09/12 - 09/19 (26)
- ► 09/05 - 09/12 (23)
- ► 08/29 - 09/05 (22)
- ► 08/22 - 08/29 (38)
- ► 08/15 - 08/22 (12)
- ► 08/08 - 08/15 (5)
- ► 08/01 - 08/08 (18)
- ► 07/25 - 08/01 (15)
- ► 07/18 - 07/25 (18)
- ► 07/11 - 07/18 (18)
- ► 07/04 - 07/11 (16)
- ► 06/27 - 07/04 (18)
- ► 06/20 - 06/27 (17)
- ► 06/13 - 06/20 (22)
- ► 06/06 - 06/13 (43)
- ► 05/30 - 06/06 (53)
- ► 05/23 - 05/30 (29)
- ► 05/16 - 05/23 (28)
- ► 05/09 - 05/16 (63)
- ► 05/02 - 05/09 (41)
- ► 04/25 - 05/02 (48)
- ► 04/18 - 04/25 (39)
- ► 04/11 - 04/18 (28)
- ► 04/04 - 04/11 (27)
- ► 03/28 - 04/04 (19)
- ► 03/21 - 03/28 (10)
- ► 03/14 - 03/21 (18)
- ► 03/07 - 03/14 (23)
- ► 02/28 - 03/07 (23)
- ► 02/21 - 02/28 (20)
- ► 02/14 - 02/21 (29)
- ► 02/07 - 02/14 (19)
- ► 01/31 - 02/07 (21)
- ► 01/24 - 01/31 (14)
- ► 01/17 - 01/24 (11)
- ► 01/10 - 01/17 (12)
-
▼
01/03 - 01/10
(18)
- Bakar Gereja: Masyarakat hilang sentiviti dosa pah...
- Orang Islam Yang Faham Agama Tidak Mungkin Bakar G...
- Isteri pengebom CIA dedah sikap suami
- UMno dan undang-undang ALLAH
- Demo Kalimah Allah: Kesian: Buta Jawi rupanya anak...
- Bakar gereja, satu perangkap?
- UMNO Terdesak
- Kemalangan Nizar kerana Volvo ini
- Pas Seru Ahli sertai bantah Mesir besok, bukan dem...
- KATA-KATA HIKMAH - ULAMA' BISU
- Genarasi Terakhir - Sek Rendah Agama Bersepadu Men...
- UMNO Pertahan nama Allah, tapi khianat Islam
- Kenyataan rasmi Prisiden PAS mengenai isu Kalimah ...
- Pertahan Kalimah Allah - DATUK HAJI MAHFUZ OMAR
- Hukuman`Tergantung` Kartika akui tertekan
- Tiada Ustaz UMNO layak dilantik Jadi Ketua Ulama
- Pakej maksiat - Urut badan dengan badan
- Asri: Manusia memang Patut Panggil Tuhan dengan Pa...
-
►
2009
(451)
- ► 12/27 - 01/03 (14)
- ► 12/20 - 12/27 (14)
- ► 12/13 - 12/20 (14)
- ► 12/06 - 12/13 (11)
- ► 11/29 - 12/06 (20)
- ► 11/22 - 11/29 (18)
- ► 11/15 - 11/22 (17)
- ► 11/08 - 11/15 (11)
- ► 11/01 - 11/08 (13)
- ► 10/25 - 11/01 (18)
- ► 10/18 - 10/25 (17)
- ► 10/11 - 10/18 (12)
- ► 10/04 - 10/11 (16)
- ► 09/27 - 10/04 (22)
- ► 09/20 - 09/27 (9)
- ► 09/13 - 09/20 (16)
- ► 09/06 - 09/13 (14)
- ► 08/30 - 09/06 (12)
- ► 08/23 - 08/30 (19)
- ► 08/16 - 08/23 (27)
- ► 08/09 - 08/16 (21)
- ► 08/02 - 08/09 (22)
- ► 07/26 - 08/02 (23)
- ► 07/19 - 07/26 (16)
- ► 07/12 - 07/19 (15)
- ► 07/05 - 07/12 (17)
- ► 06/28 - 07/05 (9)
- ► 06/21 - 06/28 (11)
- ► 06/14 - 06/21 (3)