Friday, March 29, 2013

DULU RAKYAT TERKEJUT, KINI PM TERKEJUT!





KUALA LUMPUR
: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak gagal bertemu dengan tarikh untuk membubarkan parlimen setelah satu setengah tahun sebenarnya adalah kerana tekanan dalam Umno.

Sebenarnya, Najib dah ada tarikh bubar sejak 2011 yang boleh membawa kemenangan kepada BN.

Tapi mengapa Najib masih tidak bubar sehingga kini?

Ini kerana beliau sedang menunggu tarikh bubar yang membolehkan BN menang dan isteri beliau Datin Rosmah Mansor boleh kekal sebagai isteri Perdana Menteri.

Bagi Najib, untuk beliau mengekalkan kerusi Presiden Umno, beliau harus lebih cemerlang daripada Tun Abdullah Badawi, iaitu membawa BN kembali ke zaman menguasai 2/3 parlimen seperti dulu.

Beliau tahu sejak awal Tun Dr Mahathir Mohamad dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan melepaskan peluang untuk menghumban beliau seperti Pak Lah sekiranya keputusan PRU13 tidak cemerlang seperti yang diharapkan ahli-ahli Umno.

Maka, Najib menunggu dan menunggu – Muhyiddin juga tertunggu-tunggu, dan Mahathir semakin tidak sabar menunggu.

“Kerana menyedari bahawa nyawanya sebagai Presiden Umno bakal terancam jika BN gagal mendapat 2/3 di parlimen, Najib mengambil keputusan menunggu sehingga keadaan mengizinkannya untuk memanggil PRU13 di mana BN boleh menang dengan cemerlang dan juga mengukuhkan kedudukannya sebagai Presiden Umno. Tapi tarikh yang dicari tidak dijumpai,” kata sumber Umno kepada Harakahdaily.

Muhyiddin, katanya, yang menanti di tepi untuk menjadi Perdana Menteri dengan menolak Najib daripada kerusi Presiden Umno jika keputusan PRU13 Najib tidak setanding Pak Lah, kini berhadapan dengan situasi yang sangat mencabar.

“Jika BN tewas, Najib tetap akan ditolak. Tapi apakah Muhyiddin sanggup mengambil kerusi Presiden Umno ketika itu? Kerusi itu bakal membuatkan Muhyiddin dilantik sebagai Ketua Pembangkang menggantikan Anwar Ibrahim jika BN tersilap,” kata sumber itu lagi.

Sumber itu turut berkata jikalau amaran Dr Mahathir dan Muhyiddin tidak menunjukkan bahawa beliau tidak sabar untuk menjadi PM, Najib sudah lama memanggil PRU13.

“Tapi sayang. Mereka menekan Najib. Najib mencari jalan keluar dengan menunggu sehingga beliau boleh menjamin keselamatannya di dalam Umno. Sekarang masa dah suntuk, dan Najib masih tidak berjumpa tarikh. Penungguan Najib bakal menyebabkan BN tertewas dan menghancurkan impian Muhyiddin untuk menjadi Perdana Menteri,” tambah sumber Umno itu lagi.

Ketika diajukan soalan, apakah BN akan menang kali ini, berikut adalah jawapan sumber Umno.

“Sekarang nak print poster, bunting dan sebagainya, printer pun dah mula minta Umno bayar dulu secara tunai, tak boleh hutang. Malah, orang-orang yang dulunya penyokong tegar Umno sudah mempercayai bahawa Umno akan tumbang kali ini. 

"Dulu tiada orang akan percaya Umno akan tumbang. Tapi kali ini sehinggakan budak-budak sekolah pun merasa Umno akan tumbang. Saya sendiri meletakkan 50-50, dengan kelebihan masih di BN dengan syarat Najib kena bubar cepat sebelum negeri kedua terbubar secara automatik,” tambahnya


http://www.pasputrajaya.com/2013/03/dulu-rakyat-terkejut-kini-pm-terkejut.html

Satu Perjuangan. Takbir

Ikuti langkah mereka.Suami Isteri Pasangan Muda yang SOKONG PAS

Kredit : En.Ahmad Zulqurnain Ghazalli dan isteri Aida Rahayu


Sumber: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=355110094597528&l=f2848590b4



Thursday, March 28, 2013

Tiada tanah dirampas, sebaliknya geran diberi


RANTAU PANJANG: Ketika Umno sibuk mendakwa kononnya kerajaan negeri merampas tanah rakyat, sebaliknya apa yang berlaku semakin ramai penduduk diberi geran hak milik.

Semalam seramai 123 peneroka Felcra Gual Dalam menerima geran tanah seluas 3.5 ekar setiap seorang disampaikan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. (Gambar atas)

Adun Gual Periok, Ustaz Mohamad Awang berkata, geran tanah tersebut meliputi kebun kelapa sawit seluas 430.5 ekar kini menjadi milik sah peneroka.

Katanya, kerajaan negeri memastikan usaha peneroka sejak sekian lama membangunkan tanah dengan aktiviti pertanian diberi hak sewajarnya.

“Kesungguhan mereka membangunkan kawasan hutan sehingga menjadi ladang kelapa sawit berbaloi sekarang kerana mendapat geran hak milik kebun secara sah.

“Sedangkan sebelum ini media milik Umno mendakwa kononnya kerajaan negeri merampas tanah rakyat. Itu tidak betul sama sekali. Kita boleh lihat apa yang berlaku hari ini,” katanya pada majlis berkenaan.

Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff, Adun Bukit Tuku, Abdul Fatah Harun, Adun Meranti, Datuk Nasuruddin Daud dan Ketua jajahan Pasir Mas, Ghazali Mohamad.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz ketika berucap pada majlis itu berkata, sejak 1990 PAS mentadbir Kelantan mengikut peraturan Islam dan ia diterima majoriti rakyat.

Katanya, Nabi dan Rasul datang bersilih berganti membawa ajaran Allah SWT bagi membolehkan manusia hidup dengan aman tenteram.

“Ini secara jelas menggambarkan agama dan politik tidak boleh dipisahkan sama sekali dalam kehidupan manusia,” katanya.

Menurutnya juga kerajaan negeri sentiasa memandang berat masalah rakyat terutamanya bagi menyelesaikan berkaitan pemilikan tanah, asalkan mereka mengikut peraturan ditetapkan.

Sementara itu di majlis lain Menteri Besar menyampaikan bantuan sosioekonomi kepada 200 penduduk termasuk masyarakat Siam di pejabat Dun Gual Periok, Banggol Kulim dekat sini.

Pada kunjungan berkenaan beliau juga merasmikan Markas Peti Undi Banggol Kulim, Dun tersebut

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/17753-tiada-tanah-dirampas-sebaliknya-geran-diberi

Polis sahkan Papagomo disabit kesalahan rasuah



Fazallah Pit
KUALA LUMPUR 28 MAC: Polis hari ini mengesahkan identiti Wan Muhammad Azri Wan Deris yang dirujuk sebagai Papagomo dalam saman Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu lalu, sebagai bekas anggota yang pernah disabit kesalahan rasuah.
Mengikut kenyataan media pada paparan facebook hari ini, Azri pernah bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang antara 1 julai 2002 hingga 30 Novemnber 2004 sebagai seorang konstabel, sebelum ditangkap.
Azri kemudian dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ampang Jaya pada 31 Oktober atas kesalahan jenayah yang tidak dinyata dalam kenyataan berkenaan.
Rekod Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini, menyatakan Azri sabit kesalahan meminta suapan RM1,000 dari seorang lelaki pada 29 Nov 2004 untuk tidak mengambil tindakan undang-undang atas kesalahan memiliki jarum suntikan bagi menagih dadah.
papagDalam kenyataan yang ditandatangani Pengarah Pengurusan PDRM, Datuk Mortadza Nazarene, Azri dikenakan prosiding tatatertib yang menyebabkan beliau dibuang kerja berkuat kuasa 6 September lalu.
Kandungan kenyataan itu seolah-olah polis tidak mahu dikait dengan aktiviti blogger pro-Umno yang kerap dikait dengan paparan lucah khususnya memfitnah Ketua Umum KEADILAN.
Kenyataan berkenaan juga menerangkan kedudukan Azri sebagai pengundi pos secara ‘panjang lebar’ selepas penamatan perkhidmatan sebagai anggota polis.
Pada 21 Mac lalu, Anwar memfail saman RM100 juta terhadap Azri di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berikutan perbuatannya menyebar video seks palsu yang terbit dalam blog Papagomo 16 Mac lalu.

http://www.keadilandaily.com/polis-sahkan-papagomo-disabit-kesalahan-rasuah/

Optimus Prime kita ditahan para Polis, kenapa?


[Terkini] Ipoh : Polis Dan JPJ Menahan Treler PAS (Gambar)

IPOH: Lebih 30 anggota polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Cawangan Khas mengepung treler Negara Berkebajikan PAS dekat sini sebaik saja keluar dari lebuhraya.

Peguam PAS, Haji Asmuni Awi sedang berunding dengan mereka bagi membolehkan perjalanan ke destinasi diteruskan.

Wednesday, March 27, 2013

selamatkan selangor? patut diadakan perhimpunan selamatkan Ibrahim Je, itu paling afdal.




PERKASA rancang himpunan selamatkan S'gor' bulan depanMac 27 2013


Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) merancang menganjurkan 

perhimpunan kemuncak 'Selamatkan Selangor' pada 6 April 

sebagai penutup aktivitinya menjelang pilihan raya umum akan datang.

Apa Macam siapa jual negeri jom lihat

                                                 Sokong UMNO tanah Melayu tergadai

       
              

Sumber:  PAS Selangor FB : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=588883461122837&l=c931de544a

Tuesday, March 26, 2013

DENGAN TRAILER PUN FOBIA HANCUR UMNO KIH KIH


TRELER "OPTIMUS PRIME" NEGARA BERKEBAJIKAN DISEKAT DAN DIHALANG DARI MASUK KETEMPAT CERAMAH DIKAWASAN PASAR MALAM KAMUNTING MENYEBABKAN CERAMAH TERPAKSA DIADAKAN ATAS JALANRAYA SAJA!!!!!


Treler "Optimus Prime" Negara Berkebajikan mengikut jadualnya malam ini 26hb Mac 2013 akan berlabuh di Tapak Pasar Malam Pekan Kamunting, Perak.

Hajat dan hasrat itu tidak kecapaian sebab pihak polis dengan bantuan FRU telah melakukan sekatan jalanraya kesemua jalan masuk ketapak ceramah dengan tidak membenarkan sama sekali Treler Keramat "Optimus Prime" Negara Berkebajikan yang amat digeruni dan ditakuti oleh semua pemimpin UMNO/BN kini.

Treler Optimus Prime kini terpaksa tersadai ditepi jalan.

Mau tidak mau maka terpaksalah ceramah diadakan diatas jalanraya tapak Pasar Malam Pekan Kamunting yang telah dikhaskan kepada treler tersebut.

Polis dengan bantuan FRU kelihatan agak ramai ditempat tapak ceramah kini.

Cakap berdegar-degar para pemimpin UMNO/BN Perak terutamannya Zambry Kadir sambil mendabik dada kata UMNO/BN Perak sedikit oun tidak gentar dengan ura-ura DSAI akan bertanding di Perak.

Kalau dengan treler "Optimus Prime" PAS pun dah menggigil kepala lutut inikan pula kehadiran DSAI bertanding di Perak.  Cakap bolehlah.. Realitinya?...TALK IS CHEAP.

Petanda jelas UMNO kini dalam keadaan lemas dan lemah longlai...UMNO tahu peluang mereka kalah kecundang pada PRU 13 ini lebih cerah dari menang.

UMNO silap.. sekat kebangkitan rakyat dengan buat sekatan jalanraya adalah kerja sia-sia dan membuang masa.

UMNO boleh sekat treler "Prime Optimus" tetapi UMNO tidak mampu nak sekat kebangkitan rakyat yang mau melakukan perubahan... INI ADALAH KENYATAAN.


P/S  CERAMAH TERPAKSA DIBATALKAN APABILA FRU DAN POLIS MEMBUAT SERBUAN.. KPD TAIPING SENDIRI DIKATAKAN TURUN PADANG MEMBUAT ARAHAN KERANA KATANYA CERAMAH TIADA PERMIT.

Sumber: http://omakkau.blogspot.com/2013/03/treler-optimus-prime-negara.html

Kih kih Bubar aje kan senang?. Nazri minta pejabat peguam negara tentukan garis panduan kerajaan sementara


KUALA LUMPUR, 26 Mac — Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz meminta Pejabat Peguam Negara untuk menentukan segala garis panduan bagi sesebuah kerajaan sementara. 

"Apabila tiba masanya, perkara ini perlu dilakukan. Saya kira selepas ini kita minta AG's Chambers (Pejabat Peguam Negara) untuk menentukan perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh kerajaan sementara," katanya. 

Beliau berkata demikian selepas menandatangani perjanjian pembaharuan antara kerajaan Malaysia dengan Asian-African Legal Consultative Organisation (AALCO) di sini hari ini. 

Mohamed Nazri (gambar) diminta mengulas mengenai Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang akan terbubar secara automatik pada 28 Mac iaitu Khamis ini dan bukannya hari ini seperti dilaporkan sebelum ini. 

"Saya tidak nampak apa-apa masalah kerana kita ada 60 hari selepas DUN dibubarkan dan saya fikir sebaik Parlimen dibubarkan kita akan tetapkan tarikh (pilihan raya). 

"SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) mahukan supaya semua pilihan raya itu diadakan pada satu hari (serentak), itu adalah hak SPR untuk menentukan," katanya. 

Mohamed Nazri berkata sesebuah kerajaan sementara hanya boleh meneruskan segala komitmen yang telah dibuat sebelum DUN dibubarkan dan tidak boleh membuat komitmen baharu. "Antara tarikh pembubaran dan pembentukan kerajaan baharu, kerajaan sementara hanya boleh mentadbir, tetapi anda tidak boleh membuat sebarang pengumuman atau komitmen baharu," katanya. — Bernama

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/nazri-minta-pejabat-peguam-negara-tentukan-garis-panduan-kerajaan-sementara/

Monday, March 25, 2013

Permit teksi individu: PM letak syarat merapu umpan pemandu


(Oleh Aisha Geoffrey)
KUALA LUMPUR 25 MAC: Pemberian lesen individu dengan pelbagai syarat kepada pemandu teksi bukti Perdana Menteri tidak ikhlas, bertujuan untuk mengumpan golongan itu menjelang pilihan raya, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.
Dalam majlis Pemberian Lesen Teksi Individu di Putrajaya semalam, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan 1,000 penerima lesen teksi individu akan menerima geran bernilai RM5,000 tiap seorang bagi pembelian Proton Exora.
Kata Najib, semua pemandu teksi yang menerima lesen tersebut wajib membeli kenderaan jenis MPV itu untuk digunakan sebagai teksi.
Rafizi PJ PC“Ini tandanya Najib tak ikhlas. Pemandu dipaksa beli kereta yang ditetapkan. Sepatutnya mereka diberi kebebasan untuk menggunakan apa saja kereta yang mereka mampu asalkan mematuhi peraturan,” kata Rafizi mengulas pengumuman tersebut.
Menurutnya, paksaan itu juga menyebabkan pemandu teksi menanggung hutang pinjaman kereta yang tinggi.
“Jika mereka (pemandu teksi) guna Proton Saga dalam lingkungan RM30,000, mereka masih mampu. Dengan rebat RM5,000, ia masih dua kali ganda lebih tinggi dan membebankan,” katanya ketika dihubungi.
Jelas Rafizi, pemberian lesen itu menjelaskan betapa usaha kerajaan yang sekadar mengumpan golongan pemandu teksi dan tidak serius menjadikan program itu sebagai dasar tetap kerajaan.
“Bukan saja letak syarat merapu, malah Najib cuba berbai’ah pula dengan pemandu teksi, lepas terima lesen mesti undi BN, jelas di situ ia hanya umpan, tidak ada kepastian dari kerajaan bahawa pemberian itu akan menjadi dasar tetap,” sinis Rafizi.
Beliau merujuk ucapan Najib yang berkata, pemandu teksi yang menerima geran itu perlu memberikan bai’ah kepada kerajaan untuk menjadi pemandu teksi yang bersopan, amanah dan “jangan lupa budi kerajaan bila sampai masanya”.
“Sebab itu geran diberi sedikit demi sedikit, tidak kepada semua kerana ia hanya gula-gula untuk menenangkan kemarahan pemandu teksi yang terabai selama ini,” kata Rafizi. – NS
http://www.keadilandaily.com/permit-teksi-individu-pm-letak-syarat-merapu-untuk-umpan-pemandu/

Tujuh dosa besar kedua



Subky Latif,21 Mac 2013
SAYA tidak hendak menyama dan membandingkan tujuh dosa besar yang dikatakan oleh Perdana Menteri Najib dilakukan PAS atau kerajaan Kelantan dengan hadis tujuh dosa besar yang baginda Rasulullah SAW sabdakan.

Tetapi dengan tujuh dosa besar yang najib timbulkan itu seperti adalah tujuh dosa besar selain dari disebut dalam hadith Rasulullah SAW itu.

Kupasan atas dosa besar yang Perdana Menteri sebut itu telah saya kupas di media ini sebelum ini.

Maka kali saya cuba kaitkan antara dosa besar yang baginda sebut itu dengan keadaan semasa di kalangan kehidupan kita.

Hadis Rasulullah SAW itu adalah tafsiran kepada firman Allah dalam surah An-Nisa ayat 31 yang bermaksud: Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yang dilarang mengerjakannya, nescaya Kami hapus kesalahan-kesalahanmu dan akan Kami masukkan  ke dalam tempat yanag mulia (syurga).

Dosa-dosa besar itu seperti yang disebut Rasulullah SAW seperti yang diriwayatkan oleh Sulaiman bin Hilal, dari Tthaur bin Zaid, dari Salim Abil Mughith, dari Abu Hurairah bermaksud:  Jauhi tujuh hal yang membinasakan.
Beliau ditanya, Ya Rasulullah, apakah itu?
Beliau bersabda: Syirik kepada Allah, membunuh jiwa yang diharamkan Allah SWT kecuali dengan hak, sihir, memakan riba, makan harta anak yatim, lari dari medan peperangan serta menuduh wanita mukminah yang baik-baik yang suci lagi beriman berbuat zina.

Kita biarkan ijtihad Najib tentang tujuh dosa besar. Kalau ijtihadnya moga-moga betul dia dapat dua pahala. Jika  tidak betul, nescaya dapat satu pahala. Tapi kalau dia kata-kata saja, biarkan dialah.

Jika kita lihat dosa besar yang Rasulullalh SAW siapkah antara kumpulan politik orang Islam yang lebih dekat dengan amaran hadis itu?

Pertama, syirik kepada Allah. Tiada diketahui ada yang menyembah berhala, menyembah pokok kayu, matahari, api dan lain-lain.  Tetapi mengenepikan peraturan dan undang-undang yang ditentukah  Allah seperti menolak hudud, mengambil peraturan selain dari yang ditentukan  Islam, boleh tergelincir ke jurang  syirik.

Adam dicipta untuk mentadbir alam dengan peraturan yang Allah tentukan. Dan yang berhak menentukan peraturan itu Allah saja. Apabila dipakai peraturan yang lain, maka ia memakai peraturan yang diipta selain Allah.

Kedua, membunuh jiwa yang diharamkan Allah. Tiada pemimpin PAS baik masih hidup mahupun yang sudah mati, ada dikaitkan dengan sebarang pembunuhan. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini negara terus kecohkan dengan kejadian bunuh menjolok mata yang tidak  diselesaikan.

Ketiga, sihir. Tiada pertandingan sihir seperti di zaman Firaun. Tetapi amalan bertanya bomoh minta nasihat tentang tarikh pilihanraya dan minta bantuannya untuk menjadi calon adalah dekat  dengan kehidpan sihir.

Keempat, makan riba. Ia adalah amalan biasa yang tidak dicegah dan sekalian penduduk dibiarkan bergelumang dengan riba. Hanya kerajaan PAS Kelantan sebaik berkuasa 22 tahun dulu bertindak untuk mengeluarkan simpanannya dari bank riba, maka semua bank bertindak mengadakan kaunter perbankannya.

Kelima, makan harta anak yatim. Dalam royalti minyak yang dinafikan buat Kelantan dan rampasan di Terengganu, serta pendaratan minyak dibawa lari dari Kelantan termasuk rezeki anak yatim. Bukan sekadar hak rakyat dan negeri disapu, hak anak yatim ikut dilarikan.

Keenam, lari  dari peperangan. Kita belum ada pengalaman berperang yang mengarahkan semua orang tanpil. Pencerobohan di Lahad Datu sekadar lambat bertindak saja, belum lari.

Ketujuh, menuduh wanita baik berzina. Tuduhan kepada wanita seperti itu tidak kedengaran. Tetapi orang berzina memang banyak. Menuduh laki-laki tertentu berzina ada tetapi tidak pernah didakwa. Dakwa atas ikut budaya kaum Lut ada tetapi belum dapat disabitkan.

Kecurangan di atas tidak diketahui membabitkan kumpulan bersama Tok Guru Nik Aziz. Tetapi pihak lain bermacam-macamlah yang didengar

http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/subky-latif/17580-tujuh-dosa-besar-kedua

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak