Saturday, September 17, 2011

PUNGGAH TIPAH TERTIPU BANG. TILAM LAMA GANTI BARU


KAPAR: Dua rang undang-undang yang bakal digubal untuk mencegah perbuatan subversif dan keganasan yang akan dibentangkan di Parlimen pada 3 Oktober depan mempunyai persamaan dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, ini kerana kedua-dua undang-undang baru itu turut menumpukan terhadap usaha mencegah sebarang bentuk keganasan dan ancaman dari memasuki negara ini.


“Ramai ingat ISA ini dimansuhkan, tetapi sebenarnya dua akta baru yang bakal digubal ini juga berkaitan dengan keselamatan dan antikeganasan.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) sudah membangkitkan mengenai perkara ini pada awal pemerintahan beliau dua tahun lalu dan ini adalah sebahagian daripada pelan transformasi politik yang ingin dilaksanakannya,” katanya.


Beliau berkata ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil di Dewan Ahmad Razali, di sini, semalam.


Hadir sama, Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar dan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Abu Hassan Omar.

Kelmarin, Najib mengumumkan ISA dimansuhkan terus dan memberi jaminan dua undang-undang baru yang akan digubal mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang serta perbuatan jenayah tidak akan digunakan menahan mana-mana individu semata-mata kerana ideologi politik.


Perdana Menteri turut mengumumkan pemansuhan Akta Buang Negeri 1956, selain mengkaji semula secara komprehensif Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Seksyen 27 Akta Polis 1967 bagi memenuhi kehendak semasa. Hishammuddin berkata, beliau turut kecewa kerana isu pemansuhan ISA sengaja diputar belit dan dipolitikkan oleh pembangkang.

Sementara itu Noh berkata, tujuan ISA dikekalkan sebelum ini semata-mata untuk mencegah keganasan dan menjaga ketenteraman negara.

PUNGGAH HARI MALAYSIA. SISWI SISWA PESTA SEK DAN DADAH. KA KA KA

Pesta dadah, seks diserbu

ALOR GAJAH: Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta dari Selangor serta negeri ini antara 87 ditahan ketika menyertai parti liar membabitkan pengambilan dadah di sebuah banglo dua tingkat di sebuah resort di sini, yang disewa kononnya bagi meraikan sambutan Hari Malaysia, malam kelmarin. Metro

Friday, September 16, 2011

Reaksi: Masih ada ragui reformasi PM

Presiden Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Syed Ibrahim Syed Noh
syed ibrahim syed norApakah benar ISA dimansuh dan bilakah tempoh akan dimansuh? Kita tentang ISA sebab peruntukan tahanan tanpa bicara. Tetapi jika dibentuk dua lagi undang-undang yang juga mempunyai peruntukan tahan tanpa bicara, kita anggap perjuangan kita belum selesai.

Betul mansuh dan kita sedikit lega. Tetapi mansuh satu (akta) dan masuk dua (undang-undang baru), sebab itu kita tidak mahu terlalu gembira lagi.

Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman
djz convention 101205 ahmad lutfiIsu sebenar kebebasan media di Malaysia bukan pembaharuan permit tahunan. Isunya, susah atau senang mendapatkan permit penerbitan dan percetakan. Dari segi prinsipnya, konsep mengenakan permit untuk media itu sendiri satu halangan besar kebebasan.

Sepatutnya, media tidak memerlukan permit, sudah memadai mendaftar akhbar, majalah, portal berita seperti kita mendaftar sebuah syarikat atau mendaftar kenderaan.

Keputusan mutlak menteri untuk memberi atau menarik balik permit (dan tidak boleh dicabar di mahkamah) seperti dalam Akta Penerbitan dan Mesin Cetak sekarang masih kekal dan tidak disentuh sama sekali dalam ucapan perdana menteri. Sepatutnya perkara ini dihapuskan.

Perdana menteri juga menyentuh beberapa lagi akta yang mengekang kebebasan pengamal media seperti Akta Hasutan dan Akta Rahsia Rasmi.

Jadi, pengumuman Datuk Seri Najib Razak hanya sebagai di permukaan, banyak hal asas (fundamental) tidak diusik (dipinda).

MK

Thursday, September 15, 2011

KAKA KAK MELAH DI SANGGAH LAGI - SETIAP HUJAH DAH DIMATIKSAN




Pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari hari ini menolak pendapat ahli akademik terkenal Prof Datuk Ramlah Adam berhubung kuasa raja selepas pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948.

Ramlah semalam ketika mempertahankan status polis semasa tragedi Bukit Kepong berkata, selepas 1948, British benar-benar menjadi penasihat raja-raja Melayu dan arahannya tidak mesti diikuti, berbeza ketika Perjanjian Pangkor dimeterai pada 1874.

Katanya, British juga membuat perjanjian bertulis dengan raja-raja Melayu yang mengakuinya ketua negeri masing-masing dan berkuasa melantik menteri besar dan pegawai kerajaan.

Menurut Ramlah (kiri), selepas Malayan Union ditolak dan Persekutuan Tanah Melayu dibentuk, raja-raja Melayu dipulangkan kuasa mentadbir negeri dan jajahan takluknya, kecuali Kuala Lumpur yang masih bawah British.

Dr Abdul Aziz juga menolak pendapat Ramlah yang dikatakan dibuat tiga bulan lalu dalam seminar di Brunei bahawa bawah perlembagaan sekarang Agong dan Raja-Raja begitu berkuasa.

Status Kuala Lumpur

"Dia bawa macam-macam peruntukan perlembagaan sebagai bukti. Yang anehnya dia semacam tidak menyedari bahawa peruntukan-peruntukan itu perlu difahami dalam konteks raja berperlembagaan.

"Maksudnya di atas kertas memang raja nampak begitu gagah dan berkuasa sekali. Tetapi kenyataannya raja hanya mengikut nasihat.

"Dan malangnya dalam hal-hal yang raja ada kuasa pun kita tak nampak apa-apa yang siginifikan," katanya kepada Malaysiakin

Melah berkata: Kerjasama PAS-PKR-DAP mirip ikatan PKM dan PKMM




Pakar sejarah Profesor Datuk Dr Ramlah Adam menyifatkan kerjasama parti komponen Pakatan Rakyat sama seperti hubungan antara Parti Komunis Malaya (PKM) dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) sebelum kemerdekaan.

Ramlah berkata, PKM dan PKMM bekerjasama dengan untuk menjatuhkan British seterusnya memerintah negara ini walaupun terdapat agenda yang dirahsiakan oleh kedua-dua parti itu
UMNO nih tukang hidang ajer..tapi MENGAKU depa yang masak ..ptuuuiiih

.http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pakar-sejarah-kerjasama-pas-pkr-dap-mirip-ikatan-pkm-dan-pkmm/

Wednesday, September 14, 2011

TPM makan malam sama SU parti komunis- Enggan debat sama Mat Sabu


TPM makan malam sama SU parti komunis- Enggan debat sama Mat Sabu Mengenai majlis makan malam beliau bersama Setiausaha Agung Parti Komunis Republik China, Sun Zhenglai malam ini, Muhyiddin berkata hubungan diplomatik Malaysia dengan China adalah baik dan Malaysia menghormati pandangan ideologi negara itu.

kih kih TPM memberitahu bahawa individu yang layak berdebat dengan Mohamad Sabu adalah pakar-pakar sejarah dan bukannya beliau.http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bukit-kepong-muhyiddin-tidak-mahu-debat-dengan-mat-sabu/

Tuesday, September 13, 2011

'Bukti dipalsukan pada bicara kes rasuah Anwar'

“Disokong dengan dokumen-dokumen dan keterangan yang ada dalam milik dan pengetahuan saya sendiri, saya berpendapat bahawa sabitan salah ke atas Anwar dalam pertuduhan salahguna kuasa ke atas beliau, telah diperolehi oleh pihak pendakwaan melalui jalan penipuan dan pemalsuan yang telah dilakukan dengan niat bersama oleh Gani Patail dan Musa Hassan untuk faedah bersama mereka.

Hukuman kerana salah guna kuasa ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1999 adalah silap kerana pihak pendakwaan telah memalsukan bukti dan membuat penipuan melalui tindakan pegawai penyiasat ketika itu, Tan Sri Musa Hassan dan pendakwa raya ketika itu Tan Sri Abdul Gani Patail.

musa hassan police igp pc 250607 mumDakwaan itu dibuat melalui sepucuk surat terbuka, baru yang dihantar kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, hari ini, oleh bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim.

Menurut Mat Zain, Musa (kiri) dan Abdul Gani melakukan penipuan berkenaan untuk manfaat bersama mereka. Kedua-dua mereka kemudiannya telah dinaikkan pangkat. Musa menjadi Ketua Polis Negara manakala Abdul Gani pula menjadi Peguam Negara. Musa bersara baru-baru ini.

“Disokong dengan dokumen-dokumen dan keterangan yang ada dalam milik dan pengetahuan saya sendiri, saya berpendapat bahawa sabitan salah ke atas Anwar dalam pertuduhan salahguna kuasa ke atas beliau, telah diperolehi oleh pihak pendakwaan melalui jalan penipuan dan pemalsuan yang telah dilakukan dengan niat bersama oleh Gani Patail dan Musa Hassan untuk faedah bersama mereka.

“Tidak salah untuk menyatakan hukuman penjara yang Anwar telah lalui adalah penganiayaan terhadap beliau oleh mereka berdua,” katanya dalam surat itu.

mahathir book launch memoirs 080311“Dengan berat hati saya menyatakan,bahawa terdapat beberapa kenyataan mustahak (bekas perdana menteri) Tun (Dr Mahathir Mohamad) dalam bab 53 “Doctor in the House”, khususnya menyentuh berkaitan siasatan kes mata-lebam dan tindak-tanduk Pendakwa Raya dalam perkara sama, adalah berbeza dengan fakta terkandung dalam fail siasatan rasmi yang dibuat pada 1998.

“Saya percaya pekara ini boleh berlaku akibat Tun telah diberikan maklumat atau taklimat yang telah dimanipulasikan dan mengelirukan,” tulisnya lagi.

Mat Zain telah terlibat secara langsung dalam isu-isu mengenai pendakwaan Anwar pada tahun 1998.

anwar ibrahim 1998 arrest reforamsi days 010708 black eye“Sebagai seorang yang terlibat secara langsung menangani isu-isu berkenaan serta mempunyai pengalaman bersemuka dan berinteraksi dengan semua 'pemain-pemain utama' perkara dalam persoalan ini, terutamanya Dr Mahathir sendiri, Gani Patail, Musa Hassan, Anwar Ibrahim, selain daripada Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Suruhanjaya Di-Raja siasatan mata-lebam dan juga PM Najib, maka saya mampu menegaskan, bahawa segala pendedahan fakta yang saya buat dalam surat keluaran ini dan juga dalam beberapa banyak surat terbuka saya sebelum ini,tidak pernah lari sedikitpun daripada landasan kebenaran,” katanya.
Malaysiakini

Monday, September 12, 2011

9 negara tidak pernah dijajah




1. Thailand

Pada mulanya Thailand secara tradisional dikaitkan dengan sebuah kerajaan yang berumur pendek, Kerajaan Sukhothai yang ditubuhkan pada tahun 1238. Kerajaan ini kemudian diteruskan Kerajaan Ayutthaya yang ditubuhkan pada pertengahan abad ke-14 dan berukuran lebih besar berbanding Sukhothai. Kebudayaan Thailand dipengaruhi dengan kuat oleh China dan India. Hubungan dengan beberapa negara besar Eropah bermula pada abad ke-16 namun walaupun menghadapi tekanan yang kuat, Thailand tetap bertahan sebagai satu-satunya negara di Asia Tenggara yang tidak pernah dijajah oleh negara Eropah, meskipun pengaruh Barat, termasuk ancaman keganasan, mengakibatkan pelbagai perubahan pada abad ke-19 dan diberikannya banyak kelonggaran bagi peniaga-peniaga United.


2. Iceland

Orang pertama yang tinggal di Iceland adalah para pendeta Ireland yang datang pada awal abad ke-9. Pada pertengahan abad ke-9, bangsa Viking berhijrah dan tinggal di Iceland. Viking pertama yang tinggal di Iceland adalah Flóki Vilgerðarson. Dialah yang memberi Iceland nama seperti sekarang. Ingólfur Arnarson, seorang kepala suku dari Norway, tinggal dan menetap di barat daya Iceland dan mendirikan bandar Reykjavik.

Sekitar tahun 930-an, para penguasa Iceland mula menulis perlembagaan negara mereka. Mereka membuat apa yang dinamakan Althing, sejenis parlimen yang beribu pejabat di bandar Thingvellir. Iceland dapat dikatakan sebagai negara bersistem demokrasi tertua yang masih berlangsung hingga sekarang.


3. Saudi Arabia

Arab Saudi atau Saudi Arabia atau Kerajaan Arab Saudi adalah negara Arab yang terletak di Semenanjung Arab. Beriklim gurun dan wilayahnya sebahagian besar terdiri atas gurun pasir dengan gurun pasir yang terbesar adalah Rub Al Khali. Orang Arab menyebut kata gurun pasir dengan kata sahara.

Negara Arab Saudi ini berbatasan langsung (searah jarum jam dari arah utara) dan Jordan, Iraq, Kuwait, Teluk Parsi, Emiriah Arab, Oman, Yaman, dan Laut Merah.

Pada tarikh 23 September 1932, Abdul Aziz bin Abdul Rahman as-Sa'ud-dikenali juga dengan sebutan Ibnu Sa'ud-mengisytiharkan penubuhan Kerajaan Arab Saudi atau Saudi Arabia (al-Mamlakah al-'Arabiyah as-Su'udiyah) dengan menyatukan wilayah Riyadh, Najd (Nejed), Ha-a, Asir, dan Hijaz. Abdul Aziz kemudian menjadi raja pertama pada kerajaan tersebut. Dengan demikian dapat difahami, nama Saudi berasal dari kata nama keluarga Raja Abdul Aziz as-Sa'ud

Arab Saudi terkenal sebagai Negara kelahiran Nabi Muhammad SAW serta tumbuh dan berkembangnya agama Islam, sehingga pada benderanya terdapat dua kalimah syahadat yang bererti 'Tidak ada tuhan (yang pantas) untuk disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah utusannya'.


4. Sweden

Kerajaan Sweden atau Konungariket Sverige dalam Bahasa Sweden ialah sebuah negara Nordik di Scandinavia, Eropah yang ibukotanya adalah Stockholm. Negara ini bersempadan dengan Norway di barat dan Finland di timur laut, Selat Skagerrak dan Selat Kattegat di barat daya, serta Laut Baltik dan Teluk Bothnia di timur.

Sweden merupakan salah satu negara termiskin di Eropah pada abad ke-19, kerana pengambilan alkohol yang tinggi dan dogmatik Protestanisme, sehingga pengangkutan dan komunikasi berkembang membenarkan pemanfaatan aset sumber semulajadi dari beberapa bahagian negara, yang terkenal adalah kayu dan bijih besi. Sekarang, negara ini ditakrifkan oleh tendensi liberal dan keinginan penyamaan yang kuat, dan biasanya berada di urutan atas dalam Indeks Pembangunan Manusia PBB.

Ibukota negara pengeluar kereta Volvo ini adalah Stockholm. Penduduknya sebanyak sembilan juta orang mendiami lebih dari 440.000 km ² sehingga negara ini terdapat dalam urutan ke-155 dalam kepadatan penduduk di dunia.


5. Denmark

Kerajaan Denmark (bahasa Denmark: Kongeriget Danmark) adalah negara Nordik yang paling kecil dan paling selatan. Denmark terletak di sebelah barat daya dari Sweden dan selatan dari Norway. Negara ini terletak di Scandinavia, Eropah Utara sehingga termasuk Kesatuan Eropah tetapi tidak berada di Semenanjung Scandinavia.

Denmark bersempadan dengan Laut Baltik dan Laut Utara. Wilayahnya meliputi sebuah semenanjung di Jerman utara bernama Jylland (Jutlandia), Pulau Fyn (Funen), Sjælland (Zealand), Vendsyssel-Thy, Lolland, Falster, Bornholm dan beratus-ratus pulau kecil, sehingga kadang disebut kepulauan Denmark. Sebelum penggalian Terusan Kiel, jalan air menuju Laut Baltik hanya boleh dilalui melalui tiga Selat Denmark, hingga penggalian Terusan Kiel Satu-satunya batas darat Denmark adalah dengan Jerman, sedangkan tetangganya yang dibatasi oleh laut adalah Sweden di timur laut dan Norway di utara.

Negara ini menganut negara raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen. Denmark mempunyai satu kerajaan pusat dan 98 munisipalitas sebagai pemerintah daerah. Denmark telah menjadi ahli Kesatuan Eropah sejak 1973, tapi sampai sekarang masih belum menyertai Eurozone. Denmark adalah salah satu pengasas NATO dan OECD. Denmark juga merupakan anggota dari OSCE.


6. Norway

Kerajaan Norway atau Kongeriket Norge (Noreg) dalam bahasa Bahasa Norway, adalah sebuah negara Nordik di Semenanjung Scandinavia bahagian hujung barat yang bersempadan dengan Sweden, Finland, dan Rusia. Pantainya yang berada di Lautan Atlantik Utara adalah lokasi dari beberapa fyord terkenal. Svalbard dan Jan Mayen berada di bawah kedaulatan Norway berdasarkan Traktat Svalbard.

Norway adalah negara raja berperlembagaan yang menggunakan sistem parlimen kerajaan.

Parlemennya, Stortinget, mempunyai 169 ahli (sebelumnya 165, kemudian ditambah 4 orang pada tarikh 12 September 2005) yang dipilih untuk masa jabatan 4 tahun. Parlimen ini terbahagi dua dalam voting perundangan, Odelsting dan Lagting. Kecuali untuk beberapa hal, Storting berfungsi sebagai parlimen unikameral.


7. Liberia

Republik Liberia adalah sebuah negara di pesisir barat Afrika yang bersempadan dengan Sierra Leone, Guinea, dan Pantai Gading. Baru-baru ini Liberia dilanda dua perang saudara (1989-1996 dan 1999-2003) yang mengakibatkan ratusan ribu penduduknya mengungsi sekaligus menghancurkan ekonomi Liberia.

Ekonomi Liberia sangat bergantung kepada eksport bijih besi. Sebelum 1990 Liberia juga mengeksport getah. Perang saudara yang panjang telah menghancurkan banyak infrastruktur negara, dan Liberia sangat bergantung kepada bantuan luar negeri. Pada 2005 negara ini mempunyai kadar pengangguran 85%, terburuk di dunia.


8. Turki

Republik Turki (bahasa Turki: Türkiye Cumhuriyeti) disebut Türkiye (bahasa Turki: Türkiye) adalah sebuah negara besar di kawasan Eurasia. Wilayahnya terbentang dari Semenanjung Anatolia di Asia Barat Daya dan kawasan Balkan di Eropah Tenggara. Turki bersempadan dengan Laut Hitam di utara; Bulgaria di sebelah barat laut; Yunani dan Laut Aegean di barat; Georgia di timur laut; Armenia, Azerbaijan, dan Iran di sebelah timur dan Iraq dan Syria di tenggara dan Laut Mediterranean di sebelah selatan. Laut Marmara yang merupakan sebahagian daripada Turki digunakan untuk menandakan batas wilayah Eropah dan Asia, sehingga Turki dikenali sebagai negara transkontinental.

Bangsa Turki mulai berhijrah ke kawasan yang dinamakan Turki pada abad ke-11. Proses penghijrahan ini semakin pesat selepas kemenangan Seljuk melawan Empayar Byzantine pada hari Manzikert. Beberapa Beylik (Emirates Turki) dan Kesultanan Seljuk Rum memerintah Anatolia sampai dengan pencerobohan Empayar Mongol. Mulai abad ke-13, beylik-beylik Ottoman menyatukan Anatolia dan membentuk empayar yang daerahnya merambah kebanyakan Eropah Tenggara, Asia Barat, dan Afrika Utara. Setelah Empayar Uthmaniyah runtuh selepas kalah pada Perang Dunia I, sebahagian wilayahnya diduduki oleh para Sekutu yang memenangi PD I. Mustafa Kemal Atatürk dan mengorganisasikan gerakan perlawanan melawan Sekutu. Pada tahun 1923, gerakan perlawanan ini berjaya mendirikan Republik Turki Modern dengan Atatürk menjabat sebagai presiden pertamanya.
Ibu kota Turki berada di Ankara namun bandar terpenting dan terbesar adalah Istanbul.


9. Nepal

Nepal, terletak di Himalaya, adalah sebuah negara di Asia Selatan yang bersempadan dengan Republik Rakyat China (Daerah Otonomi Tibet) di utara dan India di barat, timur, dan selatan.

Negara Nepal dibentuk melalui Persatuan Nepal pada 21 Disember 1768. Prithvi Narayan Shah menjadi raja pertama.


Kih kih Siapa lebih popular antara LGE dengan PM

Populariti YAB Lim Guan Eng lebih memuncak berbanding PM Najib, apa kata orang Permatang Pauh ?

Tengok betul-betul reaksi anak muda ini........kami sayangkan abang Lim!

KM Melaka begitu menghormati beliau......

Datuk Arumugam menyampaikan salam aidilfitri......

KP Negeri pun tahu baiknya YAB Lim GE.....

Tak menyempat makcik ni.....

Sehingga DS Rais Yatim teruja dengan tazkirah raya yang diberikan YAB Lim GE kepada DS Najib......dari sudut air muka yang ikhlas,wallahualam.

sumber di sini

‘Tolong tarik aku keluar Zul’



REMUK...pokok besar yang menghempap van di Kilometer 23.5 Jalan Kilang Gula, Padang Besar, semalam.‘Tolong tarik aku keluar Zul’
PADANG BESAR: “Ya Allah sakitnya, tolong tarik aku keluar Zul.” Itulah rintihan Hazman Bakhtiar Sharizan, 14, sebelum menghembuskan nafas terakhir akibat tersepit dalam van yang dihempap pokok b

esar hingga meragut tiga nyawa semalam.


PADANG BESAR: “Ya Allah sakitnya, tolong tarik aku keluar Zul.” Itulah rintihan Hazman Bakhtiar Sharizan, 14, sebelum menghembuskan nafas terakhir akibat tersepit dalam van yang dihempap pokok besar hingga meragut tiga nyawa semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu di Kilometer 23.5 Jalan Kilang Gula, di sini, Hazman bersama tujuh pelajar lain dari Maahad Tarbiyah Islamiyah (Matri) di Beseri dalam perjalanan melakukan lawatan sambil belajar ke Kilang Gula Felda di Chuping.

Malang menimpa apabila sebatang pokok tumbang lalu menimpa van dinaiki kumpulan pelajar itu kira-kira 50 meter dari pintu masuk kilang berkenaan ketika hujan lebat disertai ribut.

Turut maut dalam kejadian itu ialah seorang lagi pelajar Matri, Ahmad Izzat Ismail, 17, dari Tanjung Tokong, Pulau Pinang, dan pemandu van, Shahidan Ali, 67, dari Beseri, di sini.



MERAUNG...ibu bapa seorang mangsa menatap jenazah anak mereka di bilik mayat HTF.
MERAUNG...ibu bapa seorang mangsa menatap jenazah anak mereka di bilik mayat HTF.


hmetro

Sunday, September 11, 2011

Aduh.. Ini Angan angan ke UMNO: Undi India: Pemimpin Pakatan akan tumbang...

UMNO dah tahu Orang melayu dah sokong dia. Undi India: Pemimpin Pakatan akan tumbang...MNO biar pasang angan - angan betui jangan jadi Mat Jenin




Mic pun dah nak pupus... cerita pasal hayun undi lagi, dia tak tahu hayunan orang melayu dah beralih ke PR

British kekalkan status raja - dan negeri mereka - sebagai protectorate kerana mereka hendak mengelakkan penentangan sebagaimana di India


Profesor keliru, kemudian kelirukan orang

MK - Saya fikir profesor-profesor itu keliru dan kemudian mengelirukan orang. Profesor Datuk Dr Zainal Kling orang sosiologi dan Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim orang sejarah. Status jajahan (colony) dan negeri lindungan (protectorates or protected states) adalah konsep undang-undang antarabangsa.

Beza antara konsep-konsep itu tidak jelas pada orang biasa. Apa beza antara Melaka dan Pulau Pinang - strait settlements - dan negeri-negeri Melayu seperti Selangor dan Perak? Atau antara kita dengan India yang merupakan tanah jajahan British? Tidak nampak.

British kekalkan status raja - dan negeri mereka - sebagai protectorate kerana mereka hendak mengelakkan penentangan sebagaimana di India. Sebab itu British perkenalkan indirect rule di sini dengan meletakkan residen sebagai penasihat sultan (yang sebenarnya memaksa).

British mahu menunjukkan kepada orang Melayu bahawa negeri mereka kekal di tangan Melayu dengan mengekalkan sultan. Tetapi pemerintahan dan pentadbiran sebenar dijalankan oleh British melalui residen mereka.

Ini bermakna di atas kertas - yakni teori - memang sultan dan negeri Melayu tidak dijajah (kalau dijajah maka (kedudukan) sultan akan dihapuskan sebagaimana di India dan Burma). Tetapi praktik dan kenyataannya ialah British yang membuat keputusan.

Hatta urusan agama pun dikacau - meskipun perjanjian melarang ini. Contohnya apa yang dilakukan oleh Sir Andrew Clarke kepada Raja Muda Perak yang mengetuai majlis agama di Perak.

Sebab itu penentangan kepada pentadbiran British yang dibuat oleh orang-orang seperti Dato Maharajalela, Mat Kilau, Dato Bahaman, Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong dan lain-lain mudah dipatahkan kerana nama sultan digunakan.

Pada hakikatnya mereka semua menentang British tetapi mereka berlindung di sebalik sultan. Kita akur bahawa sultan diberi pelbagai kemewahan dan gelaran oleh British. Mereka juga bergaduh sesama sendiri untuk menjadi raja.

Meskipun begitu British akhirnya tidak selesa dan cuba memansuhkan kedudukan raja melalui Malayan Union. Ini ditentang oleh orang Melayu.

Sekiranya Malayan Union itu dilaksanakan sempurnalah penjajahan British dari segi teori dan praktik.

Tetapi itu tidak berlaku (Zainal Kling Silap; Malayan Union tidak pernah dilaksanakan).

Sebagai contoh, undang-undang yang dibuat sebelum merdeka di sisi perlembagaan adalah undang-undang yang dibuat oleh Sultan. Ini kerana dewan adalah lantikan sultan dan undang-undang itu ditandatangani oleh sultan. Tetapi apakah itu apa sebenarnya berlaku? Tentu tidak kerana sultan hanya menurunkan tandatangan sahaja. Rang undang-undang itu dibuat oleh British. Tetapi di sisi undang-undang ia adalah buatan sultan, bukan British.

Apa pun undang-undang itu, selagi tidak dimansuhkan oleh parlimen atau DUN, sah sehingga sekarang.

Kesilapan Zainal dan Khoo ialah mereka mengitar konsep yang bukan bidang mereka. Sedangkan sejarawan sendiri mengatakan British yang mentadbir Tanah Melayu.
Lebih lucu, jika apa yang mereka dakwa itu benar, untuk apa kita sambut merdeka?

Dan lebih malang lagi Tunku Abdul Rahman kehilangan gelaran: beliau bukan lagi bapa kemerdekaan kerana kita tidak pernah dijajah....!!

Tikus baiki labu atau sokong bawa rebah.

Lucu sekali Majlis Profesor (saya tidak jadi ahli) tidak tahu apa yang mereka bebelkan. Mereka ramai-ramai keroyok Mat Sabu... lain yang dia cakap lain pula yang majlis ini tangkap...

Hari hari Rakyat susah 2.0

Apa Jakim Boleh Buat Ketika Islam Dihina Sehina-hinanya

Apa Jakim Boleh Buat Ketika Islam Dihina Sehina-hinanya



ingin nyatakan disini,
penghinaan demi penghinaan yang dilakukan oleh seorang yang menggelarkan dirinya "makcik sitt al wuzara terhadap Islam melalui FaceBook,twiter,Blog dan terbaru dalam youtube dengan mengupload video-video yang melampau dengan mempermainkan ayat-ayat suci al-quran tapi malangnya tidak ada satupun tindakan yang dibuat keatas MAKHLUK CELAKA ni,


Berbeza dengan kes Mat Sabu dan kes penghinaan terhadap lagu negaraku dalam youtube suatu ketika dulu ,belumpun sampai seminggu video tu disiarkan tindakan segera diambil oleh pihak berkuasa kerana menghina "kecucian" negara.Juga saya yakin tindakan yang serupa juga akan diambil jika hari ini ada dikalangan pembangkang yang menghina pemimpin negara .tapi malangnya dalam kes penghinaan terhadap Islam oleh makcik SHIT al wuraza ini seolah olah dia diberi kebebasan unutuk bersuara(bersuara untuk terus menghina Islam)
-------------------------------------


SEBELUM ini Jingga 13 sebuah NGO yang terdiri daripada sukarelawan, facebooker, dan blogger telah menghantar memorandum kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM berhubung isu penghinaan ke atas Islam oleh Sitt Al-Wuzara.

Difahamkan Jingga 13 sebelum itu telah menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, SKMM. Pihak SKMM telah menerima memorandum tersebut dengan baik.

Malangnya, JAKIM yang diharapkan untuk membawa isu ini ke tengah, telah menolak untuk menerima memorandum tersebut dengan alasan "bukan bidang kuasa mereka", rujuk sini [JAKIM].

Tindakan JAKIM ini benar-benar menggembirakan manusia biadap, Sitt Al-Wuzara. Tinjauan di laman twitternya menunjukkan Sitt Al-Wuzara terus menghina Rasulullah SAW dengan makian yang melampau [Twitter].


Alasan JAKIM mengatakan bahawa mereka tiada kuasa jelas sekali satu alasan yang dangkal. Tindakan menolak memorandum Jingga 13 ini juga satu tindakan yang sangat-sangat mengguris hati jutaan umat Islam di negara ini.


source: http://milosuam.blogspot.com

-ijoks2009-


Tak cukup lagi,
kalau rasa-rasa penghinaan terhadap Islam bukan perkara besar bagi pihak berkuasa,
Ini pula penghinaan terhadap Najib dan UMNO mungkin perkara besar bagi mereka.



Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara 8:39 am on June 4, 2011 Permalink | Reply
Penerangan dari Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara
Babi kau SKMM! Ada berak makhluk najis babi HIPOKRIT macam korang ni nak sekat blog makcik sekali lagi ek?? Sudah berapa malam setan Najib Razak tu bayar untuk berpantat dengan korang ni ha?!
Tak pe, tak pe. Makcik bersabar lagi. Makcik tidak akan berpindah ke laman yang baru kali ini. Buat sementara waktu makcik akan biarkan sahaja macam ni sebab pembaca dan peminat makcik tidak bengap macam korang!!
Sesungguhnya kalau korang nak main sekat-sekat Internet sambil bersumbat-sumbat bontot dengan setan-setan jin UMNO tu, mainlah. Lagi korang sekat blog makcik, lagi meletup nama makcik, tahu tak?!



Makcik tak pernah pun mintak bende ni berlaku. Koranglah makhluk babi SKMM yang telah memberi makcik publisiti!! Salah siapa? Salahkan diri sendiri!! Dengarlah pada semua laporan polis dan anjing-anjing PERKASA yang menyalak tak tentu pasal tu!! Lagi korang sekat, lagi banyak blog makcik akan muncul! Lagi banyak blog makcik muncul, lagi parah korang nak mendiamkan makcik!!
Sekarang telah bermulanya sejenis revolusi yang dasyat bukan saja di seluruh negara, tapi jugak di seluruh nusantara. Nak mempersalahkan makcik, silakan. Memang korang babi pengecut!! Konek tu berguna untuk berpantat dengan UNMO jer. Penghasut yang terbesar di dunia ini sebenarnya ialah makhluk najis si Najib Razak tu!! Babi

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak