Sumber TV 9(berita)
Saturday, February 13, 2010
BAYI BARU LAHIR DI BAKAR DENGAN KEJAM
Sumber TV 9(berita)
PONTIANAK BUKAN HISAP DARAH LAGI KINI HISAP DADAH PULAK
SEPANG: Artis wanita yang pernah menggemparkan industri hiburan dengan kemunculan beberapa keping gambar lucah, kembali mengundang kontroversi apabila mengaku secara lisan mengambil dadah ketika ditahan pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam sekatan jalan raya di jalan keluar dari Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di sini, malam tadi.
Penolong Pengarah AADK Selangor, Nani Sikin, berkata ketika ditahan untuk ujian saringan secara rambang, artis terbabit bersama rakannya enggan menjalani ujian air kencing apabila diarah berbuat demikian.
Baca selanjutnya
GUAN ENG CABAR TPM SERTAI PERARAKAN MAULIDUR RASUL DI PULAU PINANG
Oleh Syed Jaymal Zahiid
KUALA LUMPUR, Feb 13 — Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengesahkan perarakan Maulidur Rasul tahunan akan diadakan seperti biasa sambil membidas laporan Utusan Malaysia, yang mencetuskan rasa tidak senang dan protes di kalangan pemimpin Umno dan umat Islam, sebagai satu pembohongan.Lim juga menafikan dakwaan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa pentadbirannya anti-Islam atas alasan kononnya telah membatalkan perarakan itu kali ini.
Sebaliknya beliau menjemput timbalan perdana menteri itu sendiri mengambil bahagian dalam sambutan tiga hari akhir bulan ini.“Saya mencabar timbalan perdana menteri untuk menyertai perarakan ini apabila ia diadakan,” kata Lim sambil menambah, media arus perdana dengan sengaja membelakangkan berita atau tidak melaporkan perkara yang sebenar tentang Pulau Pinang.
“Utusan Malaysia berbohong dan saya tidak mahu Muhyiddin memalukan dirinya sendiri dengan mempercayai pembohongan itu,” kata Lim kepada The Malaysian Insider.
ISU MAULIDUR RASUL - MEDIA ARUS PERDANA PUTAR BELIT ISU
Jelasnya kepada Harakahdaily, kerajaan negeri juga tidak pernah mengumumkan tentang ketiadaan perarakan tersebut sebaliknya hanya menegaskan kepada wartawan bahawa kerajaan negeri belum lagi membuat keputusan tentang perkara itu kelmarin tetapi semalam semuanya telah selesai apabila satu sidang media diadakan.
"Kerajaan negeri menafikan berita yang tersiar dalam akhbar arus perdana. Apa yang mereka ingin buat adalah mengusutkan keadaan yang tenang," ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Maung.
Menurutnya lagi, majlis Maulidur Rasul bermula pada 25 Februari dengan bacaan Yaasin dan tahlil di seluruh masjid negeri ini.
Katanya, pada peringkat negeri pula diadakan di Masjid Negeri yang dihadiri oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Datuk Seri Utama Dr Haji Abdul Rahman Abas.
Pada 26 Februari, perarakan diadakan sekitar Dewan Seri Pinang di mana pelepasan perarakan disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri 1, Dr Mansor Othman.
Program 'Himpunan Ummah' pagi itu dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama di dalam dewan di samping mendengar ulasan daripada pakar motivasi terkenal tanahair, Ustazah Bahyah Mahmud dan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp), Ustaz Elias Zakaria.
Buat pertama kalinya semasa sambutan Maulidur Rasul, kerajaan negeri melakukan kelainan apabila mewujudkan kelas ilmu selama dua hari berturut-turut di Masjid Negeri.
Kelas yang menceritakan sirah Rasullulah s.a.w. itu disampaikan oleh Ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri, Ustaz Rosli Othman.
SumberFriday, February 12, 2010
3,000 bajiri dewan dengan ceramah Anuar
Lebih 3,000 orang yang membanjiri Dewan Sri Siantan di Batu Caves malam tadi untuk mendengar pemimpin Pakatan Rakyat bercakap mengenai kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Para penceramah di program 'Bersama Selamatkan Malaysia' itu - termasuk Anwar sendiri - berkali-kali menegaskan bahawa kes berkenaan sengaja diada-adakan untuk memfitnah dan mengaibkan bekas timbalan perdana menteri itu.
"Saya seru supaya semua kerajaan Pakatan Rakyat dan juga syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negeri bawah Pakatan Rakyat supaya tidak lagi melanggan dan membeli iklan di Utusan Malaysia.
"Saya cadang supaya semua GLC bawah Pakatan Rakyat guna media baru termasuk Suara Keadilan, Harakah, Malaysiakini dan The Malaysian Insider," katanya lagi.
Tambahnya, jika kempen itu dijalankan dengan bersungguh-suingguh, maka penerbit Utusan Malaysia boleh muflis dalam masa tiga bulan.
Baca lagi
USTAZ: JANGAN PEGANG BUAH DADA SAYA - TAK NAK MACAM INI
Apa kena dengan ustaz ini?Cuba klik di sini.
Kejadian terbongkar selepas sekumpulan murid perempuan itu membuat aduan kepada guru kaunseling sekolah berkenaan mengenai perbuatan ustaz berusia 30-an berkenaan ketika sesi persekolahan kelmarin.
BEBAS DARI GALAS BIAWAK HIDUP - PKR PULAU PINANG
PULAU PINANG, 12 Feb: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Pulau Pinang ibarat terlepas daripada 'menggalas biawak hidup' ekoran tindakan bekas pengerusi perhubungan negeri merangkap Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim mengisytiharkan keluar parti pagi tadi. Setiausaha PKR negeri, Senator Mustaffa Kamal Mohd Yusoff ketika dihubungi sebentar tadi beranggapan Zahrain bermasalah jika masih menjadi ahli parti kerana terus mengancam dari dalam. Tambahnya, PKR negeri sama sekali tidak merasakan kehilangan 'sebutir permata' berikutan tindakan Zahrain mengisytiharkan sebagai anggota Parlimen Bebas. "Keadilan Negeri Pulau Pinang tidak langsung kehilangan sebutir mutiara yang bersinar walaupun beliau pernah menerajui kepimpinan PKR apabila diberikan kepercayaan memimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah bebas dari penjara dulunya," tegas beliau. Apa pun, katanya Zahrain bukan seorang pejuang tulen yang sanggup berhadapan dengan pahit maung pada era reformasi sebaliknya diambil sewaktu PKR sudah meningkat atau kata lain di waktu Anwar telah dibebaskan. |
ITU YANG KAU MAU? - PERGILAH KAMI TAK KESAH
Ahli parlimen Bayan Baru, Datuk Zahrain Mohd Hashim mengumumkan keluar dari PKR berkuatkuasa serta merta dan menjadi wakil rakyat bebas.
Beliau mengumumkan demikian dalam satu sidang akhbar di ibunegara pagi ini.
Menurutnya, beliau akan menjadi ahli parlimen yang berprinsip dan tidak mesra BN.
Berikutan itu, beliau mengumumkan meletakkan semua jawatannya dalam PKR berkuatkuasa serta merta.
Zahrain berkata, beliau bertindak demikian kerana hilang sudah kepercyaan kepada kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga setiausaha agung DAP Lim Guan Eng.
Beliau berkata, keputusannya itu juga kerana sudah hilang keyakinan kepada prinsip keadilan yang diperjuangkan oleh PKR.
Bagaimanapun, katanya, beliau tidak akan menyertai mana-mana parti dan akan menjadi wakil rakyat bebas sepenuhnya.
Menjawab soalan, dia juga menafikan akan menjadi mesra BN.
Zahrain juga berkata, ia juga merupakan satu keputusan peribadi dan tidak melibatkan rundingan dengan parti-parti lain.
Ditanya sama ada dia akan mencadangkan wakil rakyat PKR yang lain untuk menurut jejak langkahnya, Zahrain menegaskan ini adalah tindakan peribadinya dan dia tidak terlibat untuk memujuk orang lain.
Ditanya sama ada tindakan ini disebabkan oleh pembelian MP Pakatan seperti yang didakwa oleh Datuk Seri Anwar Ibarahim, beliau berkata "saya tidak ada beli apa" dan dan bertanya kembali "16 September itu apa?"
"Saya pun kecewa dengan 16 September, tidak timbul isu beli membeli...," katanya.
Turut bersamanya dalam sidang akhbar pagi ini ialah bekas setiausaha agung PKR, Datuk salehudin Hashim.
PERAK AKAN TERUS DITINDAS
Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata rakyat diberi ruang untuk melihat apakah Zambry ada kesungguhan untuk mentadbir Perak dengan adil, atau sekadar propaganda politik semata-mata.
“Sepanjang setahun mereka berkuasa, selepas mereka rampas kuasa, kami tidak mendapat satu sen pun. Jadi macam mana mereka menyatakan mereka telah memberikan peruntukan? Tiada apa cuma Zambry kata kalau ada malapertaka dia akan salurkan kewangan. Yang itu malapertaka lain. Tapi peruntukkan yang akan digunakan oleh pejabat daerah melalui ADUN sebab kami dipilih oleh rakyat, jadi kalau dia boleh buat macam itu maknanya dia ikut apa yang kita buat semasa kita berkuasa dulu”.
Nizar berkata demikian selepas menyatakan kesudian Pakatan Rakyat untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri BN di Perak.
Ketika Perak ditadbir Pakatan Rakyat, peruntukan Dun RM150,000 diagihkan kepada semua wakil rakyat termasuk BN.
Beliau berkata Zambry perlu mengangkat semua sekatan politik yang dikenakan, khususnya sekatan peruntukan yang seolah-olah hukuman BN keatas para pengundi di Dun-Dun Pakatan Rakyat.
“Kita mahu bekerjasama dengan kerajaan yang dianggap sah oleh mahkamah semalam dengan syarat, kalau syarat kita dipenuhi barulah kita dapat kerja sama, tapi kalau kami nak pakai dewan pun setahun yang lepas kami tidak dibenarkan. Kami hendak pakai padang, hendak pakai stadium tidak boleh, untuk rakyat. Jadi bagaimana kita hendak bekerjasama dengan kerajaan”.
Nizar bagaimanapun tidak terkejut jika BN enggan mengangkat sekatan keatas Dun-Dun Pakatan Rakyat, mahupun dasar pembaziran dan salahguna kuasa kembali subur di Perak.
“Saya rasa tidak membantu. Apa sahaja sumber-sumber hari ini digunakan untuk meyakinkan rakyat bahawa mereka akan menang pada pilihan raya ke-13. Jadi mereka telah pun berkempen setahun yang lepas, mereka akan gunakan sumber kewangan negeri untuk meyakinkan rakyat bahawa mereka kuat, Barisan Nasional kerajaan yang sah jadi dua tahun setengah ini mereka akan gunakan kempen untuk itu disamping menggunakan sumber-sumber yang ada”. -HY
Sumber
AJARAN SESAT REJAB AHMAD I BONGKAR
PUTRAJAYA: Ketua kumpulan Ajaran Abdul Rejab Ahmad bersama isterinya serta sembilan orang lain dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah di sini, petang semalam, atas tuduhan melakukan kesalahan mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.
Tertuduh, Abdul Rejab Ahmad, 50, didakwa mengikut Seksyen 5 dan Seksyen 6 akta berkenaan kerana kesalahan mengembangkan doktrin agama palsu dan membuat dakwaan palsu.
Isterinya serta sembilan yang lain didakwa mengikut Seksyen 6 akta sama kerana membuat dakwaan palsu.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan sementara menunggu sebutan semula kes pada 21 April depan.
Hakim Nassir Abdul Aziz memerintahkan Abdul Rejab dibebaskan dengan jaminan RM5,000 manakala yang lain masing-masing RM3,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu tarikh sebutan semula.
Jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 5 akta itu, mereka boleh didenda RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali, manakala Seksyan 6 boleh didenda RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.
Sementara itu, Ketua Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali, mengesahkan penahanan lelaki itu bersama 10 yang lain dan mereka sudah dihadapkan ke mahkamah semalam.
Beliau enggan memberi butiran mereka yang sudah didakwa itu kerana siasatan masih dijalankan oleh pihaknya.
Baca lagiThursday, February 11, 2010
ZAHID MESTI UMUMKAN SIAPAKAH PERTUALANG ?
Kes tersebut tidak harus ditutup dengan hanya Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid menyatakan ia telah diselesaikan melalui saluran diplomatik.
Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar berkata, rakyat perlu diberi tahu siapa di dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menjual rahsia penting tersebut.
“Saya membantah kenyataan Menteri Pertahanan. Rakyat perlu diberi tahu siapa di dalam ATM yang menjual rahsiah penting tersebut,
”Adakah mereka yang terlibat hanya berpangkat Prebet atau Sarjan seperti dalam kes kehilangan dan kecurian dua buah enjin Jet F5E?,”soal Mahfuz.
Baca lagi
Wednesday, February 10, 2010
ZAMRY MB PERAK????? PELIK KE?? TAK KOT
Ummu Sumaiyah
Monday, February 8, 2010
JANAGAN SAMPAI MACAM INI - KAKAK OI
Kat sini jangan buat macam tu akak-akak sekelian. Nanti parah. Nanti habis abang-abang teksi, abang-abang lori ter'accident' sesama sendiri, tersondol bontot kereta/lori sesama sendiri. Nanti tergendala pulak mat-mat rempit nak merempit.
Nanti lumpuh satu KL kalau tunjuk macam tu. Semua abang-abang, pak cik-pak cik keluar nak ikut sama.
Perbuatan itu memanglah salah dari semua segi, moral, agama dan perundangan tak kiralah sekular atau Islamik sekalipun.
Tapi yang membuat saya tertarik dengan berita ini ialah, kesedaran politik kaum hawa terutama yang muda-muda, sanggup buat apa saja demi demokrasi tidak di'rogol'.
Mereka sanggup setengah bogel asalkan demokrasi mereka tidak di'rogol'. Sungguh tinggi kesedaran politik mereka. Mereka tidak berbaju cuma ber'pelekat' ditempat-tempat tertentu., hanya berseluar 'jeans'. [sumber.]
Itulah 'bayaran' yang tinggi untuk harga sebuah demokrasi.
Di sini, tak tahu nak dikatakan lagi. Apakah demokrasi sudah di'rompak, di'rogol', di'liwat' dan entah apa-apa lagi?
Esok hari penentuan demokrasi di Perak.
Mahkamah akan membuat keputusan, siapa yang lebih berhak menerajui Perak, di antara Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional.
Selaku penyokong Pakatan Rakyat sudah semestinya keputusan itu sangat-sangat dinantikan sesudah satu tahun Perak dilanda kemelut politik yang amat dahsyat.
Apakah demokrasi mampu ber'sinar' kembali di negeri yang kaya dengan bijih timah satu ketika dulu?
al-brangi
ISU MB PERAK 9 FEB 2010
Kepada semua rakyat dan warga Perak, diharap mari kita sama sama berdoa agar Allah SWT menjadikan 5 orang hakim di Mahkamah Persekutauan esok berani dan berlaku adil serta berlaku benar dalam memutuskan kedudukan MB sah bagi negeri Perak.
Doakan agar kemenangan di pihak Pakatan Rakyat kerana inilah kerajaan sah yang dipilih rakyat mengikut lunas demokrasi pilihanraya. Tetapi telah dirampas dengan kejam dan tidak bertamaddun oleh UMNO BN yg di ketuai oleh Dato Najib Tun Razak pada 5 Februari 2009, setahun yang lalu.
Oleh itu bagi semua rakyat Perak yang akan ke Mahkamah Persekutuan Putrajaya jam 9.30 pagi esok, 9 Feb 2010, sila pastikan memandu dengan cermat dan hati2 di Lebuh Raya masa pergi dan balik. Pastikan kenderaan cukup minyak, ada cukai jalan/roadtax dan lesen memandu yang sah dan ada air sembahyang. Berdoa dan berzikir munajat disepanjang perjalanan agar Allah membantu kita bagi menyelesaikan kemelut perlembagaan negeri Perak serta keamanan negeri yang kita cinta ini.
Jangan berperangai ganas dan tidak sopan. Sebaliknya tunjukkan sikap beradab dan sopan santun disepanjang perjalanan serta diperkarangan Mahkamah. Tiada mengeluarkan kata kata kesat dan nista serta berunsur provokasi. Jadikan ini suatu ibadat jihad peringkat tertinggi agar kita mendapat berkat dan sentiasa dalam naungan Allah SWT.
Taqdir Allah memenangkan PR, maka kita sujud syukur dimana2 ruang yang ada di Mahkamah nanti. Sementara itu elok jika diteruskan solat hajat di luar perkarangan Mahkamah selagi tidak menghalangi laluan trafik dsbnya.
Ingat! jangan ada yang provokasi sbb ini akan menimbulkan suasana tegang. InshaAllah kita akan cadang untuk berkumpul berceramah di
Akhir sekali terima kasih kepada semua rakyat khususnya warga Perak segenap lapisan, kaum dan agama yang telah mendoakan secara berterusan demi kemenangan keadilan dan kebenaran di Perak inshaAllah. Bagi kaum tionghua selamat tahun baru Cina, Kung Xi Faa Cai.
Nasruminallahi wa fathun qariib! (Pertolongan dari Allah dan kemenangan yang hampir)! Hidup Rakyat ! Bubar DUN! Wasalam!
Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin
Nik Aziz kesal lakaran blog cuba mengaibnya
Salmah Mat Husain & Muhammad Yusri Amin |
KOTA BHARU, 7 Feb: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa kesal terhadap seorang penulis blog membuat lakaran begitu mengaibkan membabitkan dirinya dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. (Gambar: Mejar (B) Mohamad Ibrahim (kanan) dan Hisyam Fauzi menunjukkan salinan laporan polis) Namun beliau amat berterima kasih kepada pihak yang telah terlebih dahulu membuat laporan polis berhubung fitnah tersebut. “Saya ucap terima kasihlah kepada pihak yang membuat laporan polis terhadap perkara itu,” katanya selepas majlis penyampaian cek Takaful Kifaalah kepada 2,040 wasi di Dewan Majlis Daerah Machang, di sini hari ini. Sebuah blog jeffrydamien09.blogspot.com menyiarkan gambar yang telah diubahsuai mempamerkan aksi melampau terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Anwar dengan aksi liwat. Ekoran itu seorang bekas pegawai tentera membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu (IPD) di Pengkalan Chepa berhubung penghinaan tersebut. Mejar (B) Mohamad Ibrahim, 57 yang juga Setiausaha Keselamatan PAS Kelantan membuat laporan polis dan mendesak pihak polis menyiasat bloger terbabit serta mengambil tindakan sewajarnya. “Tindakan bloger terbabit bercanggah dengan undang-undang dan boleh mencetuskan provokasi melampau,” katanya dalam laporan berkenaan. Beliau yang tinggal di Kampung Baung, Pengkalan Chepa membuat laporan polis itu kira-kira jam 11.30 pagi dengan ditemani ahli jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Negeri. Sementara itu, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Hisham Fauzi berkata, blog itu ditulis seorang yang menggunakan nama jeffrydamien yang menggambarkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sedang diliwat Anwar. Sebuah blog jeffrydamien09.blogspot.com menyiarkan gambar yang telah diubahsuai mempamerkan aksi melampau terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Anwar dengan aksi liwat. “Pihak kami memandang perbuatan itu amat tidak wajar dilakukan dan bersifat provokatif yang boleh menyebab berlakunya ketidakstabilan politik negara. Beliau yang juga seorang peguam berkata, siasatan boleh dibuat mengikut Akta Multimedia, Akta Fitnah dan Kanun Keseksaan yang mempunyai peruntukan jelas mengenai perbuatan fitnah. Menurutnya juga bloger terbabit dikenal pasti berasal dari Johor dan merupakan salah seorang Cyber Troopers Umno memandangkan ada link dengan Unit Media Umno Wangsa Maju. Selain itu kata beliau perbuatan bloger tersebut memburuk-burukkan imej Menteri Besar Kelantan dan Anwar secara tidak langsung menyentuh mengenai perbicaraan mantan Timbalan Perdana Menteri itu di mahkamah dan boleh dianggap subjudis. Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, tindakan bloger terbabit sebenarnya turut mencemarkan imej negara kerana secara tidak langsung mereka mempamerkan identiti masyarakat di negara ini. “Sampai begitu sekali rakyat Malaysia sehingga tidak tahu halal haram serta nilai murni dan moral begitu rendah sekali,” ujarnya. Katanya kemudahan teknologi maklumat seharusnya digunakan untuk kebaikan dan bukannya memburuk imej seseorang. Menurutnya, tindakan itu bukan sahaja merosakkan imej mereka di dunia sebaliknya akan mendapat balasan azab di akhirat kelak. Ditanya kehadiran di mahkamah bagi mengikuti perbicaran kes dakwaan liwat terhadap Anwar baru-baru ini katanya, beliau hadir sebagai tanda simpati terhadap orang yang teraniaya. “Saya pergi tanda simpati pada orang yang saya anggap telah dianiaya. “Masalah tuduhan zina, liwat mana ada orang buat depan orang ramai, tentu buat dalam kelambu, nyamuk pun tak ada, jangankan manusia, tetapi tiba-tiba dituduh secara terbuka,” ujarnya. |
Sumber
BUBAR DUN PERAK - NIZAR
Ismail Hashim |
SHAH ALAM, 8 Feb: Perkara pertama akan dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Perak adalah membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) jika keputusan Mahkamah Persekutuan esok memihak kepada PR, kata Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin. Menteri Besar PR Perak itu berkata, itulah komitmen PR sejak berlaku krisis politik Perak setahun lalu dengan memulangkan hak kepada rakyat Negeri Perak untuk memilih semula kerajaan mana-mana kerajaan yang mereka yakini dalam pilihan raya yang diadakan semula selepas pembubaran itu. "Sebaik PR diumumkan menang dalam perbicaraan dahulu, sebaik memasuki pejabat Menteri Besar Perak, kita terus menulis surat kepada Kebawah Tuanku Sultan Perak agar berkenan untuk membubarkan Dun Perak bagi membolehkan rakyat menggunakan hak mereka memilih kerajaan melalui pilihan raya semula. "Namun tidak berjaya kerana Umno BN telah melakukan sesuatu untuk menghalang proses demokrasi berjalan lancar dalam negara ini," tegasnya lagi. Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata demikian ketika berucap dalam majlis hi-tea sempena perasmian Restoran Sup Utara Power, di sini petang semalam yang turut dihadiri Pemangku Yang Dipertua PAS kawasan, Azli Yusof, Ketua Muslimat kawasan, Puan Zarina Zulkifli dan Timbalan Ketua Keadilan Shah Alam, Adnan Jamhuri. Nizar juga berharap semua lapisan masyarakat dan rakyat akan terus berdoa agar kemenangan memihak kepada kebenaran seperti dipersetujui oleh semua parti gabungan di dalam PR. Ahli Parlimen Bukit Gantang itu juga berkata, PR Perak telah melalui beberapa 'siri kesedihan' sejak setahun lalu dan fenomena itu akan terus berlaku lagi selagi mana ada pihak yang tidak mahu meletakkan kebenaran dan keadilan sebagai neraca utama di dalam kehidupan berpolitik di dalam negara ini. Mahkamah Persekutuan akan membuat keputusan esok berhubung siapakah Menteri Besar Perak yang sah sama ada Nizar atau Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. Keputusan itu dijadual diumumkan oleh panel hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff selain Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria dan Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin, Datuk Wira Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong. |
Sumber
Sunday, February 7, 2010
Bala Manimpa Gara-gara Tangguh Hukum Sebat Kartika. 26 Orang termasuk 2 Wanita di tahan atas kesalahan sama Di kuantan
Malah, kekeliruan itu menyebabkan rakyat semakin tidak faham sebenarnya. Banyak bantahan yang timbul termasuk dikalangan NGO Islam di Kuantan sendiri. Malah, satu seminar pelaksanaan hukuman sebat telah diadakan di dewan Jabatan Agama Islam Pahang pada 25 Oktober 2009 yang lalu. Tujuannya bagi memberi kefahaman kepada semua berhubung hukuman sebat sebelum ia dilaksanakan. Kes Kartika telah menimbulkan kontroversi dan namanya popular dengan sekelip mata sahaja. Penantian itu satu penyeksaan, nampaknya seolah-olah ia dilupakan begitu sahaja. Campurtangan pihak atasan menyebabkan rakyat takut untuk bersuara dan Kartika sendiri sebagai orang yang dituduh amat hairan dengan apa yang berlaku. Beliau rela menerima hukuman atan kesilapannya, namun ada pula pihak yang menghalang sehingga ia tertangguh sekian lama itu. Makanya apa yang berlaku sekarang ialah rakyat terutamanya generasi muda di Kuantan bahkan Pahang ini seolah-olah tidak takut lagi untuk melakukan kesalahan yang sama seperti Kartika. Mereka tahu bahawa, hukuman syariah tidak akan dilaksanakan ke atas mereka seperti apa yang berlaku kepada Kartika itu.
Kini, golongan terbabit tidak segan silu untuk melakukan perbuatan yang sama di kebanyakan pusat-pusat hiburan seperti pub, karaoke, bar & bistro, kelab dangdut dan sebagainya di Kuantan ini. Malah kejadian ini dilhat semakin serius dan parah selepas hukuman terhadap Kartika ditangguhkan. Inilah padahnya pabila undang-undang Islam itu dipermainkan oleh golongan yang berkepentingan serta takut dengan keadaan. Akhirnya, bagai bala datang semalam seramai 26 pengunjung pusat hiburan termasuk dua wanita ditahan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) dalam Ops Taubat. Menurut Ketua Penguatkuasa Agama JAIP, Ahmad Raffli Ab Malek, kesemua yang ditahan berumur dalam lingkungan 20 hingga 55 tahun, iaitu 15 ditahan kerana kesalahan meminum arak manakala 11 lagi kesalahan khalwat. Operasi yang bermula jam 12 tengah malam dan berakhir 2 pagi itu membabitkan 40 anggota JAIP dan polis yang memeriksa tiga premis hiburan di sekitar bandar ini. "Ketika serbuan dibuat, rata-rata mereka sedang khayal dan rancak menari diiringi muzik keras sambil berpelukan bersama pasangan masing-masing dengan botol arak di tangan, perbuatan mereka ini memang keterlaluan dan melampau," katanya. Ahmad Raffli berkata, ada di antara pengunjung terbabit memberi alasan tidak meminum arak, namun gagal membuktikannya selepas diperiksa alat pengesan alkohol.
[Kesemua yang ditahan bagi kesalahan meminum arak akan didakwa di Mahkamah Syariah mengikut Seksyen 136, Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987) yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau tiga tahun penjara dan enam sebatan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Bagi kesalahan berkhalwat, katanya mereka didakwa mengikut Seksyen 145 (1) dan (2) Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987) dan sabit kesalahan, boleh didenda sehingga RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali].
UMNO janagan perasan!
Pas mengajak umno berbincang atau bermuzakarah berkenaan Islam dan pelaksanaan syariat Islam di Malaysia bukannya taksub dengan semangat bangsa semata-mata. Perjuangan berasaskan bangsa sudah tidak releven apatah lagi dengan semangat satu malaysia yang dilaungkan mereka sendiri.
Sejarah juga telah membuktikan kedatangan junjungan besar nabi Muhammad s.a.w berjaya menyatupadukan seluruh penduduk Tanah Arab dan 2/3 dunia di bawah pemerintahan Islam. Dan bukannya di bawah tiket kaum Quraisy. Hanya kaum Yahudi yang taksub dengan ‘kemuliaan’ bangsa mereka sehingga mendatangkan kerosakan di atas muka bumi ini.
Umno perlu memahami maksud sebenar ajakan Pas ini dan tidak hanya bergendang awal untuk meraih perhatian rakyat. Jangan menyempitkan fikiran rakyat dengan melihat skop perpaduan bangsa sahaja yang perlu diperbetulkan sedangkan bangsa-bangsa lain juga berhak mendapat pembelaan jika penanda arasnya Islam.
Pemudamuazam
Islam ikhtiraf hak bukan Islam guna kalimah allah- Dr Asri
Dzulfikar Mashoor & Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 7 Feb: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin menegaskan bahawa perintah membenarkan penganut agama Kristian menggunakan kalimah 'Allah' merupakan suatu hak yang diiktiraf di sisi Islam. "Isu ini (kalimah Allah) bukan menentukan agama siapa benar dan agama siapa yang salah. Ini adalah hak yang diiktiraf oleh suatu agama pada suatu agama yang lain," jelas beliau dalam Forum Kalimah Allah di sebuh hotel di sini, malam tadi. "Ini bukan dialog teologi atau perbandingan agama, sejauh mana kadar untuk mereka (bukan Islam) dibenarkan menggunakan kalimah 'Allah'." Beliau yang juga pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) turut mempersoal tindak-tanduk Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana melarang masyarakat bukan Islam di Selangor dari menyebut nama 'Allah'. "Jais gantung kain-kain rentang nama Allah untuk orang Islam sahaja, tetapi lagu negeri Selangor pun disebut nama Allah, takkan Jais nak tangkap orang bukan Islam yang menyanyikan lagu negeri dengan menyebut nama 'Allah'," ujarnya. Jelasnya, pada logo polis pun terdapat kalimah Allah sedangkan logo tersebut turut dipakai oleh anggota-anggota polis yang bukan beragama Islam. "Sepatutnya polis bersama-sama Jais tak boleh tahan masyarakat bukan Islam yang menyebut (kalimah) Allah, mereka kena tahan mereka dulu yang masuk Selangor kerana Selangor melarang orang bukan Islam (dari) menyebut 'Allah'," jelasnya. Beliau yang juga pakar hadis mendedahkan suatu hadis sahih daripada Imam Bukhari sendiri pun merakamkan bahawa Raja Rom bernama Hercules turut diriwayatkan menyebut kalimah 'Allah'. " Hercules bertanya dia (Abu Sufian) banyak soalan, antara yang diriwayatkan Imam Bukhari: Sebelum dia (Nabi Muhammad s.a.w) diutuskan menjadi seorang rasul, pernahkah kamu menuduh dia sebagai pembohong," jelasnya. Menurut beliau, Abu Sufian yang ketika masih tidak memeluk Islam berkata 'tidak', lalu Hercules berkata bahawa mustahil Muhammad itu berbohong menggunakan nama 'Allah'. "Lalu Hercules berkata: Kalau Muhammad ini kepada manusia pun tidak berbohong, maka fahamlah aku bahawa mustahil dia berbohong atas nama 'Allah'." "Hercules sebut nama Allah (walaupun) dia Raja Rom, dia Kristian...terjemahan Abu Sufian adalah dia (Hercules) menyebut nama 'Allah' dan terjemahan itu ada di dalam Sahih Bukhari," jelasnya. Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Chua Jui Meng kemudiannya mendedahkan bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) mula bergiat menghalang penerbitan akhbar mingguan The Herald terbitan Katholik bukan disebabkan akhbar itu memohon menggunakan kalimah 'Allah' dalam penerbitan mereka. Sebaliknya, menurut dakwaan Chua, KDN berasa tidak selesa apabila mendapati kandungan The Herald cenderung menyokong parti-parti pembangkang ketika menjelang Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) lalu. "Sewaktu Bersih (Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil) mengadakan demontrasi besar-besaran di ibu negara, The Herald Katholik menerbitkan di muka hadapan majalah itu gambar-gambar dan tulisan-tulisan menyokong Bersih," jelasnya. |
Baca lagi
follow on fb
share
Blog Pemimpin PS/PR
-
-
Catatan Dhuha april 20195 years ago
-
BLOGGER PERAK
-
Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi - * KUALA LUMPUR* : “Kezaliman rejim Zionis sebenarnya hanya akan menggali kubur diri mereka sendiri.” Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ber...
-
Salam Pertemuan : Yang Tersurat Dan Yang Tersirat - Heboh di media sosial tentang posting yang dimuat naik oleh Ketua Pemuda Umno pertemuan Presiden PAS dengan Presiden Umno. Pertemuan tersebut yang di ada...
-
-
Cerita di sebalik penjualan Pusat Pendidikan Al-Barakah - KERAJAAN negeri bersikap terbuka untuk mengadakan perbincangan pada bila-bila masa dengan pengurusan Pusat Pendidikan Al-Barakah jika mereka memerlukan ban...
-
MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN - MAKA dengan ini kami bersepakat dan bersetuju dengan muafakat bersama ini sebagai perjanjian yang mengikat parti-parti kami. Rakyat Malaysia berhasrat men...
-
Rumah untuk dijual di Rapat Setia Baru - Rumah banglo semi-d yang terletak di Rapat Setia Baru ini ingin dijual dengan harga RM580,000.00. Harga boleh dirunding mengikut budi bicara. Lokasi yang m...
-
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar - Bersempena dengan pilihanraya kecil P067 Parlimen Kuala Kangsar yang akan berlangsung pada 5 Jun akan datang, sudilah kiranya tuan-puan dan puan-puan sek...
-
Dewan Ulama Pas - Tolong-tolong perati gambar ni... - Dah agak lama aku tak merapu merepek hal ehwal Pas, bukan tak ada isu, banyak,, tetapi rasa dan meluat dah dengan gelagat segelintir pimpinan Pas... entahl...
-
'UMNO' minta $650 Dari Najib? - EKSKLUSIF Keadaan menjadi semakin panas dalam Umno, apabila seorang anggota yang mendakwa mewakili parti, memfailkan saman terhadap Presidennya, Datuk Ser...
-
ISLAM BUKAN BONEKA - (إِنْ أَحْسَنْتُمْ أَحْسَنْتُمْ لِأَنْفُسِكُمْ ۖ وَإِنْ أَسَأْتُمْ فَلَهَا ۚ فَإِذَا جَاءَ وَعْدُ الْآخِرَةِ لِيَسُوءُوا وُجُوهَكُمْ وَلِيَدْخُلُوا الْمَ...
-
TUDUHAN TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS PAHANG… JANGAN DI DIAMKAN… - Lama jugak aku tak menulis. Seronok membaca dan melihat telatah dan gelagat sang pengila kuasa. Seluruh hidup di tumpukan memburunya seakan tiada mati d...
-
Zambry Kadir mungkir janji dihadapan Al-Marhum Sultan Perak kata Rahamat anak Yok Bek [ Video ] - Janji MB Perak di hadapan Al-Marhum Sultan Perak Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0309&pu...
-
POLIS - Ini tragedi luar biasa... - *Takziah, moga pasangan bahagia ini bersabar dengan ujian Allah...Subhanallah* *kisah di sini dan sini....*
-
TGHA :SYRIA , RAKYAT MANGSA , PEMIMPIN BERLAGA DAN MUSUH UNTUNG - Republik Arab Syria (selepas ini ditulis Syria) adalah termasuk dari kalangan negara...
-
Kisah orang sombong sembelih diri sendiri!!! - Assalamualaikum...Hahahahaha..Lama dah tak gelak dalam blog ni..Kehkehkeh..Maap ramai yang menunggu nak sokong dan tak lupa jugak yang nak hentam aku......
-
42 peratus Cina yakin hudud adil untuk semua - Ketika masyarakat Cina dikatakan fobia dengan cadangan pelaksanaan hudud oleh PAS, tinjauan Universiti Malaya (UM) mendapati sebanyak 42 peratus responden ...
-
Derita Budya Darat - [image: MANGSA... mendakwa mengenali suspek menerusi laman sosial Facebook.] MANGSA... mendakwa mengenali suspek menerusi laman sosial Facebook. [image: BU...
BLOG BLOG PANAS
BLOG PIMPINAN PAS/PR
BLOG PAS/KWSN/CWG
BLOG MUSLIMAT
-
Mengenal Perbedaan Kopi Robusta dan Kopi Arabika - Salam Ngopi!!! bagi penggemar kopi mungkin sudah tidak asing lagi apa itu Kopi Robusta dan Kopi Arabika, Kopi Robusta dan Arabika dalam klasifikasi ilmiah...
-
-
-
Ai Chan Famili - Jeng jeng jeng... Nantikan kisah Ai Chan ye.
-
MESYUARAT AGUNG DEWAN MUSLIMAT PAS TAPAH KALI YANG KE 21 - Saf kepimpinan muslimat kawasan bersama perasmi mesyuarat agung pada tahun ini. Doa dan alunan wahyu disampaikan oleh Ustazah Haslinda bt Ismail. Para pe...
-
-
MH370 : AKU TAK SURUH HANGPA PERCAYA TAPI BERFIKIRLAH DENGAN AKAL YANG WARAS - (gambar hiasan) Allah SWT Berfirman: وَقُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا (٨١) Dan katakanlah: "Yang benar telah datan...
-
Polemik Kalimah ALLAH - *Bermula apabila Kementerian Dalam Negeri di bawah Syed Hamid Albar melarang majalah The Herald menggunakan kalimah Allah dlm penerbitan mereka.....
-
Peribadi Pejuang. Coret coret ijtimak tarbawi 2013 - Peribadi Pejuang Pejuang senantiasa akan diuji Allah swt justeru itu adalah sunnah orang berjuang. Saya kongsikan 5 Tips untuk memastikan kita mampu berd...
-
MUKTAMAR DEWAN MUSLIMAT PAS - *Muktamar tahunan Muslimat Pas bermula pada 14-15 november.muslimat yang dikasihi sekelian ayuhlah bersama-sama kita menghadiri muktamar kita semoga mendap...
-
Blog Masjid
Blogroll
Archives
-
►
2014
(27)
- ► 08/24 - 08/31 (3)
- ► 06/08 - 06/15 (5)
- ► 04/06 - 04/13 (2)
- ► 01/19 - 01/26 (1)
- ► 01/12 - 01/19 (7)
- ► 01/05 - 01/12 (9)
-
►
2013
(237)
- ► 12/29 - 01/05 (22)
- ► 12/22 - 12/29 (6)
- ► 12/15 - 12/22 (2)
- ► 12/08 - 12/15 (5)
- ► 12/01 - 12/08 (3)
- ► 11/24 - 12/01 (1)
- ► 11/10 - 11/17 (1)
- ► 11/03 - 11/10 (1)
- ► 10/20 - 10/27 (3)
- ► 10/13 - 10/20 (2)
- ► 10/06 - 10/13 (1)
- ► 09/29 - 10/06 (2)
- ► 09/22 - 09/29 (4)
- ► 09/08 - 09/15 (1)
- ► 09/01 - 09/08 (1)
- ► 08/25 - 09/01 (1)
- ► 08/18 - 08/25 (1)
- ► 08/11 - 08/18 (4)
- ► 08/04 - 08/11 (3)
- ► 07/28 - 08/04 (3)
- ► 07/21 - 07/28 (2)
- ► 07/14 - 07/21 (3)
- ► 07/07 - 07/14 (1)
- ► 06/30 - 07/07 (7)
- ► 06/23 - 06/30 (2)
- ► 06/16 - 06/23 (1)
- ► 06/09 - 06/16 (2)
- ► 06/02 - 06/09 (5)
- ► 05/26 - 06/02 (5)
- ► 05/19 - 05/26 (2)
- ► 05/12 - 05/19 (4)
- ► 05/05 - 05/12 (3)
- ► 04/28 - 05/05 (13)
- ► 04/21 - 04/28 (4)
- ► 04/14 - 04/21 (10)
- ► 04/07 - 04/14 (10)
- ► 03/31 - 04/07 (9)
- ► 03/24 - 03/31 (11)
- ► 03/17 - 03/24 (5)
- ► 03/10 - 03/17 (9)
- ► 03/03 - 03/10 (4)
- ► 02/24 - 03/03 (5)
- ► 02/17 - 02/24 (6)
- ► 02/10 - 02/17 (12)
- ► 02/03 - 02/10 (4)
- ► 01/27 - 02/03 (8)
- ► 01/20 - 01/27 (9)
- ► 01/13 - 01/20 (7)
- ► 01/06 - 01/13 (7)
-
►
2012
(609)
- ► 12/30 - 01/06 (6)
- ► 12/23 - 12/30 (3)
- ► 12/16 - 12/23 (6)
- ► 12/09 - 12/16 (5)
- ► 12/02 - 12/09 (4)
- ► 11/25 - 12/02 (17)
- ► 11/18 - 11/25 (14)
- ► 11/11 - 11/18 (9)
- ► 11/04 - 11/11 (9)
- ► 10/28 - 11/04 (5)
- ► 10/21 - 10/28 (26)
- ► 10/14 - 10/21 (15)
- ► 10/07 - 10/14 (31)
- ► 09/30 - 10/07 (19)
- ► 09/23 - 09/30 (6)
- ► 09/16 - 09/23 (9)
- ► 09/09 - 09/16 (13)
- ► 09/02 - 09/09 (5)
- ► 08/26 - 09/02 (8)
- ► 08/19 - 08/26 (10)
- ► 08/12 - 08/19 (9)
- ► 08/05 - 08/12 (11)
- ► 07/29 - 08/05 (8)
- ► 07/22 - 07/29 (8)
- ► 07/15 - 07/22 (6)
- ► 07/08 - 07/15 (14)
- ► 07/01 - 07/08 (25)
- ► 06/24 - 07/01 (10)
- ► 06/17 - 06/24 (9)
- ► 06/10 - 06/17 (4)
- ► 06/03 - 06/10 (13)
- ► 05/27 - 06/03 (15)
- ► 05/20 - 05/27 (13)
- ► 05/13 - 05/20 (15)
- ► 05/06 - 05/13 (10)
- ► 04/29 - 05/06 (10)
- ► 04/22 - 04/29 (14)
- ► 04/15 - 04/22 (11)
- ► 04/08 - 04/15 (6)
- ► 04/01 - 04/08 (10)
- ► 03/25 - 04/01 (12)
- ► 03/18 - 03/25 (4)
- ► 03/11 - 03/18 (15)
- ► 03/04 - 03/11 (23)
- ► 02/26 - 03/04 (12)
- ► 02/19 - 02/26 (7)
- ► 02/12 - 02/19 (12)
- ► 02/05 - 02/12 (14)
- ► 01/29 - 02/05 (11)
- ► 01/22 - 01/29 (10)
- ► 01/15 - 01/22 (14)
- ► 01/08 - 01/15 (18)
- ► 01/01 - 01/08 (16)
-
►
2011
(883)
- ► 12/25 - 01/01 (10)
- ► 12/18 - 12/25 (20)
- ► 12/11 - 12/18 (16)
- ► 12/04 - 12/11 (12)
- ► 11/27 - 12/04 (23)
- ► 11/20 - 11/27 (25)
- ► 11/13 - 11/20 (18)
- ► 11/06 - 11/13 (21)
- ► 10/30 - 11/06 (22)
- ► 10/23 - 10/30 (17)
- ► 10/16 - 10/23 (15)
- ► 10/09 - 10/16 (22)
- ► 10/02 - 10/09 (12)
- ► 09/25 - 10/02 (15)
- ► 09/18 - 09/25 (13)
- ► 09/11 - 09/18 (13)
- ► 09/04 - 09/11 (25)
- ► 08/28 - 09/04 (20)
- ► 08/21 - 08/28 (18)
- ► 08/14 - 08/21 (37)
- ► 08/07 - 08/14 (27)
- ► 07/31 - 08/07 (23)
- ► 07/24 - 07/31 (27)
- ► 07/17 - 07/24 (48)
- ► 07/10 - 07/17 (36)
- ► 07/03 - 07/10 (25)
- ► 06/26 - 07/03 (20)
- ► 06/19 - 06/26 (17)
- ► 06/12 - 06/19 (9)
- ► 06/05 - 06/12 (11)
- ► 05/29 - 06/05 (4)
- ► 05/22 - 05/29 (4)
- ► 05/15 - 05/22 (8)
- ► 05/08 - 05/15 (10)
- ► 05/01 - 05/08 (4)
- ► 04/24 - 05/01 (6)
- ► 04/17 - 04/24 (8)
- ► 04/10 - 04/17 (5)
- ► 04/03 - 04/10 (12)
- ► 03/27 - 04/03 (16)
- ► 03/20 - 03/27 (16)
- ► 03/13 - 03/20 (31)
- ► 03/06 - 03/13 (12)
- ► 02/27 - 03/06 (9)
- ► 02/20 - 02/27 (12)
- ► 02/13 - 02/20 (15)
- ► 02/06 - 02/13 (13)
- ► 01/30 - 02/06 (23)
- ► 01/23 - 01/30 (16)
- ► 01/16 - 01/23 (15)
- ► 01/09 - 01/16 (15)
- ► 01/02 - 01/09 (12)
-
▼
2010
(1113)
- ► 12/26 - 01/02 (20)
- ► 12/19 - 12/26 (18)
- ► 12/12 - 12/19 (14)
- ► 12/05 - 12/12 (11)
- ► 11/28 - 12/05 (10)
- ► 11/21 - 11/28 (8)
- ► 11/14 - 11/21 (10)
- ► 11/07 - 11/14 (6)
- ► 10/31 - 11/07 (16)
- ► 10/24 - 10/31 (12)
- ► 10/17 - 10/24 (19)
- ► 10/10 - 10/17 (16)
- ► 10/03 - 10/10 (19)
- ► 09/26 - 10/03 (20)
- ► 09/19 - 09/26 (10)
- ► 09/12 - 09/19 (26)
- ► 09/05 - 09/12 (23)
- ► 08/29 - 09/05 (22)
- ► 08/22 - 08/29 (38)
- ► 08/15 - 08/22 (12)
- ► 08/08 - 08/15 (5)
- ► 08/01 - 08/08 (18)
- ► 07/25 - 08/01 (15)
- ► 07/18 - 07/25 (18)
- ► 07/11 - 07/18 (18)
- ► 07/04 - 07/11 (16)
- ► 06/27 - 07/04 (18)
- ► 06/20 - 06/27 (17)
- ► 06/13 - 06/20 (22)
- ► 06/06 - 06/13 (43)
- ► 05/30 - 06/06 (53)
- ► 05/23 - 05/30 (29)
- ► 05/16 - 05/23 (28)
- ► 05/09 - 05/16 (63)
- ► 05/02 - 05/09 (41)
- ► 04/25 - 05/02 (48)
- ► 04/18 - 04/25 (39)
- ► 04/11 - 04/18 (28)
- ► 04/04 - 04/11 (27)
- ► 03/28 - 04/04 (19)
- ► 03/21 - 03/28 (10)
- ► 03/14 - 03/21 (18)
- ► 03/07 - 03/14 (23)
- ► 02/28 - 03/07 (23)
- ► 02/21 - 02/28 (20)
- ► 02/14 - 02/21 (29)
-
▼
02/07 - 02/14
(19)
- BAYI BARU LAHIR DI BAKAR DENGAN KEJAM
- PONTIANAK BUKAN HISAP DARAH LAGI KINI HISAP DADAH ...
- GUAN ENG CABAR TPM SERTAI PERARAKAN MAULIDUR RASUL...
- ISU MAULIDUR RASUL - MEDIA ARUS PERDANA PUTAR BELI...
- 3,000 bajiri dewan dengan ceramah Anuar
- USTAZ: JANGAN PEGANG BUAH DADA SAYA - TAK NAK MACA...
- BEBAS DARI GALAS BIAWAK HIDUP - PKR PULAU PINANG
- ITU YANG KAU MAU? - PERGILAH KAMI TAK KESAH
- PERAK AKAN TERUS DITINDAS
- AJARAN SESAT REJAB AHMAD I BONGKAR
- ZAHID MESTI UMUMKAN SIAPAKAH PERTUALANG ?
- ZAMRY MB PERAK????? PELIK KE?? TAK KOT
- JANAGAN SAMPAI MACAM INI - KAKAK OI
- ISU MB PERAK 9 FEB 2010
- Nik Aziz kesal lakaran blog cuba mengaibnya
- BUBAR DUN PERAK - NIZAR
- Bala Manimpa Gara-gara Tangguh Hukum Sebat Kartika...
- UMNO janagan perasan!
- Islam ikhtiraf hak bukan Islam guna kalimah allah-...
- ► 01/31 - 02/07 (21)
- ► 01/24 - 01/31 (14)
- ► 01/17 - 01/24 (11)
- ► 01/10 - 01/17 (12)
- ► 01/03 - 01/10 (18)
-
►
2009
(451)
- ► 12/27 - 01/03 (14)
- ► 12/20 - 12/27 (14)
- ► 12/13 - 12/20 (14)
- ► 12/06 - 12/13 (11)
- ► 11/29 - 12/06 (20)
- ► 11/22 - 11/29 (18)
- ► 11/15 - 11/22 (17)
- ► 11/08 - 11/15 (11)
- ► 11/01 - 11/08 (13)
- ► 10/25 - 11/01 (18)
- ► 10/18 - 10/25 (17)
- ► 10/11 - 10/18 (12)
- ► 10/04 - 10/11 (16)
- ► 09/27 - 10/04 (22)
- ► 09/20 - 09/27 (9)
- ► 09/13 - 09/20 (16)
- ► 09/06 - 09/13 (14)
- ► 08/30 - 09/06 (12)
- ► 08/23 - 08/30 (19)
- ► 08/16 - 08/23 (27)
- ► 08/09 - 08/16 (21)
- ► 08/02 - 08/09 (22)
- ► 07/26 - 08/02 (23)
- ► 07/19 - 07/26 (16)
- ► 07/12 - 07/19 (15)
- ► 07/05 - 07/12 (17)
- ► 06/28 - 07/05 (9)
- ► 06/21 - 06/28 (11)
- ► 06/14 - 06/21 (3)