Saturday, October 17, 2009

PENYAKIT MENIRU DAH MELANDA UMNO SEJAK SETAHUN LALU..KAH..KAH..KAH




UMNO kini dah mula dapat penyakit baru iaitu Penyakit tiru meniru. Apakah mereka buta idea langsung tidak dapat mencari identiti sendiri. UMNO kini mula nak menubuhkan Dewan Ulama pula. Sebelum ini mereka ingin menambahkan slogan mereka dengan UMNO FOR ALL.

Dengan tertubuhnya dewan ulama UMNO kita sama-sama berharap perkara penting yang pertama perlu di ambil kira UMNO ialah masalah tutup aurat bagi lelaki dan wanita UMNO yang ada sekarang. Apakah Dewan ulama yang akan ditubuhkan UMNO ini akan dapat mengatasi masalah tersebut yang telah berleluasa hingga ke tahap menjijikan mata memandang.

Jikla UMNO berjaya syabas kita ucapakan demi kepentingan Islam. Jika UMNO gagal mengatasi nya hampeh kita ucapkan

Friday, October 16, 2009

UMNO KENA TUKAR KEPADA UANO BARU SESUAI GUNA (UMNO UNTUK SEMUA)







UMNO for All ???? Subjek ni sampai mana ruang lingkupnya? UMNO untuk Semua ???? maknanya UMNO kena tukar nama kepada UANO (united all nation organisation) mana nak tukaq ???? tak boleh tak boleh tukaq punya .... Sebab UMNO parti melayu bukan parti negro.

Slogan yang digunakan oleh PAS, yang selama ini telah di perlekehkan oleh UMNO kini mula di gunaka pakai oleh mereka. PAS penggunakan slogan PAS FOR ALL sesuai dengan perjuangan PAS iaitu Islam untuk semua. Bukan untuk Melayu bukan untuk Cina dan India

UMNO mungkin nak guna pakai BN FOR ALL kot, tapi mungkin kerena berasa komponen-komponen dari BN kurang setuju maka mereka mengambil saja jalan pintas bagi menggunakan UMNO FOR ALL. Nak guna juga kena tukar kepada UANO




APAKAH INI PETANDA PERAK AKAN MENGHADAPI PILIHAN RAYA






Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak akan mempamerkan nama-nama mereka yang telah mendaftar sebagai pemilih baru dan pertukaran alamat tempat mengundi bermula dari 1 Julai 2009 hingga 30 September 2009.

Timbalan Pengarah Pilihan Raya Negeri Perak, Che Wan Muhammed Salleh Wan Adnan dalam satu kenyataan hari ini berkata, mereka yang telah mendaftar pada tarikh tersebut diminta untuk menyemak nama di tempat-tempat berikut iaitu pejabat SPR Perak, pejabat Pos, pejabat penghulu dan pejabat-pejabat daerah.

Tempoh pameran selama seminggu bermula 20 hingga 26 Oktober, katanya.

Katanya sebarang pertanyaan boleh menghubungi pejabat-pejabat pilihan raya negeri Perak di nombor telefon 05-24 94 113, 05-24 94 120 dan 05-24 94 121. BERNAMA

Ayid>>> SPR dah bersedia, bagaimana pula dengan Pakataan Rakyat. Adakah kita sudah bersedia untuk bertarung dengan UMNO. Fight never surrender Bro

SEJARAH PAS NEGERI PERAK





Oleh:PASPerak

Khalilul Rahman Abdul Samad

Gerakan kesedaran Islam mula muncul di Perak sejak awal 1920an apabila tokoh - tokoh reformis Islam seperti Sheikh Tahir Jalaluddin, Sheikh Abdullah Fahim, Sheikh Junid Thola dan Dr. Burhanunuddin Al - Helmy mula mengerakkan semula pemikiran umat Islam.

Sheikh Junid Thola, pengasas Madrasah Ad - Diniah, Kampung Lalang, Padang Rengas misalnya semenjak 1934 lagi telah menekankan tentang kewajipan menegakkan Negara Islam.



Kemuncak kesedaran ini ialah apabila munculnya Madrasah Ihya' As - Shariff yang diasaskan oleh Ustaz Haji Abu Bakar al - Baqir, Gunung Semanggol yang menjadi tapak pengerakan politik Islam dengan penubuhan Majlis Agama Tertinggi Se - Malaya [ MATA ] pada tahun 1947 dengan diikuti oleh Hizbul Muslimin pada tahun 1948.

Kesedaran Islam yang berkembang di Gunong Semanggol, Padang Rengas dan Hilir Perak kemudiannya mempergaruhi politik Tanah Melayu apabila Majlis Agama Hilir Perak mendesak Umno mengadakan Persidangan Ulamak pada tahun 1950. Hasilnya, atas usaha Pengerusi Biro Agama Umno, Tuan Haji Ahmad yang merupakan ulamak berasal dari Perak telah mengadakan Persidangan Alim Ulamak Malaya Pertama di Muar, Johor. Diikuti pula oleh Persidangan Alim Ulamak Malaya Kedua di Kuala Lumpur yang membawa kepada penubuhan Persatuan Ulamak Se-Malaya pada 23 Ogos 1951.

Persatuan Ulamak Se-Malaya itu kemudiannya ditukar menjadi Persatuan Islam Se-Malaya [ PAS ] ditubuhkan secara rasmi pada 24 November 1951 di Butterwoth, maka Perak sekali lagi memainkan peranan besar terhadap perkembangan awal PAS apabila pimpinan utama PAS kebanyakkannya dari Perak termasuk tiga Yang Dipertua Agung terawal iaitu Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan dari Ulu Piol, Manong, Dr. Haji Abbas Alias [ lahir di Selangor, tetapi dibesarkan di Sitiawan ] dan Dr.Burhanuddin Al - Helmy [ lahir di Kota Baru, Gopeng tetapi dibesarkan di Taiping ].




Manakala empat Timbalan Yang Dipertua Agung PAS iaitu Ustaz Mohd Ghazali Abdullah, Dr. Haji Abbas Alias, Prof Zulkifli Muhammad dan Ustaz Hassan Adli juga berasal dari Perak. Demikian juga tokoh - tokoh besar lain seperti Tuan Guru Haji Ahmad Hussin, Tuan Guru Abdul Samad Noh, Ustaz Haji Asiya, Ustaz Othman Abdullah, Ustaz Abdul Wahab Nor, Ustaz Ahmad Azzam, Ustaz Baharuddin Latif, Datin Sakinah Junid, Ustazah Zaharah Othman, Abdullah Zawawi Hamzah, Ustaz Jaiz Anwar [ bekas Ketua Pemuda PAS Pusat ] juga berasal dari Perak.

Perak juga merupakan tempat kedua PAS berkembang apabila Cawangan [ Ranting ] yang pertama di Perak di tubuhkan iaitu Cawangan Kuala Kangsar pada 10 April 1952 yang diketuai oleh Tuan Guru Haji Abdul Samad Noh, diikuti Cawangan Kerian pada 6 Julai 1952. Sehingga Januari 1953, PAS turut mempunyai cawangan di Beruas, Selama,Telok Anson [ kini Teluk Intan ], Titi Serong dan beberapa daerah di Hilir Perak.

Yang menarik ialah apabila Perak pernah menjadi tuan rumah Kongres PAS yang pertama di Maahad Yahyawiah, Padang Rengas dalam tahun 1952. Kemudiannya Kongres PAS ke-2 berlangsung di Madrasah Al Ulum, Bagan Datoh pada 25 - 28 Ogos 1953 di ikuti oleh Madrasah a- Tahzib ad - Diniah, Titi Serong pada 12 - 14 Ogos 1954 yang berjaya membuat keputusan memisahkan PAS daripada pengaruh Umno.



Persidangan di Madrasah al - Ulum, Bagan Datoh juga berjaya mengadakan Kongres Pemuda Islam SeMalaya bagi menubuhkan Dewan Pemuda sebelum Dewan Ulama dan Dewan Muslimat pada tahun yang sama iaitu 1957. Kesan daripada gerakan politik yang pesat di Perak pada tahun 1955, PAS berjaya memenangi kerusi tunggal Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan apabila Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussin menang di Kerian. Turut menang ialah Mohd Kamal Ahmad di Kuala Kurau, iaitu satu - satunya calon PAS yang menang di Majlis Undangan Negeri pada 1955.

Sejak itu PAS turut menguasai Parlimen Parit [ 1974 dan 1999 ], Bagan Datoh [ 1974 ] dan Parit Buntar [ 1999 ] selain menguasai tiga kerusi DUN pada tahun 1974 dan 1999 serta masing - masing satu kerusi pada tahun 1959, 1969 dan 1978.

Bagi pengkaji sejarah politik PAS, kemunculan regu Dr.Burhanuddin al - Helmy, Prof. Dr. Zulkifli Muhammad pada tahun 1956 menandakan bermulanya penguasaan ` blok Perak ` dalam kepimpinan PAS apabila tokoh - tokoh yang berasal dari Perak dipilih menduduki kepemimpinan PAS, sebelum dikuasai oleh Kelantan mulai 1965. Regu ini dianggap yang terbaik pernah dilahirkan oleh PAS sebagai ulamak, pejuang dan pemimpin kepada PAS.

Kini sesudah sekian lama bertapak dan berkembang di Perak, PAS berpontesi untuk terus maju di bawah kepemimpinan Ustaz Haji Abu Bakar Hussain sebagai Pesuruhjaya PAS Perak yang memegang baton perjuangan yang diwarisi dari Ustaz Abdul Wahab Nor, Ustaz Hassan Adli, Tuan Guru Haji Abdul Samad Noh, Ustaz Baharuddin Latif, Ustaz Azizan Mohd Desa, Ustaz Kamaruddin Awang Basir, Tuan Guru Haji Sabran Asmawi, Ustaz Haji Ahmad Awang sebagai antara tokoh yang pernah mengetuai PAS Perak.

Oleh : Jabatan Perpustakaan & Arkib Yusof Rawa PAS Pusat

Thursday, October 15, 2009

KALAULAH HAMBA TAHU KERIS TAK LAGI DICABUT, SIA-SIA JEBAT KU BUNUH












UMNO tidak lagi mencabut keris peninggalan Hang Tuah semasa perhimpunan UMNO yang sedang berlansung di PWTC. Mungkin UMNO dah tak percaya lagi kepada keris yang mungkin akan menikam nya dari belakang, atau keris tersebut mulai di liputi karat sukar untuk dicabut.

Jika dicabut mungkin hulunya sahaja akan tercabut. Mungkin UMNO baru tersedar kekuatan Hang Tuah bukan terletak pada kerisnya tapi terletak pada namanya. Kini UMNO mula mengunakan pendekatan yang sinonim digunakan oleh PAS sebagai PAS FOR ALL. Mereka berjaya mengambil alih Perak dan kini mereka mengamabil alih pula perkataan tersebut dan diubah ayat nya seperti dibawah:


The Sun Najib: Umno party for all
The Star Umno a party for all
NST Umno for all
PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak yesterday said the time had come for Umno to take charge of the welfare and well-being of not only Malays and Bumiputeras but also all Malaysians.

Ayid>>> PAS FOR ALL tidak terlindung dari Hak Cipta Terpelihara mereka ambil le. Adakah PAS akan berkata ini cetak rompak. Fight Never Surrender

WANITA UMNO MAHU TEGAKKAN ENAKMEN ISLAM LEBIH SERIUS






Wanita Umno hari ini menuntut enakmen Islam dikuatkuasakan dengan lebih tegas dan serius kerana banyak pelaksanaan sedia ada memberi kesan yang negatif pada wanita.

Ketuanya Datuk Seri Shahrizat Jalil berkata, kesan negatif itu timbul apabila sesuatu hukuman yang dikeluarkan mahkamah syariah tidak berjaya dijalankan.

Berucap di persidangan tahunan pergerakan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pagi ini, Shahrizat berkata, pengendalian beberapa kes penceraian, tuntutan nafkah penjagaan anak masih banyak yang tertangguh dalam tempoh lama.

Tambahnya, Wanita Umno mendapati kes syariah terutama bilangan kes mal yang melibatkan keluarga, masih merekodkan jumlah prosiding yang tinggi, dan ini menunjukkan wujud masalah dalam pelaksanaan undang-undang syariah di negara ini.

Fenomena ini dapat dilihat dengan kes mal yang masih tertunggak di Mahkamah Syariah - dari 2005 hingga 2008 - sebanyak 41 peratus atau 5,350 kes daripada 12,839 kes tuntutan fasakh masih tertunggak. Nak tegak islam macamana, baru kena hukum sebat dan kecoh satu malaya, yang kena sebat tak kecoh orang lain pula yang kecoh.

Ayid>> > Berpakaianlah mengiktu kehendak islam baru kita boleh bercerita fasal islam. Berapa peratus wanita UMNO yang menutup aurat mengikut cara islam.

Wednesday, October 14, 2009

PARKIR STADIUM RUNTUH TEMPAT LAYAN NAFSU





KUALA NERUS
- Memalukan.
Pasangan kekasih gelap di bandar raya ini menjadikan tempat letak kereta Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) yang ditutup sementara berikutan sebahagian bumbung runtuh sejak Jun lalu,


Baca selanjutnya


Pengerusi Kelab Penyokong kerajaan PR Perak, Drs. Khalil Idham Lim dalam satu kenyataan memberitahu, sekiranya benar dakwaan pemimpin BN bahawa rakyat kembali yakin dengan mereka, BN seharusnya tidak perlu takut membubarkan DUN Perak dan mengambilnya melalui proses pilihan raya negeri.

"Jika Bagan Pinang sebagai mana yang didakwa oleh BN sebagai petunjuk bahawa rakyat telah menyokong BN, dengan ini saya mecabar kepimpinan BN di Perak untuk segerakan pembubaran DUN Perak dan memberi laluan kepada rakyat untuk memilih siapakah kerajaan yang akan meneruskan teraju kerajaan di Perak," kenyataannya dipetik.

Dia yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Titi Serong memberitahu, jika BN menang pada pilihanraya itu, Pakatan Rakyat akan menerimanya atas semangat demokrasi.

Kekalahan PAS mahupun Pakatan katanya bukan sesuatu yang luar biasa malah berlaku sejak merdeka sehinggalah di Bagan Pinang.

Namun lebih penting ujarnya, kepentingan rakyat negeri itu yang juga mahukan pembubaran DUN agar hak mereka dikembalikan untuk memilih kepimpinan yang akan menerajui negeri mereka.

"Desakan ini sudah bermula sejak 5 Februsri 2009 dan tidak jemu-jemu kami suarkan kerana melihat kepada kepentingan rakyat Perak sebagaimana slogan BN 'rakyat didahulukan'.

Makanya inilah masa untuk mendahulukan rakyat dengan bubarkan DUN Perak," tulisnya.

Dalam PRK Bagan Pinang semalam, calon PAS Zulkefly Mohamad Omar tewas kepada calon BN Tan Sri Mohd Isa dengan jumlah majoriti sebanyak 5,435 undi.

Mohd Isa memperolehi 8,013 undi manakala Zulkefly, Pesuruhanjaya PAS Negeri, mendapat 2,578 undi.

Jumlah itu lebih besar daripada majoriti 2,333 undi yang diperolehi oleh BN pada pilihan raya umum 8 Mac tahun lepas.

Ekoran kemenangan itu, kepimpinan BN mendakwa parti itu kini sudah mula diterima kembali oleh rakyat selepas ditolak pada Pilihan Raya Umum ke-12, Mac tahun lalu dan tujuh siri pilihan raya kecil sebelum ini. Mereka juga mendakwa, pembaharuan dibawa Datuk Seri Najib melalui slogan '1 Malaysia, Rakyat di dahulukan, pencapaian di utamakan', antara faktor besar penyumbang kepada kemenangan tersebut

Tuesday, October 13, 2009

PERBICARAAN KETUA-KETUA KAMPUNG DI MAHKAMAH TINGGI IPOH HARI INI

Pagi ini, jam 0900, perbicaraan akan di adakan di Mahkamah Tinggi Ipoh berhungung dengan saman yang dikemukakan oleh Ketua-ketua Kampung terhadap kerajaan Kudeta Zamry.

Berita selanjutnya: Baca disini

TEKNIK POLITIK ISA SAMA DENGAN ROBIN HOOK

Kiriman Maliksho07



Tahukah anda, ISA telah menggunakan teknik sepertimana Robin Hook dalam sistem pemerintahan dan politiknya di Bagan Pinang dan N.sembilan.Kenapa saya berkata demikian?Pertama, saya mendapat maklumat yang sahih dari beberapa rakan sekerja saya yang mana kelahirannya di Port Dickson dan keluargannya masih tinggal disana dan msih menyokong ISA walaupun dia sendiri telah menyokong PR.

Mereka berkata, mereka tahu Isa memberi rasuah dan menerima rasuah tapi pada masa yang sama Isa telah memberikan hasil rasuahnya untuk rakyat di sana.

Kenapa saya mengatakan politik Isa sama dengan Robin HOOK? Mari kita merujuk kepada cerita hero ini. Hero ini menjadi terkenal kerana banyak membantu rakyat yang susah. Oleh kerana Robin hook ini bukannya golongan yang kaya dan berkuasa, maka dia mencari satu idea dengan cara mencuri harta golongan bangsawan yang kaya raya dan mengagihkan kepada golongan miskin. Dengan menjalankan kerja ini, robin hook telah diangkat sebagai hero ( pemimpin dalam kes isa) kerana membanturakyat yang miskin malah ia dikatakan terkenal dan hebat serta di julang sebagai orang yang baik dan menjadi ikutan ramai. Dan teknik robin hook ini, telah diterima pakai dalam kebanyakkan sistem pemerintahan kapitalisme tanpa diketahui oleh rakyat. Ia di panggil 'MATLAMAT MENGHALALKAN CARA"

Dalam kes Isa, kalau kita mrujuk kepada kenyataan penduduk di PD, rata-rata mengangkat Isa sebagi pemimpin berwibawa kerana mampu memberi khidmat pembangunan kepada rakyat di sana. mereka juga menganggap ISA adalah pemimpin yang baik kerana banyak membantu rakyat jelatra dan kerap turun padang. penduduk di sana merasakan sudah menjadi kebiasaaan dengan khidmat ISA yang membenatu rakyat sehinggakan mereka tidak kisah yang hasil dari pemberian ISA is adalah hasil dari rasuah. Dengan cara Memberikan hasil rasuh kepada rakyat ini, Isa akan di kenang dan di julang sebagai pemimpin yang hebat. Inilah dikatan, rakyat di sana seoalah-olah sudah menerima slogan' Matlamat menghalalkan cara". Tak kisah Isa buat mcamana sekalai pun, duiat daopat mana, pun, janji isa bantu mereka.

Konsep ini amat bahaya kepada umat islam hari ini, pemimpin meracuni pemikiran rakyat dengan wang, tanpa mengira wang yang diperoleh adalah halal atau haram. sedangkan orang yang lenih berkuasa di Bagan Pinagn adalah orang yang memberi rausah kepada Isa untuk mendapatkan kekayaan di bumi N.Sembilan.Inilah yang rakyat alpa.jangka masa panjang mereka akan kehilangan segala-galanya, generasi kedua-ketiga akan terpaksa berhijrah mencari peluang yang lain kerana di bumi sendiri di ambil telah dikuasai oleh orang lain sepertimana yang berlaku di singapore, johor dan pinang.

Secara kesimpulannya. Isa sebenarnya telah berjaya meracumni pemikiran rakyat dengan memberikan hasil rasuah untuk menapakkan pemimpin yang baik, hebat dengan harapan untuk terus memimpin n.sembilan dan mengaut keuntugan.

renung-renungkanlah.

sekian.

Sumber : TKOdaily

Monday, October 12, 2009

TAZKIRAH



ڤوليڬامي برارتي مڠمالكن برايستري لبيه دري ساتو ايايت دوا، تيڬ اتاو مكسيمومڽ امڤت. اسلام مڠهاروسكن ڤوليڬامي اين اتس ببراڤ السن دان سسياڤا يڠ مڠيڠكاري كهروسن ڤوليڬامي اين بوليه منجادي مرتد كران اي تله دجلسكن دان دبنركن اوليه الله سبحان وتعالى دالم القرءان. انتارا حكمه يڠ داڤت دكسن اياله:

1 - سكيراڽ سڠ سوامي ممڤوڽاءي كهندق نفسو يڠ ساڠت كوات سهيڠڬ استريڽ تيدق ممڤو اونتوق ممنوهي تونتوتن سواميڽ.

2 - سكيراڽ سڠ استري سلالو عذور سهيڠڬ تيدق داڤت منجالنكن تڠڬوڠجوابڽ سباڬي سأورڠ استري كڤد سواميڽ.

3 - للاكي يڠ سڠڬوڤ مڠهويني جندا اكن منجادي ڤمبلا كڤد قوم وانيتا يڠ منجادي بالو عقيبة كماتين سوامي د مد جهاد.

4 - مڽلامتكن وانيتا اتاو انق دارا يڠ ماسيه بلوم بركهوين.

ڤ/س: ڤوليڬامي تيدق دشرتكن كبنرن درڤد استري.
ڤوليڬامي اداله مروڤاكن ساتو جالن ڤڽلساين كڤد مسئله
بوكن ساتو ڤلواڠ يڠ اخيرڽ منيمبولكن مسئل
By Saidi

Sunday, October 11, 2009

TAHNIAH KEPADA RAAYAT BAGAN PINANG KERANA MEMILIH PERASUAH SEBAGAI WAKIL RAAYAT ANDA

Tan Sri Isa Abdul Samad hari ini diumumkan sebagai Pemenang bagi PRK Bagan Pinang.

Akhirnya pelingkup harta raayat dipilih juga untuk dijadikan ADUN Bagan Pinang



ايڠتله ڤسانن رسول الله صلى الله عليه

وسلم اين

: "اڤابيلا الله مڠهندقي كبايكن باڬي سواتو قوم مك دجاديكن

ڤميمڤين-ڤميمڤين مريك اورڠ-اورڠ يڠ بيجقسان دان دجاديكن علماء-علماء مريك مناڠني حكوم دان ڤرونداڠن. جوڬ الله جاديكن هرتا-بندا د تاڠن اورڠ-اورڠ يڠ درماوان. نامون، جك الله مڠهندقي كبوروكن باڬي سواتو قوم مك دي منجاديكن ڤميمڤين-ڤميمڤين مريك اورڠ-اورڠ يڠ براخلاق رنده. دجاديكنڽ اورڠ-اورڠ دوڠو يڠ مناڠني حكوم دان ڤرادلن، دان هرتا برادا د تاڠن اورڠ-اورڠ كدكوت.
﴿هر. اد-دايلمي﴾
واللهاءعال

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak