Saturday, August 21, 2010

.: Suara-Keadilan.com :. | Suara Rasmi Parti Keadilan Rakyat


Akibat Umno-BN Seleweng DEB 82 Peratus Melayu Luar Bandar Masih Miskin

SHAH ALAM 21 Ogos - Penyelewengan Dasar Ekonomi Baru oleh Umno-Barisan Nasional selama 40 tahun yang melibatkan ratusan bilion ringgit telah gagal meningkatkan taraf sosio ekonomi masyarakat Melayu sehingga 82 peratus rakyat di luar bandar dan 62 peratus di bandar yang miskin masih terdiri daripada kaum Melayu.

Sehubungan itu Ahli Parlimen Selayang, William Leong berkata kenyataan Pengerusi SP Setia Berhad, Tan Sri Liew Kee Sin berhubung DEB tidak memberi gambaran realiti yang sebenar kerana dasar itu hanya dibolot segelintir golongan kaya yang tamak.

Sebelum ini Kee Sin menyediakan statistik bagi menunjukkan ahli perniagaan Cina maju dan berkembang di bawah DEB dengan menguasai 73 peratus kekayaan.

Beliau sendiri tersenarai antara 40 rakyat Malaysia yang terkaya dan menduduki tangga ke lapan daripada sepuluh orang terkaya di Malaysia.

"Semua orang tahu siapa mereka. Mereka bukan sahaja antara yang terkaya di Malaysia, tetapi juga di dunia. Semua orang tahu bagaimana mereka mencipta kekayaan sepanjang tempoh 40 tahun yang lalu.

"Keluhan selama ini bukan berkisar sekitar soal bahawa Cina, India, Sikh, Kadazan, Dusun, Iban dan bukan Bumiputera lain turut bersama mencipta peluang kekayaan di bawah Dasar Ekonomi Baru. Biarpun di negara yang diperintah oleh rejim yang paling menekan rakyat, memang akan wujud golongan yang berjaya," jelas beliau.

Menurut Willaim, penyalahgunaan DEB telah mengakibatkan rakyat dinafikan hak sebagai warga yang bermaruah sedangkan semua rakyat tanpa mengira kaum, agama berhak sebagai warganegara dan mempunyai kesaksamaan dalam meningkatkan taraf hidup untuk diri dan keluarga.

"Rakyat Malaysia tertakluk untuk menikmati kehidupan dengan penuh bermaruah. Tidak perlu untuk bergelut seperti Raja Tikus dalam novel John Clavell yang memaksa kita untuk melakukan rasuah dan terlibat dalam pasaran gelap semata-mata untuk hidup dalam kem tahanan perang Jepun," ujar William.

Menurutnya, watak Raja Tikus dalam novel itu telah menjadi satu kuasa kuat di dalam penjara dengan menjadi orang yang paling berjaya menerusi amalan rasuah dan pasaran gelap.

"Tentera Jepun hanya memberi tahanan sebuah tempat tinggal yang kecil dan makanan yang terhad. Semua pegawai hanya memakai cebisan pakaian buruk dan diberi layanan yang tidak berperikemanusiaaan. Bahkan pegawai kanan terpaksa mendekati Raja Tikus untuk menjualbarang-barang bernilai demi mendapatkan makanan.

"Raja Tikus bergelut dengan keadaan penjara yang cukup zalim. Penyalahgunaan dan kegagalan DEB sepertimana yang didakwa oleh Datuk Seri Nazir Razak telah mencipta satu keadaan yang serupa dalam kisah Raja Tikus," ujar beliau.

Menurut Wiliam lagi, pelaksanaan DEB telah memberi kuasa yang besar kepada pegawai kerajaan untuk meluluskan lesen, permit dan segala bentuk intervensi dalam akitiviti ekonomi.

"Dengan memiliki kuasa sebesar itu, peluang itu digunakan oleh pegawai untuk mendapatkan bayaran daripada pemilik perniagaan besar sehinggalah ke peniaga jalanan untuk mendapatkan kelulusan permit dan lesen. Penjaja dan peniaga jalanan membuat bayaran bawah kaunter untuk mendapatkan lesen.

"Peniaga besar terpaksa membayar sejumlah wang besar untuk berniaga. Inilah yang menimbulkan persepsi rasuah dan sebagainya. Bagaimana anda dapat mencari nafkah di negara yang berada pada tangga 56 dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency International?," soal beliau.

Menurut William, rakyat umumnya mengetahui seruan Kee Sin yang meminta peniaga Cina bekerjasama dengan rakan kongsi Melayu di bawah semangat DEB kerana kebanyakan kontrak yang diberikan kepada Melayu telah disubkontrakkan kepada kontraktor Cina.

"Kontrak kelas F yang diberikan khasnya kepada Bumiputera dianugerahkan mengikut citarasa pegawai kerajaan ataupun Yang DiPertua Majlis Perbandaran dan bukan melalui cara bidaan terbuka. Sistem Ali Baba ini diwujudkan atas nama suci memberikan kontrak, lesen dan permit kepada peniaga Melayu untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka.

"Selagi majoriti Melayu masih berada dalam keadaan miskin, Perkasa dan ekstremis akan menuntut bahawa DEB masih perlu diteruskan. DEB kemudian akan digelar Never Ending Policy, ataupun dasar yang tidak ada penamatannya," ujar beliau.

Suaran Keadilan.com

Orang Muo: Kasih Ibu Menyelamatkan Nyawa Anak

Walaupun situasi dalam keadaan yang berbahaya, seekor ibu monyet sanggup mengetepikan perasaan takut semata-mata untuk menyelamatkan anaknya. Peristiwa ini telah dirakam oleh seorang jurufoto yang kebetulan berada di tempat kejadian di sebatang jalan raya yang amat sibuk di New Delhi.
Dedicated mother: Monkey cub was first run over by a moped before being attacked by a dog
Peristiwa menarik dan mengharukan bermula apabila seekor anak monyet cuba melintas jalan raya yang sedang sibuk dengan kenderaan yang lalu-lalang untuk mendapatkan makanan di seberang jalan tanpa disedari oleh ibunya. Setelah menyedari anaknya dalam keadaan bahaya si ibu terus mendapatkan anaknya daripada dilanggar kenderaan ...tetapi bahaya yang lebih menakutkan pula terpaksa dihadapi oleh si ibu monyet ini.
The mother stepped in to attack the moped driver before gunning for the hungry dog too
The mother attacking the dog after it has started on her cub
Seekor anjing liar garang yang sedang kelaparan tiba-tiba meluru ke arah anaknya. Tanpa menghiraukan keselamatannya ibu monyet terus menyerang dan menggigit anjing berkenaan.
Nasib menyebelahi kedua-duanya apabila si anjing menyerah kalah dan beredar dari situ.
Malangnya apa yang berlaku di negara kita pada masa kini adalah amat menyedihkan apabila kes-kes buang bayi berlaku hampir setiap hari. Seorang penceramah pernah menyatakan [ sempena sambutan maulidur rasul baru-baru ini di muo] bahawa apa yang berlaku sekarang ini adalah merupakan satu bala yang sedang melanda negara kita terutamanya masyarakat Melayu Islam akibat kelalalaian dan kesalahan kita mengabaikan cara hidup Islam serta kelemahan pelaksanaan undang-undang... renung-renungkanlah.

Orang Muo(Sumber)

Mayat bayi dibalut kain



MAYAT bayi lelaki berusia hampir setahun ditinggalkan di sebuah perhentian bas sebelum ditemui oleh seorang pengawal keselamatan di Rembau semalam.


REMBAU - Seorang pengawal keselamatan terkejut apabila mendapati bungkusan kain yang disangka buah cempedak rupanya mengandungi mayat seorang bayi lelaki di sebuah perhentian bas di kilometer 17 Jalan Pedas-Linggi di Kampung Kundur Hilir dekat sini semalam.

Kejadian pukul 6 pagi itu disedari Mohamad Som Adlan, 62, selepas dia diminta oleh beberapa pelajar sekolah yang sedang menunggu bas di situ supaya melihat satu bungkusan kain yang mencurigakan ditinggalkan di atas bangku.

"Saya ingat buah cempedak tetapi bila dibuka saya amat terkejut apabila mendapati ia mengandungi mayat bayi.

"Mayat bayi itu lengkap berpakaian dan dibalut dengan tuala serta kain batik," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Tambahnya, dia dan beberapa lelaki kemudian menghubungi polis selepas mendapati bayi tersebut sudah tidak lagi bernyawa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Supritendan Mizan Md. Dom berkata, mayat bayi malang itu dianggarkan berusia di antara 10 dan 12 bulan serta berketurunan Melayu.

Mayat bayi berkenaan dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban untuk dibedah siasat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau di talian 06-6852222 atau 36-6851999 bagi membantu siasatan.


Pengetua di Sg Petani pula buat kenyataan perkauman - Malaysiakini

Beberapa hari selepas pengetua sebuah sekolah menengah di Johor dituduh mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman, kejadian yang sama turut berlaku di sebuah sekolah di Sungai Petani.

Pengetua berkenaan didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman dalam majlis perhimpunan rasmi di sebuah sekolah luar bandar di Sungai Petani, Ahad lalu.

Kata-kata itu diluahkan di depan lebih 500 murid tingkatan satu hingga lima serta kira-kira 45 guru pelbagai kaum semasa membuat teguran terhadap pelajar bukan Islam agar menghormati pelajar Islam yang berpuasa di bulan Ramadan.

Antara frasa yang mencetuskan kontroversi itu ialah "pindah ke negeri lain" dan "balik ke China."(Baca lagi disini)

Pengetua 'rasis': TPM arah pasukan petugas(Malaysiakini)

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan sebuah pasukan petugas ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan pengetua sebuah sekolah di Kulai, Johor secara terbuka menghamburkan ucapan rasis pada pelajar.

Beliau yang juga menteri pelajaran berkata, pasukan petugas itu dibentuk bagi mendapatkan fakta berkaitan dan merancang tindakan lanjut ekoran emosi pelbagai pihak semakin bergelora.

Menurut laporan polis yang tersebar, pengetua SMK Tunku Abdul Rahman Siti Inshah Mansor didakwa mengeluarkan kata-kata berkenaan pada 12 Ogos ketika mengulas masalah disiplin pelajar.

Beliau didakwa menyatakan bahawa pelajar Cina "tidak diperlukan" dan perlu "pulang" ke China manakala pelajar India patut membuang ikatan tali di pergelangan tangan mereka.

Beliau juga didakwa berkata hanya anjing yang memakai tali seperti itu.

Muhyiddin yang juga ahli parlimen Pagoh berkata, terdapat banyak kenyataan bertentangan berhubung apa sebenarnya yang berlaku.

"Ada banyak perbezaan maklumat antara apa yang dikatakan dan apa yang dimaksudkannya.

"Dan kedua-dua pihak buat laporan masing-masing," katanya merujuk kepada laporan polis oleh pelajar, ibu bapa dan pengetua itu sendiri.

Muhyiddn juga hari ini mendedahkan bahawa pengetua berkenaan telah memohon maaf.

Friday, August 20, 2010

Khutbah: Kenyataan politik sempit Zahid Hamidi

EORGETOWN, 20 Ogos: Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) tidak pernah mengeluarkan arahan supaya nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dimasukkan dalam doa khutbah ke dua solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin sepertimana yang dinyatakan oleh Pengerusi Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Abul Kassim dalam sidang medianya di Tingkat 28 Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) pagi tadi menafikan kenyataan Zahid itu dengan menganggap ia adalah kenyataan berbau politik yang sempit.

"Kerajaan negeri dan JHEAIPP menafikan perkara itu dan menggangap ia adalah mainan politik Datuk Zahid Hamidi untuk bangkitkan kemarahan masyarakat Islam," terangnya.

Abdul Malik berpendapat kejadian itu merupakan sabotaj untuk menggambarkan kerajaan negeri tidak prihatin terhadap khutbah yang disampaikan di masjid-masjid.

Ini katanya, setelah gagal memainkan isu kononya Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat menzalimi peniaga Melayu di Bazar Ramadhan, peniaga Melayu tepi jalan serta bermacam-macam usaha lagi.

Tindakan tersebut disyaki sengaja dicipta untuk melagakan kerajaan negeri dengan pihak istana sepertimana yang berlaku di Johor dalam isu kain rentang sehingga mencetuskan kemurkaan Sultan Johor.

Katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Maung, Umno dan Barisan Nasional (BN) amat cemburu setelah dua tahun pentadbiran kerajaan negeri berjaya membuktikan perkembangan agama Islam mendapat keutamaan.

"Tidak lain mereka hanya cemburu bila kerajaan negeri berjaya membuktikan perkembangan Islam diberikan keutamaan, contohnya menambah peruntukan kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Maipp) dari RM12.5 juta kepada RM24.3 juta iaitu pertambahan 100 peratus selain bantuan Ihya Ramadhan dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang dihentikan semasa pemerintahan BN dulu," ujar beliau.

Umno, kata Malik, lebih tertekan apabila kerajaan negeri mengambil sikap terbuka untuk menganjurkan program Sambutan Bulan Al-Quran, anugerah kepada para huffaz sejak diperkenalkan pada tahun 2008 yang mana mendapat sambutan yang memberangsangkan.

Keprihatian Ketua Menteri hadir dalam majlis agama Islam umpamanya program Ihya Ramadhan, Maulidur Rasul dan majlis berbuka puasa yang sedang rancak disusun di masjid-masjid sememangnya menggusarkan pihak tertentu kerana sebelum ini tidak pernah dilaksanakan oleh Ketua Menteri terdahulu.

Kepada rakyat, pesannya, jangan terpengaruh dengan usaha buruk itu jika mahukan Negeri Pulau Pinang terus maju.

"Kita yakin majoriti rakyat tidak mudah terpengaruh dengan cara sebegini. Cabaran yang diterima tidak akan membantut dan melemahkah usaha kita memartabatkan agama Islam di negeri ini," tambahnya.

Sementara itu, Yang Dipertua Maipp, Ustaz Elias Zakaria ketika dihubungi menafikan apa yang diperkatakan oleh Zahid Hamidi dan menyifatkan semua itu merupakan kenyataan palsu.


Kontroversi: Isu Doa Khutbah, Pemimpin UMNO Mula Mahu Jadi "Juara Agama" Pula Sedangkan Lim Guan Eng Nafikan Perkara Itu Ada Berlaku !

Kontroversi: Isu Doa Khutbah, Pemimpin UMNO Mula Mahu Jadi "Juara Agama" Pula Sedangkan Lim Guan Eng Nafikan Perkara Itu Ada Berlaku !

Maka melentinglah puak-puak UMNO perihal kes doa khutbah yang dikatakan memasukkan nama Lim Guan Eng (foto), sebagai ganti Agong yang berlaku di Pulau Pinang baru-baru ini. Masing-masing sibuk untuk memepertahankan kesucian agama Islam dan tidak mahu ia dihina. Hari ini Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Abdullah Md. Zin mengarahkan hendaklah dihentikan segera kerana ia bercanggah dengan hukum Islam dan undang-undang negara., sekiranya perkara tersebut benar-benar berlaku, ia amat memalukan kerana jelas menjatuhkan maruah Islam yang mempunyai hukum dan peraturan tersendiri. Katanya, khutbah Jumaat adalah satu ibadat yang diwajibkan kepada setiap umat Islam dan ia tidak boleh disamakan dengan sesuatu majlis yang dimana aturcaranya boleh diubahsuai sesuka hati dan tidak berlandaskan hukum. Sementara itu Pergerakan Pemuda UMNO pula mendesak agar satu siasatan segera dibuat mengenai amalan penggantian nama Yang di-Pertuan Agong dengan nama Ketua Menteri Pulau Pinang. Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, sekiranya perkara tersebut benar-benar terjadi, maka amalan itu bukan sahaja menghina institusi raja selaku ketua agama bahkan kesucian masjid dengan penggunaan mimbar bagi mengagungkan Guan Eng selaku Ketua Menteri.

Isu Doa Tidak Benar, Zahid Wajar Mohon Maaf

Sementara itu Lim Guan Eng menegaskan, siasatan awal menunjukkan tiada masjid di negeri itu yang menggunakan nama beliau dalam doa khutbah kedua solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan... Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. “Saya baru dimaklumkan, saya sudah pun menghubungi YB Abdul Malik (Kassim, Pengerusi Hal Ehwal Agama dan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri), dan beliau memberitahu saya tadi bahawa memang tiada perkara seperti yang didakwa oleh Datuk Zahid Hamidi (foto)... tiada masjid yang menggunakan saya,” kata Lim pada majlis berbuka puasa dengan media semalam. Bagaimanapun Lim yang juga Setiausaha Agung DAP memberitahu, beliau telah mengarahkan Abdul Malik agar menjalankan siasatan mendalam berhubung dakwaan Zahid, yang juga Menteri Pertahanan dan Pengerusi Umno Pulau Pinang hari ini. “Jika dakwaan Zahid benar, saya telah mengarahkan agar tindakan tegas diambil ke atas pegawai-pegawai yang terlibat,” kata beliau. Tambah Lim, sekiranya dakwaan Zahid tidak benar, beliau mahu Naib Presiden UMNO itu memohon maaf secara terbuka. “Saya tidak sedar dan tidak mengetahui wujudnya penggunaan nama saya dalam khutbah kedua solat Jumaat sebagaimana didakwa, dan sudah tentu nama saya tidak harus, tidak boleh digunakan... ini melibatkan nama Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,” katanya lagi.

[Ternyata isu khutbah ini sengaja skrip baru rekaaan puak-puak UMNO BN dalam usaha untuk menjatuhkan kerajaan negeri Pulau Pinang yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat pimpinan Lim Guan Eng. Amatlah tidak masuk dek akal orang Islam terpaksa membaca doa khutbah yang menyelitkan nama bukan Islam didalamnya. Kes ini mungkin berlaku di masjid-masjid yang tidak diketahui lokasinya. Ia mungkin dilakukan oleh Imam UMNO dalam usaha untuk memalukan Lim Guang Eng. Persoalannya, kenapa Zahid tiba-tiba membuat sidang media dan akhbar arus perdana terutamanya Utusan Malaysia. Bukankah ini menunjukkan beliau sengaja mahu mencari publisiti murahan bagi menjatuhkan Lim sebenarnya. Bukankah jika kes ini berlaku maka beliau boleh membuat laporan polis sebelum mengadakan sidang media. Mana pergi laporan polis yang boleh mengukuhkan kenyataan beliau itu. Semua ini jelas sekali membuktikan bahawa mereka kini sememangnya semakin terdesak]


Pahang Daily Online

Nik Aziz: Hukum hudud cara selesai isu buang bayi, jenayah

Nik Aziz berkata penguatkuasaan undang-undang sahaja tidak cukup untuk mengawal manusia. — gambar fail
KOTA BARU, 19 Ogos — Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nit Mat berkata kerajaan negeri berusaha melaksanakan Undang-Undang Hudud dan Qisas di Kelantan bagi mendidik umat Islam membendung kejadian buang bayi dan jenayah.

Beliau, yang juga Mursyidul Am PAS berkata, undang-undang yang sedia di negara ini dilihat gagal menangani sebarang bentuk gejala jenayah dan sosial kerana ia tidak disertakan dengan didikan agama.

Katanya undang-undang bukanlah jawapan sebenar ke arah penyelesaian kepada jenayah dan gejala sosial, seperti kes rasuah, pembuangan bayi yang sedang melanda negara sekarang.

“Polis dan menggari pesalah adalah perkara kedua, yang penting dan utama ialah didikan agama supaya dapat ditanam roh takwa di kalangan umat manusia,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis Sambutan Hari Hududullah dan Seminar Hukuman Sebat Syariah di Kompleks Balai Islam, di sini, hari ini.

Tiga kertas kerja dibentangkan dalam seminar itu, iaitu “Hukuman Sebat Daripada Perspektif Islam” oleh Felo Kanan Jabatan Undang-Undang Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Datuk Mohd Saleh Ahmad; “Hukuman Sebat Dalam Kes Jenayah Syariah; Realiti Pelaksanaan” oleh Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Mohamad dan Pelaksanaan Hukuman Sebat Dalam Kes Jenayah Syariah” oleh Timbalan Ketua Bahagian Penasihat (Seksyen Syariah) Jabatan Peguam Negara, Mahamad Naser Disa.

Kelantan dan Terengganu merupakan dua negeri yang sudah mempunyai Undang-Undang Hudud dan Qisas untuk orang Islam ketika di bawah pentadbiran PAS tetapi tidak dapat melaksanakannya kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Antara percanggahan itu termasuk pelaksanaan terhadap prosedur, kesalahan dan hukuman jenayah termasuk mencuri dan membunuh yang telah mempunyai peruntukan undang-undang Persekutuan di negara ini.

Nik Abdul Aziz berkata penguatkuasaan undang-undang sahaja tidak cukup mengawal manusia tanpa disertai didikan dan tarbiyah syariat Islam dari peringkat ibu bapa, guru hingga pentadbir kerajaan negeri dan pusat.

Justeru itu, katanya, kerajaan negeri tetap berusaha untuk melaksanakan hukum hudud yang tidak harus dilihat sebagai suatu hukuman potong tangan terhadap pencuri semata-mata.

Hukum itu sendiri bertindak untuk mengajar umat manusia supaya tidak melanggar perkara yang dilarang tuhan kerana kelak ia akan membawa satu penyakit kanser moral kepada manusia, yang akhirnya menjatuhkan ketamadunan manusia sendiri, katanya.

“Hudud adalah garis sempadan yang ditentukan Allah menghadkan sesuatu yang termasuk dalam apa yang dilarang dan diperintah dan bukan semata-mata hukuman potong tangan bagi pencuri dan rejam bagi penzina,” tegas beliau. — Bernama

Malaysianinsider

'Liwat' di Twitter, Ezam diheret ke JAWI - Malaysiakini

'
Gara-gara tulisannya di laman Twitter, Ezam Mohd Nor kini diheret ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) atas tuduhan membuat tuduhan qazaf terhadap bekas bosnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Aduan tersebut dikemukakan oleh Ketua Pemuda PKR (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin - regu lama Ezam dalam sayap parti itu - kepada bahagian penguatkuasaan JAWI pada jam 2 petang tadi.

"Kita percaya, ini adalah laporan pertama melibatkan Twitter dikemukakan kepada JAWI," kata Shamsul (kanan) pagi tadi.

Beliau yang juga pengerusi PKR Melaka berkata, aduan tersebut dibuat berdasarkan beberapa tulisan Ezam di laman blog mikro itu, antaranya:

"Saya juga telah lihat betapa jijiknya kerana kuasa politik seorang isteri sanggup biarkan suaminya fitnah orang untuk tutup perangai kejinya yang meliwat."

Menurut seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997, "mana-mana orang yang menuduh orang lain melakukan zina (atau liwat) tanpa mengemukakan, mengikut hukum syarak, empat orang saksi lelaki atau ikrar orang yang dituduh itu adalah melakukan suatu kesalahan."

Jika disabitkan dengan kesalahan qazaf, seseorang boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Bercakap pemberita selepas selepas membuat laporan itu hampir jam 3 petang, Shamsul berkata, selain tulisan Ezam di Twitter, beliau juga menyerahkan beberapa keratan akhbar bagi menyokong dakwaannya.

Jelas rujuk pada Anwar

Antaranya laporan muka depan Sinar Harian pada 13 Ogos yang melaporkan Ezam mencabar presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail bersumpah berhubung dakwaan beliau pernah dihubungi isteri Anwar yang memberi arahan supaya orang ramai tidak mendekati suaminya.

Menurutnya, walaupun terdapat tulisan Ezam di Twitter yang tidak menyebut secara khusus nama Anwar dan Wan Azizah, tetapi berdasarkan konteks dan isu pada masa itu, ia jelas merujuk kepada pemimpin pembangkang itu.

"Kita faham ia ditujukan kepada siapa berdasarkan rentetan peristiwa (yang berlaku)," katanya yang juga semua peguam.

Shamsul juga menjelaskan, beliau tampil membuat laporan itu ekoran keyakinannya bahawa Ezam tidak mempunyai empat orang saksi lelaki yang berwibawa bagi menyokong dakwaannya.

"Itu hanyalah usaha terdesak dan hendak meraih populariti," kata Shamsul lagi.

"Saya cabar beliau (Ezam) bersumpah dalam mahkamah (syariah). Bawa empat orang saksi, buktikan dakwaan dia betul.

Ini kerana, tambahnya, tindakan itu menurut kaedah hukum Islam yang betul.

Shamsul hadir ke pejabat JAWI dengan diiringi beberapa pemimpin sayap itu dan aktivis PKR, antaranya Ketua AMK Wilayah Persekutuan Md Zaman Tasi.

Reaksi spontan Ezam

Sementara itu, Ezam dalam reaksi spontan menerusi twitter berkata beliau tidak gentar dengan tindakan mengheretnya ke JAWI.

“Dakwa qazaf - saya tidak gentar dan sedia bersumpah di mahkamah syariah pertahan setiap patah perkataan saya dalam twitter atau di mana saja,” tulisnya

Malaysiakini

Wednesday, August 18, 2010

Desak Mufti Dedahkan Perlembagaan Baru « Idris Ahmad


Ustaz Idris Ahmad

18/8/10

Parti Islam Semalaysia Pas terkejut dengan kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ada ‘perlembagaan baru’ dibuat oleh pihak tertentu bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan yang menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang. Pas mendesak supaya beliau mendedahkan kandungan Perlembagaan baru dan melaporkan kepada pihak polis untuk disiasat.

Pas dan Pakatan Rakyat tidak pernah membincangkan perkara tersebut dalam setiap kali pertemuan Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat yang diadakan dua kali sebulan. Malahan Konvensyen Pakatan Rakyat Pertama 19/12/2009 di Shah Alam telah bersepakat

  • Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama- agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai

  • Melindungi kedudukan Istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum lain sejajar dengan perkara 153

  • Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi Raja Berperlembagaan

  • Memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum

Tidak ada agenda yang tersembunyi yang dibawa oleh Pakatan Rakyat, jauh sekali menyediakan perlembagaan baru bagi merungkai perkara yang sudah menjadi kontrak sosial dan telah diterima pakai sejak sekian lama.

Pas berpandangan sekiranya Tan Sri Harussani Zakaria tidak segera mendedahkan siapakah yang memberi dan isi kandungannya, maka ia akan menimbulkan keresahan di kalangan rakyat di negara ini. Sebagai seorang tokoh agama mesti bertanggungjawab di atas sebarang kenyataan yang dibuat supaya masyarakat tidak memandang serong terhadap institusi mufti.

Pas mengharapkan kepada Tan Sri Harussani Zakaria janganlah memanaskan suasana politik yang sedia panas dengan kenyataan seperti ini di tempat awam, kerana bimbang akan menimbulkan suasana yang tidak harmonis

Sumber


myMetro | Kepala dipatuk ular

KANGAR: Keajaiban pernah berlaku ke atas Ahmad Asri Mohd Indra Suadi apabila jantungnya berdegup semula selepas terhenti beberapa minit akibat komplikasi dipatuk ular tedung selar di kepalanya.

KASIH IBU...Nor Amali memujuk anaknya, Ahmad Asri yang terlantar.
KASIH IBU...Nor Amali memujuk anaknya, Ahmad Asri yang terlantar.
Malangnya, keajaiban ‘mati hidup semula’ itu tidak kekal lama kerana selepas kejadian pada 26 Mei lalu, kanak-kanak berusia dua tahun berkenaan mengalami kecacatan kekal apabila sebahagian besar otot tubuhnya menjadi kejang dan kaku.

Ahmad Asri yang juga anak yatim selepas kematian bapa ketika berusia empat bulan, kini terlantar di atas tilam di rumahnya di Kampung Bukit Merah, Beseri, dekat sini.

Ibunya, Nor Amali Ahmad, 27, berkata Ahmad Asri dipatuk ular ketika bermain seorang diri di sebuah bilik belakang rumah neneknya yang tidak jauh dari rumahnya.

“Saya menyedari kejadian itu selepas dia menangis dan mendapati kepalanya berdarah. Namun, ketika itu saya dan ahli keluarga tidak tahu apa sebenarnya berlaku.

“Melihatkan keadaannya makin tidak bermaya, saya mendapat bantuan sepupu menghantar Ahmad Asri ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) dan dalam perjalanan ke hospital, degupan jantungnya berhenti beberapa minit hingga menyebabkan saya menyangka dia sudah meninggal dunia. - Baca seterusnya(sini)

Tuesday, August 17, 2010

Empat sekeluarga disimbah asid



NURUL DAHYATUL yang melecur teruk dirawat di Hospital Sultanah Zahirah, Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU - Seorang wanita tidak menyangka suaminya sanggup membawa asid untuk mengugutnya mendapat wang sehingga menyebabkan dia tiga beranak dan ibunya melecur di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu semalam.

Dalam kejadian pada pukul 1.45 pagi itu, suspek dipercayai bertindak demikian kerana berang dengan keputusan mangsa yang telah berpindah pulang ke rumah ibunya dan dalam proses memohon penceraian dengan suspek.

Semasa kejadian suspek didakwa memecah masuk rumah ibu mangsa dengan membawa bersama sebungkus plastik mengandungi cecair asid.

Kehadiran suspek mencetuskan pertengkaran dengan mangsa sebelum mangsa cuba merebut bungkusan asid itu dan menyebabkan cecair itu terkena mangsa.

Tindakan suspek itu menyebabkan mangsa Che Ku Zaimah Che Ku Awang, 28, cedera di muka dan kedua-dua belah tangan serta bahagian belakang badan.

Turut melecur dua orang anak mangsa, Nurul Dahyatul Fazlinda Khalid, 8, dan Mohd. Irfan Firdaus, 2, serta ibunya, Minah Omar, 56. Masing-masing melecur di beberapa anggota badan.

Paling teruk, Nurul Dahyatul yang mungkin hilang deria penglihatan apabila seluruh muka sehingga paras dada kanak-kanak itu terkena asid.


Monday, August 16, 2010

KEDAH MEMANG HEBAT

Kuih 10 sen di bazar Ramadan


Syed Azhari (kanan) melayan pelanggan yang hendak membeli kuih di tapak bazar Ramadan Stadium Darul Aman di Alor Setar semalam.


ALOR SETAR - Ketika peniaga lain menaikkan harga juadah berbuka berikutan kenaikan harga gula, berbeza pula dengan seorang peniaga di bazar Ramadan Stadium Darulaman di sini yang menjual kuih 10 sen sebiji.

Syed Azhari Syed Hamzah, 20-an, menjual dua jenis kuih iaitu kuih cekodok dan gelang.

Biarpun saiznya hanya sebesar ibu jari tangan orang dewasa, ia tetap mendapat sambutan baik daripada pengunjung.

Syed Azhari memberitahu, dua kuih itu menjadi pilihan ramai khususnya di kalangan golongan berpendapatan rendah.

Katanya, biarpun tidak memperoleh untung yang banyak tetapi dia gembira kerana kuih itu mendapat sambutan hangat pengguna.

"Lazimnya kuih-kuih ini cepat habis kerana harganya murah dan mampu dibeli oleh semua orang," katanya.

Kosmo

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak