Saturday, April 24, 2010

VIDEO TERKINI

“ Musuh politik yang pertama kepada pemerintahan Najib sekarang ini ialah Anwar-.Said Zahari


Said Zahari: Anwar Musuh Utama UMNO dan Perdana Menteri

Kerajaan UMNO-BN pimpinan Najib Tun Razak akan menggunakan apa jua ruang yang ada untuk “menyerang" keperibadian Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana beliau adalah musuh politik utama UMNO dan Perdana menteri .

Bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu Said Zahari berkata, Umno tidak akan melepaskan peluang menggunakan seluruh kekuatan media dan institusi kawalannya untuk memburukan Anwar.

Malah UMNO menggunakan pilihanraya Hulu Selangor bukan untuk menangani isu-isu setempat tetapi untuk mencantas Anwar dalam apa cara sekali pun.

Anwar menjadi sasaran poster-poster dan risalah yang mengaibkan di pilihanraya kecil Hulu Selangor.

Hari ini Utusan Malaysia milik Umno melabelkan Anwar sebagai boneka Israel pula selepas beliau mendedahkan kerajaan UMNO-BN mengupah syarikat Zionis Apco serta polis menggunakan khidmat pakar-pakar Zionis untuk merombak sistem keselamatannya.

Akibat pendedahan itu yang dibuat lemgkap dengan dokumen, Umno membawa usul supaya Parlimen mengenakan tindakan displin terhadap Anwar.

Beliau boleh digantung dari Dewan Rakyat susulan daripada usul yang di bawa oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Aziz.

“ Musuh politik yang pertama kepada pemerintahan Najib sekarang ini ialah Anwar. Biapun PKR sekarang ini menghadap macam-macam isu, dia punya MP cabut, letak jawatan, lompat dan sebagainya, tapi Anwar merupakan ahli politik nombor satu kepada pentadbiran Najib sekarang" kata Said.

"Pada pandangan saya, Barisan Nasional sekarang mencari apa juga alasan untuk memburu Anwar dan ini masanya untuk mereka kerana sekarang sedang berjalan kempen pilihanraya kecil" tambah beliau lagi.

Said, berkata usaha berterusan UMNO dan Najib membunuh kredibiliti Anwar berpaksi kepada keinginan UMNO untuk terus berpaut kepada kuasa.

“ Apa yang saya lihatlah, memang mereka punya target ialah Anwar sebab kerajaan sekarang, Najib melihat musuh politik yang besar kepada pemerintah kepada pentadbiran Najib ialah Anwar. Jadi apa-apa juga isu yang boleh mencemarkan Anwar sekarang ini, apa lagi kalau boleh menjatuhkan Anwar, mereka akan gunakan” tambahnya lagi.

Said berkata pengundi di Hulu Selangor tidak harus terperangkap dengan taktik umno menyerang anwar bagi menutup kegagalan parti itu untuk menunaikan janji-janji membangunkan kawasan itu

“Isu-isu setempat mereka tidak besar-besarkan, pembangunan di kawasan setempat, di konstitusi itu mereka tidak timbulkan. Tetapi timbulkan isu yang seperti ini, apa ertinya?

"Mereka menggunakan tempoh berkempen ini untuk kepentingan politik mereka, parti besar menentang Anwar. Sebab isu-isu dan pada masa-masa lain, susah hendak digunakan untuk menentang Anwar” ulas beliau lagi.

TVSelangor

Nik Aziz: Serangan peribadi 'kerja bodoh'


Nik Aziz: Serangan peribadi 'kerja bodoh'

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan menyerang peribadi calon PKR Datuk Zaid Ibrahim sebagai perbuatan "orang yang tidak ada modal" untuk berkempen dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Mursyidul am PAS itu menyifatkannya sebagai satu "kerja bodoh dan kebudak-budakan".

"Calon ini (Zaid adalah) calon parti, Kalau Umno ada modal, serang parti lah, jangan serang tubuh (peribadi individu). Ini kerja bodoh, ini kerja budak-budak.

"Ini calon parti. Parti A dan Parti B. Parti A lawan Parti B. Parti B lawan parti A. Jangan serang peribadi.

"Macam budak budak kecil lah, kalau dia boleh bertumbuk, dia bertumbuk. Kalau tak boleh bertumbuk, dia jebeh (menjelir lidah), dia meludah. Itu semata-mata nak lepas geram, tanda dia tak boleh jawab," katanya sambil menjelir lidahnya sedikit menyebabkan kira-kira 50 wartawan termasuk hadirin ketawa.

Nik Aziz yang juga mursyidul am PAS berkata demikian bagi menjawab soalan pemberita berhubung perbuatan menyerang peribadi Zaid yang didakwa seorang peminum arak tegar dan berjudi, dalam kempen pilihan raya.

"Ini satu perkara yg memalukan. Memalukan politik Malaysia," katanya di Kuala Kubu Baharu malam ini.

Turut hadir dalam sidang media itu ialah Zaid, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, pemimpin DAP Lim Kit Siangdan naib presiden PKR Azmin Ali.

Dalam sidang media yang sama juga, Nik Aziz turut menempelak Jabatan Agama Islam (JAIS) yang melarang pemimpin politik berceramah di masjid untuk kepentingan politik.

"Siapa ajar tak boleh cakap politik dalam masjid. Allah memerintah manusia dengan keadilan. Keadilan ada urusan politik, dibaca dalam al-Quran, dalam masjid," katanya sambil membaca sepotong ayat al-Quran.

"Allahu Akbar, kita azan, ini politik. Mengajak orang ramai pergi ke masjid, ini politik... Ini kerja-kerja saki baki ajaran penjajah barat yang mengasingkan ajaran agama dan politik... Ini adalah ajaran karut yang ditinggalkan oleh Inggeris yang diterima oleh manusia Muslim. (Saya) rasa dukacita," katanya.

Dalam sidang media yang sama, Zaid yang juga bekas menteri kabinet menjelaskan bahawa beliau amat menghormati kealiman dan ketinggian ilmuan menteri besar Kelantan itu.

Menurutnya, beliau amat terharu apabila Nik Aziz menelefonnya sebanyak dua kali dari Mekah, memintanya bersabar ketika berdepan dengan serangan peribadi terhadapnya di Hulu Selangor.

Malaysiakini

Friday, April 23, 2010

NIK AZIZ DILARANG SAMPAIKAN KULIAH MAGHRIB DIMANA -MANA MASJID - HULU SELANGOR

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilarang menyampaikan ceramah atau kuliah Maghrib di mana-mana masjid dan surau di Hulu Selangor.

Peng
arah JAIS, Datuk Muhammed Khusrin Munawi berkata, arahan itu bukan ditujukan kepada menteri besar Kelantan sahaja tetapi mencakupi semua pihak.

Katanya, larangan itu sebagai menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang melarang pengunaan masjid oleh individu-individu berkepentingan politik menggunakan institusi umat Islam itu untuk tujuan berkenaan.

Utusan Malaysia dalam laporannya hari ini memetik Sultan Sharafuddin (kanan, bertali leher belang) menitahkan polis supaya bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang menggunakan masjid untuk berkempen dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor yang sedang berlangsung sekarang.

Ketua Polis Negeri Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, larangan itu termasuk ceramah politik, penganjuran sebarang perhimpunan atau demonstrasi.

Katanya, pihak polis akan meningkatkan kawalan di semua masjid bagi membendung perkara tersebut daripada berlaku.

Sehubungan dengan larangan itu juga beberapa jadual Mursidul Am PAS hari ini di beberapa masjid di Hulu Selangor terpaksa disusun semula.

Antaranya, Nik Aziz akan berkempen di Assam Kumbang sebelum ke Rasa (9.30pm) dan Batang Kali (10.30pm).

Malaysiakini

TERKINI PAKATAN RAKYAT MENDAHULUI 60%,MAMPUKAH BERTAHAN HINGGA 25 APR INI

PRK Hulu Selangor: Pakatan Rakyat dahului 60% - Zentrum Future Studies

Hasil kajian Zentrum Future Studies menunjukkan lebih 60 peratus pengundi yang terarah menyokong Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor 25 April ini.

“Kajian Produksi awal Zentrum sebelum menamakan calon, PR masih lagi mendahului lebih 60 peratus dan kita percaya data ini akan berubah kerana telah wujud kepercayaan politik dalam diri pengundi di parlimen Hulu Selangor,” jelas pengasas pusat kajian Zentrum Future Studies, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah (gambar) kepada erapakatan.

Menurut beliau, dalam kajian awal Zentrum, Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zaid Ibrahim merupakan calon yang mempunyai intektual tinggi dan ciri-ciri ini mampu mempengaruhi keputusan yang dibuat oleh pengundi.

(Suasana di program anjuran PR yang sentiasa dipenuhi orang ramai di Hulu Selangor)


Selain itu, wujud kebangkitan golongan menengah yang menjadi pengundi terbesar di Hulu Selangor iaitu dengan jumlah 68.4 peratus.

(Dalam program lain anjuran PR turut dipenuhi penduduk Hulu Selangor)


Demografi gender juga menjadi faktor penentu dalam PRK kali ini kerana pengundi wanita yang akan menjadi pengundi terbesar di Hulu Selangor.


Selain itu, di Hulu Selangor wujud dua golongan iaitu golongan muda dan golongan lama yang berfikiran konservatif. Zaid Ibrahim berkemungkinan besar akan disokong golongan muda dan pada yang sama akan menghadapi tentangan golongan lama.


Beliau yang juga Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya menyakini Zaid sebagai simbol politik yang mampu membawa dimensi baru dalam politik alaf baru yang memerlukan perubahan

(Sambutan yang dingin dalam program anjuran BN di Hulu Selangor)


Kawasan pilihan raya Parlimen Hulu Selangor mempunyai 64,500 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 63,701 pengundi biasa dan 799 pengundi pos.

(Kerusi aje penuh tapi orangnya tiada. Satu majlis pemimpin BN bersama rakyat di Hulu Selangor)


Daripada jumlah tersebut, orang Melayu merupakan majoriti dengan 34,020 pengundi atau 52.7 peratus manakala kaum Cina dan India masing-masing mencatatkan bilangan 16,964 atau 26.3 peratus dan 12,453 atau 19.3 peratus. -EraPakatan

Warkahdaily

BETULKA SOKONGAN UNTUK BN MENINGKAT MARI TENGOK GAMBAR CERAMAH MEREKA



Empat keping gambar yang dirakamkan ketika ceramah oleh Ali Rostam mengesahkan kenyataan Muhyiddin yang mengatakan sokongan kepada BN semakin meningkat..


Sokongan kepada BN semakin meningkat, kata Muhyiddin

HULU SELANGOR, 22 April —Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sokongan terhadap Barisan Nasional pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor Ahad ini semakin meningkat.

“Saya dah lama di Hulu Selangor. Dapat lihat makin ramai yang sokong BN. Malam ini hadir lebih 500 orang, “ katanya ketika berucap di Rumah Umno Johor di Batang Kali malam ini.



Kalau dengar kat TV dialah yang ramainya. Tengok ramai ke tu?




Macam ini punya ceramah kata makin meningkat buat letih susun bangku aje







Satu peningkatan yang melintang, bukan mendadak lagi

Kredit gambar dari Anak Sungai Derhaka

Thursday, April 22, 2010

perlantikan APCO adalah perlu untuk mempertahankan kerajaan Umno-BN.

Wa kaka. BN macam terkena kejutan elektrik, apabila salah saorang dari Ahli Parlimen UBN mengakui bahawa terpaksa melantik syarikat APCO bagi selamatkan BN




APCO Dilantik Selamatkan Umno-BN

BN membuat kejutan hari ini apabila salah-seorang ahli Parlimennya akui bahawa mereka terpaksa melantik syarikat berkaitan Zionis ini untuk mengekang Pakatan Rakyat.

Ahli Parlimen Kota Belud Rahman Dahlan di Dewan Rakyat hari ini berkata perlantikan APCO adalah perlu untuk mempertahankan kerajaan Umno-BN.

"Saya mahu katakan bahawa RM77 juta adalah risikonya, jumlah yang diperlukan untuk membaiki masalah yang dicetuskan Pakatan," kata Rahman.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dihadapkan dengan cubaan pemerintah untuk menggantungnnya selepas pemimpin reformasi itu membongkar hubungan Umno dan APCO.

TVSelangor


Campurtangan politik: Penerbit ntv7 letak jawatan




Penerbit kanan ntv7 Joshua Wong mendakwa terdapat campur tangan melampau daripada pihak kerajaan dan juga penapisan yang keterlaluan.

Wong (kiri), yang menerbitkan rancangan popular bahasa Mandarin 'Editor's Time', berkata 'larangan yang tidak munasabah' dikenakan ke atas rancangannya yang sering-kali membincangkan isu sosio politik di negara ini.

“Pihak pengurusan tertinggi ntv7 bersikap tidak munasabah. Kebebasan disekat dan mereka yang engkar akan dihukum sehingga menjejaskan sikap profesionalisme kakitangan,” katanya pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, hari ini.

Wong berkata masalah bermula daripada aduan SMS yang dihantar oleh seorang pengadu ke Jabatan Perdana Menteri kepada ketuanya selepas episod pertama ranvcngan itu ke udara.

Episod itu adalah forum membabitkan pemimpin BN dan Pakatan Rakyat dengan dua penganalisis politik berhubung pencapaian kedua-dua gabungan itu sejak pilihan raya umum 2008.

Pengadu berkenaan mendakwa rancangan itu menghina polisi kerajaan BN dan perbincangan politik menjadi sesuatu yang “membahayakan”.

Wong juga mendakwa SMS itu berbaur perkauman dan ia memberi amaran bahawa masyarakat Cina “semakin biadap” dan “Melayu perlu berperang”.

Wong, yang telah menjadi wartawan lebih 16 tahun juga mendakwa SMS pengadu itu dihantar kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor kepada ketuannya.

Sehubungan itu, pengurusan tertinggi ntv7 menuntut Wong dan juga pengacara program berkenaan Lee Siad Huey untuk memberi penjelasan.

Sejak aduan itu, Wong berkata cadangannya selaku penerbit untuk membawa MP DAP, Tony Pua ke rancangan itu juga ditolak.

Malah, mereka diberi amaran bahawa rancangan itu akan ditamatkan, jika arahan tiidak dipatuhi.

Selain itu, Wong berkata cadangan bagi memaparkan perjalanan kempen pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor juga tidak mendapat restu.

“Akhirnya, semua perbincangan politik diarah dihentikan. Selain itu, kami dilarang menjemput tokoh pembangkang sebagai tetamu,” katanya.

Wong berkata lebih mendukacitakan bahawa ketua-ketuanya gagal mempertahankannya atau menyiasat aduan itu atau juga membuat laporan polis mengenai SMS itu yang mempunyai unsur-unsur hasutan.

Malaysiakini

Palanivel dah mula nak sabotaj BN

Dah start dah tu. Palanivel dah mula nak sabotaj BN. Tu lah pasal, tak calonkan dia sangat, sape suruh. Kesian dia tu. Siap dah tampal banting dan kain rentang. Ingat ke dia yang dicalonkan tapi Kamalanathan jugak menjadi kesayangan Najib. Sape yang tak malu, muka dah naik kain rentang, tapi tiba-tiba tak jadi calon. Meradanglah kawan tu.



Palanivel sokong PR, sabotaj MIC-BN?

Kita sudah mengetahui bahawa pertandingan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor pada pengundian 25 April ini ialah antara calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim dan calon BN, P. Kamalanathan selepas dua calon bebas menarik diri yang mana kedua-duanya bekas calon bebas itu ialah dari MIC dan ahli Umno.

Namun, erapakatan.com mengesan bekas calon BN yang sebelum ini merupakan Ahli Parlimen (AP) selama empat penggal, G. Palanivel dikesan berkempen bagi mempromsikan dirinya walaupun beliau bukanlah calon BN bagi pilihanraya kali ini.

Poster Timbalan Presiden MIC itu dikesan dalam kawasan kubu kuat BN berhampiran Dewan Majlis Daerah Hulu Selangor di Hulu Yam (gambar).

Liew Chen Yang, 37, salah seorang penduduk di situ memberitahu, mungkin poster itu poster lama namun BN, dilihat sengaja enggan menurunkannya sehinggalah ke hari ini walaupun di sini merupakan kubu kuat MIC.

“Samada mereka sengaja atau tidak, kita tidak tahu tetapi yang pasti semacam ada protes dikalangan penyokong G. Palanivel di sini atas pemilihan P. Kamalanathan,” katanya.

Rekod menunjukkan kawasan itu yang menggabungkan antara Ulu Yam lama dan Ulu Yam baru terletak dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Batang Kali dengan komposisi penduduknya adalah campuran dengan majoritinya masyarakat Cina.

Tidak jauh dari poster G. Palanivel itu terdapat satu markas BN dalam tokong Cina yang bukan sahaja dipenuhi kerusi kosong malah sepanjang tinjauan erapakatan.com mendapati ia lengang dari sebarang aktiviti kecuali beberapa petugas sedang berborak di kawasan itu.

Di sini juga kira-kira lima markas PKR di wujudkan termasuklah di persimpangan jalan menuju perkampungan itu.

Terdahulu, Presiden MIC, Samy Vellu hanya mencalonkan G. Palanivel sebagai calon BN dan ia dibantah keras oleh ahli perkauman Umno yang mahukan calon Umno ataupun pemimpin MIC yang akan membawa suara Umno di situ yang mengakibatkan G. Palanivel gagal bertanding.

Beliau juga enggan hadir semasa penamaan calon P. Kamalanathan malah jarang-jarang muncul di pentas kempen calon MIC itu.

Erapakatan.com sebelum ini mendedahkan G. Palanivel mula bekerja keras untuk berkempen sejak penghujung tahun lalu malah kempennya giat dijalankan pada pertengahan Januari tahun ini apabila mengetahui Allahyarham Datuk Zainal Abidin Ahmad kian tenat ketika itu.

Malah, segala kerja keras beliau telah disiapkan sebelum masuk bulan Februari lagi.

Apa yang pasti, krisis dalaman BN ketika ini kian parah dengan tindakan penyokong G, Palanivel yang melakukan protes senyap dalam PRK kali ini.

Bagi Datuk Zaid Ibrahim, walaupun seterunya yang bertanding ialah dari MIC, tetapi strategi kempen menunjukkan seolah-olah beliau sedang bertenpur dengan presiden Umno, Najib Razak yang dilihat kepmpen mereka lebih kepada fitnah dan jauh sekali mengemukakan fakta dalam ceramah-ceramah mereka.

“Mereka serang, kita balas dengan fakta, tetapi Umno bila diserang, mereka membisu, malah gagal menjawab isu yang kita ketengahkan,” katanya.

Antara isu yang berlegar di Hulu Selangor ialah isu kaitan Umno dengan sebuah perunding Israel, isu kehilangan enjit jet, rasuah pimpinan Umno yang tiada berkesudahan sehingga kini selain isu janji pembangunan yang ditabur dalam PRK Bagan Pinang dan sehingga kini gagal diselesaikan.

Malah, sepanjang PRK ini, beberapa pimpinan Umno sesuka hati mengumumkan projek tertentu untuk merampas undi rakyat di kawasan itu.

Parlimen Hulu Selangor sebelum ini dimenangi oleh calon Pakatan Rakyat iaitu Datuk Zainal Abidin Ahmad pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Sehingga hari kelima kempen PRK ini berlangsung, poster G. Palanivel itu masih gah tergantung bersebkahan dengan bendera rasmi Parti Keadilan Rakyat. -EraPakatan

Warkahdaily

LIM KIT SIANG(IPOH TIMUR) KINI SEDANG BERBAHAS DI PARLIMEN

Parlimen hangat, bahas usul rujuk Anwar ke JK Hak dan Kebebasan
Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 22 April: Dewan Rakyat ketika ini sedang dihangatkan dengan perbahasan usul merujuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen berhubung dakwaannya yang mengaitkan '1Malaysia' dengan 'One Israel'.

Dua daripada lapan pembahas baru selesai mengutarakan hujah masing-masing iaitu Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) dan Datuk Nur Jazlan Mohamad (BN-Pulai).

Sedang berbahas ketika ini Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur).

Lima lagi ahli Parlimen yang akan berbahas ialah Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena), Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang pauh), Datuk Seri Nazri Aziz (BN-Rengas), Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud), dan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau).

Azmin dalam perbahasannya mendakwa usul itu merupakan usaha terancang Umno BN untuk menghalang Anwar daripada terus mendedahkan mengenai kerjasama Malaysia dengan Apco dan zionis Israel.

Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi berkata, tindakan Umno BN mahu mengheret beliau ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Ahli Parlimen kerana dendam dan tidak puas hati dengan pembongkaran demi pembongkaran yang dibuat beliau.

Bercakap dalam ceramahnya di Batang Kali beliau memberitahu tiada masalah dengan tindakan Umno BN itu dan bertanggungjawab terhadap pendedahan hubungan Malaysia dengan dua firma yang dikaitkan dengan Zionis-Israel, iaitu IAC dan Asiasoft (M) Sdn. Bhd di parlimen baru baru ini.

Bercakap di pentas yang sama, Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS berjanji seluruh Ahli Parlimen PAS yang lain akan terus mempertahan kedudukan Anwar sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh kerana Anwar di pihak yang benar.

Beliau yang juga Ahli Perlimen Kubang Kerian turut mengajak rakyat supaya mengundi Zaid sebagai manifestasi pada penolakan sesiapa sahaja calon BN yang nyata tidak berupaya mempertikai tindakan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat yang dilihat seakan tunduk kepada pengaruh luar.

Anwar bersama-sama Ahli Pakatan Rakyat yang lain lantang menyuarakan bantahan menentang tindakan segelintir pemimpin Umno BN menjadikan Malaysia sebagai proksi tidak langsung beberapa pemimpin Zionis-Israel dalam hal itu.

Hari ini Parlimen akan membahaskan usul untuk mengheret beliau ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Ahli Parlimen yang dikemukakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mewakili BN.

Mahfuz dalam perbahasannya tetap berpendirian ucapan Anwar yang mengaitkan 1Malaysia dengan One Israel tidak mengandungi kenyataan yang mengelirukan dewan.

"Saya tidak nampak di mana kesalahan kenyataan Ketua Pembangkang itu. Dalam ucapannya beliau sebut 'pada 1999 APCO menasihati One Israel dan pada 2009 menasihati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak 1Malaysia.

"Adakah kita nak nafikan bahawa Perdana Menteri sekarang Perdana Menteri 1Malaysia? Memanglah beliau Perdana Menteri 1Malaysia, bukan 2Malaysia," katanya disambut tepukan meja oelh wakil Pakatan Rakyat.

Justeru, Mahfuz mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz menarik balik dan meminda usul merujuk Anwar ke jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen itu.

"Saya minta Padang Rengas menarik balik dan meminda usul ini," katanya.


Harakah

KALAU ZAID BERJUDI? UMNO SAH TOKEY NYA

PRK Hulu Selangor (101) Zaid berjudi? UMNO sah Tokey judi!!

Thursday, April 22, 2010


Berikut adalah senarai pembabitan Pemimpin UMNO dari dulu hingga sekarang yang didakwa mempunyai kepentingan dalam syarikat judi di negara ini -

Dalam Magnum Corporation Sdn Bhd:

Bekas EXCO Pemuda UMNO, Datuk Mohamed Al-Amin Al-Haj.

Jumlah saham - 1,900,000

Bekas Menteri Pelajaran dan bekas Pengarah Magnum Corporation Sdn Bhd, Tan Sri Khir Johari

Jumlah saham - 40,843 (Magnum CO Sdn Bhd) & 6,666 (Magnum 4D)

Bekas Peguam Negara dan Pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Othman.

Jumlah saham - 1,666,666

Anak perempuan Tan Sri Abu Talib, Nor Anita Abu Talib.

Jumlah saham - 680,334

Dalam Genting Berhad

Bekas Spekaer Dewan Rakyat, bekas Pengerusi Genting Bhd serta datuk kepada Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Tan Sri Noah Omar.

Jumlah saham - 602,318,000 (Resort World Berhad)

Yayasan Noah (kini diwarisi oleh Najib dan Hishammuddin)

Jumlah saham - 3,334,600

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Amin Othman dan bekas Pegawai Bank, Dato’ Paduka Nik Hashim Yusof menjadi Pengarah Genting Berhad.

Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Wan Sidek Wan Abdul Rahman dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Alwi Jantan merupakan Pengarah Resort World.

Dalam Sports Toto

Sports Toto yang diasaskan pada tahun 1969 dimiliki Tan Sri Vincent Tan, kroni Tun Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Setiausaha Kerja UMNO Malaysia.

Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.

Jumlah saham - 3,500,000 (melalui syarikat nominee iaitu Simsec Nominees)

Dua orang bekas pegawai kanan polis, Tan Sri Jaafar Abdul dan Mohamad Salleh Gomu, adalah Pengarah Sport Toto.

Datuk Anuar Zaini dan Datuk Sulaiman Mohd Noor (Pengarah Berjaya Land Berhad).

Jumlah saham - 292,336,584

Dua lagi pengarah Melayu yang beragama Islam dalam Berjaya Land Berhad yang memiliki saham sebanyak 284,644,046 ialah Datuk Adnan Shuib dan Arsam Damis.

Dipetik daripada buku 'Malaysia, Darul Kasino' oleh Datuk Husam Musa, EXCO Kerajaan Negeri Kelantan.

Budak Balun


JANGAN CABAR SAYA DATO' ZAID IBRAHIM


UMNO kini macam budak-budak bermain lastik, melastik tuju ke dinding batu datang ke badan sendiri


Jangan cabar saya dedah menteri Umno kaki botol dan kaki judi


DATO' ZAID IBRAHIM tidak terkejut dengan serangan peribadi yang disasarkan kepadanya oleh Barisan Nasional. Walaupun beliau sedar usaha Umno-BN itu boleh membunuh karier politiknya, beliau bersikap profesional, tidak mahu membalas balik dengan menyebut nama-nama menteri Umno yang kaki botol serta tahi judi.

Baginya, beliau sudah sedar dan insaf dari kesalahannya. Kesedaran itu mungkin tidak timbul jika beliau masih bersama Umno



Ikuti pengakuan ikhlas beliau dalam wawancara eksklusif bersama Harakah, di kediamannya, di Tropicana, Damansara 19 April lepas.

HARAKAH: Nampaknya dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor ini, Dato' diserang dengan begitu hebat. Umno-Barisan Nasional melalui media tali barutnya membuat serangan peribadi dengan mendakwa Dato' seorang 'kaki botol', apa komen Dato'?


DATO' ZAID IBRAHIM: Ingin saya perjelaskan bahawa pendirian saya dalam hal ini, saya suka berterus terang. Saya sebenarnya tidak suka mengungkit kisah yang lama. Semasa saya dalam Umno, ramai pemimpin Umno yang meminum minuman keras, tetapi semua ini, semasa dalam Umno tidak dipersoalkan.

Tetapi selepas saya keluar Umno, menyertai Pakatan Rakyat, peribadi dan karektor saya mula dipersoalkan.

Saya sudah berubah, perkara-perkara yang tidak baik semasa dalam Umno, sudah saya tinggalkan.

Saya sudah membentuk keperibadian yang baik dan saya mahu menjadi wakil rakyat yang bertanggungjawab dalam menjalankan amanah.

Saya serahkan kepada rakyat, khususnya di Hulu Selangor, untuk menilai sikap saya dan sifat saya.

Dalam kehidupan ini bagi saya, yang pentingnya ialah, adakah kita sudah sedar dan insaf. Itulah beza saya dengan menteri Umno. Saya berterus terang dan saya bukan hipokrit.

Umno-BN juga menuduh saya sebagai kaki judi. Ini sesuatu yang tidak benar. Yang kuat berjudi di kasino adalah menteri-menteri Umno. Sehingga ada yang berhutang berjuta-juta ringgit tidak bayar. Mereka terlepas kerana mereka ini Umno. Tolong jangan cabar saya dedahkan nama-nama mereka ini.

Saya tidak mahu menyebut nama-nama bekas kawan-kawan saya ini. Saya tidak mahu mengaibkan mereka kerana saya tidak mahu mengikut jejak langkah Muhyiddin (Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin) dan rakan-rakannya, yang giat menyerang peribadi saya.

Baca terusnya

Wednesday, April 21, 2010

NAK TURAPJALAN PUN TUNGGULAH HUJAN BERHENTI


Dalam kata taka akan ada projek mee segera, dalam hujan pun buat juga. Tak masuk dika akal langsaung dalam hujang menurap jalan

Lagi Projek Mee Segera, BN Turap Jalan Waktu Hujan

HULU SELANGOR 21 APR: Dalam mengemis undi rakyat Hulu Selangor, pimpinan Umno Barisan Nasional k (BN) tidak ragu-ragu untuk mengerah agensi kerajaan bagi membuat projek mee segera demi memancing undi.

Tindakan itu menjadi 'trade mark' kerajaan Umno BN yang tergesa-gesa membina kemudahan kepada rakyat ketika musim pilihan raya sedangkan projek sedemikian, sepatutnya sudah dilaksanakan lebih awal.

Setiausaha DAP Selangor yang juga ADUN Kampung Tungku, Lau Weng San yang sedang memandu ketika hujan lebat terserempak dengan kontraktor JKR yang sedang menurap jalan di Jalan Ampang Pecah ke Kuala Kubu Bharu semalam.

"Dijalankan oleh JKR, pelebaran dan penurapan jalan di Ampang Pecah ke KKB. Saya pergi semalam, hujan di sebelah petang dan lebat. Kerja penurapan jalan diteruskan masa hujan lebat," katanya.

Beliau yang memiliki latar belakang kejuruteraan berkata tidak masuk akal melakukan projek berkenaan ketika hujan lebat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampung Tungku Weng San menganggap ini adalah contoh terbaik projek mee segera Umno Barisan Nasional (BN).

"Jadi, ini projek mee segera yang dilakukan BN untuk pancing Undi. Saya ada foto. Kalau tanya pada pakar buat jalan, penurapan jalan pada waktu hujan adalah tidak masuk akal. Jalan akan mudah rosak selepas itu," katanya.

Menurut beliau, ini menunjukkan BN tidak ikhlas membela rakyat kerana projek ini bukan dijalankan secara menyeluruh tetapi hanya di beberapa lokasi dan musim tertentu sahaja bagi mengaburi mata pengundi.

"Kerja ini hanya musim pilihan raya tapi tidak meliputi seluruh jalan Ampang Pecah-Kuala Kubu Bahru. Kalau BN mahu naik taraf jalan, mereka perlu melakukannya secara terperinci dan bukannya ad hoc seperti ini," katanya.

TVselelangor

Khairy: Adakah saya sedang minum dalam gambar itu?


Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin hari ini tidak mahu diheret dalam kancah serangan peribadi yang membabitkan beberapa pemimpin didakwa minum arak.
Mangsa pertama yang diserang adalah calon PKR bagi pilihan raya kecil Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim. Bekas menteri itu kemudiannya terpaksa akur dan membuat pengakuan dia memang terjebak ketika muda dulu. Semalam, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang mencabar Umno dan menteri-menteri kabinet beragama Islam untuk tampil membuat pengakuan bahawa mereka tidak pernah meminum alkohol, khususnya semasa muda.

Sasaran utama Lim adalah Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Apabila ditanya oleh wartawan di lobi parlimen, hari ini, mengenai sekeping gambar di Internet, Khairy cuba mengelak menjawab secara langsung. Gambar berkenaan menunjukkan rakaman seorang lelaki yang tidak dikenali dengan dua wanita dengan beberapa gelas minuman beralkohol di meja mereka. Berikut wawancara berkenaan.

Wartawan: Adakah Pakatan hiprokit kerana menyerang BN berhubung kontroversi arak itu?
Khairy: Jika saya melayan soalan ini, ia akan berlarutansepanjang kempen Hulu Selangor. Anda juga sepatutnya dipersalahkan kerana bertanyakan mereka soalan berkenaan dan kemudiannya mengajukannya kepada saya. Cukupla. Saya saya jawap ia akan berlarutan.

Adakah anda menyalahkan media? Anda cuba memaksa saya berkata-kata demikian. Saya tidak kata saya menyalahkan media. Anda cuba membuat saya berkata-kata demikian.

Jadi, apabila merujuk kepada 'anda juga' siapa mereka sebenarnya?
Semua pihak - politik dan juga media. Perkara ini semakin tidak terkawal. Jika anda ingin menghentikannya dan media mengambil berat terhadap isu itu, anda sepatutnya berhenti daripada membuat laporan daripada kedua-dua pihak.
Hentikan kempen propaganda berdasarkan serangan peribadi di kedua-dua pihak dan hentikan heret ahli politik dengan menbdapatkan ulasan mereka.

Saya berminat untuk melihat bagaimana anda akan menulis. (Ketika meninggalkan parlimen, Khairy sekali lagi 'diserbu' oleh sekupulan wartawan lain dan ditanya isu yang sama).

Wartawan: YB, Saya berharap anda tak keberatan menjawap soalan...

Khairy: Saya mesti pergi, saya mesti pergi. Pembangkang menyerang anda dan mendakwa anda juga seorang kaki botol... Siapa? Saya mesti pergi...Huh? Apa yang perlu diserang?

Boleh komen mengenainya? Apa yang perlu diserang? Mereka menggunakan foto yang kontroversial... Foto kontroversial apa itu? ...menunjukkan seorang lelaki sedang minum...

Adakah saya sedang minum dalam gambar itu? Adakah saya sedang minum dalam gambar itu? Adakah saya sedang minum dalam gambar itu? Adakah saya sedang minum dalam gambar itu? Anda sudah melihat gambar itu?

Ya, saya sudah melihat gambar itu. Adakah saya sedang minum dalam gambar itu? Adakah saya sedang minum dalam gambar itu? Saya tidak pasti sama ada orang itu adalah anda... Saya tidak minum.

Malaysiakini

Mangsa tembakan cari menteri di Hulu Selangor!


HULU SELANGOR, 21 April:
Norizan Salleh, 30, wanita yang ditembak oleh polis sebanyak 5 das pada Oktober lalu mengambil keputusan turun sendiri ke Hulu Selangor untuk bertemu dengan menteri-menteri berkaitan dan bertanya tentang nasib yang menimpa dirinya.

"Saya berada di (Parlimen) Hulu Selangor ini kerana saya yakin banyak menteri turun berkempen di sini (sempena) pilihan raya ini. Jadi kedatangan saya ke sini untuk bertanya kepada menteri-menteri terbabit tentang kes saya.

"Kenyataan Menteri (Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein) kata tidak ada apa-apa yang berlaku (sedangkan) polis menembak saya dan sebab itu saya di sini," jelas beliau dalam suatu kenyataan media di Pusat Informasi dan Media, Kuala Kubu Baru, pagi tadi.

Bercakap pada sidang media (gambar) yang sama, N. Surendran, peguam kepada Norizan mendesak Hishamuddin supaya bertanggungjawab atas penyalahgunaan kuasa oleh Ppolis ke atas anak guaman beliau.

"Kita cuma nak tanya, apa sudah jadi dengan Norizan, mengapa polis yang melepaskan lima das tembakan hidup-hidup kepada Norizan sehingga hari ini tidak dikenakan tindakan," soal beliau.

Dalam pada itu, beliau turut menyuarakan rasa kecewa dengan sikap Hishamuddin yang dilihat tidak ikhlas serta prihatin terhadap nasib yang menimpai anak guamannya.

"Menteri telah berjanji kepada saya dan Norizan di Parlimen bahawa beliau akan siasat kes ini, mengapa dalam suatu kenyataan media (yang lain), dia menghina Norizan pula.

"Sepatutnya menteri menjaga rakyat, tetapi (kenyataan) Hishamuddin seolah-olah tidak memperlihatkan keikhlasannya kepada Norizan."

Katanya lagi, Hishamuddin sepatutnya menyiasat anggota polis terbabit kerana polis terbabit turut mengheret Norizan keluar dari keretanya di ibu negara, lalu menendang Norizan sehingga patang tulang rusuk.

Meneliti laporan Norizan, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa kes tembakan Norizan tersebut sebenarnya bermotif membunuh (shoot-to-kill).

Tegas beliau lagi, sekiranya pegawai polis yang menembak Norizan tidak disoal siasat dan dihukum, beliau berkata, sesiapa pun rakyat selepas ini boleh sewenang-wenangnya ditembak oleh polis tanpa usul periksa.

Menyambut kenyataan Norizan dan Surendran, Ketua Penerangan PKR Latheefa Koya pula menyifatkan Hishamuddin tidak layak menjadi menteri kerana langsung tidak bertanggungjawab dan prihatin terhadap keselamatan rakyat Malaysia.

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat di Hulu Selangor supaya mempertahankan kemenangan di Parlimen Hulu Selangor dengan memberi undi kepada calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim.

Harakahdaily


MOHAMAD SABU BERSUARA: JANGAN TOLAK TUAH

Pengundi Hulu Selangor dikatakan "menolak tuah" jika tidak memilih calon PKR sebagai wakil rakyat mereka pada pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor 25 April ini.

Ahli Jawatankuasa PAS pusat Mohamad Sabu berkata ini kerana calon yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat itu adalah seorang yang terbukti prinsipnya dalam membela rakyat.

"Zaid Ibrahim manusia berprinsip. Beliau (adalah) menteri, bila ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) digunakan, beliau tidak bersetuju.

"Kalau kita tidak bersetuju dengan percakapan lawan dengan percakapan, kalau tulisan, lawan dengan penulisan, wartawan lawan dengan kewartawanan, bukan dengan ISA. Lainlah kalau angkat senjata.

"Oleh itu, Zaid ambil keputusan untuk meletak jawatan (sebagai menteri). Dalam dunia ini nak cari orang macam begini (memang) payah," kata Mohamad Sabu ketika menyampaikan ceramah di Jalan Padang Tembak di Kuala Kubu Baru, malam semalam.

"Walaupun beliau mempunyai banyak kelemahan sebagai manusia, tapi sebagai menteri yang berprinsip, beliau meletakkan jawatan sedangkan banyak kemudahan dan kelebihan disediakan oleh kerajaan.

"Kalau tak angkat Zaid Ibrahim sebagai wakil rakyat, memang orang Hulu Selangor menolak tuah. Jarang ada di dunia orang seperti Zaid Ibrahim apabila beliau tidak bersetuju dengan dasar kerajaan, dia letak jawatan dan kemudiannya menyertai pembangkang," katanya yang juga bekas naib presiden PAS.

Kira-kira 500 orang hadir pada majlis ini walaupun cuaca begitu sejuk berikutan hujan lebat pada sebelah petang.

Dakwa Mohamad Sabu, selepas pilihan raya umum pada 2008, kerajaan BN cuba menimbulkan pelbagai isu perkauman yang sensitif, termasuk memfitnah exco Selangor Teresa Kok yang didakwa cuba menghalang azan daripada berkumandang dan menahan seorang wartawan smengikut ISA.

Hal berkenaan katanya, mendorong Zaid yang juga bekas ketua Umno bahagain Kota Bharu membantah dan seterusnya meletakkan jawatan.

"(Inilah) Zaid (yang) saya hormat. Ada satu perkara yang orang lain tidak tidak boleh buat. Orang yang ada prinsip memang kita hormat," katanya.

Pada ceramah yang sama Mohamad Sabu turut membidas kerajaan BN kerana membuat perjanjian dengan firma-firma yang mempunyai kepentingan Yahudi.

"Unsur Yahudi amat bahaya. Politik Yahudi adalah menghapuskan orang yang tidak disukainya. Kita bimbang politik Yahudi masuk ke Malaysia," katanya.

Menurut Mohamad Sabu beliau kuathir berlakunya kebocoran maklumat negara ini yang tidak boleh dipandang kecil.

Sehubungan itu, beliau menggesa rakyat memilih Zaid Ibrahim dalam pilihan raya kecil itu pada 25 April ini sebagai membantah tindakan kerajaan BN.

Malaysiakini

ANWAR NASIB BAIK TAK PILIH DR HALILI (VIDEO)




Orang Umno Selalu Ke Kasino



“Kalau pergi kasino, tak akan jumpa nama saya tapi akan jumpa satu nama tapi saya tidak mahu dedah, tidak mahu mengaibkan orang itu," katanya......

Zaid: Saya Bukan Kaki Judi

HULU SELANGOR 20 APR: Calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim mendedahkan pimpinan Umno yang terlibat dalam kegiatan perjudian tetapi memutar belit fakta dengan menuduh beliau bagi merosakkan reputasinya sebagai calon pilihan raya.

Tanpa gentar, bekas Menteri Undang-Undang itu turut mencabar mana-mana pihak supaya meneliti senarai nama pengunjungi kasino dan yakin nama pimpinan Umno yang bakal terpapar.

Sebuah blog yang mesra Umno BN menyatakan Zaid Ibrahim terlibat dalam aktiviti perjudian semata-mata beliau pernah memiliki seekor kuda lumba yang dinamakan 'Kelantan' ketika belum menyertai Parti Keadilan Rakyat.

Ini adalah serangan peribadi kedua terhadap Zaid selepas dituduh sebagai peminum arak wal hal pelakuan itu berlaku ketika masih muda, malah beliau sudahpun bertaubat.

Sambil menafikan terlibat dalam anasir perjudian, Zaid Ibrahim juga tidak mahu mengambil endah kewujudan blog tajaan Umno BN yang giat mereka-reka bukti palsu termasuk mengubah suai gambar beliau.

“Blog begini tak usah layanlah," katanya.

Bagaimanapun, Zaid Ibrahim secara tegas mengganggap serangan peribadi yang dibidikkan kepada beliau ibarat meludah ke langit.

"Mengatakan saya seorang kaki judi, itu tidak benar. Itu fitnah. Kaki judi semuanya dalam Umno," katanya.

“Kalau pergi kasino, tak akan jumpa nama saya tapi akan jumpa satu nama tapi saya tidak mahu dedah, tidak mahu mengaibkan orang itu," katanya.

TVSelangor

ADA BERANI KE UMNO SAHUT CABARAN LIM KIT SIANG , UMNO BUKAN KAKI ARAK?

Inilah saat paling genting bagi UMNO untuk menangkis cabaran yang di utarakan oleh Pemimpim veteran pembangkang , setelah PR di serang bertubi-tubi.



Pemimpin veteran pembangkang, Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) mencabar Umno dan menteri-menteri kabinet beragama Islam untuk tampil membuat pengakuan bahawa mereka tidak pernah meminum alkohol, khususnya semasa muda.

Sasaran utama Lim adalah Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Lim membuat cabaran itu ketika membahaskan rang undang-undang Akta Pemberi Maklumat.

Dakwanya, jika minum alkohol dijadikan kayu pengukur bagi memilih menteri-menteri BN, ramai pemimpin berkenaan akan tersingkir.

"Jika minum pada zaman lalu menghalang seseorang daripada memegang jawatan, kita akan kehilangan separuh daripada jemaah menteri, termasuk duta besar Malaysia ke Amerika Syarikat,” kata Lim.

Pemimpin veteran DAP itu juga membidas tindakan BN yang menyerang peribadi Datuk Zaid Ibrahim yang disifatkannya sebagai terdesak dan tidak mempunyai kelas.

"Biarlah kita tingkatkan standard politik dan pilihan raya di negara ini kerana ia gelanggang bagi berkhidmat kepada rakyat dan negara. Kita tidak patut mengheret serangan peribadi dan mengaibkan pemimpin dengan cara sedemikian,” katanya.

"Sebagai contoh, Lim berkata DAP telah mengarahkan kepada ahlinya supaya tidak menyentuh atau bercakap mengenai rakaman video Chua Soi Lek,” kata Lim lagi.

Malaysiakini

Serangan yang dibuat Umno/BN terhadap Zaid tidak ubah seperti apa yang dilakukan oleh kafir Quraisy terhadap sahabat Rasulullah s.a.w., Khalid Ibnu Wa


Kafir Quraisy juga serang peribadi sahabat bila peluk Islam

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 20 April: Ahli Parlimen Baling, Ustaz Taib Azamuddin Md Taib (gambar) menyelar tindakan pemimpin Umno/Barisan Nasional (BN) menyerang peribadi calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim dengan mengungkit segala perkara yang dilakukan sewaktu menjadi menteri kabinet dahulu.

Menyoroti sirah, Taib berkata, serangan yang dibuat Umno/BN terhadap Zaid tidak ubah seperti apa yang dilakukan oleh kafir Quraisy terhadap sahabat Rasulullah s.a.w., Khalid Ibnu Walid.

Menurutnya, setelah Khalid memeluk Islam dan menjadi sahabat Rasululullah s.a.w., kafir Quraisy menyerang peribadi Khalid sebelum memeluk Islam dan menghasut para pengikut Rasulullah s.a.w. agar tidak memberikan kepaercayaan kepada Khalid.

"Dari sudut Islam, apabila khalid Ibnu Walid memeluk Islam dan beriman kepada Allah S.W.T., perkara ini yang dimainkan oleh kafir Quraisy dengan mencungkil balik sejarah buruk Khalid.

"Kita tahu Khalid merupakan orang yang bersungguh-sungguh ingin membunuh nabi sehingga masa peperangan Uhud, yang memimpin perang di kalangan kafir Quraisy ialah Khalid dan beliau bersiap sedia dengan pedang untuk membunuh Nabi.

"Tapi setelah beriman dia menjadi sahabat kanan Rasulullah s.a.w. dan orang yang dijamin syurga. Kedudukan ini yang diperoleh oleh Khalid dengan taubat dia dan sebagainya, maka kafir Quraisy bertindak menyerang peribadi beliau," katanya.

Taib mempersoalkan sikap pemimpin Umno/BN yang seolah-olah bersetuju dengan tindakan kafir Quraisy dan melakukan perkara yang sama dalam kempen mereka untuk memenangkan calon BN di Hulu Selangor.

"Bagi saya apa yang dimainkan oleh Umno dengan menyerang Zaid secara peribad, ini adalah rentak tari lama yang dimainkan oleh musyrikin. Oleh itu, para pengundi boleh bertanya, apakah Umno dan Barisan Nasional hari ini sama juga perangai dengan musyrikin dulu?”

"Apakah mainan Umno semacam ini, orang Melayu dan orang Islam boleh berpegang kepada perbuatan ini dan adakah orang Umno seronok sangat dengan rentak tari yang dimainkan oleh musyrikin dahulu?" soalnya.

Beliau juga berkata, Zaid sendiri telah mengaku kesalahan dan sewajarnya sebagai orang Islam berbaik sangka dan menerima pengakuannya dengan hati yang terbuka.

"Sekarang ini Zaid sendiri mengaku dan dia pun dah insaf jadi dalam konteks itu secara baik sangkanya. Kita sebagai muslim bahawa kita yakin bahawa beliau telah bertaubat kepada Alah dan jika Allah membuka pintu taubat kepada semua orang, kenapa kita tidak boleh terima secara rasional," katanya lagi.

Beliau turut mempersoal Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) yang mewar-warkan membela nasib Melayu tetapi menyokong calon MIC di Hulu Selangor.

"Mana letak duduk Perkasa yang menyokong orang Melayu. Dalam hal ini dia menyokong MIC.

"Apa yang ada pada kredibilti Perkasa. Untuk mendapatkan sokongan Melayu, mereka mendendangkan lagu Melayu tapi dalam meraih politik BN mereka menyokong MIC," katanya.


Harakahdaily

Tuesday, April 20, 2010

VIDEO TERPILIH - UMNO SEPTUTNYA BERSYUKUR




Sila tonton dengan teliti isi kandungan video ini

KINI GILIRAN ZAHID PULA MENYERANG SIAPA KENAKAN SIAPA?

"Kaki judi ini sebenarnya langsung tidak betul, yang berjudi besar sebenarnya di kasino-kasino adalah menteri-menteri Umno, berjuta-juta ringgit, hutang tak bayar, tidak ada apa-apa tindakan terhadap mereka.



Pemimpin Umno lebih teruk minum arak, berjudi


PETALING JAYA, 20 April: Calon Pakatan Rakyat bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim (gambar) berkata pemimpin Umno juga ramai mengambil alkohol sepertinya dahulu namun tidak berniat untuk mengaibkan mereka.

Beliau sewaktu wawancara eksklusif bersama Harakah dan Harakahdaily semalam memberitahu, isu itu sengaja ditimbulkan pemimpin Umno/BN setelah beliau menyertai Pakatan Rakyat kerana mahu menjatuhkan karier politiknya.


"Saya berterus terang, itu dulu, dalam Umno pun ramai menteri-menteri macam saya dulu, tapi tidak menjadi isu pada waktu itu.

"Peribadi saya, karektor saya, Islam saya dipersoal setelah saya bersama-sama Pakatan Rakyat,” katanya yang juga pernah menjawat Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Menurutnya, apa yang berlaku itu adalah sejarah lampau yang sudah lama ditinggalkannya yang berbeza dengan sesetengah pemimpin Umno lain yang masih tidak dapat meninggalkan tabiat buruk itu.

"Saya manusia, dalam lumrah hidup kita adalah salah silap, tapi yang pentingnya apakah saya insaf dan sedar.

"Itulah beza saya dengan menteri Umno, saya berterus terang bukan hipokrit," tambahnya lagi.

Mengenai serangan peribadi oleh Umno terhadapnya, beliau menyerahkan kepada pengundi Hulu Selangor untuk menilai sikapnya setelah membuat pengakuan jujur sebelum ini.

Berhubung tuduhan bahawa beliau kaki judi pula, Zaid berkata semua tohmahan yang dilemparkan Umno itu tidak betul, sebaliknya perkara itu dilakukan pemimpin Umno.

"Kaki judi ini sebenarnya langsung tidak betul, yang berjudi besar sebenarnya di kasino-kasino adalah menteri-menteri Umno, berjuta-juta ringgit, hutang tak bayar, tidak ada apa-apa tindakan terhadap mereka.

"Tapi saya tak nak sebut dan tak nak aibkan mereka," jelasnya.

Sewaktu bertanding sebagai calon Umno/BN pada PRU 2004 di Kelantan, katanya, PAS sebagai parti lawan pada waktu itu langsung tidak menyentuh isu peribadinya biarpun parti Islam itu tahu latar belakang dirinya.

Tetapi pemimpin Umno kini sangat terdesak dan sangat takut sehingga terpaksa menggunakan taktik jahat menyerang peribadinya.

"Inilah budaya politik Umno sebenarnya, politik manusia yang takut kuasa mereka hilang.

"Inilah petanda mereka sedang cemas," katanya.


Harakah

KHAIRI DAH MULA RISAU MINTA UMNO JANGAN KEMPEN SERANG PERIBADI CALUN


“Bukan mereka (pembangkang) sahaja yang kena, kita pun kena juga, kalau nak tunjuk serangan peribadi kepada pemimpin kita, pengerusi, timbalan pengerusi, termasuk pemimpin parti komponen lain memang banyak.(Apa masud Khairi berkata sedemikian)?

Malaysian Insider

Khairy: Jangan guna kempen serang peribadi calon

HULU SELANGOR, 19 April — Khairy Jamaluddin meminta parti politik bertanding pilihan raya kecil Hulu Selangor supaya tidak lagi berkempen dengan menyerang peribadi calon dan pemimpin parti ketika Umno-BN terus menjadikan isu Datuk Zaid Ibrahim dari Pakatan Rakyat sebagai modal politik.

“Saya minta supaya kesemua parti bertanding supaya menghentikan kempen yang menyerang peribadi.

“Kalau nak serang biarlah serang dasar bukannya peribadi,” kata Ketua Pemuda Umno ini.

Khairy menambah karakter dan perwatakan pemimpin penting dan “minta mana-mana pihak sama ada BN ataupun PKR hentikan sebab hendak tunjukkan kepada generasi muda cara berkempen yang baik,” katanya.

“Bukan mereka (pembangkang) sahaja yang kena, kita pun kena juga, kalau nak tunjuk serangan peribadi kepada pemimpin kita, pengerusi, timbalan pengerusi, termasuk pemimpin parti komponen lain memang banyak.

“Jadi semua pihak kena hentikan, dan saya minta supaya pembangkang tidak hanya menuding jari kepada kita sahaja,” kata Ahli Parlimen Rembau ini.

Baca lagi

SPR JANJI TURUNKAN PAPAN TANDA SERANGAN PERIBADI


"Saya beri amaran. Jangan mulakan kempen secara ini. Kalau esok tak turun, kami sendiri akan turunkan papan tanda dan poster yang ada unsur fitnah dan provokasi," katanya.( Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin)

SPR Janji Arah BN Turunkan Papan Tanda Serangan Peribadi, Provokasi

HULU SELANGOR 19 APR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan kepada Angkatan Muda Keadilan (AMK) untuk mengarahkan Barisan Nasional menurunkan papan tanda yang menyerang keperibadian pimpinan Pakatan Rakyat dan bersifat provokasi.

Walaupun tidak diketahui sejauh mana SPR berani bertindak terhadap Barisan Nasional (BN) yang jelas melanggar peraturan pilihan raya tetapi suruhanjaya itu berjanji akan berbuat demikian.

Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin bertemu SPR untuk mendapat kepastian mengenai peraturan papan tanda, poster dan kain rentang berunsur provokasi sepanjang tempoh berkempen pilihan raya ini.

Hasil pertemuan di pejabat sementara SPR di Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Selangor di Kuala Kubu Bharu, SPR mengakui BN melanggar peraturan apabila memacakkan papan tanda yang bersifat provokasi dan bercorak serangan peribadi.

"Saya mendapatkan kepastian dari SPR mengenai papan tanda (billboard) BN yang berunsur provokasi dan fitnah. Ada lapan atau sembilan lokasi. Kalau SPR kata ia boleh dibuat, kami akan naikkan papan tanda juga. Banyak isu yang boleh kemukakan.

"Tetapi kami bercadang untuk tanya SPR kerana kami yakin itu melanggar beberapa peraturan pilihan raya," kata Shamsul Iskandar kepada TV Selangor, hari ini.

AMK yang turut membuat laporan polis berhubung perkara ini, bertekad untuk menurunkan papan tanda berkenaan dalam tempoh 48 jam jika bantahan mereka tidak diendahkan pihak berkuasa.

"Hasil dari mesyuarat pagi ini, mereka menyatakan ia melanggar peraturan pilihan raya. Hari ini kena turunkan. Mereka sudah kenal pasti papan tanda yang perlu diturunkan dan akan menasihati BN.

"Saya beri amaran. Jangan mulakan kempen secara ini. Kalau esok tak turun, kami sendiri akan turunkan papan tanda dan poster yang ada unsur fitnah dan provokasi," katanya.

TVSelangor

TERKINI HULU SELANGOR SATU LAWAN SATU




Pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor Ahad ini akan menyaksikan perebutan satu lawan satu antara calon BN dan PKR selepas dua calon Bebas menarik diri hari ini. Siang tadi, V S Chandran mengumumkan diri, diikuti oleh seorang lagi calon Bebas, Johan Mohd Diah. Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengesahkan Johan Mohd Diah telah menarik diri. Berikutan itu, calon BN, P Kamalanathan akan berdepan dengan calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim Ahad ini.

Kerusi tersebut kosong ekoran kematian penyandangnya dari PKR, Datuk Zainal Abidin Ahmad bulan lalu.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Johan menandatangani borang menarik diri di Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor di Kuala Kubu Baru, kira-kira pukul jam 9.05 malam ini. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut. Lewat petang tadi Johan, yang juga AJK Pemuda Umno Bahagian Shah Alam, mengadakan sidang media di Felda Sungai Tengi, Hulu Bernam, antara lain mengenai persediaannya menghadapi pilihan raya. Wan Ahmad Wan Omar berkata calon yang berhasrat menarik diri daripada bertanding perlu berbuat demikian selewat-lewatnya 12 tengah malam ini.

Malaysiakini

Monday, April 19, 2010

HULU SELANGOR: PERANG BOTOL ARAK DI DUNIA SIBER


Beberapa pemimpin utama Umno kini turut terkena tempias kepanasan kempen serangan peribadi terhadap calon PKR Datuk Zaid Ibrahim yang dikaitkan dengan tabiat minum arak.

Ia ekoran tindak balas penulis blog pro-Pakatan yang menyiarkan foto yang dikatakan menunjukkan pemimpin Umno itu, turut melakukan perkara yang sama.

Dua blog memulakan 'perang' dengan mendakwa mereka akan menyiarkan bukti tabiat minum Zaid tengahari ini. Berita tersebut turut disiarkan di muka depan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.

Dua blog pro-Umno - Gerakan Anti-PKR dan Pisau.net - masing-masing menyiarkan gambar Zaid meletakkan tangannya atas meja dengan memegang sebotol wiski yang belum dibuka.

Selepas beberapa jam berlaku, posisi ganjil tangan dan botol tersebut, membuat warga internet membuat kesimpulan bahawa gambar itu telah diubahsuai.

Gambar asalnya disiarkan pada 2008 oleh portal berita Nut Graph, yang menunjukkan Zaid sedang diwawancara di sebuah restoran, tanpa botol wiski tersebut.

'Gambar menteri dan isteri'

Menurut artikel Gerakan Anti-PKR, gambar tersebut diberikan oleh 'orang dalam PKR' dan penulisnya berjanji banyak lagi pendedahan akan menyusul.

Penulisnya mendakwa dia memiliki lapan lagi gambar dan video selama lapan minit mengenai tiga pemimpin PKR dalam "situasi yang memalukan".

Dalam reaksi tindakan balas, blog bernama Salt, Pepper and a little kicap menyiarkan satu siri foto yang dikatakan menunjukan seorang pemimpin kanan Umno yang juga menteri kabinet, sedang memegang satu tin bir. Foto itu juga menunjukkan isteri pemimpin Umno tersebut, juga melakukan perkara yang sama.

Artile tersebut kemudiannya dipetik oleh peguam terkemuka Haris Ibrahim dalam blognya, di mana beliau mengecam menteri berkenaan kerana mendakwa Umno tidak terbabit dalam serangan peribadi terhadap Zaid.

Ahli parlimen Kota Belud yang juga bekas setiausaha Pemuda Umno, Datuk Abdul Rahman Dahlan terus menjawab melalui twitternya, mendakwa gambar tersebut telah diubahsuai.

Kemudiannya, satu lagi gambar muncul di internet di mana seorang individu yang kelihatan seperti ahli parlimen Rembau yang juga ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bersama dengan seorang lelaki yang tidak dikenali dan dua orang wanita.

Suasananya kelihatan seperti di kelab malm dan mereka duduk di depan meja yang penuh dengan botol minuman keras.

Perkara itu sampai ke perhatian Khairy yang menjawabnya melalui Twitter.

"Apa yang betul? Adakah saya minum apa2 dalam gambar tersebut?" soalnya.

Ketika dihubungi, ketua penerangan PKR, Latheefa Koya berkata pengedaran gambar Zaid yang diubahsuai itu dan paparan besar mengenainya oleh Utusan Malaysia, menunjukkan bahawa BN sudah ketandusan idea.

Sebaliknya, kata beliau, pihaknya tidak mahu tersimpang daripada isu-isu sebenar di Hulu Selangor dan para penulis blog berkenaan "boleh buat apa sahaja yang mereka mahu".

Usaha untuk menghubungi Khairy untuk mendapatkan komennya tidak berhasil.

Malaysiakini

INI GAMBAR ZAHID DI PALSUKAN



Azmin Ali mencabar BN buktikan Zaid Ibrahim kaki botol. cabaran ini gap sambut , BN duduk diam-diam ! pastikan anda berada di depan laptop dan pc anda pada hari isnin 19 april 2010 tepat jam 12 tengahari ! ANDA WAJIB IKUT CAKAP GAP ! CONFIRM MELETOP !
Boleh baca entry GAP itu di sini:
- CABARAN AZMIN GAP SAMBUT ! ISNIN 19HB APRIL JAM 12TENGAHARI !

Dan hari ini, seperti yang dijanjikan, GAP telah mendedahkan gambar tersebut sambil mendabik dada mengatakan:
gambar ini dikirimkan kepada gap oleh 'sumber dalaman pkr' . gambar ini disiarkan oleh gap bagi menjawap cabaran Azmin Ali kepada BN semalam.azmin ali dengan sengaja meminta BN membuktikan tohmahan kononnya Zaid Ibrahim seorang peminum arak yang tegar.apa niat sebenar azmin ali memberikan 'bola tanggung' ini kita sudah ketahui !

hari ini seperti yang aku janjikan,gambar Zaid Ibrahim dan wisky berjenama jack daniels didedahkan.samada ia beer,arak mahupun wisky ia tetap dianggap sebagai air kencing syaitan.haram tetap haram,sebagaimana kelakuan meliwat, rasulllah saw tetap takkan mengaku si peliwat sebagai umatnya !
Boleh rujuk artikel terbaru beliau bersama gambar yang kononnya original itu di sini:
- GAMBAR ZAID IBRAHIM BERSAMA WISKY !

Gambar palsu!

Namun hakikatnya gambar itu adalah palsu dan direka-reka untuk menghalalkan matlamat perjuangan kotor mereka!!!


Buktinya, dibawah adalah gambar sebenar Zaid..gambar tersebut diambil daripada portal http://www.thenutgraph.com/man-of-a-hundred-contradictions . Gambar asal itu langsung tidak menunjukkan Zaid memegang apa-apa botol..




Begitulah mentaliti dan sikap penyokong dan blogger tegar Umno..dengan penuh yakin mereka mendakwa kononnya mereka mempunyai gambar yang menunjukkan Zaid bersama Arak..

Habis sekalian juak2 cybertroopers Umno termasuk SOPO Blogger Umno terloncat kegembiraan kerana terharu atas keupayaan GAP mendedahkan gambar sepenting ini..mereka seterusnya galak menyebarkan gambar ini ke ruang2 maya...penulis yg turut sama menanti pendedahan gambar itu menyaksikan hampir 700 lebih pengunjung mengunjugi blog GAP dalam satu2 masa (tengah hari tadi)...ternyata blogger Umno tidak serik dengan aktiviti memalsukan gambar (superimpose)....


Isu Sekarang

Isu Zaid sebelum ini bekas peminum arak sudah tidak timbul kerana beliau dahulunya sudah mengaku kesilapan lampau, memohon ampun kepada Allah(bertaubat), dan meminta maaf kepada rakyat..penulis ada mengulas isu ini..boleh baca di sini..


Ada pun, isunya sekarang ialah bagaimana seorang penyokongf berani mati Umno GAP sanggup mereka fitnah jahat dengan mengubah gambar asal serta menyatakan ianya adalah gambar ori dan bukan rekaan..gambar ini kemudiannya disebar kemerata tempat..sungguh aib, kotor lagi memalukan!!!!...

Pria Malaya

INI JANJI MB KEDAH: BUBAR DUN JIKA RAMAI ADUN MELOMPAT


"Saya dengar macam-macam cerita sehingga sudah ada di antara Adun Umno yang bercakap siapa bakal menteri besar, tetapi saya langsung tidak khuatir, kerana jika ini (lompat parti) benar-benar berlaku, saya akan bubar DUN dan kita pulang semula kepada rakyat untuk menjadi hakim," katanya kepada Bernama hari ini.

Azizan: Bubar DUN jika ramai ADUN keluar parti...

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata beliau tidak khuatir jika masih ada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada pakatan pembangkang bertindak keluar parti sehingga menumbangkan kerajaan negeri pimpinan PAS itu.

Sebaliknya beliau telah bersedia menghadapi segala kemungkinan termasuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika ianya benar-benar berlaku. "Saya dengar macam-macam cerita sehingga sudah ada di antara Adun Umno yang bercakap siapa bakal menteri besar, tetapi saya langsung tidak khuatir, kerana jika ini (lompat parti) benar-benar berlaku, saya akan bubar DUN dan kita pulang semula kepada rakyat untuk menjadi hakim," katanya kepada Bernama hari ini.

Azizan diminta mengulas desas-desus yang semakin kuat kedengaran bahawa beberapa lagi wakil rakyat pakatan pembangkang di Kedah akan keluar parti sehingga menyebabkan kerajaan negeri hilang majoriti. Sehingga kini kerajaan yang dipimpin pakatan pembangkang itu sudah kehilangan dua wakil rakyatnya apabila dua Adun daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Mohammad Radzhi Salleh (Lunas) dan Tan Wei Shu (Bakar Arang) bertindak keluar parti.

Kedua-duanya mengisytiharkan diri sebagai wakil Bebas. Kerajaan Kedah kini menguasai 20 daripada 36 kerusi DUN. Daripada jumlah itu PAS menguasai 16 kerusi, PKR (3 kerusi) dan DAP satu kerusi. Barisan Nasional mempunyai 14 kerusi termasuk Kota Siputeh yang masih berada pada peringkat Mahkamah Rayuan selepas Speaker DUN Datuk Dr Abdul Isa Ismail tidak mengiktiraf Datuk Abu Hasan Sarif sebagai wakil rakyat kawasan itu.

Mahkamah Tinggi sebelum itu memutuskan DUN Kota Siputeh sebagai kosong berdasarkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah selepas Abu Hasan didapati gagal menghadiri sidang DUN sebanyak dua kali berturut-turut.

Malaysiakini

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak