Saturday, January 2, 2010

Orang Lain Buang Sampah kita kena sapu - Tok Guru Nik Aziz


بسم الله الرحمن الرحيم

KOTA BHARU - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan mahkamah mengarahkan Kerajaan Negeri membayar ganti rugi kira-kira RM800 juta disebabkan kelemahan Barisan Nasional (BN) ketika memerintah Kelantan.

Beliau, yang juga Mursyidul Am Pas berkata, keputusan mahkamah itu membuktikan BN tidak upayatadbir negeri hingga menyebabkan kerajaan pimpinan Pas terpaksa menanggung segala masalah.

“Orang lain buang sampah, kita kena sapu. Ini penyakit bagi jaga negeri kepada orang yang tidak pandai (memerintah),” katanya semasa menyampaikan kuliah Jumaatnya di sini, semalam.
Beliau mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Rabu lalu, yang mengarahkan Kerajaan Negeri membayar RM800 juta kepada Timbermine kerana melanggar perjanjian. Jumlah ganti rugi titu dikatakan tertinggi dalam kes saman sivil negara ini.

Nik Aziz berkata, beliau sedar isu itu pernah dibangkitkan dengan menyatakan Pas sudah menjual negeri kepada Singapura.

Namun, katanya, ketika parti itu mendapat kuasa d:ari rakyat, mereka juga tidak menyelesaikan isu itu hingga menyebabkan Kerajaan Negeri disaman.

:“Waktu itu, saya balik dari Mesir pada 1962 dan 1967, saya masuk Pas dan bertanding. Ketika itu timbul cerita Pas Kelantan gadai negeri kepada Singapura. Ini cerita disebarkan sekitar 1970-an,

“Cerita ketika itu timbul Pas gadai kepada tauke Singapura (syarikat) Timbermine, mereka (BN) kata nak tebus balik jika undi (BN), kalu tak undi akan digadai selamanya.

“Benda ini masuk dalam kepala rakyat. Mereka yang melakukannya setengahnya sudah mati. Akhirnya undilah (menang) kita sangka tebus dah, tapi tidak lagi. Buktinya kita kena bayar RM800 juta, mereka tipu, ni wang ihsan nak tipu pula,” katanya.
Sumber

Kartika Ingin temui Sultan


بسم الله الرحمن الرحيم

IPOH - Bekas model, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, yang masih menunggu hukuman sebat ke atasnya sejak lebih lima bulan lalu berharap dapat bertemu Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah bagi menyelesaikan kemelut tersebut.

Menurutnya, jika diberi peluang, dia mahu meluahkan tekanan perasaan yang dilalui kepada baginda selain ingin mengetahui sebab kelewatan pelaksanaan hukuman itu.//Baca Seterusnya)

Ayid: Kartika Redha atas hukuman, mengapa tak dilaksanakan. Bila kes ini akan selesai. Siapa tunggu siapa, ?

VIDEO TER[ILIH MINGGU INI

بسم الله الرحمن الرحيم




Kita teliti ulasan dari Tok Guru bagi isu saman 800j.

Friday, January 1, 2010

Panas isu tanah di Gopeng Perak


بسم الله الرحمن الرحيم

Hamidah tidak memegang port-folio tanah dalam kerajaan negeri.
Tidak sesuai memberi ulasan

GUNUNG RAPAT - Kerajaan negeri diminta mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang terlibat dalam skandal pemberian kuota tanah di Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Kampung Sungai Itek, Gopeng.

Ahli Dewan Undangan Kawasan Teja, Chang Lih Kang berkata, senarai yang disediakan oleh oleh Pegawai Daerah itu, tidak seharusnya adanya sistem kuota untuk Ketua UMNO Bahagian Gopeng, Datuk Hamzah Mohd Kassim.

“Saya tidak mahu membangkitkan tentang pemberian kepada penduduk tetapi yang menjadi persoalannya mengapa terdapat kuota untuk Ketua UMNO berkenaan.

“Pegawai Daerah tidak mempunyai kepentingan, yang merasa adalah Ketua UMNO maka yang menjadi ‘kambing hitam’ adalah Pegawai Daerah,” katanya dalam sidang media di Pejabat Parti Keadilan Rakyat Cabang Gopeng di sini, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas isu penyelewengan tanah yang di kampung berkenaan dan penjelasan yang dibuat oleh Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman.

Katanya, Hamidah tidak sesuai untuk membuat ulasan berhubung isu itu kerana tidak memegang port-folio tanah dalam kerajaan negeri. (Baca lagi siapa Midah dan Hamzah) Lih Kang berkata, kedua-dua Hamzah dan Hamidah pula mempunyai kaitan kerana pernah menjadi rakan kongsi perniagaan di sebuah syarikat iaitu Projek Bitara Sdn Bhd, sekali gus menimbulkan keraguan.

Beliau, apa yang diragui adalah disebabkan Hamidah menafikan bahawa sistem kuota dalam pembahagian tanah RPT adalah polisi kerajaan Barisan Nasional (BN)

Kata beliau, jika BN benar-benar bertekad untuk membasmi penyelewengan berkenaan, mereka perlu siasat dan mencari dalang sebenar dalam kes ini.

Lih Kang berkata, tindakan undang-undang perlu diambil ke atas pihak yang terlibat dalam skandal penyelewengan tanah terutamanya penyalahgunaan kedudukan Hamzah untuk mendapat kepentingan sendiri dan sekutunya.

Selain itu, ADUN itu juga meminta supaya senarai peserta RPT Kampung Sungai Itek itu yang dikemukakan di bawah kuota Ketua UMNO Bahagian Gopeng dan Ketua Kampung.

“Buka permohonan semula dan mendapatkan penduduk-penduduk yang layak untuk mengisi 40 kekosongan ini,” katanya.

Katanya, sekiranya langkah ini tidak diambil, beliau akan merujuk semua ahli-ahli Jawatankuasa Tanah Kampar kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) termasuk Menteri Besar perak ataupun wakil, Ahli Parlimen Kampar, ADUN Tualang Sekah, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian atau wakil, dan Pegawai Daerah yang mempengerusikan jawatankuasa tanah.

Sumber>>

Hadiah untuk rakyat bagi tahun 2010



بسم الله الرحمن الرحيم


Harga Roti, Gula Naik Sempena Tahun Baru 2010

Raikan sambutan tahun baru 2010 anda dengan kenaikan harga barangan asas.

Berkuatkuasa 1 Januari depan, harga roti putih dinaikkan ekoran daripada tindakan Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna memberhentikan subsidi dan memansuhkannya daripada senarai barang kawalan.

Harga roti biasa meningkat 40 sen manakala bagi harga roti klasik combo melonjak 50 sen dari harga asal.

Sementara itu, gula naik 20 sen bagi setiap kilogram bermula esok. Harga gula mengikut kenaikan terbaru ini adalah RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak.

Menteri Hal-Ehwal Pengguna Datuk Mohd Zain Mohd Dom berkata kenaikan ini berpunca dari lonjakan harga gula mentah di pasaran dunia.

Mengulas perkara ini, Setiasaha Agung FOMCA Muhammad Sha'ani Abdullah berkata kerajaan seharusnya prihatin kepada tekanan kos kehidupan rakyat hari ini.

Beliau menambah kebajikan rakyat harus didahulukan dalam suasana kemelut ekonomi yang belum menamppakan sebarang tanda-tanda pemulihan.

“Kami tidak begitu selesa dengan kenaikan harga roti pada tahun baru ini kerana masih banyak usaha-usaha kerajaan tidak dilaksanakan lagi untuk mengurangkan beban kos beban rakyat. Dalam keadaan ini kerajaan harus fikir semula sebarang penarikan balik subsidi-subsidi kepada barangan pengguna supaya ini tidak menjadi satu beban kepada rakyat," katanya.

Mengulas isu yang sama, Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Md Akin berkata PKR mengecam kenaikan harga barangan asas ini yang disifatkan sebagai hadiah tahun baru Perdana Menteri Najib Abdul Razak kepada rakyat termiskin.


"Ini saya lihat sebagai suatu hadiah dato najib sebagai Perdana Menteri yang juga yang memimpin kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat. Tentunya ini bukan yang menyenangkan rakyat dan sudah pasti memberi beban dan ini sudah tentu bercanggah dengan slogan 'Rakyat Didahulukan'," katanya.

Sumber

S

Thursday, December 31, 2009

Malang minimpa kelantan lagi



KOTA BHARU: Mahkamah Tinggi di sini, semalam memerintahkan kerajaan Kelantan membayar pampasan lebih RM800 juta kepada sebuah syarikat pembalakan kerana melanggar beberapa perjanjian yang dimeterai kedua-dua pihak.

Pampasan yang diumumkan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Azman Hussin itu, dipercayai antara yang terbesar pernah diputuskan bagi kes saman sivil di negara ini.

Jumlah pampasan itu merangkumi lima jenis ganti rugi, termasuk RM560 juta bagi 30 peratus pemilikan syarikat itu dalam kawasan pembalakan seluas 112,000 hektar, ganti rugi khas (RM13.6 juta), bayaran gaji pekerja yang diberhentikan (RM1.74 juta), faedah lapan peratus sejak 2004 (RM240 juta) dan kos berjumlah RM200,000

Ayid: Kelantan menuntut hak nya dalam isu royalti minyak tidak menemui lagi jalan untuk penyelesaian. Lain yang di tuntut lain pulan yang terpaksa di bayar

Sumber

10 tahun menderita - Baru terima Pampasan - Selepas di tendang anggota polis


بسم الله الرحمن الرحيم

PULAU PANGKOR: “Walaupun dapat wang sebanyak itu, saya tetap lumpuh dan tak boleh buat apa-apa dalam keadaan begini.

“Emak dan ayah banyak berkorban wang ringgit, tenaga dan masa sejak 10 tahun saya terlantar sakit, malah wang yang diperoleh itu pun, pada saya masih tak cukup untuk membayar jasa mereka dan menampung kehidupan saya pada masa depan,” kata Syarizan Sudirmin, 26.

Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan, Datuk VT Singham membuat keputusan Syarizan yang lumpuh dari paras pinggang ke bawah mendapat ganti rugi RM653,750 akibat kecederaan parah dialaminya kerana terjatuh dari motosikal ditunggangi selepas ditendang anggota polis, kira-kira 10 tahun lalu.

Bagaimanapun, dia hanya diberi 75 peratus iaitu RM490,312.50 daripada ganti rugi am kerana sebahagian kesalahan berpunca daripada tindakannya sendiri.

>> Berita sepenuhnya disini


UMNO kini mempunyai sindrom ‘3L’ iaitu Lagak, Laga dan Leka.


بسم الله الرحمن الرحيم

SHAH ALAM - UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu melupakan hasrat mengambil alih Selangor daripada Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sekiranya pemimpin mereka masih dibelenggu sindrom ‘3L’ iaitu Lagak, Laga dan Leka.

Penganalisis Politik, Profesor Datuk Zainal Kling (gambar) berkata, wabak yang menyelubungi parti itu dilihat faktor utama UMNO sukar mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap parti itu.

Katanya, sikap ‘lagak’ dalam kalangan pemimpin UMNO/BN membuatkan parti itu tidak lagi dapat menyelami hati nurani rakyat apatah lagi memahami denyutan hati mereka. “Mereka ini dilihat kurang mendampingi serta mendekati masalah-masalah yang dihadapi oleh pengundi di kawasan mereka. Malah, mereka dilihat ‘kurang cerdik’ dan tidak unggul untuk menghadapi cabaran dalam pemimpin PR,” katanya.

Zainal berkata, sikap pemimpin UMNO Selangor yang sering bertelagah dan menuding jari antara satu sama lain membolehkan pemimpin PR mengeksploitasi keadaan tersebut dengan sebaik mungkin.

“Perasaan leka yang menyatakan mereka tidak pernah kalah dan tidak akan kalah boleh menyebabkan mereka ini seolah-olah tidak sedar situasi sebenar yang berlaku sekarang,” katanya.

Menurutnya, UMNO diingatkan supaya menangani sindrom segera.

Ditanya sama ada bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo masih relevan untuk menerajui kepimpinan UMNO Selangor jika parti itu berjaya menawan semula Selangor, Zainal berkata, Dr Khir perlu ‘membersihkan’ dirinya daripada pandangan negatif sebelum berbuat demikian.

“Malah Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Noh Omar belum tentu dapat kerana beliau tidak mempunyai sokongan akar umbi yang kuat di Selangor,” katanya.

Sumber:

Tuesday, December 29, 2009

PERJUANGAN ASMA’ BINTI ABU BAKAR

peritiwa hijrah rasul bersembunyi di gua thur selama 3 hari

gua thur
sejam setengah diperlukan untuk sampai ke sini. bayangkan bagaimana asma' binti abu bakar mandaki bukit ini dalam keadaan mengandungkan abdullah bin zubair untuk menghantar makanan kepada Rasulullah dan Abu Bakar.

gua hira'
.

Dipetik dari blog :http://albiraki.blogspot.com


Ayid: asma antara contoh wanita yang terlibat dalam pengorbanan hijrah, menjadi tauladan kpd sekalian muslimah :)




Monday, December 28, 2009

INILAH AKIBATNYA ABILA HUKUM ALLAH TIDAK LAKSANAKAN


Itu Fesyen 'Bohemian', Bukan Purdah
بسم الله الرحمن الرحيم
KEHIDUPAN aktres jelita, Rozita Che Wan, tidak lekang dari gosip dan kontroversi, hanya selang seminggu, pasti ada sahaja cerita yang terpalit.(BACA)

Kerana kejelitaannya, Rozita sering menjadi fokus semua pihak bila muncul pada mana-mana majlis.

Kebanyakan cerita yang digembar-gemburkan pula kurang enak didengar, sama ada ia soal peribadi mahupun kerjayanya.

Terbaru pakaian aktres berstatus janda ini pada Anugerah Skrin 2009(ASK) dikatakan menghina pemakaian dalam Islam. Dia dianggap telah memperlekehkan pemakaian purdah apabila menutup dibahagian muka tetapi menonjolkan bahagian kaki

(Surah Al-Ahzab : 59)

mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi daripada perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya.”)

(Surah Al-Ahzab : 59)





Nik Aziz: DAP sudah boleh terima penubuhan negara Islam



بسم الله الرحمن الرحيم

Nik Aziz: DAP sudah boleh terima penubuhan negara Islam

PETALING JAYA, Dis 28 — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa DAP kini sudah dapat menerima rancangan penubuhan sebuah negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS selama ini.

Nik Aziz berkata kesediaan pemimpin DAP membawa lambang PAS dalam Pakatan Rakyat ketika ini membuktikan mereka semakin memahami dan dapat menerima dasar perjuangan PAS.
"Saya rasa bangga dan terharu dengan perubahan yang ditunjukkan kepimpinan DAP kini, yang selama ini dengan jelas membantah dasar Islam yang akan dilaksanakan oleh PAS dalam usaha melaksanakan sebuah negara Islam sekiranya berkuasa kelak.

"Lo ini (sekarang) alhamdulillah semua tuduhan yang dilemparkan (DAP) terhadap hasrat PAS untuk melaksanakan dasar negara Islam itu sudah diterima oleh mereka," kata beliau dipetik Berita Harian hari ini.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan dilaporkan berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Perhimpunan Kesedaran Wanita Kelantan dekat Temangan, Machang.

Beliau mengakui turut memakai lambang parti DAP, Parti Keadilan Rakyat dan PAS untuk membuktikan kesetiaan dan hubungan baik yang dijalin antara mereka dalam Pakatan Rakyat ketika konvensyen sulung mereka di Shah Alam, Selangor 19 Dis lalu.

Kata beliau semua pemimpin memakai baju yang memaparkan lambang tiga parti termasuklah Pengerusi DAP Karpal Singh dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada majlis itu tanpa dirancang.

"Apa salahnya menggunakan lambang roket? Dulu DAP menentang PAS pasal hukum hudud, namun sekarang mereka sudah faham mengenai hukum hudud," katanya.

Nik Aziz berkata pemimpin DAP sepatutnya sudah lama menyedari yang penubuhan sebuah negara Islam yang dicadangkan PAS dikuatkuasakan terhadap orang Islam sahaja.

Katanya selain membantah cadangan itu DAP juga pernah menuduh kerajaan PAS Kelantan di bawah pimpinannya menzalimi orang bukan Islam tetapi gagal membuktikan dakwaan itu sehingga kini.

Ketika berucap pada konvensyen itu, Nik Aziz berkata "di dada Karpal ada bulan" merujuk kepada lambang PAS bulan.

Kedua-dua Nik Aziz dan Karpal buat pertama kali bertemu di satu pentas.

Karpal dalam ucapannya pula berkata beliau bukan sahaja duduk di sebelah Nik Aziz hari ini tetapi di antara Nik Aziz dan Hadi.

Sumber

Umno/ BN Kononnya Membela Rakyat, Tapi Yang Senang Adalah Wakil Rakyat !

بسم الله الرحمن الرحيم


http://buletinonline.net/images/stories/berita17/Whassanbagibaju.JPG
Sura, DUNGUN – Tindakan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said meminta rakyat memilih Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam majlis yang dianjurkan oleh kerajaan dibidas oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Ustaz Wan Hassan Ramli.

Menurutnya adalah tidak profesional sebagai seorang Menteri Besar meminta sokongan dari rakyat kepada partinya dalam majlis yang dianjurkan dengan peruntukan kerajaan.

”Sumbangan kepada rakyat adalah tanggungjawab kerajaan, ia menggunakan peruntukan kerajaan, duit rakyat, bukannya daripada duit parti,

”tidak munasabah sebagai seorang MB meminta rakyat menyokong partinya,”tegasnya ketika ditemui selepas Majlis Pemberian Sumbangan Pakaian Sekolah, di sini, Ahad 27 Disember.
(Baca lagi)


Sunday, December 27, 2009

Kartika Saridewi terharu temui Nik Aziz

Bergambar bersama Tok Guru

بسم الله الرحمن الرحيم
.

KOTA BHARU, 27 Dis: Bekas model sambilan, Kartika Saridewi Shukarnor yang pernah mencetus polemik berhubung hukuman sebat atas kesalahan minum arak, hari ini menemui Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Beliau bersama anggota keluarga dan rombongan dari Pusat Pendidikan Al Baroqah, Manjor, Ipoh mengunjungi Menteri Besar Kelnatan itu di kediaman rasmi di JKR 10.

Turut bersama anak bongsunya, Kaitlynn Saridewi, 5 tahun.

Kartika ketika ditemui menyatakan beliau sudah lama menyimpan hasrat menemui ulama terbabit.

Sebelum ini Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman ke atasnya pada 20 Julai lalu selepas beliau mengaku bersalah minum arak. Hukuman enam sebatan dan denda RM5,000 dikenakan.

Bagaimanapun hukuman sebatan tersebut masih ditangguh sehingga sekarang biar pun Kartika beriya-iya menjalani hukuman tersebut.

Bagaimanapun ramai pemimpin wanita Umno dan beberapa badan bukan kerajaan mahu Kartika tidak menjalani hukuman tersebut, yang dianggap mereka bertentangan dengan hak asasi manusia.

Hadir sama pada pertemuan tersebut, anggota-anggota Exco kerajaan negeri, Dr Mohamed Fadzli Hassan dan Wan Ubaidah Omar serta anggota parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Siti Zailah mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat segera kes kehilangan enjin jet pejuang F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) seperti dilaporkan baru-baru ini.

Katanya, SPRM hendaklah melaksanakan tanggungjawab itu dengan telus dan adil tanpa memilih bulu demi menjaga amanah rakyat.

“Sedangkan sebelum ini pantang ada khabar angin negetif membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat, SPRM segera membuka fail siasatan.

“Sekarang kenapa pula seperti berdiam diri apabila dakwaan berlaku membabitkan pemimpin kerajaan Barisan Nasional,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan taklimat tersebut.

Beliau yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan berkata, kalau enjin jet pejuang boleh dicuri, tidak pelik masalah rempit, ragut serta gejala sosial lain gagal diselesaikan pemimpin kerajaan.

Baru-baru ini media tempatan mendedahkan kehilangan dua enjin jet tempur F-5E milik TUDM pada 2007 yang hanya disedari beberapa bulan kemudian. Setiap enjin tersebut bernilai RM50 juta.

Sumber

ANDA KENAL KE MEREKA NI?

بسم الله الرحمن الرحيم

FOTO DEMO 20 ORANG YANG MENGAKU PENYOKONG PAS


KETUANYA PAKAI BAJU MERAH?



Orang PAS tak ada pakai Summer Cap, pakai pun misti ada lambang PAS kan?




Yang kat atas tu siap terbalikan topi lagi. Orang PAS buat demo takde 20
orang misti lebih













KUALA LUMPUR: PAS hari ini menafikan bahawa kumpulan yang menggelarkan diri sebagai Gerakan Penyokong dan Pengundi PAS Selangor adalah anggota parti itu.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata kumpulan berkenaan tidak wujud dalam parti, sebalik ditubuhkan bertujuan untuk memfitnah parti tersebut.

"Saya tidak kenal pun mereka. Kumpulan itu bukan di bawah kita (PAS) dan ini semua fitnah," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Kubang Kerian berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kewujudan kumpulan itu yang mendesak PAS Selangor keluar daripada pakatan pembangkang di negeri itu kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan kerajaan negeri dalam memperjuangkan isu Islam dan bangsa Melayu(baca lagi)

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak