Saturday, February 6, 2010

PAKATAN ANGGAP KARTUN BN HINA PEMIMPINNYA TAK LUCU

Barisan Nasional didakwa terus menggunakan taktik jahat memperlekehkan Pakatan Rakyat dengan menyebarkan risalah yang menyiarkan kartun-kartun yang menghina pemimpin pembangkang di Perak.

Menurut setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming (kiri, tanpa ketayap), selain dirinya, menteri besar yang disingkirkan, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan ketua DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan speaker V Sivakumar juga diburuk-burukkan.

Kartun-kartun itu dicetak dalam risah yang mengandungi enam muka surat dan diedarkan di kawasan-kawasan yang mempunyai penduduk majoriti Melayu.

Antaranya, memaparkan Nizar sebagai boneka DAP dan penyokong kuat masyarakat Cina.

Terdapat juga sekeping gambar kemalangan membabitkan Nizar, di mana kereta Toyota Camry yang digunakannya terbabas setelah berlanggar dengan kereta lain.

Nga berkata penerangan gambar itu berbunyi, “Inilah apa yang berlaku ke atas ahli politik yang tidak menggunakan kereta rasmi Proton”.



Sumber

SOLAT HAJAT RAKYAT


Tak apa mimpi Zamry kudeta menjemput ( baca mengarahkan) semua imam ke majlis solat hajat rakyat di kediaman Menteri Besar Perak. Solat hajat di kediaman Menteri Besar adalah amalan tinggalan DS Nizar sebagai menteri besar. Dewan yang dulunya dijadikan dewan badminton oleh Raja Norasyikin oleh bini Ramly dan terus kekal sebagi dewan di zaman Tajol Rosli. DS Nizar telah membudayakan dewan tersebut sebagai tempat ceramah agama dan solat. Bilik untuk dewan makan juga diubahsuai menjadi surau.

Apa hajat Zamry untuk solat hajat yang dinamakan solat hajat rakyat tidaklah di war warkan. Kebetulan sewaktu memandu hampir maghrib tadi radio Perak FM menjemput seluruh rakyat Perak ke solat hajat rakyat ini. Tidak pula disebut apa hajatnya... apa yang pasti, ia menjelang 9 Februari.

Bukan juga perkara baru Zamry melaksanakan program solat hajat sejak merampas kerusi dan rumah tersebut dari DS Nizar. Beberapa kali budak Izzuddin dan Taayah diarahkan ke majlis tersebut bagi meramaikan. Saya yakin kali ini pun akan dikerah bebudak yang nak ngaji agama untuk memenuhkan solat hajat ini.

Nampaknya budaya peperangan Badar kembali berulang. Ketika Rasulullah bermohon kepada Allah hingga jatuh kain rida nya, Abu Jahal juga mengadu kepada tuhan yang sama. Cumanya Abu Jahal mengadu dalam syirik dan kezalimannya....

Tidakkah merampas kerajaan itu satu kezaliman??? Mungkin mufti Perak punya jawapan sebaliknya... entahlahhhh

ANAK SENGAT

Sekadar demontrasi parpu, memo tidak ditandatangani

Gambar ehsan blog sosialis hijau
Mohd Sabri Said
PULAU PINANG, 5 Feb: Pada dasarnya demonstrasi di Masjid Simpang Enam, Jalan Macalister selepas solat Jumaat tengah hari tadi tidak menepati sasaran sebaliknya lebih kepada 'demonstrasi parpu' kerana tiada langsung memorandum yang ditandatangani oleh beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang didakwa kurang senang dengan kerajaan negeri.


Timbalan Yang Dipertua PAS Bukit Bendera, Saiful Lizan Mohd Yusuf ketika mengulas peristiwa tersebut berkata, kemungkinan NGO yang dikatakan bersama tidak mahu dicap sebagai petualang membantu parti yang berkefahaman sempit atau parti yang sudah bocor, dayungnya patah, sauhnya tertanggal dan layarnya koyak rabak.


Beliau secara sinis mengajak Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali yang turut serta berdemo tinggal di Pulau Mutiara bagi membantu masyarakat Melayu yang rata-ratanya daif dari segala segi ekoran perbuatan Umno sendiri yang berkuasa tetapi tidak berusaha untuk menyelamatkan bangsa sendiri.


"Mai lah duduk di sini dan memperjuangkan kedudukan Melayu jika gentleman. Bila duduk sini dia akan tahu punca sebenar dan tentunya menghala meriam pada rakan taulan yang memimpin Umno pula," tegasnya yang juga Ahli Jawatankuasa Tanah dan Wilayah PAS Pusat.


Selain Ibrahim yang ‘diimport’ ke demonstrasi yang disertai kira-kira 200 orang itu, turut menonjol sebagai 'hero' ialah Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Karim.


Lain-lain organisasi yang dikatakan teraniaya hanya menghantar wakil tetapi tidak ke hadapan untuk menyuarakan hak mereka yang didakwa tertindas di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng, sebaliknya menjadi pemerhati dari jauh.


Jelas sekali Ibrahim bagaikan 'burung kakak tua' apabila berucap berpandukan teks yang diberikan tidak sepertimana biasa dan sekaligus menunjukkan beliau tidak memahami situasi politik sebenar serta tidak tahu hujung pangkal peristiwa terbabit.


Sepatutnya program disusuri dengan penyerahan memorandum yang ditandatangani oleh berbagai NGO yang kurang senang terhadap kepimpinan Ketua Menteri selesai begitu sahaja walaupun pihak polis memberi ruang seluas-luasnya kepada mereka menunjukkan bantahan.


Peristiwa itu boleh disamakan dengan bantahan di luar perkarangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bulan Disember lalu di mana pasukan polis hanya berdiri 'tercegat' tanpa bertindak melibas dengan cota anggota penunjuk perasaan.


Suasana hiruk pikuk dengan teriakan maki hamun dan cerca mencerca dari peserta demo membuktikan tindakan tidak beradap dan kurang ajar.


Paling mengejutkan kenapa tiba-tiba ahli politik yang terkenal dengan 'politik lompat' itu berada di tengah-tengah peserta demo yang rata-rata merupakan muka yang lazimnya mendapat habuan di era pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebelum ini.



Sumber


SOLAT HAJAT RAKYAT - ITU TAJUK DALAM BANNER

TENGOK GANTUNG BANNER PUN DAH TAK SEMANGAT


Solat Hajat Rakyat

Solat hajat tersebut akan di adakan di Kediaman Rasmi Dato Sri Dr Zamri abd Kadir, bertemakan Kesejahteraan Rakyat dan kemakmuran Negeri.

Pasang banner tempat macam ini, siapa yang nak tengok. Macam tak ikhlas sahaja koreje ni yop. Kita sama-sama tengok dapatkah mengatasi solat hajat seperti di lakukan dalam gambar di bawah ini


Friday, February 5, 2010

Dr Zambry datang lagi bidas ADUN PR



IPOH – Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir membidas dan menyelar kritikan serta dakwaan tidak berasas yang dilontarkan terhadap beliau oleh Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Pakatan Rakyat (PR).


Menurutnya, beliau hanya mencadangkan sedikit sahaja kepada ADUN pembangkang itu, namun mereka tidak mampu bertahan, sedangkan terlalu banyak tohmahan kepadanya, tetapi masih mampu bersabar.


"Kata beliau, mengapa sekarang baru hendak membangkitkan mengenai bubar DUN, sedangkan pada masa PR menang dengan tipis dahulu enggan melaksanakannya. "

Ayid> Masa PR menang tak kan PR nak bubar DUN walaupun sikit. Sikit pun berhemah cara kemenangan nya ada pengadil dalam perlawanan. Nak ketawa juga dengan statement ini keke keke

Baca lagi

Thursday, February 4, 2010

CABARAN ZAMRY SIMBOL KECETEKAN FIKIRAN BELIAU


IPOH – Kenyataan dan tindakan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mencabar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bersama 27 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat (PR) supaya mengosongkan kerusi DUN kelmarin bagi membuktikan rakyat di negeri ini masih menyokong mereka mendapat maklum balas daripada ahli dewan Undnagan Negeri (ADUN) PR.

Tindakan Datuk Seri Dr Zambry ini dilihat betapa ceteknya pemikiran beliau dalam isu keadilan dan demokrasi. Kenapa beliau bertindak sedemikian umpama ‘seorang suami membenarkan isterinya diperkosa oleh orang lain’ tapi beliau masih tidak bertindak sewajarnya, sebaliknya hanya melihat dan menggalakkannya. Saya tidak tahu kenapa beliau sanggup berpendirian sebegini, menghancurkan hak serta kepentingan rakyat. Adakah beliau sanggup mengkhianati kepercayaan rakyat dan adakah pula beliau sanggup pula dikhianati rakyat. Kalau beginilah sikap Zambry, bermakna seluruh rakyat Perak akan terus menderita angkar pemimpin yang tidak mempunyai sifat kemanusiaan atau rasa tanggungjawab. Beliau sanggup mempertahankan kuasanya daripada memberi mandat kepada rakyat. Sewajarnya sikap orang sebegini perlu ditolak oleh rakyat.”

- ADUN Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham



Kalau hendak kosongkan kerusi atau dalam erti kata letak jawatan, sudah lama kami berbuat demikian, tapi itu cabaran yang dangkal dan cuba mempermainkan kami. Sekiranya kami letak jawatan bermakna kena menunggu lima tahun lagi untuk bertanding semula. Siapa lagi yang mahu bertanding kalau kami tidak boleh bertanding. Lagipun, untuk melihat sokongan rakyat bukan hanya berdasarkan kepada 28 kerusi sahaja sebaliknya secara keseluruhan iaitu 59 kerusi DUN. Kalau setakat 28 kerusi sahaja, ia tidak menggambarkan rakyat menyokong sepenuhnya, bagaimana dengan yang selebihnya. Apa yang kami mahu adalah semua ADUN Perak meletak jawatan, selesai masalah, kita adakan pilihan raya baru. Barulah kita dapat tengok sejauh mana sokongan rakyat kepada PR mahupun Barisan Nasional (BN). Adalah sesuatu cabaran yang tidak logik dan tidak berlandaskan kepada sesuatu yang benar.”

- ADUN Tronoh, V Sivakumar



Cabaran ini adalah tidak masuk akal kerana adalah tidak adil PR sahaja yang bubar DUN, selebihnya lagi tidak. Kita perlu berbalik kepada rakyat, biar mereka tentukan, barulah ada keadilan dan kesamarataan. Lagipun, kita mengamalkan demokrasi, jadi apalah susah sangat untuk kita terjemahkannya. Kalau betul-betul mereka (BN) berani, bubar sahajalah. Kalau hanya 28 DUN dibubarkan, ia hanya mewakili sebahagian rakyat sahaja bukan merangkumi 59 DUN. Kalah atau menang terpulang pada pilihan rakyat yang penting bagi kuasa pada mereka. Kami akan terima jika ditakdirkan kalah atau menang, sebab itu sudah mandat yang diberikan rakyat.”

- ADUN Tebing Tinggi, Ong Boon Piow



Tarikh 9 Februari makin dekat dan menyebabkan debaran semakin terasa khasnya kepada mereka yang cintakan keadilan dan kemakmuran bagi negeri Perak tercinta, tidak kurang juga ada yang menggelabah dan “hilang kewarasan” bila tarikh itu kian menghampiri. Khususnya kepada pemimpin UMNO di Perak semacam ada satu gelombang ketakutan menunggu tarikh berkenaan dan keluarlah kenyataan yang macam-macam dan tidak masuk akal. Termasuklah Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir apabila kelmarin beliau tapa berfikir panjang telah mencabar Mohammad Nizar Jamaluddin dan 27 lagi ADUN Pakatan Rakyat supaya mengosongkan kerusi mereka bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan di 28 kerusi DUN berkenaan. Tanpa berfikir panjang beliau mengatakan kami tidak perlu teragak-agak untuk mengosongkan kerusi DUN masing-masing sekiranya mereka benar-benar yakin bahawa sebahagian besar rakyat Perak teguh menyokong PR. Justeru, saya suka untuk menyatakan pendirian bahawa kenyataan berkenaan adalah tidak masuk akal, kebudak-budakan dan mempamerkan kebodohan dan sikap tidak menghormati undang-undang yang sedia ada. Tidakkah Zambry faham bahawa persoalan bubar DUN yang dikemukakan oleh PR adalah secara keseluruhan dan melibatkan semua ADUN, mencabar kami ADUN PR untuk meletakkan jawatan hanyalah kenyataan orang yang ketakutan dan sayangkan kerusi sendiri. Sebenarnya sekiranya Barisan Nasional berani mencabar PR bermakna Zambry juga mestilah berani untuk tampil sebagai jaguh untuk sedia menerima saranan banyak pihak termasuklah dari pimpinan BN sendiri supaya membubarkan DUN Perak. Sekiranya DUN Perak dibubarkan barulah jantan namanya dan semua pihak akan diuji adakah diterima atau ditolak oleh rakyat. Kenyataan Zambry juga menampakkan BN terus berdegil untuk mempertahankan kuasa ‘haram’ yang dirampas sejak 6 Februari 2009. Saya rasa ianya tidak mengejutkan kerana itulah yang rakyat sedia maklum.”

- ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim Abdullah



Kita minta dibubarkan DUN bukan nak kejar kuasa sebaliknya mahu ia dikembalikan mandat itu kepada rakyat, itu yang lebih penting. Bukan kita saja-saja nak bubar DUN, dan kita pun tidak tahu, sama ada kita akan diberi mandat atau tidak, itu bergantung kepada pilihan rakyat. Kalau dilihat pada pilihan raya umum 2008 lalu, sokongan rakyat kepada PR adalah 52 peratus manakala BN hanya 48 peratus. Lagipun, cara peralihan kuasa juga tidak betul. Kita perlu ingat peralihan kuasa mesti berlandaskan kepada pilihan majoriti rakyat bukan dirampas begitu sahaja. Ini bermakna tindakan Zambry mencabar Datuk Seri Nizar dan 27 ADUN PR kosongkan kerusi adalah tidak relevan kerana ia sudah lari dari maksud sebenar. Tapi, mungkin juga mereka ingat kami ini mahukan kuasa walhal tidak sama sekali, sebabnya kami hanya mahu betulkan keadaan. Kalau kita tidak buat sesuatu mulai sekarang, anak cucu kita akan bertanya kemudian hari kenapa, pemimpin yang ada sekarang tidak bertindak. Sekali lagi, saya mahu tegaskan, kami bukan gila kuasa tetapi mahu ianya kembali kepada rakyat. Kalau keputusan Menteri Besar berpihak pada Zambry sekalipun, ia tidak bermakna masalah ini selesai kerana ia sebenarnya tidak perlu diselesaikan di Mahkamah. Hanya rakyat saja tentukan, barulah demokrasi.”

- ADUN Kuala Kurau, Abd Yunus Jamhari



Kami pemimpin PR hanya minta kuasa memilih dikembalikan kepada rakyat sahaja, itu yang penting. Beri kuasa sepenuhnya kepada rakyat untuk memilih kerajaan baru. Saya melihat tindakan Zambry ini takut pada bayang-bayang sendiri, takut hilang kedudukan yang beliau nikmati sekarang. Seharusnya beliau perlu ingat dan sedar bahawa imej negeri Perak sudah terjejas dan pelabur-pelabur juga takut mahu melabur di negeri ini kerana kemelut berkenaan. Jadi, marilah kita sama-sama berganding bahu bubarkan DUN untuk kembalikan pada rakyat serta pulihkan kembali reputasi dan imej negeri Perak. Sebagai ahli politik, kita perlu berfikiran lebih waras, bukan meletakkan kepentingan peribadi diutamakan, sebaliknya perlu berbalik pada pokok pangkalnya iaitu kepada rakyat. Bila dibubarkan, terpulang pada rakyat untuk memilih sama ada PR mahupun BN, kita akan terima seadanya. Ini juga ke arah untuk mengukuhkan Kerajaan Negeri dan menarik pelabur-pelabur ke negeri ini, yang akhirnya memberi pulangan kepada negeri dan juga rakyat. Kemelut ini tidak akan berkesudahan jika tidak diselesaikan melalui pilihan raya.”

- ADUN Buntong, A Sivasubramaniam



Cadangan Dr Zambry langsung tidak masuk akal, kalau sekadar 28 DUN yang kosongkan kerusi, ia tidak memberi impak kepada negeri Perak. Kita mahu kesemua 59 DUN dibubarkan, adakah pilihan raya baru. Kembalikan kepada rakyat untuk pilih kerajaan. Niat kami adalah untuk bagi peluang kepada rakyat bukannya mahukan kuasa. Mereka (Zambry dan BN) perlu faham akan hakikat ini dan tindakan Zambry itu adalah tidak masuk akal, malah tidak memberi kesan pun kepada negeri dan rakyat Perak. Hanya satu jalan sahaja ADUN PR dan BN kosongkan kerusi, itu sahaja penyelesaian kemelut berkenaan. Saya memohon kepada Zambry supaya jangan cuba mengaburi mata rakyat dengan pelbagai kenyataan konon-kononnya kami gila kuasa. Kalau betul-betul beliau seorang pemain politik profesional, bubar sahaja DUN, kita tengok pilihan rakyat.”

- ADUN Teja, Chang Lih Kang



Kalau kosongkan kerusi bermakna kami letak jawatan dan tidak boleh lagi bertanding dalam tempoh lima tahun. Kalau 28 ADUN PR bersedia untuk bubar DUN kenapa 31 ADUN BN termasuk Bebas tidak bertindak sedemikian, sepatutnya mereka lebih bersedia jika benar rakyat menyokong mereka. Kita perlu serahkan kepada rakyat, tetapi berdasarkan tindak-tanduk Zambry ini, beliau dan pemimpin BN tidak berani untuk berbuat demikian. Kita PR sudah bersedia untuk menerima segala risiko demi menegakkan demokrasi. Soal politik perlu diketepikan, rakyat juga majoriti mahukan pilihan raya. Kalau berpihak kepada Nizar, kita akan menghadap Tuanku untuk minta perkenan bubar DUN tetapi jika berpihak kepada Zambry seharusnya beliau perlu juga bertindak sedemikian. Beliau dilihat tidak ada keyakinan sendiri malah takut untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan yang mungkin tidak menyebelahi mereka. Kita sendiri pun, tidak pasti menang atau tidak, malah kami tidak kisah pun, apa yang penting kuasa rakyat dikembalikan.”

- ADUN Hutan Melintang, S Kesavan



Ini semua permainan politik Zambry, sengaja mahu memenuhi ruang berita. Hanya bubar DUN sahaja untuk meleraikan kemelut politik negeri. Kalau setakat cabar mencabar ini sudah tidak ada kesan langsung, sebaliknya ia masih pada takuk yang lama. Kalau betul-betul, beliau dan ADUN BN berani, kita bertanding dalam pilihan raya umum, kita tengoklah siapa yang menang. Kalau PR yang menang, kita akan terus bubarkan DUN, kalau BN memang, kami harap pun begitulah. Mereka perlu sedar kuasa yang mereka miliki sekarang ini tidak sah atau dalam istilahnya haram kerana tidak mendapat mandat rakyat.”

- ADUN Changkat Jong, Anuar Sudin



Untuk makluman Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, kami tidak bangang dan tidak bodoh untuk mengosongkan 28 kerusi DUN kerana jika kami berbuat demikian, ini bermakna kami sudah tidak dapat bertanding semula. Kami memang tidak ada masalah untuk bubar 28 DUN dan memang kami sudah bersedia cuma kami mahu ianya turut dilaksanakan juga oleh BN. Barulah adil dan benar-benar menegakkan demokrasi. Kalau setakat kami yang bubar, tidak memberi kesan apa-apa pun, sebaliknya rakyat yang terus menjadi sasaran.”

- ADUN Selinsing, Husin Din



Saya menyahut cabaran Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir supaya 28 ADUN Pakatan Rakyat meletak jawatan sedangkan tuntutan PR adalah supaya Dewan Negeri dibubarkan agar hak rakyat untuk memilih kerajaan dihidupkan semula. Cabaran Zambry tidak bererti kerana beliau tidak berani menghadapi rakyat dan Pakatan tidak rela membazir masa melayan omong kosong beliau. Sebelum ini, Zambry ada menguar-uarkan BN akan menang 34 kerusi sebagaimana didakwa seandainya Dewan dibubar, mengapa beliau tidak rela buat demikian, ini terbukti beliau adalah seorang yang cakap tidak serupa bikin. Zambry sebagai pemimpin tetapi suka cabar-mencabar, sedangkan rakyat Perak sedang hidup merana akibat rampasan kuasa. Kerajaan Negeri Perak di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN), bukan sahaja gagal menarik pelaburan asing, malahan Negeri Perak telah merosot menjadi negeri ketiga termiskin dalam negara selepas Sabah dan Terengganu. Ini adalah akibat dari politik perkauman yang sentiasa diapi-apikan oleh UMNO serta konco-konconya. Keangkuhan Dato Seri Dr Zambry Abd Kadir menunjukkan beliau adalah seorang yang gila kuasa dan amat pentingkan kerusi Menteri Besar. Adalah jelas beliau tidak akan memohon perkenan Sultan untuk membubarkan Dewan Negeri kerana begitu taksub terhadap kedudukan Menteri Besar yang riwayatnya bergantung kepada tiga orang ‘pengkhianat’ rakyat demi kepentingan peribadi.”

- ADUN Pantai Remis, Nga Kor Ming sh

Ehsan: Batu vs kayu


Perbicaraan Anwar, Najib Dan Maruah Malaysia


Umno, khususnya Najib Razak sudahpun memilih gelanggangnya. Beliau mahu mahkamah menentukan siapa bercakap benar – Anwar Ibrahim atau apa yang disifatkannya sebagai rakyat kerdil Mohd Saiful Bukhari Azlan – dalam kes liwat yang kini jadi perhatian dunia.


Anwar juga jelas sudah bersedia menyahut cabaran ke atas keluhuran peribadinya dengan berdiri di atas paksi bahawa ini adalah satu lagi konspirasi untuk mencatas kerjaya politiknya sebagai ketua pembangkang dan orang yang berpotensi menumbangkan hegemoni Umno.


Lantaran beberapa soal teknikal, Anwar dan pasukan peguamnya mahu perbicaraan ditangguh sehingga kes ini boleh diadili dengan saksama. Anwar mahu maklumat cukup mengenai apakah bahan bukti yang hendak dikemukakan ke mahkamah seperti pita rakaman video litar tertutup yang diperolehi di tempat yang dikatakan jenayah itu berlaku.


Anwar juga mahu mendapatkan spesimen DNA yang dikatakan yang hendak digunakan bagi pendakwaan terhadapnya. Contoh itu perlu disilang semak bagi menentukan kesahihannya. Apa yang dimintanya ialah peluang untuk mempersiapkan seberapa kemas yang boleh pembelaan diri di mahkamah. Anehnya, jika dalam prosiding biasa permintaan itu adalah lumrah yang tidak perlu jadi persoalan dalam kes biasa. Mahkamah memutuskan tidak boleh dipenuhi permintaan itu.


Baca lagi




Tujuh Wasiat Rasullullah

~In The Name of ALLaH~






“Dari Abu Dzar ra. Ia berKata : saya diBeri waSiaT oleH kekasihKu iaitu Nabi MuhaMMaD SAW denGan tujuH macam Perkara iaiTu :

1. menCintai orang-oranG misKin daN mendeKatkan diri kepada mereKa.
2. memandaNg kepada oraNg yang keadaaNnya di bawaH saya daN tidaK memandaNg kepada orang yang berada di atas saya.
3. menyambung atau mempereraT kekeLuargaaN sekaliPun keluarGa saya itu menJauhi saYa.
4. MemperBanyaK ucaPan Laa HauLa Wa Laa QuwwaTa iLLa BiLLaH (tiaDa daYa dan Tiada kekuaTan meLainKan denGan pertoLongan ALLaH).
5. Saya Harus berKata Yang Hak ataU beNar sekaLipun dirasaKan Pahit.
6. tiDaK boleH saYa mengambiL risiKo menentang Agama ALLaH terhadaP ceLaan oranG yang Suka menceLa.
7. JanGan samPai saYa meminTa sesuaTu kePada oraNg Lain.”
(riwaYat AhmaD dan Thabrani)


(“,)

1. tidaK sepatutnya memandaNg renDah dan Rasa JiJiK melihat oraNg misKin. siKap manusia Hari ini meniLai orang Lain dari segi ‘kebendaaN’ menyebabKan adanya JuraNg daLam perHubuNgan, cenderuNg merapati orang-orang Kaya dan jadi ‘pengaMPu’ serTa ‘pembodeK’.. oraNg misKin puLak tidaK dieNdaHkan.. SePatutNya orang misKin itu diBantu daN diBeLa NasiB mereka. IkhLas memBantu KeraNa ALLaH.. sepatutNya orang IslaM begini..

2. PandaNg oraNg Yang diBawaH suPaya kiTa tidaK rasa ‘TamaK’ daN ‘saRaKah’ terHadaP dunia ini. JanGan suKa pandaNg oranG2 di atas, itu menyeBaBkan kita merasa TidaK puas dengan Apa Yang kiTa ada, dan meLahirKan perasaaN hasaD dengKi serTa perasaaN tidaK bersyukur. Namun, untuK perkara Baik daN ibadaH, kiTa perLu liHat oraNg yang lebih BanYak iBadaH, suPaya kita sentiasa ingiN beriBadaH seBaik itu juGa. Tapi untuK perkara KebendaaN dan cenderung kepada Nafsu semata, ada baiK nya kiTa bersederhaNa sahaJa.

3. eRatKan hubuNgan deNgan keLuarga, keraNa dengan silaTurahmi Yang baIk daLam keLuarGa itu memBoLehKan kita hiduP dengan tenang. sedaNgKan denGan ada ‘permusuHan’ dan ‘perteliNgkahan’ akan menyebaBkan tidaK gemBira. terUsLah mempereraT Kasih saYang, seKaliPun kita diBenci daN diJauhi..(“,)

4. “Lau HauLa Wa Laa QuwwaTa ILLa BiLLaH” meruPaKan satu ZikiR Yang Paling muLia untuK menenangkan segaLa keadaAn Yang seRba menyuSaHkan. Zikir itu berisi Kalimah-kalimah keredhaaN kiTa terhadaP segaLa ujian Yang diberikan oleH ALLaH. Bukti penyeraHan diri kiTa terhadaP ALLaH, memohon pertoloNgan kepada ALLaH, mereNdaH diri kepaDa ALLaH. deNgan itu KeteNangan dan kebahagiaan dapaT dicaPai keraNa tiada Apa Yang kiTa risauKan, keraNa jiKa benar berseRah seGaLa pada-Nya, Maka Dia LaH sebaik-BaiK peNoLong Buat Kita. (“,)

5. pentiNg berkata Yang benar dan JuJur, sekaliPun ia pahit Buat Kita, daN paHit juga buat Yang mendengaR. suPaYa tidaK berLakU mudhaRaT di beLaKang hari. LebiH-lebih laGi jiKa ia berkaitan dengan AgaMa, berKata beNarlah sekalipun akhirNya kiTa akan diBenci!!

6. JaNgan Takut diceLa dalam memPerTahankan agama ALLaH. JanGan samPai KiTa sangguP menenTang HuKum agama hanya keraNa menjaga kepentingan Kita terhadaP manusIa. Jangan meninggaLkan HuKum agama keraNa takut dicela dan diPuLauKan manusia.. perTahanKan agama deNgan sungGGuh-sungguH!

7. JanGan juga sampai Kita meminTa-MinTa, itu adaLah suatu kehiNaan. ‘bekerJa’ dan ‘berusaha’ Lah dengan bersungguH dan penuh kesaBaran, pasti ALLah akan memBantu. diSamPing itu, wajiB taaT kepada-Nya, bersyuKur denGan nikMat-Nya, berseraH dengan-Nya… & GunaKan caRa Yang beTUL dalam mencari reZeKi..


Mari Kita beraMaL denGan wasiaT ini..
*_* rindU pada KeKasiH ALLaH..hukhuk..


Sumber: Ummu Solehah

Wednesday, February 3, 2010

BILAMANA UMNO TIDAK MENYERANG PAS


Berada di kerusi Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Parti bukanlah sesuatu tempat yang mudah dan selesa. Ia adalah tempat yang akan menerima pelbagai kecaman dan kritikan, dan di waktu yang sama saya tidak boleh membela diri kerana sebarang jawapan kepada kritikan berhubung keputusan JK Disiplin, akan mendedahkan beberapa maklumat sulit parti, yang tidak perlu diketahui oleh umum.


Sewaktu saya ditawarkan jawatan ini, saya merayu beberapa kali agar melantik orang lain, bukan untuk lari dari amanah, tetapi ianya tidak sesuai dengan jiwa saya. Saya tidak suka menghukum orang, apa lagi untuk menjatuhkan hukuman ke atas sahabat satu jamaah. Bahkan saya sangat bersetuju suatu pindaan Perlembagaan parti perlu dibuat agar Pengerusi JK Disiplin tidak diambil dari kalangan AJK Pusat; kerana ia akan dilihat ‘tidak adil’ terutama bilamana kita terpaksa membicarakan AJK sendiri atau pemegang jawatan parti. Undang-undang bukan sahaja perlu adil, tetapi juga perlu dilihat adil. Mungkin satu masa yang terdekat perkara itu akan dipinda, dan itulah harapan saya. Bukan untuk lari dari amanah, tetapi untuk kebaikan parti yang terus berkembang dan akan pasti berhadapan dengan lebih banyak karenah dalaman.


Bilamana saya dihadapkan dengan kes membabitkan dua tokoh di Selangor , Dato’ Dr Hassan Ali dan YB Khalid Samad, kedua-duanya adalah sahabat baik yang semua orang tahu. Saya mempunyai hubungan yang sangat akrab dengan Khalid Samad, bahkan kalau ke Shah Alam, Markaz PAS Seksyen 18 adalah tempat penginapanan saya. Di situlah saya berehat dan tidur selepas program di Shah Alam, dan Khalid Samad antara orang terawal saya hubungi, memaklumkan bahawa saya masuk kawasan jajahan takluknya, sebagai Ahli Parlimen. Biasa kami akan berjumpa, minum-minum berbual-bual. Bahkan selepas hukuman dijatuhkan kepada beliau saya hubunginya di luar Negara, memaklumkan keputusan, dan memohon keampunan Allah kalau saya tersilap dalam membuat keputusan kepada sahabat sendiri.


Baca lagi

Bersemuka dengan Lim Guan Eng

Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang mendapat sorotan luar biasa sejak akhir-akhir ini terutama selepas diserang sedemikian rupa oleh Datuk Zaharain Mohd Hashim, bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang. Pelbagai dakwaan yang dibuat beliau terhadap Lim. Wartawan Harakahdaily Zulkifli Sulong, Nazri Abdullah dan Hazayani Zakaria telah menebual beliau baru-baru ini bagi menilai sendiri pandangan beliau dalam beberapa isu penting.

Ikuti wawancara bahagian pertama dari dua bahagian ini.


Dalam mesyuarat agung DAP baru-baru ini YAB telah membentangkan satu dasar atau pendekatan baru DAP iaitu "Midle Malaysia" atau "Malaysia Tengah". Apa sebenarnya yang YAB maksudkan dengan slogan ini?


Yang saya maksud Midle Malaysia atau Malaysia Tengah adalah konsep di mana kita bersederhana dalam semua hal. Bukan ektremis. Kita ambil pendekatan pertengahan, tidak melampau. Pertama dalam ekonomi. Ekonomi yang maju, yang adil, dan memberi peluang kepada semua untuk mengecapi kejayaan. Kedua ialah isu pendidikan. Mahu sistem pendidikan yang cemerlang dan memberi peluang juga kepada semua. Yang ketiga mahukan sebuah masyarakat yang selamat tanpa ancaman jenayah. Keempat ialah bahawa mereka mahukan satu masyarakat yang merangkumi semua di mana kita berkongsi nilai-nilai bersama berdasarkan keadilan, kebajikan rakyat, kebenaran dan ketakwaan kepada Tuhan. Yang kelima tentu mereka mahu kepimpinan yang berintegriti supaya kita dapat menjauhi diri daripada gejala rasuah bersifat amar makruf nahi mungkar.

Baca lagi episod seterusnya

Tuesday, February 2, 2010

Keberanian Ku Li mendahulukan rakyat




KUALA LUMPUR, 2 Feb: Tindakan Tengku Razaleigh Hamzah berbeza pandangan dengan kepimpinan Umno dalam isu royalti minyak berpunca dari dasar dan amalan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak bersifat pro-rakyat, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.


"Keberanian Ku Li mengambil pendirian yang bertentangan dengan pendirian kerajaan (pimpinan Najib) adalah suatu langkah yang mendahulukan rakyat," katanya.


Kerajaan Najib menafikan bayaran tunai royalti minyak kepada Kelantan dan meniru apa yang dilakukan oleh kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad dahulu yang memutuskan untuk memberikan wang ihsan sahaja kepada Terengganu yang waktu itu ditadbir oleh kerajaan PAS.


Sambil menyifatkan tindakan kerajaan Barisan Nasional (BN) menidakkan royalti kepada kerajaan dan rakyat Kelantan sebagai tindakan yang bersifat memusuhi dan melancarkan perang, Mahfuz melihat tindakan Razaleigh hakikatnya mahu mempertahankan kedaulatan kerajaan dan rakyat Kelantan.


Beliau bersetuju dengan penegasan Razaleigh di akhir ucapannya dalam majlis Majlis Solat Hajat dan Ceramah Perdana Royalti Petroleum di Kota Bharu minggu lalu bahawa Kelantan bukan peminta sedekah.


Bagi Ahli Parlimen Pokok Sena itu, tindakkan Razaleigh itu mengingatkan kembali rakyat Malaysia pada peristiwa keberanian beliau menentang Dr Mahathir dalam pemilihan jawatan Presiden Umno 1987 lalu sedangkan pada waktu itu Dr Mahathir adalah Perdana Menteri dan Presiden Umno.

Baca lagi

Jangan Rosakan Jemaah

Cintailah Jamaah,Jangan Rosakkannya


1. Jamaah adalah flatform atau wadah perjuangan kita untuk mendaulatkan syariat Allah swt di atas muka bumi ini . Fungsinya menggantikan khilafah yang telah runtuh sejak sekian lama .

2. Justeru itu , Jamaah ini [ PAS ] mesti dibaca dan dihayati sebagai sebuah Gerakan Islam bukan sebuah parti politik semata - mata . Meskipun ia menyertai pilihanraya dan menerima sistem demokrasi yang tidak bercanggahan dengan syariat , namun ia hanya sebahagian dari tugas besar dan utama sebagai sebuah Gerakan Islam.

3. Ini perbedaan utama PAS dengan parti - parti politik yang lain . Selain dasar dan prinsip perjuangannya ialah Islam , PAS juga mesti tegak dengan sistem pengkaderan syakhsiyah dan pembinaan ruhiyyah yang mantap dan istiqamah.

4. Inilah kekuatan PAS dan inilah juga sebenarnya rahsia kehebatan dan keunggulan PAS . Memisahkan PAS dari elemen - elemen spiritual dan amal tarbawi ini akan meletakkan PAS tidak ubah seperti parti - parti politik yang lain dan pastinya PAS akan hilang keistemewaan dan kewibawaannya.

5. Akhir - akhir ini , seperti wujud satu gerakkan terancang untuk menghakis nilai - nilai fundamental ini daripada PAS sekaligus untuk meletakkan PAS hanya sebagai sebuah parti politik yang bertarung dan bergelut di medan demokrasi malah berusaha untuk meletakkan PAS sepenuhnya menganut faham demokrasi .

Baca lagi

Mereka ke Pej PAS Perak - Kenapa tak ke SUK - Fikir lah sendiri?


IPOH - Kunjungan Wakil Kedutaan Amerika En. Jeremy Nathan, Timbalan Penasihat Politik Kedutaan United States di Kuala Lumpur pagi tadi telah disambut mesra oleh Al Fadhil Ustaz Abu Bakar Hussain selaku Pesuruhjaya PAS Negeri, YB Dato’ Seri Hj Nizar, Setiausaha Perhubungan PAS Negeri dan beberapa pimpinan Harian PAS yang lain.



Dalam pertemuan tersebut, Pesuruhjaya PAS Negeri telah memberi taklimat tentang dasar-dasar perjuangan PAS dan perkembangan isu-isu politik terkini di Perak.


Manakala wakil kedutaan Amerika, Mr . Jeremy menyatakan hasratnya bertemu PAS Perak untuk mengetahui perjuangan PAS sebenar yang selama ini kegiatan dan perjuangan PAS tidak mendapat liputan yang tepat melalui media arus perdana.

Ayid>> Ini yang membuatkan UMNO akan bertambah meroyan lagi

Baca lagi


Tak Payah ada Ijazah dapat RM 15,000 sebulan

KUALA LUMPUR: Kelab janda bergetah! Itu jolokan diberikan kepada sebuah pusat karaoke terkemuka di ibu kota kerana kebanyakan pelayannya terdiri daripada kumpulan janda warga tempatan yang masih muda dan mempunyai bentuk badan menggiurkan.

LAYAN...seorang 'mak jan' (tengah) melayan pelanggan.
LAYAN...seorang 'mak jan' (tengah) melayan pelanggan.
PROMOSI...ibu ayam memperkenalkan 'mak jan' untuk dipilih pelanggan.
PROMOSI...ibu ayam memperkenalkan 'mak jan' untuk dipilih pelanggan.

Difahamkan, kebanyakan pelayan di premis terbabit digelar ‘mak jan’ selain dikatakan mampu mengaut pendapatan mencecah RM15,000 sebulan.


Tidak cukup dengan itu, kebanyakan ‘mak jan’ cuba menggoda pelanggan untuk mendapatkan pendapatan tambahan RM200 dengan menawarkan khidmat seks dalam tandas bilik karaoke berkenaan.


Baca lagi




Monday, February 1, 2010

UMNO boleh buat apa mereka mahu - Ku Li


Abdul Aziz Mustafa
KUALA LUMPUR, 1 Feb: Apa yang ingin dilakukan oleh Umno terhadap Tengku Razaleigh Hamzah adalah tidak relevan kerana isu sebenar ialah ketetapan undang-undang bahawa Kelantan dan Terengganu berhak mendapat royalti.


"Siapa saya berbanding isu sebenarnya, iaitu undang-undang dan hak rakyat. Umno boleh buat apa yang mereka mahu. Tetapi selepas itu mereka tetap terpaksa berhadapan dengan undang-undang negara dan berhadapan dengan rakyat," Malaysiakini memetik bekas Menteri Kewangan itu berkata ketika mengulas kemungkinan tindakan Umno terhadapnya.


Ini ekoran tindakan Ahli Parlimen Gua Musang itu menyampaikan ucapan mengenai hak Kelantan untuk mendapatkan royalti minyak di Majlis Solat Hajat dan Ceramah Perdana Royalti Petroleum di Stadium Sultan Mohamed Ke-IV, Kota Bharu pada 28 Januari lalu.


Beliau mengulangi penegasan bahawa Akta Kemajuan Petroleum memberikan hak di sisi undang-undang kepada Kelantan dan Terengganu untuk mendapat bayaran tunai royalti sebanyak lima peratus hasil keuntungan minyak di luar pesisir.


"Sebagai Pengerusi Petronas pada waktu itu, saya yang merangkakan undang-undang tersebut dan menandatangani perjanjian atas arahan bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.

Baca lagi

Kenyataan Zambry sombong, dangkal dan bodoh - Misbahul Munir

Ismail Hashim

KUALA LUMPUR, 1 Feb: Kenyataan Menteri Besar BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang meminta 28 Adun Pakatan Rakyat di negeri itu mengosongkan jawatan dilihat sebagai bukan sahaja sombong dan dangkal bahkan bodoh sebagai seorang ahli politik berwibawa.


Setiausaha PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir Haji Masduki berkata, kenyataan Dr Zambry yang mencabar semua Adun PR melepaskan jawatan untuk dipertandingkan semula menampakkan kecetekan beliau di dalam ilmu pengetahuan berpilihan raya di negara ini.


Di dalam satu portal berita, Dr Zambri dilapurkan mencabar 28 Adun PR mengosongkan kerusi mereka bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan di kerusi-kerusi.


"Kalau pembangkang rasa mereka popular sekarang, bubarlah 28 kerusi mereka. Kita tengok sama ada mereka dapat semula 28 kerusi DUN ataupun tidak dalam pilihan raya kecil," katanya selepas diwawancara dalam program Setahun Melayari Arus di studio Perak FM Ipoh hari ini.


Menurut Ustaz Misbah, Dr Zambry mengeluarkan kenyataan itu tanpa meneliti aturan dan peraturan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang dengan tegas menyebutkan; mana-mana wakil rakyat yang meletakkan jawatan; beliau tidak boleh bertanding dalam masa lima tahun berikutnya.

Inilah yang Dr Zambry terlepas pandang dan pasti beliau tidak mempunyai maklumat ini sebab itulah beliau dengan tidak semena-mena membuka tembelang dirinya yang kononnya bijak berpolitik, jelasnya.


“Sepatutnya Dr Zambry yang isytiharkan pembubaran Dun Perak untuk diadakan pilihan raya semula bagi membolehkan rakyat negeri ini memilih PR yang layak atau BN yang akan ditumbangkan mengikut lunas demokrasi.


“Bukannya dengan membuat kenyataan yang menampakkan sikap sombongnya dalam mempertahankan perbuatan merampas Kerajaan Perak bermula 6 Februari 2008 lalu, malah dilihat oleh rakyat sebagai dangkal dan bodoh,” tegasnya kepada Siasah baharu sebentar tadi.


Ustaz Misbah berkata, PAS berkeyakinan penuh suasana Negeri Perak akan kembali makmur dan segar semula dan perasaan rakyat keseluruhannya akan berpuas hati sekiranya Dun dibubarkan untuk pemilihan kerajaan baharu.

Harakahdaily

Koleksi Gambar terbaik. Ini yang ditakuti UMNO


Mampukah UMNO lakukan sebegini! dan mungkin ini juga yang membimbangkan mereka























Muslimat juga tidak ketinggalan berjemaah bersama.








Gambar ekhsan Topeng Perak


Sunday, January 31, 2010




KPN Pantau Blog, Laman Web sentuh Perkara sensitif


JOHOR BAHARU, 31 Jan (Bernama) -- Kementerian Dalam Negeri dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan terus memantau beberapa blog dan laman web yang menyentuh perkara-perkara sensitif di negara ini.

Menteri berkenaan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata bukti kini sedang dikumpul dan apabila mencukupi akan digunakan untuk mengheret mereka yang menyentuh sensitiviti seperti institusi Raja-raja Melayu, perkauman dan agama ke muka pengadilan.

"Tindakan kita kebelakangan ini menujukkan keseriusan kita untuk membawa sesiapa saja asal cukup bukti ke mahkamah," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat Badan Perhubungan Umno Johor yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman di sini pada hari Ahad.

Menyifatkan kes seperti blogger Aduka Taruna yang menghina Almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail sebagai kes rintis, Hishammudin berkata KDN, SKMM dan pihak berkuasa yang berkaitan akan mengenal pasti mereka yang terlibat dihadapkan ke mahkamah dan dihukum.

Baca seterusnya

Jangan Biarkan UMNO terus zalami rakyat


LARUT, 31 Jan: Umno Barisan Nasional tidak boleh dibiarkan untuk terus memerintah ekoran telalu banyak penganiayaan dan kezaliman dilakukan kepada rakyat di negara ini.

Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain berkata, selain mengainaya rakyat, Umno juga tidak boleh diharap untuk menjaga hal berkaitan agama Islam itu sendiri.

"Umno sekat bantuan ke negeri Kelantan sebab Kelantan diperintah pembangkang, Umno khianati orang miskin khususnya dalam Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Umno sebenarnya khianat tanah orang Melayu di Perak dan menuduh Pakatan yang khianat.

" Umno tidak boleh agama, kita tengok apa yang mereka sudah lakukan terhadap agama Islam sekarang," katanya sewaktu berucap merasmikan program Himpunan Pemuda PAS Perak (HEMPAP) 2010 di Darul Ta'lim, Selama, di sini.

Selain itu dakwanya, kerajaan Umno juga bersikap 'double standard' dalam melaksanakan undang-undang dengan mensasarkan pembangkang dan mereka yang menentang dasar mereka.

"Undang-undang 'double standard', dikenakan kepada pemimpin pembangkang dan orang yang membangkang mereka," katanya lagi.

Menyentuh keputusan mahkamah berhubung kes Menteri Besar Perak yang bakal diketahui 9 Februari ini beliau berkata, PAS dan pakatan rakyat akan menerima sebarang keputusan asalkan ianya dibuat secara adil.

"Kalau kita menang, kita akan buat cara menang, kalau kalah kita buat cara kalah sebab kita dah memang biasa kalah.

"Tapi biarlah kalah dalam bentuk yang adil dan boleh diterima oleh fitrah manusia," katanya lagi.

Baca seterusnya


Orang Islam Jangan "Jahil Agama" Haji Hadi


Rusila, MARANG – Orang Islam mestilah beristiqamah, bertindak betul dan tidak melampau dalam menghadapi pelbagai isu yang sedang berlaku dalam negara masakini.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata demikian ketika diminta mengulas isu-isu sensitif yang berlaku mutakhir ini seperti isu ‘kepala babi’ di perkarangan masjid, membakar surau dan membakar gereja.

”Jangan melampau, itu tak boleh, walaupun orang melampau kepada kita, kita tak boleh melampau kepada orang, kita kena tetap,

”dan kita minta supaya dibuat siasatan secara adil, scara telus, siapa dia yang buat itu, kena bertindak (keatasnya), bukan sahaja surau, termasuklah gereja, dua-dua sekali, dua-dua itu kena siasat,

”yang buat ke surau pun kena siasat, yang buat ke gereja pun kena siasat kena adil dan saksama,”tegasnya ketika ditemui selepas menyampaikan kuliah mingguannya, disini, semalam.

Menurutnya, orang Islam tidak boleh berindak mengikut persaan namun mesti bertindak menurut petunjuk al-Quran dan hadis RasuluLlah SAW.

”Tak boleh (marah), kita ada petunjuk, al-Quran dan hadis, (mesti bertindak) dengan ilmu, jangan tidak (mengunakan) ilmu,
”yang bertindak (melampau) banyak yang jahil, orang Islam jangan jahil dengan ugamanya,”katanya lagi.

Katanya, masalah yang timbul adalah kerana ramai yang jahil ugama dan bertindak dengan cara yang tidak betul.

”Kita nak mempertahankan ugama kita, tetapi (sebaliknya) dengan cara yang tidak betul, nak mempertahankan (Islam) biar (dengan) cara yang betul.”katanya.

Sumber


follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak