Saturday, May 8, 2010

Perkataan biadap sudah tidak diguna pakai pada zaman ini.- Zaid Ibrahim

"Saya tidak akan sesekali tunduk kepada desakan PERKASA selain menyifatkan badan itu sebagai tidak tahu perundangan dan perkataan biadap sudah tidak diguna pakai pada zaman ini.

Isu masjid: Zaid bertegas titah sultan bukan arahan


Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim hari ini mengakui bahawa beliau telah diberi amaran oleh Majlis Agama Islam Selangor (Mais) berhubung artikel yang ditulis dalam blog peribadinya mengenai titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang melarang penggunaan masjid bagi tujuan politik.

Katanya, pengerusi Mais, Mohamad Adzib Mohd Isa telah menasihatkannya menerusi sepucuk surat bahawa adalah menjadi kesalahan bagi sesiapa yang mempertikaikan atau mengengkari titah yang dikeluarkan oleh baginda.

Bagaimanapun Zaid (kiri) berkata beliau tetap mempertahankan pendiriannya serta tidak bersetuju bahawa kuasa mengeluarkan arahan dan perintah adalah kuasa mutlak tanpa perlu dirujuk kepada Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Saya berpendapat kuasa yang diberi kepada kerajaan negeri di bawah Artikel 74 yang dibaca bersama-sama dengan Artikel 80 Perlembagaan Persekutuan untuk menggubal undang-undang dan peraturan dalam hal ehwal agama Islam itu diberi kepada pihak berkuasa negeri. Pihak berkuasa negeri pada hemat saya ialah DUN.

“Jik
alau kuasa membuat perintah dan arahan dalam hal-hal agama Islam itu boleh dibuat oleh Raja Melayu tanpa merujuk kepada DUN dan berkuat kuasa serta merta tanpa diwartakan maka bererti kita kembali ke zaman Khalifah,” katanya ketika pada sidang medianya di kediamnannya di Tropicana Golf and Country Resort hari ini.

Namun, menurut Zaid, beliau bersedia menghadap Sultan Selangor (kanan) bagi menjelaskan maksud artikel yang ditulisnya.

Pada artikelnya itu, Zaid yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri mencetuskan kontroversi apabila menulis bahawa titah Sultan Selangor yang melarang penggunaan masjid sebagai tempat politik bukan satu arahan.

Dakwanya, pada zaman khalifah mereka boleh melaksanakan undang-undang tanpa perlu merujuk pihak lain, namun dalam sistem raja berpelembagaan kuasa raja hanya boleh diguna pakai secara sah jika mengikut kehendak dan dalam kaedah yang dibenarkan perlembagaan persekutuan dan negeri.

“Fung
si penggubalan undang-undang terletak di tangan wakil yang dipilih rakyat, Perkara ini saya ingin ketengahkan dalam tulisan saya. Jika kuasa yang ada di bawah enakmen itu sah dan boleh diguna pakai, maka itu bererti tafsiran saya salah dan silap,” katanya.

Mengenai desakan pihak tertentu termasuk badan bukan kerajaan (NGO), khususnya Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) yang mahu beliau memohon maaf kerana tindakannya itu dianggap biadap, Zaid berkata:

"Saya tidak akan sesekali tunduk kepada desakan PERKASA selain menyifatkan badan itu sebagai tidak tahu perundangan dan perkataan biadap sudah tidak diguna pakai pada zaman ini."- Malaysiakini


Keluarga sedih, mangsa ditembak polis tiada rekod jenayah

SEREMBAN, 8 Mei: Keluarga Mohd Azizi Azri Aziz, 17, remaja yang ditembak anggota polis pagi tadi melahirkan rasa sedih di atas kejadian tersebut kerana mangsa tidak bersalah dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

“Ana terima maklumat dari ibu bapa mangsa sewaktu menziarahi keluarga di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban tadi,” kata Adun Paroi, Mohd Taufek Abd Ghani kepada Harakahdaily.

(Gambar: Sebahagian keluarga mangsa di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.)

Beliau berkata, keluarga mangsa memberitahu, Mohd Azizi Azri baru balik dari membantu kawannya yang berniaga di Pasar Malam Ampangan kira-kira jam 2 pagi.

Katanya, dia bersama-sama kawannya minum selepas bekerja di pasar malam.

Tambahnya, keadaan mangsa serius dan masih di dalam bilik bedah sejak jam 7 pagi tadi di mana usus besarnya cedera.

“Keluarga merasa sedih atas kejadian yang berlaku kerana anak mereka tidak bersalah dan tiada rekod jenayah.

“Walaupun kisah Aminulrasyid baru berlaku tetapi kisah sedih ini terus berulang dan menimpa keluarga mereka,” katanya.

Sehubungan itu, beliau dan beberapa wakil Pakatan Rakyat negeri yang menziarahi keluarga mangsa berharap pihak polis mengambil serius kes tersebut dan sudah tiba masanya Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mesti bertanggungjawab dan meletakkan jawatan.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 4 pagi tadi di Ampangan, mangsa yang tinggal di Taman Tasik Jaya, Paroi cedera parah di perut akibat ditembak seorang anggota polis.

Harakahdaily

First Lady of Malaysia Layak untuk Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agung selaku isteri kepada Pemimpin Tertinggi Negara.


Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin hari ini menggesa isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor membuat permohonan maaf secara terbuka kerana merujuk dirinya sebagai “wanita pertama” atau "first lady" - satu tindakan yang dianggap menderhaka.
“Kenyataan ini dilihat tidak wajar dikeluarkan oleh beliau kerana jika merujuk kepada Perlembagaan Negara, Artikel 32, gelaran itu sepatutnya diberikan dan dipegang oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agung selaku isteri kepada Pemimpin Tertinggi Negara. “Gelaran ini sama sekali tidak harus menjadi pertikaian dan juga hasrat bagi sesiapa sahaja untuk memilikinya kerana ia jelas tertulis dari sudut Perlembagaan Negara,” katan Zuraidah (kanan) dalam kenyataan media hari ini. Zuraidah merujuk kepada iklan dua muka surat yang disiarkan di New York Times, bulan lalu yang mengucapkan tahniah kepada “Rosmah, Wanita Pertama Malaysia” sempena dikurniakan Anugerah Keamanan dan Harmoni Antarabangsa 2010. Iklan 16 April itu juga dilaporkan oleh agensi berita nasional, Bernama yang mendapat perhatian blog Malaysia Today, yang dikendalikan oleh blogger Raja Petra Kamaruddin yang kini diburu kerajaan. Laman web itu juga melaporkan iklan yang dianggarkan bernilai RM10 juta itu juga memuatkan gambar besar Rosmah dengan tajuk “Malaysia berbangga dengan anda”. Menurut Bernama, kos berkenaan ditampung oleh “keluarga dan sahabat Rosmah di Amerika dan Malaysia”. Zura
idah berkata sikap Rosmah yang kerap mengganggap dirinya sebagai “The First Lady” bukan sahaja dilihat sesuatu yang tidak sopan tetapi menunjukan beliau seolah-olah cuba membelakangi Istitusi Diraja. “Amat dikesali apabila seorang isteri Perdana Menteri begitu dangkal dan cetek fahaman politiknya sehinggakan bagi menaikkan diri, beliau sanggup membelakangi Raja Permaisuri Agung dan sekaligus dilihat sebagai satu tindakan yang menderhaka. “Kami ingin menasihati kepada semua rakyat agar tidak mencontohi kelakuan biadap sebegini semata-mata ingin meraih sokongan politik sehingga sanggup melanggar Perlembagaan Negara,” katanya lagi. Rosmah juga didesak supaya tidal lagi menggunakan gelaran tersebut di mana-mana sahaja beliau berada.- Malaysiakini

Seorang konstabel polis digantung tugas dan ditahan selepas didakwa menembak remaja remaja berusia 17 tahun yang enggan memberhentikan motosikalnya ketika dikejar kereta peronda di persimpangan Kampung Ujong Pasir, Jalan Seremban-Jelebu, 3.30 pagi tadi.
Anggota polis itu dipercayai baru berkhidmat kira-kira setahun. Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh berkata, anggota polis berkenaan digantung tugas serta merta kerana melepaskan tembakan tanpa sebab kukuh dirinya terancam. “Saya menganggap kejadian ini sebagai kesalahan menggunakan kuasa. Saya kesal dengan insiden ini kerana anggota terbabit telah menembak tanpa justifikasi yang telah ditetapkan oleh Ketua Polis Negara. Saya juga ingin meminta maaf kepada pihak keluarga mangsa," katanya.

Cedera parah

Pada kejadian itu, Mohd. Azizi Aziz, 17 cedera parah di bahagian perut setelah terkena tembakan yang dilepaskan seorang anggota polis keran enggan berhenti.

"Berikutan itu, polis telah melepaskan satu das tembakan dan kena pada bahagian perut sehingga tembus ke bahagian usus," kata Osman kepada pemberita.

Mangsa yang dipercayai berasal dari Senawang itu menjalani pembedahan di perut dan usus kini berada dalam keadaan stabil di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban.

Os

man berkata mangsa dalam satu kumpulan kira-kira 20 orang yang menaiki motosikal berhampiran sebuah pasaraya di Jalan Datuk Siamang Gagap dan kumpulan itu berpecah apabila terserempak dengan sebuah kereta peronda polis, manakala angsa melarikan diri arah Jalan Seremban-Jelebu.

"Anggota polis yang melepaskan tembakan ini mendakwa dia melepaskan tembakan amaran tetapi dalam keadaan kereta yang laju dan mangsa juga menunggang motosikal secara bahaya.

"Satu das tembakan telah dilepaskan dan selepas kira-kira dua kilometer baru mangsa dapat ditahan dan mendapati mangsa terkena tembakan di bahagian perut."

Mengulas kejadian itu Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop yang ditemui Bernama ketika merasmikan lapang sasar polis bantuan Felda di Felda Bukit Rokan berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak bertolak ansur dalam kes tersebut. "Bagi kita, perkara ini sangat serius. Kita akan meneruskan dengan siasatan dahulu. Kalau anggota polis terbabit terbukti bersalah, kita akan mengambil tindakan mengikut prosedur yang diperuntukkan.

"Dalam kes ini kita masih menyiasat dan buat masa ini anggota polis terbabit telah ditahan kerja," katanya.

Bapa terkilan

Abu Seman turut melawat mangsa di HTJS. Beliau meluangkan masa kira-kira setengah jam untuk melihat keadaan mangsa.

Turut hadir Osman dan dua anggota exco kerajaan negeri Datuk Ismail Lasim dan Datuk Ismail Taib.

Sementara itu, Bernama melaporkan ayah mangsa, Aziz Omar, 42, berkata beliau sangat sedih dengan kejadian yang menimpa anaknya itu.

"Saya dihubungi pihak hospital pada pukul 4.20 pagi tadi yang menyatakan anak saya mengalami kecederaan dan kini berada di hospital. Saya kemudian bergegas ke hospital dan baru mendapat tahu bahawa anak saya cedera ditembak polis.

"Dalam hal ini saya amat terkilan kerana yang menghubungi saya adalah pihak hospital tapi mengapa tidak polis. Mohd Azizi adalah anak sulung daripada enam orang adik beradik," katanya.- Malaysiakini

UMNO YANG GUNA MASJID UNTUK POLITIK KEPATIAN - KHALID SAMAD

PERKESO MELABUR DALAM SYARIKAT ARAK (CARLSBERG BREWERY MALAYSIA BHD)


Berdasarkan laporan tahunan bermula 2007 hingga 2009 dari Syarikat Carlsberg Brewery Malaysia Berhad telah membuktikan bahawa Pertubuhan Keselamatan Sosial [ PERKESO ] merupakan pemegang saham terbesar di dalam syarikat tersebut .

PERKESO merupakan sebuah entiti kerajaan di bawah Kementerian Sumber Manusia dan polisinya adalah memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja - pekerja serta tanggungan yang layak . PERKESO memperolehi dananya melalui kutipan caruman yang dikutip setiap bulan dari potongan gaji pekerja .

Persoalannya ialah hampir 90% kakitangan PERKESO merupakan kakitangan yang beragama Islam dan ini akan menimbulkan kerunsingan dan kerisauan yang serius kepada mereka apabila sumber pendapatan mereka diragui halal dan bersih .

Sebagai sebuah negara ummat Islam , sepatutnya kerajaan peka perkara ini dan tidak meletakkan rakyat rasa terhina dengan perkara seperti ini . Apakah tidak syarikat lain untuk PERKESO miliki sahamnya sedang mereka menyedari sebahagian besar kakitangan mereka adalah muslim .

Kerajaan sewajarnya bertanggungjawab lantaran PERKESO adalah sebuah entiti kerajaan di bawah Kementerian Sumber Manusia .


Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi,
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

sila klik url di bawah untuk melihat laporan yang lebih jelas :
[ http://www.carlsbergmalaysia.com.my/web/investor/pdf/ar/2009/ar09_120-121.pdf

Dr Asri: Lesen Atau Tidak, Judi Tetap Haram


SHAH ALAM 7 MEI: Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin menyifatkan alasan kerajaan yang menghalalkan perjudian melalui pemberian lesen yang membenar pertaruhan bola sepak, tidak munasabah untuk mana-mana agama, lebih-lebih lagi agama Islam.

Beliau menegaskan sebarang bentuk perjudian sama ada berlesan atau sebaliknya, hanya membawa masalah antaranya pergaduhan dan bebanan hutang.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein sebelum ini berkata, kerajaan sedang mempertimbang kemungkinan mengeluarkan lesen pertaruhan ketika Piala Dunia 2010 berlangsung Jun ini.

Beliau memberi alasan ia wajar dilesenkan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Mengulas isu ini, Dr Asri menyifatkan kerajaan pimpinan Umno Barisan Nasional sudah tidak dapat membezakan halal dan haram.

"Kerajaan mesti memikirkan kesan buruk perkara ini. Ia akan mengakibatkan pergaduhan, pinjam meminjam dan pelbagai lagi. Jika kerajaan bertindak memberi lesen apa ertinya?" katanya.

Dr Asri mengingatkan kerajaan, tindakan melesenkan judi belum tentu menyelesaikan masalah kerana masalah tetap berlaku, bahkan berlarutan dengan lebih buruk.

"Judi termasuk dalam dosa besar. Di negara ini, orang akan kata ini bukan untuk orang Islam. Adakah perkara ini dituntut oleh orang bukan Islam? Adakah kerajaan bertindak hanya untuk kepentingan cukai ataupun untuk kepentingan masyarakat bukan Islam.

Beliau menyifatkan kerajaan hanya mencari alasan termasuk menggunakan elemen pembangunan judi bagi menghalalkan perjudian.

"Saya lihat alasan yang dinyatakan bagi mengelakkan judi haram dengan mengadakah judi halal. Semua judi adalah haram dan memberi kesan negatif. Saya tidak fikir orang agama lain disuruh pergi berjudi.

"Jika kerajaan hendak menyalurkan dana kepada bidang sukan, saya lihat perkara lain juga mungkin kita boleh mengenakan cukai yang tinggi. Jadi, saya fikir alasan ini sangat tidak munasabah," katanya.

Dr Asri seterusnya mencadangkan kerajaan supaya bertindak mengikut landasan Islam bagi mengawal baik buruk sesuatu perkara.

"Tetapi dengan cara kerajaan menghalalkan dan membenarkan cara memberi lesen ini kepada judi bererti perkara yang dibimbangi masyarakat dilakukan secara terbuka dan mendapat persetujuan. Apa beza antara yang halal dengan yang tidak, kedua-duanya mengundang masalah kepada rakyat," katanya.- TVSelangor

Umno Mahu Jadikan Malaysia Serambi Las Vegas

Rate This
Quantcast

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan tindakan pemimpin Umno melalui Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein yang mahu menimbangkan sekali lagi cadangan meluluskan lesen judi Bolapsepak Piala Dunia 2010.

Hal ini sudah jelas mendapat tentangan rakyat sejak cadangan pertamanya tahun lepas. Namun kali ini ia berbangkit lagi dengan alasan bahawa kerajaan gagal membanteras aktiviti sindiket perjudian haram. Alasan ini dengan sendirinya membuktikan kelemahan sistem pentadbiran dan penguatkuasaan kerajaan. Bila sudah gagal mereka keluarkan lesen untuk menghalalkan pula.

Kempen memerangi dadah masih diteruskan walaupun belum berjaya menghapuskan aktiviti pengedaran dan penagihan dadah. Dadah diistihar sebagai musuh negara. Kenapa selepas bertahun-tahun gagal membasmi dadah hingga ke akar umbi Kerajaan tidak mengeluarkan lesen pengedaran dadah pula.

Kerajaan kata dadah itu merosakan rakyat dan menjadi ancaman kepada negara kerana menyebabkan ketagihan serta dorongan melakukan jenayah. Apakah judi tidak memainkan peranan yang sama. Berapa ramai rakyat Malaysia yang jadi kaki judi mengabaikan keluarga mereka, malah ada yang sanggup jadi penjenayah untuk mendapatkan modal berjudi. Sepatutnya judi diistihar sebagai musuh utama negara juga.

Rakyat Kelatan khususnya pasti bersyukur dengan kekalahan Umno dan Awang Adek dalam pilihanraya lalu dinegeri itu. Jika beliau menang dan Umno rampas kerajaan Kelantan, pastilah beliau yang kononnya mahu diangkat menjadi Menteri Besar akan menjadikan Kelantan sebagai Negeri Serambi Las Vegas bukan lagi Serambi Mekah.

Disebabkan gagal di Kelantan beliau yang mendapat peluang jadi Menteri melalui ehsan Najib mahu jadikan Malaysia pula sebagai serambi Las Vegas. Tak dapat Kelantan, satu negara diperjudikannya.

Mungkin tindakan ini terdorong dek peluang yang dinikmati Singapura yang baru-baru ini mendapat suntikan pelaburan sebanyak USD 5.7 Bilion dari Las Vegas Sand Corp yang mahu membina sebuah Resort Perjudian mewah dinegara itu bagi menyaingi Genting Highland. Projek Marina Bay Sand itu dijangkakan mendatangkan pulangan USD 2 Bilion setahun dan menjadi antara sumber kewangan baru bagi Kerajaan Singapura.

Oleh itu, Awang Adek cuba menunjukan Malaysia lebih terbuka dari Singapura dengan harapan syarikat Perjudian antarabangsa berminat membuka resortnya di Malaysia pada masa akan datang. Krisis kewangan global menjadikan pemimpin Umno buta mata, dan sanggup mengambil apa sahaja peluang untuk mengaut keuntungan bagi membiayai projek-projek politik yang mereka janjikan kepada rakyat sejak PRU-12.

Tahun ini usia Umno 64 tahun, bermakna sudah lebih 64 tahun mereka bergelumang dengan perjudian. Di awal penubuhannya berbondong-bondong Ulama’ dan Ustaz-Ustazah keluar dari Umno menubuhkan PAS kerana kedegilan pemimpin Umno yang tekad menjadikan loteri kebajikan dan pelbagai jenis judi sebagai aktiviti ekonomi mereka hingga ke hari ini.

Hari ini Umno masih bersandarkan hasil judi untuk terus berdiri megah di PWTC. Lihat sahaja senarai pemegang saham dan ahli Lembaga Pengarah beberapa syarikat judi dalam negara. Malah, bila sebut pasal tokoh pelaburan judi dalam Umno rakyat akan terbayang wajah Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor.

PAS berharap agar rakyat membuka mata dan bangkit menolak dasar-dasar perjudian yang cuba dihalalkan Umno. PAS yakin, tanpa duit hasil judi, ekonomi negara ini mampu melangkah jauh ke hadapan.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Suami isteri saman polis, kerajaan RM4.75 juta

Seorang lagi mangsa yang mendakwa ditembak oleh polis, Siti Nasrinda Tumirin, hari ini tampil membuat pendedahan yang dia ditembak di Klang pada Ogos tahun lalu.

Siti Nusrinda (kanan, bertudung), 23 dan suaminya, Mohd Fauzi Mohd Daud (kanan, berbaju hijau), 26, serta bapa mertuanya, Mohd Daud Ab Hamid, 51, memfailkan saman bernilai RM4.75 juta di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di Shah Alam, terhadap dua anggota polis dan empat yang lain selepas mendakwa mereka melepaskan tembakan bertubi-tubi dan membuta tuli ke arah mereka, tahun lalu.

Saman itu dibuat melalui Tetuan M Manoharan & Co, menamakan Konstabel Razlan Mohd Khairi dan Koperal Abdul Wahab Ishak, sebagai defendan pertama dan kedua, manakala Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusof; Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar; Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Kerajaan Malaysia, sebagai defendan ketiga, keempat, kelima dan keenam, dalam writ saman itu.

Mereka turut menuntut suatu deklarasi terhadap defendan kerana melanggar Perkara 5, Perlembagaan Persekutuan, satu deklarasi bahawa defendan gagal, enggan, cuai dan abai untuk mematuhi Seksyen 20, 21 dan 24 Akta Polis 1967, satu deklarasi bahawa defendan pertama dan kedua melakukan kesalahan cubaan membunuh, mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Pada kejadian itu, Siti Nusrinda mendakwa cedera di bahgian pinggang manakalasebutir lagi peluru mengenai tudungnya.

Selain itu, Siti Nusrinda juga menuntut agar anggota polis yang menembaknya dan Mohd Daud yang merupakan tunangnya ketika itu, menjalani kerja-kerja khidmat masyarakat selama dua tahun.

Katanya, tindakan itu sebagai pengajaran kepada anggota polis berkenaan supaya tidak lagi mengulangi kesilapan mereka.

Saman itu difailkan oleh peguamnya, M Manoharan, yang juga ahli dewan undangan negeri Kota Alam Shah.

Pada kejadian 19 Ogos itu, Siti Nusrinda dan Mohd Fauzi mendakwa sedang berbual di kereta mereka yang diletakkan di sebatang jalan di Klang Utama pada jam 8.30 malam.

Sebuah kereta peronda kemudiannya menghampiri mereka sambil menyalakan lampu beberapa kali. Pasangan itu mendakwa mereka ketakutan dan terus memecut.

Pihak polis dilaporkan terus mengejar dan tanpa amaran terus melepaskan beberapa tembakan.

Sebutir peluru menembusi kerusi penumpang dan mencederakan Siti Nusrinda di bahagian pinggangnya.

Mohd Fauzi yang memandu kereta itu kemudiannya memberhentikan kenderaan itu dan diberitahu mereka disiasat kerana memecut, berkhalwat dan menghalang tugas polis.

Mereka mendakwa, kedua-dua anggota polis keluar dari kereta peronda dan terus mengacukan pistol mereka ke arah mereka.

Sehubungan itu, sebagai plaintif, mereka memplidkan kedua-dua defendan pertama dan kedua cuai dan gagal dalam menjalankan tugas mereka sebagai anggota polis yang bertanggungjawab selain mereka tidak mengendahkan langsung kepentingan nyawa plaintif dan orang awam.-Malaysiakini

Pemuda DAP Tolak Cadangan Lesenkan Judi Piala Dunia




SHAH ALAM 7 MEI: Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke secara tegas menolak sepenuhnya hasrat Kerajaan Pusat untuk melesenkan perjudian pada kejohanan bola sepak Piala Dunia awal Mei ini.

Beliau melihat tindakan berkenaan hanya sebagai penyumbang kepada masalah sosial terbesar dalam negara ini.

"Jika kerajaan memberi lesen untuk perjudian bola, ini seolah-olah menggalakkan lebih ramai orang muda pergi berjudi dalam pertandingan bola sepak. Saya rasa ini akan meyebabkan keadaan yang tidak sihat dan menyebabkan lebih banyak masalah sosial," katanya.

Anthony Loke menganggap tindakan kerajaan Umno BN ini bertentangan dengan usaha mengawal aktiviti perjudian haram.

"Apabila kerajaan memberikan lesen ini, ia adalah tidak tepat. Mereka mengatakan perkara ini untuk mengawal perjudian haram ssekali gus menyalurkan cukai kepada kerajaan.

"Saya rasa ini sesuatu yang walaupun betul menjanakan sedikit pendapatan kepada kerajaan tetapi masalah akan bertambah lebih besar," katanya yang terkilan kerana hal ini banyak kali dibangkitkan di Parlimen tetapi tiada penyelesaian sebaliknya langkah berlawanan pula diambil.

Anthony Loke menyifatkan keadaan ini menunjukkan kegagalan kerajaan mengurus kewangan negara dan terlalu bergantung kepada cukai judi.

"Mereka ingat ini cara mudah untuk menambah cukai kerajaan dengan memberi lebih banyak special draw, lesen judi lesen bola dan sebagainya? Ini cara mudah untuk menambah cukai tetapi saya rasa ini kaji kesan sosial dulu," katanya.

Beliau menyeru kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) supaya mengkaji dengan lebih teliti hal ini dan tidak memihak kepada golongan tertentu sahaja.

TVSelangor

Friday, May 7, 2010

Perkasa guna laman sosial serang Zaid dan PR


Oleh Qayum Rahman

PETALING JAYA: Persatuan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) menggunakan laman sosial ‘Facebook’ melalui nama Wira Perkasa Malaysia menyerang Datuk Zaid Ibrahim dan Pakatan Rakyat (PR) mendakwa beliau menyentuh keistimewaan dan kedaulatan raja-raja Melayu.

Laman Sosial tersebut memaparkan kenyataan dari Perkasa yang menghasut orang ramai menyertai perhimpunan-perhimpunan yang diadakan dan terkini di Masjid Negeri Shah Alam selepas solat Jumaat hari ini.

Dalam laman sosial tersebut juga, Perkasa menyeru agar semua golongan Melayu tidak mengikut perkembangan PR kerana dikatakan tiada hala tuju yang tepat dan kononnya tidak memperjuangkan keistimewaan orang-orang Melayu.

Melalui laman sosial itu juga, Perkasa mengugut agar Zaid memohon maaf kepada Sultan Selangor dengan segera kerana didakwa menghina institusi diraja negara ini.

Perkasa meminta Zaid dihalau keluar dari Selangor dan melucutkan gelaran Datuk yang diberikan kerana tidak berpuas hati terhadap kenyataan zaid ‘Sekarang bukan zaman ‘feudal’ dalam akhbar Sinar Harian semalam.

Salah tafsir untuk serang peribadi

Zaid dalam kenyataannya kepada Free Malaysia Today hari ini berkata, perkara yang terjadi adalah disalah tafsir semata-mata untuk menyerang keperibadian beliau dan berniat untuk menjatuhkan PR.

Beliau berkata, jika benar Perkasa ingin mempertahankan hak keistimewaan Sultan, mengapa Sultan digunakan sebagai bahan politik BN semasa di Hulu Selangor baru-baru ini.

"Mereka nak serang saya tetapi tidak pula menyerang BN yang menggunakan Sultan Selangor untuk mengeluarkan kenyataan berhubung politik," ujar beliau.

"Perkasa dah tak ada isu untuk menarik perhatian dan sengaja mencetuskan isu baru dan kali ini menyerang saya," katanya.

Sehubungan itu, Zaid juga menyatakan tindakan Perkasa hanyalah untuk melindungi Umno dan BN yang tidak menghormati Perlembagaan Negara sehingga bersekutu dengan UPCO dan menyebabkan keselamatan negara dalam bahaya.

Kenyataan terkini melalui laman Sosial Perkasa berbunyi: "Selepas Solat Jumaat Di Masjid Shah Alam 07hb Jam 2.30 pm Pintu Hadapan, Bantahan Terhadap Zaid Ibrahim Yg Mempertikaikan Institusi Diraja Melayu Dan Kuasa Raja2 Melayu Selaku Ketua Agama Negeri Selangor, Bersama2 Ngo2 Melayu, Wira Perkasa, Pemuda Umno Dan Rakyat Selangor, Di Jemput Hadir Beramai2 Utk Mempertahankan Institusi Raja …. dari Arman Azha Hj Abu Hanifah Ketua Wira Perkasa Malaysia.

Perkasa terus menghina keperibadian Zaid dengan melabelkan beliau sebagai ‘Zaid botol berkuda Ibrahim’ yang tidak berperikemanusian.

Serangan peribadi oleh Perkasa adalah keterlaluan dan nyata Perkasa mencetuskan provokasi dan tidak memahami maksud Zaid yang sebenar, tetapi hanya untuk mendapatkan publisiti murahan

Freemalaysiatoday

Khalid: BN Amal ‘Politik Partisan’ di Masjid




Oleh Fazy Sahir

SHAH ALAM: Ahli Parlimen PAS-Shah Alam Khalid Samad mendakwa Umno-Barisan Nasional (BN) mengamalkan politik partisan di masjid dan bukannya PAS seperti yang dicanang oleh mereka sebelum ini.

"Ini kerana terdapat banyak bukti nyata yang menunjukkan Umno-BN bersalah dalam hal sejak sekian lama," kata dalam satu sidang media di pejabatnya di sini semalam.

Khalid berkata, ketika kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor pada 25 April lalu, BN telah menganjurkan satu majlis bacaan Yassin dan solat hajat di sebuah masjid, untuk kemenangan calon BN.

Menurutnya, majlis itu diadakan di Masjid Jamek Ar-Rahimah, Kuala Kubu Bharu, dua hari sebelum hari mengundi.

"Malah terdapat banner yang digantung di hadapan masjid berkenaan. Jelas ini adalah politik partisan diamalkan oleh Umno-BN. Kita tidak buat kerja seperti ini," katanya.


Khalid bersetuju dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya institusi agama seperti masjid dan surau tidak dijadikan medan politik.

Nik Aziz hanya sampaikan tazkirah

Bagaimanapun katanya, dakwaan bahawa Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat berceramah politik dalam masjid adalah tidak benar kerana beliau hanya menyampaikan tazkirah atas jemputan ahli-ahli jawatankuasa masjid yang berkenaan.

Khalid turut menafikan bahawa Menteri Besar Kelantan itu menggunakan masjid sebagai medan berpolitik.

"Saya dari sudut politik, bersetuju dengan titah sultan bahawa politik partisan tidak boleh dilakukan di dalam msjid.

"Masuk masjid bagi ucapan bantai Umno…bantai PAS, PKR dan lain-lain itu tidak boleh. Tok Guru Nik Aziz turun Hulu Selangor tiada program di masjid melainkan untuk pergi sembahyang.

"Pada hari yang berkenaan beliau sembahyang, maka imam, nazir minta beliau sebagai seorang ulama’ memberi tazkirah," jelas Khalid.

Sehubungan dengan itu beliau berharap agar pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengeluarkan kenyataan mengutuk penggunaan rumah ibadah (masjid) untuk program politik mereka (Umno-BN).

"JAIS dan MAIS perlu ada pendirian. Tindakan ini perlu dikutuk, maka JAIS dan MAIS berperanan untuk memaklumkannya kepada Sultan," katanya.

Free Malaysia today

Lagi saksi sahkan kenyataan Azamuddin


Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata, pemilik kenderaan yang bergesel dengan kereta yang dipandu Aminulrasyid Amzah, telah bertemu denganya dan menceritakan peristiwa sebelum remaja itu ditembak mati oleh polis pada 26 April.

Kha

lid berkata, ahli perniagaan tersebut tampil menemuinya kelmarin (Selasa) dan meminta pandangannya berhubung tindakan lanjutnya yang patut diambil. “Dia asalnya tidak mahu campur. Dia takut direman,” katanya yang enggan mendedahkan indentiti pihak terbabit buat masa ini. Bagaimanapun, selepas dinasihatkan, Khalid menambah, pemilik kenderaan tersebut membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut di ibu pejabat polis daerah (IPD) Shah Alam di seksyen 11 pada sebelah malam selepas pertemuan tersebut. Pada
27 April lalu - sehari selepas insiden kematian Aminulrasyid, Khalid (kiri) dilaporkan telah mendedahkan butiran kandungan laporan polis saksi utama kes itu, Azamuddin Omar, yang berada dalam kereta bersama arwah, pada malam kejadian tersebut. Dalam aduanya, Azamuddin antaranya mendakwa kenderaan yang dipandu arwah telah bergesel dengan sebuah kereta, menyebabkan beliau dikejar oleh tiga penunggang motosikal, dipercayai rakan kepada pemilik kenderaan itu. Menurut aduan itu lagi, ketika melarikan diri, mereka telah memotong sebuah kereta polis yang kemudiannya turut mengejar mereka. Azamuddin juga dilaporkan mendakwa, tembakan terhadap Aminulrasyid dilepaskan selepas kejadian tersebut. Bercaka
p dalam sidang media di pejabatnya di Shah Alam, Khalid berkata, beliau difahamkam seorang penunggang motosikal tersebut turut membuat laporan polis sejurus selepas kejadian tersebut, juga di IPD yang sama. Menurut Khalid lagi, pemilik kereta tersebut memberitahunya, pada malam kejadian tersebut, keretanya digunakan oleh seorang rakannya dan keluar minum di seksyen 7 bersama tiga penunggang motosikal terbabit. Tambahnya, kedua-dua laporan tersebut bertepatan dengan apa yang diceritakan oleh Azamuddin dalam laporan polis dan sidang medianya sebelum ini. Menjawab soalan, Khalid berkata, walaupun kedua-dua pihak terbabit tidak menyaksikan peristiwa ketika Aminulrasyid ditembak, laporan tersebut didakwa dapat membuktikan “konsisten dan tepatnya” versi yang diceritakan kembali oleh Azamuddin. “Kalau di bahagian awalnya (cerita itu) tepat, takkanlah di akhirnya tidak betul?” soalnya kembali. S
ehubungan itu, Khalid mempersoalkan kenapa “laporan yang telah berada dalam simpanan polis” itu tidak didedahkan kepada umum ketika kerajaan menjamin satu siasatan yang telus akan dilaksanakan dalam kes itu. “Ketelusan bukannya bermaksud telus terhadap jawatankuasa (pemantau) sahaja, tetapi juga kena telus kepada rakyat,” tambahnya.

Sementara itu, Khalid juga menyuarakan kebimbingannya terhadap perkembangan siasatan kes Aminulrasyid di mana Azamuddin telah tiga kali dipanggil memberikan keterangan oleh pihak polis.
Beliau berkata, tindakan itu – terakhir petang semalam – dikhuatiri boleh mendorongnya tersilap membuat kenyataan dan tidak konsisten memberikan jawapan.
"Berapa kali dia (Azamuddin) perlu menceritakan perkara ini? Apa tujuan dia diminta menceritakan perkara yang sama berulang-ulang kali?" soal Khalid. Malaysiakini


Malaysia hendak halalkan judi bolasepak?



Dato' Awang Adek, Timbalan Menteri Kewangan, patut beristighfar dan mengucap syahadah kerana berhujjah jika judi bagi sukan bolasepak dibenarkan kerajaan boleh memungut hasil.

Beliau hari ini memberitahu Dewan Negara bahawa kerajaan Pusat akan menimbang untuk membenarkan judi untuk sukan tersebut.

Sebagai seorang Islam, beliau tidak sepatutnya mengeluarkan ucapan sedemikian.

Sebagai ADUN, saya turut mendapat aduan dari masyarakat bukan Islam yang mahu industri judi dihadkan. Tetapi seorang Menteri Islam pula yang mahu ditambah peluang bagi rakyat untuk berjudi.

Inilah Umno yang tidak memperdulikan halal dan haram asalkan dapat mendatangkan keuntungan. Tidak langsung memikirkan keredhaan dan keberkatan Allah SWT.

Maka jelaslah UMNO tidak layak bercakap tentang Islam dan ini sepatutnya membuka mata mereka yang mengharapkan Umno membela agama Islam.

Iskandar A. Samad
ADUN Chempaka /
Timbalan Pesuruhjaya PAS II Negeri Selangor
7 Mei 2010

Thursday, May 6, 2010

Isu RM4 juta: Husam buat penjelasan terbuka malam ini

"Kalau merasakan apa yang ditulis itu benar, namakan saja orang-orang yang terlibat. Jangan berselindung di sebalik kesamaran tanpa nama begini," tulis Husam dalam facebooknya.



KUALA LUMPUR, 6 Mei: Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa buat pertama kalinya akan memberikan penjelasan secara terbuka isu RM4 juta sebagaimana yang disebut oleh penulis blog, Syed Azidi Abdul Aziz atau Sheikh Kickdefella.

Beliau akan membuat penjelasan itu dalam satu majlis ceramah yang akan diadakan di Taman Guru, Kota Bharu malam ini.

Husam memaklumkan perkara ini dalam laman komuniti facebooknya hari ini.

Dalam tulisan itu juga, Husam menjemput semua rakannya dalam facebook menyertai beliau dalam majlis ceramah tersebut.

Terdahulu dari itu, Husam menulis seakan mencabar Kickdefella agar menamakan dengan jelas pihak-pihak yang didakwa memberikan duit kepada beliau itu.

"Kalau merasakan apa yang ditulis itu benar, namakan saja orang-orang yang terlibat. Jangan berselindung di sebalik kesamaran tanpa nama begini," tulis Husam dalam facebooknya.

Kickdefella telah mendakwa menerima RM4 juta dari lima pihak untuk menjalankan operasi gerak saraf di Kelantan bagi memburukkan peribadi Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Namun sehingga kini, beliau masih belum menyatakan dengan jelas siapakan penama-penama tersebut.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menafikan PAS memberikan wang itu kepada Kickdefella manakala Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pula berkata, tidak ada apa yang salahnya dengan usaha untuk menjatuhkan BN itu asalkan duit itu bukan datang dari sumber yang tidak betul.

Husam dalam respon awalnya pula berkata, "bagaimana kalau saya katakan wang itu datang dari Umno yang sama-sama tidak suka kepada Pak Lah."

Bercakap kepada media semalam, Husam juga tidak ingin memberikan penjelasan kerana nama beliau belum dinamakan oleh media.

"Saya sepatutnya tidak mengulas isu RM4 juta ini kerana nama saya secara rasmi tidak dikaitkan oleh mana-mana media.

"Jadi saya minta surat khabar sebut nama saya dulu, dikatakan ada lima dalang tapi tak letak nama, hanya sebut seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, seorang Ahli Majlis Perbandaran, seorang itu, seorang ini, tapi tak sebut nama.

"Saya yakin media ini pun ada agenda tertentu dan tidak berani berterus terang. Pada pandangan saya media hanya memperbesarkan dan memutarbelitkan isu ini," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di Pejabat Menteri Besar hari ini.

Sehingga kini, Kickdefella sudah dua kali memberikan keterangan kepada SPRM berkaitan dengan isu ini dan SPRM telah meminta beliau jangan lagi membuat sebarang kenyataan terbuka agar tidak mengganggu siasatan pihaknya.

Harakahdaily

Kes Aminulrashid: Khalid Samad dedah saksi baru


SHAH ALAM: Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini mendedahkan individu baru iaitu pemilik kereta yang bergesel dengan kereta yang dipandu Aminulrasyid Amzah pada malam mangsa ditembak mati oleh polis, Isnin lalu.

Pemilik kereta berkenaan, dakwa tokoh PAS itu tampil mengesahkan kebenaran kenyataan saksi utama kejadian itu, Azamuddin Omar.

Khalid berkata, pemilik kereta itu meminta pandangan sama ada beliau perlu membuat laporan polis atau tidak memandangkan pihak polis sedang mencarinya.

"Saya menasihatkan pemilik kereta tersebut membuat laporan polis dan beliau akhirnya membuat laporan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Shah Alam di seksyen 11 pada sebelah malam selepas pertemuan tersebut.

"Berdasarkan cerita pemilik kereta itu, mengesahkan lagi kenyataan Azamuddin yang kini memasuki kali ketiga diambil keterangan oleh pihak polis," katanya kepada wartawan di sini hari ini.

Menurut Khalid, selain pemilik kereta terbabit, seorang penunggang motosikal yang mengejar mangsa (Aminulrasyid) sehingga terjatuh pada hari kejadian turut membuat laporan polis selepas kejadian itu.

Dalam laporan polis tersebut, Azamuddin yang turut berada bersama mangsa dikejar oleh tiga penunggang motosikal selepas menggesel kereta terbabit di Restoran Ali Maju di Shah Alam.

Sementara itu, Khalid turut menggesa Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar mendedahkan fakta terbabit kerana ia secara langsung mengesahkan laporan polis Azamuddin.

Malah beliau khuatir fakta tersebut disembunyikan daripada dimaklumkan daripada pengetahuan rakyat.

"Polis kenal pasti dan cam pemilik kereta yang digesel mangsa. Saya khuatir fakta disembunyikan dan tidak dimaklumkan kepada rakyat.

"Lebih-lebih lagi kini Azamuddin diheret oleh polis sehingga diambil kenyataan sehingga tiga kali," kata beliau.

Malah beliau turut menggesa polis yang melakukan tembakan tampil memohon maaf kepada keluarga mangsa.

"Jika sudah tersilap jangan buat kesilapan untuk tutup. Tampil ke hadapan, mengaku dan minta maaf dengan keluarga mangsa.

"Jangan bersekongkol dengan mendiamkan diri sedangkan tahu apa yang terjadi sebenarnya," katanya.

Sumber

KUIH MASIH LAGI DI JUAL DENGAN HARGA 10 SEN DI SIBU

PENJUAL kuih, Madinah Zen, 49, dibantu anak saudara, Abdul Najib Solo, 29, (kiri) masih lagi menjual kuih pada harga 10 sen sebiji di Kampung Hilir, Sibu. Beliau yang menjual kuih lebih 5 tahun di kawasan itu berpendapat bersedekah sambil berniaga adalah lebih baik daripada menjual kuih pada harga yang tinggi sehingga orang kampung tidak sanggup membeli. - Foto Rosdan Wahid

Berita Harian On line

Terkini: Bengkulu, Sumatera dilanda gempa bumi


Gempa bumi berukuran 6.3 pada skala Richter menggegar Bengkulu, Pulau Sumatera pada 11.30 malam semalam namun ia tidak mendatangkan ancaman tsunami. Setakat ini, belum ada laporan mengenai kemalangan jiwa dan kerosakan harta benda.
Para petugas Badan Pengurusan Bencana Kebangsaan di Bengkulu telah menjalankan pemeriksaan di kawasan terbabit sejak malam semalam. Semua 60 pelajar Malaysia di Padang, yang terletak di utara Bengkulu dilaporkan selamat, malah ada antara mereka yang tidak menyedari kejadian tersebut kerana kebanyakan sedang nyenyak tidur ketika itu. Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) di Indonesia, Datuk Paduka Junaidy Abu Bakar berkata beliau telah menghubungi pemimpin pelajar di Padang dan sedang memantau keadaan di sana terutama bagi menghadapi kemungkinan berlaku gempa susulan. "Mereka telah diingatkan agar mengikut SOP kecemasan sekiranya berlaku bencana gempa bumi susulan. Komunikasi antara para pelajar sangat baik dan mereka saling berhubung antara satu sama lain.
"Pihak MSD Indonesia dan Kedutaaan Besar Malaysia di Jakarta sentiasa memantau keadaan pelajar-pelajar dan bantuan segera akan diberikan sekiranya para pelajar memerlukannya," katanya dalam satu kenyataan di Jakarta hari ini.

Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Indonesia, lokasi gempa berlaku di 143 kilometer (km) Barat Daya Lais, Bengkulu, 151 km Barat Daya Bengkulu, 153 km Barat Daya Padang Betuah, Bengkulu, 157 km Tenggara Pagai Selatan Mentawai, Sumatera Barat dan 685 km Barat Laut Jakarta. Gempa dengan kedalaman 10 km dari permukaan laut itu berlaku kira-kira 5 minit. -Malaysikini

Syajaratul Iman (Pohon Keimanan)


Tsaqafah Islamiyah

Keimanan yang kokoh menjadi perisai bagi setiap kader dakwah. Dan hal ini hendaknya menjadi sebuah kelaziman. Sehingga keimanan itu betul-betul bak perisai kuat untuk menahan lajunya serangan musuh yang senantiasa datang silih berganti. Perisai ini wajib selalu berada di tangan aktivis dakwah. Ia tak boleh lepas sekejappun apalagi hilang tak berketentuan arah. Keimanan yang diumpamakan perisai itu berawal dari kekuatan tauhid yang tertanam dalam sanubarinya. Tauhid yang kuat dan bersih dari berbagai penyimpangannya. Ia diasaskan dari kalimat yang baik (kalimatun thayyibah) yang terikat dalam jiwanya. Kalimat yang baik dari kekuatan tauhid ini lantaran persaksian dan komitmen loyalitasnya pada Sang Maha Perkasa. Hingga kalimat itu, Allah SWT umpamakan seperti pohon yang baik.

أَلَمْ تَرَ كَيْفَ ضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا كَلِمَةً طَيِّبَةً كَشَجَرَةٍ طَيِّبَةٍ أَصْلُهَا ثَابِتٌ وَفَرْعُهَا فِي السَّمَاءِ . تُؤْتِي أُكُلَهَا كُلَّ حِينٍ بِإِذْنِ رَبِّهَا وَيَضْرِبُ اللَّهُ الْأَمْثَالَ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ

“Tidakkah kamu kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit. Pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan seizin Tuhannya.Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat”. (Ibrahim: 24 – 25).

Pohon ini tiada duanya di muka bumi ini. Ia tumbuh subur dan berkembang pesat dan mampu melawan serangan hama dan penyakit. Sehingga ia menghasilkan buah yang tak pernah henti. Malah menumbuhkan pohon-pohon lainnya. Itulah pohon keimanan.

Disebut Syajaratul Iman (Pohon Keimanan) lantaran keimanan yang kokoh laksana sebuah pohon yang selalu memberikan manfaat yang amat banyak;

- Buahnya dapat dikonsumsi oleh setiap makhluk yang menginginkannya.

- Dahannya dapat menjadi sarang serta tempat bertengger burung-burung.

- Daunnya yang lebat menjadi tempat berteduh musafir yang lewat.

- Akarnya menyimpan persediaan air untuk bumi yang tandus.

Inilah pohon keimanan yang dijelaskan oleh Ibnul Qayyim Al Jauziyah. Beliau mengatakan, ‘Sesungguhnya Allah SWT. menyerupakan pohon iman yang bersemi dalam hati dengan pohon yang baik. Akarnya menghunjam ke bumi dengan kokoh dan cabangnya menjulang tinggi ke langit. Pohon itu terus menerus mengeluarkan buah setiap musim. Jika engkau renungkan perumpamaan ini tentulah engkau menjumpainya cocok dengan pohon iman yang telah mengakar kokoh ke dalam dan di dalam hatinya. Sedang cabangnya berupa amal-amal shalih yang menjulang ke langit. Pohon itu terus menerus mengeluarkan hasilnya berupa amal shalih di setiap saat menurut kadar kekokohannya di dalam hati. Kecintaan, keikhlasan dalam beramal, pengetahuan tentang hakikat serta penjagaan hati terhadap hak-haknya’.

Diantara para ulama penafsir Qur’an mereka berpandangan bahwa yang dimaksud dengan pohon yang baik itu adalah pohon kurma. Sebagaimana yang ditunjukkan oleh hadits riwayat Ibnu Umar RA. Dalam kitab shahih. Ar Rabi’ Ibnu Anas mengatakan bahwa orang mukmin itu pokok amalnya menghunjam ke bumi sedang buah amalnya menuju langit lantaran keikhlasannya dalam beramal.

Ibnul Qayyim mengatakan, ‘Tidak ada perbedaan diantara ke dua pendapat itu karena makna yang dimaksud tamsil ini adalah sosok orang mukmin sejati. Sedang pohon kurma adalah sebagai gambaran yang menyerupainya dan dari diri orang mukminlah sebagai sosok yang diserupakannya’. Pohon-pohon keimanan ini tumbuh dan berkembang bahkan menumbuhkan pohon lainnya.

Syaikh Muhammad Ahmad Ar Rasyid dalam kitabnya Ar Raqa’iq menggambarkan bahwa pohon-pohon itu bak laksana kumpulan tanaman taman nan indah. Setiap orang yang melihat pasti ingin berteduh didalamnya. Setiap melihat buah mesti tangan ingin menjamahnya. Pokoknya taman itu amat menarik hati. Pohon-pohon yang tumbuh di taman nan menawan itu adalah:

1. Syajaratut Tha’ah (Pohon Ketaatan)

Dari tempat kamu berteduh di bawah pohon iman itu kamu dapat mencium aroma wewangian bunga yang semerbak di dekatnya. Itu bersumber dari sebuah pohon yang disebut syajaratut tha’ah, yakni pohon ketaatan. Ia menjadi saksi terhadap keridhaan Allah saat dilimpahkan di hari turunnya ayat berikut:

لَقَدْ رَضِيَ اللَّهُ عَنِ الْمُؤْمِنِينَ إِذْ يُبَايِعُونَكَ تَحْتَ الشَّجَرَةِ فَعَلِمَ مَا فِي قُلُوبِهِمْ فَأَنْزَلَ السَّكِينَةَ عَلَيْهِمْ وَأَثَابَهُمْ فَتْحًا قَرِيبًا

“Sesungguhnya Allah telah ridha terhadap orang-orang mu’min ketika mereka berjanji setia kepadamu di bawah pohon, maka Allah mengetahui apa yang ada di dalam hati mereka lalu menurunkan ketenangan atas mereka dan memberi balasan kepada mereka dengan kemenangan yang dekat (waktunya)”. (Al-Fath:18)

Bara seterusnya(Ikwan.Net)

PELAJAR TKT 4 LAHIRKAN ANAK DALAM TANDAS


KUALA TERENGGANU: Seorang pelajar Tingkatan Empat melahirkan bayi dalam tandas di Pusat Kesihatan Jerangau, Felda Jerangau, Dungun dekat sini, hari ini.

Difahamkan pelajar itu ke klinik berkenaan pada pukul 11 pagi dengan ditemani jirannya setelah mengadu sakit perut dan sebaik tiba di klinik, remaja terbabit dilaporkan ke tandas dan bersalin di dalam tandas terbabit.

Kejadian yang menggemparkan pesakit di klinik itu disedari oleh orang ramai yang lalu berhampiran tandas terbabit apabila ternampak air bersama darah mengalir keluar daripada tandas berkenaan.

Mereka yang bertindak membuka tandas menemui pelajar berkenaan berlumuran darah dalam keadaan lemah bersama seorang bayi.

Pelajar yang bersekolah di sebuah sekolah menengah di sekitar Dungun itu kemudian dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk mendapatkan rawatan bersama bayinya.

Pemangku Ketua Polis Dungun, Asisten Supritendan Alias Abu Bakar ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

"Pelajar terbabit masih berada dalam keadaan lemah dan buat masa ini, kami belum mendapat kenyataan jelas daripadanya dan bayinya juga kini sedang diberi rawatan," katanya tanpa menyatakan jantina bayi yang dilahirkan pelajar itu. - BERNAMA

Wednesday, May 5, 2010

Setakat ini saya tidak perlu menjawab, kerana dia (Syed Azidi) tidak menyebut nama saya

Husam enggan jawab isu gerak saraf babitkan RM4 juta


KOTA BAHARU, 5 Mei — Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan Datuk Husam Musa (gambar) berkata beliau tidak akan menjawab dakwaan penulis blog Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz mengenai kewujudan lima nama sebagai dalang untuk melemahkan kepimpinan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi bagi mengekalkan pemerintahan PAS di Kelantan.

“Setakat ini saya tidak perlu menjawab, kerana dia (Syed Azidi) tidak menyebut nama saya secara jelas di antara lima orang yang disebut-sebut sebagai dalang dalam gerakan itu,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendedahan Syed Azidi dalam blognya bahawa beliau mempunyai keterangan yang jelas mengenai lima pemimpin kerajaan negeri yang terlibat dalam gerakan saraf menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional pimpinan Abdullah bagi memastikan PAS berkuasa di Kelantan.

Husam berkata dakwaan penulis blog berkenaan juga tidak menyebut apakah bentuk gerakan memburukkan bekas Perdana Menteri itu sama ada kedudukan peribadi atau sebagainya.

“Apa yang disebut-sebut dan menuding ke arahnya sebagai andaian media semata-mata,” katanya. — Bernama

Malaysiakini

Raja Perempuan kata diheret seperti 'lembu'


Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid mendakwa beliau terpaksa 'mendapatkan perlindungan' di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, malam semalam kerana kuathir ditangkap polis dan supaya berada di samping suaminya.
Menurut laporan The Malay Mail, Tengku Anis juga mendakwa Sultan Kelantan ditahan tanpa kerelaan baginda dan polis mengabaikan perintah baginda supaya dibawa ke istana.

Akhbar tabloid itu juga memetik Tengku Anis sebagai berkata “polis mengheretnya seperti lembu” dalam usaha memaksanya ke balai polis.

Katanya, pada kejadian kira-kira jam 7.45 malam semalam di luar Istana Mahkota di Kubang Kerian, anggota dan pegawai polis dari Unit Tindakan Khas (UTK) yang lengkap bersenjata menghalang perjalanan baginda dan Tuanku Sultan Kelantan ke Lapangan Terbang Ismail Petra Airport di Pengkalan Chepa. Keluarga diraja itu dikatakan cuba berlepas ke Singapura bagi mendapatkan rawatan susulan untuk Sultan Kelantan.


"Kami begitu takut apabila polis menyerbu kereta kami dan UTK secara paksa cuba mengeluarkan Tuanku walaupun baginda berulang kali bertitah ingin kembali ke Istana, tetapi polis membawa baginda ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian,” titah Tengku Anis. Raja Perempuan Kelantan itu juga mendakwa terpaksa bermalam di lantai di luar Wad Diraja di HUSM tetapi kemudiannya berjaya memasuki wad berkenaan sebelum menguncikan dirinya.

Sementara itu, peguam Sultan Kelantan, Mohamed Haaziq Pillay dan Gobind Singh Deo, tiba bagi di Kota Bharu, pagi ini bagi melepaskan baginda dari hospital berkenaan. Menurut seorang daripada peguamnya, Mohamed Haaziq Pillay, permohonan writ habeas corpus akan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur jika mereka gagal melepaskan baginda.
Kemelut Istana Kelantan semakin kusut apabila malam semalam,

Tengku Temenggong, Tengku Muhammad Fakhry Petra (kiri) dilaporkan ditahan oleh sepasukan anggota dan pegawai polis dipercayai dari Unit Tindakan Khas (UTK) yang memakai topeng di luar Istana Mahkota, Kubang Kerian, Kota Bharu, malam semalam.

Tengku Fakhry terbabit dengan kancah warisan taktha Kelantan yang membabitkan kekandanya, Tengku Faris yang juga adalah Pemangku Sultan. Tengku Faris kemudiannya bertindak menyingkirkan adindanya Tengku Fakhry daripada Majlis Perajaan negeri itu.

Kejadian malam semalam itu juga dimuatkan dalam Kosmo hari ini dengan laporan Tengku Fakhry ditahan bersama dua orang doktor dan beberapa orang pengawal peribadi Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra.

Ak
hbar itu yang memetik sumber istana memberitahu, putera Sultan Kelantan itu ditahan ketika beliau bersama dua orang doktor dan sekumpulan pengawal peribadi sultan menaiki beberapa buah kenderaan.

Bernama pula malam semalam melaporkan yang Sultan Kelantan Tuanku Ismail Petra dimasukkan ke HUSM Kubang Kerian untuk menjalani rawatan susulan masalah jantung.

Berita itu disahkan oleh Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad. LATAR BELAKANG KELUARGA DIRAJA KELANTAN Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra, yang diserang angin ahmar sejak Mei tahun lalu dan dilaporkan masih belum pulih sepenuhnya.

Raja Perempuan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid Elia Suhana Ahmad (isteri kedua). Permohonan cerai difailkan pada 9 Mac lalu oleh Sultan melalui pihak ketiga.

Anak Anak lelaki pertama: Tengku Muhammad Faris Petra (Pemangku Sultan, gambar atas) Anak lelaki kedua: Tengku Muhammad Faiz Petra

Anak lelaki ketiga: Tengku Muhammad Fakhry Petra (beliau mencabar pelantikan kekandanya dan disingkirkan dari Majlis Perajaan. Baginda juga terbabit dengan kontroversi berhubung dakwaan penderaan ke atas isterinya, Manohara Odelia Pinot)

Anak perempuan: Tengku Amalin A'ishah Putri

Malysiakini

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin . Dedah Penyelewengan RM 1 Juta di Perak oleh Kerajaan Pimpinan Zamri



IPOH, 5 Mei: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak cukup bimbang dengan pendedahan yang dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) negeri, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar mengenai pembaziran wang rakyat.

Ini berhubung laporan PAC bahawa agensi dan jabatan kerajaan membelanjakan lebih RM1 juta untuk beberapa perasmian majlis setelah siasatan yang dijalankan tahun lepas.

Naib ketuanya, Salman Saleh berkata pihaknya amat menyokong penuh pendedahan tersebut atas sifat menyelamatkan wang rakyat supaya ianya disalurkan bagi tujuan rakyat dan bukannya menguruskan perasmian majlis agensi atau jabatan kerajaan semata-mata.

“Pemuda PAS Perak tidak mengetahui motif sebenar pendedahan Datuk Seri Raja Ahmad yang banyak menimbulkan persoalan-persoalan setelah komen yang dibuat oleh Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir semalam,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Pemuda PAS negeri, katanya difahamkan bahawa semua majlis perasmian agensi atau jabatan kerajaan tersebut sudah semestinya yang dihadiri sendiri oleh Zambry.

Ini, katanya bermakna terlalu banyak perasmian majlis diadakan pada tahun lepas yang dihadiri oleh Zambry yang menyebabkan kos majlis meningkat seperti mana yang didedahkan.

“Datuk Seri Raja Ahmad seolah-oleh memberikan gambaran buruk kredibiliti Datuk Seri Zambry di dalam perkara ini,” ujarnya.

Justeru itu, beliau menjangkakan Raja Ahmad tidak mungkin akan dilantik sebagai Exco kerajaan negeri malah Pengerusi PAC mungkin akan ditukar.

Tegasnya, Pemuda PAS Perak bukan ingin mencampuri urusan Barisan Nasional (BN) tetapi jika Raja Ahmad yang sanggup kehilangan jawatan-jawatan penting di atas mendedahkan pembaziran wang rakyat adalah seorang yang berintegriti walaupun Zambry dan media memahami sikap sebenarnya

Harakahdaily

Gugur Tuduhan Terhadap Anwar


Surat Terbuka daripada Amnesty International Canada untuk Perdana
Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak

YAB Perdana Menteri,

Saya menulis dengan penuh hormat menyuarakan keperihatinan kami di Kanada berhubung dengan nasib Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan meminta campur tangan segera daripada pihak Yang Amat Berhormat.

Seperti mana yang pihak YAB sedia maklum, peristiwa-peristiwa dewasa ini yang menyelubungi ketua pembangkang itu mendapat perhatian di seluruh dunia, sekaligus meletakkan negara Malaysia menjadi tumpuan.

Kesatuan Antara Ahli-Ahli Parlimen (IPU) baru-baru ini mengisytiharkan bahawa perbicaraan tuduhan liwat yang dihadapi Anwar dipenuhi dengan kelemahan dan kesalahan fakta.

IPU mengambil keputusan untuk menghantar seorang pemerhati untuk mendengar prosiding yang akan datang. Amerika Syarikat telah menyatakan hasratnya untuk meneliti perbicaraan yang penuh kontroversi ini.

Beratus peserta, termasuk bekas Perdana Menteri Kanada Kim Campbell, pada Gerakan Demokrasi Dunia, menandatangani petisyen menuntut perbicaraan yang adil bagi membebaskn Daw Aung San Suu Kyi dari Myanmar.

Tambahan pula, seramai 50 ahli parlimen Australia baru-baru ini menandatangani sepucuk surat menuntut supaya perbicaraan terhadap Anwar dihentikan.

Baca lagi

Serah telaga minyak: Husam ajak saman awam terhadap kerajaan


KOTA BHARU, 5 Mei: Exco kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa mencadangkan satu 'saman awam warga negara Malaysia' (citizen civil suit) dibuat ke atas kerajaan Malaysia kerana mengeluarkan blok M dan L dari peta Malaysia dan di serahkan kepada Brunei.

Husam (gambar) yang juga AJK PAS Pusat, dalam kenyataannya berharap semua pihak menyertai beliau dalam saman awam ini.

"Semua pihak, termasuk ahli-ahli Parlimen, para peguam, NGO, dan orang perseorangan termasuk dari Sabah dan Sarawak, boleh bersama saya nanti memfailkan kes ini di mahkamah," kata beliau dalam kenyataannya.

Husam juga berkata, beliau akan menulis surat kepada semua ADUN Sabah dan Sarawak untuk mencadangkan kepada mereka agar menyatakan pendirian mereka dalam isu ini dan memanggil satu sidang DUN khas untuk membahaskan isu ini.

"Sesiapa yang berasakan bertanggungjawab ke atas keputusan-keputusan sewenang-wenangnya menggadai wilayah negara ini, boleh menghubungi saya atau pembantu saya menerusi alamat emel gadailautmalaysia@gmail.com This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it ," katanya dalam kenyataan itu.

Husam berkata, kedaulatan wilayah adalah penting untuk setiap negara. Sepanjang sejarah, banyak perselisihan wilayah berlaku antara negara-negara yang telah mengakibatkan perang.

Pengasas negara Malaysia memberikan penghormatan yang tinggi untuk melindungi wilayah kita dengan menyediakan peruntukan dalam Artikel 1 dan 2, Perlembagaan Persekutuan, undang-undang tertinggi negara ini.
Berasaskan latarbelakang ini, pendedahan tentang urus keluar wilayah Malaysia kepada Brunei adalah memeranjatkan, katanya.

Tidak kira betapa berkuasanya seseorang Perdana Menteri itu, namun Perlembagaan Persekutuan tidak sekali-kali membenarkan seseorang Perdana Menteri Malaysia menyerahkan sesuatu wilayah Malaysia kepada negara lain samada di daratan atau lautan.

"Perbuatan demikian adalah sesuatu yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam kenyataanya itu.

Menurut beliau, artikel 2 Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan hanya dengan persetujuan Parlimen melalui rang undang-undang yang dibentang dan diluluskan oleh Parlimen sahaja sempadan negara boleh diubah.

Bertolak dari peristiwa penyerahan sempadan laut Malaysia kepada Brunei, beliau menuntut tindakan berikut ini dari Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Mohd Najib:

1) Mendedahkan kepada awam semua perhubungan antara Putrajaya dan Brunei, Sabah, Sarawak dan Petronas sehingga berlakunya penyerahan ini;

2) Pendedahan semua keputusan Kabinet mengenai perkara ini atau ;

3) Menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja yang bebas dan telus untuk menyiasat isu ini.

"Peristiwa penyerahan sempadan seperti ini dak pernah berlaku dalam sejarah moden negara. Peristiwa penyerahan pulau dan wilayah hanya berlaku sewaktu zaman penjajahan dulu kala dan telah menjadi lipatan sejarah. Kenapa ia diulangi lagi seperti kita sudah berdaulat?" soal beliau.

Bagi beliau, tindakan mengeluarkan sempadan negara, kemudian mengeluarkannya tanpa mengikut tatacara berperlembagaan dan bersifat unilateral dari Kerajaan Pusat, akan mengakibatkan terlalu banyak implikasi kepada negara kita.

Satu darinya ialah integriti dan kedudukan Petronas sendiri sebagai badan multinasional yang terpaksa membatalkan kontraknya dengan pihak lain yang akan menunjukkan kontrak-kontrak dengan Petronas adalah tidak terjamin sekaligus akan melemahkan Petronas.

"Selepas satu tempoh yang memuaskan berlalu tanpa sebarang tindakan seperti yang saya cadangkan di atas, saya mencadangkan sebilangan rakyat Malaysia memfailkan saman awam warga negara Malaysia (citizen civil suit) ke atas Kerajaan Malaysia untuk mendapatkan pengisytiharan penyerahan ini adalah tidak sah dan bertentangan dengan kehendak Artikel 2 Perlembagaan Persekutuan seperti yang saya sebutkan," katanya.

Harakahdaily

SUAMI JENIS APA LA INI SANGGUP BUAT SESUATU KEPADA ISTERI

Suami toreh kemaluan isteri


RUMAH di mana seorang suami menoreh kemaluan isterinya dengan sebilah pisau di Taman Bertam Perdana, Pulau Gadong, Melaka semalam.


MELAKA – Bisikan suara jin yang memberitahu konon isterinya berzina dengan orang lain menyebabkan seorang suami menoreh kemaluan wanita malang itu dengan pisau pemotong sayur di rumah mereka di Taman Bertam Perdana, Pulau Gadong di sini kelmarin.

Semasa kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, Hashimah Nong, 40, sedang bersiap-siap untuk memasak di dapur sebelum diserang oleh suaminya yang juga seorang anggota tentera dan berusia dalam lingkungan 40-an.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah berkata, mangsa tidak menyangka sama sekali suaminya yang tiba-tiba menerpa dari arah belakang itu bertindak menoreh kemaluannya dengan pisau.

“Ekoran kejadian itu, mangsa rebah di lantai dapur dan lelaki berkenaan pula hanya berdiri di tepi mangsa dalam keadaan terpinga-pinga,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Kosmo on line

TAHUKAH ANDA DIMANA ANAK ANDA BERADA KETIKA INI

Anak-anak memerlukan perhatian ibu bapa. Pada waktu ini dimanakah anak-anak anda berada? Adakah mereka di tempat yang sepatutnya mereka berada. Eh! macam iklan Sinar FM pula. Saksikan...
Seterusnya

Tuesday, May 4, 2010

BEKAS HAKIM INDIA DARI MAHKAMAH TINGGI CENNAI TEMUI NIK AZIZ

Bekas hakim India kagumi Nik Aziz

KOTA BHARU, 4 Mei: Kelainan Kelantan yang ditadbir seorang ulama, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berlandaskan dasar Membangun Bersama Islam turut menarik minat cendikiawan dari dunia luar termasuk bekas hakim dari India.

Hari ini, bekas Hakim Mahkamah Tinggi Chennai, Abdul Hadi Miran, 75 mengunjungi hormat Menteri Besar di pejabatnya, di sini.

Turut hadir anak beliau yang juga merupakan seorang peguam di Mahkamah Tinggi Chenai.

Menurut Abdul Hadi, impiannya untuk bersua muka dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sudah lama dipendamkan dulu kerana ketika itu beliau masih bertugas.

Beliau berkata, peribadi Menteri Besar Kelantan sering menjadi bahan bualan masyarakat Islam di Chennai dan perkembangan di negeri ini turut diketahui masyarakat di sana.

“Saya merakamkan terima kasih di atas kesudian Tuan Guru menerima kunjungan kami. Kenangan ini akan dibawa pulang dan diceritakan kepada masyarakat di Chennai,” kata beliau.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz fasih bercakap dalam bahasa Urdu bersama Abdul Hadi.

Abdul Hadi juga melahirkan rasa kagum di atas kehidupan masyarakat di negeri ini yang berada dalam keadaan aman walaupun pelbagai bangsa dan agama.

Katanya, ia adalah satu cara yang diajar Islam iaitu berbuat baik terhadap sesama manusia.

Harakahdaily

Nik Aziz: Najib ceroboh sempadan moral saya


Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menyifatkannya melakukan pengingkaran yang serius dan penghinaan kepada Sultan Selangor semasa kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor adalah satu pandangan bertujuan melaga-lagakannya dengan pihak Istana Selangor.
“Dalam hal tersebut, Datuk Seri Mohd Najib sebenarnya telah menceroboh sempadan moral saya dan membelasah imej saya yang dilakukan sehari sebelum berlaku pengundian di Hulu Selangor,” katanya dalam blognya. Nik Aziz menjelaskan sudah menjadi kelazimannya, apabila hadir di mana-mana masjid atau surau di Kelantan, prinsip yang diamalkannya adalah tidak akan bercakap atau berkhutbah atau menjadi imam selagi tidak diminta oleh pihak masjid atau surau berkenaan. Katanya lagi, prinsip yang sama dipegang apabila hadir di masjid atau surau di mana-mana negeri termasuk di Selangor. “Oleh sebab itu, sekali lagi saya nyatakan bahawa tuduhan Datuk Seri Mohd Najib sehingga menyifatkan saya melakukan pengingkaran yang serius dan penghinaan kepada Sultan Selangor adalah tidak boleh diterima sama sekali. Ia adalah tindakan mala fide bukan sahaja untuk melaga-lagakan saya dengan Sultan Selangor, malah menimbul fitnah besar kepada umat Islam untuk menggambarkan kononnya 'orang beragama' dan pemimpin seperti saya suka mengingkari dan menghina Sultan.
“Atas dasar itu, sesungguhnya saya tidak bersikap seperti difitnahkan oleh Datuk Seri Mohd Najib, maka saya tidak akan halal di dunia dan di akhirat. Kecuali beliau menarik balik secara terbuka memandangkan fitnah itu telah dibuat secara terbuka. Saya sedia menghalalkan apabila beliau menarik balik tuduhan itu secara terbuka.,” kata Nik Aziz. Kenyataan Najib itu disiarkan oleh Utusan Malaysia secara online (24 April 2010) atas tajuk “Nik Aziz hina Sultan Selangor – PM” yang kemudiannya disiarkan dalam Utusan Malaysia cetak (24 April) edisi nasional di muka depan dengan tajuk “Pembangkang ingkari Sultan”. Antara petikan artikel itu - “Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat malam tadi mempertikaikan titah Sultan Selangor supaya tidak menggunakan masjid untuk kempen politik. Beliau menyifatkan larangan itu sebagai karut dan saki baki ajaran penjajah.”
“Pada saya, kesemuanya adalah tidak benar dan berniat melaga-lagakan saya dengan Sultan, kerana sesungguhnya saya tidak pun memberi respon dengan merujuk kepada titah KDYMM Sultan Selangor. Ia adalah petikan yang direka-reka oleh akhbar berkenaan,” kata Nik Aziz. Menteri Besar Kelantan itu juga berkata pandangan Najib yang dirasainya paling tidak bermoral apabila akhbar yang sama pada hari mengundi (25 April), menyiarkan semula di muka dua dengan tajuk “Tindakan Nik Aziz pertikai titah Sultan Selangor: Pengingkaran yang serius – PM.” “Ia suatu pengulangan yang dibuat untuk menjatuhkan moral saya dan suatu bentuk fitnah media yang disengajakan bagi mempengaruhi umat Islam agar menolak kefahaman agama yang telah saya jelaskan secara sopan semasa sidang media pada malam 23 April di Kuala Kubu Bharu. “Bagi saya, pandangan Datuk Seri Mohd Najib yang melabelkan saya sebagai 'melakukan pengingkaran yang serius dan penghinaan kepada Sultan Selangor' adalah suatu pandangan yang tidak adil dan fitnah. Ia menggambarkan kenyataan bermotif politik dan penyelewengan fakta sebenar yang dipanjangkan oleh Utusan Malaysia, kerana ia sengaja disiarkan sebagai tajuk besar di muka depan (front page),” katanya.

Malaysiakini

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak