Saturday, December 5, 2009

“Kita doa sampai pecah perut”



KOTA BHARU – “Kita doa biar pecah perut orang itu,” kata Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, semalam.

Nik Abdul Aziz berkata demikian ketika berucap pada majlis perhimpunan bagi menyatakan sokongan kepada beliau yang dihadiri kira-kira 3,000 penyokong di Dataran Ilmu, di Jalan Dato’ Pati di sini.

Perhimpunan itu diadakan sempena kuliah mingguan Mursyidul Am Pas itu di dataran itu yang bermula 8 pagi yang turut dihadiri Exco Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri.

Beberapa sepanduk dan kain pemidang turut dipasang di sekitar lokasi itu sebagai tanda sokongan dengan sebilangan anggota Pemuda parti memakai lilit kepala berwarna merah yang bertulis “We Love Tok Guru” dan “Royalti bui-builah (bagi-bagilah)//end

Ayid//> Teman rasa ada yang kecut perut kali ini


Perhimpunan itu diadakan oleh penyokong Pas itu bagi menjawab demonstrasi bantahan ratusan penyokong UMNO terhadap Nik Aziz Selasa lalu bagi mendesak Nik Abdul Aziz memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung doa bala terhadapnya.

Dalam ucapannya, Nik Abdul Aziz menyifatkan penafian terhadap bayaran royalti minyak seperti dituntut Kerajaan Negeri sebagai melanggar keadilan asasi dan tidak adil kepada Kelantan.

“Perkara ini bercanggah dengan (prinsip) keadilan asasi,” katanya.

Nik Abdul Aziz turut mengaitkan perkara itu dengan bantahan masyarakat bukan Islam yang menentang peraturan kawalan arak ketika beliau baru memimpin Kelantan, 19 tahun lalu.

“Ada (ahli masyarakat) yang kata hendak buat pesta minum arak. Bila wartawan tanya saya (perkara itu), saya kata, bagi dia minum sampai pecah perut,” katanya sambil disambut dengan gelak ketawa oleh penyokongnya.

Mengulas kritikan terhadap kepimpinannya akhir-akhir ini, Nik Abdul Aziz berkata, serangan itu dibuat ekoran “rasa cemas” Barisan Nasional (BN) dalam usaha menutup masalah dalaman parti-parti komponennya.

“Dia (BN) nak tipu budak-budak dengan hantu boleh, tapi nak tipu rakyat Kelantan tak boleh. Masalahnya gini (begini), ambo (saya) dalam keadaan kecemasan kini kerana di Terengganu jadi ‘terkangkang’ dua, Di Perak terkangkang dua, MCA, MIC, DAP kucar-lanar (kucar-kacir).

“Ibarat orang tua dukung anak ‘jerit’ (menangis), kata ‘Hantu! Hantu!’, ‘Burung! Burung!’. Anak dok menangis juga. Sekarang ini, orang (UMNO) mulai sebut ‘Nik Aziz! Nik Aziz!’,” katanya.

Perhimpunan sejam itu berakhir dengan laungan takbir penyokongnya.

Sumber

Mencontohi sikap Tok Guru

DEC 4 — Terima kasih tuan guru kerana mendengar rintihan kami. Terima kasih tuan guru kerana mengutamakan perjuangan Islam dan parti PAS lebih daripada kepentingan peribadi dan keluarga.
Terima kasih tuan guru kerana atas nasihat dan kebijaksanaan menilai perjuangan jangka panjang, tuan guru menasihatkan menantu mengundurkan diri.

Terima kasih kepada kepimpinan PAS yang diketuai Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang membantu menyelesaikan kemelut ini dengan sempurna dan bijaksana.
Setelah beberapa minggu dilanda pelbagai kontroversi dan persepsi buruk, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membuktikan kepada kita semua bahawa beliau boleh ditegur dan diperbetulkan.

Bukan Tuan Guru Mursyidul Am sahaja, malah Tuan Guru Presiden PAS juga mempunyai sifat yang sama. Beliau dikritik secara berdepan pada 7 November lalu, dalam Seminar Memperkasakan PAS.

Keterbukaan kedua-dua tokoh PAS ini merupakan suatu teladan yang terbaik pernah ditunjukkan oleh kepimpinan. Mereka membuktikan bahawa perjuangan PAS bukan sekadar retorik sahaja.

Kepimpinan PAS sedia ditegur untuk berubah ke arah yang lebih baik. Kepimpinan PAS sedia dimuhasabah, demi kebaikan perjuangan Islam.

Ini adalah bukti keberkesanan dan ketelusan sistem Islam, pentadbiran Islam dan politik Islam yang dipelopori PAS. Ianya juga merupakan suatu sistem tarbiyah (pendidikan) dalaman, yang harus diteladani dan dicontohi oleh parti-parti politik lain dalam negara.

Bagaimanapun, dengan satu dua perkara yang baik ini sahaja, tidak cukup untuk PAS berbangga. Terlalu banyak halangan dan cabaran menanti PAS.

Mungkin lebih berat daripada fitnah yang melanda kepimpinannya pada waktu ini.
Cabaran yang paling besar kepada sebuah perjuangan, ialah bagaimana ia boleh mempunyai suatu bentuk kepimpinan yang mantap, jujur, lengkap dengan ilmu serta telus dalam tindakan dan amalan.

Cabaran yang paling hebat kepada seseorang pemimpin ialah, bagaimana ia boleh mengelak dari dipalitkan dengan persepi penyalahgunaan kuasa, mengamalkan kronisme atau nepotisme.
World's greatest IT company seeks the best finance professionals

Masalah kepada sebuah perjuangan parti politik akan wujud, apabila ada di kalangan kepimpinannya, dilihat tidak bersih.

Dalam soal ini tidak harus ditunding jari atau dipersepsi negatifkan urusan antara Tuan Guru Nik Aziz dengan menantunya sahaja. Tidak juga harus dipersalahkan Presiden PAS seorang, jika PAS berada di tahap yang menurun.

PAS dan Pakatan Rakyat punyai cabaran yang lebih besar. Iaitu bagaimana ia boleh mengekalkan momentum sokongan rakyat, yang diterima pada 8 Mac 2008.
Bagaimana Pakatan Rakyat boleh menarik sokongan rakyat dengan mengenengahkan kepimpinan yang bersih, telus, adil dan demokratik.

Sayugia diingatkan seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat, sama ada daripada PAS, KeADILan, mahupun DAP yang memegang jawatan, mesti benar-benar bersih, bukan sahaja dilihat bersih.
Mereka yang memegang jawatan sebagai Menteri Besar, Ketua Menteri, mahupun Exco Kerajaan Negeri, mesti berusaha mengelakkan sebarang elemen yang mengkayakan diri sendiri. Mereka jangan berebut balak, jangan berebut pasir, projek, tender dan sebagainya.

Mereka harus mengelak daripada dikelilingi oleh circle ahli perniagaan atau kroni-kroni tertentu. Mereka mesti mengelak daripada memberikan apa jua anugerah kepada anak beranak, adik beradik ataupun sanak saudara.

Persoalannya di sini, bukan soal sesiapa yang menerima jawatan, anugerah atau projek atau laba, layak atau tidak. Bukan soal layak atau tidak dari segi undang-undang. Tetapi ianya berkait dengan kesalahan moral dan etika.

Dan antara yang paling utama sekali ialah, pemimpin Pakatan Rakyat mesti mengekalkan cara hidup yang mereka jalani sebelum berkuasa, tatkala mereka memegang jawatan tinggi dalam kerajaan.

Apabila pemimpin Pakatan Rakyat mula hidup mewah ataupun menunjukkan cara hidup yang mewah, maka rakyat kebanyakan yang miskin, yang susah akan menjauhi mereka, sekali gus mereka akan memalitkan persepi buruk kepada parti yang diwakili.

Ingatlah, bahawa rakyat menolak Umno-Barisan Nasional kerana pemimpin mereka mengamalkan rasuah, menyalahgunakan kuasa, mengamalkan kronisme dan nepotisme.
Umno-BN mencipta jurang besar antara mereka dengan rakyat, kerana kebanyakan pemimpin mereka hidup dengan serba mewah. Mewah bukan kerana keturunan mereka kaya, tetapi mewah selepas memegang dalam Umno dan kerajaan.

Semakin lama Umno-BN berkuasa, menjadikan pemimpinnya semakin tamak.
Secara beransur-ansur rakyat semakin sedar dan menjauhi Umno. Maka malang bagi kita, jika rakyat melihat kita (Pakatan Rakyat) sama sahaja dengan mereka (Umno-BN).

Tambahan pula jika kita dari PAS, sebuah parti Islam, memperjuangkan kebenaran Islam, maka barang dijauhkan Allah untuk kita melakukan sebarang tindakan yang dilihat sama dengan Umno. Pemimpin PAS jangan jadi seperti pemimpin Umno.

Justeru, bagi seluruh kepimpinan dan ahli PAS, menjadi cabaran besar bagi mereka untuk berjuang melawan hawa nafsu, melawan godaan pangkat, melawan godaan harta dan kuasa.
Tambahan bagi mereka yang ‘bertitle’ ustaz, cabaran lebih besar bagi mereka untuk memperlihatkan diri mereka bersih dari rasuah atau menyalahgunakan kuasa. Mereka mesti mengelakkan hidup dengan penuh kemewahan dan kemegahan.

Mereka tidak harus menunjukkan kemewahan dengan memiliki banglo mewah, mempunyai kenderaan mewah atau menaiki kapal terbang dengan menempah tiket business class. Semua ini harus dielakkan kerana ia bakal mencetuskan persepsi buruk terhadap PAS.
Perjuangan PAS yang dipelopori oleh alim ulama mesti dibuktikan dengan menjalankan amanah dengan penuh tanggungjawab dan bersih.

Pemimpin mesti membuktikan bahawa perjuangan dalam PAS bukan diasaskan oleh kekuatan retorik semata-mata, kemurnian dan ketelusan amalan Islam bukan retorik.
Tetapi kemurnian Islam hendaklah dijelmakan dalam bentuk fizikal, iaitu telus dan bersih semasa diberi amanah memegang kuasa.

Buat waktu ini contohilah sikap dan kerendahan jiwa dua tuan guru ini. Merekalah ikon perjuangan kita, kedudukan mereka sebagai pemimpin terlalu tinggi, namun mereka sanggup merendah diri diteguri. Salam perjuangan. — harakahdaily

Mohd Rashidi Hassan
Sumber

PERHIMPUNAN RAKYAT DI KOTA BAHRU, SOLAT HAJAT DI MEKAH


leh Mohd Zuharman

KOTA BARU, Dis 4 — Menjelang perhimpunan rakyat di sini hari ini Kelab Penyokong PAS (BBC) Kelantan akan mengadakan solat hajat di hadapan Baitullah di Mekah al-Mukarramah.

Timbalan Presiden BBC Zainuddin Awang Hamat memaklumkan perkara ini ketika menghubungi The Malaysian Insider.

Perhimpunan Rakyat anjuran barisan kepimpinan PAS negeri dengan sokongan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negeri itu akan diadakan di Dataran Ilmu dekat sini bagi mempertahan kedudukan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar, Mursyidul Am dan Pesuruhjaya PAS negeri walaupun ditekan dengan pelbagai isu sehingga ada sesetengah pihak mendesaknya meletakkan jawatan.

“Dan ini adalah sebahagian daripada bukti di mana PAS Kelantan khususnya tetap setia dan menyokong kepimpinan tok guru,” kata Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri, Mohd Zaki Ibrahim.

Solat hajat di Mekah pula diadakan bagi menyambut seruan Nik Aziz agar para jemaah berdoa minta lembutkan hati Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk membayar royalti minyak kepada kerajaan kelantan. Nik Aziz membuat seruan itu melalui khutbah Aidiladhanya Jumaat lalu.

Beliau juga berkata akan mendoakan kecelakaan Najib dan Umno sekiranya royalti minyak itu tidak dibayar.

Langsung seruan itu menjadi kontroversi, sekali gus dipergunakan pemimpin Umno untuk menekan Mursyidul Am PAS itu sehingga sanggup mengadakan tunjuk perasaan sebagai tanda protes mereka.

Selasa lepas Jemaah Prihatin Rakyat Kelantan dipimpin Timbalan Ketua Umno Pasir Mas, Che Johan Che Pa mengadakan tunjuk perasaan di pintu masuk pejabat pentadbiran kerajaan negeri Kelantan di Kota Darul Naim.

Solat hajat tersebut akan diadakan di sepertiga malam ini disertai jemaah yang terdiri daripada puluhan ahli serta penyokong termasuk pimpinan PAS yang berada di tanah suci sekarang ini.

Zainuddin menyifatkan kumpulan terbabit sebagai tidak bermoral dan tidak berilmu kerana mudah diperalatkan Umno menjadi kuda tunggangan mereka.

“Persoalannya di mana pemimpin-pemimpin atasan Umno yang hanya mampu mengguna atau menggadai anak-anak ayamnya yang masih berhingus membuat demonstrasi.

“Kalau betul-betul berani, punya kemantapan dalam ilmu politik, sepatutnya mereka sendiri (pemimpin atasan Umno) tampil kehadapan dengan cara profesional” jelasnya. Zainuddin menambah, tidak salah dari sisi hokum mengenai doa yang disarankan Nik Aziz berdasarkan hadis Rasulullah yang bermaksud antara doa yang dimakbulkan ialah doa orang yang dizalimi.

“Maknanya tidak ada larangan bagi orang yang dizalimi itu berdoa di atas kezalimannya. Jadi apakah bukan kezaliman namanya apa yang dilakukan Umno? menafikan hak Kelantan, hak rakyat Kelantan, terutama dalam perkara royalty minyak ini,” soalnya.


Friday, December 4, 2009

PC ADUN TEJA – ISU TANAH DI GOPENG?

Ketua di dahulukan – Ahli di kemudiankan

Gua teringat lagi Zikir Barat dari Halim Yazid bertajuk anak tupai.
Rangkap kedua lagu terebut berbunyi “ Enam ekor beruk lapar jalan cari makan” Ini yang terjadi di Gopeng ketika ini, dimana mereka yang berkuasa tidak lagi kenal mana yang hak dan mana yang bathil, atas dasar tidak mengikut hukum yang di tetapkan allah di dalam Alquran.

Maka jadilah yang kaya terus kaya, yang papa terus menderita. Yang papa akan dijaga bila ada Pilihan Raya sahaja?. Ini yang dikatakan semenjak( Bedil) ada tupai habis mati, setinggi mana kita ngaji buat seekor tupai pun tak boleh jadi.

Bagi mengelakan specis tupai habis mati maka satu siding akhbar telah diadakan bertempat di Pusat Khidmat Masyarakat Parti keadilan Pekan Gopeng.

Sendiri mahu ingat blogger – sumber




Pada jam 10.30 pagi tadi,suatu sidang media telah diadakan di Pusat Khidmat Masyarakat Parti Keadilan Pekan Gopeng.YB Chang Li Kang selaku ADUN Teja bersama ketua Kampung dan wakil parti politik ada bersama dalam sidang media ini.

Perkara yang dibangkitkan ialah penyelewengan yang berlaku dalam pemberian hak
milik tanah di Kg Tersusun Baru Sungai Itek.Sidang tertumpu kepada Kuota Umno Bahagian Gopeng untuk mendapatkan tanah tersebut,Sedangkan ketua bahagian yang adalah seorang Ahli Majlis DBI,dan baru saja mendapat gelaran Datuk,rumah beliau yang berharga ratusan ribu di Persiaran Pinji Perdana.

Malah AJK Umno Bahagian yang mendapat tanah di Kg Tersusun ini,rata-rata hidup dalam keadaan mewah,inilah yang menaikkan lagi kemarahan warga gopeng yang hidup miskin tetapi gagal untuk mendapatkan tanah tersebut.

YB Chang Li Kang menggesa agar senarai individu yang tidak layak mendapat hak milik tanah tersebut dikaji semula dan lakukan rombakkan agar mereka yang benar-benar layak sahaja yang diberikan hak milik tanah itu.





Rumah yang terletak di Kampung Tersusun Rawa,Gopeng dimana pemiliknya mendapat satu lagi lot tanah di Kampung Tersusun Baru,Sg itek yang kini menjadi kontrovesi dikalangan penduduk miskin di sekitar Gopeng yang gagal mendapatkan tanah yang dijanjikan.


Jawab soalan dengan mudah?-Rumah orang senang ke susah?.. Pandai, tapi tak pandai tuan rumah ni pandai dapat! yang tak dapat.... lu cari sebab lu bengong. hehe hehe

Ingat..Ahli Umno dulu,kini dan selamanya jangan marah..inilah hadiah diatas pengorbanan kalian selama 50 tahun,telan sungguh-sungguh slogan keramat "Biar Hidup Melarat,Asalkan Pimpinan Umno Kaya Raya"..kuah3

Bai : Warga Gopeng...Sendiri Mau Ingat Maaaa...

Tunggu sambungannya....Panasss



Thursday, December 3, 2009

Apabila Ulama' Tiada

Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku", peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.




Tiga golongan manusia yang Allah s.w.t tidak akan memandang, tidak akan menyucikan mereka dan tidak akan bercakap dengan mereka di hari kiamat nanti dan mereka akan mendapat azab daripada Allah s.w.t iaitu:

* Orang tua yang berzina. * Pemerintah atau sultan yang membohongi rakyatnya ( raja yang berbohong). * Orang miskin yang takabur atau orang fakir yang sombong.

Antara alamat-alamat kiamat juga ialah:

* Allah mengangkat ilmu. Allah s.w.t tidak mengangkat ilmu dengan mencabutnya dari dada orang alim tetapi Allah s.w.t akan mematikan orang alim lalu pengantinyan nanti tidak dapat menandingi ilmu yang ada pada ulama' yang terdahulu. Pada pendapat saya kemungkinan juga Allah menarik ilmu dengan cara ulama' yang ada tidak mahu menyatakan kebenaran yang mereka tahu lalu masyarakat menjadi jahil dan kucar kacir kerana jahil. Setelah ulama' tidak ada, maka orang ramai meminta pandangan orang jahil lalu orang jahil tersebut memberi pendapat mereka dan orang ramai pun beramal dengan pendapat yang sesat itu.

* Orang jahil diangkat dan diberi kepercayaan mendapat tempat di hati masyarakat berbanding dengan ulama'. Di akhir zaman orang jahil akan bercakap , maka mendapat sokongan daripada orang ramai tetapi apabila orang yang berilmu ( alim ) bercakap maka mereka akan disekat-sekat serta tidak mendapat sokongan daripada orang ramai.

* Minum arak menjadi perkara biasa dan meluas. Masyarakat sudak tidak memandang pelik kepada orang yang minum arak malah menganggap arak adalah perkara biasa. Ada juga orang yang megaku sebagi seorang muslim tetapi mengatakan bahawa dia tidak jumpa perkataan arak dalam al-Quran. Ingatlah Allah maha mengetahui dengan segala perbuatan hamba-Nya.
* Berleluasa perbuatan zina. Malahan ada di antara ibu bapa sendiri tidak merasa perbuatan anak mereka yang boleh membawa kepada perzinaan seperti bercouple, tengok wayang bersama, keluar bersama, berkasih-kasihan, jalan bersama dan lain-lain lagi adalah merupakan perkembangan sihat seorang remaja. Akhirnya perbuatan ini akan membawa kepada perzinaan dan seterusnya akan membawa kepada dosa membuang bayi. Inilah akibatnya apabila manusia menjauhi agama. Renung-renungkan. Wallahuallam. Nukilan Saidi

KERANA JUBAH UMNO DAPAT MEMERINTAH PERAK - MAT SABU

"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku", peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.


Keadaan cuaca tidak begitu mengizinkan hujan



Kelihatan YB V.Sivakumar blogger Al-Hussien

Pengerusi Majlis pada malam tersbut saudara Ibarhim Malbar

Pada zaman kesultanan Melaka pertembungan di antara Hang Tuah dengan Hang Jebat tiada kesudahannya,kerana "Keris Taming Sari" yang berada pada Hang Jebat menyebabkan Hang Tuah tidak dapat mengalahkan Hang Jebat..

Di abat ke 20 ini, Jubah digantikan sebagai Keris Tamin Sari untuk memeintah sesuatu negeri. Ini lah realliti nya berlaku Perak.

Negeri Perak telah mencatatkan sejarah tersendiri dalam dunia pelembagaan apabila memecat Dewan Speaker dengan "Usong" kata Mat Sabu dalam ceramah beliau di Gopeng malam tadi.

Maka Umno telah menjadikan kisah pertembungan Hang Tuah dan Hang Jebat kedalam Dewan Negeri Perak apabila melihat tiada kesudahannya pertembungan diantara BN dan PR di Perak selagi "Jubah" yang dianggap oleh Umno sebagai "Taming Sari" tidak dirampas dari "Hang Sivakumar" dengan itu maka berlakulah rampasan "Jubah" dan dibawa lari dalam sidang dewan yang lalu,agar BN dapat memerintah semula dengan aman...inilah perangai Jakun Umno..


RASULLULLAH S.A.W WAFAT

Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku", peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.




Waktu Dhuha hari tersebut menyaksikan kewafatan Rsullullah s..a.w. Peristiwa ini berlaku pada hari isnin 13 Rabi'al awwal tahun ke seelas Hijrah bersamaan 8hb Jun 633M. Dengan ini usia Rasullullah s.a.w ialah 63 tahun berdasarkan tahun Hijrah dan 61 tahun 84 hari berdasarkan tahun masihi.

Ketika itu Abu Bakar berada al-Sunh, perkampongan bani Al-Harith bin Al Khazraj bersama-sama isterinya Habibah binti al-Harith bin Zahid Umar menghunuskan pedangnya dan mengugut sesiapa yang mengatakan bahawa Rasullullah s.a.w telah wafat. Beliau berkata:

Apa yang berlaku ialah Rasullullah s.a.w menemui Allah sebagaimana Nabi Musa menemui Allah. Nabi Musa telah meninggalkan kaumnya selama 40 malam. Demi Allah! Aku akan potong tangan dan kaki mereka yang mengatakan bahawa Rasullullah s.a.w telah wafat. Apabila Bau Bakar datang dan diceritakan apa yang berlaku, beliau masuk ke rumah "Aisah dan membuka penutup muka Rasullullah s.a.w. Beliau membongkok untuk menciumnya dan menangis. - Bersambung


Wednesday, December 2, 2009

Terlalu tinggi kemuliaan dan darjat Rasullullah SAW

SAYANGI RASULLULLAH S.A.W


Mungkin kita terlupa dengan artikel ini. Detik-detik Rasulullah SAW menghadapi Sakaratul Maut. Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap.

Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur'an dan sunnahku.


Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar adanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Di saat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar adanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu.

Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Di saat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,"Tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada
Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyatnya maut ini, timpakan saja semua seksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku", peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan."Ummatii, ummatii, ummatii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah Kepada kita.

Tanamlah rasa cinta kepada agama dan sesama muslim lain agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Wassalam



Kelantan dan Najib Berunding Isu Minyak

"Beliau minta supaya Tok Guru janganlah doakan dia”








Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Husam Musa menyambut baik kesediaan Perdana Menteri Najib Abdul Razak untuk berunding mencari penyelesaian berhubung isu royalti minyak Kelantan.

Sehubungan itu, Husam berharap tidak ada mana-mana menyalah-tafsir doa Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai taktik mencetuskan konflik.

Bagi Husam, doa adalah senjata orang-orang yang tertindas, khususnya rakyat Kelantan yang dinafikan royalti seperti yang dijanjikan.

Beliau melahirkan rasa kesal pihak tertentu sengaja memutar-belit isu sekitar doa tersebut, tanpa melaporkan penjelasan dan pendirian Nik Aziz.

“Semalam perdana menteri telah menyebut bahawa beliau sedia untuk berunding dan beliau minta supaya Tok Guru janganlah doakan dia”. Kita masih menuntut pembayaran itu dibuat kepada kerajaan negeri secara langsung. Bukan wang itu diuruskan oleh kerajaan pusat melalui peruntukan wang ehsan. Kalau kita lihat kehendak undang-undang ini ialah pembayaran tunai terus kepada kerajaan negeri," katanya.

Husam berkata kerajaan negeri Kelantan sukacita menyambut kesudian Najib untuk turun berunding.

Kerajaan negeri berpendapat pembayaran royalti minyak adalah lebih adil dan munasabah sekiranya ia disalur terus kepada Perbendaharaan Negeri Kelantan, dan bukan kepada agensi lantikan Kerajaan Pusat atau koridor projek raya.

“ Saya bagi pihak kerajaan negeri, selaku pengerusi jawatankuasa petroleum negeri Kelantan yang dilantik oleh exco telah menulis surat kepada Perdana Menteri. Tadi saya telah berjumpa dengan Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Maslan mohon jasa baik untuk dia mengatur perjumpaan di antara wakil kerajaan negeri dengan wakil dari Jabatan Perdana Mentei atau pun Perdana Menteri dalam isu tuntutan royalti," katanya.
Sumber

Tuesday, December 1, 2009

Penonton lebih ramai dari pendemo depan pejabat MB Kelantan

MARI KITA TENGOK SARKIS KAT KOTA BAHRU





Foto Sumber ehsan : Pinkturtle.wordpress.com

KOTA BHARU, 1 Dis: Kira-kira 50 penyokong Umno yang dipimpin oleh Che Johan Che Pa mengadakan perhimpunan di depan Kota Darul Naim pagi ini bagi mendesak Menteri Besar Kelantan meletak jawatan.

Bagaimanapun, hampir 1,000 lagi yang berhimpun memerhatikan demonstrasi yang dipercayai didalangi oleh


Che Johan, Timbalan Umno Pasir Mas itu kemudiannya telah menyerahkan satu memorandum kepada Setiausaha Politik MB, Anuar Bakhri Haron.

Ayid//- UMNO pernah berkata DEMO bukan kerja UMNO, habis ni kerja siapa...

Selain berteriak dan melaungkan slogan anti PAS, mereka juga menaikkan kain rentang mendesak Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat meletakkan jawatan.

Polis telah mengawal ketat demo ini.//END


Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata, tiada sebab kenapa beliau harus tunduk kepada desakan tersebut kerana ianya datang dari Umno dan bukannya dari PAS sendiri.

"Saya ini pemimpin PAS dan bagaimana pula mereka (Umno) desak saya letak jawatan. Lainlah kalau PAS desak saya barulah saya boleh berhenti. Ini pemimpin parti lain yang tidak ada kena mengena," katanya lagi.

Malah kata beliau perhimpunan mendesaknya meletak jawatan diadakan bertujuan menutup banyak kepincangan lain yang berlaku termasuk pergolakan Umno di Terengganu, dua kerajaan di Perak dan perpecahan MCA serta PPP.

"Bagi melarikan perhatian rakyat terhadap isu tersebut maka dibuat perhimpunan di sini dengan harapan rakyat tidak ingat lagi terhadap isu yang lebih besar berlaku," ujarnya..

Memorandum itu diserahkan Setiausaha Politiknya Haji Anual Bakri Harun selepas menerima daripada Timbalan Ketua Umno Pasir Mas, Che Johan Che Pa.

Lebih 50 penyokong Umno berhimpun di hadapan pintu masuk ke Kota Darulnaim bagi mendesak Tuan Guru Nik Abdul Aziz meletak jawatan.

Desakan itu dibuat ekoran kenyataan Menteri Besar yang mahu mendoakan supaya Datuk Seri najib dibuka pintu hati dan mengembalikan royalti kepada rakyat Kelantan, namun sekiranya masih enggan dipohon dikenakan bala kepadanya.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga meminta penyokong PAS membaikot akhbar yang sengaja yang mengapi-apikan isu di Kelantan bagi menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat.

"Baik tak usah baca suratkhabar terbabit yang sengaja menjadi kesalahan PAS dan kerajaan negeri," ujarnya.

Demontrasi yang didalangi Umno bermula jam 10.25 berlarutan sehingga 11.35 pagi. Pada awalnya mereka enggan bersurai biar pun diminta berkali-kali oleh pihak polis. Namun hujan lebat yang turun kemudian menyebabkan mereka beredar.

Perhimpunan terbabit difahamkan diketuai Che Johan dan kemudian menyerah memorandum kepada Setiausaha Politik Menteri Besar.

Selepas menyerah memorandum itu yang dinamakan atas Jemaah Rakyat Prihatin Kelantan JRPK, mereka diminta bersurai oleh polis dan hanya seorang wakil sahaja dibenarkan berucap.

Namun mereka tetap berdegil biar pun pegawai polis mengarahkan mereka supaya bersurai dengan alasan ingin mendapat jawapan dari Menteri Besar.

Ekoran itu kira-kira jam 10.40 pagi Ketua Polis Kelantan, SAC 1, Datuk Abdul Rahim Hanafi hadir dan meminta mereka supaya bersurai kerana perhimpunan tersebut tiada permit.

Lebih 30 anggota polis dilihat mengawal keadaan.

"Polis terpaksa meminta mereka supaya bersurai segera dalam tempoh setengah jam memandangkan perhimpunan mereka tidak mempunyai permit.

"Walaupun penganjur memohon permit malam tadi namun kami tidak dapat meluluskan perhimpunan ini.

“Mana ada jabatan yang memohon malam tadi, pagi ini boleh luluskan. Sekurang-kurangnya kena tiga hari. Kena ikut prosedur," katanya kepada pemberita selepas itu

Sumber Harakahdaily

LUAHAN HATI ANAK PERAK - ISU TANAH DI GOPENG PERAK

dari PureGopeng
Assalamualaikum,

Saya dari Kampong Sungai Itek, kira2 3km dari pekan Gopeng, Mukim Teja, sebenarnya tidaklah jauh sangat dari Bandaraya Ipoh, Ibu Negeri Perak DR, kira 20km sahaja. Bukan jauh dari Pusat Bandaraya untuk saya ini berasa kekampongan, malah saya tahu perihal global hari ini namun lebih perihatin dalam soal2 lokal ditempat sendiri.

Baca sampai habis luahan ini. Baru faham jangan sekerat-sekerat?

Lebih kurang 5/6 tahun dahulu, JKKK mengutarakan sebidang tanah kerajaan dipinggir kampong untuk dimajukan sebagai Kampong Tersusun. Pesertanya dikhususkan kepada penduduk tempatan dari 3 kampong sekitar iaitu Kg Sungai Itek, Kg Jelintuh dan Kg Pintu Padang yang masih tidak mempunyai tapak rumah.
Sememangnya ramai yang sudah berkeluarga dan beranak pinak tetapi masih tinggal serumah dengan orang tuanya atau pun paling tidak bina disebelahnya. Ada diantaranya menjadi penyewa dikampong tumpah darah sendiri sudah berbelas tahun lamanya!

Barangkali untuk jadi bahan kempen PRU12, cadangan itu telah diluluskan (segera?), maka berita ini telah menjadi perhatian semua. Dengan berkeyakinan UMNO-BN akan menang, maka orang2 kuat parti telah menamakan pesertanya dari orang mereka yang layak terlebih dahulu.

Mereka2 yang dicap sebagai pembangkang diketepikan begitu sahaja, nasiblah jumlah sebenar penyokong pembangkang tidak seramai mana pun! Bagi orang2 UMNO biarlah mereka2 itu makan hati menjeruk perasaan. Saya risik2, nama saya tidak ada dalam senarai tetapi nama isteri ada, tidak tahulah mengapa namun bagi saya itu sudah cukup memadai sangat2!

Tsunami politik melanda, UMNO-BN kecundang di Perak DR! Saya tetap bersyukur, kerana kerajaan PR akan meneruskan juga cadangan Kg Tersusun. Orang2 UMNO berasa gelisah menjangkakan pastilah peserta kali ini dari penyokong PR sahaja. Namun dibawah Ketua Kampong PR, senarai kali ini lebih telus dan tidak terikat kepada kepartian.

Senarai nama yang dicadangkan jelas tidak pilih kasih, hanya yang benar2 layak untuk mendapatkan tapak rumah diberikan keutamaan tanpa mengira keahlian parti.! Kali ini nama saya pula yang tersenarai! Ketua UMNO Cawangan pun turut tersenarai kerana keadaannya benar2 memerlukan! Salut saya dengan PR!!!

PR tidak lama sebagai teraju, dalam pelik bin ajaib UMNO-BN kembali membentuk kerajaan negeri Perak DR. Tahniah dan saya bersyukur lagi kerana cadangan Kg Tersusun tetap diteruskan. Pejabat Daerah dan Tanah Kampar mengeluarkan surat panggilan temuduga tetapi entah dari mana kuasa ghaib memberi arahan, temuduga dibatalkan dan senarai peserta juga dimansuhkan dengan cara pengumuman dibuat sebelum Sholat Jumaat dimasjid!?

Kepada sesiapa yang berminat dikehendaki mengisi borang dan akan disenarai pendek untuk dipanggil temuduga! Rancangan Kg Tersusun yang dicadangkan oleh JKKK Kampong ditukar konsep kepada terbuka dan pada closing date pemohon yang mengisi borang menjangkau kepada 2000 orang, sedangkan tanah yang diluluskan hanya sebanyak 127 lot sahaja!

Bagi saya ini adalah angkara durjana! Cadangan asal adalah dari JKKK, khusus untuk penduduk setempat yang benar2 memerlukan, akibat PRU berlaku sorong tarik, pilih kasih dan cantas nama2, kini jadi lebih celaru, haru biru; barangkali ada yang ingin menunjuk kuasa tetapi beralasan keadilan untuk semua; tunjuk pandai kononnya atas demokrasi dan toleransi.

Sebenarnya senarai asal adalah yang benar2 memerlukan, paling mudah dengan membuat soal siasat dan kaji selidik sebagai pengesahan. Tanpa kroni mau pun nepotism yang benar2 sahih layak pasti akan memiliki tapak rumah.

Kini pasti akan berlaku kepentingan kroni dan rasuah, maka yang benar2 berkelayakan akan menjadi mangsa diketepikan begitu sahaja. Ini bukan sekadar jangkaan atau tuduhan melulu kerana kononnya setelah dibuat saringan oleh pihak pejabat seramai 700 orang telah dipanggil untuk temuduga! Selama 3 hari temuduga dijalankan, kelihatan diantara yang datang dengan kereta Merc, BMW dan Volvo.

Muka2 yang jarang ditemui dipekan Gopeng, malah ada yang tidak pernah balik kampong walau pun dihari raya, ada yang sudah bertahun2 duduk di KL, JB dan Penang turut dipanggil temuduga. Termasuk mereka2 yang kita tahu sudah ada rumah banglow bagai istana raja, malahan yang sudah ada 2 atau 3 lot tanah. Yang dulu pernah dapat tapi sudah dijual pun turut menghadiri temuduga! Konsep 1Malaysia yang mana rakyat didahulukan sudah diterapkan.

Dua minggu sebelum Idul Adha sudah kencang khabar (bukan khabar angin!) tentang nama2 yang berjaya didalam temuduga. Bocor! Risik2 punya risik, nama saya tidak tersenarai. Saya tau kedudukan sendiri, punya 6 anak dan masih menyewa rumah sejak kahwin 20 tahun (tiga kali interview, tak dapat2!) lalu cuba tackle2 kalau ada lubang bagi menyelitkan nama dalam senarai.

Paling tidak saya tetap perlu mencuba kerana sangat2 mengharapkan dan akhirnya dapatlah saya sekadar janji untuk ditolong (sekiranya boleh) oleh seseorang. Kalau ada rezeki, dapatlah katanya.

Proses yang tampaknya amat mudah dibuat bagi mencari penyelesaian atau pun memungkinkan paling sedikit komplen dan rungutan rakyat jelata kepada pihak berkuasa sepatutnya menjadi amalan bagi memperolehi sokongan dan undi pilihanraya tetapi tidak mahu dipraktikan kerana sikap bodoh sombong dan juga bodoh bebal dikalangan mereka sendiri!

Keputusan temuduga dipamirkan sehari menjelang Idul Adha dan diberi tempuh 14 hari untuk bantahan. Maka apa yang menjadi bualan hangat lagi panas dimasjid pada Sholat Idul Adha, Sholat Jumaat dan ditempat2 penyembelihan qurban ialah senarai keputusan temuduga! Malah dimana2 ianya menjadi tajuk utama, hampir keseluruhanya mempertikaikan senarai nama dan menyalahkan beberapa pihak dengan maki hamun dan sumpah seranah, hingga ada yang mencadangkan bubarkan Cawangan UMNO!

Saya termasuk tersenarai dapat, janji seseorang yang hendak tolong itu boleh pakai nampaknya! Tetapi tetap tidak berpuas hati kerana ramai dari nama2 yang turut tersenarai adalah langsung tidak layak sama sekali! Bagi saya, orang yang berkuasa membuat pemilihan dan penilaian tersebut sebahagian dari mata hatinya adalah telah dibutakan oleh sesuatu atau pun sememang buta sama sekali!

Berikut beberapa data yang membuatkan ketidakpuasan hati sehingga dipertikaikan:-

1) 35 peserta termasuk 28 orang dari mereka adalah Bukan Bumiputera tersenarai tanpa mengisi borang yakni tidak perlu menghadiri temuduga atas alasan mereka adalah setinggan pinggir pekan Gopeng. Kaum India dan Punjabi tersebut apabila disemak sebenarnya adalah anak beranak dan adik beradik dari 5 buah keluarga sahaja!.

Menjadi persoalan, mengapa perlu masalah mereka diselesaikan dengan mengambil hak yang pada awalnya dikhususkan kepada penduduk 3 kampong yang terlibat dengan perancangan? Kalau kawasan mereka mahu dibangunkan dengan projek lain, seperti selalunya pihak pemaju tempat tersebut yang akan membuat penyelesaian penempatan semula mereka2 itu.

Dimanakah relevannya mereka yang Bukan Bumiputera dibawa masuk ditengah2 kampong tradisional Melayu? Barangkali inilah salah satu dari konsep 1Malaysia yang diperkenalkan? Tidakkah akan berlaku nanti seperti di Shah Alam iaitu peristiwa kepala lembu dan kuil Hindu? Manakala 8 orang Bumiputera tersebut bukanlah yang berasal dari 3 buah kampong terbabit, malah ada yang disewakan pula!

2) 40 peserta lagi tersenarai, juga tanpa perlu menghadiri temuduga (tidak mengisi borang!) disebut sebagai kuota ialah 10 UMNO Bahagian Gopeng, 10 Ketua Kg Sungai Itek, 10 Ketua Kg Jelintuh dan 10 Ketua Kg Pintu Padang! Siapa punya ide paling durjana hingga perkara sedemikian dipraktikan?.

Perkara ini sangat2 menjadi pertikaian hebat kerana kuota UMNO Bahagian termasuklah nama Ketua Bahagian sendiri yang bergelar Datuk, merupakan seorang ahli perniagaan dan tinggal disebuah kawasan elit bernama Pinji Perdana! Difahamkan satu projek perumahannya seluas 21 ekar akan bemula sedikit masa lagi! Sembilan yang lain adalah AJK Bahagian dan rakan rapat beliau termasuk seorang isteri jutawan!!!!

(Difahamkan baru2 ini suaminya membeli tanah kebun seluas 4 ekar berharga 130K tunai!) Salah seorang dari mereka penah mendapat compartment balak! Dikalangan mereka sebenarnya bukanlah penduduk 3 buah kampong terbabit maupun tinggal disekitar pekan Gopeng malahan telah pun memiliki rumah banglow ditanah lot sendiri diluar Mukim Teja! Kuota Ketua Kampong pula telah memasukkan nama adik beradiknya sehingga 5 orang termasuklah nama isterinya! dan nama yang lain bukan pula penduduk setempat yang dibawah jagaanya.

3) Senarai 52 orang terpilih melalui temuduga juga menimbulkan ketidakpuasan hati. Bayangkan ada yang empat lima adik beradik yang ditemuduga, seorang pun tidak tersenarai tetapi yang dua beradik tersenarai pula kedua2nya. Adik beradik dan ipar duai kepada kuota Ketua Kampong juga tersenarai sehingga menjadi sebuah kampong keluarga.

Ini berlaku kerana kuasa mereka telah tundukkan panel pemilihan! Malah tersenarai juga nama kaki tangan Pejabat Tanah dan Daerah Kampar. Adalah turut tersenarai nama pasangan suami isteri!!!!

Terdapat mereka2 yang bukan dari penduduk 3 buah kampong terbabit turut tersenarai difahamkan adalah kroni bekas menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, iaitu Dato Seri Abdul Azis b Shamsuddin bekas Ketua UMNO Bahagian! (Bekas orang besar berasal dari Gopeng yang masih berpengaruh) Senarai temuduga ini hanya terdapat 16 orang sahaja yang benar2 dari penduduk 3 buah kampong, menumpang ruamah orang tua dan yang tinggal dirumah sewa!

RUMUSAN
Mengapalah Tuan D/O dan pegawai2nya yang diberi kuasa dan tanggungjawab di Pejabat Daerah dan Tanah tidak mahu praktikan ketelusan didalam menjalankan tugas? Atau barangkali mendapat tekanan dari UMNO Bahagian dan Ketua Kampong (JKKKP?) Atau Tuan DO sengaja mahu memalukan UMNO dengan mempamirkan kouta2 tersebut dengan sejelas2nya untuk perhatian orang ramai?.

Atau sememangnya Ketua UMNO dan Ketua Kampong tidak menduga sedemikian atau sememangnya Ketua UMNO dan Ketua Kampong tidak punya rasa malu kepada orang ramai, ada sahaja peluang sapu bersih sementara sedang memegang jawatan. Mengapa tidak terfikirkan akan perbuatan yang hanya akan mencemar nama dan imej diri dan UMNO khususnya?

Janganlah marah jika sokongan terhadap UMNO akan terhapus sama sekali diPRU13 nanti! Sistem autakuota dari dahulu lagi sebenarnya tidak sesuai didalam sebarang bentuk pemilihan (perhatikan system kuota dalam pemilihan UMNO!) Ia hanyalah berbentuk penipuan dan penindasan.

Bayangkan daripada 127 lot itu, sebanyak 75 (setinggan, UMNO dan 3 Ketua Kampong) sudah dalam kuota, tinggal 52 lot untuk ditentukan melalui temuduga seramai 700 orang! Daripada 52 yang terpilih itu, berapa ramaikah yang sebenar2nya dipilih atas kelayakannya? Berapa ramai pula yang terpilih atas dasar kroni, kenal orang besar dan yang bayar bawah meja (kalau ada)??? Carilah jawaban sendiri dari soalan matematik darjah 3 ini!

kredit kpd IkutSukaAku

TAZKIRAH - KATA-KATA IMAN AL -GHAZALI

Posted by saidi



Kata-Kata Imam Al-Ghazali


* Rosaknya rakyat kerana pemimpin.
* Rosaknya pemimpin kerana ulama'.
* Rosaknya ulama' kerana harta ( kemewahan dunia )


Ulama' yang diam dan senyap tidak mahu menyatakan kebenaran tentang agama kepada pemimpin dan rakyat adalah syaitan bisu.

Rakyat pula akan berada di bawah agama pemimpinnya. Sekiranya pemimpin seorang yang beriman maka rakyatnya turut beriman. Sekiranya seorang pemimpin itu sukakan hiburan dan perkara maksiat maka dengan sendiri rakyatnya akan sukakan maksiat. Berhati-hatilah memilih pemimpin kerana anda akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti atas apa yang pemimpin anda lakukan termasuk menganjurkan program maksiat, menentang undang-undang Allah dan menghina sunnah nabi serta menghina ulama.


Lima perkara yang dipandang sahaja pun mendapat pahala:



* Memandang ayat-ayat al-Quran.
* Memandang wajah ibu bapa.
* Memandang wajah ulama'.
* Memandang kaabah.
* Memandang air zam-zam.


Tiga Golongan Yang Akan Memberi Syafaat Kepada Kita Di Akhirat Nanti:


* Para Nabi.
* Para Syuhada' ( orang yang mati syahid )
* Para Ulama' ( Masyarakat hari ini membenci ulama' dan mengasihi ahli maksiat )


Allah tidak menghancurkan alam ini kerana kasihkan golongan berikut:


* Golongan Ulama'.
* Golongan orang tua.
* Golongan budak kecil.

Link

Kit Siang sokong Nik Aziz kekal terajui Kelantan



Oleh Masdar Wahid

DAP menyokong penuh agar Tok Guru Nik Aziz kekal mentadbir Kerajaan Kelantan dan jangan sesekali tunduk dengan momokan media BN yang sengaja memainkan sentimen itu.
Penasihatnya, Lim Kit Siang berkata, berdasarkan trek rekod yang ditunjukkan oleh Tok Guru sejak tahun 1990 lagi jelas membuktikan ulama itu merupakan seorang yang cukup teliti dan cermat dalam memahami dan menyelesaikan permasalahan rakyat termasuk mereka yang bukan Islam.

Ayid: Lim kit Siang pun kata Tok Guru Patut terajui Kelantan. Anai-anai mana lagi yang sebuk? Jom kita pakat cari busut dia

Menurutnya, ini terbukti apabila negeri itu yang penduduknya hampir seratus peratus Melayu Islam tetap hidup harmoni dan tiada langsung berita ketegangan kaum dan agama di situ.

“Tuan Guru bukan sahaja pemimpin untuk rakyat Kelantan, tetapi juga pemimpin untuk semua kaum dan agama dan saya menyokong penuh agar beliau kekal mentadbir Kelantan,” katanya kepada Era Pakatan ketika ditemui di Parlimen hari ini.

Beliau memberitahu, sebarang usaha untuk menyerang Tok Guru samada melalui media atau pemimpin BN, itu semua kerana sifat benci dan cemburu mereka yang sehingga kini gagal mengalahkan Tok Guru sejak era Mahathir sehinggalah di zaman Najib.
Sehubungan itu, beliau yakin rakyat isu sebenar yang cuba dimainkan oleh Umno dan BN itu ialah hutang royalti kerajaan Pusat terhadap kerajaan Kelantan yang gagal diuruskan dengan baik.

Mengulas isu sama, Naib Presiden PKR, Sivarasa Rasiah berkata, Mursyidul Am PAS itu bukan sekadar Menteri Besar tetapi juga pemimpin rohani kepada masyarakat dan ini diakui sendiri oleh ahli dan pimpinan Umno sejak dulu lagi.

Siva yang juga seorang peguam berkata, beliau dan seluruh ahli PKR termasuklah pimpinan akan terus kekal menyokong penuh agar Nik Aziz kekal sebagai Menteri Besar (MB) Kelantan.
Menurutnya, sesuatu yang sukar sebenarnya mencari pemimpin hebat seperti Nik Aziz yang boleh menguruskan masyarakat pelbagai kaum dan agama dalam sebuah negeri yang diserang hampir setiap tahun oleh BN sejak hampir 20 tahun lalu.

Turut menyokong agar Tuan Guru kekal sebagai MB Kelantan ialah Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin yang menyifatkan Nik Abdul Aziz sebagai manusia hebat yang dikurniakan kepada rakyat di negara ini.
Menurutnya,beliau dan seluruh ahli wanita PKR menyokong tanpa syarat agar Tuan Guru kekal sebagai Menteri Besar Kelantan.

Mutakhir ini, akhbar tajaan rejim BN cuba memainkan isu siapa pengganti Nik Aziz dengan melaga-lagakan tiga timbalan Peseuruhjaya PAS di negeri itu dengan gambaran kononnya mereka merebut jawatan Menteri Besar.

Anehnya, isu itu dimulakan oleh seorang wartawan yang menyoal salah seorang pimpinan PAS berkaitan pengganti Nik Aziz dan jawapan yang diberi oleh pimpinan PAS itu dimanipulasi oleh akhbar ke esokan harinya yang bertujuan mengalihkan isu sebenar iaitu isu royalti minyak Kelantan.

Sumber: Batu vs kayu

Monday, November 30, 2009

RAKYAT MASIH PERLUKAN NIK AZIZ

Oleh Mohd Zuharman


KOTA BARU, Nov 30 — “Saya tidak akan lepaskan jawatan... kecuali disebabkan keuzuran sangat.” Demikian tegas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meskipun bertubi-tubi diasak agar melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar ekoran siri krisis yang melanda kerajaan negeri kebelakangan ini.

Beliau yang menyandang jawatan tersebut hampir 20 tahun tidak akan bertindak untuk mengambil jalan pintas lebih-lebih lagi ketika kemelut sedang melanda pentadbiran kerajaannya.

Malah beliau sama sekali tidak akan akur pada desakan pelbagai pihak terutama pihak musuh sendiri biarpun pelbagai alasan diberi termasuk perkhidmatannya yang sudah begitu lama.

Bagi Nik Aziz, soal lama ataupun baru tempoh kepimpinannya beliau tidak wajar untuk dijadikan isu memandangkan masih ramai pemimpin politik ataupun kerajaan yang lebih lama berkhidmat berbanding beliau. “Mahathir jadi Perdana Menteri 22 tahun, Taib Mahmud, Ketua Menteri Sabah lebih lama dari Mahathir. Malah Rasulullah dulu meneruskan perjuangannya hingga ke akhir hayat.

“Inikan saya belum sampai 20 tahun, masih terlalu kecil,” tegas beliau di samping turut mengakui Kelantan tidak ketandusan tokoh daripada golongan pelapis bakal menggantinya apabila beliau mengundur diri.

Kontroversi personaliti Nik Aziz masih hangat dibicarakan sehingga kini ekoran beberapa isu yang timbul dalam pentadbirannya sejak kebelakangan ini telah melatahkan segelintir kepimpinan Umno negeri berterusan menyerang batang tubuhnya.

Pun begitu, pendirian Nik Aziz itu disambut baik Dewan Pemuda PAS Kelantan dan berharap keputusan Nik Aziz itu sekali gus dapat memadamkan segala kontroversi.

Timbalan Ketuanya, Ahmad Baihaqi Atiqullah memberitahu Dewan Pemuda PAS Kelantan kesal dengan sesetengah media massa dengan lantang menyerang kepimpinan PAS negeri menerusi berita berunsur provokasi di mana sumbernya tidak spesifik dan tidak pernah terkandung dalam laporan mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri.

Serentak dengan itu juga, Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Zaki Ibrahim semasa ditemui pada majlis korban Aidiladha memaklumkan PAS Kelantan akan terus mempertahankan jawatan Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan selain sebagai Mursyidul Am dan Pesuruhjaya PAS Negeri walaupun pelbagai tekanan dihadapinya susulan kemelut yang melanda pentadbiran kerajaan negeri.

Zaki yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan berkata tiada alasan untuk Nik Aziz melepaskan jawatannya memandangkan rakyat negeri ini sentiasa memerlukan kepada kepimpinan tokoh ulama disegani di peringkat dunia itu.

“Lagipun mereka yakin kekuatan mental dan fizikal Tok Guru sentiasa berupaya menerajui perubahan dalam kepimpinannya demi rakyat khasnya di Kelantan,” katanya yang turut percaya kemelut yang melanda pentadbiran negeri itu juga dapat diselesaikan dengan baik oleh Nik Aziz.

Sumber

sambungan menjawab isu doa TGNA

Oleh: syarmyla




Kedua:Berdoa untuk sesama Islam dengan keburukan.Ha inilah yang menjadi topik utama kali ini.Insyaallah saya akan sambungkan nanti bersama hujah dari hadis nabi s.a.w dan athar para sahabat.

pertama;hadis nabi yang diriwayatkan dari salmah bin Al akwak r.a bahawa dia berkata"Sesungguhnya seorang lelaki telah makan bersama nabi s.a.w menggunakan tangan kirinya,lalu nabi bersabda "makanlah dengan tangan kanan mu!Lelaki itu berkata "Aku tidak boleh(mampu)Nabi bersabda dengan nada yang tegas"Engkau tidak mampu?Sebenarnya bukan ia tidak mampu tetapi kesombongannya itu menghalangnya dari melakukannya,kata salmah;Selepas peristiwa itu lelaki tersebut tidak dapat mengangkat tangannya untuk menyuap makanan.


Kedua;kisah Said bin Zaid yang mana telah mengadu seorang wanita yang bernama Arwi bt Aus kepada Khalifah Marwan bin Al Hakam bahawa Said telah mengambil sesuatu dari tanahnya,Kata Said r.a"Bagaimana aku boleh mengambil sesuatu dari tanahnya sedangkan aku pernah mendengar nabi bersabda.Kata khalifah Marwan bin al hakam,"apakah yang kamu dengar?Kata said"Aku mendengar nabi s.a.w bersabda"barangsiapa yang mengambil sejengkal dari tanah orang lain dengan cara zalim ,Allah akan menimpakan kepadanya dengan 7 lapis tanah pada hari kiamat.Kata Marwan "aku tak akan meminta sebarang bukti dari mu wahai said.Lalu Said bin Zaid berdoa"Ya Allah jika sekiranya ia seorang pendusta maka butakanlah matanya dan matikanlah ia di dalam tanahnya sendiri.Akhirnya wanita itu telah buta matanya dan mati kerana terjatuh ke dalam periginya sendiri.

maka tidak cukupkah apa yang saya bawakan ini sebagai hujah terhadap apa yang didoakan oleh TGNA

Baca selanjutnya disini

PICTUE OF THE DAY

ADAKAH ADUN ANDA BUAT MACAM INI! - KALAU ADA BAGUS
TAK ADA LAIN KALI NYAH DIA CARI ADUN LAIN


Para Otai-otai yang turut bersama ADUN Teja
YB Chang Lee Kang (Berbaju Melayu Hitam)
dalam majlis Qurban tahun ini di Masjid Jamek
Lama Gopeng Hagen.Jazakallah kepada semua AJK
dan para pertugas yang telah menjayakan Majlis
Qurban 2009 ini dengan sempurnanya.
Dah habis dah..

Doa Tok Guru Nik Aziz Untuk Najib Razak




Nabi s.a.w juga pernah berdoa laknat untuk orang-orang munafik dizamannya dengan menyebut nama-nama mereka.

Imam At-tarmizi ada meriwayatkan hadis, bahawa Nabi SAW ada berdoa dalam peperangan uhud;

اللَّهُمَّ الْعَنْ أَبَا سُفْيَانَ اللَّهُمَّ الْعَنْ الْحَارِثَ بْنَ هِشَامٍ اللَّهُمَّ الْعَنْ صَفْوَانَ بْنَ أُمَيَّةَ

Maksudnya;
"ya Allah, berilah laknat terhadap Abu Sufyan. Ya Allah, berilah laknat terhadap Al-haris bin Hisyam. Ya Allah, berilah laknat terhadap Safwan bin Umayyah"

Ekoran doa nabi SAW itu, menyebabkan Allah SWT menurunkan firman-Nya;

لَيْسَ لَكَ مِنَ الْأَمْرِ شَيْءٌ أَوْ يَتُوبَ عَلَيْهِمْ أَوْ يُعَذِّبَهُمْ فَإِنَّهُمْ ظَالِمُونَ

Maksudnya;
" Tak ada sedikitpun campur tanganmu dalam urusan mereka itu atau Allah menerima taubat mereka, atau mengazab mereka karena sesungguhnya mereka itu orang-orang yang zalim."
(Surah Al-Imran : 128)

Kemudian dari turunnya ayat ini, menyebabkan mereka yang nama-nama mereka disebut oleh nabi dalam doa tersebut bertaubat. Dan Allah telah mengampun dosa mereka, bahkan selepas itu, mereka menjadi orang islam yang baik.
-Hadis riwayat At-tarmizi-

http://ijoks2009.blogspot.com

Sunday, November 29, 2009

Jangan biarkan halatuju kita dicatur-bidakkan pihak lain!

Oleh: jinbukitridan



Satu demi satu isu yang nyata bertujuan untuk melemahkan pengaruh Pas kini muncul. Ini barangkali bukan secara kebetulan sebaliknya seolah ada perancangan daripada pihak tertentu yang mempunyai agendanya.

Jika kapal yang tersergam gagah yang tidak termampu oleh anai-anai menebuknya maka nakhoda dan awak-awaknya lah yang cuba dirosakkan agar kapal ini terpesong daripada halatujunya. Paling tidak barangkali jika nakhodanya disibukkan dengan perkara-perkara yang remeh masa untuk mengemudi kapal pasti terbuang.
Bijak permainan politik yang nyata cuba dimainkan oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan kredibiliti Pas! Menyerang Kelantan dan menyerang Tok Guru ertinya cubaan menyerabutkan Pas yang entah kali ke berapa tahun ini. Kelantan dan Tok Guru seakan sudah menjadi kubu kuat Pas setelah sekian lama.

Entah berapa lama lagi Tok Guru dan sekerat dua jundullah yang cuba sedaya-upaya mempertahankan Pas di Kelantan berjaya , tidaklah diketahui dan semoga Allah memberi kekuatan kepada mereka. Musuh menyerang kubu Pas paling ampuh! Dengan tekanan demi tekanan , isu demi isu yang seakan berbaris untuk diletupkan namun jika tidak mendapat bantuan daripada rakan-rakan lain daripada pusat barangkali usaha menyelesaikan hal ini barangkali sukar.

Rakyat Kelantan telah memberi sepenuh kepercayaan kepada Pas untuk menerajui negeri mereka hampir dua dekad! Kita fikir itu bukanlah kerana faktor Tok Guru semata-mata tapi kerana Dasar Islam yang diperjuangkan Pas. Jika tidak kerana Islam nescaya Tok Guru pun tidak ada kekuatan untuk bertahan selama ini.

Baca Article sepenuhnya(sini)

ADA KAH INI SATU DASAR PEMBERIAN TANAH

Sila klik gambar jika anda rabun, nak tahu siapa yg dapat!

Ini cerita baru yang wa dapat,paparan tentang individu yang
terpilih untuk mendapatkan tanah di Rancangan Kampung
Tersusun Sungai Itek Gopeng telah pun dipaparkan di Pejabat
Penghulu Gopeng seperti gambar diatas..

Apa lagi..meletup habis bro..orang yang betul-betul susah,tiada
rumah dan tanah dan dah tinggal di kariah Gopeng berpuluh tahun
tetapi masih gagal untuk mendapatkan tanah tersebut.Inikah
kerja-kerja Umno dan BN yang mendahulukan Rakyat??? "Macam mana boleh ada kuota "Ketua Umno Bahagian Gopeng"
untuk mendapatkan tanah ini,"tanya seorang penduduk,semasa
sedang melihat senarai nama yang mendapat tanah tersebut.

"Ketua Bahgian Umno udah kaya raya pun dapat lagi tanah,
macam ini tak boleh jadi,"katanya dengan nada marah,dan
terus berlalu.Apabila wa meneliti senarai yang mendapat tanah
tersebut,wa yakin akan berlaku protes besar-besaran kerana
memang nyata dan sahih mereka yang dapat tanah tersebut
sudah mempunyai banyak tanah dan hidup mewah..


Bai : Tunggukan sambungan seterusnya...

Ayid: Mana konsep 1 malaysia laungan UMNO
Artical asal: Sendiri Mau Ingat(klik)

KOMSPIRASI TOK GURU? SIAPA DALANG DISEBALIK PERANCANG!


Kecoh sana sini asyik membicarakan perihal konspirasi mahu menjatuhkan Tok Guru Menteri Besar Kelantan.

Malah, Tok Guru sendiri mengesahkan kewujudan konspirasi tersebut dan Tok Guru mengintrokan perancang itu sebagai "Kolonel Mat".

. Dalam pada itu, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata Nik Aziz tidak sepatutnya ditekan untuk menamakan penggantinya dan semua kenyataan pemimpin PAS mengenai perkara itu mesti dihentikan.“Jangan paksa Tuan Guru mencadangkan penggantinya. Beliau tentu mempunyai perkiraan, perhitungan dan kebijaksanaan sendiri untuk memilih masa yang sesuai untuk mencadangkan siapa penggantinya,” kata beliau.

Ayid>siapakah "Kolonel Mat"? itu tidak penting. "Kolonel Mat" hanya perancang. setiap perancang, pasti ada dalang. yang lebih penting adalah "siapa dalang di sebalik konspirasi ini?"hingga membawa kepada Tok Guru mendedahkan nya

“Usaha ini bukan baru, usaha ini selama-lama. Kita parti ni seperti orang berniaga, kalau kita pergi ke kedai A dia nak jatuh kedai B, pergi kedai B dia nak jatuh kedai A.
“Begitu juga parti politik, saya bawa parti Islam. Kita ada Ibrahim Libya, kena bunuh. Kita ada 13 Mei Tok Guru di Kelantan ini kena 'bubuh' dalam ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri),” katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediaman beliau di Pulau Melaka, semalam.

Ditanya siapa dalang di sebalik konspirasi tersebut, beliau berkata: “Ini cerita lama. Saya sebut nama (Kolonel Mat) semalam fasal ini barang sah dan sahih."

Mursyidul Am Pas itu menyifatkan dalang itu sebagai salah seorang yang khianat kepada Kelantan.

Beliau diminta mengulas mengenai laporan sebuah akhbar mengenai dakwaannya mengenai konspirasi untuk menjatuhkannya itu ketika berucap pada Majlis Penghayatan Hari Wukuf di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) di sini, kelmarin.

Sebelum ini, timbul pelbagai polemik dalam Pas Kelantan, bermula dengan isu Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), diikuti dengan dakwaan Timbalan Pesuruhjaya II Pas negeri, Datuk Husam Musa bahawa wujud konspirasi untuk menjatuhkannya dengan melaga-lagakan beliau dengan Nik Abdul Aziz.



follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak