Saturday, March 31, 2012

Isu Tanah Wakaf Pulau Pinang. UMNO jadian ke ini

BONGKAR! SHAIK HUSSEIN HALAU MELAYU


Assalamualaikum,
Salam Sejahtera.

Paku dulang, paku serpih. Mengata orang tapi dia yang lebih. Nak tau?hehehehhe. Cerita Ketua Pemuda Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin memberi amaran kepada Guan Eng agar memulangkan semula tapak masjid berkenaan kerana ia boleh mencetuskan isu perkauman. "Saya tidak kisah jika dia nak buat pembangunan macam mana rupa sekalipun tetapi tapak masjid Bayan Mutiara jangan kacau, ini perkara serius. Ia milik orang Islam," tegasnya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat UMNO Pulau Pinang di sini hari ini.(Utusan Online).

CT cuma nak kata, Shaik Hussein ni juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bagan. Apa plak cerita Tanah Wakaf Abdul Qader Jalan Mengkuang, Bagan? Bukankah beliau berkrompomi dengan Ketua UMNO Bahagian Bagan dan beriya-iya menghalau penduduk Melayu keluar daripada Tanah Wakaf tu? Jangan Tipu? Orang kampong semua dah tau!!! Tujuan untuk menjalankan Projek Pangsapuri puluhan juta ringgit! Yang pasti, projek tersebut dapat ke siapa erk?



Jangan cakap tak serupa bikin!kahkahakahakaha! Tunggu pembongkar selanjutnya..heheheheh


catsthinker@gmail.com
CATS THINKER

Pemimpin BN Perlu Belajar Agama dahulu sebelum keluar sebarang kenyataan


Friday, March 30, 2012

Tindakan bekas imam Hosni Husin mengislamkan orang tak sah?


Rupa-rupanya di negara Malaysia ni tak sah masuk Islam kalau takat mengucap dua kalimah syahadah kalau tak melalui Jabatan Agama Islam, fatwa baru yang dikeluarkan Ketua Unit Perhubungan Awam Jabatan Penjara.

Apa kejadah punya bangang Ketua Unit Perhubungan Awam Jabatan Penjara tu, nama bunyi macam orang Islam, Supri Hashim, tapi takkan BANGANG sangat sampai bab syarat sah masuk Islam pun taktau.

Tak payah la kurang ajar sangat dengan Islam sampai macam tu sekali. Kalau taktau pasai hukum tak payah la memandai-mandai buat kenyataan, tanya dulu orang alim ulama'.

Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2012/03/tak-sah-masuk-islam-kalau-tak-melalui.html#ixzz1qb5NhIqZ

Thursday, March 29, 2012

Imam Hoslan Islamkan 2 banduan dalam penjara

Harakahdaily, 29 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 29 Mac: Biarpun dihukum penjara setahun dek kerana membaling kasut ke arah hakim, tanggungjawab dakwah imam Hoslan Hussain tidak terhenti di sebalik jeriji besi.

Malah beliau dikatakan sudah berjaya mengislamkan dua banduan dan mengajar agama dalam penjara.

(Isteri Hoslan, Noorliza [dua dari kiri] menerima sumbangan dari Zailah [kiri sekali]. Muslimat PAS memberikan komitmen untuk memberikan sumbangan tetap RM800 sebulan kepada keluarga imam Hoslan sepanjang beliau dipenjarakan)

Isterinya, Noorliza Mohd Isa ketika berkongsi keadaan terkini Hoslan berkata, suaminya yang dipenjara di Penjara Kajang itu juga turut menjadi imam kepada banduan lain ketika solat berjemaah.

"Alhamdulillah, beliau berjaya mengislamkan dua orang banduan selain mengajar fardu ain di dalam penjara," katanya.

Beliau menceritakan perkara itu ketika menerima kunjungan Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) yang diketuai Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof, kelmarin.

Turut serta dalam rombongan itu Bendahari DMPP, Nurul Huda Yusof Rawa dan aktivis muslimat, Ustazah Rosiah Salleh.

Kunjungan itu juga bertujuan menyampaikan sumbangan kepada Noorliza yang kini terpaksa menanggung perbelanjaan tujuh orang anak mereka yang berumur antara 16 hingga enam tahun.

DMPP sebelum ini telah membuat komitmen untuk memberi bantuan tetap RM800 sebulan kepada keluarga Hoslan sepanjang tempoh beliau dipenjarakan.

Hoslan yang merupakan bekas imam Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Persekutuan atas kesalahan menghina mahkamah.

Ianya ekoran tindakan Hoslan membaling kasut ke arah panel tiga hakim yang sebelum itu membuat keputusan menggugurkan kesnya

MESYUARAT AGONG PIBG SRK JLN ILMU GOPENG - guna Pegawai MKN Negeri Perak Jadi Perasmi

Kenyataan Akhbar Media Ahli Dewan Undangan KawasanTeja YB Chang Lih Kang


Kami percaya penderian ini bukan setakat pendirian individu Abdul Rahman bin Abdul karimt tetapi penderian kerajaan, kmemandangkan beliau memegang jawatan dalam satu pertubuhan yang penting iaitu majlis keselamtan negara. Pandangan ini berasas sebab kenyataan kenyataan yang berbau hasutan ini bukan kali pertama berlakum dan kenyataan sebegini dikeluarkan oleh pegawai kerajaan termasuk Pegawai Khas kepada Perdana Menteri sendiri.


Kenyataan Politik yang penuh tomahandan fitnah

Selain itu, Abdul Rahman bin Haji Abdul Karim juga menyentuh tentang isu isu politik yang penuh dengan fitnah, antaranya:

a. Dato Sri Anwar Ibrahim adalah agen Amerika dan Yahudi

b. DAP hendak menjaadikan Malaysia Negara Islam

c. Sekiranya Pakatan Rakyat Memerintah Negara DAP akan menjadi Perdana Menteri dan PAS akan mengikut terlunjuk DAP.

d. Punca kemerosotan ekonomi adalah Pakatan Rakyat kerana mereka selalu adakan demokrasi

3) Pihak sekolah meminta maaf kepada Ibu Bapa pelajar secara terbuka
dan mengambil tindakan tegas individsu yang bertanggungjawab
menjemput perasmi itu.

4) Menteri Pendidikan meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
dan meletak jawatan kerana ini bukan kali pertama perkara
sedemikian berlaku di dalam sekolah kerajaan.

5) Unit Perpoganda perkauman saeperti Biro Tatanegara haarus di tutup
dengan serta merta supaya tiada minda kakitangtan akan diracun
lagi

Ayid: Kenapa Pehak sekolah nak jadi belaci UMNO pulak hahaha

Tun Dr Mahathir Pecahkan Bisul UMNO ~ Banyak UMNO yang tak cerodek kih kih

WAKAKA WAKAKA
KALAU ZAMAN DIA JADI PM SEBUT MACAM INI
TENTU RAMAI TAK MASUK UMNO
KIH KIH UNO UMNO RAMAI YANG TENGIN RUPANYA

MSTAR

Wednesday, March 28, 2012

Wakaka wakaka
apa dah jadi dengan Tabung Haji ini
mokhtar al bukary ambil gula ribert kuek ambil sawat!

lagi disini: http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/9176-robert-kuok-beli-ladang-tabung-haji-di-riau

Tuesday, March 27, 2012

Hebat Anak Nazri: Nazri kata anaknya boleh urus sendiri hal peribadi

Memetik sumber yang tidak dinamakan, satu portal berita berkata pengurusan kondominium itu menerima tekanan untuk menutup insiden tersebut walaupun CCTV merekodkan pergaduhan itu, kerana firma keselematan bergantung kepada kerajaan untuk memperbaharui lesen mereka.


KUALA LUMPUR, 27 Mac — Menteri Umno Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menolak untuk memberikan respon berkenaan anak lelakinya Mohamad Nedim yang dikatakan terbabit dengan pergaduhan minggu lepas, dengan berkata anaknya itu sudah dewasa dan mampu menguruskan halnya sendiri.

“Saya tidak bertanggungjawab atas tindak tanduk dia,” katanya kepada The Malaysian Insider di semalam. “Tidak ada kene mengena dengan saya.”

Menteri itu (gambar) turut berkata beberapa laporan polis telah dibuat berhubung insiden 20 Mac dan pihak polis sudah pun menjalankan siasatan.

Oleh yang demikian, Nazri menjelaskan adalah tidak sesuai untuknya memberikan sebarang komen berhubung perkara itu.

“Saya tidak boleh memberikan sebarang komen, sekiranya saya mula komen, itu mungkin akan menjadi prejudis situasi tersebut kerana sudah ada laporan polis,” katanya.

Beberapa laporan berita online melaporkan minggu lepas terdapatnya dakwaan Mohamad Nedim mengkasari pegawai keselamatan di sebuah kondominium di Mont Kiara malam Selasa lalu.

Memetik sumber yang tidak dinamakan, satu portal berita berkata pengurusan kondominium itu menerima tekanan untuk menutup insiden tersebut walaupun CCTV merekodkan pergaduhan itu, kerana firma keselematan bergantung kepada kerajaan untuk memperbaharui lesen mereka.

PKR mendakwa semalam, sekiranya polis “berusaha mempertahankan” pemimpin Barisan Nasional (BN) selepas membersihkan Nedim dalam dakwaan pergaduhan tersebut selepas empat hari insiden tersebut.

Ketua Polis Brickfield ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata pada Sabtu lalu “kes itu jelas” hanya melibatkan pengawal keselamatan dan pengawal peribadi Nedim.

“Saya tak tahu mengapa dan bagaimana ada orang lain boleh terlibat (Mohamad Nedim) dalam perkara ini,” menurutnya.

Namun Naib Presiden PKR N Surendran berkata dalam satu kenyataan semalam bahawa kenyataan Wan Abdul hanya dibuat selepas empat hari kejadian tersebut adalah “mencurigakan”.

“Adakah pihak polis cuba melindungi Umno dan reputasi kerajaan?” kata peguam tersebut. “Kejadian itu turut dilaporkan telah di rakam oleh CCTV di kawasan tersebut. Apa kandungan CCTV itu?”

Beliau turut mendesak polis mewujudkan pasukan khas untuk menyiasat kes berkenaan dengan lebih lanjut kerana kes ini melibatkan “ anak menteri kanan”.

Ini adalah kali kedua anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu terlibat dengan kejadian jenayah.

Pada 2004, Nedim dituduh terlibat dengan kematian Darren Kang, pelajar jurusan undang-undang di United Kingdom, yang dibunuh di Sri Hartamas.

Pada masa itu, Nazri mengakui anaknya berada di lokasi tersebut namun menegaskan anaknya tidak terlibat dengan jenayah tersebut, yang mana lima peniaga Thailand mengaku salah atas tuduhan membunuh.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/nazri-kata-anaknya-boleh-urus-sendiri-hal-peribadi/

Monday, March 26, 2012

TERKINI:Akhbar Cina, Sin Chew Jit Poh Dedahkan Nama ADUN UMNO Yang Ditahan Di Kelab Hiburan Ketika Diapit Perempuan GRO.


Laporan dari akhbar Sinar Harian semalam melaporkan bahawa Jabatan Siasatan Jenayah (JSJN) Melaka telah menahan seramai 27 orang di tangkap dalam Ops Tapis di sebuah pusat hiburan di Melaka Raya. 27 orang yang di tahan itu termasuk seorang ADUN Melaka. (sumber).


Maklumat tambahan yang di perolehi telah membongkar ADUN yang terlibat dalam tangkapan tersebut adalah ADUN dari Dun RIM, iaitu MOHD YAZED BIN HJ.KHAMIS, ADUN dari RIM-JASIN.

Maklumat ini di peroleh dari laporan cetak Akhbar Cina, Sin Chew Jit Poh bertarikh 26hb Mac 2012 seperti di bawah:



Beliau gagal dalam memberi contoh ADUN yang baik lebih-lebih lagi apabila di pilih rakyat untuk melaksanakan amanah. Malangnya beliau gagal dalam memberi contoh terbaik selaku pemimpin yang beragama Islam. Bagaimana beliau mahu memimpin rakyat sedangkan beliau sendiri masih tidak mampu memimpin diri nya sendiri.

Rakyat negeri Melaka khususnya perlu bijak dalam menilai dan memilih pemimpin. Jelas, kepimpinan Barisan Nasional gagal dalam memberikan contoh tauladan yang baik kepada rakyat. Jika dahulu Ketua Menteri Melaka, Datuk Rahim Tamby Chik sendiri terpalit dengan isu rogol, kemudian Datuk Ali Rustam dengan isu rasuah, kini tidak hairan anak didik acuan parti Barisan Nasional ini melahirkan pemimpin yang rosak akhlaknya.

Keruntuhan akhlak dan moral pemimpin akan mencerminkan rakyat yang bakal lahir, kerana daripada pemerintahlah akan membentuk masyarakat sepertimana ayah yang membentuk anak-anak. Justeru tidak hairan hari ini masalah sosial masyarakat semakin menjadi-jadi, seperti mana baru-baru ini kita di kejutkan dengan pembunuhan kejam adik Dirang, dan banyak lagi kes bunuh yang mencerminkan betapa masyarakat semakin tenat.


Maka dua ciri penting dalam memilih pemimpin adalah Al-Amin (amanah) dan Al-Qawiy (berkemampuan). Seseorang pemimpin itu tidak cukup jika hanya bersifat Al-Qawiyy iaitu berkemampuan memikul tugas dan tanggungjawab tetapi dalam masa sama tidak Al-Amin iaitu tidak amanah begitu juga sebaliknya.

Amanah di sini bukan sahaja amanah sesama manusia tetapi yang terpenting adalah amanah kepada Allah. iaitu melaksanakan apa yang di suruh dan meninggalkan apa yang di larang. Itulah sebenar-benar pemimpin yang kita mahukan.

Sebagai rakyat kita hendaklah memastikan individu yang diundi itu berkemampuan melaksanakan tanggungjawab bagi jawatan tersebut dan mempunyai nilai amanah dalam diri yang tinggi. Jika tidak, bererti dia memberikan undinya kepada orang yang zalim yang akan mengkhianati tanggungjawab. Apatahlagi, jika calon itu memang sudah ada rekod buruk dalam tanggungjawabnya. Juga, hendaklah dipastikan kesan undi itu tidak membawa keburukan kepada negara secara umumnya. Allah berfirman:
“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang membuat zalim nanti kamu akan disambar oleh api neraka sedangkan kamu tiada sebarang penolong pun selain dari Allah. kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan” (Surah Hud: 113)

Sumber: http://sedakasejahtera.blogspot.com/2012/03/panas-terkini-akhbar-cina-sin-chew-jit.html

Sunday, March 25, 2012

Suhaimai Dedah Isu UMNO ambil Tanah

Wakaka wakaka UMNO akan terlondeh
Siang Hidup melayu
Lepas tu sapu tanah melayu



Disini: http://p111kotaraja.blogspot.com/2012/03/umno-kota-raja-bakal-terlondeh.html

Nenek dua Alam

SONGSANG... Latifa bersama pasangannya yang juga seorang wanita.
SONGSANG... Latifa bersama pasangannya yang juga seorang wanita.
LILY... tidak tahan dengan perbuatan ibunya yang menjalin cinta sesama jenis.
LILY... tidak tahan dengan perbuatan ibunya yang menjalin cinta sesama jenis.

KUALA LUMPUR: Sebagai wanita bergelar nenek, dia sepatutnya menunjukkan teladan baik kepada anak dan cucu, namun apa dilakukan Latifa, 46, sangat mendukacitakan anak perempuannya.

Wanita mempunyai empat cucu itu dikatakan bernafsu untuk menjalin hubungan songsang dan belaian manja dengan seorang wanita berperawakan lelaki atau lebih dikenali sebagai pengkid berusia 32 tahun.

Demi menjaga maruah dan mengelak ibunya terus bergelumang dosa, seorang daripada tujuh anak wanita berkenaan dikenali sebagai Lily, 23, mengambil keputusan mendedahkan insiden yang mengaibkan keluarganya kepada Metro Ahad dan berharap ada pihak membantu menyelesaikan kebuntuan itu.

“Memang saya pernah melakukan dosa kerana melahirkan anak luar nikah, tapi anak mana sanggup melihat ibunya terus bergelumang dosa dan melakukan maksiat depan mata.


“Jika hanya mendengar cerita mungkin tak mengapa, tapi saya tak tahan lagi melihat perbuatannya di depan mata saya. Dia ibu saya dan saya akan terus menyayanginya.


“Jika dia berkasih dengan lelaki tulen, saya mungkin tak kisah kerana selepas lima tahun ditinggalkan bapa, kami anak beranak hilang kasih sayang seorang ayah, namun yang dikesalkan, ibu menjalin hubungan songsang dengan pengkid,” kata Lily.

http://www.hmetro.com.my/articles/Wanitaasmaradepananak/Article/artikelMA

Kelantan siap sedia jumpa UMNO di Mahkamah

kaka kaka
Hari hari makan budu
Pegang keris hidup melayu
Buang keris jual tanah melayu
haha konon nak menolong melayu
UMNO memang dunggu



KOTA BHARU, 24 Mac: Kerajaan Negeri Kelantan sudah bersedia bertemu dengan pihak tertentu di mahkamah dalam isu ‘Tanah Rizab Melayu Kelantan’ yang didakwa tergadai.

Ini kerana dakwaan tersebut jelas satu pembohongan, kata ADUN Bunut Payung yang juga Exco kerajaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan.

“Dakwaan Umno bahawa Tanah Rizab Melayu Kelantan tergadai adalah bohong sama sekali.

“Bahkan mereka cuba memutar belitkan fakta kepada rakyat jelata," kata beliau yang merupakan seorang peguam.
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/9062-kerajaan-kelantan-sudah-sedia-jumpa-umno-di-mahkamah

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak