Saturday, April 23, 2011

POLIS DAH TAK MAHU LAGI DUDUK DALAM SEMAK!!!


Polis hapus sistem perangkap kelajuan, kata timbalan IGP

“Kami tidak harus bersembunyi di sebalik belukar. Kami perlu tampil secara terbuka dan menguatkuasakan undang-undang (secara telus),” kata beliau kepada pemberita di Shah Alam hari ini.

KUALA LUMPUR, 23 April – Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan menggunakan lagi sistem perangkap kelajuan, yang menjadi sebahagian daripada punca rungutan mengenai notis saman ekor selama ini.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/polis-hapus-sistem-perangkap-kelajuan-kata-timbalan-igp/

Majlis Fatwa Kebangsaan Tak Halang Poco-Poco, Perak Tetap Haram




Inilah Padahnya, 1 Mesir 1 Mufti vs 1 Msia 14 Mufti + 1 Menteri Agama - Totap: 15

SEPANG: Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan pada Jumaat memutuskan untuk tidak menghalang tarian poco-poco di kalangan umat Islam selagi ia tidak melanggar garis panduan yang ditetapkan, kata Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin

Kata-Kata Imam Al-Ghazali

* Rosaknya rakyat kerana pemimpin.
* Rosaknya pemimpin kerana ulama'.
* Rosaknya ulama' kerana harta ( kemewahan dunia )

Ulama' yang diam dan senyap tidak mahu menyatakan kebenaran tentang agama kepada pemimpin dan rakyat adalah syaitan bisu. Rakyat pula akan berada di bawah agama pemimpinnya. Sekiranya pemimpin seorang yang beriman maka rakyatnya turut beriman. Sekiranya seorang pemimpin itu sukakan hiburan dan perkara maksiat maka dengan sendiri rakyatnya akan sukakan maksiat. Berhati-hatilah memilih pemimpin kerana anda akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti atas apa yang pemimpin anda lakukan termasuk menganjurkan program maksiat, menentang undang-undang Allah dan menghina sunnah nabi serta menghina ulama.

.http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=%2F2011%2F4%2F22%2Fmstar_berita%2F20110422211334&sec=mstar_berita

Friday, April 22, 2011

Rosak, jahanam anak bangsa! Tetapi Mahiaddin hanya bimbang pelajar sekolah obes sahaja




Saya petik:

[BH] KUALA TERENGGANU: Lima lelaki, termasuk tiga tertuduh juvana dihadapkan di dua mahkamah berasingan semalam, atas pertuduhan merogol dan melakukan hubungan luar tabii terhadap seorang gadis berusia 14 tahun di sebuah rumah di Dungun, Mac lalu.
http://duniacacamarba.blogspot.com/

Dr Chua memberi amaran bahawa masyarakat Cina akan kehilangan perwakilannya dalam kerajaan jika parti itu kalah teruk pada pilihan raya umum akan data

Apakah tanpa MCA masyarakat cina tidak terbela?...Biar betoi

Menyentuh tentang kesan pilihan raya umum 1969, setiausaha agung MCA, Datuk Kong Cho Ha berkata, semasa pembentukan BN pada 1973, MCA di bawah kepimpinan Tan Sri Lee San Choon telah menyokong gabungan baru itu "dengan syarat".

bagan pinang kong chor har 051009.jpgKong berkata, MCA kemudian memutuskan untuk menyertai BN
dengan syarat itu party akan terus mewakili mewakili aspirasi masyarakat Cina sama sepertimana Umno mewakili orang Melayu.

"MCA tidak pernah berganjak daripada prinsip ini. Dengan kata lain, jika MCA hilang sokongan majoriti rakyat Cina Malaysia, MCA akan kehilangan tempat berpijak dalam arus politik perdana Malaysia.

http://www.malaysiakini.com/news/162135

Thursday, April 21, 2011

Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih?

Allahu akbar!!! cering bulu roma cek bila tengok video ni..Terbaik...Credit to ISMA India


HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”

(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.

Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut


Monday, April 18, 2011

PRN Demi politik~~Nik Aziz kesal dituduh kahwin tiga


KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kesal kerana dituduh berkahwin tiga ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang berakhir kelmarin.

"Sampai begitu sekali mereka usaha burukkan imej saya. Mereka kata saya kahwin tiga. Saya sendiri pun tak tahu saya kahwin tiga. Namun ini semua tidak berkesan. Buktinya undi yang kita terima meningkat," katanya di sini, semalam.


“Barisan Nasional (BN) gunakan segala kemudahan kerajaan termasuk radio, televisyen dan akhbar tetapi, kita berjaya tingkatkan undi begitu banyak dan kita mempunyai harapan yang tinggi di akhirat kelak,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengecam tindakan BN yang menggunakan serangan peribadi termasuk memanipulasi kes dakwaan zina terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mendapatkan sokongan.

"Bagi RM100, dia jerit setengah mampus"


Anwar juga menyelar UMNO kerana mengupah pemuda untuk berpekik di tepi padang, "Orang bacul kekuatan dia, diupah 50 ringgit, bangsanya boleh gadai." "Dia boleh jerit. Dia jerit, dia hina saya, aibkan saya. Dia ingat saya rasa apa? Tahu siapa yang pertahankan saya? Bukan kutu haprak di tepi jalan ini, yang pertahankan saya Sheikh Yusuf al-Qaradawi," kata Anwar sambil mempertahankan bahawa dirinya tidak bersalah dalam kes liwat seperti yang dituduh Saiful Bukhari. Anwar (gambar kiri) juga mengambil kesempatan untuk menyindir, "Vincent Tan, satu gunung, satu bukit...(dapat) Ini pemuda UMNO jerit, dia dapat tanah mana? Taukeh judi dapat satu bukit, Genting, 16 ribu ekar, taukeh judi kedua, satu bukit, Bukit Tinggi. Yang pemuda UMNO ini dapat apa? Pemimpin dia dapat, yang bawah dapat 100 ringgit, dia jerit setengah mampus."

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak