Saturday, December 8, 2012

Kamera AES disembur cat merah



kamera aes
Kamera AES di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban, dekat Bangi, dicat warna merah. - Foto Bernama
Kamera AES
Kamera AES Kilometer 301.7 Lebuh Raya Utara-Selatan, arah ke Kuala Lumpur juga disembur cat merah. - Foto ihsan KL Traffic Updates
Kamera AES disembur cat merah
Kamera AES di Kilometer 6.6 Lebuh Raya Lembah Klang Selatan disembur cat merah, dipercayai dilakukan pagi tadi. - Foto Sinar Harian oleh Nizam Zain
[DIKEMAS KINI] SHAH ALAM – Dua kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Lembah Klang menjadi sasaran perbuatan vandalisme dengan kedua-duanya disembur cat merah, dipercayai dilakukan awal pagi tadi.
Hasil tinjauan Sinar Harian Online di Kilometer 6.6 Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) petang ini mendapati kamera itu masih berfungsi seperti biasa, namun proses rakaman mengalami gangguan ekoran cat merah pada permukaan kamera.
Tinjauan mendapati kamera cuba merakam imej kenderaan yang dipandu melebihi had laju memandangkan 'flash' masih berfungsi. Pengguna di laluan tersebut didapati memandu seperti biasa.
Laporan Bernamasemalam menyebut bahagian 'flash' kamera AES itu ditutup dengan plastik. Bagaimanapun plastik itu tidak kelihatan hari ini, sebaliknya bahagian kamera disembur dengan cat merah.
Situasi yang sama dilaporkan di Kilometer 301.7 Lebuh Raya Utara-Selatan, arah ke Kuala Lumpur.
Ketua Polis  Daerah Sepang,  Superintendan Imran Abdul Rahman ketika dihubungi Sinar Harian, mengesahkan menerima laporan berhubung perbuatan itu pada jam 2 petang tadi.
Imran berkata, kes akan disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.
Menurut beliau, pihak kontraktor terbabit dari bilik kawalan mendapati kedua-dua kamera tersebut gagal mengesan sebarang pesalah lalu lintas sejak jam 2.15 pagi tadi.
“AES di lokasi tersebut didapati tidak berfungsi dan apabila diperiksa ada kesan cat merah pada sensor kamera itu, kontraktor berkenaan segera melaporkan insiden berkenaan di Balai Polis Salak Tinggi.
“Pihak polis belum dapat mengesyaki pelaku kejadian ini, dan akan segera menyiasat,” katanya.
Sementara itu, Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu menyifatkan perbuatan tidak bertanggung jawab ini sebagai protes orang awam terhadap pelaksanaan AES.
"Ini memang satu tunjuk perasaan oleh orang ramai yang tidak puas hati dengan sistem AES ini. Ia dianggap tidak adil dan membebankan, bagaimanapun saya tidak setuju dengan perbuatan tersebut.
"Saya telah arahkan Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) untuk menjalankan siasatan dan Kerajaan Negeri sedia memberi kerjasama sekiranya pihak berkuasa tempatan (PBT) memerlukan pemantauan rapi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Insiden ini dipercayai perbuatan provokasi pihak tertentu yang kurang berpuas hati dengan arahan penangguhan untuk menyarung kamera AES tersebut yang dijadualkan petang kelmarin  atas nasihat pejabat peguam negeri.

http://www.sinarharian.com.my/nasional/kamera-aes-disembur-cat-merah-1.110864

Thursday, December 6, 2012

BN TERDESAK CERAMAH BERDARAH



muka depan
Muka depan akhbar Sinar Harian hari ini
GOMBAK - Insiden dan kekecohan semasa ceramah Merdeka Rakyat di Gombak Utara malam semalam merupakan bukti memperlihatkan terdesaknya Umno dan Barisan Nasional (BN) melihat kebangkitan rakyat.
Yang Dipertua Pas Kawasan Gombak, Saleh Huddin Mohd Nasir berkata, kejadian menimbulkan huru-hara pada ceramah itu menunjukkan sikap pemimpin dan penyokong Umno dan BN Gombak tidak bertamadun.

Menurutnya, sekumpulan penyokong Umno dan BN bertindak liar dan menjerit-jerit bagi mengganggu ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat (PR) Gombak.
“Sewaktu kejadian kira-kira 10 malam, keadaan semakin tegang apabila Pemuda Umno cuba merempuh masuk ke kawasan ceramah tetapi berjaya disekat oleh Jabatan Amal Gombak dan Skuad Angkatan Muda Keadilan (AMK) Gombak.
“Susulan itu, mereka mula membaling batu dan objek keras dan menyebabkan beberapa petugas PR cedera.
“Lebih malang sewaktu kekecohan tersebut, seorang petugas PR telah ditikam di lengan kiri dengan menggunakan objek tajam,” katanya.

Wednesday, December 5, 2012

Kenyataan Bahaya dari Mahathir: Mahathir: Pakatan boleh celaru negara jika menang PRU13

Dr Mahathir berkata, amat bahaya sekiranya rakyat mengundi tanpa menggunakan akal fikiran waras yang boleh menyebabkan keamanan negara tergadai.



Tun Mahathir
Tun Mahathir
AYER KEROH – Campuran tiga parti di bawah pakatan pembangkang yang tidak sehaluan boleh mencetuskan kecelaruan jika mereka menang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata,ini kerana perjuangan ketiga-tiga parti itu tidak sehaluan dan  akan memberi kesan terhadap negara, terutama rakyat, yang akan mengalami kerugian.

Beliau berkata, ini boleh dilihat apabila Pas dahulunya memperjuangkan negara Islam tetapi menukar kepada negara berkebajikan yang sebenarnya sudah diamalkan Barisan Nasional (BN) sejak sekian lama, berikutan DAP menolak pelaksanaan hukuman hudud.

"PKR pula mahukan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri. Pas mahukan presidennya dan kemungkinan DAP pun mahu merasa jadi Perdana Menteri. Mereka ini tidak seperti BN sepakat dan mempunyai matlamat tetap untuk mentadbir negara, mereka hanya mahu menang sahaja.

“Tetapi terpulang kepada rakyat untuk mengundi kerana taksub kepada sesebuah parti pembangkang biarpun apa dilakukan parti itu bertentangan dengan Islam,” katanya kepada pemberita sempena Seminar Ketahanan Nasional III ‘Mengekalkan Kedaulatan Negara’ di sini, hari ini.

Dr Mahathir berkata, amat bahaya sekiranya rakyat mengundi tanpa menggunakan akal fikiran waras yang boleh menyebabkan keamanan negara tergadai.

"Negara kini mengecapi keamanan kerana bijak memilih pemerintah mentadbir negara dengan baik," katanya.

Sementara itu, Dr Mahathir juga menyerahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengumumkan tarikh PRU13 berdasarkan semangat akar umbi Umno kian terserlah selepas Perhimpunan Agung Umnominggu lalu.

“Terpulang kepada beliau berdasarkan penilaian yang dibuat. Kita sekarang patut rapatkan kembali barisan supaya dapat mendirikan sebuah kerajaan kuat mendapat dua pertiga kerusi untuk melaksanakan dasar kerajaan yang kadang-kadang tidak popular,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, tiada satu kaum di negara ini mendapat seratus peratus hak istimewa, sebaliknya mereka perlu berkorban sebahagian bagi membolehkan semua pihak merasainya
http://www.sinarharian.com.my/politik/mahathir-pakatan-boleh-celaru-negara-jika-menang-pru13-1.109743

Sunday, December 2, 2012

Pojok: Anak Mami di Perantauan – Ulama mahu bertenggek di pintu pemerintah tanpa telinga?


Ini mengingatkan saya kepada sekelompok cerdik pandai agama siap dengan janggut dan kupiah yang menganggotai UMNO. Bukan setakat menjadi anggota malah menjadi pembela setia kepada segala kegiatan parti tersebut. Yang terbaru hari ini ialah perwakilan Arau yang mengepalai jabatan alim ulama muda UMNO, Fathul Bari namanya.

Laporan portal berita yang tidak dimiliki UMNO hari ini memberitahu bahawa Fathul Bari begitu giat mempertahankan hujahnya bahawa kaedah mendoakan kehancuran UMNO oleh PAS dalam muktamarnya baru-baru ini adalah salah. Walaupun sudah ada hujah yang memberi justifikasi kepada doa PAS tersebut, antara lain termasuklah daripada bekas mufti Perlis sendiri, Dr Mohd Asri Zainal Abidin.




Dulu di sekolah rendah saya ada masuk kumpulan nasyid. Suara sebelum baligh jauh lebih merdu dari yang sekarang ini. Dalam banyak-banyak lagu nasyid yang saya hafal, ada satu lagu yang sangat saya gemari sehingga kini dan saya rasakan sangat relevan dengan berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO (PAU) di PWTC sana.
Nasyid yang saya maksudkan ini tajuknya ialah ‘Pengaduan Kepada Allah’, dipopularkan oleh kumpulan nasyid Nadamurni. Ini di waktu Al-Arqam dan nasyid-nasyidnya belum difatwakan sesat.
Rangkap pertama nasyid ini menyebut, ‘Tuhan Kau telah memberitahu kami, tentang peristiwa akhir zaman, peristiwa di zaman kami ini, melalui lidah NabiMu’. Rangkap-rangkap seterusnya tentang pemburuan manusia terhadap dunia dan perilaku jahat manusia terhadap manusia lain. Termasuk satu baris yang menyebut ‘Perempuan-permpuan dijadikan hiasan,’ yang mengingatkan saya kepada gambar di laman Facebook yang menunjukkan Timbalan Presiden UMNO disambut masuk ke persidangan dengan iringan gadis-gadis cantik di kiri dan kanan.

Namun yang lebih signifikan dalam nasyid ini ialah rangkap yang berbunyi, ‘Tuhan yang paling menakutkan NabiMu pernah bersabda, di akhir zaman yang paling jahat, ulama yang memandang dunia, tabiatnya busuk bak bau bangkai, siapa tercium kan mati jiwanya.
Ini mengingatkan saya kepada sekelompok cerdik pandai agama siap dengan janggut dan kupiah yang menganggotai UMNO. Bukan setakat menjadi anggota malah menjadi pembela setia kepada segala kegiatan parti tersebut. Yang terbaru hari ini ialah perwakilan Arau yang mengepalai jabatan alim ulama muda UMNO, Fathul Bari namanya.

Laporan portal berita yang tidak dimiliki UMNO hari ini memberitahu bahawa Fathul Bari begitu giat mempertahankan hujahnya bahawa kaedah mendoakan kehancuran UMNO oleh PAS dalam muktamarnya baru-baru ini adalah salah. Walaupun sudah ada hujah yang memberi justifikasi kepada doa PAS tersebut, antara lain termasuklah daripada bekas mufti Perlis sendiri, Dr Mohd Asri Zainal Abidin.
Sambil menayangkan video di skrin besar Dewan Merdeka PWTC, sang ulama muda lantang mempertahankan partinya. Parti yang melazimi rasuah, salah guna kuasa, kronisme, nepotisme, menzalimi orang Melayu, dan menghalalkan politik jahat berasaskan perkauman sempit dan ketakutan dengan sentimen keagamaan.

Bait-bait nasyid di atas cukup sesuai dengan sikap yang ditonjolkan oleh beliau ini. Menepati sabda lain Nabi yang mafhumnya, ‘pada akhir zaman akan ramai ulama yang bertenggek di pintu-pintu istana pemerintah.’ Fathul Bari adalah contoh yang baik.

Namun saya yakin bahawa Fathul Bari punya ilmu tinggi dan nawaitu yang cukup baik untuk meneruskan usaha Dato Seri Anwar Ibrahim dahulu; untuk menyucikan UMNO dari dalam. Tahniah kita ucapkan kepada beliau. Semoga nanti tidak ada konspirasi untuk mengeluarkan beliau dari UMNO dengan tuduhan-tuduhan yang melampau.

Fathul Bari kelihatan segak dengan baju melayu merah dan janggut sejemput; lantas menambahkan seri kepada wajahnya yang kelihatan bersinar-sinar dengan nur cahaya iman. Walaupun mungkin pencahayaan di Dewan Merdeka itu begitu terang benderang dan membuatkan beliau nampak bergemerlapan, saya juga bahawa ada kebusukan yang sedang gagal ia sucikan pada tubuh sendiri sejak membuat keputusan untuk bersekongkol dengan UMNO.

Setakat pengamatan saya, belum ada lagi perkara menarik yang boleh membuatkan saya terpesona dengan UMNO sepanjang PAU mereka kali ini. Saya masih teringat kepada kezaliman parti pemerintah ini yang popular dengan kelaziman ‘mengepau’ harta rakyat untuk membeli kondo bagi dibuat kandang lembu.

Saya tambah tidak terpesona dengan keangkuhan yang diperlihatkan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob yang begitu yakin dengan kemampuannya mempertahankan kerusinya di DUN Pelangai dalam Parlimen Bentong, sehingga sanggup mahu memotong telinganya sekiranya DAP menang di Bentong.

Ini mengingatkan saya pula kepada satu janji oleh seorang remaja di laman Twitter yang berkata beliau akan sanggup memotong zakarnya sendiri jika Malaysia menewaskan Laos dalam perlawanan bola sepak beberapa hari lalu. Penyudahnya Malaysia menang 4-1 ke atas Laos, dan pemuda tadi hilang tak dapat dikesan.

Alangkah besar malu yang ditanggung apabila suka meroyan tak tentu hala.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng apabila diminta mengulas tentang janji Adnan Yaakob itu menjawab mudah bahawa kenyataan sebegitu adalah bersifat kebudak-budakan dan tidak memberi faedah kepada rakyat.
Siapa pula yang menuntut beliau memotong telinga? Bukankah yang kita tuntut itu adalah perubahan yang memberi kebaikan kepada rakyat?

“Kalau boleh beri faedah kepada rakyat, potonglah,” ujar Guan Eng.
Maka menyambut seruan Fathul Bari marilah kita sama-sama berdoa moga-moga Adnan Yaakob tidak perlu memotong telinganya sekiranya DAP menang di Bentong kelak, meskipun Adnan mengangkat slogan ‘Janji Ditepati’. – Roketkini.com http://roketkini.com/2012/12/02/pojok-anak-mami-di-perantauan-ulama-mahu-bertenggek-di-pintu-pemerintah-tanpa-telinga/

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak