Monday, August 5, 2013

Pasangan kekasih dicekup berpelukan atas katil tanpa pakaian (Gambar).


Puittt Bulan Ramadhan peanuh baarakoh masih nak buat maksiat?

Pasangan kekasih dicekup berpelukan atas katil tanpa pakaian (Gambar).

Pasangan kekasih dicekup berpelukan atas katil.

DUNGUN: Tindakan biadab seorang gadis membawa pulang teman lelaki ke rumah sewa untuk berasmara bukan sahaja memalukan jiran tetangga, malah lebih mendukacitakan, perbuatan terkutuk itu dilakukan ketika umat Islam lain berlumba-lumba melakukan ibadat pada malam-malam terakhir Ramadan.

Gadis terbabit yang difahamkan bekerja di sebuah restoran makanan segera di Dungun sebelum itu dikatakan bersama teman lelakinya bersiarsiar di pusat beli-belah sebelum pulang ke rumah sewanya kira-kira jam 11 malam.

Perbuatan itu dilakukan ketika rakan serumahnya, yang kebanyakannya penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) sudah pulang ke kampung masing- masing sempena cuti Aidilfitri.

Ketika serbuan sepasukan pegawai penguat kuasa syariah dengan kerjasama anggota Unit Kereta Peronda Polis kira-kira jam 1.30 pagi, pintu gagal dibuka menyebabkan tingkap bilik terpaksa diumpil untuk membolehkan pihak berkuasa masuk ke dalam rumah bagi melakukan pemeriksaan.

Ketika pemeriksaan dibuat, pasangan itu ditemui dalam keadaan berpelukan antara satu sama lain tanpa pakaian atas tilam di sebuah bilik tingkat bawah banglo dua tingkat dipercayai disewa daripada seorang pegawai kerajaan.

Kedua-duanya yang pada mulanya tidak menyedari kehadiran penguat kuasa kemudiannya terkejut lalu bangun dari tidur dalam keadaan terpinga-pinga.

Ketika disoal siasat, pasangan itu mengakui tidak mempunyai hubungan muhrim.

Pasangan lelaki berusia 21 tahun pula dipercayai ahli sebuah pertubuhan bukan kerajaan berdasarkan penemuan kad ahli dalam beg duitnya.

Teman wanitanya pula berasal dari Klang Selangor, seorang bekas penuntut IPTA berdekatan dan dikatakan saling mengenali antara satu sama lain sejak setahun lalu.

Kedua pasangan itu kemudiannya dibawa ke Pejabat Agama Dungun untuk siasatan lanjut sebelum dilepaskan melalui ikat jamin ahli keluarga.

Mereka bakal dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001 atas kesalahan perbuatan sebagai persediaan melakukan persetubuhan.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.
-sinarharian-


http://btmmari.blogspot.com/2013/08/pasangan-kekasih-dicekup-berpelukan.html

Pegawai Kanan Polis Didakwa Rogol Gadis 13 tahun. Maysa'allah


Photo: mStar Online melaporkan:  KOTA KINABALU: Seorang pegawai kanan polis didakwa atas empat pertuduhan merogol seorang gadis berusia 13 tahun.

Deputi Supritendan Rohaizat Abd Ani, 54, bekas ketua unit D7 di ibu pejabat polis Sabah yang juga pernah bertugas sebagai Ketua Polis Daerah Setiu tahun lalu didakwa merogol gadis tersebut di sebuah bilik hotel di sini kira-kira pukul 3.30 petang, 1 Februari tahun lalu.
Read more: http://mstar.com.my/berita/mahkamah/cerita.asp?file=/2013/8/3/mstar_mahkamah/20130803094629&sec=mstar_mahkamah



mStar Online melaporkan: KOTA KINABALU: Seorang pegawai kanan polis didakwa atas empat pertuduhan merogol seorang gadis berusia 13 tahun.

Deputi Supritendan Rohaizat Abd Ani, 54, bekas ketua unit D7 di ibu pejabat polis Sabah yang juga pernah bertugas sebagai Ketua Polis Daerah Setiu tahun lalu didakwa merogol gadis tersebut di sebuah bilik hotel di sini kira-kira pukul 3.30 petang, 1 Februari tahun lalu.
Read more: http://mstar.com.my/berita/mahkamah/cerita.asp?file=%2F2013%2F8%2F3%2Fmstar_mahkamah%2F20130803094629&sec=mstar_mahkamah
 — with Kamal Hashim and 9 others.

Gaji Tertunggak: Kakitangan Insaniah Holding mahu mengadap Agong

 

ALOR SETAR: Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar menegaskan pihaknya bersama kakitangan Insaniah Holding bercadang mengadap Yang DiPertuan Agong jika Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir gagal menyelesaikan isu pembayaran gaji kakitangan syarikat berkenaan.

Bercakap pada sidang media di Markas PAS Pokok Sena, beliau melahirkan kekesalan terhadap tindakan kerajaan negeri yang telah membekukan gaji kakitangan Insaniah Holding sejak Mei sehingga lalu.

"Kita teramat kesal dengan tindakan berkenaan, apatah lagi di saat menjelangnya Aidil Fitri. Bagaimana mereka hendak meneruskan kehidupan setelah hak mereka dinafikan sejak bulan Mei lalu.

"Tiga bulan tidak diberi gaji, mereka mengalami tekanan hidup,untuk membayar sewa rumah, insuran bulanan kereta,persekolahan anak-anak, makan minum dan
lain-lain keperluan," ujar beliau kesal.

Tambah beliau lagi, pihaknya telah menghantar makluman kepada Menteri Besar Kedah melalui Ketua Pembangkang, Datuk Amiruddin Hamzah untuk mengadakan temujanji menyelesaikan masalah ini tetapi sehingga kini tidak mendapat sebarang maklum balas daripada beliau.

Menurutnya, situasi dihadapi oleh kakitangan Insaniah Holding ketika ini tidak menentu dan dua isu pokok yang harus dilihat kerajaan negeri khususnya oleh Menteri Besar ialah mengenai status mereka dan tunggakan gaji tiga bulan tersebut.

"Walaupun dalam sebuah akhbar tempatan baru-baru ini, Mukhriz menegaskan, perpindahan pelajar Mualamat ke Mergong adalah atas nama kebajikan kepada pelajar- pelajar, selain mengambil kira masalah tenaga pengajar yang terpaksa berulang alik dari Alor Setar ke Kuala Ketil, tetapi mengapa dalam soal kebajikan kakitangan Insaniah Holding dikesampingkan?

"Nasib 268 orang ini, perlu diselesaikan secepat mungkin. Bagaimana kedudukan dan status mereka. Apa yang mereka hadapi, tidak dibayar gaji tetapi tiada sebarang surat pemecatan yang dikeluarkan," sambungnya lagi.

Mahfuz juga berkata, adalah tidak wajar jika kerajaan negeri enggan menyelesaikan bayaran gaji tertunggak tersebut yang dianggar sebanyak RM2,000,750 sedangkan kebajikan dan hak mereka sebagai pekerja adalah tanggungjawab majikan.

"Walau pun Insaniah Holding ditubuhkan semasa pemerintahan Pakatan Rakyat dahulu, tetapi ianya mengikut prosedur perundangan dan perjanjian yang sah. Insaniah Holding bukan ditubuhkan atas dasar politik.

"Apabila Kedah diambil alih oleh BN, agenda yang telah dibuat oleh kerajaan sebelum itu perlu diteruskan, seperti mana dahulu kita meneruskan semua agenda yang telah ditetapkan oleh mereka. Malah hutang yang mereka tinggalkan pun kita langsaikan. Kenapa kita tak 'cuci tangan' kerana itu bukan hutang kita?" soal Mahfuz.

Harapan beliau agar kerajaan negeri dapat menyelesaikan masalah berkenaan secepat mungkin iaitu sama sepertimana kakitangan kerajaan menerima bonus hari raya sekaligus nasib mereka ini juga dapat pembelaan pada waktu yang sama.

"Jangan pula nanti, mereka semua berpakat berkhemah di hadapan rumah Menteri Besar kerana tiada penginapan kerana dihalau dari rumah sewa akibat gagal membayarnya," ujarnya.

Sementara itu, wakil dari Insaniah Holding, CEO Insan Sistem, Ir Mansur Mahmud, juga melahirkan rasa kesal dengan tindakan kerajaan negeri terhadap mereka.

Beliau berharap kerajaan negeri perlu mengenang kembali jasa-jasa Insaniah Holding kepada pembangunan Kolej Universiti Insaniah (KUIN).

"Insaniah Holding banyak membantu dalam soal pembangunan KUIN di Kuala Ketil serta membantu mengendalikan asrama dan kebajikan pelajar.

"Kita dah minta MB datang jumpa kami tapi bukan saja MB tak datang, wakilnya pun tak ada. Bagi saya sebahagian yang tunjuk hero membela KUIN kononnya, sebenarnya hanya mempunyai kepentingan peribadi.

"MB patut tengok masalah kami, jangan ada dendam kesumat. Kakitangan Insaniah Holding adalah 'free political', bukannya hanya memihak pada satu-satu parti sahaja," katanya yang juga merupakan Pengerusi Badan Bertindak masalah berkenaan.

Sementara itu, Pengawai Operasi Insaniah Holding, Aidi Ahmad menegaskan, mereka telah mengadakan pertemuan dengan Exco Pendidikan Negeri, Dato' Tajul Urus Mat Zin tetapi sehingga kini tiada sebarang jawapan atau tindakan yang diambil.

Maklum beliau, pada akhir bulan Jun lalu, dua kali surat permohonan dihantar kepada Menteri Besar untuk mengadakan perjumpaan, namun sehingga kini tiada sebarang jawapan.

Selain itu Mahfuz juga memberitahu, memo kepada Yang diPertuan Agong juga telah diserahkan kepada istana.

Turut serta pada sidangmedia tersebut kira-kira 200 orang kakitangan dan keluarga Insaniah Holding.

Dalam pada itu, Mahfuz turut menyampaikan sumbangan peribadi duit raya kepada anak-anak kakitangan berkenaan.

Turut hadir bersama, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, Senator Datuk Muhamad Yusuf Husin dan Adun Bukit Pinang, Wan Romani Wan Salim 

Otai Reformasi II's photo.



follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak