Friday, September 27, 2013

Puisi Chinta Sayyid. Qutb

qutb2Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.
Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu
Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semu.
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati-Mu.
Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.
Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.
Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.
Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.
Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.
Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu, telah berjumpa pada taat pada-Mu, telah bersatu dalam dakwah pada-MU, telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya.
Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar.
Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu.
(As-Syahid Sayyid Qutb)
http://www.eramuslim.com/nasehat-ulama/puisi-cinta-sayyid-qutb.htm#.UkWEXYgaySN

Penghormatan - bekas imam masjid Al Aqsa kucup jenazah Ustaz Azizan


Sheikh Mohd Mahmood Siyam rakyat Palestine adalah Bekas Rektor Universiti Islam Gaza Palestine, Bekas Imam dan Khatib Masjid Al-Aqsa, Palestine tidak ketinggalan memberi penghormatan kepada rakan seperjuangan menegakkan islam di bumi Allah.

Baca lagi: http://www.wasukalu.com/2013/09/penghormatan-bekas-imam-masjid-al-aqsa.html

Ketua Pemuda PAS Pusat Kalah Bertanding Di Kawasan...Sendiri


Suhaimi Saad berjaya menewaskan pencabarnya Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hasan (gambar) dalam perebutan jawatan Naib Yang di-Pertua Indera Mahkota pada pertengahan bulan ini.

Menurut laporan Astro Awani, Nasrudin yang memperoleh 60 undi di peringkat kawasan itu tewas kepada Suhaimi yang memperoleh lebih daripada 100 undi namun pendedahan ini tidak disahkan beliau yang masih belum mengetahui jumlah sebenar undi tersebut.

“Saya sebolehnya tidak mahu mengulas perkara ini kerana isu pemilihan PAS masih menjadi perbualan hangat.“Kekalahan Nasrudin dalam pemilihan di peringkat kawasan kali bukanlah kerana unsur sabotaj tetapi pewakilan mahu Ahli Parlimen Temerloh itu lebih menyerlah di peringkat pemilihan PAS pusat,” kata Suhaimi ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Sementara itu, seorang penganalisis politik yang tidak mahu namanya didedahkan lega apabila dimaklumkan kekalahan Nasrudin di peringkat kawasan itu.Katanya, kekalahan Nasrudin yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat itu adalah akibat sikap keras kepala dan tidak boleh ditegur pemimpin berkenaan.

“Saya setuju dengan kekalahannya. Ini membuktikan golongan profesional mempunyai peluang yang luas untuk memenangi pemilihan PAS di peringkat pusat.

“Ini pengajaran buat beliau dalam arena politik. Kena sekalu bersederhana. Jangan anggap lebai, baik dan syumul tidak boleh ditegur.“Ulama’ bukan maksum dan mereka perlu berdepan realiti,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Menjelang Muktamar ke-59, PAS akan mengeluarkan satu garis panduan untuk digunakan oleh pemimpin dan ahli parti itu bagi memastikan proses pemilihan parti berjalan dengan lancar.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mengatakan baru-baru ini garis panduan dibincangkan dalam mesyuarat biro politik parti bertujuan memandu ahli dan pimpinan parti bagi memastikan pemilihan berjalan lancar.

Garis panduan ini dibuat ketika ahli dan pemimpin PAS di seluruh negara sibuk bermesyuarat di peringkat kawasan masing-masing menjelang Muktamar PAS ke 59 pada 22-24 November depan di Shah Alam.

PAS dikatakan bimbang, tanpa garis panduan yang jelas, pihak tertentu akan menyusahkan mereka dalam kempen mereka.

Mahfuz berkata berkempen tidak salah tetapi menyerang calon lain ketika kempen adalah tidak beretika.Beliau melihat media baru digunakan untuk menyerang pihak yang tidak senangi dan menghasilkan persepsi tidak baik di kalangan ahli dan pemerhati luar.

Menurutnya lagi, PAS akan membuat garis panduan bagi membantu semua calon yang ingin bertanding serta penyokong masing-masing supaya kempen mereka tidak menyusahkan dan memberikan imej buruk kepada parti.


Selain di peringkat pusat, ia juga akan membantu mesyuarat PAS di peringkat kawasan yang sedang berjalan sekarang. ~the malaysia today

Monday, September 23, 2013

Nizar saya bukan saudara Chin Peng



IPOH  – Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menafikan tuduhan yang mengaitkan dirinya mempunyai hubungan kekeluargaan dengan bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng.
Menyifatkan tuduhan itu sebagai fitnah yang amat dahsyat, Mohammad Nizar secara berseloroh menawarkan DNA miliknya untuk dibandingkan dengan DNA milik bekas pemimpin PKM itu bagi membuktikan kesahihan penafiannya.


follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak