Saturday, July 10, 2010

Biasiswa khas' untuk aktivis pelajar - Tahniah Kerajaan Selangor

Seorang pemimpin pelajar Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) yang pinjaman pendidikannya digantung kerana didakwa terbabit dengan pilihan raya kecil Hulu Selangor akan diberikan biasiswa khas.

Aktivis pelajar itu yang juga ahli Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), berkata beliau menerima berita baik itu daripada kerajaan Selangor semalam.

"Saya gembira kerajaan negeri menawarkan biasiswa dan ia mengurangkan beban kewangan saya,” katanya.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebelum ini menggantung pinjaman Ahmad Shukri Kamaruddin's student loan bersama 1,500 lagi pemohon dari KUIS kerana didakwa terbabit dengan pilihan raya.

Ahmad Shukri bagaimanapun menafikan yang beliau berkempen tetapi hadir pada pilihan raya kecil itu atas kapasiti sendiri dan tidak menyokong mana-mana parti.

Mesyuarat dengan MB

Ketika dihubungi Malaysiakini, beliau berkata dia tidak mempunyai maklumat tambahan berhubung biasiswa itu.

"Saya percaya biasiswa itu hasil perjumpaan saya dengan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim dan exco pelajaran Dr Halimah Ali pada 23 Jun lalu berhubung pinjaman pelaran saya,” kata Ahmad Shukri, yang berperanan aktif dalam politik kampusnya.

Beliau mengikuti kursus empat tahun bagi mendapatkan Ijazah Pengajian Islam (Syariah) dan mempunyai setahun lagi sebelum tamat pengajiannya.

Dekan Hael Ehwal Pelajar KUIS, Muhammad Subari Ramli berkata pihaknya tidak dimaklumkan berhubung biasiswa yang ditawarkan kepada Ahmad Shukri.

"Tetapi 1,500 permohonan baru sedang diproses oleh PTPTN dan tidak ada masalah berhubung perkara itu,” katanya.

Dilema Ahmad Shukri mendapat perhatian umum apabila Mohd Nasir Zakaria (PAS-Padang Terap) membawa masalah pelajar itu ketika membahaskan Rancangan Malaysia ke -Sepuluh di Dewan Rakyat pada 17 Jun lalu.

Malaysiakini

Husam: “Tajuk berita Suara Keadilan 'Felda Bangkrap' dikira memfitnah Felda,” kata Husam sambil menambah ternyata Felda terdesak menutup perbincangan

KUALA LUMPUR, 2 Julai — Pemimpin kanan Pakatan Rakyat mengesyorkan pengurusan Felda agar memberi taklimat kepada kesemua ahli Parliman bagi menjelaskan isu kontroversi berkaitan dakwaan agensi persekutuan itu mengalami kemerosotan simpanan tunai manakala ada pihak yang mendakwa ia di ambang muflis.

Sambil mempertahankan laporan Suara Keadilan bulan lalu, ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Datuk Husam Musa berkata, jika benar Felda telus dalam urus tadbir kewangan mereka, pengurusan agensi itu patut menjemput wakil-wakil rakyat - kedua-dua Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat mendengar penjelasan mereka secara terbuka.

“Jika Felda benar dan perbelanjaannya telus, tidak ada salah menjemput ahli-ahli Parlimen ke satu taklimat Felda. Buka untuk pertanyaan.

“Ajak media ikut sama. Bentangkan penyata yang diaudit. Jelaskan rasional setiap perbelanjaan dan pelaburan,” kata beliau.

Felda mengemukakan notis menuntut ganti rugi RM200 juta serta permohonan maaf daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam berhubung laporan akhbar mingguan parti itu, Suara Keadilan, yang mendakwa Felda bankrap.

Selain akhbar milik PKR itu, notis tuntutan menerusi syarikat guaman Hafarizam, Wan & Aisha Mubarak, turut dihantar kepada penerbit akhbar itu, Syarikat Pelita Koridor Sdn Bhd serta pencetaknya, Syarikat Percetakan NPK Sdn Bhd.

Tuntutan itu dibuat berdasarkan kerosakan reputasi kepada Felda disebabkan tuduhan ianya bankrap yang terkandung dalam Suara Keadilan bertarikh 22-29 Jun lalu.

Pada 16 Jun lalu, kerajaan pusat secara terbuka mengakui simpanan tunai Felda telah merosot sehingga RM1.35 bilion tahun lalu berbanding paras RM4.08 bilion dimiliki pada 2004.

Bagaimanapun Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan mendakwa penurunan simpanan tunai bukan kerana salah urus Felda.

“Kami tidak pernah salah gunakan dana (Felda),” kata Ahmad di Dewan Rakyat.

Ahmad menambah, meskipun simpanan tunai merosot tetapi aset Felda mengalami peningkatan.

“Simpanan tunai menurun RM2.37 bilion manakala aset meningkat RM6.2 bilion,” kata beliau.

Dalam tulisan terbarunya Husam menyoal sama ada rakyat akan diam diri dengan tindakan saman Felda terhadap Suara Keadilan dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat.

“Saman Felda, lalu rakyat diam? Saya seronok membaca kenyataan Ahmad Maslan. Felda menyaman PKR dan Suara Keadilan.

“Tajuk berita Suara Keadilan 'Felda Bangkrap' dikira memfitnah Felda,” kata Husam sambil menambah ternyata Felda terdesak menutup perbincangan bagaimana rizab tunai susut “lebih cepat dari paip bocor.”

“Felda memang belum bankrap. Bankrap yang dipakai sebagai tajuk oleh Suara Keadilan juga bukan bermaksud begitu,” kata Exco Kerajaan Negeri Kelantan ini.

“Saman satu cara. Jika ada pihak yang takut lalu membisu, seronoklah Felda. Cerita ia berbelanja besar akan tertutup,” katanya.

Bagaimanapun Husam berpendapat baahwa ia tidak semudah itu kerana yakin ramai pihak akan membantu Suara Keadlan merangka afidavit memperincikkan pemborosan-pemborosan dan pebelanjaan yang mengeringkan kantong Felda.

“Afidavit ini boleh dipetik pula oleh apa saja media. Mungkin, kesan tidak memihak kepada Felda.

“Itu sebab saya seronok. Ini pelantar pelancaran untuk gerakan membongkar Felda mendapat tempat terhormat.

“Rakyat rasa puas. Keraguan hilang. Keyakinan terbina. Maruah Felda memuncak,” kata Husam.

Katanya sekalipun Suara Keadilan ditakdirkan membayar RM200 juta tetapi ia tidak cukup untuk menampung akaun Felda yang kekeringan.

“Pada waktu Felda hauskan RM200 juta dari Suara Keadilan, rakyat hauskan penjelasan tentang kedudukan Felda.

“Kehausan ini terus membengkak sekalipun Felda memfailkan sepuluh saman lagi,” katanya

Malaysian Insider

Friday, July 9, 2010

Qunut Nazilah Asyahid Hasan Al-Bana


-Islam Dan Politik-

Assalamualaikum ,salam blogger
Sudah agak lama saya tak menulis dlm ruangan Islam Dan Politik,hari ini ada kesempatan sikit sy cuba-menbaca buku karangan Dr.Yusuf Al-Qaradawi yang sudah lama saya beli tapi jarang-jarang dapat membacanya.
Banyak isu-isu menarik berkaitan politik dlm Islam yang dikupas oleh Al-Imam Dr-Yusuf.

Dalam banyak-banyak isu yang diketengahkan ,Dr.Yusuf Qaradawi membawa satu doa kunut Nazilah yang diajarkan oleh Imam hasan Al-bana.saya serta merta jadi teringatkan Asyahid Imam Hasan Al-Bana,jasa-jasanya cukup banyak kepada ummat Islam terutama dlm dunia politik islam.


Doa Qunut Nazilah Yang Di ajarkan Oleh Asyahid Imam Hasan Al-Banna semasa rakyat Mesir menghadapi Tentera Inggeris

"Ya Allah,Rabb semesta alam yang melindungi orang - orang yg ketakutan,yang menghinakan orang - orang yg sombong dan yang membinasakan orang - orang yg sewenang wenang.
Ya Allah,sesungguhnya engkau mengetahui bahawa bangsa inggeris itu yang telah merampas dan menduduki negeri kami,mengambil hak kami,berbuat sewenang - wenang dinegeri kami lalu menyebarkan kerosakan disana.
Ya Allah,singkirkanlah dari kami tipu muslihat mereka,pecahkanlah kekuatan mereka,singkirkanlah kekuasaan mereka dari bumiMu dan jangan biarkan mereka mendapatkan jalan untuk menghalangi hamba-hamba Mu yg mukmin.
Ya Allah ,hukumlah mereka dan penolong-penolong mereka,atau sesiapapun yg membantu atau bekerjasama dengan mereka dengan hukumanyang dijatuhkan Zat Yang Maha Perkasa lagi Maha Berkuasa."
Dipetik dari: Dr.Yusuf Al-Qaradawi(Fiqh Daulah)

Sumber: Ijoks 2009 blogspot.com

Thursday, July 8, 2010

Umno sesat sebab lawan perjuangan Islam




KOTA BHARU, 8 Julai: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tuduhan pihak yang mendakwa PAS sebuah parti ajaran sesat bukan sahaja satu tuduhan yang berat, sebaliknya amat tidak berasas.

Katanya, tidak ada sebab PAS yang menjadikan al-Quran dan Hadis sebagai dasar dalam perjuangannya, ditentang sekiranya Umno sendiri bukan sebuah parti yang sesat.

Beliau sebaliknya mendakwa Umno yang sebenarnya parti sesat kerana menolak perjuangan Islam.

“Umno sebenarnya parti sesat, sebab itu mereka melawan perjuangan PAS biarpun perjuangan PAS berlandaskan al-Quran dan hadis,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengulas kenyataan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang mendakwa PAS sebuah parti ajaran sesat.

Tuan Guru berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen Armalah di Putik, Pengkalan Chepa hari ini.

Beliau juga turut menyifatkan kenyataan Shafie Apdal itu sebagai mengarut serta tidak berasas.

Menurutnya, sesat atau sebaliknya perjuangan bukan boleh diukur dengan kefahaman sains, sebaliknya agama.

Jelasnya lagi, orang Islam sendiri setiap kali menunaikan solat sering menyebut tidak ingin sesat di mana Allah sendiri telah memberi nikmat kepada mereka berada di jalan yang benar.

“Hanya empat golongan mereka yang diberi nikmat oleh Allah, antaranya meneruskan perjuangan yang ditinggalkan oleh Rasulullah dan para nabi iaitu memperjuangkan Islam.

“PAS sendiri khususnya di Kelantan meneruskan dasar perjuangan Islam berkenaan yang menjadi agenda perjuangan parti sendiri menurut al-Quran, hadis, ijmak ulamak malah ianya menjadi dasar bertulis perjuangan,” ujarnya.

Tambahnya, dengan jawatannya sebagai Menteri Besar Kelantan turut dilaksanakan mengikut landasan Islam termasuk menghapuskan premis judi, menyediakan rumah tiga bilik mengikut ajaran Rasulullah dan berbagai lagi.

“Kita juga buat sekolah Arab aliran sains, nak sesat apa lagi, yang tolak Islam itulah yang sesat.

Jelasnya lagi, menolak Islam ini akan menjadi manusia sesat di akhirat nanti, iaitu tidak akan sampai ke syurga.

Tambahnya, manusia tidak akan menemui jalan ke syurga jika tidak menurut ajaran Islam.

Katanya lagi, tidak ada ahli sains, psikologi atau golongan pemikir dapat membawa manusia ke syurga melainkan Rasulullah dengan ajaran Islam.

Harakahdaily

Wednesday, July 7, 2010

257,000 anak luar nikah membimbangkan


KUALA LUMPUR, 7 Julai: Sejumlah 257,000 kelahiran tanpa bapa yang didaftar di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) antara tahun 2000 hingga Julai 2009 wajar membimbangkan semua pihak berwajib, kata Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff.

Ini kerana, menurut beliau, sebanyak 30,978 kelahiran yang terdaftar membabitkan bayi beragama Islam.

"Bagi saya, semua pihak perlu bertanggungjawab, kerajaan perlu melaksanakan undang-undang yang lebih ketat, ibu bapa perlu ajar agama pada anak-anak," jelas beliau ketika mengulas pendedahan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah berhubung perkara itu pada 1 Julai lalu.

Sedangkan, menurut beliau, perangkaan kelahiran tanpa bapa mengikut beberapa agama yang lain adalah 18,085 bayi beragama Hindu; 17,236 (Buddha); dan 3,395 (Kristian).

Melihat pada perangkaan rasmi JPN itu, beliau mencadangkan supaya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mengambil langkah yang lebih dinamik sebagaimana yang diperkenalkan oleh Islam.

"Tak cukup dengan menyediakan khidmat kaunseling dan apa yang sedia ada selagi kementerian wanita tak laksanakan pendidikan Islam dan kempen-kempen yang dinamik supaya rakyat tinggalkan aktiviti penzinaan ini," tegas beliau yang juga Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat.

Tambahnya, sistem pendidikan yang tidak melahirkan rasa takut kepada Allah menyebabkan mereka yang terbabit tidak gentar dengan undang-undang ciptaan manusia.

"Undang-undang yang ada memang tak menakutkan penzina-penzina ini, kerajaan wajar mengkaji dan jelaskan apakah keindahan dan hikmah di sebalik undang-undang Allah kepada semua rakyat untuk mereka membuat pertimbangan," tambah beliau sambil menyeru kerjaaan melihat inisiatif yang cuba dilaksanakan oleh PAS di Kelantan dan Terengganu sebelum ini.

Dari segi yang lain, beliau turut mengkritik amalan meletakkan mahar atau 'hantaran' yang agak tinggi sehingga menyukarkan pasangan yang mahu hidup secara beragama dengan berkahwin.

Lanjutan itu, beliau mencadangkan kementerian berusaha untuk mengubah budaya itu, selain meneruskan kempen hidup secara sihat yang sedia ada.

Sementara itu, Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin pula menyalahkan Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kerana gagal membentangkan dasar pembangunan wanita yang lebih komprehensif untuk menangani gejala sosial seperti penzinaan ini.

"Sudah lama saya membangkitkan soal dasar wanita di Dewan Rakyat, tetapi menteri ini tidak layan," ujar beliau dalam nada yang kesal.

Akibatnya, insiden seperti gadis-gadis Penan yang dirogol oleh para peneroka balak seperti yang dibangkitkan di Dewan Rakyat sebelum ini terus berpanjangan.

Sehubungan itu, beliau menyifatkan sikap sambil lewa menteri sebagai mengkhianati rakyat serta mengajak kaum wanita memilih kepemimpinan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak.

Harakahdaily

PAS pecat Zul automatik 2008 selepas sertai PKR

I would not go to that level to speak about PAS. I am a PAS member. But it looks like PAS is not taking any action in this matter
(Malaysia Insider). Ini YB Zul buat Pc semalam. Hari ini telahpun terjawab siapa dia sekarang

Zulkifli semalam mendakwa beliau masih kekal anggota PAS. — gambar fail

KUALA LUMPUR, 7 Julai — Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin bukan lagi seorang ahli PAS sejak beliau menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dua tahun yang lalu, kata Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali.

Mustafa memberitahu The Malaysian Insider, perlembagaan PAS memperuntukkan bahawa seseorang ahli akan hilang keahliannya secara automatik apabila mereka menyertai parti politik yang lain.

PKR merupakan komponen Pakatan Rakyat yang turut dianggotai PAS.

“Menurut perlembagaan PAS, sebaik sahaja anda menyertai parti lain, anda hilang (taraf) keahlian,” kata beliau.

Semalam, Zulkifli yang kini merupakan anggota Dewan Rakyat yang bebas mendakwa beliau masih merupakan seorang ahli PAS meskipun telah dipecat PKR Mac lalu atas kerana melanggar peraturan parti.

Katanya, PAS sekurang-kurangnya harus memberi makluman notis menunjukkan beliau bukan lagi ahli parti itu.

“Tidak perlu memaklumkan beliau, beliau secara automatik sudah dipecat,” kata Mustafa ketika ditanya sama ada Zulkifli perlu dimaklumkan oleh parti itu.

Zulkifli berkata beliau menjadi ahli PAS sejak 1997.

Pada 2004, Zulkifli bertanding di Kuala Langat atas tiket PAS tetapi tewas di tangan wakil Barisan Nasional, Datuk Dr Shafie Salleh.

Dua tahun lalu Zulkifli menyertai PKR dan bertanding di Kulim-Bandar Baharu dengan menewaskan bekas ketua Pemuda Umno Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir.

Malaysianinsider

KDN geledah kilang cetak Harakah, cari SK


SHAH ALAM, 7 Julai: Kilang Angkatan Edaran, kilang yang biasa mencetak akhbar Harakah dipantau oleh empat pegawai kanan dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) jam 10.30 pagi tadi, kata pengusaha yang enggan namanya disiarkan.

Beliau memberitahu, para pegawai terbabit membuat penggeledahan kecil tanpa waran di kilangnya, Seksyen 16, di sini untuk mencari akhbar tanpa permit 'Era Keadilan' milik PKR.

"Suara Keadilan (SK) pun mereka tak cetak di sini, takkan kita nak cetak yang lain," ujar beliau sebagaimana yang diberitahu kepada pegawai terbabit.

Katanya lagi, satu lagi kilang milik beliau di sini turut digeledah untuk mencari SK mahupun 'Era Keadilan'.

Harakahdaily

Sebelum digeledah, katanya lagi, wujud pertikaman lidah antara seorang pegawai lelaki KDN dengan seorang pekerjanya.

"Waran tak ada, nak geledah geledahlah tapi kalau ada yang hilang, CCTV ada untuk tangkap yang curi dalam kilang ini," ujar beliau lagi memetik amaran pekerjanya itu.

Dalam perkembangan berkaitan, KDN turut diwar-warkan mahu menyerbu ibu pejabat PKR di Tropicana sebelum ini untuk memburu edisi terbaru 'Era Keadilan'.

Inisiatif KDN itu ekoran iltizam PKR untuk terus menerbitkan akhbar yang menjadi lidah rasmi parti itu.

Pada 2 Julai lalu, permit Suara Keadilan digantung ekoran tersiarnya laporan 'Felda Bankrap' yang dianggap mengancam sensitiviti politik pihak tertentu dalam kerajaan.

Lanjutan itu, Felda bertindak menyaman Suara Keadilan sebanyak RM200 juta.

Manakala, PKR pula menyifatkan tindakan KDN dengan tidak merujuk kes tersebut ke mahkamah terlebih dahulu sebagai langkah membunuh kebebasan media.

Debat: Shafie jangan berkokok melalui media



Azim Fitri

KOTA KINABALU, 7 Julai: PAS Sabah mendesak Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal supaya bertindak sebagai anak jantan dan menyahut cabaran Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mengadakan debat terbuka berhubung tuduhan PAS sebuah parti ajaran sesat.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Hamzah Abdullah berkata, jika benar Shafie mempunyai kredibiliti dan berwibawa, maka jalan terbaik untuk membuktikannya ialah berdebat dengah Salahuddin.

Beliau berkata, sekirannya Naib Presiden Umno itu menolak, membuktikan beliau seorang bacul dan hanya berani berkokok melalui media.

“Saya harap Shafie masih ingat ketika peristiwa beliau terpaksa membatalkan perjalanannya walaupun beliau sudah daftar masuk untuk penerbangan MAS dari Tawau ke Kuala Lumpur.

“Ini disebabkan beliau takut berdepan dengan Datuk Seri Anwar yang berkebetulan daftar masuk untuk penerbangan yang sama,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Tambahnya lagi, tindakan Shafie jelas menunjukkan bahawa beliau sebenarnya gentar untuk bersekemuka pemimpin Pakatan Rakyat dan hanya berani secara ‘baling batu sembunyi tangan’.

“Pusat-pusat judi, karaoke, kelab malam, pusat urut dan pelbagai lagi tumbuh dengan subur sekali di bawah Umno BN. Isu pembuangan bayi, kes zina, gugur anak merupakan budaya rutin yang semacam tiada penghujungnya akibat Umno BN menolak hukum Allah. Inilah kesesatan yang nyata,” tegasnya.

Harakahdaily

Kerana jahil agama, Shafie Apdal berlaku biadab tuduh PAS sesat


PAS menganggap Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berhubung ucapannya yang didakwa menuduh PAS sebagai parti ajaran sesat, satu kenyataan yang biadab.

Beliau yang juga Naib Presiden Umno, dalam ucapan perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kulaijaya, telah menuduh PAS sebagai parti ajaran sesat.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad mencabar Shafie atas dakwaan mengapa membuat kenyataan begitu.

“Apakah beliau sudah kehilangan arah dan celaru dalam pemikiran politik sehingga mengeluarkan kenyataan demikian rupa?” soalnya dalam satu kenyataan.Baca lagi(Sini)

Tuesday, July 6, 2010

PAS: Malaysia jual gula bersubsidi pada Singapura?

Kerajaan wajar memberi penjelasan yang jujur dan bertanggungjawab berhubung isu kekurangan gula yang dihadapi oleh pengguna kebelakangan ini, kata Datuk Mahfuz Omar.

Harakahdaily melaporkan naib presiden PAS itu membuat tuntutan berkenaan berikutan kejadian enam daripada 30 kargo yang memuatkan gula nasional tergelincir dari Butterworth ke Singapura, milik KTMB tergelincir di Chamek, dekat Kluang Johor, 23 Jun lalu.

"Macam mana gula yang kerajaan subsidikan pada Syarikat Gula Prai dan sebagainya, gula itu yang nak dibawa jual ke Singapura," soal beliau di Dewan Rakyat, memetik laporan akhbar New Strait Times Press (NSTP).

Beliau berkata, insiden tersebut sudah tentu mempunyai kaitan dengan kesukaran rakyat mendapatkan bekalan gula nasional sebelum ini.

"Saya percaya gula yang kurang dalam pasaran sebelum ini disebabkan kes-kes eksport gula sebegini bukanlah untuk orang Johor walaupun gerabak KTMB ini tergelincir di Kluang.

"Tanah KTMB di Tanjong Pagar pun kita (kerajaan BN) gadai pada Singapura, gula negara pun nak beri juga," sindir beliau ketika membahaskan rang undang-undang perlindungan pengguna.

Memb
ahaskan rang undang-undang yang sama, ahli parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar pula mendakwa kerajaan seperti merahsiakan sesuatu daripada pengetahuan pengguna dengan menisbahkan musibah kekurangan gula kepada kaum peruncit.

Sedangkan, katanya aktiviti pengeluar dan pembekal gula langsung tidak dipantau sehingga gula yang telahpun disubsidi sanggup diperdagangkan pada Singapura.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan pihak berwajib memberikan pendidikan konsumerisme kepada rakyat supaya rakyat mendapat maklumat yang menyeluruh di sebalik kekurangan gula dalam pasaran.

Beliau di luar Dewan Rakyat berkata, harga gula tempatan RM1.65 sekilo berbanding RM3.05 sekiranya dijual di Singapura sudah tentu mendorong minat pihak yang tidak bertanggungjawab memperdagangkan gula negara di negara jiran itu.

Malaysiakini

PAS PARTI AJARAN SESAT: MOHD SHAFIE

PAS Johor hari ini membuat laporan polis terhadap Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berhubung ucapannya yang didakwa menuduh parti Islam itu sebagai parti ajaran sesat.

Laporan polis itu dibuat di balai polis Sentral Johor Bahru yang diketuai ketua penerangannya Mazlan Aliman, yang diiringi kira-kira 20 penyokong parti itu, pada jam 11.30 pagi tadi.

Bercakap kepada Malaysiakini pagi ini, Mazlan mendakwa Mohd Shafie yang juga naib presiden Umno, dalam ucapannya perasmian mesyuarat perwakilan Umno bahagian Kulaijaya kelmarin, telah menuduh PAS sebagai parti ajaran sesat.

"Itu kenyataan yang biadap, amat keterlaluan. Maka kami membuat laporan meminta pihak polis menyiasat kenyataan beliau itu dan kami mendesak agar beliau memohon maaf serta menarik balik kenyataan itu," katanya.

Mazlan yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat berkata, kenyataan Mohd Shafie itu dilaporkan oleh akhbar Sinar Harian semalam

Laporan itu memetik Mohd Shafie menyifatkan PAS sebagai parti ajaran sesat kerana didakwanya hanya memperjuangkan kemenangan kerusi DUN dan Parlimen berbanding kepentingan rakyat.

Mengulas lanjut, Mazlan yang juga pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) berkata dakwaan yang dilemparkan kepada parti itu "tidak boleh diterima sama sekali".

"Ahli PAS kini berjumlah satu juta, adakah beliau berani menyatakan (mereka) sesat. PAS menguasai Kelantan, memimpin di kerajaan Kedah dan suatu ketika dahulu memerintah di Perak, adakah beliau menyatakan majoritinya sebagai sesat," tegasnya.

Sehubungan itu, beliau mencabar Mohd Shafie yang juga ahli parlimen Semporna untuk berdebat bagi membuktikan siapa yang sebenarnya sesat.

Katanya, jika Mohd Shafie tidak memohon maaf dan menarik balik kenyataan beliau itu, PAS Johor akan mengarahkan ahlinya di negeri itu untuk membuat laporan polis secara bersiri terhadap menteri itu

Malaysiakini

Monday, July 5, 2010

PULAK DAH. BARU MASUK UMNO DAH CABAR KERAJAAN UMNO DI MAHKAMAH

Ulama muda Umno dibenar cabar Majlis Agama Negeri Sembilan


Fathul Bari Mat Jahya. - Gambar oleh Jack Ooi
PUTRAJAYA, 5 Julai — Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan ulama muda menyertai Umno bulan lalu, Fathul Bari Mat Jahya dan rakannya untuk mencabar Majlis Agama Islam Negeri Sembilan mendakwa mereka menyampaikan kuliah agama tanpa tauliah di negeri itu menggunakan Seksyen 53(1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 (Pindaan 2004).

Keputusan tersebut dibuat oleh Hakim Datuk Alaudin Sharif, Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin dan Datuk James Foong.

Menurut peguam Kamarul Hisham Kamaruddin, permohonan petisyen itu dibuat bagi mendapatkan perisytiharaan bahawa Seksyen 53(1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan adalah tidak sah dan terbatal kerana bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Kami memohon petisyen ini untuk mendapatkan perisytiharan bahawa Mahkamah Tinggi Negeri Sembilan tidak mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan kesalahan di bawah seksyen tersebut.

“Ini kerana Artikel 72(2) Perlembagaan Persekutuan tidak memberi kuasa kepada Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan untuk membuat undang-undang kesalahan jenayah bagi perbuatan mengajar agama tanpa tauliah,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Persekutuan di sini.

Selain Majlis Agama Islam Negeri Sembilan petisyen itu turut difailkan ke atas kerajaan Negeri Sembilan dan kerajaan Malaysia.

Turut hadir, Nik Amirul Faiz Nik Md. Yusof, 25, yang membuat permohonan yang sama.

Mahkamah juga membenarkan permohonan beliau.

Kedua-dua diwakili oleh Kamarul Hisham.

Kamarul Hisham berkata mengikut hukum-hukum kumulatif yang termaktub dalam al-Quran dan sunah mengajar agama Islam tanpa tauliah bukan satu kesalahan mahupun perkara terlarang.

“Dalam Seksyen 53(1) Enakmen Jenayah ia bukan satu kesalahan, jadi Mahkamah Syariah Negeri Sembilan tidak mempunyai bidang kuasa untuk membicara dan menghukum di bawah seksyen tersebut.

“Melalui petisyen ini segala perbicaraan di Mahkamah Tinggi Negeri Sembilan tidak boleh dijalankan sehingga satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian,” katanya.

Fathul Bari, 30, dan Nik Amirul bersama dua pengikutnya ditahan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan pada pukul 11.30 pagi, 28 Feb lalu.

Ketika itu beliau sedang menyampaikan ceramah sempena sambutan Maulidur Rasul kepada 50 orang awam di Maahad Ittiba Sunnah, Kilometer 1.5, Jalan Lama Seremban-Kuala Pilah.

Pada 1 Mac lalu, Fathul Bari mengaku tidak bersalah ketika didakwa dalam perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah atas tuduhan mengajar tanpa tauliah di Negeri Sembilan.

Tiga pengikut kanannya, Nik Amirul, 25; Abdullah Sanusi Othman, 40, dan Khairudin Daud, 55, masing-masing turut membuat pengakuan yang sama atas kesalahan bersubahat dengan pendakwah bebas itu.

Fathul Bari, 30, didakwa mengajar tanpa tauliah di Maahad Ittiba Sunnah, Kilometer 1.5, Jalan Lama Seremban-Kuala Pilah.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan oleh Pendakwa Syarie, Mohd. Al Hafid Ismail mengikut Seksyen 53(1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 (Pindaan 2004)-Baca lagi(sini)

VIDEO PILIHAN : BN TALAM 2 MUKA - LIM GUAN ENG

Umno Didakwa Salah Guna Sekolah, Adakan Mesyuarat Perwakilan


Larangan menggunakan bangunan sekolah atau harta benda sekolah sebagai gelanggang politik sudah lama dilarang digunakan di negara ini. Ini bagi mengelakkan prasarana kerajaan disalahguna untuk kepentingan parti.

Namun tinjauan TV Selangor di Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah, Sungai Manggis, Banting mendapati satu mesyuarat perwakilan Umno Bn kawasan Kuala Langat diadakan di sekolah tersebut.

Krew TV Selangor tiba di perkarangan sekolah sekitar jam 8.30 pagi, dan mendapati dewan and tiang-tiang di persiar kaki diselubungi bendera parti Umno.

Malah ketika krew TV Selangor hendak masuk ke dewan membuat liputan berhubung majlis perwakilan tersebut, seorang wakil ahli jawatankuasanya melarang dari membuat liputan dengan alasan majlis tersebut dibuat secara tertutup.

TV Selangor mendapatkan komen bekas Presiden Kesatuan Guru Lepasan Maktab Semenanjung Malaysia, Nordin Mahmud yang melahirkan rasa duka citanya apabila sekolah itu digunakan untuk kepentingan parti politik tertentu.

“Pada saya kalau swasta, kebanyakan boleh disewakan dewan itu, tetapi kalau sekolah itu milik kerajaan saya berasa dukacita sebab kalau parti-parti pembangkang selalunya dihalang menggunakan bangunan kerajaan.

“Tetapi bagaimana pula Umno sendiri menggunakan ini seolah-olah ertinya orang lain boleh tetapi kita tidak boleh, ini berereti tidak baik,” katanya.

Nordin berkata Umno BN harus menilai semula perbuatan melampau mereka ini apabila bersikap tidak adil dengan parti pembangkang apabila tidak membenarkan parti dari Pakatan Rakyat turut sama menggunakan harta benda sekolah.Baca lagi (Sini)

Kalau begitu, siapa harus kita percaya’, Raja Petra tanya Najib

LONDON, 5 Julai — Blogger Raja Petra Kamaruddin memperlekeh dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau tidak wajar dipercayai sama sekali kerana menerima pembiayaan Pakatan Rakyat selama ini.

Dengan merujuk kepada organisasi media di Malaysia yang kebanyakannya sama ada dimiliki atau dikawal komponen Barisan Nasional (BN), yang menerajui kerajaan pusat, penulis kontroversi Malaysia Today ini menyangkal pandangan Perdana Menteri bahawa sokongan politik bermakna seseorang itu ketandusan kredibiliti.

“Kalau begitu, bukankah New Straits Times disokong oleh Umno? The Star oleh MCA?” kata beliau ketik ditemui di sini, semalam.

Ketika bercakap kepada The Malaysian Insider, Raja Petra berkata kesemua organisasi media didokong oleh pelabur-pelabur dengan agenda tertentu sama ada ia memberi kesan langsung ataupun tidak ke atas hala tuju editorial masing-masing.

“Jadi adakah beliau mengatakan bahawa kita tidak harus mempercayai mana-mana media (di Malaysia),” katanya lagi.

Anggota kerabat diraja ini antara lain pernah membuat dakwaan terhadap Najib berhubung pembunuhan kejam wanita Mongolia Altantuya Shariibuu empat tahun lalu.

Ketika ditanya sama ada beliau menerima sebarang wang daripada Pakatan Rakyat, Raja Petra menjawab, “saya cuba menjana sumbangan kepada Pakatan, bukannya menerima daripada mereka.- Bacaaa lagi (Sini)

(Bahasa Melayu) Terjemahan Artikel Washington Post Mengenai Anwar Ibrahim

Oleh JACKSON DIEHL, Washington Post

Berikut adalah terjemahan bebas MUHAMMAD NOR ABD SAMAD artikel bertajuk "Flirting with zealotry in Malaysia" yang disiarkan akhbar The Washington Post, Isnin 28 Jun 2010 yang menimbulkan polemik di Malaysia:

Anwar Ibrahim, pemimpin politik pembangkang Malaysia sejak sedekad yang lalu cukup terkenal sebagai pejuang demokrasi liberal di kalangan negara-negara Islam.

Di antara kawan-kawannya yang ramai di Washington, termasuk ahli pergerakan neokonservatif ternama seperti Paul Wolfowitz, bekas Presiden Bank Dunia dan duta Amerika Syarikat (AS) ke Indonesia dan juga tokoh demokratik ternama Al Gore.

Akhir-akhir ini Anwar menjadi tumpuan atas sesuatu yang lain pula: retorik keras mengenai Israel dan dakwaan "pengaruh Zionis" di Malaysia.

Baru-baru ini beliau menyertai demonstrasi di hadapan Kedutaan AS di Kuala Lumpur di mana bendera Israel dibakar. Beliau mengecam kerajaan Malaysia kerana menggunakan perkhidmatan syarikat perhubungan awam Washington, Apco Worldwide yang "dikuasai Yahudi".

Terdapat satu cerita dalam era Obama - mengenai survival politik dan peribadi seorang ahli demokrat yang bermasalah dengan sedikit bantuan daripada Washington; mengenai peningkatan tekanan masyarakat antarabangsa terhadap Israel; dan mengenai peningkatan kesediaan sahabat-sahabat AS di beberapa tempat seperti Turki dan Malaysia untuk mengeksploitasikannya.

Pertama, sedikit mengenai Anwar: Sewaktu berkhidmat sebagai timbalan perdana menteri di bawah orang kuat Malaysia Mahathir Mohamad dalam 1990-an, beliau mula menekankan soal pembaharuan - tetapi berkesudahan dengan beliau ditangkap, dibicara dan dipenjarakan atas tuduhan yang direka-reka iaitu liwat.

Setelah dibebaskan enam tahun kemudian, beliau menubuhkan pergerakan pembangkang multietnik yang mengejutkan parti pemerintah dengan pencapaian yang diperolehinya dalam pilihan raya umum yang lalu.

Pergerakan itu kini dilihat mempunyai peluang yang besar untuk memenangi kempen parlimen akan datang dan ini mungkin membolehkan Malaysia menyertai Indonesia dan Turki sebagai negara demokrasi majoriti Islam sepenuhnya.

Tidaklah mengejutkan, Anwar didakwa sekali lagi. Sekali lagi atas tuduhan melakukan liwat, yang mengikut undang-undang Malaysia merupakan satu jenayah yang perlu dihukum sebat dan penjara sehingga 20 tahun. Anwar, 63, berkahwin dan mempunyai anak menafikan dakwaan tersebut, dan bukti-bukti yang dikemukakan sekali lagi dicurigai.

Sipenuduh yang berusia 25 tahun mengaku menemui Perdana Menteri Najib Razak dan berbual melalui telefon dengan Ketua Polis Negara beberapa hari sebelum kejadian liwat tersebut didakwa berlaku.

Perbicaraan yang diadakan tidak berjalan dengan baik. Jika ia berakhir dengan Anwar sekali lagi disabitkan bersalah, masa depan politik dan gabungan pembangkangnya mungkin musnah, begitu juga dengan hidupnya: Kesihatannya tidak begitu baik.

Pemimpin pembangkang itu kali ini tidak mendapat sokongan sewajarnya daripada Amerika Syarikat, tidak seperti perbicaraannya yang pertama di mana timbalan presiden AS pada waktu itu, Al Gore bercakap bagi pihaknya. Obama tidak bercakap apa mengenai Anwar di khalayak ramai sewaktu menerima kunjungan Najib di Washington dalam bulan April lalu.

Selepas "dialog pegawai kanan" di antara dua kerajaan itu bulan ini, soal perbicaraan Anwar tidak juga dibangkitkan oleh Jabatan Negara kerana "isu telah pun dibincangkan dengan panjang lebar". Apabila menyentuh soal hak asasi manusia, pentadbiran Obama tidak mahu mengulangi perkara yang sama.

Anwar bagaimanapun menemui jalan untuk bertindak balas. Kalau selama ini beliau dihentam hebat oleh propaganda kerajaan mengaitkannya sebagai ejen Israel dan sahabat Amerika kerana berkawan dengan Wolfowitz, kali ini beliau menyerang dengan mengatakan Apco telah memanipulasi kerajaan untuk menyokong Israel dan kepentingan AS.

Beliau juga berkata ejen Israel telah menyusup masuk dalam pasukan keselamatan dan "terlibat secara langsung" dalam urusan kerajaan. Najib menyifatkan Israel sebagai "gangster dunia". Tetapi beliau cepat memusingkan kata-kata Anwar terhadapnya: Apco berusaha melibatkan diri dalam kenyataan anti-Israel di sekeliling Washington.

Anwar adalah seperti Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan, yang disifatkannya sebagai kawan dan teman sepengembaraan. Kedua-duanya tahu bagaimana untuk melibatkan diri dalam perkara sebegini. Kedua-duanya telah pun memulakannya - setahun selepas pentadbiran Obama melahirkan rasa tidak senangnya terhadap Israel. "Jika anda kata kami sudah hilang sabar terhadap Israel, itu benar," Anwar memberitahu saya. "Jika anda kata saya tidak berhati-hati bila bercakap kadang-kadang, itu juga benar."

Anwar yang berada di Washington buat beberapa hari minggu lalu, menghabiskan banyak masa cuba menjelaskan kepada kawan-kawan lama, termasuk Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Howard Berman dan beberapa orang pemimpin Yahudi.

Beliau berkata beliau kesal menggunakan istilah "pencerobohan Zionis" yang selalu digunakan oleh beberapa pemimpin seperti Mahmoud Ahmadinejad. "Mengapa saya perlu menggunakannya jika ia mendatangkan salah faham?" katanya. "Saya perlu berhati-hati."

Ramai di kalangan sahabat-sahabatnya di Malaysia bersedia memaafkannya. "Apa yang Anwar lakukan adalah salah, tapi memandangkan beliau sedang berjuang untuk hidupnya - secara fizikal dan politik - menentang kerajaan yang menyerangnya sebagai berkata 'boneka Yahudi', saya kira ia boleh dimaafkan," kata Wolfowitz memberitahu saya. Tetapi cerita Anwar perlu dibaca sebagai amaran. Perubahannya daripada seorang demokrat yang pro-Amerika kepada seorang fanatik anti-Israel merupakan sesuatu yang serius - dan ia kini mula menjadi trend.


Sumber terjemahan Detik Daily

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak