Friday, March 8, 2013

Wowo kata Saiful bapa dia diperguna la pulak


Saiful: Bapa saya diperguna pihak tertentu
WARTAWAN SINAR HARIAN
8 Mac 2013
Saiful Bukhari
$entry.content.caption.value
SHAH ALAM - Saiful Bukhari Azlan mendakwa bapanya, yang pagi tadi mendedahkan anaknya telah dipergunakan oleh pembantu khas pemimpin kanan negara untuk membawa kes liwat kedua ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, "diperguna" oleh pihak-pihak tertentu.

Berdasarkan maklumat SMS Media Umno sebentar tadi, Saiful antara lain berkata, "berikutan kenyataan bapa Saiful yang mohon maaf pada Anwar isu liwat, ini reaksi Saiful - bapa saya diperguna."

Sehubungan itu Saiful berkata, dia tetap istiqamah dan "tak (sama) sekali  berganjak."

"Tengah fikir tindakan balas selanjutnya.Saya tak mahu melatah," kata beliau dipetik berkata.

Reaksi secara langsung daripada Saiful masih belum diperoleh.

Bagaimanapun peguam Saiful ketika dihubungi antara lain berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan dalam waktu terdekat.



AKAN MENYUSUL

 

PANAS ISU LIWAT II BAPA SAIFUL DEDAH KONSPIRASI


Liwat II: Bapa Saiful dedah hanya konspirasi

Wan Nordin Wan Yaacob,08 Mac 2013
KUALA LUMPUR: Fitnah Liwat II yang dilempar Umno BN ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini terjawab apabila bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim mengaku kes liwat kedua adalah fitnah dan konspirasi politik.

Bercakap semasa sidang media tertutup di sebuah kondominium di Taman Melati Gombak, Azlan yang ditemani Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul mendedahkan, fitnah membabitkan anaknya itu adalah satu konspirasi politik menjatuhkan imej Anwar Ibrahim.

Beliau yakin dan percaya bahawa anaknya (Saiful) telah dipergunakan dalam konspirasi menjatuhkan imej dan maruah Anwar.

Katanya lagi, Saiful juga diperguna pihak tertentu khasnya melalui Pegawai Khas Perdana Menteri bagi tujuan tersebut.


Kata Azlan, pihak yang dinamakan itu merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap nwar Ibrahim dalam kes yang membabitkan Saiful Bukhari.


Mengulas lanjut, Azlan yang sebelum ini turut mengikuti perjalanan perbicaraan kes Anwar-Saiful berkata, tersebut adalah konspirasi politik jahat untuk memenjarakan Anwar kali kedua.

Kata Azlan, pendedahan itu dibuat kerana mahu rakyat yang cintakan negara ini tahu niat jahat pihak yang memfitnah.

Dakwanya lagi, segalanya dirancang dengan begitu rapi dan ia dilakukan dengan begitu terancang sekali.

Sambil menyatakan beliau tidak mahu bersekongkol dalam kes itu, Azlan berkata beliau merasakan ada yang tidak kena sejak empat tahun mengikuti perbicaraan bersama peguam. 

Katanya lagi, terdapat dalang dalam kes ini dan beliau juga bersedia ke mahkamah jika diperlukan berikutan kes rayuan Fitnah II akan dimulakan Jun ini.

“Saya ada hak untuk terangkan. Kalau diminta ke mahkamah, saya sanggup ulang semula (kenyataan ini),” kata Azlan.
Sumber: http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/17286-liwat-ii-bapa-saiful-dedah-hanya-konspirasi

PAS Sabah tuntut Najib jelas janji kepada Kesultanan Sulu


SANDAKAN: PAS Sabah memandang serius kenyataan pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari mengenai kedatangan 180 orang tentera Kesultanan Sulu dari Filipina ke Sabah pada 9 Februari lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Berdasarkan kenyataan Nur Misuari, kedatangan tentera Kesultanan Sulu itu lebih kepada untuk menuntut janji daripada Perdana Menteri untuk diberikan tanah atau penempatan kepada mereka khususnya di Sabah.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Hamzah Abdullah berkata, namun di sebalik janji itu telah tercetus tragedi berdarah di Lahad Datu sehingga lapan orang anggota keselamatan negara kita maut pada 1 dan 2 Mac lalu.

"Perdana Menteri perlu jelaskan perkara ini kepada seluruh rakyat Sabah khasnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya kerana tindakan yang dilakukan itu amat tidak disenangi oleh rakyat sebab amat membahayakan negara,” ujarnya.
Laporan penuh dalam Harakah Ahad ini.



Sunday, March 3, 2013

Jumlah kematian angguta kita dah7 orang IGP


Lima anggota kita terkorban di Semporna, kata IGP

Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar hari ini mengesahkan lima anggota polis terkorban dalam serang hendap kumpulan bersenjata di Semporna, Sabah.Katanya, polis pada petang semalam menerima maklumat mengenai kumpulan bersenjata di Kampung Seri Jaya Simunul, Semporna.

Berdasarkan maklumat tersebut, pasukan polis dari ibu pejabat polis daerah Semporna memasuki kawasan tersebut namun diserang hendap sebaik tiba, katanya dalam sidang media di Felda Sahabat, Lahad Datu.

Dua orang anggota kumpulan bersenjata itu turut terbunuh.

Polis kini mengepung kampung terbabit untuk mengesan saki baki kumpulan itu.
Kejadian di Semporna itu berlaku susulan pertempuran di antara kumpulan yang mendakwa setia dengan Kesultanan Sulu dan pasukan keselamatan pada Jumaat lalu.
Ismail berkata polis cuba mengenalpasti sama ada kumpulan di Kampung Sri Jaya Simunil mempunyai kaitan dengan kumpulan dalam kejadian di Lahad Datu.
Jumlah kematian melibatkan anggota kita kini meningkat kepada tujuh orang dalam tempoh dua hari dalam kejadian serangan dipercayai paling buruk sejak pemberontakan komunis.
Sumber http://www.malaysiakini.com/news/222776

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak