Saturday, October 19, 2013

Sunday, October 13, 2013

Isa Samad Perlu Jawab Dakwaan Tipu Bursa Malaysia




Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad digesa menjelaskan dakwaan bahawa beliau menipu Bursa Malaysia berhubung isu perletakan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Felda Global Venture Berhad, Tan Sri Sabri Ahmad sebagai ahli Lembaga Pengarah dalam FGVH.

Timbalan Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal KEADILAN, Bob Manolan Mohamad berkata, Isa perlu menjelaskan sejauh mana kebenaran surat yang kini disebarkan blogger Umno sendiri.

“Perkara ini perlu dijelaskan demi kepentingan semua termasuk pemegang saham Felda dan peneroka seluruh negara,” katanya kepada Suara Keadilan.

Hari ini blogger Umno yang rapat dengan Tun Dr Mahathir, Rocky Bru dan Bigdotcom mendakwa Isa menipu Bursa Malaysia dengan menyatakan Sabri meletak jawatan sebagai BOD Felda atas alasan ‘terikat dengan komitmen lain’.

Bigdogdotcom menyertakan ScreeShoot didakwa dari Bursa menyatakan Sabri meletak jawatan 29 Ogos 2013 dan turut menyertakan surat tanpa tarikh yang mendakwa Isa meminta Sabri menandatangani surat peletakan jawatan itu.

Namun dakwanya Sabri tidak menandatangani dan satu laporan polis akan dibuat dalam masa terdekat.

“Jika Sabri tidak meletak jawatan sebagai BOD daripada mana-mana anak syarikat Felda, bagaimana FGV (Felda Global Ventures) boleh mengumumkan ‘peletakan jawatan’ Sabri di Bursa Malaysia,” tulis Bigdogdotcom.

Berdasarkan dokumen yang disertakan, Rocky berkata, Sabri tidak meletakkan jawatan sebagai Lembaga Pengarah dalam FGVH dan sebuah lagi syarikat, MSM Malaysian Holdings Berhad sebagaimana yang dilaporkan Isa.

“Jika FGV dan MSM (MSM Malaysian Holdings Berhad) melakukannya, maka mereka harus disiasat mengikut Seksyen 122B Akta Industri Sekuriti.

“Ia adalah satu jenayah yang boleh dihukum sehingga RM3 juta dan 10 tahun penjara kerana melakukan akuan berkanun palsu, termasuk perubahan dalam lembaga pengarah,” tulis Rocky atau nama sebenarnya Datuk Ahirudin Attan seperti dilapor Malaysian Insider.

Mengulas lanjut, Bob tidak menolak kemungkinan penyebaran surat menunjukan pertembungan besar antara kumpulan pro Datuk Mukhriz Mahathir dan Isa bagi merebut kerusi Naib Presiden dalam pemilihan Umno.

Mereka berebut bersama empat lagi calon Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan tiga penyandang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

Harapan Isa menang atas sokongan 54 bahagian Umno yang mempunyai kawasan Felda termasuk di Negeri Sembilan. Zahid dilihat paling depan diekori Shafie dan Mukhriz dengan pemenang dijangka diumum 19 Oktober ini.-KD

KELAB GREENBOC

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak