Saturday, October 1, 2011

Petugas DUN Kota Anggerik Bukan Pelaku Di Dalam Klip Video Blogger Umno

ADUN DAP dakwa ditawar RM150,000 lompat parti - Malaysiakini

ADUN Bentayan, Gwee Tiong Hiang hari ini mendedahkan bahawa tawaran telah dibuat oleh pihak-pihak yang mendakwa mewakili perdana menteri supaya meninggalkan DAP dan mengisytiharkan dirinya sebagai wakil rakyat bebasd.


"Tetapi saya rasa saya masih seorang (ADUN) DAP. Tawaran BN ini adalah tidak betul, saya perlu mendedahkan. Saya boleh memberitahu BN bukan setiap (ADUN) atau ahli parlimen DAP boleh dibeli. Saya sayangkan parti. Parti saya hanyalah DAP," kata Gwee, sambil mengesat air mata

Dalam satu sidang akhbar di ibupejabat DAP di Kuala Lumpur, Gwee berkata, beliau telah ditawarkan RM150,000 wang tunai, 50 ekar tanah, sekurang-kurangnya RM5,000 elaun bulanan tambahan, sebuah pusat perkhidmatan dan seorang pembantu peribadi jika bersetuju melompat parti.

Menurutnya, seorang lelaki, yang pertama kali menghubunginya melalui telefon pada 26 September dan mendakwa sebagai setiausaha agung persatuan klan Wee Johor Baru, juga memberi jaminan bahawa Gwee, akan diberi sokongan jika bertanding menentang DAP dalam pilihan raya umum.

Gwee mendedahkan trankrip rakaman satu lagi perbualan telefon antara beliau dengan 'ejen' empat hari selepas dihubungi.

Katanya, 'ejen', tersebut, yang mendakwa mewakili perdana menteri, berkata wang tawaran itu akan datang dari pusat, tetapi akan disalurkan melalui persatuan berkenaan.

Rakaman perbualan dalam bahasa Mandarin pada 30 September itu juga diperdengarkan semasa sidang akhbar tersebut.

Gwee berkata, 'ejen' itu, bersama dengan seorang lelaki Melayu yang Gwee dakwa mewakili Jabatan Perdana Menteri, bertemu dengannya pada 28 September untuk buat tawaran pertama RM50,000.

dap pc 011011 01"Lelaki itu berkata dia berasa kesian dengan saya bahawa kami
berkongsi nama keluarga yang sama dan dia mahu membantu saya kerana parti saya tidak mahukan saya lagi ...

"Tetapi saya rasa saya masih seorang (ADUN) DAP. Tawaran BN ini adalah tidak betul, saya perlu mendedahkan. Saya boleh memberitahu BN bukan setiap (ADUN) atau ahli parlimen DAP boleh dibeli. Saya sayangkan parti. Parti saya hanyalah DAP," kata Gwee, sambil mengesat air mata

Malaysiakini

Siapa sebenarnya "PENGKHIANAT NEGARA"......? Jgn nak berdalih lagi....

Projek IC: Tamparan besar pada BN Sabah, kata Sapp




Parti Maju Sabah (Sapp) menyifatkan kegagalan parti-parti komponen BN Sabah untuk meyakinkan kerajaan persekutuan mengenai kewujudan apa yang dipanggil Projek IC sebagai satu tamparan besar.

Merujuk kepada penafian Timbalan Menteri Dalam Negeri, Lee
Chee Leong mengenai kewujudan Projek IC itu Khamis lalu, timbalan presiden Sapp, Eric Majimbun berkata, ini adalah satu tamparan besar kepada BN Sabah.

eric majimbun mykadKatanya, kenyataan timbalan menteri itu juga merupakan satu yang memalukan parti United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation (Upko), yang baru-baru ini menggesa penubuhan suruhanjaya diraja untuk menyiasat dakwaan Projek IC itu.

Projek IC merujuk kepada dakwaan selama ini bahawa agensi-agensi kerajaan menjadi sebahagian daripada operasi besar-besaran untuk menambah penduduk Islam di Sabah bagi mengurangkan pengaruh masyarakat Kristian.

Teori itu dipopularkan oleh bekas pemimpin Parti Bersatu Sabah (PBS), Dr Chong Eng Leong bahawa umat Islam dari selatan Filipina dan Indonesia diberi kerakyatan Malaysia dan dipujuk untuk mengundi Umno.

Dalam kongres perwakilan Upko pada 24 September, presidennya, Tan Sri Bernard Dompok, dalam ucapan perasmiannya berkata, penduduk Sabah telah meningkat secara drastik, khususnya di antara tahun 1990 dan 2000.

Ekoran statistik yang menakjubkan itu, beliau berkata suruhanjaya diraja perlu ditubuhkan untuk menyiasat perkara itu.Majimbun menyifatkan permintaan Lee supaya ditunjukkan bukti bagi menyokong dakwaan kewujudan Projek IC itu sebagai satu lagi tamparan hebat kepada BN Sabah.

population boom in sabah 061008"Ini tidak masuk akal kerana Upko telah menyerahkan
memorandum mengenai perkara itu dan ada buku yang ditulis oleh Mutalib MD dan Chong. Itu sudah cukup," kata Majimbun.

Majimbun, yang juga ahli parlimen Sepanggar berkata, beliau telah membangkitkan isu tersebut beberapa kali di Parlimen dan semasa mesyuarat BN.

"Tetapi mantan perdana menteri dan perdana menteri sekarang gagal mengambil apa-apa tindakan," katanya.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan persekutuan tidak menolak kemungkinan untuk mengadakan siasatan terhadap dakwaan berhubung Projek IC itu.

Friday, September 30, 2011

Mahkamah dapati Utusan bersalah fitnah Khalid Samad -

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati Utusan Malaysia bersalah memfitnah ahli parlimem Shah Alam, Khalid Samad dalam kenyataan yang disiarkan di muka akhbar berkenaan.

Hakim Dr Prasad Sandosham Abraham Prasad berkata plaintif (Khalid) telah berjaya membuktikan kenyataan itu - yang diambil dari blog ahli parlimen Bandar Baru Kulim, Zulkifli Nordin - adalah salah.

Hakim bagaimanapun menarik perhatian mengapa ahli parlimen Bandar Baru Kulim itu tidak dinamakan sebagai defendan.

Mahkamah menolak pelindungan bersyarat sebagai pembelaan dalam kes tersebut kerana hakim berkata kehidupan di Malaysia perlu mengambilkira sensitiviti semua kaum, tidak seperti undang-undang di Australia atau United Kingdom.

Dalam penghakiman lisannya, hakim berkata semua defendan bersalah memuat-turun artikel dari blog tersebut tanpa memeriksa kandungannya (berhubung sensitiviti).

generation 709 220711 khalid samadHakim Sandosham menetapkan 11 Oktober untuk mendengar penghujahan tentang gantirugi.

Beliau berkata, mahkamah mendapati menggelar seseorang sebagai Abu Jahal dan sebagai kafir adalah fitnah.

Dalam saman yang difailkan tahun lalu, Khalid (kiri), dari PAS, menamakan Utusan Malaysia dan ketua pengarang kumpulan
Mingguan Malaysia, Datuk Aziz Ishak dan penerbit Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia sebagai defendan.

Ahli parlimen Shah Alam itu mendakwa bahawa pada 11 September 2009, Aziz - selaku ketua pengarang kumpulan kedua-dua akhbar tersebut - dengan niat jahat, membenarkan penerbitan dan pencetakan perkataan fitnah terhadapnya di muka depan akhbar berkenaan.

Beliau juga mendakwa bahawa artikel bertajuk 'Zulkifli bidas Pak Janggut' secara langsung atau tidak langsung merujuk kepadanya walaupun namanya tidak disebut.

Malaysiakini

9 GOLONGAN WANITA YANG ADA DI NERAKA


Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: "Saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah dan kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau, "Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?" Baginda menjawab, "Pada malam aku di Isra'kan ke langit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan...maka bila teringatkan mereka aku menangis. Saya bertanya lagi, "Wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?" Baginda bersabda:

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan api yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.

3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.

4. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki & tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular & kala jengking.

5. Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.




6. Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.

7. Wanita yang bermuka hitam dan memakan ususnya sendiri.

8. Wanita yang tuli, buta dan bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung, telinga, mulut) dan badannya membusuk akibat penyakit kulit.

9. Wanita yang berkepala seperti kepala babi dan keldai yang mendapat berjuta jenis seksaan.


Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,"Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku... ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan wanita-wanita itu."

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Wahai Fatimah, adapun :

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya di jilbab dikalangan lelaki.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata-kata.

Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: "Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuatkan mulutnya kelak dihari kiamat, selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.

3. Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.

4. Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haid dan nifas.

5. Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.

6. Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhiasannya.

7. Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai ke ubun-ubunnya dan dibelit oleh ular dan kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat dan puasa. Tetapi dia tidak mahu berwudhuk dan tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.

8. Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keldai kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan orang) serta berdusta.

9. Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah- marah pada suaminya.

Kredit

UMNO bersiap sedia untuk berpesta jika berlaku perpecahan di dalam Pakatan Rakyat, mengenai isu Kanun Jenayah Syariah di Kelantan.

Harakahdaily



KUALA LUMPUR, 29 Sept: Pemimpin Umno menunggu-nunggu keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dengan harapan ini adalah masa untuk melihat ikatan Pakatan Rakyat berkecai.

AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, apabila sidang akhbar yang diumumkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengenai keputusan perbincangan, hasilnya amat mengecewakan pimpinan Umno kerana keputusan yang diharapkan tidak berlaku.

“Sekarang Umno gigit jari,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Katanya, mereka bersiap sedia untuk berpesta jika berlaku perpecahan di dalam Pakatan Rakyat, mengenai isu Kanun Jenayah Syariah di Kelantan.

Thursday, September 29, 2011

PDO :: Pahang Daily Online: Bongkar: 'Waris' Individu Yang Telah Menangkap Mat Indera 'Di Batu Pahat Pada Tahun 1952' Dulu, Merayu Perhatian Dan Pembelaan Dari Kerajaan!

KUANTAN, 29 Sept - Salah seorang anak kepada individu yang telah berjaya menangkap "Mat Indera" hari ini tampil mendedahkan kisah sebenar insiden tersebut. Biar pun kini isu Hudud telah menenggelamkan isu kontoversi ini namun ada rahsia besar yang tidak pernah didedahkan kepada media sebelum ini telah berjaya dibongkarkan. Ramai yang tahu mengenai sejarah perjuangan Mat Indera, terutamanya dalam kes "Tragedi Bukit Kepong" itu.Umum mengetahui bahawa Mat Indera mati digantung oleh British di di penjara Ayer Molek Johor Bahru. Persoalannya, ramai yang tidak pernah tahu siapakah individu yang telah berjaya menangkap Mat Indera itu. Saparun Sibon, 46, (foto) mendakwa arwah bapanya iaitu Che'Sibon @ Tukyo bin Ahmad adalah individu yang bertanggungjawab menangkap Mat Indera selepas berlakunya "Tragedi Bukit Kepong" dulu. Menurut Saparun, bapanya ketika itu merupakan "Home Guard" yang telah diupah oleh pihak British untuk menangkap Mat Indera. Tangkapan telah berjaya dilakukan pada 14 Oktober 1952 di Kampung Parit Warijo, Sri Medan Baru Pahat Johor. Atas kejayaan tersebut, ayahnya juga telah dianugerah sijil serta pingat oleh Pesuruhjaya British di Tanah Melayu ketika itu iaitu Janeral Sir Gerald Templer. Malah katanya, selain dari sijil dan pingat terbabit ayahnya juga telah dihadiahkan wang tunai oleh kerajaan British atas kejayaan tersebut. Segala dokumen dan bukti berkaitan telah ditunjukkan bagi mengukuhkan lagi dakwaan beliau ini. Menurutnya, kisah ayahnya itu selema ini tersimpan dalam lipatan sejarah dan langsung tidak diambil perhatian oleh sesiapa pun sehinggalah isu "Mat Indera" itu timbul bila media yang mengaitkan kononnya Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu itu menyokong "komunis" dalan peristiwa Bukit Kepong yang hangat diperkatakan baru-baru ini.


Bukti kad pengenalan dan surat penghargaan tertera nama Mat Indera
Ini bukti surat penghargaan diterimanya dari Pesuruhjaya Tinggi British

Inilah wajah Mat Indera selepas beliau ditangkap oleh arwah bapanya dulu


Beliau juga mendedahkan arwah ayah dan ibunya telah mengikut arahan pihak atasan untuk menyamar sebagai "tukang masak dan orang suruhan" sehinggalah betul-betul dipercayai oleh Mat Indera. "Arwah ayah saya telah membuat kopi bercampur daun kecubung untuk diberi minum kepada kumpulan komunis dibawah pimpinan Mat Indera pada ketika itu. Sehinggalah semuanya pengsan dan pada masa itu jugalah arwah orang tua saya mengambil tangkal yang ada pada Mat Indera sehinggalah dia tersedar dan tidak boleh menghilangkan diri lagi. Tangkal yang ada pada dirinya telah diambil oleh arwah orang tua saya dan pada masa itu arwah orang tua saya membawa beberapa orang kawan-kawannya untuk menangkap dan mengikat Mat Indera serta kuncu-kuncunya dan diserahkan kepada pihak Kerajaan British di Johor Bahru", kata beliau lagi.

Waris Mohon Kerajaan Mengenang Jasa Bapanya

Menurut beliau lagi, dengan tertangkapnya Mat Indera ketika itu, pihak Kerajaan British telah memberikan hadiah wang tunai sebanyak RM75,000 atas jasa arwah bapanya. "Duit tersebut telah dibahagikan sama rata kepada kesemua anak buah dia dan selepas itu dianugerahkan sijil penghargaan berupa Pingat Jasa Kebaktian (PJK) pada zaman British tapi pingat tu entah hilang ke mana .... sijil yang diserahkan oleh The High Commissioner British iaitu Jeneral Sir Gerald Tampler", katanya. Saparun mendakwa selepas merdeka bapanya telah berhijrah keluar dari Johor. "Arwah orang tua saya ni ambil keputusan untuk berhijrah keluar daripada Johor memandangkan pada ketika itu maklumlah terlampau bermacam-macam dia dengar cerita", tambah beliau lagi. Bapanya kemudian telah meninggal dunia dalam usia 73 tahun di negeri orang. Beliau juga mengakui bapanya tidak pernah mendapat apa-apa imbuhan atau kenang jasa daripada pemerintah Kerajaan Malaysia. "Sehingga beliau meninggal dunia pun tidak pernah ada yang mengenang jasa beliau, sehinggalah sekarang ni saya sebagai pewaris utama beliau merayu pihak kerajaan negeri dan Kerajaan Malaysia atau mana-mana pihak yang berkenaan untuk menghulurkan sumbangan memandangkan isu ini timbul dan sedang hangat diperkatakan", tambahnya lagi.


[Persoalannya sekarang, apakah beliau sebagai pewaris kepada individu yang telah menangkap Mat Indera itu layak menerima pampasan atau bantuan dari Kerajaan Malaysia?. Jika benar, Kerajaan mengatakan Mat Indera itu adalah pengkhianat bangsa kerana bersekongkol dengan komunis untuk menyerang Balai Polis Bukit Kepong itu, maka sudah semestinya arwah ayah Saparun ini boleh dianggap wira. Ini kerana dengan kelicikan beliaulah yang telah menyebabkan Mat Indera ditangkap dan dihukum gantung oleh pihak British. Maka itu, beliau sebagai pewarisnya memang layak mendapat imbuhan yang setimpal daripada Kerajaan Malaysia. Jika nasib beliau tidak di beri perhatian oleh kerajaan, bermakna jasa-jasa arwah ayahnya itu langsung tidak dihargai sebenarnya. Jika tidak dihargai, ia bermakna Mat Indera adalah pejuang dan bukan arwah ayahnya yang bekerja dengan British. Inilah yang memusykilkan ?].

PDO

wow wow wow Terkejut gila aku. Ingatkan bersama BN: Bekas tentera bersama Pakatan Rakyat 2 Oktober



Ianya dijangka akan dirasmikan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan akan turut dihadiri Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Kerabat berhasrat jika Pakatan me
nerajui kerajaan Malaysia kita ingin mengesyorkan kepada Pakatan untuk memberi tanah sebagaimana yang diberikan oleh BN pada zaman Tun Razak lagi di Felda seperti Felda Sungai Koyan.

"Tapi BN sekarang sudah tidak membela nasib bekas tentera," katanya pada sidang media di Pejabat Khidmat Masyarakat Dun Gombak Setia, petang semalam

[Bergambar] Terengganu Dihentam Tempias Taufan Nesat, Festival Pekan Budaya Musnah

Belum sempat Festival Pekan Budaya Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2011 bertempat di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu melabuhkan tirainya esok (29 Sept 2011), ia telah dihentam ribut kuat malam tadi yang menyebabkan keseluruhan festival tersebut musnah samasekali.

Sebanyak 18 buah khemah pameran dan 32 khemah jualan sempena Festival Pekan Budaya hampir musnah akibat dipukul ribut kira-kira 9 malam tadi, demikian lapor fotoBernama.
KGB

Festival tersebut yang bermula sejak seminggu yang lalu disertai oleh 17 buah agensi kerajaan termasuk Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.

Perlbagi acara telah berlansung sepanjang karnival tersebut seperti pertandingan memancing, pameran oleh agensi kerajaan, gerai jualan, permainan dan persembahan tradisional, persembahan nasyid, persembahan artis-artis jemputan serta Kuala Terengganu idol (karaoke).

Di dalam kejadian ribut yang melanda malam tadi, pintu gerbang Festival patah dan tumbang, manakala banyak dahan-dahan pokok menghempap kenderaan di Dataran Shahbandar.

Keadaan menjadi lintang pukang dengan khemah-khemah jualan terbalik dan roboh akibat dihentam oleh ribut berkenaan.

Malah terdapat bot yang karam akibat dipukul ribut di tebing Sungai Terengganu berhampiran Dataran Shahbandar.

Ramai berpendapat bahawa ribut yang melanda malam tadi adalah tempias daritaufan Nesat yang melanda Filipina yang telah mengorbankan tujuh nyawa setakat ini.








Seks, seks, seks, ini sahaja yang Umno tahu.

Written by Maria Begum, Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle

Nampaknya pihak Pakatan Rakyat mungkin betul.Umno sudah berubah. Pengundi Melayu Umno sudah melihat Umno seperti parti yang lain dan bukan lagi seperti yang dahulu.

Ramai orang berbangsa Melayu yang menyertai parti Umno kerana pengaruh kuasanya yang amat besar pada masa dahulu. Dirangsang oleh kepimpinan tertinggi politik perkauman Umno, ramai orang-orang berbangsa Melayu yang kekal setia di dalam Umno, walaupun mereka tahu bahawa mereka tidak akan naik pangkat di dalam Umno. Sekarang, bilangan keahlian parti Umno dikatakan sudah mencecah 3 juta, menjadikan Umno parti politik terbesar di Malaysia.

Tetapi itu merupakan puncak kegemilangan bagi parti kebangsaan Melayu. Bukan sahaja orang-orang berbangsa Melayu sekarang lebih berpelajaran, ramai yang tidak lagi percaya dengan pihak yang mempermainkan kepercayaan mereka.

Kini lebih bijak


Apa yang pasti, terdapat satu jabatan perkhidmatan awam yang mempunyai rasa tidak puas hati yang amat mendalam – Jabatan Kastam.

Ini kerana bukan sahaja pegawai kanannya, Ahmad Sarbaini merupakan mangsa soal siasat Malaysian Anti-Corruption Commission, tetapi pemblog-pemblog Umno yang sejajar dengan pemimpin tertingginya telah mula menyiarkan vdeio seks untuk menunjukkan salahlaku moral di pihaknya.

Ia dipercayai merupakan usaha untuk menyelamatkan nama baik MACC dan kerajaan Perdana Menteri kita, Najib Razak. Keuda-dua pihak telah dipersalahkan ke atas kematiannya yang mengejut semasa dilawat di ibu pejabat MACC di Cheras.

“Walaupun blog tersebut menunjukkan perlakuan seksual yang jelas, tetapi sampai ke hari ini tiada sebarang maklumat lanjut tentang siapa yang terlibat.Oleh itu, tidak boleh dikatakan secara pasti bahawa ia melibatkan seorang pegawai Kastam,” Mohamed Khalid Yusuf, ketua pengarah Kastam memberitahuMalaysian Insider.

“Mengaitkan perlakuan seks itu dengan kes Sarbaini, di mana saya sendiri tak nampak hubungannya, merupakan perbuatan yang kejam dan tidak bertanggungjawab, jika mahu memalukan orang yang sudah meninggal.”


Seks – ubat dan ketagihan Umno?

Inilah taktik licik Umno. Di dalam kes Teoh Beng Hock, MACC cuba untuk menyusupkan bahawa Teoh Beng Hock telah mengambil nyawa sendiri disebabkan oleh cinta tiga segi dengan teman serumah.

Ketua parti pembangkang, Anwar Ibrahim, telah dikenakan dengan dakwaan seks yang tidak habis-habis – daripada tuduhan meliwat bekas pekerja lelakinya hinggalah mengadakan hubungan seks dengan pelacur wanita.

Timbalan presiden PAS, Mat Sabu juga telah menjadi mangsa dakwaan skandal seks, yang terbaru merupakan rakaman seks telefon yang dikatakan berlaku pada awal 1990!

Di dalam kes Sarbaini, video tersebut menunjukkan perlakuan seks di antara seorang lelaki berbangsa Melayu bersama seorang wanita mat salleh di dalam sebuah bilik hotel. Blog Umno, theunspinners.blogspot.com merupakan laman pertama yang meyiarkan video tersebut, mendakwa bahawa lelaki tersebut merupakan pegawai Kastam manakala wanita itu merupakan pelacur Rusia.

Lelaki di dalam video tersebut tidak dinamakan, akan tetapi pemblog itu menghubungkan rakaman yang bertajukPegawai Kastam Yang Terlampau itu dengan kematian Sarbaini di dalam jagaan MACC awal tahun ini.

Ia dilihat sebagai satu usaha untuk memburukkan reputasi pegawai Kastam tersebut sebelum keputusan dicapai di dalam kes yang penuh kontroversi ini

Ugut dan fitnah


Semantara itu, balu Sarbaini, Maziah Manap yang enggan ditakutkan oleh rakaman seks tersebut telah bersumpah untuk mendapatkan keadilan bagi suaminya. Maziah, seperti keluarga Beng Hock telah dijadikan bahan ketawa ketika siasatan kehakiman berlangsung oleh MACC dan peguamnya Shafee Abdullah.

Shafee, yang selalunya berkhidmat bagi Umno dan pemimpinnya, telah berkata pada beberapa hari yang lepas bahawa Sarbaini telah jatuh dari tingkap tingkat ketiga untuk bertemu teman wanitanya yang bekerja di syarikat Schenker Logistics (M) Sdn Bhd, seseorang yang bernama Wan Zainalabidin Wan Zaki.

“ Saya amat kecewa dan sedih dengan tuduhan yang dibuat APRM. Ia merupakan fitnah yang sangat besar untuk menyatakannya,” kata Maziah di dalam kenyataanya.

Samua perhatian tertumpu kepada keputusannya pada hari Isnin nanti. Cendekiawan berkata bahawa petunjuknya amat jelas, terdapat banyak rasuah dan aktiviti gelap di dalam MACC daripada luar.

"Kami amatlah berharap supaya mereka tidak mengugut balu Sarbaini untuk berdiam diri dan menerima sahaja siasatan kehakiman pada hari esok,” MP Batu Tian memberitahu Malaysia Chronicle.


Kebetulan di MACC- dua kematian dalam dua tahun


Sarbaini yang merupakan penolong pengarah di pejabat Kastam Selangor telah pergi ke bangunan MACC di Cheras untuk bertemu dengan pegawai penyiasatannya mengenai urusan penggelapan wang yang dikaitkan dengannya.Seperti Beng Hock yang disoal siasat sebagai saksi di dalam kes penyewelengan, Sarbaini meninggal di dalam premis MACC.

Sarbaini terjatuh dari pantry tingkat ketiga pejabat MACC Cheras. Beng Hock terjatuh dari tingkat ke 14 bangunan MACC Shah Alam.

Kedua-dua ahli keluarga mereka pasti mereka tidak membunuh diri dan telah menuduh APRM melakukan jenayah. MACC di bawah bidang kuasa Najib, tetapi beliau tidak mengekang pegawai-pegawai beliau.

Mayat Beng Hock ditemui pada Jun 2009. Dua tahun kemudian, Mayat Sarbaini ditemui. Apakah seterusnya?

(Dari penulis: Pada hari Isnin, koroner telah menentukan bahawa kematian adalah disebabkan nasib malang tanpa sebarang unsur jenayah. Keputusan ini telah melepaskan MACC, kata peguamnya.)

Malaysia Chronicle

Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara' yang menghina Allah , Islam, Nabi , dan agong menetap di Sweden rupenya..


Menurut berita Bernama, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mendakwa Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara' yang menghina Allah SWT, Islam, Nabi Muhamad SAW, dan agong menetap di Sweden.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan berkata SKMM telah berhubung dengan pengendali Facebook dan Twitter untuk memadamkan paparan yang dibuat oleh individu yang menggunakan nama samaran 'Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara'.

Namun, Twitter tidak dapat memenuhi permintaan itu, kata Rais kepada pemberita di sini, Rabu.




"Maklumat mengenai keluarganya sudah diperoleh dan telah dikemukakan kepada pihak Peguam Negara Isnin lalu," katanya, sambil menambah identiti individu berkenaan dikenal pasti dengan bantuan pihak berkuasa.

Menteri itu berkata, oleh kerana kes itu melibatkan individu yang tinggal di Sweden, dia tidak dapat dibawa pulang ke Malaysia kerana 'berada dalam perlindungan perjalanan antarabangsa'.

Bagaimanapun, menteri berkenaan berkata SKMM telah berhubung dengan pihak Interpol yang memberikan isyarat sedia bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia berhubung kes itu.

Menurutnya individu terbabit berdepan dengan tindakan undang-undang jika dia pulang ke tanah air




Sumber

Wednesday, September 28, 2011

Punggah~~ du kata 0.000001%,cmne smpai 70k


Punggah~~~kta ksilapn spr hnya 0.000001%,cmne smpai 70k nma dipotong?ni dh hmpir 1%,tlg la jgn jdi suruhanjaya penipu rakyar spr nih

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 69,293 nama daripada rekod pemilih berdaftar antara Julai hingga 15 Sept lalu setelah disahkan meninggal dunia.

Selain itu, dalam tempoh berkenaan, SPR juga telah memotong 1,068 nama pemilih berdaftar yang disahkan telah dilucutkan kewarganegaraan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

azlanSetiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria dalam kenyataan media berkata tindakan itu diambil dalam proses semasa pembersihan senarai Daftar Pemilih membabitkan jumlah pemilih berdaftar terkini seramai 12.3 juta orang.(sinun)

Tuesday, September 27, 2011

RM100 juta hasil keuntungan judi untuk pendidikan, kata Najib

Akhbar Straits Times melaporkan bulan lalu bahawa eksekutif-eksekutif kewangan yang terlibat dalam perjanjian itu percaya ia boleh memperbaiki penerimaan Barisan Nasional (BN) di kalangan masyarakat Cina dan India yang sokongan mereka beralih kepada Pakatan Rakyat dalam jumlah yang banyak pada pilihan raya umum 2008.

KUALA LUMPUR, 26 Sept – Sekurang-kurangnya RM100 juta daripada keuntungan aktiviti perjudian akan disalurkan kepada sekolah-sekolah vernakular dan mubaligh menerusi “perbincangan rapat” bersama komponen Barisan Nasional (BN), kata Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Perdana Menteri (gambar) berkata demikian selepas melancarkan dana Community Chest yang diuruskan oleh sebuah konsortium ahli-ahli perniagaan yang membayar lebih RM2 bilion kepada Pan Malaysian Pools Sdn Bhd (PMP) milik bilionair Ananda Krishnan tahun lalu.

Dana pendidikan didukung oleh Putrajaya itu diketuai oleh Tan Sri Lim Kok Tay dari Genting, yang menyumbangkan sumbangan awal RM26 juta kepada 61 sekolah hari ini, kebanyakannya bagi sekolah vernakular dan menjanjikan minimum RM100 juta setiap tahun mulai tahun depan.

“Dana ini akan diagih-agihkan menerusi perbincangan rapat dengan parti-parti seperti MCA, Gerakan dan MIC dan juga pertubuhan bukan kerajaan bagi memastikan ia diagihkan dengan adil,” kata beliau di SJK (C) Confucian petang ini.

Langkah kerajaan mengehadkan pembiayaan kepada sekolah-sekolah vernakular telah menjadi punca rasa tidak puas hati di kalangan komuniti Cina dan India.

Akhbar Straits Times melaporkan bulan lalu bahawa eksekutif-eksekutif kewangan yang terlibat dalam perjanjian itu percaya ia boleh memperbaiki penerimaan Barisan Nasional (BN) di kalangan masyarakat Cina dan India yang sokongan mereka beralih kepada Pakatan Rakyat dalam jumlah yang banyak pada pilihan raya umum 2008.

Najib yang dijangka memanggil pilihan raya umum ke-13 dalam waktu terdekat menambah, “penyelesaian kreatif” akan melengkapi usaha kerajaan dalam memastikan akses kepada pendidikan berkualiti bagi semua.

“Kami tidak boleh memenuhi kesemua keperluan komuniti,” katanya.

Kata Najib, adalah penting “model-model baru” diusahakan untuk mencapai apa yang kerajaan sasarkan.

Selain Lim, lembaga pemegang amanah terdiri daripada timbalan pengerusi Genting Tun Hanif Omar, Tan Sri Quek Leng Chan dari Kumpulan Hong Leong, ketua Kumpulan Lion Tan Sri William Cheng dan Tan Sri G. Gnanalingam dari Westports.

Genting memiliki separuh daripada Jana Pendidikan Malaysia, konsortium yang membeli PMP.

MI

Monday, September 26, 2011

Kenapa Umat Islam Menolak Hukum Hudud?


السَّلاَمُ عَلَيْكُم
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Hari ini akhbar arus perdana sibuk membicarakan hukum hudud. Ada yang mengatakan hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan dalam negara perlu lihat persekitarannya terlebih dahulu. Ada yang berkata, "Pendirian saya tetap sama yang hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini (Malaysia) kerana masyarakat majmuk berbilang kaum dan banyak pihak yang masih kurang jelas dengan perkara ini."

Sebagai seorang muslim, seseorang itu perlu berhati-hati dalam ucapan dan kata-katanya kerana jika tersilap kata boleh menyebabkan rosak akidah dan keimanannya kepada Allah SWT dan rukun Iman yang enam. Salah satu daripada rukun iman adalah percaya kepada Kitab (Taurat, Zabur, Injil dan al-Quran).

Percaya dan beriman kepada kitab (al-Quran) bukanlah setakat dakwaan bahawa al-Quran itu kitab yang mulia dan diturunkan oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW melalui malaikat Jibril, tetapi apabila kita beriman dan percaya kepada al-Quran adalah kita yakin sebenar-benarnya tanpa keraguan apa yang terkandung di dalam kitab suci al-Quran nul karim. Di dalam al-Quran jelas terdapat hukum-hukum Allah SWT iaitu hukum hudud, qisas dan diyat dan merangkumi semua aspek kehidupan manusia samaada muamalah, munakahat, politik, ekonomi, akidah, ibadah, sains , sejarah dan sebagainya.

Penafian terhadap sebahagian daripada ayat-ayat al-Quran sudah cukup untuk mengeluarkan seseorang daripada keimanan. Firman Allah Subhanahu Wa Taala:

إِنَّ الَّذِينَ يَكْفُرُونَ بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ وَيُرِيدُونَ أَنْ يُفَرِّقُوا بَيْنَ اللَّهِ وَرُسُلِهِ وَيَقُولُونَ
أُولَئِكَ هُمُ. نُؤْمِنُ بِبَعْضٍ وَنَكْفُرُ بِبَعْضٍ وَيُرِيدُونَ أَنْ يَتَّخِذُوا بَيْنَ ذَلِكَ سَبِيلًا
الْكَافِرُونَ حَقًّا وَأَعْتَدْنَا لِلْكَافِرِينَ عَذَابًا مُهِينًا

“Sesungguhnya orang-orang yang kufur kepada Allah dan Rasul-rasulNya, dan bermaksud membeza-bezakan antara (keimanan kepada) Allah dan Rasul-rasul-Nya, dengan mengatakan: “Kami beriman kepada yang sebahagian dan kami kufur terhadap sebahagian (yang lain)”, serta bermaksud (dengan perkataan itu) mengambil jalan (tengah) di antara yang demikian (iman atau kafir), merekalah orang-orang kafir yang sebenarnya. Dan Kami telah menyediakan untuk orang-orang kafir itu azab yang menghinakan.” (Surah al-Nisa’ ayat 150-151)

Allah Subhanahu Wa Taala juga berfirman:

أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ فَمَا جَزَاءُ مَنْ يَفْعَلُ ذَلِكَ مِنْكُمْ إِلَّا
خِزْيٌ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يُرَدُّونَ إِلَى أَشَدِّ الْعَذَابِ وَمَا اللَّهُ
بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ

“Adakah kamu beriman kepada sebahagian al-Kitab (Taurat) dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? Maka tidak ada balasan bagi orang-orang yang berbuat demikian di antara kamu melainkan kenistaan dalam kehidupan di dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada azab yang paling berat. Allah tidak alpa daripada apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Baqarah ayat 85).

Walaupun ayat ini menceritakan tentang orang Yahudi yang tidak beriman sepenuhnya terhadap kitab Taurat, tetapi ayat ini juga ditujukan kepada mereka yang mengambil sebahagian daripada al-Quran dan menafikan sebahagian daripada isi kandungan al-Quran.

Ibnu Abbas menyatakan:

. وَمَنْ أَقَرَّ بَهَ وَلَمْ يَحْكُمْ، فَهُوَ ظَالِمٌ فَاسِقٌ . مَنْ جَحَدَ مَا أَنْزَلَ اللهُ فَقَدْ كَفَرَ

“Barangsiapa yang mengingkari apa yang diturunkan oleh Allah, sesungguhnya dia telah kafir. Dan barangsiapa yang mengakuinya (keberadaan hukum) namun tidak berhukum dengannya, maka dia adalah zalim, fasik”.

Firman Allah subhanahu wa taala:
يَعْمَلُونَ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآَيَاتِنَا وَلِقَاءِ الْآَخِرَةِ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ هَلْ يُجْزَوْنَ إِلَّا مَا كَانُوا

“Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan (mendustakan) adanya pertemuan akhirat, sia-sialah perbuatan mereka. Mereka tidak diberi balasan selain daripada apa yang telah mereka kerjakan”. (Surah al-A’raf ayat 147)

Betapa besarnya ancaman tersebut, maka siapakah lagi yang masih berani untuk menafikan hukum hudud dan hukum hakam yang terdapat di dalam al-Quran.?

Sahabat yang dimuliakan,
Persoalan besar yang dihadapi umat Islam hari ini adalah "KRISIS AKIDAH". Akidah umat Islam terlalu rapuh dan mudah dirosakkan oleh isu-isu semasa yang tidak sepatutnya berlaku. Seseorang boleh tercabut akidahnya kerana hendak mengambil hati orang-orang bukan Islam, untuk memuaskah hati manusia dan mencari keredaan manusia walaupun terpaksa menolak keredaan Allah SWT.

Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Bersegeralah kalian untuk berbuat amal soleh, kerana akan muncul berbagai fitnah seperti penggalan-penggalan malam yang gelap-gulita, ada orang yang paginya beriman, petangnya kafir. Ada yang petangnya beriman, paginya kafir. Ia jual agamanya dengan barang perhiasan dunia." (Hadis Riwayat Muslim)

Abi Abbas r.a telah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: "Sesiapa yang menyebabkan kemurkaan Allah kerana hendak mencari keredaan manusia, Allah akan memurkainya dan Allah akan menjadikan setiap yang diredainya itu benci terhadapnya. Dan orang yang mencari keredaan Allah, walaupun dibenci oleh manusia nescaya Allah akan meredainya dan menjadikan setiap yang membencinya itu reda terhadapnya sehingga keredaan Allah itu menghiasi dirinya, percakapannya dan amalannya, nescaya ia mendapat perhatian Allah (Hadis riwayat Tabrani)

Huraian Hadis

1. Keredhaan Allah dapat menjamin kebahagiaan di dunia dan akhirat. Asas keredaan itu ialah berdasarkan kepada perkara-perkara yang tidak bertentangan dengan ajaran Allah walaupun ianya bertentangan dengan kemahuan manusia.

2. Kemurkaan Allah bergantung kepada amalan buruk dan percakapan manusia. Kemurkaan Allah adalah hasil daripada perbuatan dan percakapan manusia yang melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah. Contohnya apabila mereka menolak hukum hudud dan mengatakan ketingalan zaman akan mendapat kemurkaan Allah SWT. Mereka yang berkelakuan sedemikian tidak mendapat petunjuk dan hidayah serta akan mendapat balasan buruk di dunia atau akhirat.

3. Allah memberi sebab menentukan keredaan-Nya dan kemurkaan-Nya, bermaksud Allah memperkenankan usaha-usaha yang dibuat bagi tujuan mencapai apa yang dikehendaki oleh seseorang sama ada keredaan atau kemurkaan daripada Allah dan rasul-Nya atau kebencian dan keredaan manusia. (orang kafir akan seronok kerana jaminan kita menolak hukum Allah SWT dan akan bersama-sama mereka mempertahankan peraturan ciptaan manusia)

4. Dihiasi dirinya, perkataannya dan perbuatannya bererti Allah memberi petunjuk dan taufik kepada sesiapa yang diredhai hinggalah perkataan dan perbuatan yang dilakukan semuanya elok, cantik lagi indah mengikut pandangan manusia dan pandangan Allah.

5. Keredaan Allah dan rasulnya itulah sahaja yang boleh menentukan kedudukan seseorang mukmin, yang menangkat atau menjatuhkan darjat mereka, menghina atau memuliakannya. Makhluk Allah itu termasuk manusia adalah makhluk yang lemah dan sentiasa memerlukan perlindungan Allah lantaran itu tidak wajar seseorang mukmin itu menentang hukum Allah SWT.

6. Oleh kerana kelemahan manusia yang sering terpedaya dengan keindahan dunia , pengaruh, kuasa dan pangkat kedudukan maka terdapat dikalangan mereka yang suka mencari peluang mendapatkan kuasa, pengaruh, pangkat, harta sebagainya sehingga sanggup melakukan perbuatan yang mengundang kemurkaan Allah. Sedang Allah dan rasul-Nya itulah yang mesti dibesarkan dan dimuliakan serta diharap keredaan-Nya.

Maksud firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 62;
"Mereka bersumpah kepada kamu dengan nama Allah untuk mendapat keredaan kamu, pada hal Allah dan rasul-Nya jualah yang lebih berhak mereka mendapat keredaannya, jika betul mereka orang yang beriman"

7. Sikap dan perbuatan mengutamakan makhluk itu banyak berlaku dihadapan mata kita sehingga ada yang sanggup melakukan kerosakan, menganiaya, penindasan dan kekerasan semata-mata untuk mendapatkan kepuasan nafsu dan keredaan makhluk. Sanggup mengampu, bermuka-muka, berpura-pura dan sebagainya asalkan mendapat apa yang dihajatkan biar apa pun yang berlaku kepada orang lain.

Pengajaran hadis :

1. Tanda kesempurnaan Iman ialah sanggup melakukan sesuatu sesuai dengan keredaan Allah dengan mengikut pengajaran al-Quran dan as-Sunnah Rasulullah SAW, sekalipun tidak disukai oleh orang lain.

2. Sesiapa yang berusaha mendapatkan keradaan Allah maka Allah akan menolong dan memeliharanya serta mendapat perhatian-Nya. Akan tetapi sesiapa yang mengharapkan keredaan makhluk dengan membuat perkara-perkara yang di murkai Allah. Maka Allah tidak akan memberinya pertunjuk dan hidayah, tidak akan selamat di dunia dan di akhirat.

3. Kita hendaklah sentiasa mengharapkan pertunjuk Allah bagi memperkuatkan iman dan keyakinan yang akan menjadi kuasa pendorong kepada kebajikan dan menghalang daripada melakukan kerosakan dan kejahatan.

Kesimpulannya seseorang mukmin hendaklah sentiasa berusaha mencari keredaan Allah dan rasulnya lebih daripada yang lain kerana itulah sahaja yang akan menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita menjaga akidah kita supaya tidak rosak binasa dan jaga iman kita supaya tidak tercabut daripada hati kita, kerana ini adalah perkara yang paling berharga di dunia dan akhirat. Apabila seseorang mati dalam keadaan rosak akidahnya, tercabut imannya maka dia adalah serugi-rugi manusia kerana Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa orang yang syirik kepada-Nya. Amat malang seseorang yang hidup di dunia ini , memburu pengaruh, pangkat dan kuasa tetapi terpaksa mengadai akidahnya, bukan setakat dia rosakkan dirinya sendiri tetapi dia merosakkan akidah orang lain. Insaf dan bertaubatlah kepada Allah SWT kerana hidup di dunia ini hanya sementara dan kehidupan yang sebenarnya adalah kehidupan di hari akhirat. Jangan menyesal apabila nyawa sudah sampai kekerongkong ketika itu baru menyesal kerana sepanjang hidup di dunia melawan dan menentang Allah SWT, mempertikaikan hukum-hukum-Nya dan sentiasa mencari keredaan manusia. Sebelum terlambat kembalilah kepangal jalan kerana jalan taubat masih terbentang luas dan Allah SWT sentiasa menanti taubat hamba-hamba-Nya semasa hidup di dunia ini.

Kredit kepada http://abubasyer.blogspot.com/

Sunday, September 25, 2011

“Apa yang nak takut sangat (dengan hukum hudud)?

“Di Malaysia ada hukuman gantung sampai mati bagi kesalahan jual dadah, merompak dan sebagainya tetapi orang tak kata apa pun... bagaimana dengan keluarga yang suaminya digantung sampai mati? Hudud tak mati, kenapa orang tak marah hukumam gantung sampai mati tapi marahkan saya pasal hudud?

“Apa yang nak takut sangat (dengan hukum hudud)? Macam takut hantu... orang takut hudud macam takut hantu, tapi bila tanya apa itu hudud tidak tahu.


KUALA LUMPUR, 25 Sept ─ Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan hukuman gantung sampai mati yang dilaksanakan dalam sistem perundangan negara ini lebih kejam daripada undang-undang Islam atau hukum hudud.

Jelas beliau (gambar), bagi jenayah berat seperti membunuh, merompak, menjual dadah dan sebagainya penjenayah boleh dijatuhkan hukuman gantung sampai mati tetapi jika mengikut hukum hudud adalah potong tangan.

“Apa yang nak takut sangat (dengan hukum hudud)? Macam takut hantu... orang takut hudud macam takut hantu, tapi bila tanya apa itu hudud tidak tahu.

“Di Malaysia ada hukuman gantung sampai mati bagi kesalahan jual dadah, merompak dan sebagainya tetapi orang tak kata apa pun... bagaimana dengan keluarga yang suaminya digantung sampai mati? Hudud tak mati, kenapa orang tak marah hukumam gantung sampai mati tapi marahkan saya pasal hudud?” katanya ketika berucap pada majlis Jamuan Aidilfitri Bersama Tuan Guru di dataran parkir Masjid Nurul Hidayah Kampung Pandan Dalam di sini malam tadi.

“Hudud tak mati... hudud adalah undang-undang Allah, benda ini hanya sekadar nak masuk dalam senarai undang-undang Kelantan dan yang laksanakan bukan saya tapi hakim.

“Kalau dibandingkan dengan hukuman gantung yang lebih kejam daripada hudud, hudud tak mati, cuma kerat tangan itu pun perlu ikut syarat-syarat yang ditetapkan. Hukum hudud tak mati, malah mereka masih boleh bekerja macam orang biasa,” katanya.

Sebelum ini, Nik Aziz berkata, beliau akan tetap dengan pendiriannya untuk menegakkan hukum hudud dan penubuhan negara Islam walaupun mendapat tentangan hebat daripada DAP.

Selain itu, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, beliau juga lebih rela jika DAP mahu keluar daripada Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam.

Kerajaan negeri Kelantan pimpinannya berusaha untuk melaksanakan undang-undang itu sejak awal 1990-an tetapi tersekat ekoran amaran kerajaan pusat yang disampaikan pada 1994.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pula secara peribadi menyokong pelaksanaan hukum hudud, tetapi katanya ia belum dibincangkan oleh Pakatan Rakyat.

Tambah Nik Aziz, hukuman hudud tidak semestinya dilaksanakan, namun mahu ia dimasukkan dalam undang-undang syariah Islam sedia ada.

“Dekat pilihan raya timbul balik, saya di Kelantan hanya nak masuk dalam undang-undang syariah Kelantan, lepas pada itu terserah kepada hakim (untuk laksanakan), bukan saya yang laksanakan.

“Bukan saya atau orang politik laksanakan, hakim yang tentukan,” kata Mursyidul Am PAS ini.

Dalam ceramah itu juga, Nik Aziz mengatakan ajaran Islam bukan diwujudkan oleh PAS tetapi Allah dan semua yang beragama Islam perlu mengikut perintah dan meninggalkan larangannya.

“Umno tolak Islam ambil kebangsaan, Islam bukan dari PAS... dari Allah, Islam adalah cara hidup dan semuanya perlu ikut cara Islam.

“Pangkah parti yang boleh selamatkan Islam, sekarang bukan Islam sahaja, demokrasi pun tak selamat... Islam datannya dari Allah, bumi, langit dan kita Allah yang punya,” katanya

MI

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak