KUALA LUMPUR ; Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan, penubuhan PAS adalah memenuhi perintah Allah yg mewajibkan kesinambungan risalah Islam.
Ketua Penerangan PAS Kawasan Setiu, Dr. Azman Ibrahim yang turut menghadiri Seminar Memperkasakan PAS, berkata, Presiden PAS turut mengariskan empat perkara penting dalam meneruskan perjuangan.
”Yang pertama, ialah menegakkan risalah Islam yg menyeluruh yangg menjadi risalah para nabi, kedua; mewujudkan saf kumpulan Islam yg teguh serta mempunyai izzah dlm menghadapi musuh, ketiga; sedia berjihad secara faham dan bijak, dan yang keempat wala' kpd Allah, rasulnya dan kepimpinan Islam,”katanya dalam pesanan ringkas yang dihantar kepada Buletinonline.
Dr. Azman yang juga Ahli Jawatankuasa Lujnah Penerangan negeri berkata, Naib Presiden, yang juga ahli panel bagi sesi forum, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan PAS tidak pernah menolak kritikan, bahkan, setiap kritikan akan diurus dengan baik.
Tuan Ibrahim menghurai lanjut dan berkata, berbeza pendapat bukan bermakna kita perlu mewujudkan jamaah dlm jamaah dan Seminar yang diadakan hari ini merupakan lambang keterbukaan PAS.
”Besarnya jiwa kita (PAS) kerana sedia menjemput orang yang mengkritik kita (Aziz Bari – yang datang sebagai ahli panel forum),”kata Dr. Azman mengulang kata-kata Tuan Ibrahim.
Oleh itu, Tuan Ibrahim menyarankan agar setiap ahli dan pimpinan perlu menjauhi ruang-ruang yangg boleh menimbulkan fitnah dalam membuat kenyataan dan tindakan.
Mengulas berkaitan ahli panel kedua Prof. Dr. Abd Aziz Bari, Dr Azman berkata, beliau seolah-olahnya lebih kepada memandang mudah kepada persoalan yang dibangkitkan perwakilan. ”Jawapan banyak berbentuk 'anti thesis' dengan menafikan dia mempunyai agenda tertentu disebalik kenyataan yg disiarkan,
”Beliau sendiri mengakui bahawa beliau tidak mempunyai data-data berhubung kenyataan yg dikeluarkan. ”Sekadar mengambil kira dari suatu pandangan umum yang menjadi bahan perbincangan umum,”jelas Dr. Azman
Menurut Dr Azman lagi, soalan-soalan perwakilan yang dikemukakan kepada Aziz Bari memang agak keras dan kemudiannya menimbulkan rasa kurang senang dikalangan perwakilan apabila beliau mengambil ringan dan memandang mudah sahaja.
”tidak mengambil kira sensitiviti, terutama berkaitan kritikan keras terhadap Presiden PAS,”tegasnya.
Namun, kata Dr. Azman, perwakilan menerima hakikat bahawa seminar yang diadakan hari ini 7 November, adalah untuk memperkasakan parti dan bukan membahas atau mencari kebenaran kenyataan akhbar ataupun membicara kesalahan-kesalahan Aziz Bari.
Seminar Khas Pas Pusat Parti Islam Se-Malaysia bermula hari ini dengan ucapan pembukaan dari Naib Presiden Salahuddin Ayub selaku penganjur majlis menggesa akar umbi Pas merapatkan barisan menghadapi cabaran politik masa hadapan.
Mengimbas kembali sejarah politik Pas, Salahuddin berkata daya tahan parti seangkatan yang gugur dalam lipatan sejarah adalah displin akar umbi dan pautan kepada demokrasi dan Islam.
"Pas terbuka kepada kritikan. Pemimpin Pas terbuka hatinya dan membuka ruang kepada teguran dan pendapat, sepertimana yang dapat kita lihat hari ini," katanya.
Lebih seribu perwakilan dari seluruh negara tertumpu di Dewan Datuk Fadzil Noor, Markas Tarbiyah Pas Taman Melewar hari ini.
Antara yang hadir hari ini adalah Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Abdul Hadi Awang.
Dijemput memberi pandangan adalah tiga panelis termasuk Prof Dr Abdul Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa, antara pengkritik lantang terhadap Pas khususnya kepimpinan Abdul Hadi Awang mutakhir ini.
Pas mengadakan seminar khas bagi membincangkan halatuju parti itu bagi menggantikan muktamar khas yang dicadangkan oleh Nik Aziz.
Matlamat seminar ini adalah pemerkasaan parti aliran Islam itu melalui dialog membincangkan masalah yang berbangkit dalam Pas.
Meneruskan ucapannya, Salahuddin berkata keterbukaan ini membezakan Pas dari parti-parti politik kontemporasi, dan beliau menggesa budaya ini diteruskan.
"Sekiranya Pas terus membuka ruang kepada kritikan, maka kita akan terus utuh, dan insyaAllah membantu kita mendapat tempat di mata masyarakat," katanya.
Tidak sampai sampai satu jam seminar berlangsung, Nik Aziz meninggalkan majlis atas alasan kesihatan
Mohamed Khusrin (kanan) hari dilaporkan berkata Jais bertindak sedemikian terhadap Khalid kerana "tidak sesuai membaca khutbah" setelah merujuk pandangan para jemaah dan juga pemimpin PAS itu tidak mempunyai pendidikan rasmi dalam bidang agama.(sini)
Kebanyakan imam-iman yang di lantik, oleh UMNO adakah mereka ini mempunyaipendidikan rasmi dalam bidang agama yang di lantik untuk membaca khutubah.
Imam-iman di kampong mereka tidak mendapat pendidikan rasmi agama, hanya boleh membaca Alquran dan tulisan jawi serba sikit maka di lantik menjadi iman , perbezaan nya mereka di beri tauliah menjadi imam itu sahaja
Ahli parlimen Shah Alam sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan saman malu terhadap Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang mendakwa beliau mempunyai "rekod jenayah".
Ayid>> Nak tunggu orang berpendidikan agama baca Khutubah camana ada sekolah Agama (SAR) pun dah di tarik balik bantuan. Maka carilah yang tergagap-gagap baca, bagi tuliah imam
Jika kita saksikan video ini, kita akan dapati perbezaan yang begitu ketara di antara Sekolah Agama Rakyat (SAR) dengan mana-mana sekolah Menengah Kerajaan.
Mereka mengandalikan hari anaugerah dengan mengunakan dua (2) bahasa iaini bahasa Arab dan Bahasa Kebangsaan. Maka tidak hairanlah jika mereka ini keluar dari Sekolah Agama Rakyat akan dapat di ketengahkan sebagai insan yang bertakwa. Peratus bekas pelajar Sekolah Agama Rakyat yang tersasar dai landasan amatlah sikit jumlah nya jika di bandingkan dengan Pelajar lepasan Sekolah Menengah Kerajaan
Kita perlu tanya diri kita setakat mana pengorbanan kita untuk membantu menegakan Sekolah agama Rakyat, yang selama ini kita laongkan "Selamatkan Sekolah Agama Rakyat" adakah pengisian itu tinggal hanya slogan sahaja.
Selepas bantuan berkapita dari Kerajaan Pusat di tarik balek berapa ramaikah agaknya kita yang mampu menghantar anak ke sekolah agama rakyat
IPOH – ”Pas adalah satu-satunya gerakan Islam tunggal di Malaysia yang menggerakkan jihad siyasi (politik) dengan menggunakan wadah berpolitik untuk berdakwah,” kata Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussein kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Abu Bakar berkata, gerakan memperjuangkan Islam yang tidak pernah putus sejak sebelum merdeka ini, telah didaftarkan secara rasmi menggunakan medium sebuah parti iaitu Parti Islam SeMalaysia (Pas) mengikut kehendak kerajaan untuk memberikan lebih ruang bagi menggerakkan dakwah Islam di Malaysia.
Menurutnya, segala hasil daripada gerak kerja Islam yang dilakukan oleh Pas selama ini, rakyat dapat melihat dan mengenali ajaran Islam yang sebenar dianjurkan oleh Islam.
“Kini, rakyat semakin keliru melihat model Islam yang dianjurkan oleh UMNO dan hasil daripada itu telah menyebabkan rakyat semakin jauh dari memahami Islam yang sebenar.
“Hasil daripada dakwah yang dibuat oleh gerakan Islam PAS ini, kita dapat melihat bukan sahaja masyarakat Melayu dapat memahami kebaikan dan kehebatan Islam, malah masyarakat bukan Melayu bukan Islam juga dapat memahami Islam yang sebenar,” katanya.
Beliau berkata, sepanjang pemerintahan PR selama 10 bulan, ADUN PR yang bukan Islam dapat memetik beberapa terjemahan ayat al-Quran bilamana ada di kalangan orang Islam yang belum pernah terfikir menggunakan ayat itu dalam kehidupan.
“Malah, ada di kalangan ADUN PR yang bukan Islam mampu membaca ayat al-Quran, bahkan semakin ramai kaum bukan Islam memahami ajaran Islam sebenar diterjemahkan dalam perjuangan Pas.
“Justeru, Pas melihat perkara ini sebagai peluang untuk melebarkan dakwah Islam, yang menjadi asas pergerakan Pas serta melihat perkembangan baik buat Islam serta kita juga tidak menghalang masyarakat bukan Islam mengenali Islam secara lebih dekat,” katanya
Ayid>>> Bila YB Nga baca ayat Quran, juak UMNO melompat kemarahan mengatakan DAP menghina Islam lah menghina Al Quran lah kepada yang bersuara tu, tanya diri kita berapa banyak ayat yang dah kita dapat hafalkan setakat mana pula penghayatan kita terhadap Islam, jika kita sendiri pun tak dapat nak menegakan Islam. Judi sana judi sini, arak sana arak sini, zina sana zina sini khalwat sana sini hari-hari kita di momoknan dengan perkara tersebut
Liow memegang jawatan timbalan presiden selama 19 hari Berikutan perkembangan terbaru itu, maka usaha terkini untuk menyelesaikan krisis MCA melalui pelan damai, mungkin sekali lagi berdepan dengan jalan buntu
Kini parti komponen UBN dalam delima menghadapi krisis dalam yang sampai ketahap waktu puncak. Walaupun cuba diselaikan dengan campur tangan Hisamuddin yang mengatakan ROS tidak perlu campur tangan dalam krisis dalaman MCA ini, namun tak sampai seminggu, ROS telah membuat keputusan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mendapat semula jawatannya sebagai timbalan presiden MCA selepas digugurkan susulan dipecat daripada parti kira-kira dua bulan lalu.
Bahkan, beliau berkata, RoS tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan dalam hal ehwal kerabat Barisan Nasional (BN) itu.
Namun, hari ini RoS memutuskan, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek adalah timbalan presiden MCA yang sah.
Ayid>>> apa sudah jadi ma, baru 19 hari sudah jatuh balek. Ini boleh masuk book of record mana ada peminpim dalam Malaysia pegang jawatan 19 hari. UMNO kata PAS bergolak dia orang sendiri dalam komponen tatak buka mata ka. Selamat bermasalah UBN
Besok pada jam 10.00 pagi perbicaraan ketua-ketua kampung yang di singkirkan oleh Zamry akan di adakan di Mahkamah Tinggi Ipoh tepat pada jam 10.00 pagi
Ayuh ketua-ketua kampung keluar beramai-ramai kita gegarkan perbicaraan besok. Jangan ada pulak yang menagguhkan perbicaraan ini lagi.
Pemilihan ketua kampung di buat oleh rakyat bukan main-main tunjuk-tunjuk aje macam UMNO pilih ketua kampung.
Semuga ketua-ketua kampung semua beroleh kemenangan
Beginilah nasib jika bergelar penceramah bebas sekarang cenderung sebelah pembangkang, maka nasibnya akan serupa dengan ustaz dan juga ulamak yang ada dalam Pas.
Dr Asri diserbu Polis dan pegawai JAIS ketika sedang memberi kuliah atas alasan berceramah tanpa tauliah serta berdasarkan memorundum NGO kepada Agung. Sila lihat laporan Sinar Harian di bawah.
Dr. Asri diitangkap!
KUALA LUMPUR,2 Nov:Bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin telah ditangkap oleh pihak polis dan pegawai JAIS jam 12.15 tengah malam tadi.
Kira-kira jam 10 malam tadi,sepasukan lapan anggota daripada Jabatan Agama Islam(JAIS) telah tiba, ketika Dr Asri baru selesai menyampaikan kuliahnya yang dilakukan secara rutin setiap bulan, di kediaman di Taman Sri Ukay, dekat sini.
Suasana menjadi agak tegang apaila orang ramai dan para jemaah yang mengikuti kuliah, terkejut dengan kehadiran sepasukan anggota polis sejumlah kira-kira 40 orang,yang mula mengepung pekarangan rumah tersebut.
Beberapa jemaah yang ditemui,membayangkan situasi tersebut tidak ubah seperti suasana penangkapan bekas Timbalan Perdana Menteri Dato'Seri Anwar Ibrahim dirumahnya di Damansara pada tahun 1998 lalu.
Sungguhpun begitu, AhliParlimen Ampang Zuraida Kamaruddin,yang berada di kediaman itu, berjaya meminta orang ramai dan pihak polis yang berada di situ bertenang.
Dalam pada itu, kira-kira 2jam, para pegawai Jais berunding untuk meminta Dr Asri ke pejabat agama atau balai polis berdekatan.
Pada awalnya,Dr Asri mahu para pegawai itu mengambil keterangan di rumah tersebut, namun setelah berbincang agak lama,Dr Adsri akur untuk ke balai polis berdekatan.
Beliau kelihatan menaiki van JAIS dan diiringi oleh beberapa buah kereta peronda polis.
Sebelum pergi, Dr Asri sempat meminta supaya pihak media menunggu beliau dirumah tersebut kerana akan mengadakan sidang media.
"Jangan bimbang,saya akan balik semula ke sini.Doakan saya.
"Tunggu saya...akan membuat sidang media," katanya di hadapan orang ramai dan pihak media yang mengerumuni rumah tersebut.
Dipercayai tangkapan itu,berikutan dakwaan beliau yang dikatakan mengajar tanpa tauliah dan ada kaitannya dengan sidang media semalam serta memo bantahan lantikan beliau selaku Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah(Yadim).
Beliau dipercayai dibawa ke balai polis Hulu Kelang untuk diambil keterangan.Turut serta bersama beliau ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang,Shaari Sungib.
Allah hu Akbar, Maha besar Allah telah menunjukan kepada kita rakyat malaysia bahawa Islam Pasti akan berdiri megah jika kita pejuang islam terus berjuang akan menegakan agama allah. Kita lihat gambar tersebut, kejadian ke Kuantan Pahang jam 10.30 malam tadi dimana bulan telah mengambang melambangkan lambang Parti Islam Semalaysia(PAS).
Sesuai dengan firman Allah:
'Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.' (Al-Maaidah :8
Adakah UMNO sengaja nak melupuskan hukuman sebat tersebut demi menjaga hati komponen-kompenen Parti Mereka.
Atau UMNO sengaja tidak mahu hukuman di jalankan, takut akan ada dari pada gulungan anak mereka akan terlibat sama menerima hukuman tersebut, apabila ianya di laksanakan terhadap Kartika
Rakyat telah dimomok dengan pelbagai alasan: Bulan ramadhan kena hormat, tidak ada penyebat yang terlateh dan pelbagai alasan yang diberi. Berani kah kita menepuk dada katakan negera kita Negara Islam
Ayid>> Kartika takut akan Allah, UMNO tak takut ke
PETALING JAYA: Jawatankuasa Disiplin PAS yang bermesyuarat kali pertama hari ini bagi menyiasat isu membabitkan beberapa tuduhan terhadap PAS Selangor telah mengenal pasti beberapa pihak yang terlibat untuk memberikan keterangan.
Pengerusi jawatankuasa tersebut, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihak-pihak berkenaan akan dihubungi dalam masa terdekat bagi mendapatkan penjelasan lanjut.
"Kita dah kenal pasti beberapa pihak yang akan dipanggil untuk berikan keterangan.
"Kita perlu berikan peluang kepada pihak-pihak terbabit untuk beri penjelasan berhubung beberapa perkara," katanya ketika dihubungi mStar Online.
Ditanya sama ada Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali termasuk dalam senarai pihak-pihak yang akan dipanggil memberi keterangan itu, Tuan Ibrahim enggan mendedahkannya.
"Saya tak boleh komen lebih, perkara ini masih diperingkat siasatan," katanya.
Ayid>>> Kita gunakan ungkapan "Cukup sampai disini" UBN pun dah bergolak kembali. Kita satu kan ukwah dan rapatkan saf kembali
Salam Pertemuan : Yang Tersurat Dan Yang Tersirat
-
Heboh di media sosial tentang posting yang dimuat naik oleh Ketua Pemuda
Umno pertemuan Presiden PAS dengan Presiden Umno. Pertemuan tersebut yang
di ada...
MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN
-
MAKA dengan ini kami bersepakat dan bersetuju dengan muafakat bersama ini
sebagai perjanjian yang mengikat parti-parti kami.
Rakyat Malaysia berhasrat men...
Rumah untuk dijual di Rapat Setia Baru
-
Rumah banglo semi-d yang terletak di Rapat Setia Baru ini ingin dijual
dengan harga RM580,000.00. Harga boleh dirunding mengikut budi bicara.
Lokasi yang m...
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar
-
Bersempena dengan pilihanraya kecil P067 Parlimen Kuala Kangsar yang akan
berlangsung pada 5 Jun akan datang, sudilah kiranya tuan-puan dan puan-puan
sek...
Dewan Ulama Pas - Tolong-tolong perati gambar ni...
-
Dah agak lama aku tak merapu merepek hal ehwal Pas, bukan tak ada isu,
banyak,, tetapi rasa dan meluat dah dengan gelagat segelintir pimpinan
Pas... entahl...
'UMNO' minta $650 Dari Najib?
-
EKSKLUSIF Keadaan menjadi semakin panas dalam Umno, apabila seorang
anggota yang mendakwa mewakili parti, memfailkan saman terhadap
Presidennya, Datuk Ser...
Kisah orang sombong sembelih diri sendiri!!!
-
Assalamualaikum...Hahahahaha..Lama dah tak gelak dalam blog
ni..Kehkehkeh..Maap ramai yang menunggu nak sokong dan tak lupa jugak yang
nak hentam aku......
42 peratus Cina yakin hudud adil untuk semua
-
Ketika masyarakat Cina dikatakan fobia dengan cadangan pelaksanaan hudud
oleh PAS, tinjauan Universiti Malaya (UM) mendapati sebanyak 42 peratus
responden ...
Mengenal Perbedaan Kopi Robusta dan Kopi Arabika
-
Salam Ngopi!!!
bagi penggemar kopi mungkin sudah tidak asing lagi apa itu Kopi Robusta dan
Kopi Arabika, Kopi Robusta dan Arabika dalam klasifikasi ilmiah...
-
Lama sungguh tak menjengah blog ni..bila dalam suasana Malaysia baru
ni..banyak pulak yang nak diluahkan di sini..
Banyak benda berubah..banyak benda terka...
-
Alhamdulillah..
Januari 2014 - 7 Mac 2017..
3 tahun tinggalkan blog sulung ini.
Terdetik malam ini nak buka balik..klik sign in..email..password..
Rupanya m...
Polemik Kalimah ALLAH
-
*Bermula apabila Kementerian Dalam Negeri di bawah Syed Hamid Albar
melarang majalah The Herald menggunakan kalimah Allah dlm penerbitan
mereka.....
Peribadi Pejuang. Coret coret ijtimak tarbawi 2013
-
Peribadi Pejuang
Pejuang senantiasa akan diuji Allah swt justeru itu adalah sunnah orang
berjuang.
Saya kongsikan 5 Tips untuk memastikan kita mampu berd...
MUKTAMAR DEWAN MUSLIMAT PAS
-
*Muktamar tahunan Muslimat Pas bermula pada 14-15 november.muslimat yang
dikasihi sekelian ayuhlah bersama-sama kita menghadiri muktamar kita semoga
mendap...