Saturday, July 17, 2010

Editor media bukan ‘lembu Umno'


Dzulfikar Mashoor

ALOR SETAR, 17 Julai: Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar (gambar) menasihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya tidak ‘melembukan’ media-media arus perdana.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada tindakan kerajaan melarang editor-editor terbabit menggunakan terminologi 'barang naik' ketika melaporkan berita berhubung kenaikan harga barangan asasi rakyat, seperti yang didedahkan Malaysiakini semalam.

Editor media-media ini bukannya 'lembu Umno', jangan lembukan media-media yang selama ini masih sokong kerajaan," ujar beliau malam tadi di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah, di sini.

Beliau yang juga Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pemuda PAS Pusat berkata, penggunaan istilah 'rasionalisme subsidi' dan 'penyelarasan harga' semata-mata untuk membendung kemarahan rakyat terhadap pentadbiran Najib.

"Dia (Najib) guna terma-terma ini semua sebab dia mahu ‘melembukan’ rakyat, dia takut rakyat terus mengecam pentadbiran dia," ujar beliau sambil mengajak rakyat dan kakitangan kerajaan memulakan protes secara senyap terhadap pentadbiran Najib.

Katanya lagi, tindakan Najib merampas RM570 juta subsidi daripada rakyat sebagai tindakan mementingkan diri sendiri.

"Seseorang bapa pun kalau tak ada duit, dia akan mengikat perutnya, tetapi dia (Najib) sanggup ikat perut kita semua (rakyat) kononnya untuk menjimatkan duit negara.

"Dia mungkin ingat negara ini 'kerajaan laki-bini' dia, saya nak tegaskan di sini bahawa negara ini 'harta rakyat'," tegasnya lagi.

Semalam, Malaysiakini melaporkan, seorang penasihat media di Jabatan Perdana Menteri (JPM) melarang editor-editor terbabit membangkitkan amarah rakyat dengan melaporkan berita berhubung kenaikan harga barangan 5 dalam 1 termasuk petrol, diesel, gula dan gas petroleum cecair (LPG) sejak malam kelmarin.

Mereka, menurut laporan itu lagi, turut diarahkan memberi gambaran yang mesra dan positif kononnya langkah Najib itu sebagai langkah penjimatan kerajaan demi kepentingan negara.

Harakahdaily

Mufti Wilayah pertahan fatwa haram ESQ




Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh hari ini mempertahankan penwartaan fatwa berkenaan dengan modul kursus motivasi anjuran ESQ Leadership Centre Sdn Bhd yang menurut beliau mengandungi 10 perkara yang boleh merosakkan akidah.

Dalam kenyataan tujuh muka surat untuk menjelaskan respons orang ramai berhubung penwartaan fatwa yang dikeluarkan pihaknya pada 17 Jun lepas, beliau berkata ia perlu dilihat dalam dua konteks iaitu, hukum syarak dan Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 atau Akta 505.

Katanya, pengeluaran fatwa itu dibuat melalui proses ijtihad Mufti dan hukumnya wajib bagi seseorang Mufti berpegang dengan pendapatnya seperti yang disepakati kalangan ulama.

Fatwa itu, katanya, dikeluarkan mengikut kuasa Mufti yang diperuntukkan dalam Perkara 33 Akta 505, dan tiada peruntukan dalam akta itu bahawa Mufti perlu menunggu keputusan daripada mana-mana pihak.

Menyentuh tentang penyelarasan fatwa tersebut dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan, Wan Zahidi berkata banyak keputusan yang dibuat jawatankuasa berkenaan tidak diselaraskan di peringkat negeri walaupun keputusan dibuat secara konsensus.

Beliau juga berkata fatwa itu adalah berdasarkan fakta-fakta daripada empat hasil kajian termasuk oleh Cawangan Akidah, Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) yang dimulakan pada ogos 2008 dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Katanya, huraian lanjut berhubung dengan 10 perkara yang boleh merosakkan akidah dalam modul kursus motivasi ESQ akan dibuat melalui laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

--Bernama

FATWA SONGSANG - LAKUKAN HUBUNGAN SEK 3 ISTERI SEKALI


KUALA LUMPUR: Dia amat dihormati sebagai guru agama, penceramah bebas dan pemilik pusat tahfiz, namun di sebalik semua itu dia menjadi igauan ngeri buat tiga isterinya berikutan kerakusan amalan seksnya yang melampau iaitu melakukannya serentak dengan ketiga-tiga isteri.

Lebih mengaibkan, guru tahfiz berusia lewat 50-an terbabit tergamak mengeluarkan dakyah palsu kononnya amalan itu sunnah nabi dan mendakwa kononnya Rasulullah turut melakukan perkara sama dalam berpoligami.

Perlakuan aib dan menjijikkan guru tahfiz itu didedahkan dua bekas isterinya selepas kedua-duanya sebelum ini minta diceraikan selepas tidak sanggup diperlakukan demikian, selain tidak mahu terus menerus melakukan dosa.

Seorang daripada wanita terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Suzila, 37, berkata amalan luar biasa bekas suaminya itu bukan saja menyebabkan dia sangat malu terhadap diri dan Tuhan, malah kepada pelajar tahfiz kendalian suaminya.

Suzila, seorang ustazah dan bekas isteri kedua lelaki itu berkata, tempoh perkahwinannya tiga tahun episod hitam dalam hidupnya yang dijanji akan diajar pengetahuan agama lebih mendalam oleh bekas suaminya.

“Selepas berkahwin saya dibawa ke Mesir untuk menjaga pusat tahfiz milik suami. Rupa-rupanya di sana dia mempunyai isteri lain. Saya terpaksa melayan kehendak suami dan merelakan diri diperlaku tidak ubah seperti aksi filem lucah.

Baca lagi disini

GRO pakej payu dara 'goyang'


JOHOR BAHRU - Belanja 'ladies drink' (minuman istimewa), boleh dapat payu dara 'goyang'.

Itu antara pakej yang ditawarkan oleh 94 wanita pegawai perhubungan pelanggan (GRO) 'bernombor' di sebuah pusat hiburan di Jalan Abdullah Tahir, di sini.

Bagaimanapun, semuanya berakhir selepas pusat hiburan itu diserbu Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor pada pukul 12 tengah malam semalam.

Kesemua 63 GRO warga China, dua warga Vietnam dan bakinya wanita tempatan berusia di antara 20 hingga 35 tahun itu dicekup dengan berpakaian menjolok mata serta mengghairahkan di sebuah bilik rahsia di dalam pusat hiburan tersebut.

Difahamkan, GRO terbabit yang mendapat bayaran minuman 'ladies drink' berharga RM60 segelas akan mula beraksi ghairah menggoyangkan payu dara masing-masing untuk tatapan dan dipegang pelanggan berhidung belang. (Baca lagi disini)

Kenaikan 5-1: Protes Sedia Turun Ke Jalanraya


Gabungan Protes Kenaikan Harga (Protes) bersedia untuk kembali menjajah jalanan bagi membantah tindakan kerajaan Umno-BN menaikkan harga bahan bakar dan keperluan mulai tengah malam semalam, lapor portal Malaysiakini.

Gabungan itu dijangka bermesyuarat Ahad ini bagi mengkaji dan menentukan langkah susulan.

"Kita tidak menolak kemungkinan untuk turun ke jalan raya dalam masa terdekat," kata Penyelaras PROTES, Dr Mohd Hatta Ramli, dan menambah, "Pengalaman kita yang lepas bila rakyat tunjukkan kemarahan, baru kerajaan sedar dan akur dengan kesusahan rakyat."

PROTES terdiri daripada gabungan daripada parti politik dan NGO antaranya Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) dan Kongres Kesatuan Pekerja Malaysia.

Dalam pada itu, beliau turut mempertikai tindakan kerajaan menguruskan perbelanjaan negara kerana harga baru gula dan bahan bakar itu bakal meninggalkan kesan berantai pada rakyat.

"Najib mungkin anggap langkah itu bijak dan menguntungkan kerajaan, sedangkan kenaikan harga barang-barang ini sudah tentu memberi kesan berantai (seperti) inflasi dan kos hidup melambung naik," tkatanya.

Mengulas alasan kerajaan kononnya pemotongan subsidi ini bagi menyediakan perbelanjaan yang lebih kepada sektor kesihatan termasuk Klinik 1Malaysia, Hatta berkata ia tidak wajar kerana Klinik 1Malaysia bersifat program politik Umno-BN. TV Selangor

Speaker: Adun tolak jawatan PAC gambarkan fikiran sempit BN


Teng (tengah) berkata Shamsudin patut lebih awal memaklumkan keengganan beliau menerima perlantikan sebagai pengerusi PAC Selangor. — gambar fail

KUALA LUMPUR, 17 Julai — Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor menyifatkan tindakan Adun Sungai Burong Datuk Mohd Shamsudin Lias dari BN menolak pelantikan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sebagai berfikiran sempit kerana menolak kepercayaan diberikan dewan.

Teng Chang Kim berkata tindakan Shamsudin menolak usul yang membolehkan beliau dilantik memegang jawatan itu seolah-olah mengabaikan tanggungjawab rakyat.

Ini kali pertama DUN Selangor melantik wakil pembangkang mengetuai jawatankuasa itu.

“Usul ini adalah perintah daripada dewan jadi kalau beliau (Shamsudin) tidak terima jawatan tersebut, maka beliau telah mengabaikan tugas yang telah diberikan,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Bagaimanapun DUN tidak akan mengambil sebarang tindakan tetapi rakyat akan jelas bahawa Adun BN tidak mahu memikul tanggungjawab setelah mendapat sokongan penuh anggota dewan, tambah beliau.

Teng berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Shamsudin yang tetap dengan pendirian menolak usul yang membolehkan beliau dilantik sebagai Pengerusi PAC atas alasan ia hanya bermotifkan politik.

Shamsudin berkata, keputusannya tidak berubah kerana ia berkaitan dengan prinsip dan maruah sebagai wakil rakyat BN.

“Saya memang tidak terima usul tersebut kerana saya bimbang ia hanya bermotifkan politik. Bahkan Adun BN yang lain dari awal sudah menolak usul tersebut.

“Ini adalah soal prinsip dan maruah saya, jadi saya perlu mempertahankan,” katanya.

Kelmarin Shamsudin menolak usul tersebut yang dibentangkan pada sidang DUN Selangor bagi membolehkan pelantikan itu dibuat secara rasmi.

Pendirian itu diulangi semalam ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Kerajaan negeri Selangor diterajui oleh Pakatan Rakyat.

Sehubungan itu Teng berkata tindakan Shamsudin juga menunjukkan seolah-olah beliau lebih mementingkan parti daripada kepentingan rakyat.

“Pembangkang kata nak mainkan peranan dalam kerajaan negeri tapi bila bagi tanggungjawab tidak mahu pula, saya tidah faham dengan politik Umno.

“Selain itu, kalau tidak bersetuju dengan usul tersebut mengapa [tidak] maklumkan lebih awal iaitu pada hari pertama lagi. Kenapa perlu tunggu hari keempat?

“Usul sudah diluluskan, jadi kita akan menghormati keputusan yang dibuat dewan. Sama ada terima atau tidak bergantung kepada mesyuarat PAC nanti,” katanya.

Ketua Pembangkang DUN Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo yang awalnya menyambut baik langkah itu kemudian menyifatkan usul pelantikan Shamsuddin dibuat berdasarkan kepentingan politik.

Dalam perbualan menerusi Twitter, Teng berkata Khir juga telah bersetuju dengan pelantikan tersebut tetapi mengubah fikiran kemudian.

Malaysianinsider


DSAI egen Yahuid,agen Amerika, gila kuasa tapi akhirnya harga minyak yang naik..

"Assalamualaikum..,,
Sejak 1998 atau mungkin lebih awal, DSAI di war warkan sebagai agen yahudi, agen Amerika dan seorang yang gila kuasa sehingga sanggup membuat fitnah yang mengakibatkan kebencian orang orang cina dan india kepada melayu( yang disebut sebagai orang Islam).

Gambaran kepada semua yang diberikan kepada DSAI memperlihatkan seolah olah negara berada dalam huru hara dan rakyat berada dalam suasana tertekan akibat perbuatan DSAI.

Tetapi apa yang sebenarnya berlaku tidak langsung menunjukkan akibat perbuatan DSAI.Terbaru, rakyat menerima tekanan lagi dek penangan saman ekor yang pernah diakui oleh kerajaan tidak akan diblacklistkan dan kenaikan mendadak dan menakutkan minyak serta gula di mana selepas ini bakal disusuli dengan kenaikan harga pengguna yang cukup untuk memberi bebanan yang berat kepada rakyat.Sementara momokan agen yahyudi, Amerika dan gila kuasa yang diberikan kepada DSAI tidak menampakkan sebarang kesan kepada rakyat selain dari bukti bukti penindasan kerajaan UMNO kepada DSAI secara individu menerusi kes liwat yang dilalui oleh DSAI.

Namun apabila ada yang cuba mempertahankan kebenaran kepada tuduhan terhadap DSAI , ada pula yang tampil mendakwa orang yang mempertahankan kebenaran itu sebagai taksub kepada individu yang bernama DSAI.Sebenarnya pembelaan kepada DSAI bukan sekadar suka suka atau bukan juga kerana amat teruja kepada DSAI tetapi dasar pembelaan adalah kebenaran dan kebenaran ini bukan dibuat atau sengaja direka semata mata kerana taksub kepada DSAI, Sejak tahun 1998 lagi bukti bukti kebenaran sudah didedahkan dan bagi orang orang yang berakal dan berfikir semua yang didedahkan ini diakui sebagai kebenaran yang perlu dipertahankan.

Tidak cukup menuduh DSAI sebagai agen yahudi semata mata kerana DSAI kenal dengan beberapa tokoh yahudi yang konstraversial dan tidak cukup menuduh DSAI sebagai agen Amerika semata mata kerana hubungan baik DSAI dengan bekas naib presiden Amerika.Bukti bukti

yang lebih konkrit harus didedahkan sebagaimana RPK mendedahkan bukti bukti pembunuhan Altantuya, sebelum DSAI boleh dilebelkan sebagai agen yahudi dan Amerika.Perkara ini sudah lama dijustifikasikan oleh DSAI tetapi bagi setengah orang justifikasi dari DSAI tidak diterima sebaliknya lapuran lapuran dari media perdana dan blog pro UMNO terus dijadikan sandaran kepada dakwaan DSAI sebagai agen yahudi dan Amerika.

Apabila diminta untuk memperincikan tindak tanduk DSAI yang mungkin tidak dilapurkan di mana mana, muncullah tuduhan taksub kepada DSAI walaupun berkali kali ditegaskan bahawa permintaan ini adalah atas dasar kebenaran yang menjadi asas kepada perjuangan yang Islamik.Akhirnya DSAI terus dituduh sedemikian rupa malah ditokok tambah sebagai membuat fitnah sedangkan fitnah yang didakwa dibuat oleh DSAI itu mempunyai asas dan bukti yang jelas sehingga ada diantara buktinya disebut di parlimen.

Kesan kepada fitnah DSAI ini pula kini ditanggung oleh rakyat.Seorang yang gila kuasa dan pernah berjanji untuk menurunkan harga minyak serta menyediakan pasarana perubatan kepada rakyat tidak menyebabkan apa apa kesusahan kepada rakyat sebaliknya orang yang menjadi dalang kepada semua tuduhan sudah dan sedang menyiksa rakyat.Apa lagi yang mahu disebar dan disedarkan sedangkan yang menanggung akibat ialah rakyat?

Tranungkite

Friday, July 16, 2010

Editor diarah elakkan perkataan 'barang naik'


Dalam usaha mengelakkan kecaman rakyat terhadap pengumuman kenaikan 5-dalam-1 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam, semua media yang dikawal kerajaan diingatkan supaya tidak menggunakan perkatan 'barang naik' dalam laporan mereka.
Ketika taklimat di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, petang semalam, pengarang berkali-kali diingatkan agar perkataan "barang naik" itu perlu dielakkan. Sebaliknya, mereka diberitahu supaya menggunakan “pelarasan harga” atau “rasionalisasi subsidi”. Taklimat berkenaan dikendalikan oleh penasihat media perdana menteri dan editor berkenaan memberitahu Malaysiakini ia dijalankan dalam suasana yang mesra. "Mereka secara hormat memohon kita supaya bekerjasama tetapi permintaan seperti itu sukar jika tidak dilayan,” kata seorang daripada editor itu. Media juga digalakkan oleh penasihat berkenaan supaya menjelaskan “rasional pengurangan subsidi" dalam laporan berita mereka dan juga menekankan bahawa harga gula dan bahanapi di Malaysia masih yang terendah di rantau ini.

Jangan buat tinjauan rambang Mereka juga diingatkan supaya tidak membuat tinjauan rambang di kalangan rakyat berhubung kenaikkan harga itu dan beberapa media 'diminta' mendapatkan pandangan daripada NGO dan persatuan pengguna yang mesra dengan kerajaan.

Yang menarik, penasihat media perdana menteri juga mengarahkan akhbar supaya tidak menganggap pengurangan subsidi itu sebagai “penjimatan kerajaan” dalam laporan mereka. "Menurut pegawai berkenaan, perkataan seumpama itu akan menimbulkan tanda tanya di kalangan rakyat - ke mana penjimatan dibelanjakan. Tumpuan adalah memberikan penekanan kepada pengurangan perbelanjaan dan bukannya penjimatan,” kata sumber itu. Pada 2005, pentadbiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendakwa pengurangan subsidi untuk air, tenaga dan bahanapi membantu kerajaan berjimat RM4.6 bilion. Abdullah berjanji “penjimatan” akan dibelanjakan bagi memperbaiki pengangkutan awam tetapi pengkritik mendakwa tiada bukti wang berkenaan dibelanjakan untuk tujuan tersebut.

Puji 'keberanian' Najib Seorang penasihat media itu juga mencadangkan supaya akhbar juga memuji 'keberanian' Najib dalam mengurangkan subsidi. Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, kenaikkan harga barangan kali ini dirancang dengan teliti agar rakyat tidak berang apabila harga bahanapi, gula dan gas dinaikkan serentak.

Alasan yang diberikan juga dirancang dengan teliti - menurut Najib tindakan itu perlu bagi menangani defisit kerajaan, membanteras penyeludupan dan menggalakan rakyat hidup sihat dengan mengurangkan pengambilan gula. Katanya, wang berkenaan akan dibelanjakan bagi memastikan rakyat mendapat perkhidmatan kesihatan dan pendidikan yang lebih baik. Walaupun pengarang diberi taklimat pada jam 4 petang, mereka diarahkan supaya mematuhi embargo, termasuk edisi online - sehingga kerajaan mengeluarkan kenyataan rasmi pada jam 8 malam. Tinjauan mendapati akhbar-akhbar dan juga stesyen televisyen semuanya mematuhi arahan kerajaan itu.

Media patuhi arahan Semua stesen televisyen umpamanya tidak memaparkan berita itu sebagai berita pertama mereka.

Akhbar-akhbar arus perdana juga patuh pada garis panduan berkenaan dan tidak memperbesarkan isu berkenaan. Berita Harian memilih “harga baru” manakala Utusan Malaysia pula dengan tajuknya “subsidi diselaras” Sinar Harian yang baru-baru ini dirasmikan oleh Najib pula memilih menyiarkan laporan itu hanya di muka surat 4 akhbar itu. Akhbar Cina yang lazimnya dilihat lebih berkecuali juga patuh dengan arahan itu. Hanya satu sahaja yang menggunakan perkataan “harga naik' di muka depan manakala lima akhbar Cina yang berpangkalan di Semenanjung melaporkan kenaikkan itu sebagai “harga baru”. Harian NST juga tidak menyiarkan berita itu di halaman utamanya tetapi memilih tajuk kecil “antara yang terendah di rantau ini”. Harian milik MCA, The Star memaparkan tajuk “Gov't bold move will have minimal impact on people, says PM”. Harian Tamil Makkal Osai dan Tamil Nesan (yang dimiliki MIC) langsung tidak menyiarkan berita kenaikkan harga itu.


Malaysiakini

Umno sentiasa sibuk minta tolong PAS

“Tetapi kalau perjumpaan itu hendak runding PAS dengan Umno, tidak ada sama sekali.

Saya bagi tahu dah, kalau hendak berjumpa dengan saya hendak berunding persoalan PAS dengan Umno, tidak boleh sama sekali. Ini kerana barang yang sudah pun selesai. Sepuluh tahun lalu, dah selesai.

“Islam adalah ‘pasport’ untuk ke syurga, ‘Melayu’ tidak boleh ke syurga.

“Usahkan Melayu, bahkan bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w. sendiri, Abu Lahab, seperti firman Allah (dalam Surah Al-Masad, ayat 1-6) binasa.

“Sedangkan Abu Lahab itu bapa saudara Nabi sendiri, orang Arab dan baka Quraisy, tok syed, tetapi rekod nama dia digazet dalam Al-Quran sebagai ahli neraka. Oleh itu, usahkan Melayu, bangsa Arab pun tidak boleh,” katanya.


Tetapi kalau perjumpaan itu hendak runding PAS dengan Umno, tidak ada sama sekali.

Muhammad Yusri Amin

KOTA BHARU, 16 Julai: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan PAS sejak ditubuhkan pada 1951 tidak pernah meminta pertolongan Umno, tetapi sebaliknya Umno sentiasa sibuk meminta pertolongan dari PAS.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan mengulas dakwaan Umno kini berada dalam keadaan lemah dan kritikal terutama dalam usaha meraih undi Melayu dan sokongan bukan Islam menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) sehingga terpaksa mempelawa PAS menyertai Umno walau pun pada satu pihak menuduh PAS sesat.

“Kelemahan yang berlaku dalam Umno kini adalah masalah dalaman parti itu, tetapi kenapa dicampur dengan PAS. Kalau dia lemah, maka lemahlah, itu kelemahan dia.

“PAS ni sejak diwujudkan pada 1951 lagi tidak pernah meminta pertolongan Umno (tetapi sebaliknya), Umno duk sibuk nak minta tolong dengan PAS,” katanya kepada media selepas menyampaikan kuliah mingguannya di Medan Ilmu di sini pagi ini.

Ditanya mengenai penafian Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini bahawa tercetus semula isu usaha kerjasama Umno dan PAS menunjukkan Umno kini berada dalam keadaan terlalu lemah sehingga terpaksa menjalin kerjasama dengan PAS, beliau berkata, “itu terserah kepada dia”.

Bagaimana pun beliau memberi kesanggupan untuk berjumpa dengan Timbalan Perdana, Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam mana-mana platform termasuk di luar Kelantan sekiranya beliau berada dalam keadaan sihat.

“Tetapi kalau perjumpaan itu hendak runding PAS dengan Umno, tidak ada sama sekali.

“Saya bagi tahu dah, kalau hendak berjumpa dengan saya hendak berunding persoalan PAS dengan Umno, tidak boleh sama sekali. Ini kerana barang yang sudah pun selesai. Sepuluh tahun lalu, dah selesai.

“Itu keputusan parti, bukan keputusan saya, tetapi kalau hendak berunding benda lain, petroleum atau masalah apa saja, boleh,” katanya.

Beliau mengulangi bahawa isu ‘perpaduan Islam’ tidak boleh dirundingkan, terutama apabila Umno menolak Islam dan mengambil ‘kebangsaan’.

Oleh itu, tegasnya, Umno perlu menukar ‘kebangsaan’ itu kepada ‘Islam’ dan akan boleh menyesaikan persoalan tanpa rundingan.

“Islam adalah ‘pasport’ untuk ke syurga, ‘Melayu’ tidak boleh ke syurga.

“Usahkan Melayu, bahkan bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w. sendiri, Abu Lahab, seperti firman Allah (dalam Surah Al-Masad, ayat 1-6) binasa.

“Sedangkan Abu Lahab itu bapa saudara Nabi sendiri, orang Arab dan baka Quraisy, tok syed, tetapi rekod nama dia digazet dalam Al-Quran sebagai ahli neraka. Oleh itu, usahkan Melayu, bangsa Arab pun tidak boleh,” katanya.

Harakahdaily

Anwar: Penjimatan subsidi gula = bayaran APCO?

Kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula adalah tidak bertanggungjawab kerana tidak ada tindakan proaktif untuk menyediakan mekanisme bantuan kepada golongan yang paling terkesan dengan kenaikan ini, sebelum pengumuman dibuat, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Di mana letaknya maruah seorang perdana menteri yang mengambil wang rakyat atas nama penstrukturan subsidi dan digunakan untuk membayar perunding asing seperti APCO sehingga mencecah RM77 juta setahun semata-mata untuk menaikkan imej beliau.

"Sedangkan bayaran kepada APCO itu hampir sama jumlahnya dengan anggaran penjimatan subsidi gula sebanyak RM126 juta (seperti diumumkan PEMANDU)," kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim

M
alah, kesan berganda daripada kenaikan harga tersebut akan memberi tekanan kepada golongan berpendapatan rendah di bawah RM2,000 sebulan, yang mana 75 peratus adalah bumiputra yang kononnya dibela oleh BN, kata Anwar yang juga ketua umum PKR dalam satu kenyataan hari ini.

"Walaupun Dewan Rakyat telah bersidang sejak 7 Jun 2010, pengumuman kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula langsung tidak dibincangkan di Dewan yang mulia itu.

"Pengumuman ini membuktikan perdana menteri dan kabinetnya tidak menghormati kedudukan Dewan Rakyat sebagai sidang tertinggi yang mewakili rakyat Malaysia.

"Dato' Sri Najib sedar ahli parlimen baik dari Pakatan Rakyat mahupun dari BN, tidak akan menyokong beliau kerana tindakan menaikkan harga tanpa menyediakan bantuan lain kepada rakyat adalah kebijakan yang tidak prihatin terhadap rakyat keseluruhannya," tegas Anwar dalam satu kenyataan hari ini.

Kenaikan harga barangan berkenaan diumumkan oleh perdana menteri dalam satu kenyataan malam tadi, yang menurutnya merupakan langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat-peringkat mulai hari ini.

Mulai hari ini, petrol RON 95 dan diesel naik 5 sen. RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal.

Manakala harga gula pula naik 25 sen kepada RM1.90, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram.

Menurut Anwar, kerajaan persekutuan telah mengumumkan rancangan pemotongan subsidi ini sejak 2008 lagi atas alasan untuk menstrukturkan semula pemberian subsidi agar ia lebih memihak kepada golongan yang memerlukan.

"Sehingga kini, rakyat masih tertunggu-tunggu mekanisme bantuan tersebut. Pada masa yang sama, kenaikan demi kenaikan diumumkan. Malaysiakini (Baca lagi) Sini

SEKTA UNTUK RAKYAT 1 MALAYSIA

Wa ka ka ka: 5 Dalam-1 Serentak. Minyak, gula Lpg, diesel dan Gas

Minyak naik, gula naik,gas naik, darah naik ,
hujan saja turun......Alhamdulillah udara Allah tak kena bayar..

5 DALAM-1 NAIK SERENTAK


Harga petrol, diesel, gula dan gas naik

Harga petrol, diesel, gula dan gas LPG naik berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Petrol RON 95 dan RON 97 serta diesel naik 5 sen.

Manakala harga gula pula naik 25 sen, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram

Kenaikan semua harga tersebut akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Berikut adalah harga baru:

- Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.

- Petrol RON 97 - RM2.10 seliter.

- Diesel - RM1.75 seliter.

- Gula - RM1.70 sekilogram

- Gas LPG - RM1.85 sekilogram

Berikut adalah harga baru gas:

* Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)

* Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)

* Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)

Sementara itu, Berita Harian online memetik Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai berkata, kerajaan perlu mengurangkan subsidi bagi menjimatkn perbelanjaan kerajaan dan mengurangkan defisit fiskal supaya pasaran dunia dan dalaman lebih yakin dengan kekuatan ekonomi negara.

Najib berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Kuala Kedah di Alor Star, petang ini.

Beliau yang juga menteri kewangan berkata, penjimatan perbelanjaan itu juga akan digunakan untuk pembangunan negara yang akhirnya memberi faedah kepada rakyat.

Beliau turut memberi jaminan pengurangan subsidi akan dibuat secara minimum supaya tidak membebankan rakyat.

-malaysiakini

Thursday, July 15, 2010

Nik Aziz cabar Umno tukar nama, dasar sertai Pakatan


KUALA LUMPUR, 14 Julai - Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat mengesyorkan Umno agar menukar nama dan dasarnya kepada Islam jika benar-benar mahu memperjuangkan hak dan nasib orang Melayu.

“Kalau Umno ingin sangat menjaga perjuangan orang Melayu, lebih baik Umno menukar dasarnya kepada Islam,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini hari ini.

Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau berpendapat bahawa sekiranya Umno menukar dasarnya daripada Melayu kepada Islam, maka ia boleh bersama PAS dalam Pakatan Rakyat.

“Bila Umno boleh bersama PAS atas dasar Islam, orang Islam makin kuat dan politik Melayu bertambah kukuh,” kata beliau lagi.

Mengulas mengenai syor terbaru mengenai kerjasama PAS-Umno ini, Nik Aziz (gambar) berkata, isu berunding antara PAS–Umno sudah selesai dan parti Islam itu sudah menolak untuk berunding dengan komponen BN itu.

“Sekarang PAS sudah menerima kerjasama dalam Pakatan Rakyat. Kalau Umno ingin sangat menjaga perjuangan orang Melayu, lebih baik Umno menukar dasarnya kepada Islam.

“Kerana Islam yang menyelamatkan manusia dan kita harus ingat penghujung hidup manusia adalah akhirat.

“Sebab itu, Islam mengajar hidup manusia mesti berpandukan ad-Din iaitu cara hidup berpandukan agama. Hanya agama diambil kira di akhirat,” katanya lagi.

Kata Nik Aziz, atas prinsip agama begini, maka PAS selama 20 tahun mentadbir Kelantan adalah hasil daripada sokongan semua kaum dan agama.

Nik Aziz berkata, mereka mengundi PAS atas nama Islam dan tidak “masakan PAS dapat menang besar pada (pilihan raya) tahun 1990 dan 2008”.

Apa yang berlaku di Kelantan adalah sebagai bukti bahawa dasar Islam diterima oleh majoriti rakyat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang politik, termasuklah orang Umno turut menyokong dasar Islam yang dibawa oleh PAS, kata beliau lagi.

“Pada saya, kalau Umno tukar dasarnya daripada Melayu kepada Islam, maka Umno boleh bersama PAS dalam Pakatan Rakyat. Bila Umno boleh bersama PAS atas dasar Islam, orang Islam makin kuat dan politik Melayu bertambah kukuh,” katanya.

“Sekaranglah masanya untuk Umno menukar dasar Melayunya itu. Jangan terikut-ikut dengan puak Yahudi. Kerana pengasas perjuangan bangsa itu adalah puak Yahudi. Ia disambung pula oleh puak Arab,” kata beliau sambil menambah:

“Sedangkan perjuangan atas dasar kaum atau bangsa tidak diterima di sisi Nabi Muhammad SAW.”

“Sedangkan di akhirat kelak kita akan masuk syurga. Untuk masuk syurga mestilah dengan syafaat Nabi. Macam mana untuk mendapat syafaat Nabi sekiranya kita berjuang tidak mengikut seruan Nabi,” katanya.

Dalam pada itu laporan Bernama memetik Nik Aziz pula berkata, beliau sedia bertemu dan berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai “apa juga perkara”.

Ketika ditemui pemberita di Kota Baru hari ini, Menteri Besar Kelantan berkata tiada halangan untuknya bersua muka dengan Muhyiddin tetapi perjumpaan itu biarlah tanpa diatur mana-mana pihak ketiga sebagai orang tengah.

“Yang moleknya tak payah orang (tengah). Kalau nak jumpa secara peribadi pun tak apa, boleh sangat,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri.

Muhyiddin yang dijadual melawat Kelantan esok, semalam dilaporkan berkata, Umno sedia menjalin kerjasama dengan PAS dalam pelbagai bidang termasuk usaha untuk memperkukuhkan Islam dan kedudukan orang Melayu di negara ini.

Pagi tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, Umno mempunyai kekuatan tersendiri dan parti itu bukan terlalu lemah sehingga terpaksa bekerjasama dengan PAS.

Najib yang juga Presiden Umno itu berkata PAS harus menghormati Umno sebagai parti yang memperjuangkan Islam, yang merupakan satu daripada teras perjuangan mereka selama ini.

Beliau berkata tiada sesiapa yang harus meragui perjuangan Umno dalam hal tersebut.

Sebelum ini, Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas Lokman Nor Adam dipetik sebagai berkata bahawa hasrat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang mengamalkan dasar Islam akan menjadi kenyataan sekiranya PAS dan Umno bersatu.

Ekoran daripada itu, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia, Razak Idris mencadangkan penubuhan satu jawatankuasa khas supaya kerjasama antara Umno dan PAS dapati dicapai.

Malaysianinsider

Wednesday, July 14, 2010

Wujud ‘Cina Perkasa’ karut, tiup api perkauman



Mohd Sabri Said

PULAU PINANG, 14 Julai: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menganggap cadangan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Lim Siang Chai untuk mewujudkan 'Cina Perkasa' sebagai karut dan tidak bermanfaat.

Jelasnya, cadangan tersebut tidak membawa erti kerana ia akan menimbulkan perasaan cemburu di kalangan kaum dan menambah kemelut isu perkauman yang telah dicipta oleh Barisan Nasional (BN).

"Tidak dinafikan penubuhan Cina Perkasa boleh memberangsangkan isu perkauman sekaligus mengekalkan jurang antara kaum yang akhirnya timbul perasaan kurang senang. Lepas Cina Perkasa mungkin Datuk Seri S. Samy Vellu pula akan tubuh India Perkasa, lagi bermasalah," tegasnya ketika berucap di Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Seberang Perai di Dewan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Bandar Perda, kelmarin.

Dari situ, katanya pasti akan bertembung tiga bangsa perkasa iaitu Melayu di bawah Datuk Ibrahim Ali, Cina di bawah Lim Siang Chai manakala India Perkasa di bawah naungan Samy Vellu.

Sambungnya, apa akan terjadi dengan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pasti tidak kesampaian sebagaimana slogan 'Islam Hadhari' yang diperkenalkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi hilang ditiup angin begitu sahaja.

"Tengoklah apa yang jadi terhadap slogan Islam Hadhari sepi entah ke mana sedangkan dulu hangat diperkatakan. Begitu juga Cina Perkasa tentunya masing-masing meniup api perkauman yang bakal menghancurkan kestabilan negara," jelasnya.

Justeru itu, beliau mengingatkan rakyat supaya tidak terpengaruh dengan cadangan berkenaan tetapi lebih menumpukan terhadap perancangan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat mempertingkatkan sosio ekonomi.

Berhubung peranan JKKK, Lim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Air Putih berharap ia dipertingkatkan sejajar dengan mandat yang diberikan oleh rakyat.

Katanya, memandangkan penglibatan JKKK terhadap program anjuran kerajaan negeri masih kurang menyerlah, maka pengerusi JKKK harus mempertingkatkan mutu dengan menjalinkan kerjasama dengan JKKK serta mengeratkan persefahaman dengan pejabat daerah.

"Saya menyeru kepada semua JKKK dan ahli-ahlinya agar senantiasa menjalankan perancangan strategik, menunjukan kesungguhan dan ketekunan serta mengamalkan bekerjsana sebagai satu pasukan dalam usaha meningkatkan taraf hidup rakyat dan memmbangunkan kawasan masing-masing kerana baik JKKK, baiklah kerajaan negeri, buruk JKKK buruklah kerajaan negeri yang memerintah," jelasnya.

Harakahdaily

Tuesday, July 13, 2010

Menggigit, tergigit dan digigit


http://www.khalidsamad.com

Pada minggu ini semasa di Parlimen terdapat seorang Ahli Parlimen ‘bebas’ menimbulkan isu yang kononnya YB Batu, pakar strategi PKR, telah menggigit seorang anggota Polis.

Ditertawakan Saudara Tian Chua sambil memperlekehkan ‘strategi’ sebegini dan mempersenda ‘kepakaran’ beliau sebagai seorang ahli strategi.

Hakikatnya kenyataan samada Saudara Tian Chua benar-benar telah menggigit anggota polis tersebut atau tidak masih lagi dipertikaikan. Tian Chua menafikannya dan telahpun membuat tindakan undang-undang untuk menolak keputusan mahkamah tersebut.

Sebaliknya tindakan Ahli Parlimen tersebut yang jelas 'menggigit' tangan seorang yang pernah membantunya, jelas terdedah untuk semua melihat.

Begitulah apabila seseorang merupakan ahli politik murahan yang sanggup dirinya diperalatkan demi keuntungan duniawi. Tindakan khianat terhadap orang yang pernah membantunya adalah jauh lebih hina berbanding isu yang ditertawakan oleh dirinya yang sendiri pun tidak tahu hujung pangkal.

Namun apa yang lebih menyedihkan ialah beliau tidak menyedarinya dan tidak juga menyedari bahawa yang turut gelak ketika itu ialah kerana menggelakkannya dan BUKAN gelak bersamanya. Jarang sekali seorang badut menyedari betapa kelakar dirinya dipersepsi orang lain. Tetapi ini bukan sebarang badut.

Orang yang pernah membantunya termasuklah DSAI, orang yang turut menjadi sasarannya pada ketika itu. Tian Chua hanyalah sekadar sasaran rambang, dikenakan tempias kata-kata sinis seorang pengkhianat.

Semua tahu bahawa DSAI adalah sasaran sebenarnya. Ketua pembohong, kononnya. Mengajarnya berbohong, putarnya lagi. Sedangkan ini sesuatu yang agak mustahil kerana dirinya ialah seorang pakar dan tidak memerlukan sebarang tunjuk ajar dalam bidang itu. Menurut kata Al-Marhum Ustadz Fadhil, “kalau dia beritahu saya 10 perkara, 12 perkara saya tak percaya!”

Maka di saat itulah bermulanya bantuan DSAI terhadap dirinya. Setelah ditolak untuk menjadi calon PAS pada 2004, maka terhegeh-hegehlah bertemu DSAI. Dia merupakan seorang ahli PAS pada ketika itu, tetapi terus teringin menjadi calon walaupun ditolak oleh PAS.

Mungkin di atas dasar kasihan dan mungkin juga terdesak, maka DSAI menerimanya sebagai seorang calon PKR. Beliau bertanding di Parlimen Kuala Langat dan seperti ramai pada 2004, telah turut terkandas.

Mulai saat itu, menyedari tiada masa depan untuk dirinya di dalam PAS, oleh kerana pimpinan PAS sudah mengenali sifat putar alam dan putar belitnya, maka diteruskan mengatur langkah untuk menjadi ahli PKR.

Dan sepertimana yang disebut oleh SU Agung PAS baru-baru ini, apabila menjadi ahli PKR (atau mana-mana parti lain), dengan sendirinya keahliannya bersama PAS gugur. Tidak perlu ada surat menyurat dalam soal ini. Tiada siapa yang ingin membuang masa dan membazir kertas serta dakwat untuknya.

Manakan mungkin seorang peguam tidak memahami perkara yang semudah itu, tetapi sepertimana yang kita semua sudah sedia maklum, beliau ini bukan sebarang peguam.

Dari sudut ini pun boleh dinilai komitmen dan prinsip perjuangannya. Berpindah parti, dari parti Islam ke parti yang lain sambil mendabik dada sebagai seorang pejuang Islam, semata-mata kerana tidak boleh bertanding di atas tiket PAS.

Apakah prinsip perjuangannya kalau tidak kerana kedudukan dan kepentingan diri sendiri? Satu sifat yang jelas terbukti untuk semua melihat kebelakangan ini.

Dalam masa yang sama, ke mana sahaja perginya, akan ditumpang populariti DSAI. “Saya peguam DSAI, saya peguam DSAI”, serunya berulang kali. Setahu saya, dirinya itu tidak pernah berperanan di mahkamah, berucap di hadapan hakim untuk membela DSAI, tetapi hanya menumpang popularitinya untuk hidup.

Ini bolehlah diibaratkan sepertimana seekor parasit yang mendapat talian hidup dari yang ditumpang, tetapi pada masa yang sama mendatangkan mudarat pada yang ditumpangnya itu. Itulah yang sebenarnya! Dan sebagai parasit, menggigit kembali yang membantunya untuk terus hidup adalah perkara biasa.

Sekarang ini pula terus menerus mendakwa dirinya sebagai ahli PAS walaupun PAS menafinya. Bertambah kronik kesnya ini. Bukan sahaja pembohong dan parasit, ditambah pula gila talak! Kononnya banyak programnya bersama PAS.

Bak kata pepatah, “Once a liar, always a liar”. Sekali pembohong, sentiasa pembohong dan tiada contoh yang lebih jelas dan lebih nyata akan kebenaran kata-kata ini selain dirinya. Kalau dalam konteks perubatan dinamakan ‘clinical case’.

Maka dalam persoalan ini, ada satu kebenaran lagi yang tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak. PAS tidak mahukannya. PKR juga telah memecatnya (atau menendangnya keluar kalau ikut kata orang Kedah).

UMNO pula tidak teringin untuk menerimanya. Oleh yang demikian, pada PRU ke-13 ingin kita saksikan kemana dirinya bersama dengan empat lagi yang sekapal dengannya membawa diri.


YB Khalid Samad,
Ahli Parlimen Shah Alam.

Harakahdaily

Sunday, July 11, 2010

Anak murid Jakim agen penyesat?


Wan Nik Wan Yussof
Seorang yang terkedu dengan kenyataan kawannya telah menelefon saya (Khamis lepas, 8 Julai). Katanya, tergamak kawannya itu membuat tohmahan "SESAT" bernada keras dan kebencian terhadap seorang berperwatakan ulama yang memang dikenali ramai di negeri, negara hatta peringkat dunia.

Kawannya itu, kononnya lulusan Universiti al-Azhar, pensyarah salah sebuah IPT di Johor, dipanggil ustaz dan dianggap orang agama, tetapi kelihatan tidaklah berakhlak ulama. Dia berani mengeluarkan kenyataan SESAT selepas kembalinya berkursus di JAKIM. Ada individu tertentu telah mengasak pemikirannya dengan fakta-fakta kononnya dilakukan oleh ulama tersohor itu. Lalu dilabelkan ulama itu seorang yang SESAT. Ulama yang dimaksudkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan.

Menurutnya, beliau telah berhujah dengan kawannya itu dengan beberapa persoalan yang gagal dijawab oleh kawannya itu. Setakat yang dia tahu tentang Tuan Guru Nik Abdul Aziz (TGNAA), beliau tegaskan, tak mungkin seorang berakhlak seperti TGNAA itu adalah SESAT!

Lalu saya menelusuri sikap terkedu saudara penelefon itu. Saya membutirkan lagi beberapa hujah agar terkedunya itu tidak sampai ke peringkat kegusaran yang berpanjangan.

Saya berhujah berdasarkan pengalaman selama lebih 30 tahun mengenali TGNAA. Antara hujah yang dapat saya paparkan (menerusi telefon yang mengambil masa sekitar 10 minit):

1. TGNAA memang seorang ulama kerana akhlaknya selalu berserban ketika tampil di khalayak, SESATkah kerana berserban?

2. TGNAA memang seorang guru agama kerana mengajar kitab (yang KDN lulus dijual di pasaran) setiap malam Khamis dan Jumaat di masjidnya sendiri, SESATkah kerana mengajar kitab?

3. TGNAA satu-satunya yang berserban, lulusan Deoband, India dan al-Azhar Mesir dalam bidang hadis dan qanun wal-syariah telah diangkat rakyat Kelantan menjadi Menteri Besar (MB) telah 20 tahun, SESATkah ilmu itu dan SESATkah rakyat Kelantan kerana mengangkatnya jadi MB?

4. TGNAA selalu bangun untuk beribadat malam (tahajud) mendekati Tuhan, SESATkah kerana beribadat malam?

5. TGNAA sering dijemput berkhutbah Jumaat tatkala hadir mengunjungi masjid-masjid di serata Kelantan, SESATkah kerana boleh berkhutbah (bukan baca khutbah)?

6. TGNAA bila berceramah, berucap dan merasmikan majlis akan memulakannya dengan membaca ayat-ayat al-Quran sebagai mukadimah kepada intipati kepada apa yang akan diceramahkan, diucapankan dan dirasmikan, SESATkah kerana bermukadimah dengan ayat al-Quran?

7. TGNAA akan bersolat dhuha dulu sebelum duduk memulakan tugas di kerusi MBnya, SESATkah kerana solat dhuha di pejabat?

8. TGNAA sejak menjadi pemimpin PAS telah mengajar ilmu tafsir al-Quran setiap pagi Jumaat di Masjid Muhammadi, kemudian sejak jadi MB mengajar pula di Dataran Ilmu MPKB yang anak muridnya ribuan orang, SESATkah kerana mengajar tafsir yang kitab rujukannya adalah "Tafsir Pimpinan Rahman" yang duluskan Jakim dan KDN?

9. TGNAA apabila hadir untuk bersolat fardhu di mana-mana masjid di serata negari dan negara tidak mudah nak jadi imam, selagi mana pihak berkuasa masjid itu tidak memintanya menjadi imam, SESATkah sikap sedia jadi imam semata-mata kerana diminta untuk jadi imam?

10. TGNAA sejak jadi Mursyidul Am PAS, menjadi pemimpin Pakatan Rakyat, berkawan dengan parti KeADILan dan DAP akan selalu menyampaikan mesej Islam (menerangkan kelebihan Islam) bila dijemput berucap, meskipun di depan Anwar, Lim Kit Siang hatta di depan Karpal Singh, SESATkah seorang pemimpin Islam bila berucap di depan pemimpin bukan Islam ia tegas menyatakan ajaran Islam?

11. TGNAA sebaik jadi MB Kelantan, komited dengan dasar Membangun Bersama Islam, arah simpan wang kerajaan Negeri di Bank Islam, buka pajak gadai Islam, pakai prinsip pentadbiran berteraskan Ubudiah, Masuliah dan Itqan, laksana perbandaran Islam, beri takaful kifalah untuk wasi si-mati, guna dinar emas, beri cuti bersalin 60 hari, mulakan kerja 5 hari seminggu...sekadar beberapa contoh, SESATkah pendekatan pentadbiran Islam sebegitu yang jelas kerajaan Pusat pun terikut-ikut sama?

Lepas itu, saya merungut di dalam hati..."sampai lenguh aku memegang telefon ni, nak layannya."

Apa pun banyak lagi hujah yang saya nak sebutkan. Namun, saya ringkaskan dengan mempelawanya, "jemputlah kawan saudara tu baca blog TGNAA (http://www.blogtokguru.com/) dan cuba-cubalah masuk Facebook TGNAA (ttp://www.facebook.com/nikaziz)." Alamatnya mudah je....

Harap sampaikan salam saya kepada kawan saudara tu (dalam hati aku terkata, iaitu anak murid Jakim agen penyesat?)

Terima kasih.

Coretan ikhlas,

Wan Nik Wan Yussof,

Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan.

Harakahdaily

Apa ke bodohnya Panel Pemikir JASA tu, jika Umno dan PAS kerjasama…


Aku kata bodohkan korang marah, tapi memang korang bodoh tahap cipan. Korang memang buta sejarah dan main hentam kromo aje. Lidah takdak tulang, mudah ler korang nak cakap apa pun. Tambah-tambah lagi korang bercakap pun memang dah dibayar upah oleh Umno-BN. Apa nak pelik.

Cuma yang aku nak bagitau, korang memang mudah diperbodohkan oleh Umno-BN

Dalam satu majlis Wacana Perdana di Balai Islam, Lundang malam tadi, seorang panel dari Jabatan Hal Ehwal Khas Agama Islam (JASA), Lokman Nor Adam berkata cita-cita PAS merealisasikan hasrat itu akan menjadi lebih mudah jika mereka berbaik-baik dan bekerjasama dengan Umno berbanding dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Selain Lokman Nor Adam, turut diundang menganggotai panel ialah bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin; Anggota Parlimen Bukit Mertajam, Mujahid Yusoff Rawa dan Pengerusi Biro Agama Badan Perhubungan Umno Kelantan, Mohd Affandi Yusoff.

Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff menjadi moderator wacana yang bertajuk "Bolehkah Melayu Bersatu?".

Sebelum aku, WarkahDaily ‘belasah’ cukup-cukup, baik kita gelak tahap cipan dulu kat budak sorang tu. Manalah dia belajar sampai tahap camtu sekali ‘kecerdikannya’.

"Jika Umno dan PAS bekerjasama banyak perkara boleh direalisasikan, termasuk melaksanakan hukum hudud, berbanding dengan tindakannya bekerjasama dengan DAP dan PKR yang ternyata mempunyai dasar dan matlamat perjuangan yang berbeza," kata budak suruhan Umno tu.

Gelak lagi sekali!

Penulis WarkahDaily nak cakap skit kat budak JASA tu, sejak bila pulak Umno boleh terima hukum Hudud yang diusahakan PAS itu? Engkau baru lahir ke apa sampai engkau tak tahu bagaimana Umno berhempas pulas menolak apa yang diusaha PAS Kelantan dan Terengganu sebelum ini?

Engkau sedar tak apa yang engkau cakap tu?

Kalau Umno itu boleh terima apa yang PAS buat, sudah lama dah Kelantan dan Terengganu ketika pemerintahan PAS, kerajaan depa tu jalankan hukum Hudud sebab istana dah lulus enakmen berkenaan. Tapi siapa pulak yang menghalang pelaksanaannya? Bukan ke kerajaan pusat? Siapa kerajaan pusat tu? DAP ke?

Bukak mata luas-luas sikit, yang menghalang percubaan kedua-dua kerajaan negeri di bawah PAS untuk melaksanakan hukum Hudud ialah kerajaan Umno-BN ler bro! apa ke jadah lah engkau ni.

Tunggu kucing berak tahi ayam ler kalau Umno terima hukum Hudud yang diusahakan PAS selama ini. Lagi menuduh adalah. Siapa yang kata hukum Hudud yang hendak dilaksanakan di Kelantan itu adalah Hudud PAS?Siapa lagi kalau bukan puak-puak jahil tak mengaji Umno.

Apa jaminan JASA jika PAS bersama dengan Umno, Hudud boleh dilaksanakan? Negara Islam boleh dibentuk? Engkau siapa boleh bagi cadangan camtu, engkau Najib ke?Kalau betul Umno boleh terima Hudud, Najiblah orang pertama kena panggil mahkamah Islam. Banyak kes tu.

Engkau ingat wacana yang engkau sertai itu macam sembang kat wakaf tunggu bas sambil main dam aji ke? Boleh sesuka hati aje cakap yang bodoh-bodoh.

Engkau kata, lebih baik PAS bekerjasama dengan Umno berbanding dengan DAP dan PKR, aku kata 100 kali lebih baik PAS bekerjasama dengan DAP dan PKR berbanding Umno.

Apa dalil penulis WarkahDaily? DAP pernah kata, kalau DAP lebih majoriti ahli parlimennya dari PAS, bermakna PAS kena bertolak ansur dalam hal penubuhan negara Islam bukan bermakna terus tolak, tapi kalau PAS yang majoriti pulak, DAP pulak yang kena bertolak ansur apa yang PAS inginkan. Apa makna kat situ? PAS masih berpeluang untuk menegakkan cita-citanya jika ia menang besar dalam pilihanraya akan datang. Jadi korang dan semua orang yang mengaku Islam wajib sokong PAS dalam pilihanraya.

Tetapi bagaimana pendirian Umno? Kelantan yang sudah pun PAS menang dengan majoriti, tapi Umno tetap menghalang pelaksanaan hukum Hudud di negeri itu. Umno mengaku Islam tetapi halang hukum Islam. Kalau DAP buat camtu, tak pulak orang pelik sebab dia tu bukan Islam.

Bukan setakat nak benarkan pelaksanaan hukum Islam, segala peruntukan pun diabaikan, peruntukan pembangunan melalui kerajaan negeri pun tidak diberikan, bagaimana nak kerjasama, kalau itu pun tak boleh nak tunaikan.

Daripada engkau duk melalut ajak PAS kerjasama dengan Umno supaya boleh tegak negara Islam yang belum pasti lagi Umno yang sekular itu boleh terima, lebih baik engkau ajak member-member engkau dalam JASA tu pi berdakwah kat bini-bini pemimpin-pemimpin hangpa yang tak pakai tudung tu supaya tutup aurat. Kan nanti tak pasal-pasal kena hukuman tak tutup aurat bila hangpa kata Umno nak tegakkan negara Islam dan laksanakan hukum Hudud bersama-sama PAS. Tak masuk lagi pemimpin Umno yang duk main judi, duk minum arak, lesapkan duit projek (wang rakyat) dan sebagainya.

Lain kali kalau nak cakap, pakai akai baru orang tak kata kita ni bodoh tahap cipan. -WarkahDaily

Nik Aziz: Boikot media pro-BN jika permit tidak diperbaharui


KOTA BHARU, 10 Julai: Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat memboikot semua media pro-BN jika permit untuk akhbar pro-Pakatan tidak diperbaharui.

“Saya harap permit Harakah dan Suara Keadilan diperbaharui. Bagaimanapun, jika kedua-dua akhbar yang menjadi suara rasmi Pakatan ini tidak diperbaharui, saya cadangkan arahan rasmi dikeluarkan kepada pemimpin dan penyokong Pakatan agar mula memboikot media pro BN," kata beliau melalui laman komuniti Facebook hari ini.

Beliau dipercayai mengulas tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang sehingga kini tidak menyambung permit Harakah dan Suara Keadilan yang telah tamat tempoh.

Turut tamat tempoh adalah permit akhbar Rocket versi Bahasa Inggeris yang dimiliki oleh DAP.

Permit akhbar Harakah tamat pada 7 Julai lepas. Pada 5 Julai, Pemangku Ketua Pengarang Harakah, Taufek Yahya telah dipanggil mengadap lapan pegawai KDN di Putrajaya.

Pada 8 Julai lepas, KDN menghantar satu surat tunjuk sebab kepada Harakah kenapa tindakan tidak boleh dikenakan ke atas akhbar itu.

Pada 9 Julai, Taufek sendiri telah ke pejabat KDN di Putrajaya menghantar jawapan Harakah ke atas surat tunjuk sebab itu. Ia dijawab sendiri oleh Pengarah Urusan Harakah yang juga AJK PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar.

Kamarudin dalam kenyataannya berkata, Harakah akan diterbitkan seperti biasa kerana permohonan penyambungan permit sudah dibuat kepada KDN dan Harakah memang menunggu kelulusan permit itu.

Sementara itu, KDN memberikan amaran kepada PKR agar jangan menerbitkan Suara Keadilan kerana pihaknya tidak berpuashati dengan jawapan PKR ke atas isu 'Felda Bankrap".

Dalam kenyataannya, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan meminta KDN atau kerajaan mengambil pendekatan menyaman Harakah jika ada apa-apa kesalahan yang dibuat bukannya membatal atau menarik permit akhbar itu.

"Jika mereka rasa Harakah salah, mereka boleh saman dan memberikan bukti kesalahan Harakah jika ada," katanya.

Harakahdaily

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak