Saturday, January 5, 2013

EDISI TEMBELANG MELETOP!!!!!...KANTOI!!!!... ROSMAH MANSOR



BIAR GAMBAR BERBICARA!!!!!!

Omakkau dapat rakaman gambar ini dari akhbar berbahasa Cina, China Press dimana Rosmah Mansor kelihatan seolah-olah sedang mencuci rumah salah seorang rakyat yang dilanda banjir.




Lihat, fikir dan nilai.

Nampak sangat Rosmah Mansor berlakun nak ambil dan pikat hati rakyat tetapi tak kena gaya.

Dia ingat rakyat ni buta mata tak boleh lihat, fikir dan nilai sama ada beliau bersungguh atau berlakun.

Dilantai langsung tidak ada nampak kesan kena banjir....Kering dan bersih.

Cukuplah dengan lakunan ini.... Rakyat bukannya bodoh....


INILAH DINAMAKAN MUNAFIK BINTI HIPOKRIT!!!!

http://omakkau.blogspot.com/2013/01/edisi-tembelang-meletopkantoi-rosmah.html?m=1


Friday, January 4, 2013

Penyelesaian terbaik isu Amanat Haji Hadi. Ini cadangan TGNA

Kih kih Teman sokong bebenor ini, kita sama dengor mereka berhujah dengan berpandukan Al Quran



Thursday, January 3, 2013

Apa ada dengan Amanat Hadi?


 
Apakah ada isu mengkafirkan Umno dalam 'Amanat Hadi'? Saya tidak nampak. 

Apa yang saya nampak, hasil pendekatan agak 'radikal' Datuk Seri Abdul Hadi Awang tersebut pada zaman itu, telah mendorong kerajaan BN pada waktu tersebut di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad dan kemudiannya dibantu oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk melaksanakan projek 'Islamisasi'. 

Tanpa 'amanat' tersebut, apakah Tun Dr Mahathir akan melakukan projek Islamisasi beliau? Inilah keindahan proses 'check and balance' sistem demokrasi dan apa yang disebutkan oleh Dr Tawfik Wa'ie sebagai Sunnah Tadafu'.

Apapun, amanat tersebut telah dilahirkan berdasarkan konteks dan realiti zaman berkenaan. Setiap era ada wacananya yang tersendiri. 

Mutakhir ini, wacana yang paling utama ialah isu keadilan, tadbirurus, sistem pilihanraya yang bersih, pendidikan, rasuah dan juga mengurangkan jenayah yang semakin berleluasa.

Lebih menarik lagi, golongan yang sibuk mengkafirkan Umno dan menyeru fatwa dua imam, tak makan sembelihan dan sebagainya. Tiada kena mengena dengan 'Amanat Hadi'. 

Malah kebanyakan individu-individu tersebut telah menyertai Umno, sama ada mereka itu di Kelantan mahupun di Terengganu. 

Veteran PAS, para aktivis Islam dan juga mereka yang hidup di zaman kebangkitan Islam tahun 1970-an hingga 1990-an, tahu mengenai perkara ini. Ini adalah fakta. 

Saya bukanlah ahli PAS, malah pernah menjadi mangsa ekstrimisme sesetengah ahli PAS semasa di kampus mahupun sekarang ini. Namun meletakkan segalanya kepada 'Amanat Hadi', adalah tidak tepat dan tersasar dari fakta sebenar.

Apakah hikmahnya menimbulkan isu lapuk tersebut? 

Apakah ianya bertujuan untuk melarikan rakyat dari isu sebenar? NFC (National Fidlot Corporation), FVGH (Felda Global Venture Holding), Deepak, keculasan di dalam pembelian AES 

http://www.malaysiakini.com/letters/217889

(Sistem Penguatkuasaan Automatik) dan juga isu Lynas? 

Wednesday, January 2, 2013

Kaka Malaysia boleh bersuami dua Dasyat Beb


Wanita bersuami dua
KAMARUL HALIM M KAMAL
2 Januari 2013
Wanita dua suami
Wanita berkenaan pada mulanya enggan mengaku telah bernikah, namun akur setelah didesak pihak berkuasa. Doktor berkenaan diambil keterangan pegawai penguat kuasa Jaij
BATU PAHAT – Perbuatan wanita lewat 30-an yang dipercayai menduakan suaminya dengan menikahi lelaki lain, terbongkar apabila dokumen pernikahannya dengan doktor ditemui pihak berkuasa.

Bertindak hasil aduan orang ramai dan siasatan selama beberapa hari, serbuan Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat dilakukan di sebuah vila semasa Operasi Ambang Tahun Baru, kira-kira jam 2 pagi semalam.

Timbalan Ketua Penguat Kuasa Jaij Daerah Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, setelah menerima aduan, pihaknya melakukan semakan dengan pihak berkuasa di Thailand dan mendapatkan salinan dokumen pernikahan wanita terbabit.

Katanya, semasa serbuan dilakukan, pada mulanya wanita berkenaan enggan mengaku bernikah secara senyap di selatan Thailand bersama seorang lelaki berusia 40-an, yang turut berada di rumah berkenaan.
Mereka bernikah di Thailand Julai lalu.

“Kami berjaya mendapatkan salinan dokumen pernikahan mereka, namun serbuan dilakukan untuk mendapatkan salinan asal surat nikah berkenaan dan bukti yang lebih kukuh kami peroleh iaitu gambar pernikahan mereka.

“Begitu licik wanita ini. Setelah hampir satu jam kami mencari, namun dokumen berkenaan gagal kami temui. Bagaimanapun setelah didesak beberapa kali, akhirnya dia mengaku telah bernikah dan dokumen berkenaan disorok dalam kotak kasut yang diletakkan di bonet kereta.

“Kami difahamkan doktor yang menjadi ‘suami kedua’ diberitahu yang wanita terbabit sudah bercerai dengan suami pertamanya,” katanya.

Saiful berkata, kes seumpama itu kali pertama berlaku di daerah ini dan rumit diselesaikan kerana perlu dilakukan dengan teliti kerana banyak kesalahan dilakukan.

Beliau berkata, buat masa ini, pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 27(1)(a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 dan siasatan terperinci akan dilakukan berhubung perceraian yang didakwa oleh wanita terbabit dengan suami pertamanya.

“Saya harap kes seperti ini dijadikan iktibar dan jika ada kemusykilan terhadap nikah atau kahwin, orang ramai boleh buat rujukan kepada kami.

“Kami akan terus cari punca sebenar dan bantu selesaikannya kerana tidak boleh wanita mempunyai dua suami dalam satu-satu masa.

“Jika wanita ingin berkahwin lain, dia perlu melalui proses perceraian dengan suami terdahulu, namun ia juga perlu melalui hukum ditetapkan syarak,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/johor/wanita-bersuami-dua-1.117145

perlu melalui hukum ditetapkan syarak,” katanya

Tuesday, January 1, 2013

Amanat Hadi: Jangan halang Hadi, kata Nik Aziz

"Bila Hadi nak minta satu jam sahaja nak cakap dalam televisyen mesti beri kepada dia... pertama kerana peraturan Islam. Berilah peluang kepada kami untuk terangkan kebenaran.


Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menempelak sikap sesetengah pihak yang cuba menghalang hasrat Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu menjelaskan isu amanatnya menerusi televisyen.
Nik Aziz menyifatkan individu terbabit jahil dan dalam masa sama beliau menegaskan supaya Abdul Hadi diberi peluang menjelaskan perkara itu sebagaimana digembar-gemburkan kebelakangan ini.
Menurutnya, apabila Abdul Hadi meminta untuk kerajaan memberinya peluang bersiaran langsung selama satu jam dengan RTM dan TV3 bagi menjelaskan isu Amanat Haji Hadi sepatutnya peluang itu diberikan.
"Bila Hadi nak minta satu jam sahaja nak cakap dalam televisyen mesti beri kepada dia... pertama kerana peraturan Islam. Berilah peluang kepada kami untuk terangkan kebenaran.
"Ini berbelit-belit dan asyik membidas sahaja. Umno ni mengarut. Kenapa orang Umno yang Islam tidak menerima Islam. Ini kerana orang Islam tolak Islam dan ambil kebangsaan. Menjadi perpecahan," katanya kepada media semalam.
Beliau berkata demikian berikutan terdapatnya individu tertentu yang mempertikaikan hasrat Abdul Hadi di samping kenyataan tokoh agama, Abdullah Sa’amah tidak bersetuju pemimpin Pas itu muncul di televisyen bagai menjelaskan amanat dibuatnya pada tahun 1981 itu.

 Sinar Harian

Monday, December 31, 2012

Bayaran RM160 Juta Kepada Astacanggih/Awan Megah Jejaskan Projek-Projek Kementerian Pertahanan Dan Merugikan Anggota Tentera |

Bayaran RM160 Juta Kepada Astacanggih/Awan Megah Jejaskan Projek-Projek Kementerian Pertahanan Dan Merugikan Anggota Tentera |


Pembayaran yang telah dan akan dibuat kepada Astacanggih Sdn Bhd (“Astacanggih”) dan Awan Megah Sdn Bhd (“Awan Megah”) berjumlah RM160 juta akan menggunapakai dana sedia ada dan pinjaman baru yang terpaksa diambil oleh Bakti Wira Sdn Bhd (“Bakti Wira”).
Bakti Wira adalah anak syarikat milik penuh Boustead Holdings Berhad (“Boustead”). Saham majoriti Boustead dikuasai oleh Lembaga Tabung Amanah Tentera (“LTAT”) iaitu sebanyak 61.36% (rujuk Laporan Kewangan Tahunan Boustead yang terkini mukasurat 212, setakat 29 Februari 2012). Saham selebihnya di dalam Boustead dipegang oleh pelabur minoriti.
Oleh yang demikian, keputusan Dato’ Seri Zahid Hamidi mengarahkan Boustead (melalui anak syarikat Bakti Wira) membuat pinjaman baru untuk membayar RM160 juta kepada Astacanggih dan Awan Megah adalah keputusan yang melibatkan kepentingan dan kebajikan anggota tentera serta pelabur minoriti di dalam Boustead.
Sekiranya pelaburan ini tidak baik dan membebankan Bakti Wira, ia akhirnya akan merugikan anggota tentera dan pelabur minoriti yang terpaksa menanggung kerugian gara-gara tindakan cemas Dato’ Seri Najib Tun Razak yang mahu menutup mulut Deepak.
Bakti Wira juga mempunyai sebuah anak syarikat yang menjalankan kerja pembinaan iaitu Jendela Hikmat Sdn Bhd (“Jendela Hikmat”). Syarikat ini diberikan beberapa kontrak penswastaan yang besar oleh Kementerian Pertahanan, termasuklah projek berjumlah RM230 juta untuk membina dan menyiapkan Kem Muara Tuang, Sarawak.
Laporan Ketua Audit Negara 2010 mengkritik Jendela Hikmat kerana gagal menyiapkan projek tersebut walaupun telah diberi lanjutan tempoh masa sebanyak 3 kali. Pada ketika itu, Jendela Hikmat memberi alasan bahawa ia berdepan dengan kesempitan kewangan akibat kenaikan kos barang pembinaan sehingga menjejaskan projek yang dilaksanakannya.
Justeru, sekiranya Bakti Wira terpaksa mengambil pinjaman sebanyak RM160 juta untuk membayar Astacanggih dan Awan Megah, bebanan hutang yang baru ini sudah tentu akan melemahkan lagi kedudukan kewangannya yang seterusnya menjejaskan keupayaan Jendela Hikmat menyiapkan projek-projek kerajaan.
Semakan prestasi kewangan terkini Bakti Wira yang difailkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia mengesahkan risiko kewangan yang ditanggungnya berikutan arahan membayar RM160 juta kepada Astacanggih dan Awan Megah.
Bakti Wira yang mengalami kerugian sebanyak RM565,923 bagi tahun 2011 itu terpaksa menanggung kos hutang sekurang-kurangnya RM6.5 juta setiap tahun. Besar kemungkinan, kerugian yang dialami bagi tahun 2012 dan tahun-tahun mendatang lebih teruk dan berpanjangan akibat hutang RM160 juta yang terpaksa ditanggungnya.
Kedudukan kewangan Bakti Wira juga akan dilemahkan dengan hutang RM160 juta yang terlalu besar berbanding dengan asetnya yang kecil iaitu sekitar RM50 juta sahaja. Tambahan lagi, tanah yang kononnya dibeli itu besar kemungkinan tidak dapat dipindahmilik, menyebabkan tidak ada aset baru yang boleh disuntik untuk mengimbangi hutang RM160 juta yang diambil untuk membayar Astacanggih dan Awan Megah.
Maka, keputusan membayar RM160 juta kepada Astacanggih dan Awan Megah ini adalah keputusan yang benar-benar merugikan anggota tentera yang menabung di dalam LTAT dan pelabur minoriti Boustead yang turut sama terjejas.
KEADILAN akan bekerjasama dengan kumpulan-kumpulan bekas anggota tentera termasuk PAHLAWAN dan KERABAT untuk menggerakkan kempen mendesak LTAT menghentikan urusniaga ini secepat mungkin.
KEADILAN juga akan menulis secara rasmi kepada Badan Pengawas Saham Minoriti Berhad (Minority Shareholder Watchdog Group) untuk segera campur tangan di peringkat Boustead bertujuan menghentikan urusniaga ini secepat mungkin.
Desakan dari kedua-dua kumpulan ini dan keputusan Kerajaan Selangor untuk menghalang pemindahan tanah 200 ekar yang cuba dijual (seperti yang diumumkan Pejabat Menteri Besar Selangor semalam) akan menghalang RM160 juta dana awam dari disalahguna bagi kepentingan peribadi Dato’ Seri Najib Tun Razak.
Sewajarnya, Dato’ Seri Najib Tun Razak perlu berdepan dengan pelbagai tuduhan yang dibuat oleh Deepak dan menyaman Deepak di mahkamah sekiranya tuduhan itu tidak benar, bukannya menyalahgunakan dana awam untuk merasuah Deepak dan Ketua Wanita Umno Selangor seperti ini.
RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
31 DISEMBER 2012
http://rafiziramli.com/2012/12/bayaran-rm160-juta-kepada-astacanggihawan-megah-jejaskan-projek-projek-kementerian-pertahanan-dan-merugikan-anggota-tentera/

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak