Saturday, June 19, 2010

NIK AZIZ SARAN WANITA SOLAT JUMAAT

Kompleks Masjid Daruttarbiyah bakal menyaksikan perubahan baru apabila kaum wanita disaran supaya menunaikan solat Jumaat seperti mana dilakukan kaum lelaki selepas siap pembinaannya kelak.

Harakah Daily melaporkan saranan itu diutarakan oleh Mursyidul Am, PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Sebenarnya sudah lama saya hendak tengok keadaan ini boleh dilakukan oleh wanita," katanya ketika berucap dalam Majlis Penyerahan dan Penerimaan Derma mengisi tabung kompleks masjid tersebut di Kampung Wakaf Zain, dekat Bachok, malam semalam.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, keselesaan ruang masjid yang cukup luas mampu membawa kaum wanita untuk turut bersama menunaikan solat Jumaat.

"Saya cadangkan ruang bawah untuk orang perempuan dan di sebelah atas pula bagi orang lelaki masa sembahyang Jumaat," katanya.

Kompleks masjid tersebut mula dibina sejak Ogos tahun lalu di atas tapak seluas satu ekar yang dibeli dengan harga RM180,000 manakala pembinaannya menelan belanja sebanyak RM2 juta dan dijangka siap pada Ogos 2011.

Kos pembelian tapak serta binaan adalah daripada sumbangan orang ramai.

Masjid dua tingkat yang kini dalam 40 peratus pembinaan itu dibina secara bergotong royong melibatkan seluruh kepimpinan cawangan termasuk penghulu-penghulu mukim dan masyarakat tempatan.

Malaysiakini

YB Zul Minta DSAI Bertaubat?



Salam perjuangan untuk semua,

Sedikit komentar terhadap entri YB ZUL bertajuk Bertaubatlah Anwar, kesnya DSAI sound wartawan RTM, dia terkejut dengan sikap DSAI yang kurang hormat dalam menjawab pertanyaan media?

Peliknya, YB ni terkenal dengan perjuangan Islam tetapi tidak pula dia terkejut pula dengan kebiadapan UMNO terhadap Islam? Pemberian lesen judi, rasuah dan sebagainya secara tidak langsung menyentuh sensitiviti umat Islam di Malaysia.

Kredit :mohamad Azhan Hj Dea

Isu GAZA Yang Kian Suam


Kita menangis untuk GAZA hanya sekejap,kita menadah doa untuk GAZA mengikut musim,kita berbicara tentang GAZA hanya di mulut.Selepas segalanya dah sejuk,fikiran pun dikosongkan dari memikirkan tentang GAZA.Kita mudah tertipu dengan tipu daya musuh.itulah hakikat yang perlu ditelan oleh kita.

Perancangan rapi musuh telah memerangkap kita.kita telah terperangkap dengan permainan mereka.World cup yang datang selepas tragedi MAVI MARMARA diserang cukup untuk menukarkan rasa sedih dan geram kita pada kejadian itu kepada kegembiraan dan kelalaian kita menonton dan bersorak untuk pasukan pilihan masing-masing.tidak salah untuk menonton,tapi jika ada yang sanggup berkorban apa saja untuk terpacak di depan tv semata-mata tidak mau ketinggalan menyaksikan secara live perlawanan,itu satu kerugian yang nyata.kalau minat bola sekalipun,biar diseimbangkan dengan perkara-perkara lain yang lebih bermanfaat.GAZA tidak berhenti menangis,tapi kita sudah cepat-cepat mengesat air mata yang tidak kelihatan itu.Ingat,GAZA itu tanggungjawab kita bersama.

World cup juga satu konspirasi jahat dari musuh yang telah dirancang rapi.lagunya,lambangnya,nama bolanya..semua mengandungi seribu satu konspirasi yang tersirat.Terpulanglah untuk mempercayainya atau tidak.Gerakan halus ini sangat licik pergerakannya.hampir kita tidak sedari,gerakan ini telah berada di sekeliling kita melalui racun-racunnya yang lima seperti yang disebutkan dalam post sebelum ini iaitu 5S=SONG,SMOKE,SPORT,SCREEN,SEX.

Bangunlah dari tidur wahai Umat Muhammad s.a.w.Saudara kita di GAZA memerlukan pertolongan kita.Jangan terpedaya dengan musuh yang sentiasa mencari peluang menghancurkan kita dari pelbagai sudut.Amat rugi air mata yang mahal itu dicurahkan ke tempat yang tidak selayaknya.Curahlah untuk menangisi keperitan saudara kita di sana.

-TintaEmas


faizal JaaFar Insite

LESEN JUDI APA KATA NAZRI?...



Judi: Kita juga kena jaga hak bukan Islam, kata Nazri

June 19, 2010

KUALA LUMPUR, 19 Jun — Langkah pentadbiran Najib baru-baru ini untuk meluluskan lesen pertaruhan sukan kepada syarikat milik jutawan Tan Sri Vincent Tan bertujuan “menghormati” hak-hak kaum bukan Islam negara ini, kata Datuk Seri Nazri Aziz.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata kerajaan perlu mengambil kira hak warganegara lain, bukan hanya golongan Islam yang merupakan majoriti penduduk negara ini.

“Anda kena ingat negara tidak hanya milik golongan Muslim semata-mata. Ada juga kaum bukan Islam, sebagai contoh (mereka terlibat dalam) perjudian... ia adalah budaya mereka, cara hidup mereka dan kita perlu menghormati budaya mereka.

“Jangan semua undang-undang berdasarkan keperluan orang Islam sahaja,” kata Nazri (gambar) kepada The Malaysian Insider baru-baru ini.

Anggota Kabinet yang lazimnya lantang dalam pendirian beliau menjelaskan, terdapat salah faham bahawa tindakan menghalalkan lesen judi akan menyebabkan merosotnya undi Melayu Islam kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13.

“Pergi dan tanya bukan Islam sama ada ia akan menjejaskan undi mereka, bukan sahaja pengundi Muslim.

“Kecenderungan kita ialah selalu berfikir dari sudut golongan Islam, seolah-olah bukan Islam bukan bahagian penting di negara ini.

“Kita tidak boleh begitu, kita perlu mempertimbangkan hak-hak mereka juga,” kata Nazri.

Nazri juga mengecam Pakatan Rakayat yang menggunakan isu ini semata-mata untuk mendapatkan undi orang Melayu, yang lazimnya menjadi “simpanan tetap” bagi BN sejak lima dekad yang lalu.

Di sebalik pandangan ini, Nazri bersetuju dengan pandangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed bahawa tindak membangkang Pakatan Rakyat adalah disebabkan motif politik, bukannya kerana Islam.

“Ya, saya setuju dengan Tun, walaupun ia (pendirian saya ini) mungkin mengejutkan anda.

“DAP menentang perjudian sukan? Saya rasa ia cuma dipolitikkan kerana apa fokus kita (sebenarnya)? Undang-undang syariah dengan jelas mengatakan Muslim tidak boleh berjudi. Ini tidak boleh dipertikaikan (lagi kan),” katanya.

Nazri juga berkata, kerajaan akan menguatkuasakan satu sistem baru yang akan menghalang orang Islam daripada berjudi.

“Kita boleh mengadakan sistem yang akan menghalang orang Islam daripada berjudi, jadi kita akan mengadakannya.

“Jika anda mahu berjudi, anda mesti menunjukkan kad pengenalan, nama penuh. Jika anda seorang beragama Islam, anda tidak boleh mengambil bahagian dalam perjudian,” katanya.

Bagaimanapun beliau tidak dapat memberi jaminan sistem itu seratus peratus bebas daripada kelemahan.

“Kita boleh menguatkuasakannya, menggunakan apa juga cara yang kita ada.

“Tetapi tiada seratus peratus jaminan yang kita boleh menghalang (orang Islam daripada berjudi),” kata wakil rakyat Padang Rengas ini.

Selasa lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan Kementerian Kewangan tidak mengeluarkan sebarang lesen pertaruhan kepada Ascot Sports, syarikat Kumpulan Berjaya yang dimiliki Tan.

Sehubungan itu Najib juga menegaskan beliau tidak akan membuat sebarang kenyataan tambahan berhubung isu judi sukan.

“Saya sudah pun membuat keputusan, tidak ada lagi kenyatan mengenai perkara ini.

“Tidak, lesen bukannya isu (sekarang),” kata Najib.

Malaysianinsider

Friday, June 18, 2010

INI PANDANGAN NAZRI TERHADAP ISU TIAN CHUA



Nazri: Tian Chua masih MP sah, terima keputusan

June 18, 2010

KUALA LUMPUR, 18 Jun – Ketika pelbagai pihak beranggapan Tian Chua sudah hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Batu kerana denda RM2,000, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berpandangan sebaliknya.

Menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Parlimen itu menegaskan, Pengarah Strategi PKR ini boleh terus menyandang kerusi beliau dan keputusan hakim semalam telah “menyelamatkan” kedudukannya.

“Bagi saya beliau (Tian Chua) masih lagi Ahli Parlimen yang sah kerana denda RM2,000 tidak akan menyebabkannya hilang kelayakan tetapi jika RM2,001 baru akan dilucut jawatan itu.

“Jadi keputusan yang dibuat hakim perlu diterima, jangan dengar pendapat orang lain yang cakap Tian Chua (gambar) bukan lagi Ahli Parlimen,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider petang ini.

Nazri memberikan pandangannya ini ketika peguam-peguam Tian Chua dijadual menemui hakim kesnya Isnin ini.

Pandangan Nazri itu berbeza dengan pendirian Pengerusi DAP Karpal Singh yang juga peguam veteran bahawa Tian Chua sudah hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Batu hanya kerana denda RM2,000.

Malah seorang bekas pegawai kanan Suruhanjaya Pilihan Raya juga berpendapat denda RM2,000 sudah cukup memadai untuk Tian Chua kehilangan kerusinya.

Menurut Nazri, sebarang persoalan mengenai keputusan terhadap Tian Chua perlu diajukan kepada hakim yang menjatuhkan hukuman itu.

“Perlu tanya kepada hakim mengenai keputusan itu. Mengapa beliau menjatuhkan hukuman sebanyak RM2,000?

“Kalau beliau berbuat demikian supaya Tian Chua tidak hilang kelayakan, jadi kenapa tidak ikut pelaksanannya (hukuman)?” kata beliau.

Nazri memberitahu, sekiranya hakim membuat keputusan tersebut untuk mengelakkan daripada berlakunya pilihan raya kecil, maka semua pihak harus menerimanya. SPR sedang meneliti implikasi keputusan hakim semalam.

Tian Chua, 47, atau nama sebenarnya, Chua Tian Chang dikenakan denda RM2,000 atau penjara dua bulan berhubung tuduhan mencederakan seorang anggota polis dengan cara menggigit lengannya.

Denda itu lebih rendah berbanding RM3,000 yang dikenakan tahun lalu.

Beliau didakwa mencederakan konstabel Mohd Rosyaidi Anuar, 22, ketika anggota polis itu sedang menjalankan tugasnya dalam satu perhimpunan di Parlimen, 11 Dis 2007.

Semalam Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ghazali Cha menjatuhkan hukuman denda RM2,000 atau penjara dua bulan ke atas Tian Chua berhubung tuduhan mencederakan Mohd Rosyaidi.

Peguam Tian Chua Amer Hamzah Arshad memberitahu The Malaysian Insider bahawa mereka akan membangkitkan keputusan hakim Mahkamah Persekutuan pada 1993 di mana Hakim Tan Sri Gunn Chit Tuan merumuskan bahawa “tidak kurang daripada” bermakna “lebih”.

Peguam Tian Chua gagal menemui hakim kes mereka pagi tadi, sebaliknya dimaklumkan menerusi timbalan pendaftar bagai apa yang diputuskan semalam sudah cukup jelas.

Dalam keputusannya semalam, Ghazali mengetepikan hukuman penjara enam bulan dan denda RM3,000 terhadap wakil rakyat berkenaan dan menggantikannya dengan denda RM2,000 atau tiga bulan.

Bagimanapun, Ghazali menolak rayuan Tian Chua terhadap sabitan atas tuduhan itu setelah mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak.

Ghazali berkata penghakiman Majistret pada 22 Okt lalu yang berdasarkan penemuan fakta adalah betul dan pemakaian undang-undang juga adalah tepat dan tidak perlu lagi diganggu.

Ghazali berkata soal hukuman merupakan budi bicara sepenuhnya hakim perbicaraan berkenaan kecuali yang melibatkan hukuman mati.

“Dalam kes ini perayu adalah pesalah pertama. Tidak dapat dinafikan juga bahawa tiada keistimewaan patut diberikan kepada beliau sebagai Ahli Parlimen,” katanya.

Bagaimanapun, katanya jika hukuman yang dijatuhkan boleh menjadikan Tian Chua tidak layak menjadi seorang wakil rakyat, satu pilihan raya kecil terpaksa diadakan.

“Seperti yang diketahui pilihan raya kecil ini memerlukan perbelanjaan yang besar dan memberi kesan kepada keseluruhan rakyat negara ini begitu juga kesejahteraan dan keharmonian di antara berbagai-bagai bangsa.

“Di atas alasan ini, saya berpendapat suatu hukuman yang setimpal yang tidak melibatkan banyak pihak adalah merupakan suatu hukuman yang adil. Hukuman yang dijatuhkan oleh Majistret diketepi dan digantikan dengan hukuman denda RM2,000 atau dua bulan penjara,” katanya.

Malaysianinsider

ADAKAH INI SLOGAN RAKYAT DI DAHULUKAN (KPT) UGUT MENAHAN PINJAMAN PTPTN MAHASISWA (KUIS) SESI 2010/2011


Logik akal siswa siri 2010/2011 langsung tidak kena mengena dengan penglibatan Siswa tahun3 tersebut terlibat dalam Kempen Pilihan Raya Hulu Selangor. Mengapa mereka di jadikan mangsa oleh KPT untuk menyekat pimjaman PTPTN tersebut. Apakah masih lagi menggunakan istilah nila setitik habis susu se belangga. Mari kita fikirkan jika pinjaman mereka tidak diluluskan, apa akan terjadi kepada mereka. Mampukah mereka akan meneruskan pengajian mereka di KUIS, atau balek saja ke kampong


SMM kecam kementerian ugut pelajar Kuis

Hazayani Zakaria


KUALA LUMPUR, 17 Jun: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mengecam tindakan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menggunakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk mengugut mahasiswa Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis) agar tidak terlibat dengan sebarang kempen pilihan raya.

Kecaman itu berikutan tindakan KPT mengeluarkan arahan kepada PTPTN untuk menahan permohonan seluruh mahasiswa baru sesi 2010/2011 Kuis untuk mendapatkan pembiayaan PTPTN akibat keterlibatan seorang mahasiswa tahun tiga kampus itu, Ahmad Shukri Kamarudin dalam kempen pilihan raya Hulu Selangor April lalu.

Arahan kepada pihak PTPTN itu dikeluarkan oleh Pegawai Khas Menteri KPT, Suhaimi.

Bercakap dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini, wakil SMM, Mohd Riedzuan Othman berkata, SMM menyifatkan tindakan KPT itu bukan sahaja merupakan satu ugutan dan penganiayaan terhadap institut pengajian tinggi swasta (IPTS) tersebut dan kepada mahasiswa khususnya bahkan ia juga dilihat sebagai satu tindakan zalim terhadap mahasiswa.

"SMM merasakan bahawa tindakan KPT dan PTPTN yang menahan permohonan pembiayaan PTPTN kepada seluruh mahasiswa baru Kuis ini bukan sahaja merupakan satu ugutan dan penganiayaan terhadap IPTS tersebut dan kepada mahasiswa khususnya bahkan ia juga dilihat sebagai satu tindakan zalim terhadap mahasiswa,” katanya.

Selepas Mohd Shukri didapati terlibat dalam kempen pilihan raya di Hulu Selangor, PTPTN menerusi Ketua Eksekutifnya, Wan Ahmad Wan Yusoff telah mengeluarkan satu surat tunjuk sebab kepada pihak pengurusan Kuis dengan pemakluman tindakan untuk menahan permohonan seluruh mahasiswa baru Kuis yang dianggarkan berjumlah hampir 1,500 orang untuk mendapatkan pembiayaan PTPTN sehingga penjelasan yang memuaskan diperoleh.

SMM turut mempersoal tindakan KPT yang membabitkan seluruh mahasiswa semata-mata disebabkan seorang mahasiswa Kuis didapati terlibat dalam kempen pilihan raya, lebih-lebih lagi tidak mendapatkan penjelasan daripada mahasiswa yang didakwa terlibat itu.

"SMM juga melahirkan rasa dukacita dengan tindakan Menteri KPT yang mengeluarkan arahan kepada pihak PTPTN untuk menahan permohonan pembiayaan PTPTN kepada seluruh mahasiswa baru Kuis semata-mata disebabkan seorang mahasiswa Kuis telah didapati terlibat dalam kempen pilihan raya Hulu Selangor yang lepas tanpa mendapatkan penjelasan yang penuh daripada mahasiswa tersebut terlebih dahulu," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Padang Terap, Nasir Zakaria yang merupakan bekas pimpinan mahasiswa Universiti Malaya, menggesa KPT mengambil serius perkara yang dibangkitkan itu dengan menarik semula arahan yang dikeluarkan kepada PTPTN.

Tegasnya, KPT tidak seharusnya menggunakan PTPTN untuk tujuan mengugut mahasiswa sebaliknya menyerahkan kepada pihak universiti kepada mahasiswa tersebut sekiranya didapati benar-benar bersalah.

"Saya bangkitkan masalah ini di Parlimen untuk perhatian menteri. Bagi saya tindakan ini satu kezaliman dan penganiayaan kerana PTPTN merupakan satu agensi memberikan pembiayaan kepada mahasiswa. Biarlah apa yang berlaku di peringkat pelajar diselesaikan oleh pihak universiti, bukan dengan cara ugutan begini," tegasnya

Harakahdaily

Empayar hartanah keluarga Taib di Kanada?

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud dan anggota keluarganya didakwa memiliki hartanah bernilai lebih C$100 juta (RM320 juta) di Kanada, lapor sebuah laman anti-Taib - Sarawak Report.

Lamanweb itu mendakwa, ia termasuk kompleks mewah - Preston Square (kanan) dengan menara kaca kembar yang menyediakan ruang pejabat dan kompleks membeli-belah mewah di wilayah komersial bernilai tinggi di pusat bandar Ottawa.

Menurutnya, dengan menempatkan ruang pejabat syarikat multinasional seperti Xerox, Adobe dan Sun Life, projek tersebut menyediakan sumber kewangan tambahan daripada kutipan sewaan, kepada keluarga Taib.

Projek pembangunan utama tersebut, dakwanya, merupakan 'permata' kepada syarikat pemaju hartanah Sakto Development Corporation, yang dimiliki oleh keluarga Taib.

Sakto mempunyai senarai portfolio puluhan lagi bangunan pejabat dan kawasan perumahan mewah di Kanada.

Ditubuhkan pada awal tahun 1980-an oleh anak-anak Taib - Mahmud Bekir Taib, Jamilah Taib dan adiknya Onn Mahmud, perniagaan keluarga itu
dikendalikan oleh menantu Taib - Sean Murray - seorang rakyat Kanada yang berkahwin dengan Jamilah (kiri).

Murray dan Jamilah memiliki kediaman kedua termahal di Ottawa - bernilai RM28 juta - yang terletak di kawasan ekslusif Taman Rockcliffe di ibunegara Kanada (kanan).

Malaysiakini

Thursday, June 17, 2010

Singapura Dilanda Banjir Besar, Malaysia Menunggu Gilirannya?


Banjir melanda Orchard Road, Bukit Timah dan Thomson Road, Rabu pagi waktu setempat.

Di beberapa kawasan, tinggi banjir bahkan setinggi hampir 1,5 meter. Tempat pejalan kaki, dan halte bus terpaksa ditutup sehingga menimbulkan keadaan gawat yang luar biasa.

Area basement di beberapa pusat membeli belah di Orchard Road yang terendam, merosakkan beberapa kedai. Petugas juga terpaksa memindahkan sekitar 15 kereta yang terjebak disana.

Shama Bano Khan, ibu rumah tangga yang bertempat tinggal di Thomson Road mengaku hairan dengan kejadian ini. Meski banjir tidak sampai masuk ke tempat tinggalnya, namun air sudah menyentuh pintu tempat tinggalnya. "Kami telah tinggal disini selama hampir 15 tahun, dan tidak pernah mengalami kejadian seperti ini," katanya.



Kasino kedua Singapura dibuka semalam sekali gus meningkatkan reputasinya sebagai pusat perjudian untuk golongan kaya.

Kasino Marina Bay Sands yang dibina oleh syarikat perjudian gergasi Amerika Syarikat, Las Vegas Sands itu dibuka pada pukul 3.18 petang waktu tempatan. Ia yang bernilai AS$5.5 bilion (RM17.5 bilion) bakal meningkatkan sektor perlancongan sekali gus menjadi pusat peralihan perjudian dari Barat ke Asia.

Pengerusi Las Vegas Sands, Sheldon Gary Adelson memberitahu, penduduk Asia melihat perjudian sebagai satu hiburan manakala penduduk Barat lebih gemar berbelanja untuk makanan atau keluar dengan teman.

Kasino pertama Singapura, Resorts World Sentosa yang bernilai AS$4.4 bilion (RM14 bilion) dibina oleh Kumpulan Genting Malaysia dan dibuka pada 14 Februari lalu.

Kasino Marina Bay Sands yang setinggi empat tingkat itu mempunyai 600 meja judi, 1,500 mesin slot dan lebih 30 bilik perjudian peribadi.

Seorang rakyat Malaysia Lee Kim Lian, 68, menyatakan dia tiba kelmarin dengan wang tunai sebanyak S$10,000 (RM23,260) untuk bermain judi. – AFP


Ulasan GB

Demikian, apabila hukum Tuhan dicabar, bumi Tuhan dijadikan tempat mengingkari perintahNya, maka datanglah kafarah...

Suasana ini, bakal menimpa Malaysia, apabila Najib dan UMNO dengan angkuh dan sombong melawan hukum Tuhan, meluluskan lesen judi. Tunggu dan lihat.

Sumber Kelab Greenboc

NAJIB SESAL DATAG KE KELANTAN. CUMA 300 SAHAJA YANG HADIR






Gambar ehsan TPU

Di sebalik pemulauan kepimpinan kerajaan negeri termasuk Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada perasmian Kelantan Fiesta 2010 malam ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga tidak hadir pada majlis itu.

Walaupun mengikut jadual asal, majlis itu akan dirasmikan oleh Najib, tetapi beliau digantikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamad.

Lebih mengecewakan penganjur bersama program itu, Red Carpet Worldwide, apabila hanya kira-kira 300 sahaja yang hadir dalam suasana hujan lebat yang turun mencurah-curah selepas Maghrib.

Bahkan, ada di kalangan pengunjung yang berpatah balik kerana tidak selesa berada pada majlis itu, ditambah pula bekalan elektrik turut terputus.

Petang tadi, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan memberitahu, kerajaan negeri akan memulau majlis perasmian itu yang sepatutnya disempurnakan oleh Pemangku Raja Kelantan dan dihadiri Najib Tun Razak di pekarangan Stadium Sultan Mohammed Ke-IV.

Ini kerana, katanya pihak penganjur mungkir janji dengan tidak membenarkan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat berucap.

Tambahnya, penganjur bersama majlis itu, Red Carpet Worldwide Sdn Bhd telah melanggar syarat-syarat perjanjiannya dengan kerajaan negeri sebelum ini.

Beliau yang juga Adun Bunut Payong berkata, mengikut perjanjian asal, Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra akan merasmikan fiesta itu dan Menteri Besar turut berucap, tetapi keputusan terbaru tidak membenarkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz berucap di samping tidak dirasmikan oleh Pemangku Raja.

Ekoran itu, jelasnya semua acara melibatkan kerajaan negeri seperti persembahan 1,001 pesilat dan pembuatan gendang terbesar turut dibatalkan.

Sementara itu, Perdana Menteri yang membatalkan untuk merasmikan Kelantan Fiesta itu bergegas pulang ke Kuala Lumpur dengan penerbangan pada 10.30 malam.

Ekoran itu, RTM turut membatalkan untuk mengadakan siaran langsung.

Namun, RTM dalam Berita Jam 8 masih lagi mewar-warkan keberangkatan Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan untuk merasmikan program Kelantan Fiesta 2010 di samping menyatakan akan menyiarkan program itu secara langsung melalui TV1.

Tindakan terus menghebahkan keberangkatan Pemangku Raja sebagai strategi untuk menarik rakyat Kelantan ke majlis tersebut dan dilihat sebagai tindakan terdesak serta tidak menghormati institusi istana yang jelas melalui surat memaklumkan ‘atas sebab-sebab tertentu’ di mana Pemangku Raja membatalkan hasrat untuk merasmikan karnival itu.

Tindakan Umno negeri yang menaikkan banner dan bunting gambar Najib dan 1Malaysia sebenarnya suatu tindakan menderhaka walapun merasakan itu perancangan terbaik mereka, sebenarnya lebih memualkan rakyat Kelantan yang sememangnya tidak menyahut seruan 1Malaysia.- harakahdaily

Kerajaan pantau 6,000 pelajar



JAMIL KHIR (kiri) dan Mashitah (kanan) beramah mesra dengan wakil-wakil media pada Majlis Ramah Mesra Menteri Bersama Media di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengakui bimbang kemungkinan segelintir daripada 6,000 pelajar Malaysia di luar negara terutama Mesir terlibat dengan kegiatan militan.

Justeru, pihaknya meningkatkan pemantauan terhadap kegiatan pelajar terbabit terutama yang mengambil jurusan agama.

"Pemantauan lebih ketat dilakukan melalui khidmat pegawai-pegawai yang ditempatkan di kediaman pelajar. Kita bimbang ekoran pendedahan terbaru oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan baru-baru ini mengenai gerakan terbaru Jemaah Islamiyah (JI).

"Pelajar-pelajar ini mempunyai semangat jihad yang tinggi tetapi apa yang kita khuatir semangat itu disalah tanam oleh pihak-pihak tertentu," katanya selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Menteri Bersama Media di Muzium Kesenian Islam di sini semalam. Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim.

Kosmo

DAP bercadang saman ADUN paling tadah. Ganti Rugi RM 5 Juta

Wa ka ka... Mereka terlupa ada perjanjian rupanya. mampukah kedua-dua pengamal undang-undang ini mempertahankan diri mereka dari membayar RM 5 Juta kepada DAP jika usul ini di luluskan oleh DAP Pusat nanti




DAP Perak berhasrat menguatkuasakan perjanjian yang ditandatangani semua wakil rakyatnya ketika pilihan raya umum 2008 yang menuntut mereka membayar ganti rugi RM5 juta jika keluar parti.

"Kami

telah memutuskan untuk menguatkuasakan kontrak yang ditandatangani antara wakil rakyat dan parti ketika mereka dipilih menjadi calon dulu," kata Ketua DAP Perak, Datuk Ngeh Khoo Ham (kiri, bertali leher biru).

Keputusan itu diambil berikutan pengumuman mengejutkan semalam apabila Keshvinder Singh (Malim Nawar) mengumum meninggalkan parti itu.

Beliau adalah ADUN kedua DAP yang berbuat demikian selepas Datuk Hee Yit Foong (Jelapang) berbuat demikian pada Februari tahun lalu sehingga menyebabkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Perak tumbang.

Mengulas lanjut, Ngeh berkata kedua-dua wakil rakyat tersebut turut menandatangani perjanjian itu yang antara lain menyatakan mereka yang menyertai parti lain harus meletak jawatan dan membayar ganti rugi RM5 juta kepada DAP.

Berca
kap kepada wartawan di lobi parlimen, hari ini, Ngeh menjelaskan semua perwakilan DAP di negeri itu diwajibkan menandatagani perjanjian yang hampir sama selepas pilihan raya Mac 2008.

"Mereka telah bersetuju bahawa jika mereka meninggalkan parti dan mengisytiharkan diri sebagai ahli Bebas, mereka terpaksa membayar RM5 juta kepada parti,” kata Ngeh yang juga ahli parlimen Beruas.

Ngeh berkata keputusan muktamad berhubung tindakan undang-undang itu akan diputuskan oleh jawatankuasa pusat DAP yang dijadualkan bermesyuarat akhir bulan ini.

Malaysiakini

Wednesday, June 16, 2010

KAMI SAMBUT DENGAN BANNER



Najib jangan tersalah baca! Mungkin nanti Najib kata Kelantan mahu Wang ehsan bukan Royalti




KOTA BHARU, 15 Jun:
Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) bercadang meneruskan misi menuntut kerajaan Pusat membayar royalti minyak kepada rakyat Kelantan melalui satu perhimpunan sempena lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Kelantan esok.

Setiausahanya, Mohd Hisyamuddin Ghazali berkata Gegar akan meneruskan hasrat murninya itu sehingga episod tuntutan tersebut menemui garis penamatnya.

"Maksudnya sehingga tuntutan itu ditunai atau sehingga ada apa-apa tindakan daripada kerajaan negeri sendiri berhubung tuntutan itu yang menterpaksakan Gegar berhenti dari melaksanakan aktiviti berkaitan.

"Gegar tidak akan berhenti daripada meneruskan perjuangannya begitu saja, dan Gegar akan lakukan apa saja selagi tidak bercanggah dengan hak asasi rakyat," katanya ketika dihubungi lewat petang ini.

Sambil itu beliau memaklumkan satu kain rentang bersaiz 4 x 20 kaki yang bertulis "PM: MANA DUIT ROYALTI KELANTAN RM2 BILLION?? Kami tak mahu Ehsan, Kami mahu ROYALTI" akan dinaikkan pada malam ini sebagai isyarat kepada Najib bahawa rakyat Kelantan sebenarnya tidak pernah berdiam diri dalam perkara berkenaan.

Menurutnya banner-banner tersebut akan dinaikkan di persekitaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa, Pasir Pekan dan sekitar bandar Kota Bharu.

Dalam pada itu, satu perhimpunan aman dijangka akan turut diadakan sebagai tanda protes terhadap penafian hak rakyat oleh kerajaan Pusat.

"Sekurang-kurangnya Perdana Menteri akan lihat sendiri bahawa hak mutlak rakyat tidak boleh dipolitikkan malah rakyat Kelantan khususnya menolak kerajaan yang menggunakan harta rakyat untuk kepentingan politik," tegasnya.

Harakahdaily

Kapal Bantuan Iran Akan Digagalkan Masuk Pantai Gaza oleh Israel

Sumber Israel melaporkan bahwa ada upaya untuk mencegah kapal bantuan kemanusiaan Iran masuk ke Jalur Gaza dari memasuki Mediterania, hal ini menunjukkan bahwa Angkatan Laut zionis Israel akan memerangi setiap kapal yang berusaha mematahkan blokade yang dikenakan pada wilayah tersebut dan mencegah kapal apapun mendekati pantai Gaza.

Dijelaskan oleh radio publik Israel bahwa meskipun adanya diskusi untuk melonggarkan blokade, Israel akan melawan setiap kapal yang mencoba mendobrak blokade dan mencegah kapal mendekati pantai Gaza, termasuk kapal dari Iran.

Radio negara itu melaporkan sebelumnya bahwa kapal bantuan kemanusiaan Iran akan berangkat menuju ke Jalur Gaza, dan kapal lain akan berangkat pada Jumat depan untuk membawa bantuan berupa makanan dan bahan bangunan.

Seperti yang dilaporkan surat kabar Yediot Aharonot bahwa tentara Israel sedang mempersiapkan diri untuk "menyambut" dua kapal yang akan tiba ke wilayah tersebut akhir pekan ini, satu kapal Iran dan lainnya dikirim dari Hizbullah Libanon.

Teheran telah mengirimkan bantuan ke Gaza beberapa waktu lalu melalui Mesir, tidak jelas apakah bantuan ini akan mengikuti rute yang sama atau mencoba membawa sendiri kapal bantuan ke dermaga di Gaza.(fq/islamtoday)

eramuslim

USTAZ IBRAHIM ZAKARIA, BEKAS CALON PAS LENGGONG & AJK DEWAN ULAMA PAS PERAK DITAHAN POLIS MESIR


Posted by MisbahulMunir

Al Fadhil Ust Ibrahim Zakaria (Nama sebenar Muhammad Zulkifli Muhammad Zakaria) bekas calon PAS Lenggong 2008 dan AJK Dewan Ulama PAS Perak telah ditahan oleh pihak keselamatan Mesir. Beliau ditahan di Lapangan Terbang Cairo selepas mendaftar masuk untuk pulang ke Kuala Lumpur.

Menurut sumber yang menghubungi saya, beliau berada di Mesir selama dua bulan untuk mengikuti ujian kelayakan master di Universiti Zamalik, Cairo. Ketika ditahan beliau bersama dengan isteri dan anaknya, walau bagaimanapun isteri dan anaknya dilepaskan pulang ke tanah air, beliau pula dikenakan tahanan lokap yang tidak diketahui di mana tempatnya. Sehingga sekarang, tidak ada siapa yang tahu punca-punca penangkapan.

PAS Negeri Perak dan PAS Pusat sedang berusaha mendapatkan maklumat lanjut penangkapan ini dan berusaha menghubungi pihak kedutaan Malaysia di Mesir dengan kerjasasama Wismaputra bagi membebaskan Ust Ibrahim.

Seluruh ahli PAS diseru solat Hajat supaya Ust Ibrahim dalam keadaan selamat dan segera dibebaskan, kita yakin beliau tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah yang menyebabkan beliau ditahan oleh Polis Mesir.

Misabah.blogspot.com

Tuesday, June 15, 2010

Ustaz Hassan Shukri kembali ke rahmatullah, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Selaseh 2.


Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 14 Jun: Bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Hassan Shukri meninggal dunia di Hospital Selayang kira-kira jam 2 petang sekejap tadi.

Beliau yang dimasukkan ke hospital Selayang pagi ini baru sahaja pulang dari Kota Bharu jam 10.30 malam tadi selepas menyertai Muktamar PAS ke 56 di sana. Turut serta bersama beliau malam tadi adalah Haji Subky Latif dan Haji Abdul Rahman.

Ustaz Hassan telah berada di Kota Bharu sejak Rabu 9 Jun lagi kerana menyertai mesyuarat Majlis Syura Ulama pada petang hari tersebut. Pada malamnya beliau menyertai majlis perasmian dewan-dewan oleh Mursyidul Am di Putik dan pada hari Khamis beliau menyertai Muktamar Dewan Ulama di Markas Dewan Ulama (Madu) di Machang.

Menurut Puan Naznah Taha, isteri Haji Subky, Ustaz Hassan telah membawa kereta yang dinaiki mereka bertiga dari Kuala Krai namun berhenti di Kuala Lipis kerana mengadu sakit dada.

Sesampai mereka di rumah jam 10.30 malam tadi, Ustaz Hassan terus mengadu sakit dada tetapi hanya mengesyaki akibat dari pajeri nenas yang beliau makan malam tadi.

Selepas tidak berhenti sakit, kira-kira jam 9.00 pagi tadi, Ustaz Hassan dihantar anak beliau ke Hospital Selayang. Selepas itu dibawa ke Unit Rawatan Jantung (CCU) dan meninggal dunia kira-kira jam 2.00 petang.

Jenazah allahyarham dibawa keluar dari hospital kira-kira jam 3.40 petang. Hadir sama di hospital ialah Ketua Penerangan dan bendahari PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dan Dr Mohd Hatta Ramli.

Naznah yang merupakan rakan rapat keluarga Ustaz Hassan ketika bercerita kepada Harakahdaily berkata, buat pertama kalinya beliau dan isteri Ustaz Hassan, Puan Hamidah tidak mengiringi bersama suami masing-masing ke muktamar.

"Kali ini, Kak Midah berbolak-balik antara hendak pergi atau tidak ke muktamar kerana ada kenduri dekat sini. Hasilnya dia tidak pergi dan saya hanya pergi ke muktamar Dewan Muslimat dan terus pulang," cerita Naznah.

Sebelum Timbalan Presiden, Ustaz Hassan pernah menjadi Naib Presiden dan juga Setiausaha Agung PAS. Allahyarham pernah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara oleh Kerajaan PAS Terengganu selepas Pilihan raya Umum kesepuluh lalu.

Beliau dianggap arkitek kepada Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar dan rumah beliau juga adalah bersebelahan dengan markas yang menjadi pejabat PAS sejak sekian lama sebelum berpindah ke Jalan Raja Laut.

Semasa menggulung perbahasan ucapan dasar, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Dr Mujahid Yusof menyebut Ustaz Hassan adalah orang penting di belakang draf perlembagaan untuk memboleh tertubuhnya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Ini kerana, Ustaz Hassan adalah Pengerusi Jawatankuasa Teknikal pindaan perlembagaan untuk membolehkan DHPP ditubuhkan.

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa adalah antara pemimpin parti yang awal menziarahi allahyarham di kediamannya di Taman Melewar.

Turut menziarah ialah Datuk Kamaruddin Jaffar, Mohd Hanipa Maiden, Khalid Samad serta Datuk Nakhaie Ahmad.

Ustaz Nasharudin menyifatkan parti kehilangan tokoh yang merupakan kamus dan rujukan parti berikutan kematian Ustaz Hassan Shukri.

Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Bachok berkata, baru dua hari lepas, allahyarham menerangkan struktur Perlembagaan PAS kepada tetamu luar PAS di JKR 10, Kota Bharu.

“Saya kenal Ustaz Hassan sejak awal perjuangan di Malaysia,” kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut menziarahi petang ini.

Beliau yang juga Ketua Pembangkang menyifatkan allahyarham adalah tokoh perjuangan Islam yang asal dan kekal hingga kini.

“Kita hilang satu sumber rujukan yang besar,” katanya.

Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, Selangor kehilangan seorang tokoh yang berjuang untuk rakyat.

“Saya pernah berbincang dengan beliau bagaimana nak bantu rakyat yang tiada rumah dengan menggunakan wang zakat di atas tanah kerajaan,” ujarnya yang juga Menteri Besar Selangor.

Katanya, Selangor telah memilih beliau sebagai Tokoh Maal Hijrah sebelum ini.

Jenazah Ustaz Hassan akan disembahyangkan jam 8.30 pagi ini di Surau Taman Melewar dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Selaseh 2.

Yang Ini betul-betul "Melayu Bangkit" : Che Det diangkat jadi "Wira Judi Negara"

Cuma sebagai orang lama Che Det mungkin tersilap atau terlupa bahawa MCA dan Gerakan juga menentang Judi ini termasuk sebilangan ahli UmNo sendiri.

UMNO HOHOR PUN BANTAH JUTI

Malaysiakini melaporkan:

Umno Johor hari ini menolak sebarang pertaruhan dalam bidang sukan termasuk bola sepak, kata Pengerusi Badan Perhubungannya, Datuk Abdul Ghani Othman.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat badan perhubungan hari ini, Abdul Ghani berkata pendirian itu berdasarkan kepada reaksi diterima daripada seluruh masyarakat di negeri ini.

"Kita (Umno Johor) mendapat satu reaksi yang jelas daripada masyarakat di negeri ini untuk tidak menerima sebarang bentuk pertaruhan dalam sukan.

"Masyarakat melihat satu bentuk perjudian berlaku dan saya percaya pihak yang terlibat dalam perkara ini dapat mendengar suara rakyat tentang perkara itu," katanya.


Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan bantahan pembangkang terhadap usaha meluluskan lesen judi sukan di negara ini bukanlah disebabkan ajaran agama, tetapi demi kepentingan politik semata-mata.

"Bantahan itu kerana politik, bukan kerana Islam. Takkanlah DAP pun hendak dokong ajaran Islam. (Bila) DAP pun dapat sertai (bantahan), ini (menggambarkan) politik parti pembangkang hendak cari isu. "Sedangkan dalam muktamar PAS ada cadangan suaya semua jenis judi diharamkan, tetapi PAS tak hendak," katanya ketika ditanya tentang bantahan pembangkang melalui pelbagai cara seperti ceramah dan demonstrasi.

Beliau mempersoalkan kenapa PAS lantang menentang judi sukan di negara ini kerana terdapat pelbagai lagi jenis judi lagi. "Yang dia (PAS) kata tak boleh, (judi) sukan, bola sepak (sahaja). (Bantahan) ini politik, kita kena asingkan soal politik dengan soal agama.

"Bagi PAS, agama adalah alat politik mereka," katanya. Bercakap dalam sidang media selepas berucap dalam perhimpunan 'Melayu Bangkit' di Kuala Terengganu hari ini, Dr Mahathir juga berkata masyakarat hendaklah mengakui, sama ada suka atau tidak, aktiviti perjudian memang berlaku di negara ini.

'Kalau Melayu berjudi, tangkaplah' "Saya berpendapat bahawa ada lesen ataupun tidak, judi memang ada di negara kita ini kerana orang Cina memang suka berjudi. "Tetapi kalau dia berjudi tanpa lesen, tidak ada cara untuk kita menentukan perjudian itu tidak berleluasa," katanya menyokong cadangan kerajaan itu.

Tambahnya, orang Cina yang ingin berjudi tidak boleh dihalang bagi melakukannya kerana ia "hanya haram bagi orang Islam" "Orang Islam jangan berjudilah. Kalau dia pergi berjudi, tangkaplah. Sama juga (bila) orang Islam tidak makan babi. "Kalau orang bukan Islam hendak makan juga, itu hak dialah," katanya.

Ditanya tentang khabar angin kerajaan mahu melindungi hartawan Vincent Tan yang didakwa membantu Umno dalam pilihan raya, sambil ketawa kecil, Dr Mahathir menafikan perkara itu. "Tidak, Vincent Tan selama ini dia meniaga di luar negeri, di negeri Cina, di Vietnam, di Korea. Dia tak payah cari duit di sini,"

katanya. NGO tak yakin pada Umno semata-mata Tambahnya, lagi pun, Vincent telah mendermakan wang sebanyak 500 juta hasil penjualan Ascort Sport Sdn Bhd kepada kumpulan BERJAYA. "Dan dana itu untuk semua orang, bukan untuk Umno.... Orang lain pun dapat. Saya fikir Vincent ini, bukan saja dia bagi duit pada Umno. Saya ingat dia bagi pada parti lawan pun sama.

"Saya ingat, (itu) hendak tentukan dia tak ada masalah (dengan dua-dua pihak). Orang perniagaan macam itulah, hati-hati, sebelah itu dia sokong, belah ini pun dia sokong," katanya. Sementara itu, mengulas tindakan 45 NGO Melayu mengadakan perhimpunan di negeri itu hari ini, Dr Mahathir berkata ia menunjukkan mereka tidak lagi yakin kepada perjuangan Umno semata-mata.

"Mereka perlu menjadi kumpulan pendesak. Ini bermakna ada sesuatu yang tidak disenangi oleh orang Melayu," katanya. "Saya khuatir. Orang Cina nampaknya tidak hendak sokong BN lagi. Dan jika tidak juga dapat sokongan daripada orang Melayu, kemungkinan BN akan kalah."

Malaysiakini

Monday, June 14, 2010

Kata2 S.Umar al-Khatob

Yang aku paling tertarik dgn kata2 S.Umar al-Khatob "kalau ada rakyatku yg lapar,akulah org pertama yg merasainya dan kalau ada rakyatku yg kenyang,akulah org terakhir yg menikmatinya".Subhanallah,agungnya peribadi Umar.Jauh sekali dari yg aku lihat di depan mataku sendiri.Bukan kata jauh,nak kearah itu pun tidak.menyebut2kannya pun tidak,mcmmn nak mencontohi?

Belajar Dari Dua Umar

Disamping kesibukan mengafal dan membaca kitab utk exam,sempat juga aku mencuri-curi masa untuk membelek buku lain yg tidak berkaitan dgn subjek exam aku.buku ni pada mulanya aku tak teringin pun nak baca,hanya terduduk di atas meja study aku tanpa aku sentuh.tapi 2 hari lepas tiba2 hatiku terdetik nak menjamah buku tu.buku yg aku maksudkan ialah buku 'BELAJAR DARI DUA UMAR' hasil karangan HEPI ANDI BOSTANI dari Indonesia.

Pada mulanya aku berniat utk hanya menjamah sikit dari mukasuratnya,tetapi,stlh lama dijamah,aku jadi terikat dan terpaut utk membacanya terus.walaubagaimanapunaku tetap membacanya skip2 mengikut tajuk yg aku minat.

Buku ni berkonsepkan penceritaan sirah yg mana pada akhir penceritaan diselitkan dgn realiti yg melanda dunia sekarang.

Buku ni mengangkat dua pemimpin agung kaum muslimin utk dijadikan teladan kpd para pemimpin zaman skrg.Dua Umar yg dimaksudkan ialah khalifah ke-2 Umat Islam iaitu Umar al-Khatob dan cucunya Khalifah Umar Abd Aziz.Dua tokoh ini adalah teladan pemimpin terbaik selepas RASULULLAH S.A.W.Menggunakan harta kekayaan negara sebaik mungkin tanpa ada sedikitpun niat di hati utk 'menculik' walau sebiji gandum harta rakyat.Mana mungkin dicari lagi pemimpin begini di akhir zaman ini.

Yang aku paling tertarik dgn kata2 S.Umar al-Khatob "kalau ada rakyatku yg lapar,akulah org pertama yg merasainya dan kalau ada rakyatku yg kenyang,akulah org terakhir yg menikmatinya".Subhanallah,agungnya peribadi Umar.Jauh sekali dari yg aku lihat di depan mataku sendiri.Bukan kata jauh,nak kearah itu pun tidak.menyebut2kannya pun tidak,mcmmn nak mencontohi?

Buku ini juga menyelitkan pandangan sisi T.G Nik Aziz yg juga MB Kelantan hampir 20 thn.Kemakmuran yg dibawa oleh T.G tak ada siapa lg boleh menyangkalnya.Inilah cnth Umar alkhatob Malaysia.

Kredit kpd:

http://redqalbi.blogspot.com/


Sunday, June 13, 2010

REBUT PELUANG DAN GANAJARAN HEBAT DARI ALLAH

Berita Baik dan Ganjaran hebat

Esok isnin bersamaan 1rejab 1431

Sabda Nabi saw “Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya’aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku“.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya’aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

REJAB bulan menabur benih. SYA’ABAN bulan menyiram tanaman. RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya. SYA’ABAN menyucikan hatinya. RAMADHAN menyucikan rohnya. REJAB bulan taubat. SYA’ABAN bulan muhibbah. RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.


Di antara doa yang digalakkan dibaca pada bulan Rejab ialah doa yang diriwayatkan daripada Anas r.a., bahawa apabila menjelang bulan Rejab, Rasulullah s.a.w. berdoa:






"Ya Allah! Berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya'aban, serta panjangkanlah umur kami hingga sampai ke bulan Ramadhan"

Maka ayuh kita bersama sama beramal didalam bulan Allah ini semoga kita semua mendapat kelebihannya. Aminnn….dibawah ada fadilat tentang ibadat dibulan rejab.



1- “Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga”

2 - “Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya (sepanjang umurnya).”

3- “Puasa 3 hari dalam bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)”

4 - “Sesiapa berpuasa 3 hari ada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga)seperti dia berpuasa 3,000 tahun,diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya,70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan,70 hajat ketika berlalu di atas titi Sirotolmustaqim.”

5 - “Puasa 4 hari dalam bulan Rejab akan diafiatkan dia daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal pada hari Kiamat.”

6 - “Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.”

7 - “Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar dari kubur bercahaya mukanya.”

8 - “Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka.”

9 - “Puasa 8 hari dalam bulan Rejab akan dibuka baginya 8 pintu Syurga.”

10 - “Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari masuk Syurga.”

11 - “Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat diatas titian Sirotolmustaqim pada hari Kiamat.”

12 - “Puasa 10 hari pada bulan Rejab, Allah akan menjadikan baginya hamparan perhentian di titian Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu.”

13 - “Puasa 15 hari pada bulan Rejab adalah sama seperti berpuasa 100,000 tahun.”

14 - “Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga,dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah didalam Syurga.”

15 - “Puasa 19 hari pada bulan Rejab akan dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam.”

16 - “Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripda umurnya (pembaharuan umur).”

17 - “Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat.”

18 - “Puasa pada awal Rejab,pertengahan dan akhirnya seperti berpuasa sebulan pahalanya”

19 - “Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti”

20 - “Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus”

21 - “Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah) diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah.”

Kredit: Batu vs Kayu

NIK AZIZ! TOLONG BAGI TAHU PADA UMNO?

"Tolong beritahu pada Umno, bagaimana susah nabi (berjuang) sampai kena potong perkataan 'rasulullah' dalam perjanjian dengan Mekah. Sampai begitu Nabi buat asal Islam boleh bertahan," katanya yang juga menteri besar Kelantan.

Nik Aziz: Perlu bergantung pada bukan Islam


Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, bagi menjayakan perjuangan Islam, umat Islam masih perlu bergantung kepada masyarakat bukan Islam bagi menjayakannya.

Katanya, Nabi Muhammad - yang diibaratkannya sebagai "pemandu pertama" ajaran Islam - juga melakukannya pada zaman awal penyebaran agama Islam, termasuk mendapatkan perlindungan daripada bapa saudaranya Abu Talib yang tidak memeluk agama itu.

Mengaitkannya dengan politik semasa di mana PAS bergabung bersama parti bukan Islam seperti DAP, Nik Aziz berkata, tahaluf atau kerjasama politiknya dalam Pakatan Rakyat mengambil iktibar daripada sunah Rasulullah itu.

"Bagaimana hendak bawa Islam kalau timbul lagi isu tahaluf (kerjasama), dulu dengan Semangat 46, sekarang ini dengan DAP? (Hendak) marah kita kawan dengan DAP.

"Tolong beritahu pada Umno, bagaimana susah nabi (berjuang) sampai kena potong perkataan 'rasulullah' dalam perjanjian dengan Mekah. Sampai begitu Nabi buat asal Islam boleh bertahan," katanya yang juga menteri besar Kelantan.

Nik Aziz berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penangguhan mursyidul am dalam muktamar PAS ke-56 bertemakan "Islam Adil untuk Semua" di Pengkalan Chepa petang ini.

Dalam perjanjian Hudaibiah antara Nabi Muhammad dan kafir Quraish, baginda terpaksa menggugurkan perkataan "rasulullah" sebagai gandingan namanya kerana bagi menjayakan 'gencatan senjata' dengan golongan itu.

Walaupun ditentang banyak sahabatnya, tindakan itu akhirnya membawa banyak faedah kepada kerajaan Islam yang baru bertapak di Madinah ketika itu.

Malaysiakini

Krisis BN di Perak - parah ?

By albanjari at Sunday, June 13, 2010, 4:05 PM


"Barisan Nasional dan Umno Perak sedang mengalami krisis dalaman yang parah, rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan Zambry yang dilihat berat sebelah, sikapnya yang memberi keistimewaan kepada Adun bebas melebihi mereka yang berada lebih lama di dalam Umno.

"Layanan istimewa yang diberikan oleh Zamry itu menyebabkan mereka terasa tersisih, ini bukan sahaja berlaku kepada Adun malah kepada Ketua-ketua bahagian,"
--
Barisan Nasional Perak hari ini bakal menerima tamparan hebat apabila terdapat tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mereka akan mengambil tindakan mengumumkan untuk keluar parti bagi menyertai Pakatan Rakyat - KEADILAN kerana tidak berpuashati dengan pentadbiran Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Cerita selanjutnya: albanjari online

Kerjasama dengan bukan Islam, sejak zaman Rasulullah


Harakahdaily
PENGKALAN CHEPA, 13 Jun: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan seluruh kepimpinan dan ahli PAS, agar tidak gentar dengan serangan Umno BN berhubung hubungan PAS dengan DAP.

Tahaluf Siyasi atau kerjasama politik antara Islam dengan bukan Islam jelasnya sudah wujud sejak zaman Rasulullah s.a.w lagi.

Menurutnya, apa yang penting sekarang ini, adalah menjelaskan kepada Umno, bagaimana sirah perjuangan Rasulullah s.a.w dan hubungan baginda dengan bukan Islam dalam memastikan dakwah Islam terus tersebar.

"Tolong bagitahu kawan kita Umno, nabi dulu sampai sanggup berkawan rapat dengan orang bukan Islam demi menyebarkan dakwah Islam.

"Nabi sampai tahap mahu padam perkataan Rasulullah pada surat-surat yang dihantar kepada orang bukan Islam agar tidak menyekat mesej dakwah sampai kepada mereka," katanya yang juga menteri besar Kelantan.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penangguhan pada Muktamar Tahunan PAS keli ke-56, di Pusat Tarbiah Islam Kelantan (Putik) petang ini.

PAS katanya bergerak atas dasar yang jelas iaitu Islam sejak dari penubuhannya.

Tambahnya lagi, PAS juga katanya tidak pernah menggadaikan prinsip agama Islam biarpun menjalinkan kerjasama politik dengan parti bukan Islam.

Sehubungan itu, Umno katanya disaran mempelajari dsan mengkaji sirah Rasulullah s.a.w agar memahami bagaimana cara baginda memastikan dakwah Islam itu boleh tersebar.

Hancur UMNO

INI YANG ADA KELEBIHAN NEGERI DI BAWAH PIMPINAN ULAMA

.



Gambar ehsan oleh PAEH PHOTOGRPHY
سُوۡرَةُ الجُمُعَة
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِذَا نُودِىَ لِلصَّلَوٰةِ مِن يَوۡمِ ٱلۡجُمُعَةِ فَٱسۡعَوۡاْ إِلَىٰ ذِكۡرِ ٱللَّهِ وَذَرُواْ ٱلۡبَيۡعَ‌ۚ ذَٲلِكُمۡ خَيۡرٌ۬ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ (٩) فَإِذَا قُضِيَتِ ٱلصَّلَوٰةُ فَٱنتَشِرُواْ فِى ٱلۡأَرۡضِ وَٱبۡتَغُواْ مِن فَضۡلِ ٱللَّهِ وَٱذۡكُرُواْ ٱللَّهَ كَثِيرً۬ا لَّعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ (١٠) وَإِذَا رَأَوۡاْ تِجَـٰرَةً أَوۡ لَهۡوًا ٱنفَضُّوٓاْ إِلَيۡہَا وَتَرَكُوكَ قَآٮِٕمً۬ا‌ۚ قُلۡ مَا عِندَ ٱللَّهِ خَيۡرٌ۬ مِّنَ ٱللَّهۡوِ وَمِنَ ٱلتِّجَـٰرَةِ‌ۚ وَٱللَّهُ خَيۡرُ ٱلرَّٲزِقِينَ (١١)
“Wahai orang-orang Yang beriman! apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); Yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat Yang sebenarnya),

Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa Yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam Segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di Akhirat).

Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan (yang baharu tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya Dengan meninggalkan Engkau berdiri (di atas mimbar – berkhutbah). Katakanlah (Wahai Muhammad:” pahala – balasan) Yang ada di sisi Allah, lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu; dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki.”

Surah Al-Jumu’ah, ayat 9-11.

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak