Saturday, October 12, 2013

[Gempar] Tembok Flat Polis Runtuh



Foto
MOHD Fauzi menunjukkan kawasan yang dinaiki air hingga menyebabkan tembok runtuh
Foto
KANAK-kanak mengambil gambar di lokasi kejadian
[hmetro]- “Kami seperti dipukul ombak selepas tembok di tingkat rumah kami pecah,” kata Noridah Abdullah, 54, yang cedera di kakinya selepas tembok kaki lima yang ditakungi air di Tingkat 4, Perumahan Pegawai Kanan Polis Desa Aman 2, di sini, runtuh, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 5.40 petang itu, mangsa bersama suaminya, Saparulah Othman, 59, sedang memungut sampah yang terapung di petak takungan air di sebalik tembok kaki lima sepanjang hampir 10 meter dan setinggi satu meter setengah itu tiba-tiba runtuh menyebabkan airnya melimpah.

Noridah berkata, selepas air melimpah dengan deras dan banyak, suaminya dihanyutkan hampir 20 meter ke arah tangga apartmen setinggi 24 tingkat itu, manakala dia terhimpit separas pinggang antara tembok yang pecah dengan tembok hadapannya sebelum tembok yang pecah itu runtuh menghempap kaki kanannya.

“Walaupun cedera, tetapi saya bersyukur kerana hanya cedera di kaki manakala suami pula tidak terjatuh ke tingkat bawah kerana sempat berpaut pada besi tangga.

“Pada petang kejadian, hujan lebat sebelum petak takungan di luar bahagian dapur rumah dipenuhi air sehingga melimpah keluar,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Persatuan Penduduk Pegawai Kanan Polis Desa Aman 2, Asisten Superintendan Mohd Fauzi Mohd Sharif berkata, pihaknya sudah beberapa kali membuat aduan kepada Bahagian Logistik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) berhubung masalah itu.

Beliau berkata, pihaknya mengesyaki tembok berkenaan dibina tidak mengikuti spesifikasi sepatutnya kerana binaan itu tidak diperkuatkan dengan batang besi sebaliknya hanya dibina dengan batu bata, simen dan pasir.

“Petak takungan air itu hanya di tingkat empat saja dan ia berfungsi untuk menakung air hujan yang melimpah dari tingkat-tingkat di atas sebelum disalurkan semula ke longkang di bawah bangunan.

“Bagaimanapun, saluran itu sering tersumbat menyebabkan air takungan itu naik melebihi paras biasa sehingga melimpah melepasi tembok kaki lima berkenaan dan mungkin sudah terlalu kerap dibasahi air yang bertakung, menjadikan struktur tembok itu lemah,” katanya.

Menurutnya, masalah itu turut menyebabkan sebuah unit kediaman di situ sering dibanjiri air takungan yang tiris masuk ke dalam menyebabkan banyak barangan dan peralatan rosak.

Mohd Fauzi berkata, akibat kejadian itu juga menyebabkan tiga lif di blok terbabit gagal berfungsi akibat dilimpahi air hingga menyulitkan semua penghuninya.

Difahamkan, pegawai dari Bahagian Logistik IPKKL sudah melawat lokasi kejadian dan kontraktor yang dilantik dijangka melakukan kerja pembaikan secepat mungkin termasuk membaik pulih lif yang rosak.

IdaMan: [Gempar] Tembok Flat Polis Runtuh:  ...

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak