Saturday, January 11, 2014

Perkenal kembali ISA orang habis modal – TG Nik Aziz

KUALA LUMPUR: Musyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan cadangan untuk memperkenalkan kembali Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ialah cadangan orang yang kehabisan modal untuk bercakap.

“Bayangkan sendiri jika anda ataupun anak-anak ditangkap di bawah ISA tanpa diberikan ruang untuk membela diri, apa perasaan pada masa itu?” tanya beliau menerusi tulisan di facebook.

Beliau menegaskan bahawa ISA ialah undang-undang kejam dan tidak bertamadun.

Justeru, kata beliau, untuk menyelesaikan konflik, boleh gunakan saluran undang-undang yang ada.

Jelasnya, Islam sendiri mengajar tiga kaedah perlu diambil apabila berlaku pertembungan; menyeru dan menjelaskan dengan berhikmah, menggunakan peringatan yang baik dan berdebat dengan menggunakan hujah.

“Ini yang disyorkan oleh Islam. Jika segala ruang perbincangan telah digunakan, saluran undang-undang menjadi pilihan. Itupun melalui perbicaraan yang adil,” ujarnya.

Masalahnya, kata beliau ruang perbincangan tidak dibuka, perdebatan yang matang langsung tidak berlaku bahkan perbicaraan yang adil hanya tinggal mimpi sahaja, alih-alih ISA mahu digunakan.

Kalimah Allah Kenapa PAS Memilih Laluan Salah Dan Seronok Di Perangkap UMNO?

Kalimah Allah:Kenapa PAS Memilih Laluan Salah Dan Seronok Di Perangkap Umno?

Oleh ramziredang
"Untuk melihat dengan jelas isu kalimah Allah dan menjawab segala persoalan yang seolah olah menjadi semakin kusut sekarang, kita kena kembali kepada tahun tahun tujuh puluhan dan perlu melihat bukti yang terdapat dalam kata pengantar pada muka surat depan kitab 'bible perjanjian' yang dinamakan sebagai AL Kitab. Dari situ baru kita dapat jawapan apa sebenarnya motif utama yang sedang dimainkan dan siapa sebenarnya yang cuba mencari untung dari isu ini.
Kitab 'bible perjanjian' yang menghimpunkan tiga puluh sembilan kitab perjanjian lama dan dua puluh tujuh kitab perjanjian baru diiktiraf oleh seluruh pimpinan gereja, dari muka surat pertama lagi ada tertulis, "projek menterjemahkan al kitab ke dalam bahasa melayu dimulakan pada tahun 1974".
Jadi kunci utama telah ada, iaitu kitab bible diterjemahkan ke dalam bahasa melayu secara besar besaran 'mulai tahun 1974'. Jadi jelas di sini isu kalimah Allah dalam bible ini telah ada sejak empat puluh tahun yang lepas.
Yang lebih penting untuk kita fahami adalah, penterjemahan ini tidak boleh dilakukan secara sembarangan dan ia tidak boleh diedarkan secara sembarangan kerana ianya bersangkutan dengan perlembagaan negara dan KDN(Kementerian Dalam Negeri).
Kenapa ia boleh dibenarkan? Kenapa isu ini senyap selama ini? Kerana, yang membenarkan ianya ditulis dan diedarkan dalam bahasa melayu adalah kerajaan(BN). Ianya senyap kerana kerajaan(pimpinan BN)  yang ingin ianya senyap.
Sekarang ia menjadi bising dan riuh, kerana (BN) yang hendak ianya diriuhkan. Kerajaan(BN) yang hendak isu ini disebar keseluruh negara.

Dalam keadaan kerajaan BN yang lemah dan hilang sokongan rakyat, jelas sekali isu inilah yang baik untuk menjadi serampang enam belas mata bagi BN.  Kerana apa saya katakan ianya serampang enam belas mata? Kerana sangat malangnya PAS memilih laluan salah dalam menangani isu ini.
PAS nyata sekali seolah olah tidak sedar bahawa isu ini hanya semata mata mainan UMNO untuk menarik sokongan orang melayu terhadap BN dan dalam masa yang sama menghilangkan sokongan melayu terhadap PAS. Dalam masa yang sama juga cuba memecahbelahkan kesepakatan kaum lain dalam Pakatan Rakyat. Ditambah pula ada sesetengah golongan ulama yang langsung tidak sedar dengan jerat UMNO ini, mengulas pula dari sudut yang sangat merugikan PAS sendiri.
PAS cuba mengulas dari sudut 'ditelan mati emak diluah mati bapak'. Setengah pemimpin terlalu ingin menjaga kaum bukan Islam hinggakan tidak sedar kata kata akan menghilangkan sokongan kaum melayu. Sementara setengah ulama pula terlalu ingin menjaga kaum melayu hingga mungkin menghilangkan kepercayaan bukan melayu.
Saya amik contoh kata kata terbaru ahli parlimen PAS parit buntar:"1.7 juta penganut kristian tidak akan mampu menjadikan Malaysia sebuah negara kristian". Ini sebagai menjawab apa yang ditulis oleh utusan malaysia. Jelas sekali jawapan seperti inilah yang sangat dinantikan oleh BN, supaya ianya dibaca oleh seluruh kaum melayu.
Apa yang sangat tidak dapat saya faham adalah, kenapa dalam isu ini PAS seolah menjadi pihak yang diserang. PAS perlu menerangkan macam macam kepada rakyat samada melayu atau bukan melayu. Kenapa ini berlaku dan kenapa pula UMNO menjadi pihak yang menyerang?
Padahal semua kesalahan tentang kalimah ALLAH ini terletak di bahu UMNO. UMNOlah yang patut diserang. UMNOlah patut PAS persalahkan. Persoalan ingin memahamkan rakyat tentang hukum yang sepatutnya difahami di dalam Islam..sepatutnya seiring dengan menyatakan "SIAPAKAH YANG BERSALAH DALAM NEGARA KITA TENTANG KALIMAH ALLAH DALAM BIBLE".
Isu ini perlu ditekankan. PAS perlu mainkan peranan secara besar besaran bahawa UMNO BN lah yang membenarkannya. UMNO BNlah yang menjadi syaitan yang sebenarnya. Seandainya utusan malaysia menyatakan kristian ingin menjadi agama rasmi negara, maka perlu di'highlight' UMNO BN lah yang membuka jalannya.
Rakyat juga perlu diberitahu, bahawa perdana menteri malaysia dari UMNO yang telah menandatangai "perjanjian 10 perkara" pada tahun 2011. Di antara salah satu perjanjian 10 perkara tersebut adalah dibenarkan menggunakan kalimah ALLAH.
Jadi pemimpin PAS perlu keluar dari perangkap ini. Sedarkan diri tentang perangkap ini, kemudian sedarkan rakyat siapa sebenarnya dalang disebalik kalimah ALLAH ini. Jangan jadi pihak yang bertahan tetapi jadilah pihak yang menyerang. Nescaya nanti UMNO akan dapati senjata akan makan tuan.
http://wargamarhaen.blogspot.com/2014/01/kalimah-allahkenapa-pas-memilih-laluan.html

Friday, January 10, 2014

kerana tidak ada larangan berhubung penggunaan kalimah ke atas mereka, kata peguam kanan Karpal Singh.Sikh akan terus guna 'Allah' untuk Tuhan

Masyarakat Sikh akan menggunakan kalimah Allah untuk merujuk kepada Tuhan kerana tidak ada larangan berhubung penggunaan kalimah ke atas mereka, kata peguam kanan Karpal Singh.

"Ia terdapat dalam kitab suci Sikh, Guru Granth Sahib, dan selama ini ia
sudah ada. Kami akan terus menggunakannya.

"Saya tidak nampak sebarang masalah yang timbul, kerana sehingga ini ia tidak pun berbangkit," kata Karpal.

Pemimpin DAP itu ditanya mengenai penggunaan kalimah Allah oleh masyarakat Sikh, ketika ditemui di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mendengar kes hasutan terhadapnya hari ini, berikutan enakmen di Selangor yang melarang orang bukan Islam menggunakan kalimah tersebut.

http://beta.malaysiakini.com/news/251473

Wednesday, January 8, 2014

JIKA RAKYAT DAH DAPAT TUKAR DULU, SEKARANG AH DAPAT HASIL. YG KAHWIN LEPAS PRU PUN DAH DAPAT ANAK KAKA KAKA BONGOK SAMPAI KE LIANG LAHAT. PUITTTT

                      Pelajaran percuma di Venezuela dpd TADIKA rendah sampai University 


DARI TWITTER Khalid Samad @KhalidSamad 7 minit Rasanya dulu2 ada kerjaan ala UMNO d Venezuela. Tapi rakyat tukar! Skrang dpt hasilnya


Tuesday, January 7, 2014

Dah ayam laga pulak. Kejab Bughah kejab ayam laga


Mufti Perak berkata rakyat tidak wajar dihasut mencari mekanise lain menyatakan ketidakpuasan hati

BUGHAH : PAS TERENGGANU DESAK MUFTI PERAK TARIK BALIK TUDUHAN


YB Ustaz Haji Saiful Bahri Mamat
Sidang Media 05.01.2014

Monday, January 6, 2014

Zahid sepatut sambut hari jadi dengan Tampe dan sambal tahun hihihi

Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja, kata PAS



Bagi PAS, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sepatutnya menyambut hari jadinya bersama cucu dengan jamuan bihun dan kuih sahaja, sesuai dengan saranan kerajaan agar semua rakyat berjimat cermat.
Sehubungan itu, Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar (gambar) mengutuk majlis sambutan hari jadi Menteri Dalam Negeri itu yang dilaporkan diadakan dengan begitu mewah di kala rakyat disarankan menjalani kehidupan berjimat cermat oleh kerajaan.
Mahfuz  menyifatkan pendedahan tersebut amat mengejutkan memandangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru sahaja mengumumkan pemotongan 10% elaun keraian menteri dan timbalan menteri dalam 11 langkah penjimatan mengurangkan perbelanjaan sektor awam

Ketika rakyat diminta berjimat, menteri buat parti hari jadi mewah

Majlis hari jadi merangkap sambutan Tahun Baru yang dianjurkan Zahid (berbaju batik) diadakan dengan penuh mewah di saat rakyat bergelut dengan keperitan hidup. – Gambar The Malaysian Insider, 6 Januari, 2014

.    IKAN KEMBUNG PUN RAKYAT SEMPUT NAK BELI
                     MENTERI MEMBAZIR MACAM INI

Majlis hari jadi merangkap sambutan Tahun Baru yang dianjurkan Zahid (berbaju batik) diadakan dengan penuh mewah di saat rakyat bergelut dengan keperitan hidup. – Gambar The Malaysian Insider, 6 Januari, 2014.Majlis hari jadi merangkap sambutan Tahun Baru yang dianjurkan Zahid (berbaju batik) diadakan dengan penuh mewah di saat rakyat bergelut dengan keperitan hidup. – Gambar The Malaysian Insider, 6 Januari, 2014.Beberapa menteri terus hidup dalam kemewahan ketika Putrajaya memotong bajet dan meminta rakyat mengetatkan tali pinggang mereka dan berjimat cermat dalam menghadapi kos hidup yang meningkat dan pengurangan subsidi tahun ini.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menganjurkan parti hari jadi yang "mewah" di sebuah hotel lima bintang dekat Kuala Lumpur semalam yang tetamunya mendakwa menjadi sambutan Tahun Baru.
Seorang lagi menteri telah membuat sambutan perkahwinan dua hari untuk anak beliau di satu lagi hotel lima bintang di ibu Kuala Lumpur bulan lepas, diserikan oleh kerabat diraja dan orang kenamaan dan telah dihiburkan oleh penyanyi wanita dari Indonesia.

Baca lagi:  http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ketika-rakyat-diminta-berjimat-menteri-buat-parti-hari-jadi-mewah


DR ASRI Mufti @ Agamawan Dlm Kerajaan Bukan Kerja Mempertahankan Kerajaa...


.

Orang lagi ada nilai bukan boleh katuk sesenang saja. Agama tk datang dalam kerangka macam itu, bukan bela rakyat dan kerajaansahaja. Ini yg akan mencacatkan agama. Duk sebuk orang demo solat pakai kasut, apa masalah? masalah tu bukan besar pun Anas tk pernah tanggal kasut melainan sekali saja. Nabi buang kasut, sebab Nabi kata kasut aku ada najis kata Jibrel. Masalahnya ada tengok konsep tk solat pun, tak ada ulama bersuarapun. Pakai topeng kata pengaruh kristianisasi dan masuk, betulkan ajaran Kristian, ini masalahnya ramai pemimpin ramai rasmi Kristmas di Pulau Pinang tak ada kata kristianisi pula? Bela rejim asasi bunuh rakyat, siapa bagi arahan itu, tentu Ulama. Imam ahmad ketika di katuk oleh Pengikut Mutazilah siapa yang bagi fatwa tentu ulama . Layan


follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak