Saturday, October 23, 2010
Ulama muda Umno patut nasihat, bukan kipas
ama muda Umno patut nasihat, bukan kipas
Rusli Yasmin
KUALA LUMPUR, 23 Okt: "Ulama muda Umno sepatutnya menasihati pemerintah dan pembesar, bukan mengipasnya dalam perkara yang beliau sendiri tahu ia salah," kata Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hasan ketika memberi respons kepada kenyataan Fathul Bari yang berucap dalam perhimpunan Agung Umno di PWTC, hari ini.
Nasrudin berkata, semua orang yang menyaksikan bentuk persembahan Festival Busana Muslim (Islamic Festival Fashion) itu melihat pertunjukan tersebut bercanggah dengan Islam.
"Apa yang kita bantah ialah pertunjukkan fesyen yang kita saksikan melalui satu siaran yang disiarkan oleh CNN dan juga melalui laman web IFF sendiri," katanya ketika dihubungi tadi.
Beliau memberitahu bahawa Pemuda PAS dan NGO Islam bukanlah bertindak melulu tetapi Datin Seri Rosmah Mansor sebagai penaung yang hadir dalam majlis tersebut mesti bertanggungjawab, memohon maaf, bertaubat dan tidak mengulangi kesilapan tersebut.
"Sering kali orang pertikai kenapa bantah mungkar itu, kenapa tidak tanya dulu penganjur dan penaungnya?
“Kalau saya tanya kembali masa putuskan (untuk) menganjurkannya mengapa tidak tanya ulama dahulu?
"Sepatutnya sebelum buat kena tanya dulu, bukan dah buat orang kena tanya mereka (penganjur dan penaung) mengapa mereka buat," katanya.
Beliau juga melihat tindakan Fathul Bari mempertahankan Rosmah itu sebenarnya akan terus mengheret pemimpin itu kekal dalam maksiat.
Ulama muda Umno tersebut juga dilihat cuba membersihkan Rosmah yang menaungi penganjuran itu agar kesalahan itu ditanggung oleh penganjur.
"IFF boleh terus berkarya menghasilkan reka fesyen selama mana ia tidak bertentangan dengan Islam dan Datin Seri Rosmah boleh menaunginya tanpa halangan selama mana ia tidak mengulangi penganjuran seperti di Monte Carlo," tambahnya.
Dewan Pemuda PAS juga, ujarnya akan memberikan pandangan bertulis yang berasaskan Islam kepada penganjur mengenai perkara itu.
Timbalan Ketua Lajnah Ulama Pelapis Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Azhar Yahya dalam kenyataannya pula menganggap tindakan IFF itu secara spontan telah mengguris perasaan para pecinta Rasulullah s.a.w. dan pendokong syariat Islam.
Katanya, sekiranya Rosmah tidak mahu bertanggungjawab jangan sesuka hati hendak menjadi penaung kepada program seperti itu.
"Fathul Bari bila dikalungkan sebagai ulama muda, maka pastinya akan mempertahankan pengalungnya.
"Kini isteri pengalungnya sedang dipaliti najis yang dinamai kononnya Islamik, maka tidak hairanlah Fathul Bari muncul dengan megahnya di PWTC membelai manja para perwakilan kononnya pembangkang tidak berakhlak Islam," katanya.
Najib akui tuduhan terhadap PR karut
Abd Aziz Mustafa
KUALA LUMPUR, 23 Okt: Ucapan dasar Datuk Seri Najib Razak pada Perhimpunan Agung Umno kelmarin jelas membuktikan, tuduhan bahawa Pakatan Rakyat akan mencabar hak Melayu jika memerintah adalah karut.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, ucapan Najib selaku Presiden Umno itu juga menjelaskan bahawa hak-hak orang-orang Melayu terjamin di bawah perlembagaan walau siapa pun yang memerintah.
"Jaminan di dalam perlembagaan yang dinyatakan oleh Najib dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Umno Ke-61 itu dengan sendirinya mendedahkan pembohongan dan khurafat Umno untuk menakut-nakutkan orang-orang Melayu kononnya mereka akan hilang kuasa jika parti yang disebut sebagai parti perasuah oleh (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) itu tidak memerintah," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Dengan pengakuan Najib tentang jaminan dalam perlembagaan itu, Mahfuz yakin orang-orang Melayu tidak akan dapat lagi diperbodohkan oleh Umno yang tidak henti-henti mengugut kononnya mereka akan kehilangan kuasa jika pemerintahan Umno ditamatkan.
"Kita akan menjelajah seluruh negara untuk menggerakkan orang-orang Melayu supaya dengan tegas menyatakan "tidak" kepada penghinaan terhadap mereka.
"Umno menghina orang-orang Melayu melalui tindakan tanpa batasannya memperbodoh-bodohkan mereka semata-mata untuk menyalahgunakan kuasa dan meragut harta kekayaan negara dengan kuasanya sebagai pemerintah.
"Kita akan menyedarkan orang-orang Melayu bahawa hakikatnya mereka tidak ada apa-apa kuasa walaupun hanya sedikit di bawah pemerintahan Umno kerana semua kuasa terpusat di tangan para pemimpin parti yang dikatakan busuk hingga ke usus itu," katanya.
Malah, kata Mahfuz lagi, jika PR memerintah, hak-hak yang dijamin oleh Perlembagaan itu akan diperkukuhkan lagi dengan memberikan apa yang tidak diberikan oleh Umno kini, iaitu siri-siri reformasi yang bersifat institusional (institutional reforms) terutama pembebasan badan kehakiman, polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan lain-lain pihak yang selama ini disalahgunakan oleh parti yang memerintah.
"Perkara itu telah lama dilaksanakan dalam negara-negara demokrasi yang lain tetapi Umno enggan melaksanakannya dalam negara ini demi kepentingan cengkaman kuasanya," kata beliau.
Dalam ucapannya itu, Najib yang memberikan penjelasan panjang lebar termasuk mengimbas sejarah moden negara dan Kesultanan Melayu Melaka berkata, kedudukan orang Melayu serta Bumiputera dan kepentingan kaum-kaum lain dari segi politik telah termaktub jelas dalam Perlembagaan Persekutuan.
Kata beliau, ia terkunci kemas dalam artikel-artikel Bahagian 3 mengenai kewarganegaraan, Perkara 38 berkait Majlis Raja-Raja, Perkara 152 tentang Bahasa Kebangsaan dan Perkara 153 mencakupi antara lain Perezaban kuota perkhidmatan dan permit untuk orang Melayu
IFF: Ulama muda 'pertahan' Rosmah, selar pembangkang
Fathul Bari berkata, pembangkang sengaja membesar-besarkan isu itu sambil meletakkan sepenuhnya kesalahan atas bahu Rosmah tanpa menyiasat terlebih dahulu perkara itu.
"Sepatutnya bantahan itu ditujukan kepada penganjur sedangkan beliau (Rosmah) penaung semata-mata," katanya.
Semalam, sekurang-kurangnya empat perhimpunan aman anjuran Dewan Pemuda PAS diadakan di tiga negeri sebagai membantah tindakan Rosmah yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah dalam penganjuran festival itu di Monte Carlo 9 Ogos lalu.
Demontrasi itu berlangsung di masjid-masjid di di Pahang, Kuala Terangganu dan dua masjid di Pulau Pinang.
Berucap pertama kali di perhimpunan agung Umno hari ini, Fathul Bari berkata, manusia sentiasa dituntut meneliti terlebih dahulu sama ada sesautu kesilapan itu dilakukan dengan sengaja atau pun tidak.
"Tanpa diteliti hal tersebut, mereka terus menyerang dan menghukum. Adakah ini sikap orang Islam yang mengakui membawa hukum allah. Sedangkan jelas perbuatan seperti ini tersasar Islam yang mengajar etika menasihati seseorang," kata Fahtul Bari.
"Kalau mereka ikhlas (menasihati) mengapa tidak tarik tangannya, bersendirian tanya dengannya lebih dahulu (perkara sebenar)."
Memetik pendapat seorang tokoh terkenal mazhab Shafie, Fahtul Bari berkata, pemerintah patut didoakan dengan kebaikan dan bukannya dengan maki hamum dan caci maki.
Menurut anak bekas mufti Perlis itu lagi, ini kerana Islam meletakkan adab dan etika tertentu untuk menegur seseorang.
Bercakap kepada Malaysiakini selepas itu, beliau bagaimanapun menegaskan tidak bersetuju 100 peratus program seperti itu dikaitkan dengan Islam.
"Saya cuma tekankan tadi soal adap menasihati pemimpin,"
Malaysiakini
Isu Pankhurst Rosmah dan Zambry, Pemuda PAS Perak Serah Memo Kepada Mufti Perak
HANYA INI YANG TINGGAL JADI KEBANGGAAN - GADIS MELAYU
http://kakciknurseroja.blogspot.com/
kredit to Ijoks
Friday, October 22, 2010
SERANGAN PERIBADI UMNO DAH BERMULA -MELALUI UMNO ON LINE
Dr Zul Galas, Ditangkap Khalwat Dg Ibunya -UMNO
KL. 22OKT 10: Tidak sampai 24 jam selepas diumumkan bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Galas, calon PAS Dr Zulkefli Mohamad menjadi sasaran media rasmi Umno - Umno Online - yang melaporkan bahawa beliau pernah ditangkap berkhalwat.
Media rasmi Umno yang memetik laporan beberapa blog mendakwa Dr Zulkefli pernah ditangkap khalwat dengan 'isterinya' sekarang, Ramelah Mat Jusoh. Dalam reaksinya terhadap laporan itu, Dr Zulkefli yang juga pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang menafikan perkara itu.
Malah, katanya, Ramelah yang dilaporkan itu adalah ibunya. Dr Zulkefli, sebaliknya menjelaskan isterinya bernama Zainab Jalar.
"Fitnah semata-mata, - boleh buat semakan di mana-mana pejabat agama di Kelantan dan seluruh Malaysia," katanya dalam jawapannya melalui SMS kepada Malaysiakini.
Selain mendakwa Dr Zulkefli pernah ditangkap berkhalwat, Umno Online juga memperlekehkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sebelum ini mengenakan syarat untuk menjadi calon adalah bukan perokok dengan memberikan gambaran seolah-olan beliau adalah perokok.
"Saya tidak merokok. Semoga Allah mengampuni dosa mereka yang membuat fitnah," kata Dr Zulkefli.
Beliau adalah bekas calon PAS yang bertanding menentang Ketua Umno Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dalam pilihan raya umum 2008 tetapi tewas.
Berusia 44 tahun, Dr Zulkefli merupakan anak ketujuh daripada 10 adik beradik. Beliau adalah lulusan ijazah sarjana muda perubatan dan pembedahan, Universiti Malaya pada tahun 1992. Dr Zulkefli mengendalikan klinik sendiri di Chiku 3, Gua Musang. (AK)
Dapatkan lapuran PRK DUN Galas dari mula hingga berakhir.PRK Galas
Festival Busana Muslim : Rosmah juga dikecam oleh Blogger Pro UMNO.. Yang benar kata kan Benar Demi Islam
Perlu diakui ini merupakan satu sikap atau sifat yang baik kerana mereka lebih berani menyuarakan kebenaran dibandingkan dengan Ulama – ulama muda UMNO itu..
Jelas dalam mempertahankan Islam bukan semua mereka sanggup untuk menjadi ANJING Politik,
Berikut adalah artikel-artikel yang dipetik dari blog – blog Pro UMNO yang menentang keterlibatan yang menyerlahkan kejahilan Rosmah Mansor itu..
Rosmah perlu bertanggungjawab!
Kalau ada yang mengatakan Rosmah tak bersalah, rasanya mereka adalah Anjing Politik ataupun Khinzir Kuasa dan Wang sahaja. Ingat, yang kita bicarakan adalah kesucian Agama Allah dan juga nama Rasul Junjungan. Ianya bukan agama bapak kita yang boleh kita buat sesuka hati dan bukannya nama haiwan peliharaan yang boleh dipanggil sesuka hati.
Penyelesaiannya amat mudah. Rosmah perlu bertanggungjawab dan meminta maaf. Kenapa Tun Hasmah tak pernah "buat palat" walaupun suaminya menjadi PM selama 22 tahun? Sebab Tun Hasmah tahu sempadan menjadi SEKADAR ISTERI yang tidak dipilih melalui proses demokrasi pun. Dah kebetulan sahaja menjadi bini PM.
Selagi tiada tindakan dari DS Rosmah, selagi itulah tiada rasa hormat langsung aku pada dia. Blogger pro-UMNO YANG MERASAKAN MEREKA ISLAM wajar respon kepada kekurang-ajaran ini. Jika tidak, kamu hanya layak menjadi Anjing dihalaman rumah ahli politik ataupun menjadi khinzir belaan peminat makanan eksotik. Noktah!
Sumber: harimau-menaip.blogspot.com
Demi Allah! Saya Tidak Dapat Menerima Semua Ini!
Pertamanya saya mengucapkan terima kasih (semoga Allah membalas jasa baik seorang pembaca blog saya - Jibam) atas maklumat dan informasi yang saya SEMEMANG TIDAK TAHU (bukan buat-buat tidak tahu) berkenaan satu program atau majlis yang dipanggil sebagai Islamic Fashion Festival (Baca di sini).
Majlis ini melibatkan Perdana Menteri dan isterinya. Untuk seketika dengan nama Allah, saya mengurut dada dan mengucap panjang apabila saya melihat gambar di majlis tersebut - apakah yang saya lihat ini betul atau pun imaginasi semata-mata. Agak lama saya cuba "menyiasat" cerita ini - dan akhirnya iman saya mendahului segala-galanya.
Kebenaran dan hak perlu ditegakkan walaupun kita mungkin dibenci oleh semua orang. Sesungguh saya bertanggungjawab -atas nama seorang muslim menegur pemimpin negara atas kesalahan yang jelas dan bertentangan dengan agama. Tiada kompromi dalam hal ini. Saya tanpa berselindung dengan tegas sesunguhnya pengajuran Islamic Fashion Festival yang turut dihadiri oleh PM dan isterinya adalah jelas HARAM dan bertentangan dengan Islam. Ia merupakan sejelek-jelek majlis dan merupakan fitnah ke atas agama Muhammad.
Ini semua bukan pakaian yang dianjur oleh sunnah dan agama kita - ini semua merupakan permainan dan fitnah terhadap Islam, melalui nama "Fashion Islam" - Islam mewajibkan wanita muslimah menutup aurat bukan atas nama fashion - tetapi atas dasar takwa! Kod etika pemakaian busana Islam untuk wanita muslimah sudah jelas tertera di dalam al-Quran - tiada percanggahan dalam hal ini. Mana-mana pihak yang terlibat dalam majlis tersebut, sama ada secara langsung atau pun tidak langsung - tetap berdosa!
Saya menasihat diri saya dan semua pemimpin UMNO agar menjauhi majlis-majlis thoghut seperti ini. Ia sangat jelas berdosa besar dan seolah-olah kita mengakui, inilah pakaian dan busana yang menggambarkan kehendak Islam. Mohon maaf jika kata-kata saya agar kasar - tetapi ulama muda UMNO perlu ke hadapan dalam soal ini - ingat pesan nabi, "Jihad yang utama adalah jihad menegakkan kebenaran di hadapan penguasa yang zalim" (HR Iman Ahmad). Zalim dalam isu ini adalah merujuk kepada perbuatan pemimpin kita sendiri yang seakan-akan bersekongkol dengan musuh Islam yang sememangnya mahu menghancurkan agama mulia ini dalam pelbagai cara dan kaedah.
Dengan nama Allah Yang Maha Besar - sebagai ahli UMNO saya menentang sekeras-kerasnya penganjuran dan keterlibatan pemimpin-pemimpin UMNO dalam majlis seperti ini. Ini merupakan kejijikan yang nyata. Allah tidak akan membantu kita, sekiranya amalan seperti ini diteruskan dan menjadi darah daging kita semua.
Saya juga merayu (mungkin Mufti Perak, tidak menyedari hal ini) agar TS Harussani bersuara dalam masalah yang sangat besar ini - sesungguhnya ia sangat jelas mengaibkan dan menghina pakaian muslimah yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah. Semoga Allah menyedarkan kita dan mengampunkan dosa-dosa kita. Nasihat saya ikhlas dan tidak ada kena mengena dengan mana-mana pihak. Atas nama Islam - yang hak perlu ditegakkan, walaupun rasanya sangat pahit. Wallahualam.
Sumber: azlishukri.blogspot.com
AWATLAH PERDANA MENTERI MALAYSIA TERLALU SAYANGKAN ISTERINYA?
Terus-terang saya katakan, saya tidak berminat dengan sebarang perkara membabitkan fesyen, terutama yang berkaitan dengan fesyen Islam. Jadi, saya tidaklah ambil perkara sangat dengan pertunjukan fesyen yang konon-kononnya Islamik yang diadakan di Monaco. Sehinggalah saya membaca BLOG IBNU HASYIM, dan seterusnya membuat layaran ke beberapa buah blog, terutama daripada sahabat-sahabat yang pro-Pakatan Rakyat, barulah saya dapat gambaran yang sebenar.
Seperkara yang tersinggah dalam fikiran saya ialah, SIAPAKAH PENASIHAT AGAMA BAGI pasangan suami isteri 'FIRST MAN AND FIRST LADY' Malaysia ini? Siapa pula yang memberikan nasihat tentang PERLUNYA PERDANA MENTERI DAN ISTERI KESAYANGANNYA terlibat dalam Islamic Fashion yang sebenarnya tidak mempunyai sebarang ciri-ciri Islam pun, melainkan untuk merendahkan martabat Islam, penganutnya dan paling penting sekali, menghina Rasulullah s.a.w dengan cara yang paling halus.
Malah lebih memeranjatkan saya, apabila mendapat tahu Mohd Najib Abdul Razak telah menyampaikan sejumlah derma kepada penganjur MAJLIS berkenaan. Malah Mohd Najib Abdul Razak dan Rosman Mansur juga telah merasmikan majlis tersebut.
Antara laki bini ini, siapakah sebenarnya yang tersangat ingin menaungi majlis seperti itu? Apa untungnya majlis fesyen Islamik mengikut acuan pondan-pondan, gay-gay, lesbian-lesbian yang menjadi pereka fesyen yang mengejek-ngejek umat Islam itu kepada Malaysia? Adakah Malaysia sebenarnya, mengikut pemikiran laki bini ini berkeinginan untuk menjadi HUB-FASHION pula selepas ANWAR IBRAHIM cuba menjadikan Malaysia sebagai hub-gay, manakala PAS berkeinginan untuk menjadikan Malaysia sebagai hub-khawarij dan bughah?
Secara terus-terang, saya (CUCU TOK WAN) MENENTANG SEKERAS-KERASNYA tindakan Perdana Menteri Malaysia yang sangat menyayangi isterinya melebihi perhatian terhadap rakyat yang diketuainya. Seharusnya Perdana Menteri Malaysia perlu lebih berhati-hati dalam acara seperti ini, apatah lagi Perdana Menteri adalah cerminan serta imej negara ini.
Kalau sudah terlalu sayang dengan isteri, eloknya PERDANA MENTERI MALAYSIA letak sahaja jawatannya untuk digantikan oleh orang lain yang lebih mengutamakan rakyat dan negara berbanding isteri, anak-anak, keluarga dan kaum kerabat!!!!
Sumber: theflyingkick.blogspot.com
Anak Sungai Derhaka
Pakatan: Najib akui hak Melayu dijamin jika pun BN hilang kuasa
KUALA LUMPUR, 22 Okt — Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat melihat ucapan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak semalam sebagai kredit kepada perikatan itu, di samping dengan sendirinya mengakui kedudukan orang Melayu tidak akan terjejas sama sekali meskipun Barisan Nasional (BN) digantikan dari menerajui Putrajaya.
“Ya, saya menganggap bahawa Datuk Seri Najib mengakui kebolehhan dan keupayaan kami Pakatan menggantikan Umno dan Barisan Nasional di pusat... saya anggap mesej yang disampaikan beliau sebagai satu kredit,” kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar kepada The Malaysian Insider.
“Saya secara peribadi melihat beliau terima hakikat akan kedudukan kami untuk menawan Putrajaya,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena merujuk kepada ucapan dasar kedua Najib selaku Presiden Umno semalam.
Mahfuz (gambar) berkata, pengiktirafan itu terbukti dalam beberapa perkara yang ditekankan oleh Najib, yang juga Perdana Menteri.
Kata Mahfuz, pemimpin-pemimpin BN khususnya Umno selama ini menakut-nakutkan bahawa hak dan kedudukan orang Melayu akan terjejas jika kerajaan pusat dikuasai oleh Pakatan Rakyat.
“Jadi, kami melihat ucapan pemimpin dan perbahasan perwakilan menunjukkan Umno berada dalam kedudukan bahaya, terdesak untuk mengekalkan kuasa Putrajaya.
“Itu sebabnya Datuk Seri Najib sanggup mengatakan Umno mesti mempertahankan Putrajaya dalam keadaan walau apa pun yang terjadi,” kata Mafuz lagi yang turut khuatir dengan kata-kata “walau apa pun terjadi.”
Kata-kata itu, menurut beliau, Umno akan menggunakan apa jua cara sebagaimana pernah disaksikan di Perak awal tahun lalu.
“Mereka seolah-olah tidak akan meninggalkan kuasa pusat mereka dalam apa cara sekalipun walaupun ia bertentangan dengan lunas undang-undang,” katanya.
Tambah Mahfuz, oleh kerana Najib sendiri mengakui bahawa hak orang Melayu dan semua kaum “terkunci kemas” dalam Perlembagaan, maka “serahkan kunci kepada Pakatan Rakyat” untuk dijaga dengan baik dan adil.
“Umno dan BN sudah boleh jaga kunci, serahkan kunci itu kepada kami,” kata beliau lagi.
Dalam ucapannya semalam, Najib yang memberikan penjelasan panjang lebar termasuk mengimbas sejarah moden negara dan Kesultanan Melayu Melaka berkata, kedudukan orang Melayu serta Bumiputera dan kepentingan kaum-kaum lain dari segi politik telah termaktub jelas dalam Perlembagaan Persekutuan.
Kata beliau, ia terkunci kemas dalam artikel-artikel Bahagian 3 mengenai kewarganegaraan, Perkara 38 berkait Majlis Raja-Raja, Perkara 152 tentang Bahasa Kebangsaan dan Perkara 153 mencakupi antara lain Perezapan kuota perkhidmatan dan permit untuk orang Melayu.
“Seterusnya, saudara dan saudari, kita mesti memahami dan mengetahui bahawa, pindaan terhadap artikel-artikel ini tidak boleh dilakukan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja mengikut Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan.
“Ia ditambah kukuh pula oleh Perkara 10 Fasal 4, yang memberi kuasa kepada Parlimen, bagi menggubal undang-undang, melarang perbuatan mempersoal apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau hak kedaulatan yang ditetapkan atau diperlindung oleh peruntukan Bahagian 3, Perkara 152, 153 dan Perkara 181,” kata Najib.
Sehubungan itu, kata beliau, hal ini, hendaklah diketahui bahawa apa yang menjadi polemik hebat hari ini sama ada tentang kerakyatan selepas merdeka atau hak istimewa orang Melayu sebenarnya, sudah menjadi perdebatan akademik.
“Ini kerana dari segi perundangan, peruntukan-peruntukannya sudah pun tersurat dan sekaligus terpateri kemas,” kata Najib lagi.
Kata Najib lagi, seandainya mempunyai majoriti dua pertiga dalam Parlimen pun, tidak akan mampu mengubah setitik apa jua, tanpa kebenaran Majlis Raja-Raja Melayu yang dianggotai sembilan Raja Melayu.
Dalam kata lain tegas Najib, sia-sia sahaja jerit pekik untuk menggunakan peruntukan tentang kerakyatan bagi mengancam kaum lain kerana peruntukan yang tertulis ini begitu konkrit sekalipun darurat diisytiharkan, ia tetap tidak boleh disinggung.
Sementara itu, Naib Presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub juga melahirkan pandangan yang sama dengan menegaskan bahawa rakyat khususnya orang-orang Melayu perlu percaya bahawa sesiapa pun yang bakal memerintah kerajaan pusat pada pilihan raya umum ke-13, semua kepentingan ini tetap akan dipertahankan sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan.
“Rakyat perlu percaya bahawa kalau PKR, PAS dan DAP semua kepentingan Melayu dan bukan Melayu akan terus dipertahankan kerana Malaysia mengamalkan konsep ketertinggian Perlembagaan.
“Maka, kalau pemimpin-pemimpin tertentu Umno mendakwa bahawa Melayu akan hilang kuasa kalau Umno kalah dalam pilihan raya umum ke-13 nanti, itu semua adalah dakyah Umno untuk membodohkan rakyat semata-mata,” katanya.
Tambah beliau, jika pemimpin-pemimpin dari Perkasa mendakwa kuasa Melayu akan musnah kalau rakyat memberi mandat kepada PKR, PAS dan DAP, itu juga adalah dakyah untuk mengugut rakyat supaya tidak menolak politik rasis dan kronisme Perkasa dan Umno.
“Di Dewan Rakyat sekarang, pemimpin PKR khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang merangkap Ketua Umum PKR bertarung menyelamatkan berbilion-bilion wang rakyat dari dibazirkan pada dengan beberapa projek mewah dalam Bajet 2011 seperti Menara Warisan Merdeka, Permata, MRT, 1MDB dan sebagainya yang jelas menafikan hak majoriti rakyat.
“Di Dewan Rakyat sekarang, Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS merangkap Ahli Parlimen Marang giat menasihatkan Najib supaya tidak meneruskan projek pencakar langit di atas kemiskinan rakyat yang akhirnya mengundang kebinasaan tamadun.
“Di Dewan Rakyat sekarang, Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP merangkap Ahli Parlimen Bagan bertungkus lumus mendesak suatu suruhanjaya ditubuhkan supaya RM52 bilion ekuiti Bumiputera yang hilang dapat disiasat dan dikembalikan kepada rakyat, khususnya Melayu,” katanya.
Calon timbalan presiden PKR ini menekankan, selaku Naib Presiden PKR, beliau mengajak rakyat baik Melayu atau bukan Melayu supaya memperkukuh keyakinan masing-masing serta membantu Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya supaya Malaysia mempunyai masa depan yang jauh lebih aman, bermaruah dan sejahtera sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya.
Kata beliau, rakyat mesti membantu Pakatan Rakyat.
“Saya mahu mengambil tanggungjawab ini untuk memastikan Pakatan Rakyat tetap mempertahankan ketertinggian Perlembagaan; tidak ada rakyat baik Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan sebagainya dizalimi sebagaimana era Umno BN memerintah negara kelak.
“Malaysia lebih sejahtera sekiranya rakyat menolak politik rasis, kronisme, pembaziran, adu domba angkara pemimpin-pemimpin tertentu negara,” katanya lagi The Malaysian InsiderThursday, October 21, 2010
Umno Kelantan tuduh Nik Aziz ‘jual Islam, sanggup berkawan syaitan’
Timbalan Ketua Umno Kok Lanas Datuk Md Alwi Che Ahmad (gambar) berkata, Menteri Besar Kelantan itu sanggup berkawan dengan sesiapa sahaja kerana tidak suka dengan Umno.
Beliau terlebih dahulu meminta supaya semua pemimpin Umno untuk kembali berjuang kerana Islam selain bekerja keras untuk mendapatkan sokongan rakyat.
“Kita perlu perbetulkan semua ini.
“Kita perlu pertahankan Islam, adakah kita mahu pertahankan Nik Aziz?
“Beliau sudah menjual Islam, beliau sanggup berkawan dengan syaitan.
“Beliau sudah buang semua ini (Islam), beliau berkawan dengan syaitan kerana benci kepada Umno,” kata beliau ketika membentangkan usul ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2010 hari ini.
Md Alwi yang juga Ketua Pembangkang di DUN Kelantan juga menegaskan supaya pemimpin Umno perlu membuang sikap “sombong” yang ada dalam diri dan pada masa sama menyemai semula roh perjuangan parti dengan berdasarkan Islam.
“Umno perlu balik kepada Islam, tidak akan ada orang Melayu kalau tidak kerana Islam.
“Jadi kita perlu kembali kepada Islam, apa yang penting adalah kita perlu menjaga dan mempertahankan akidah,” katanya.
Tambah beliau, Islam yang menjadi pegangan orang Melayu di negara ini akan hancur sekiranya serahkan tampuk kepimpinan kepada PAS.
“Kalau nak harapkan PAS perjuangkan Islam, maknanya hancurlah Islam di negara ini.
“PAS ini celaru,” kata beliau yang juga Setiausaha Barisan Nasional Kelantan.
Md Alwi, Ahli Dewan Undangan Negeri Kok Lanas berkata pemimpin Umno perlu turun ke padang untuk menemui rakyat bukan hanya duduk di atas sahaja.
“Umno bagi segala-galanya tapi adakah rakyat sokong kita?
“Saya nak tanya kenapa kerajaan PAS rakyat sayang? Kenapa Umno tidak? Ini kerana PAS berjuang kerana Islam.
“Saya tegaskan di sini bahawa kekayaan tidak menjamin kasih sayang. Jadi kita perlu mengubah persepsi ini, pemimpin perlu turun ke bawah menemui rakyat,” katanya.
MITawan’ bangunan Umno simbolik tawan Putrajaya
Salmah Mat Husain |
KOTA BHARU, 20 Okt: Dengan ‘tertawan’nya bangunan Umno Bahagian Kota Bharu yang kini menjadi hak milik Dewan Pemuda PAS Kelantan, diharap ia menjadi simbolik untuk ‘menawan’ Putrajaya nanti. Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata sekiranya bangunan milik Umno Bahagian Kota Bharu itu dapat ‘ditawan’ Pemuda PAS semoga ianya dijadikan perangsang untuk menawan negara pada pilihan raya umum akan datang. Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan bangunan baru Dewan Pemuda PAS yang bernilai RM4.5 juta, pagi tadi. Katanya, kejayaan itu hasil kemenangan perjuangan yang didokong semua pihak khususnya golongan pemuda dalam menggalas tanggungjawab menyebarkan dakwah Islam. “Kalau kita dapat menawan Kota Bharu sebagai ibu negeri Kelantan, diharap pada masa akan datang kita dapat menawan Putrajaya,” ujarnya. Majlis perasmian bangunan yang dinamakan Asy-Syabab Point itu berlangsung dengan penuh gilang gemilang apabila Tuan Guru diarak ke pejabat berkenaan dari JKR 10 dengan menaiki motosikal yang diiringi 20 orang pemuda. Tarikh 20 Oktober dipilih tarikh perasmian dan 20 orang pemuda mengiringi Tuan Guru menaiki motosikal klasik diketuai Setiausaha Dewan Pemuda PAS negeri, Hafiz Musa sebagai simbolik sempena 20 tahun pentadbiran kerajaan negeri di bawah kepimpinan beliau. Ketua Pemuda PAS negeri, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman, pada sidang media berkata dana pembelian bangunan tersebut diperolehi dari sumbangan orang ramai. Katanya, ianya telah dikumpul menerusi empat kepimpinan Dewan Pemuda bermula Datuk Takiyuddin Hassan lagi. “Namun yang lebih penting kita juga turut membuat pinjaman bank,” ujarnya |
Pemuda PAS berhimpun bantah Rosmah
|
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 21 Okt: Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan himpunan aman sebagai membantah tindakan Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah s.a.w. pada penganjuran Festival Busana Muslim di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Himpunan tersebut akan diadakan di masjid negeri seluruh Malaysia selepas solat Jumaat, 22 Oktober ini. "DPPP mengecam sekeras kerasnya tindakan Rosmah Mansor yang didapati menghina syariat Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. apabila salah satu fesyen mereka melukis nama Nabi dalam keadaan pakaian itu jelas mendedahkan sebahagian besar aurat mereka. "Kita desak Rosmah bertaubat dan minta maaf kepada umat Islam secara terbuka," kata Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan. Pada festival tersebut, perkataan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat. Tambahnya, pakaian yang diperagakan itu bukan pakaian Islam tetapi pakaian wanita jalang dan jahiliah. "Sungguh memalukan dan jelas menunjukkan Rosmah jahil dan berniat jahat terhadap Islam," tambahnya lagi. Sehubungan itu katanya, DPPP menggesa seluruh ummat Islam bangkit membantah tindakan Rosmah dan mendesak isteri Perdana Menteri itu bertaubat dan mohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam. Rosmah merupakan Penaung Festival Busana Muslim atau Islamic Fashion Festival. |
Wednesday, October 20, 2010
BOLEH BAGI UMNO TAK BOLEH PADA PR
Dua mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) didakwa turut mengambil bahagian dalam raptai penuh perhimpunan agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 17 Oktober lalu. Kumpulan yang dikenali sebagai Kesatuan Mahasiswa Mahasiswa Sedar (KEMAS) mendakwa ia dapat mengecam kedua-dua mahasiswa UKM itu di dalam foto yang disiarkan akhbar Berita Harian pada hari berikutnya. Perasmian perhimpunan agung Umno tahun ini akan disempurnakan oleh Presiden Umnno, Datuk Seri Najib Tun Razak di PWTC esok.
Tuesday, October 19, 2010
Bangunan Umno kini milik Pemuda PAS Kelantan
Wartawan Kita |
KOTA BHARU, 19 Okt: PAS Kelantan mencatat satu lagi sejarah sempena genap usia 20 tahun pemerintahan apabila berjaya memiliki bangunan empat tingkat yang pernah dijadikan pejabat Umno Bahagian Kota Bharu. Tentunya maruah Umno Kelantan sekali lagi tergadai kerana bangunan yang pernah dimiliki Umno Kota Bharu kini menjadi milik Dewan Pemuda PAS Kelantan. Bangunan tersebut yang pernah terbengkalai dalam tempoh begitu lama berjaya disiapkan bekas Ketua Umno Bahagian Kota Bharu, Datuk Zaid Ibrahim. Bagaimanapun selepas Zaid digugurkan daripada jawatannya atas dakwaan terbabit dengan rasuah politik ketika pemilihan di peringkat bahagian tersebut, bangunan itu menjadi lengang semula. Ketika jawatan Zaid digantung, Umno Kota Bharu di bawah Datuk Fatmi Che Salleh gagal memasuki bangunan berkenaan. Bangunan tersebut yang difahamkan dimiliki sepenuhnya Zaid selepas berjaya menyiapkan bangunan yang lama terbengkalai. Ketika itu signboard Umno Kota Bharu dipasang di puncak bangunan yang boleh dilihat dengan jelas dari jambatan Sultan Yahya Petra pada waktu malam. Pada April lalu, Umno Kota Bharu yang diketuai anggota jawatankuasanya, Datuk Kamaruddin Abdullah mengadakan perhimpunan di pekarangan bangunan terbabit di Jalan Sultanah Zainab menuntut Zaid menyerahkan bangunan berkenaan. Zaid kini Penyelaras Pakatan Rakyat tetap tidak berganjak dan enggan tunduk terhadap desakan Umno Kota Bharu. Dan hari ini berlangsung sejarah yang mengejutkan Umno Kelantan dan pusat apabila bangunan pejabat yang pernah menjadi pejabat Umno bertukar tangan menjadi milik PAS. Dewan Pemuda PAS Kelantan membeli bangunan berkenaan dengan harga RM4.5 juta. Majlis penyerahan geran hak milik oleh Zaid telah dilakukan tengah hari tadi di Gua Musang sempena kempen pilihan raya kecil Dun Galas. Ia dibeli dengan harga RM4.5 juta yang bakal menjadi pejabat Pemuda PAS negeri dan pusat komersial. Perjanjian jual beli ditandatangani antara Zaid dengan Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim dan juga kepimpinan Pemuda PAS negeri yang diketuai, Abdul Latif Abdul Rahman yang disaksikan Pesuruhjaya PAS negeri yang juga Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Bangunan empat tingkat itu mempunyai dewan di bahagian atas yang boleh memuatkan seramai 700 orang, manakala dua tingkat lagi dijadikan pejabat. Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, majlis bersejarah bagi menaikkan bendera PAS di hadapan bangunan tersebut akan dilakukan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pagi esok. Katanya, majlis yang penuh bersejarah itu diadakan sempena genap 20 tahun usia kerajaan PAS dan bahang kempen pilihan raya kecil Galas sekarang. “Kita bersyukur kerana Dewan Pemuda PAS Kelantan akhirnya berjaya memiliki bangunan sendiri di lokasi yang begitu strategik. “Ini satu kejayaan besar dalam sejarah PAS yang tidak pernah berlaku sebelum ini, lebih-lebih lagi bangunan itu pernah dijadikan pejabat Umno Bahagian Kota Bharu,” katanya ketika dihubungi di Gua Musang. Abdul Latif yang juga Adun Mengkebang berkata, banyak kemudahan yang ada di bangunan berkenaan termasuk pendawaian elektrik dan kemudahan lain telah dirosakkan. Katanya Dewan Pemuda terpaksa memperuntukan kira-kira RM500,000 lagi bagi memasang sistem pendawaian elektrik dan kemudahan lain yang dirosakkan pihak tidak bertanggungjawab. Katanya juga, Dewan Pemuda PAS yang kini berpejabat di Perhubungan PAS Negeri di Jalan Datuk’ Pati akan berpindah ke bangunan baru selepas kerja-kerja membaikinya siap dalam masa terdekat. |
Monday, October 18, 2010
Cina kumpul duit bantu Chek Hashim berubat di China
Nazri Abdullah |
GUA MUSANG, 18 Okt: Biarpun hanya sempat dua tahun lebih bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), namun nama Allahyarham Che Hashim Sulaima tidak lekang dari bibir masyarakat Galas. Sikapnya yang bertanggungjawab, rendah diri, suka menolong dan tidak berkira dengan rakyat, menjadikan kehilangannya seperti sukar dicari ganti. Tidak hairanlah jika rata-rata masyarakat sama ada Melayu, Cina, India mahupun Orang Asli sangat sayang kepada Adun PAS tersebut. Menurut Penghulu Kampung Bandar, Chong Loi San, 60, (gambar) Allahyarham Chek Hashim seorang yang mudah didampingi dan tidak pernah berlagak seperti seorang Yang Berhormat. "Saya kenal dia lebih 20 tahun, dia orang bagus, bukan senget-senget punya. "Dia dulu jual rotan, saya beli dengan dia buat niaga kerusi. "Dia suka tolong sama kita. Pagi ke, petang ke, malam ke, bila kita panggil dia mesti sampai. "Banyak kaum Cina undi dia sebab dia mudah kira," ceritanya menggambarkan peribadi Allahyarham semasa hayatnya. Tambah Chong lagi, beliau mengenali bekas Adun Galas itu seorang yang pemurah dan melayan masyarakat berbilang kaum di kawasannya dengan adil. Antara jasa paling besar Allahyarham katanya, adalah menyelesaikan masalah geran tanah kepada masyarakat Dun itu. "Kita Cina, India, Melayu Gua Musang bukan nak kaya sangat, kita nak tanah ada geran dan YB ni banyak bantu kita dapatkan geran," tambahnya lagi. Kehilangan Allahyarham jelasnya sangat dirasai kaum Tionghua Gua Musang yang banyak terhutang budi pada beliau. "Dia meninggal memang orang Cina sayang sangat. Waktu dia sakit, kita orang Cina kumpul duit nak bawa dia pergi berubat dekat negeri China. "Saya sendiri suruh sepupu saya teman dia pergi sana sebab Chek Hashim tak tahu cakap Cina," katanya. Biarpun hanya dua tahun Allahyarham sempat menjadi wakil rakyat mereka, namun tempoh itu katanya sudah cukup membuktikan Adun PAS boleh diberi mandat. "Kalau YB PAS memang tidak ada masalah. Dia tolong kita, dan kita mesti tolong dia," ujarnya menggambarkan sokongan. Chek Hashim Sulaima meniggal dunia di Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru, Kuala Lumpur pada jam 4.30 petang 21 September lalu akibat kanser usus. Allahyarham memenangi kerusi Dun Galas dengan majoriti 646 undi pada pilihan raya umum yang lalu mengalahkan penyandang dari BN, Saufi Deraman. Berikutan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 4 November ini sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Galas, manakala 26 Oktober hari penamaan calon. Secara tradisi, kerusi Dun tersebut adalah milik BN, namun berjaya dirampas PAS pada tsunami politik PRU ke-12 lalu. |
Asri: PAS banyak berubah agar kekal relevan banding Umno
Sebagai contoh kata beliau, dalam isu bukan Islam masuk masjid, doa untuk bukan Islam dalam khutbah dan juga isu wang ihsan, ia tidak menunjukkan identiti Umno yang sebenarnya.
“Saya dukacita dengan apa yang berlaku dalam isu-isu tersebut, apabila pemimpin-pemimpin Umno (kata) tidak boleh sedangkan banyak bukti mengatakan sebaliknya,” katanya.
KUALA LUMPUR, 17 Okt — Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin muncul pada forum anjuran Umno malam tadi sambil berkata, PAS seolah-olah memperlihatkan ia banyak berubah berbanding dengan parti dominan Barisan Nasional (BN) itu sepanjang dua dekad yang lalu.
Kata beliau (gambar) perubahan mengikut peredaran masa itu dapat dilihat dengan ketara khususnya sejak selepas pilihan raya umum ke-12.
Sehubungan itu menurut beliau, Umno yang ada sekarang dilihat tidak lagi menjaga dan mengangkat hal-hal berkaitan agama Islam.
Malah kata beliau, Umno tidak boleh jadi parti yang membawa sentimen perkauman, sebaliknya perlu menjadi lebih matang dalam membuat keputusan.
“Umno tidak boleh jadi (parti membawa sentimen) perkauman, sebaliknya Umno perlu lebih matang dalam membuat keputusan. Jangan membuat perkara yang boleh membahayakan diri sendiri,” katanya.
“Kalau dulu Umno boleh dikatakan mendahului dalam banyak perkara termasuk dalam hal-hal agama.
“Tetapi sejak kebelakangan ini selepas pilihan raya umum ke-12, saya lihat isu yang dibawa Umno gagal mengangkat Umno di peringkat global.
“Isu yang dibawa Umno hanya setempat, saya tidak tahu macam mana Umno menyusun ulama-ulama mereka,” katanya.
Sebagai contoh kata beliau, dalam isu bukan Islam masuk masjid, doa untuk bukan Islam dalam khutbah dan juga isu wang ihsan, ia tidak menunjukkan identiti Umno yang sebenarnya.
“Saya dukacita dengan apa yang berlaku dalam isu-isu tersebut, apabila pemimpin-pemimpin Umno (kata) tidak boleh sedangkan banyak bukti mengatakan sebaliknya,” katanya.
Beliau berkata demikian pada forum Kursus Kepimpinan Kelab Umno Luar Negara di bawah tajuk “Menjana Modal Insan Ulul-Albab di Peringkat Global” di sini malam malam tadi.
Beberapa jam sebelum pandangan Asri itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengusulkan kemungkinan diwujudkan Model Politik Baru bagi memastikan kelangsungan Umno sebagai parti yang menerajui pemerintahan negara.
“Bukan sahaja kita perlu Model Ekonomi Baru, kita mungkin perlu Model Politik Baru,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Kelab Umno Pesara Kakitangan Kerajaan di Seri Perdana.
Najib, yang juga Presiden Umno berkata strategi seperti “politik pembangunan” tidak lagi berkesan jika digunakan sekarang.
“Saya kira mengapa orang menolak parti-parti yang banyak berjasa dahulu kerana parti itu tidak berubah. Parti itu dilihat sebagai kaku dan tidak dinamik. Mereka tidak berubah mengikut masa.
“Tetapi sebaliknya kalau kita berubah dan kita dilihat sebagai parti yang dinamik dan segar, Insya-Allah sokongan rakyat pada kita akan berterusan pada masa-masa akan datang,” katanya.
Asri juga menegaskan PAS yang dulu begitu menitikberatkan soal agama sudah berubah mengikut peredaran zaman, tetapi Umno dilihat kembali ke masa lalu.
“Kita lihat sekarang PAS sudah berubah dan banyak melakukan kelonggaran dalam beberapa isu tapi nampaknya Umno menjadi seperti PAS semasa tahun 80-an dulu.
“Umno tidak boleh jadi perkauman, sebaliknya Umno perlu lebih matang dalam membuat keputusan. Jangan membuat perkara yang boleh membahayakan diri sendiri,” kata beliau yang pernah disebut-sebut akan menyertai Umno tetapi telah menegaskan tidak akan menjadi ahli mana-mana parti buat masa sekarang.
Asri juga mendakwa sikap pemimpin Umno yang ada sekarang merupakan punca rakyat terutamanya orang Melayu sudah bosan dan tidak lagi menyokong parti Melayu itu.
Beliau berkata pemimpin Umno dilihat lebih menjaga kepentingan peribadi masing-masing sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap rakyat.
“Apa yang berlaku sekarang kita lihat Umno sudah mula hilang sokongan kerana sikap peribadi pemimpin-pemimpin mereka iaitu sikap sombong dan cara pengurusan negara yang menyebabkan rakyat mula tolak Umno.
“Rakyat terutamanya orang Melayu tidak membenci Umno atau formula yang digunakan Umno selama memajukan negara ini tetapi adalah kerana sikap pemimpin mereka.
“Umno perlu betulkan semua ini, jika tidak mereka akan kehilangan sokongan orang bukan Melayu dan juga orang Melayu,” katanya
Dalam ucapannya itu, Asri juga menegaskan parti-parti politik di negara ini perlu melahirkan lebih ramai individu yang berpengetahuan luas ataupun Ulul-Albab.
“Ulul-Albab adalah golongan yang mempunyai pengetahuan yang matang di mana mereka bersedia mendengar dan kemudian pilihan yang terbaik cuma selama ini ia tidak diangkat oleh kepimpinan negara.
“Justeru, parti politik yang bertanggungjawab adalah parti yang menjadikan rakyat sebagai bangsa Ulul-Albab iaitu rakyat yang berpengetahuan.
“Bukan pemimpin yang hanya menyuruh rakyat mengikut telunjuk mereka walaupun apa yang diikut itu sememangnya salah,” katanya.
Kursus selama dua hari itu disertai kira-kira 200 perwakilan pelajar luar negara dan juga pemerhati.
Turut hadir anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Shahidan Kassim yang bertindak sebagai moderator, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dan Timbalan Pengarah Majlis Amanah Rakyat (Mara) Ibrahim AhmadSumber
Sunday, October 17, 2010
follow on fb
share
Blog Pemimpin PS/PR
-
-
Catatan Dhuha april 20195 years ago
-
BLOGGER PERAK
-
Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi - * KUALA LUMPUR* : “Kezaliman rejim Zionis sebenarnya hanya akan menggali kubur diri mereka sendiri.” Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ber...
-
Salam Pertemuan : Yang Tersurat Dan Yang Tersirat - Heboh di media sosial tentang posting yang dimuat naik oleh Ketua Pemuda Umno pertemuan Presiden PAS dengan Presiden Umno. Pertemuan tersebut yang di ada...
-
-
Cerita di sebalik penjualan Pusat Pendidikan Al-Barakah - KERAJAAN negeri bersikap terbuka untuk mengadakan perbincangan pada bila-bila masa dengan pengurusan Pusat Pendidikan Al-Barakah jika mereka memerlukan ban...
-
MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN - MAKA dengan ini kami bersepakat dan bersetuju dengan muafakat bersama ini sebagai perjanjian yang mengikat parti-parti kami. Rakyat Malaysia berhasrat men...
-
Rumah untuk dijual di Rapat Setia Baru - Rumah banglo semi-d yang terletak di Rapat Setia Baru ini ingin dijual dengan harga RM580,000.00. Harga boleh dirunding mengikut budi bicara. Lokasi yang m...
-
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar - Bersempena dengan pilihanraya kecil P067 Parlimen Kuala Kangsar yang akan berlangsung pada 5 Jun akan datang, sudilah kiranya tuan-puan dan puan-puan sek...
-
Dewan Ulama Pas - Tolong-tolong perati gambar ni... - Dah agak lama aku tak merapu merepek hal ehwal Pas, bukan tak ada isu, banyak,, tetapi rasa dan meluat dah dengan gelagat segelintir pimpinan Pas... entahl...
-
'UMNO' minta $650 Dari Najib? - EKSKLUSIF Keadaan menjadi semakin panas dalam Umno, apabila seorang anggota yang mendakwa mewakili parti, memfailkan saman terhadap Presidennya, Datuk Ser...
-
ISLAM BUKAN BONEKA - (إِنْ أَحْسَنْتُمْ أَحْسَنْتُمْ لِأَنْفُسِكُمْ ۖ وَإِنْ أَسَأْتُمْ فَلَهَا ۚ فَإِذَا جَاءَ وَعْدُ الْآخِرَةِ لِيَسُوءُوا وُجُوهَكُمْ وَلِيَدْخُلُوا الْمَ...
-
TUDUHAN TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS PAHANG… JANGAN DI DIAMKAN… - Lama jugak aku tak menulis. Seronok membaca dan melihat telatah dan gelagat sang pengila kuasa. Seluruh hidup di tumpukan memburunya seakan tiada mati d...
-
Zambry Kadir mungkir janji dihadapan Al-Marhum Sultan Perak kata Rahamat anak Yok Bek [ Video ] - Janji MB Perak di hadapan Al-Marhum Sultan Perak Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0309&pu...
-
POLIS - Ini tragedi luar biasa... - *Takziah, moga pasangan bahagia ini bersabar dengan ujian Allah...Subhanallah* *kisah di sini dan sini....*
-
TGHA :SYRIA , RAKYAT MANGSA , PEMIMPIN BERLAGA DAN MUSUH UNTUNG - Republik Arab Syria (selepas ini ditulis Syria) adalah termasuk dari kalangan negara...
-
Kisah orang sombong sembelih diri sendiri!!! - Assalamualaikum...Hahahahaha..Lama dah tak gelak dalam blog ni..Kehkehkeh..Maap ramai yang menunggu nak sokong dan tak lupa jugak yang nak hentam aku......
-
42 peratus Cina yakin hudud adil untuk semua - Ketika masyarakat Cina dikatakan fobia dengan cadangan pelaksanaan hudud oleh PAS, tinjauan Universiti Malaya (UM) mendapati sebanyak 42 peratus responden ...
-
Derita Budya Darat - [image: MANGSA... mendakwa mengenali suspek menerusi laman sosial Facebook.] MANGSA... mendakwa mengenali suspek menerusi laman sosial Facebook. [image: BU...
BLOG BLOG PANAS
BLOG PIMPINAN PAS/PR
BLOG PAS/KWSN/CWG
BLOG MUSLIMAT
-
Mengenal Perbedaan Kopi Robusta dan Kopi Arabika - Salam Ngopi!!! bagi penggemar kopi mungkin sudah tidak asing lagi apa itu Kopi Robusta dan Kopi Arabika, Kopi Robusta dan Arabika dalam klasifikasi ilmiah...
-
-
-
Ai Chan Famili - Jeng jeng jeng... Nantikan kisah Ai Chan ye.
-
MESYUARAT AGUNG DEWAN MUSLIMAT PAS TAPAH KALI YANG KE 21 - Saf kepimpinan muslimat kawasan bersama perasmi mesyuarat agung pada tahun ini. Doa dan alunan wahyu disampaikan oleh Ustazah Haslinda bt Ismail. Para pe...
-
-
MH370 : AKU TAK SURUH HANGPA PERCAYA TAPI BERFIKIRLAH DENGAN AKAL YANG WARAS - (gambar hiasan) Allah SWT Berfirman: وَقُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا (٨١) Dan katakanlah: "Yang benar telah datan...
-
Polemik Kalimah ALLAH - *Bermula apabila Kementerian Dalam Negeri di bawah Syed Hamid Albar melarang majalah The Herald menggunakan kalimah Allah dlm penerbitan mereka.....
-
Peribadi Pejuang. Coret coret ijtimak tarbawi 2013 - Peribadi Pejuang Pejuang senantiasa akan diuji Allah swt justeru itu adalah sunnah orang berjuang. Saya kongsikan 5 Tips untuk memastikan kita mampu berd...
-
MUKTAMAR DEWAN MUSLIMAT PAS - *Muktamar tahunan Muslimat Pas bermula pada 14-15 november.muslimat yang dikasihi sekelian ayuhlah bersama-sama kita menghadiri muktamar kita semoga mendap...
-
Blog Masjid
Blogroll
Archives
-
►
2014
(27)
- ► 08/24 - 08/31 (3)
- ► 06/08 - 06/15 (5)
- ► 04/06 - 04/13 (2)
- ► 01/19 - 01/26 (1)
- ► 01/12 - 01/19 (7)
- ► 01/05 - 01/12 (9)
-
►
2013
(237)
- ► 12/29 - 01/05 (22)
- ► 12/22 - 12/29 (6)
- ► 12/15 - 12/22 (2)
- ► 12/08 - 12/15 (5)
- ► 12/01 - 12/08 (3)
- ► 11/24 - 12/01 (1)
- ► 11/10 - 11/17 (1)
- ► 11/03 - 11/10 (1)
- ► 10/20 - 10/27 (3)
- ► 10/13 - 10/20 (2)
- ► 10/06 - 10/13 (1)
- ► 09/29 - 10/06 (2)
- ► 09/22 - 09/29 (4)
- ► 09/08 - 09/15 (1)
- ► 09/01 - 09/08 (1)
- ► 08/25 - 09/01 (1)
- ► 08/18 - 08/25 (1)
- ► 08/11 - 08/18 (4)
- ► 08/04 - 08/11 (3)
- ► 07/28 - 08/04 (3)
- ► 07/21 - 07/28 (2)
- ► 07/14 - 07/21 (3)
- ► 07/07 - 07/14 (1)
- ► 06/30 - 07/07 (7)
- ► 06/23 - 06/30 (2)
- ► 06/16 - 06/23 (1)
- ► 06/09 - 06/16 (2)
- ► 06/02 - 06/09 (5)
- ► 05/26 - 06/02 (5)
- ► 05/19 - 05/26 (2)
- ► 05/12 - 05/19 (4)
- ► 05/05 - 05/12 (3)
- ► 04/28 - 05/05 (13)
- ► 04/21 - 04/28 (4)
- ► 04/14 - 04/21 (10)
- ► 04/07 - 04/14 (10)
- ► 03/31 - 04/07 (9)
- ► 03/24 - 03/31 (11)
- ► 03/17 - 03/24 (5)
- ► 03/10 - 03/17 (9)
- ► 03/03 - 03/10 (4)
- ► 02/24 - 03/03 (5)
- ► 02/17 - 02/24 (6)
- ► 02/10 - 02/17 (12)
- ► 02/03 - 02/10 (4)
- ► 01/27 - 02/03 (8)
- ► 01/20 - 01/27 (9)
- ► 01/13 - 01/20 (7)
- ► 01/06 - 01/13 (7)
-
►
2012
(609)
- ► 12/30 - 01/06 (6)
- ► 12/23 - 12/30 (3)
- ► 12/16 - 12/23 (6)
- ► 12/09 - 12/16 (5)
- ► 12/02 - 12/09 (4)
- ► 11/25 - 12/02 (17)
- ► 11/18 - 11/25 (14)
- ► 11/11 - 11/18 (9)
- ► 11/04 - 11/11 (9)
- ► 10/28 - 11/04 (5)
- ► 10/21 - 10/28 (26)
- ► 10/14 - 10/21 (15)
- ► 10/07 - 10/14 (31)
- ► 09/30 - 10/07 (19)
- ► 09/23 - 09/30 (6)
- ► 09/16 - 09/23 (9)
- ► 09/09 - 09/16 (13)
- ► 09/02 - 09/09 (5)
- ► 08/26 - 09/02 (8)
- ► 08/19 - 08/26 (10)
- ► 08/12 - 08/19 (9)
- ► 08/05 - 08/12 (11)
- ► 07/29 - 08/05 (8)
- ► 07/22 - 07/29 (8)
- ► 07/15 - 07/22 (6)
- ► 07/08 - 07/15 (14)
- ► 07/01 - 07/08 (25)
- ► 06/24 - 07/01 (10)
- ► 06/17 - 06/24 (9)
- ► 06/10 - 06/17 (4)
- ► 06/03 - 06/10 (13)
- ► 05/27 - 06/03 (15)
- ► 05/20 - 05/27 (13)
- ► 05/13 - 05/20 (15)
- ► 05/06 - 05/13 (10)
- ► 04/29 - 05/06 (10)
- ► 04/22 - 04/29 (14)
- ► 04/15 - 04/22 (11)
- ► 04/08 - 04/15 (6)
- ► 04/01 - 04/08 (10)
- ► 03/25 - 04/01 (12)
- ► 03/18 - 03/25 (4)
- ► 03/11 - 03/18 (15)
- ► 03/04 - 03/11 (23)
- ► 02/26 - 03/04 (12)
- ► 02/19 - 02/26 (7)
- ► 02/12 - 02/19 (12)
- ► 02/05 - 02/12 (14)
- ► 01/29 - 02/05 (11)
- ► 01/22 - 01/29 (10)
- ► 01/15 - 01/22 (14)
- ► 01/08 - 01/15 (18)
- ► 01/01 - 01/08 (16)
-
►
2011
(883)
- ► 12/25 - 01/01 (10)
- ► 12/18 - 12/25 (20)
- ► 12/11 - 12/18 (16)
- ► 12/04 - 12/11 (12)
- ► 11/27 - 12/04 (23)
- ► 11/20 - 11/27 (25)
- ► 11/13 - 11/20 (18)
- ► 11/06 - 11/13 (21)
- ► 10/30 - 11/06 (22)
- ► 10/23 - 10/30 (17)
- ► 10/16 - 10/23 (15)
- ► 10/09 - 10/16 (22)
- ► 10/02 - 10/09 (12)
- ► 09/25 - 10/02 (15)
- ► 09/18 - 09/25 (13)
- ► 09/11 - 09/18 (13)
- ► 09/04 - 09/11 (25)
- ► 08/28 - 09/04 (20)
- ► 08/21 - 08/28 (18)
- ► 08/14 - 08/21 (37)
- ► 08/07 - 08/14 (27)
- ► 07/31 - 08/07 (23)
- ► 07/24 - 07/31 (27)
- ► 07/17 - 07/24 (48)
- ► 07/10 - 07/17 (36)
- ► 07/03 - 07/10 (25)
- ► 06/26 - 07/03 (20)
- ► 06/19 - 06/26 (17)
- ► 06/12 - 06/19 (9)
- ► 06/05 - 06/12 (11)
- ► 05/29 - 06/05 (4)
- ► 05/22 - 05/29 (4)
- ► 05/15 - 05/22 (8)
- ► 05/08 - 05/15 (10)
- ► 05/01 - 05/08 (4)
- ► 04/24 - 05/01 (6)
- ► 04/17 - 04/24 (8)
- ► 04/10 - 04/17 (5)
- ► 04/03 - 04/10 (12)
- ► 03/27 - 04/03 (16)
- ► 03/20 - 03/27 (16)
- ► 03/13 - 03/20 (31)
- ► 03/06 - 03/13 (12)
- ► 02/27 - 03/06 (9)
- ► 02/20 - 02/27 (12)
- ► 02/13 - 02/20 (15)
- ► 02/06 - 02/13 (13)
- ► 01/30 - 02/06 (23)
- ► 01/23 - 01/30 (16)
- ► 01/16 - 01/23 (15)
- ► 01/09 - 01/16 (15)
- ► 01/02 - 01/09 (12)
-
▼
2010
(1113)
- ► 12/26 - 01/02 (20)
- ► 12/19 - 12/26 (18)
- ► 12/12 - 12/19 (14)
- ► 12/05 - 12/12 (11)
- ► 11/28 - 12/05 (10)
- ► 11/21 - 11/28 (8)
- ► 11/14 - 11/21 (10)
- ► 11/07 - 11/14 (6)
- ► 10/31 - 11/07 (16)
- ► 10/24 - 10/31 (12)
-
▼
10/17 - 10/24
(19)
- Ulama muda Umno patut nasihat, bukan kipas
- Najib akui tuduhan terhadap PR karut
- <!--[if !mso]> v\:* {behavior:url(#default#VML);}...
- IFF: Ulama muda 'pertahan' Rosmah, selar pembangkang
- Isu Pankhurst Rosmah dan Zambry, Pemuda PAS Perak ...
- HANYA INI YANG TINGGAL JADI KEBANGGAAN - GADIS ME...
- PROMOSI BLOG BARU (PRO PAKATAN RAKYAT)
- SERANGAN PERIBADI UMNO DAH BERMULA -MELALUI UMNO O...
- Festival Busana Muslim : Rosmah juga dikecam oleh ...
- Pakatan: Najib akui hak Melayu dijamin jika pun BN...
- Umno Kelantan tuduh Nik Aziz ‘jual Islam, sanggup ...
- Tawan’ bangunan Umno simbolik tawan Putrajaya
- Pemuda PAS berhimpun bantah Rosmah
- BOLEH BAGI UMNO TAK BOLEH PADA PR
- Bangunan Umno kini milik Pemuda PAS Kelantan
- Cina kumpul duit bantu Chek Hashim berubat di China
- DETIK CEMAS DI TAWAN 5 PEOMPAK
- Asri: PAS banyak berubah agar kekal relevan bandin...
- MERONTA SEBELUM MAUT
- ► 10/10 - 10/17 (16)
- ► 10/03 - 10/10 (19)
- ► 09/26 - 10/03 (20)
- ► 09/19 - 09/26 (10)
- ► 09/12 - 09/19 (26)
- ► 09/05 - 09/12 (23)
- ► 08/29 - 09/05 (22)
- ► 08/22 - 08/29 (38)
- ► 08/15 - 08/22 (12)
- ► 08/08 - 08/15 (5)
- ► 08/01 - 08/08 (18)
- ► 07/25 - 08/01 (15)
- ► 07/18 - 07/25 (18)
- ► 07/11 - 07/18 (18)
- ► 07/04 - 07/11 (16)
- ► 06/27 - 07/04 (18)
- ► 06/20 - 06/27 (17)
- ► 06/13 - 06/20 (22)
- ► 06/06 - 06/13 (43)
- ► 05/30 - 06/06 (53)
- ► 05/23 - 05/30 (29)
- ► 05/16 - 05/23 (28)
- ► 05/09 - 05/16 (63)
- ► 05/02 - 05/09 (41)
- ► 04/25 - 05/02 (48)
- ► 04/18 - 04/25 (39)
- ► 04/11 - 04/18 (28)
- ► 04/04 - 04/11 (27)
- ► 03/28 - 04/04 (19)
- ► 03/21 - 03/28 (10)
- ► 03/14 - 03/21 (18)
- ► 03/07 - 03/14 (23)
- ► 02/28 - 03/07 (23)
- ► 02/21 - 02/28 (20)
- ► 02/14 - 02/21 (29)
- ► 02/07 - 02/14 (19)
- ► 01/31 - 02/07 (21)
- ► 01/24 - 01/31 (14)
- ► 01/17 - 01/24 (11)
- ► 01/10 - 01/17 (12)
- ► 01/03 - 01/10 (18)
-
►
2009
(451)
- ► 12/27 - 01/03 (14)
- ► 12/20 - 12/27 (14)
- ► 12/13 - 12/20 (14)
- ► 12/06 - 12/13 (11)
- ► 11/29 - 12/06 (20)
- ► 11/22 - 11/29 (18)
- ► 11/15 - 11/22 (17)
- ► 11/08 - 11/15 (11)
- ► 11/01 - 11/08 (13)
- ► 10/25 - 11/01 (18)
- ► 10/18 - 10/25 (17)
- ► 10/11 - 10/18 (12)
- ► 10/04 - 10/11 (16)
- ► 09/27 - 10/04 (22)
- ► 09/20 - 09/27 (9)
- ► 09/13 - 09/20 (16)
- ► 09/06 - 09/13 (14)
- ► 08/30 - 09/06 (12)
- ► 08/23 - 08/30 (19)
- ► 08/16 - 08/23 (27)
- ► 08/09 - 08/16 (21)
- ► 08/02 - 08/09 (22)
- ► 07/26 - 08/02 (23)
- ► 07/19 - 07/26 (16)
- ► 07/12 - 07/19 (15)
- ► 07/05 - 07/12 (17)
- ► 06/28 - 07/05 (9)
- ► 06/21 - 06/28 (11)
- ► 06/14 - 06/21 (3)