Saturday, April 17, 2010

UMNO PECAT JOHAN SERTA MERTA - SELEPAS JADI CALUN BEBAS




HULU SELANGOR, 17 April:
Ahli Jawatankuasa Pemuda Umno Shah Alam, Johan Mat Diah yang bertanding pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor sebagai calon Bebas tergugur keahlian dari parti itu.

“Sah, dipecat,” kata Setiausaha Kerja Umno Datuk Abdul Rauf Yusoh kepada The Malaysian Insider di sini hari ini.

Ikut perlembagaan parti sesiapa yang bertanding sebagai calon Bebas ataupun menyokong boleh dipecat dari parti.

Johan (gambar), 31, merupakan salah seorang daripada empat calon yang bertanding pilihan raya kecil kerusi Hulu Selangor.

Penamaan calon berlansung pagi ini. -malaysian insider

Ramainya penyokong PR!

(Lautan manusia (penyokong PR) yang menggamatkan suasana hari penamaan calon di Hulu Selangor)


Alhamdulillah, sudah selamat semuanya. Suasana penamaan calon di Hulu Selangor meninggalkan kenangan manis buat pengundi kawasan itu kerana kehadiran begitu ramai penyokong PR yang hadir untuk memberi sokongan padu kepada calonnya, Dato` Zaid Ibrahim.

Sebelum ini, laporan berita menyatakan kehadiran lebih 10,000 penyokong PR di hari penamaan calon di sini.

Dalam laporan TV Selangor, Ketua Polis Selangor sendiri mengesahkan lebih 10,000 penyokong PR hadir dalam perarakan itu.

(Penyokong PR hadir memberi sokongan padu kepada Zaid)


Jika dilihat kepada penyokong berdaftar seperti yang dilaporkan harakahdaily, kira-kira 3,500 orang jentera PR (PAS, PKR dan DAP) yang berdaftar untuk hadir dalam perarakan itu.

Dalam pertandingan 25 April nanti, Zaid Ibrahim akan ditentang calon BN, Kamalanathan dan dua orang calon bebas.

Warkahdaily

Kerja Mudah Lawan Kamalanathan – Khalid


Fri, Apr 16, 2010

Dalam Negeri

khalid ibrahim Oleh staf FMT

KUALA KUBU BARU: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata percaturan Barisan Nasional (BN) untuk meletakkan calon P. Kamalanathan, memberi peluang cerah kepada Pakatan Rakyat (PR) untuk memenangi pilihan raya kecil di Hulu Selangor.

Beliau menyifatkan Kamalanathan sebagai calon yang lemah berbanding dengan Datuk G. Palanivel yang merupakan pilihan utama MIC sebelum ini.

Menurut beliau dengan pemilihan Ketua Penerangan MIC itu, peluang Pakatan Rakyat (PR) amat cerah untuk terus memenangi hati pengundi Hulu Selangor.

"Peluang kita adalah lebih baik sekarang, namun kita masih perlu bekerja keras untuk menyakinkan pengundi Hulu Selangor bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PR adalah sebuah parti yang layak mewakili mereka di parlimen," kata Khalid yang juga merupakan pengarah kempen pilihan raya berkenaan.

Dalam pada itu, PKR turut meletakkan wakil-wakil terpilih yang bertanggungjawab "mengawal selia" kawasan di bawah parlimen Hulu Selangor termasuklah Kuala Kubu Baru, Hulu Bernam dan Batang Kali.

Menurut Naib Presiden PKR R Sivarasa, PKR memberi tanggungjawab kepada ahli parlimen Kapar S Manikavasagam di Kuala Kubu Baru manakala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Melawati M Muthiah dan ADUN Sri Andalas Dr Xavier Jayakumar masing-masing di Hulu Bernam dan Batang Kali.

Sivarasa berkata PKR bertindak sedemikian kerana sedar bahawa parti tersebut sebelum ini menang dengan majoriti yang tipis.

Strategi PR adalah dengan menjalankan kempen rumah ke rumah bagi memperkenalkan calon PKR iaitu Datuk Zaid Ibrahim.

freemalaysiatoday.

Friday, April 16, 2010

IBU ANAK TAWAR KHIDMAT URUT BADAN KE BADAN


PUTRAJAYA: Dua beranak sehati sejiwa yang berpenampilan ‘bergetah’ dan menarik bukan saja rela menawarkan urut istimewa menerusi teknik badan ke badan dalam keadaan bogel, malah sanggup melakukan hubungan ranjang dengan bayaran mencecah RM1,000 bagi satu pakej.

Bukan itu saja, dua beranak masing-masing berusia 45 dan 25 tahun terbabit turut menawarkan tiga pakej dengan kadar upah RM300 hingga RM1,000 setiap satu bergantung kepada kehendak pelanggan.


Pakej pertama menyajikan khidmat urut badan ke badan tanpa pakaian, pakej kedua membabitkan urut badan ke badan dengan sentuhan istimewa pada badan tukang urut manakala pakej ketiga kombinasi pakej satu dan dua disertai layanan hebat di ranjang khas bagi golongan elit.


Kegiatan dua beranak itu dipercayai dilakukan di sebuah kondominium mewah disewa mereka di Subang Jaya, dekat sini, yang mempunyai dua bilik khas bagi melakukan urutan khas kepada pelanggan yang ditapis melalui panggilan telefon diterima sebelum pertemuan diatur. Bukan itu saja, dua beranak terbabit turut menyediakan katil khas bagi melayan pelanggan tetap berstatus Datuk dan eksekutif muda yang mahu menikmati urutan istimewa disertai seks layanan intim serta seks hebat.


Dua beranak terbabit dikesan menjalankan kegiatan tidak bermoral itu sejak lebih setahun lalu, namun ia sukar dikesan kerana mereka sentiasa berhati-hati dengan menapis setiap pelanggan selain hanya menyasarkan pelanggan kaya dan elit yang menghadapi masalah dengan isteri atau keluarga.


Golongan terbabit dipercayai menjadi sasaran kerana mereka sukar memecahkan rahsia, malah tidak mahu perlakuan mereka dibongkar bagi menjaga imej. Bagi mengelak kegiatan mereka dikesan pihak berkuasa, dua beranak terbabit hanya menawarkan khidmat urutan antara jam 10 pagi hingga 12 tengah malam. Ia bagi mengelak penghuni di kondo mewah itu curiga.

Baca lagi

UMNO AKAN MELAKUKAN BABAK KHAS MELUTUT DEPAN PALANIVEL UNTUK SAMA BERKEMPEN

Mungkin pelakon utamanya adalah Muhyiddin yang telah berbohong terhadap penduduk Hulu Selangor kononnya BN akan meletakkan calon anak tempatan. Tapi sebaliknya berlaku.

Tak mustahil selepas ini Umno-BN terpaksa 'berlutut' depan Palanivel

Hahaha...Kalau betul-betul Umno sudah insaf dan menerima kesilapan mereka sebelum ini yang cuba 'menyingkirkan' Palanivel sebagai calon BN, maka sudah pasti, Umno terpaksa melakonkan satu babak yang menyedihkan iaitu membuat rayuan sambil 'berlutut' depan Palanivel untuk bersama-sama berkempen dan mengajak pengikut-pengikutnya di Hulu Selangor agar tidak memboikot calon BN.

Mungkin pelakon utamanya adalah Muhyiddin yang telah berbohong terhadap penduduk Hulu Selangor kononnya BN akan meletakkan calon anak tempatan. Tapi sebaliknya berlaku.

Maka pada masa tu, Muhyiddin selaku pengarah pilihanraya BN Hulu Selangor akan mula membuat rayuan terhadap Palanivel untuk memujuk pengikutnya di Hulu Selangor agar tidak memboikot Kamalanathan.

Sebelum ini, ahli MIC Hulu Selangor melalui Ketua Penerangan MIC kawasan itu telah pun menyatakan kekecewaannya terhadap keputusan BN yang telah meletakkan bukan calon tempatan dan menyingkirkan Palanivel yang diinginkan oleh MIC kawasan.

Beliau juga memberitahu, beberapa cawangan sudah mula tutup bilik operasi mereka dan begitu bilik operasi utama MIC Hulu Selangor di Kuala Kubu Baru.

"Pejabat Datuk Palani (ibu pejabat MIC Hulu Selangor) sudah ditutup sejak 12 tengah hari. Kalau pejabat utama sudah ditutup, bayangkan sendiri cawangan-cawangan lain", katanya.

Maka Muhyiddin bakal akan mewakili BN akan memujuk Palanivel agar membuka semula pejabatnya (bilik gerakan) sambil turut serta dalam kempen BN.

Bagi WarkahDaily, mungkin pada masa tu, Palanivel akan kata, "cium kakiku". Ehehe...

Tak pasal-pasal pulak Palanivel bakal jadi Timb. Menteri selepas ini sebagai umpan memujuk kembali turun padang. Bagaimana Palanivel, boleh terima ke setakat Timb. Menteri, tak mau jadi Menteri penuh ke, tak pun Timb. Perdana Menteri. Ehehe..

Warkahdaily

Thursday, April 15, 2010

UMNO BERKOKOK BAGAIKAN KAN NAK RAK. DURIAN RUNTUH BOLEH KAT MIC

UMNO hanya berkokok sahaja dan mendapat telor, MIC yang mendapat Durian runtuh, menang ke kalah MIC tetap dapat seorang Sanator

MIC dapat 'durian runtuh', Umno hanya dapat telur

Selepas rundingan demi rundingan dan disertakan dengan pelbagai ancaman, akhirnya MIC dikatakan dapat tiga dan Umno tidak dapat apa-apa di Hulu Selangor.

Ketua Penerangan MIC Pusat, P Kamalanathan dilaporkan telah dipilih sebagai calon, manakala Timbalan Presiden MIC, G. Palanivel dijanjikan kerusi senator dan timbalan menteri.

Keputusan ini dikatakan kompromi terbaik dan dikatakan sebagai menang-menang selepas MIC berkeras mahukan Palanivel bertanding di kerusi itu.

(Gambar: Kita menang 3 - 0. Mungkin itu yang dikatakan oleh Presiden dan timbalan Presiden MIC ini kepada Umno)

Umno tidak bersetuju dengan Palanivel dan lebih senang dengan Ketua Pemuda MIC Bahagian Hulu Selangor, V Mugilan. Namun, MIC bahagian mengugut akan menentang keputusan itu dan MIC Pusat pula mengugut akan memecat beliau dari MIC.

“Ini formula terbaik, situasi menang-menang... sebenarnya dengan ini MIC akan mendapat satu kerusi senator dan timbalan menteri tambahan,” kata seorang pemimpin kanan MIC kepada satu laman web.

Perebutan siapa yang akan menjadi calon BN di Hulu Selangor menjadi sengit apabila Umno Bahagian Hulu Selangor mahukan calon Umno iaitu bekas MB Selangor, Tan Sri Muhamad Haji Mohd Taib bertanding di situ.

Beliau dikatakan bakal mengulangi kegemilangan Umno dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang apabila bekas MB Negeri Sembilan Tan Sri Isa Samad diletakkan di situ.

Namun, dari awal lagi Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yasin menolak Muhamad dengan berkata, Muhamad tentu tidak mahu bertanding di situ.

Padahal ramai yang beranggapan, Muhyidin menolak Muhamad kerana kedua-duanya adalah musuh ketat selepas kedua-duanya bertanding merebut jawatan timbalan presiden Umno dalam pemilihan yang lalu.

Selepas perundingan dibuat, Umno bersetuju calon MIC bertanding di situ tetapi dengan syarat bukannya G. Palanivel, timbalan presiden MIC yang pernah beberapa penggal menjadi anggota parlimen di situ.

Ekoran itu nama Kalamathan dan Mugilan timbul. Namun, MIC berkeras mahukan Palanivel bertanding di situ.

Jika tidak mereka akan memboikotnya manakala MIC pula mengugut akan memecat Mugilan jika beliau dipilih BN bertanding di situ.

Hasilnya, MIC dapat kesemuanya, calon iaitu Ketua Penerangan MIC Pusat, P. Kalamathan dan kerusi senator serta satu kerusi timbalan menteri iaitu untuk Palanivel. -HRKH

Warkahdaily


KURANG 4 JAM LAGI BN TIADA CALUN SESUAI

Wa kaka UMNO mahu MIC tak mahu, MIC mahu UMNO tak mahu, macam cerita Nujum Pak Belalang episod dalam Gua, UMNO dan MIC nak cari calun



Kurang empat jam lagi, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga timbalan pengerusi Barisan Nasional dijadual mengumumkan calon BN untuk kerusi pilihan raya kecil Hulu Selangor, namun sehingga kini, belum ada kepastian siapa bakal calon mereka.


Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu difahamkan gagal untuk menyakinkan Muhyiddin supaya menerima calon tunggal, Datuk G Palanivel yang dikemukakan parti itu.

Difahamkan Samy Vellu berjumpa dengan Muhyiddin awal pagi ini di pejabat timbalan perdana menteri di Putrajaya tetapi Muhyiddin dikatakan terus tidak berganjak dan menolak timbalan presiden MIC itu. Menurut sumber MIC, Muhyiddin berkeras mahukan calon lain dan menolak Palanivel - ini menyaksikan tiada penyelesaian dalam kebuntuan itu.

Baca lagi

KATA DUA DARI MIC - PALANIVEL ATAU BUBAR CAWANGAN!!

Mic kini dah mula menunjukan taring nya terhadap UMNO, kita tengok petang ini siapa yang akan di calunkan oleh BN. Beranikah UMNO menyahut cabaran dari MIC . Tunggu...

Cawangan MIC Hulu S'gor beri kata-dua(Sini)

Sebahagian daripada ketua-ketua cawangan MIC Hulu Selangor hari ini memberi kata dua kepada kepemimpinan Barisan Nasional agar mecalonkan timbalan presiden parti itu, Datuk G Palanivel di parlimen Hulu Selangor atau menghadapi pembubaran cawangannya.

Tindakan itu dilihat menghangatkan lagi suasana apabila BN dijangka mengumumkan calonnya pada jam 4 petang esok bagi pertandingan pada 25 April ini.

Hampir separuh daripada ketua cawangan yang mewakili kira-kira 30 daripada 72 ketua cawangan hadir di ibupejabat MIC bahagian Hulu Selangor di Kuala Kubu Baru untuk meluahkan sokongan kepada Palanivel.

Menurut mereka jika cadangan supaya Palanivel dicalonkan ditolak oleh BN, tindakan itu sesuatu yang memalukan kepada MIC dan pemimpin parti itu.

“Kami tidak akan keluar mengundi jika calonnya bukan Palanivel,” kata K Allo Pillai, seorang penyokong akar umbi yang membayangkan BN mungkin dipulaukan.

Ketua penerangan MIC Hulu Selangor, Raily Muniandy juga mengugut bahawa semua cawangan MIC di kawasan pilihan raya itu akan ditutup, kika tuntutan mereka agara Palnivel dicalonkan ditolak.

"Kami menyokong penuh Palanivel kerana dia pemimpin berwibawa, bersih dan telah menjadi penduduk di kawasan ini untuk hampir 15 tahun, “ kata Raily.

Beliau menjelaskan Palanivel, yang berasal dari Pulau Pinang, tidak semestinya dilahirkan di kawasan pilihan raya itu untuk diiktiraf sebagai anak tempatan.

"Dia (Palanivel) kenal siapa Ah Kaw, Ahmad dan Ramasamy di sini kerana telah berada 18 tahun di sini,” katanya.

Ditanya sama ada mereka akan menyokong calon MIC yang lain, Raily berkata: “Jawatankuasa pusat MIC telah memutuskan Palanivel sebagai calon Hulu Selangor dan perkara itu adalah muktamad.”


MIC SEKAT 'PROKSI' UMNO - MUNGKIN PECAT V.MUGILAN

Calon BN: Tindakan terakhir MIC sekat 'proksi' Umno, pecat V. Mugilan

MIC memutuskan untuk mengambil tindakan disiplin termasuk kemungkinan memecat dari parti ke atas Timbalan Ketua Pemuda pusatnya V. Mugilan — yang didakwa proksi Umno — atas alasan “mencuri kerusi” yang diperuntukkan kepada parti itu.

“Sesiapa yang bertindak bertentangan dengan kepentingan parti... mahu mencuri kerusi dari MIC akan diambil tindakan.

“Berada dalam senarai teratas ialah Mugilan,” kata Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu (gambar) selepas mempengerusikan mesyuarat tergempar CWC MIC - pertemuan bersejarah dalam MIC - di sini malam tadi.

Mesyuarat lebih sejam ini diadakan sehari menjelang BN bersedia untuk mengumumkan calonnya bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Samy Vellu berkata keputusan tindakan disiplin akan ditentukan pagi esok.

“Kami masih siasat secara mendalam, mengumpul bukti, akan siasat lagi hingga 10 pagi esok,” katanya.

The Malaysian Insider difahamkan beliau akan menemui Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi esok.

Mugilan dikatakan dinamakan oleh Umno Hulu Selangor kepada pucuk kepimpinan BN sedangkan MIC hanya mengemukakan nama Timbalan Presiden MIC Datuk G. Palanivel.

Situasi itu menimbulkan suasana tidak senang dalam MIC.

Pagi semalam MIC Selangor protes dengan membidas Umno cuba campur tangan dalam menentukan calon kerusi Hulu Selangor. -malaysian insider

Warkahdaily

BN TAK MAHU, MIC KATA MAU, MCA KATA TAK TAHU ,TERUKNYA BN NAK CARI CALUN


Pengerusi pemuda BN Khairy Jamaluddin berkata beliau tidak mengetahui golongan mana yang masih inginkan timbalan presiden MIC, Datuk G Palanivel sebagai calon di pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Beliau bagaimanapun mengakui wujudnya satu golongan dalam MIC di kawasan itu yang mengugut untuk memboikot pilihan raya tersebut sekiranya Palanivel tidak diletakkan sebagai calon.

BN dijadual mengumumkan calonnya pada jam 4 petang esok bagi pertandingan pada 25 April ini, namun hampir separuh daripada ketua-ketua cawangan MIC kawasan itu hari ini secara terbuka menyatakan sokongan kepada Palanivel.

Ada yang membayangkan untuk memulaukan pilihan raya tersebut sekiranya cadangan untuk mencalonkan Palanivel itu ditolak oleh BN.

Menurut Khairy, berdasarkan maklum balas yang diterima, masyarakat di kawasan itu mahukan calon daripada golongan muda MIC dan bukannya Palanivel (bawah) seperti yang ditekan oleh golongan berkenaan.

Katanya, keputusan daripada pemimpin BN mengenai penentuan calon parti itu perlulah dihormati.

"Ugut-mengugut ini bukanlah satu perkara sihat," kata Khairy ketika ditemui Malaysiakini di lobi parlimen hari ini.

Beliau juga mendakwa tidak mengetahui kononnya ada kumpulan yang masih menyokong Palanivel sebagai calon.

"Saya tidak tahu. Saya tidak tahu. Yang saya boleh jawab,sebagai pengerusi pemuda BN, feedback yang saya terima, inginkan kepada calon muda.

"Kemahuan mereka adalah untuk calon MIC dan perdana menteri telah jawab akan diberikan calon MIC.

"Jadi saya tidak tahu apa masalahnya (lagi). Mungkin ini sebahagian atau keseluruhan daripada parti MIC saya tidak tahu tapi akhirnya kita kena lihat keputusan yang akan dibuat.

"Saya dah turun dah dapat banyak feedback dan nampak gayanya hendak kepada calon tempatan. Orang muda hendak kepada calon muda," katanya.

Malaysiakini

UMNO TAK DAPAT CALUN MELAYU - KINI CALUN BEBAS SEORANG MELAYU TAWAR DIRI UNTUK BERTANDING


Seorang Lagi Calon Bebas Bertanding Di Hulu Selangor

HULU SELANGOR: Seorang ahli perniagaan, Johan Mohd Diah, 31, hari ini menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor 25 April ini.

Beliau merupakan calon kedua menawarkan diri selepas bekas Timbalan Pengerusi MIC Bahagian Hulu Selangor, V. S. Chandran mengumumkan bertanding.

"Saya anak jati Felda dan pengundi di sini. Saya sudah mengambil borang bertanding calon Bebas atas permintaan umum untuk membela nasib 1,000 orang peneroka di Felda Sungai Tenggi dan gugusan Felda Hulu Selangor yang ada 6,000 pengundi.

"Ramai orang berkaliber di sini...jadi kenapa nak undi calon dari luar seperti calon PKR dari Kelantan," katanya yang berasal dari Felda Sungai Tenggi dan mewakili kira-kira 20,000 pengundi muda di Hulu Selangor.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, pada 25 Mac akibat barah otak.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim telah dipilih sebagai calon PKR manakala Barisan Nasional (BN) dijangka mengumumkan calonnya esok.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mengumumkan calon BN untuk pilihan raya kecil itu pada pukul 4 petang esok.

Hari penamaan calon adalah Sabtu ini. - BERNAMA



Wednesday, April 14, 2010

Mungkinkah Hulu Selangor bakal menyaksikan pertandingan 10 penjuru hampir menyamai rekod 15 penjuru di Bukit Selambau?


PRK Hulu Selangor : 10 borang calon telah dijual

Posted by RAKYAT MARHAEN Rabu, 2010 April 14

Pengarah pilihanraya negeri, Dzulkifli berkata sebanyak 10 borang penamaan calon dijual kepada ejen atau wakil calon yang berhasrat bertanding pilihan raya kecil yang ditetapkan pada 25 April ini.

"Borang penamaan calon pilihan raya kecil Hulu Selangor dijual di dua pusat, Pejabat Pilihan Raya Negeri di sini dan Pejabat Pengurus, Pejabat Daerah Hulu Selangor. Ada juga yang membeli dua hingga tiga borang penamaan calon dari kedua-dua pusat ini," katanya kepada Bernama di pejabatnya di sini.

Penamaan calon pilihan raya kecil itu akan diadakan Sabtu ini di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Pejabat Daerah Hulu Selangor.

Dzulkifli berkata sebanyak 46 buah sekolah dan sebuah dewan orang ramai dengan 136 saluran mengundi serta 1,370 petugas terlibat dalam pilihan raya kecil itu.

Pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad akibat barah otak pada 25 Mac lepas

Mungkinkah Hulu Selangor bakal menyaksikan pertandingan 10 penjuru hampir menyamai rekod 15 penjuru di Bukit Selambau?

Begitulah rentak politik di Malaysia yang sentiasa panas dan sensasi selepas PRU 12.

Sementara itu Samy Vellu juga berang kerana berita MIC berpecah dan bergaduh serta beberapa majlis terpaksa dibatalkan tersebar.

Siapakah calon MIC di Hulu Selangor? lobi-melobi makin panas dalam BN.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

kredit to RAKYAT MARHAEN

Amalan Kaum Nabi Luth Yang Masih Diamal Oleh Remaja Hari Ini

KUALA LUMPUR: Ketika usaha pembanterasan banyak ditumpukan terhadap gadis urut yang menawarkan khidmat seks, ramai mungkin terlepas pandang terhadap ‘jejaka urut’ yang turut menyediakan khidmat serupa terhadap golongan sejenis yang bernafsu songsang.

JIJIK...pakej unik dan pelik.
JIJIK...pakej unik dan pelik.

Seorang pelanggan tetap sebuah pusat urut untuk golongan gay yang hanya mahu dikenali sebagai Daniel, 30, mendedahkan kepada Metro Ahad, khidmat disediakan di premis yang sering dikunjunginya adalah pelbagai dan lebih ‘advanced’ daripada rumah urut biasa.


Menurutnya, kewujudan pusat urut gay bukan perkara baru dan ia juga bukan beroperasi secara sembunyi atau eksklusif, sebaliknya sesiapa saja boleh mengunjunginya dan mendapatkan maklumat mengenai khidmat ditawarkan.


“Tanya saja di kaunter dan pelanggan akan diberi penerangan pakej urut disediakan. Urut tradisional biasa memang ada, tetapi mereka akan mempromosi pakej yang namanya unik dan pelik.

Baca seterusnya(sini)


Selamat Pengantin Baru kepada ADUN Bagan Pinang



Isa nikah Bibi Sharliza petang ini

SEREMBAN 13 April – Bekas Naib Presiden UMNO, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad yang menduda sejak 2005, akan bernikah dengan bekas Setiausaha Pergerakan Puteri UMNO, Bibi Sharliza Mohd. Khalid petang esok.

Upacara pernikahan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dengan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi itu akan berlangsung di rumah keluarga pengantin perempuan di Gentam, Kuala Pilah pukul 3 petang.

Mohd. Isa yang juga ADUN Bagan Pinang dan Ketua Penerangan UMNO negeri ketika dihubungi malam ini, mengesahkan mengenai pernikahan itu tetapi enggan mengulas lanjut.

“Tak perlulah diperbesar-besarkan. Saya perlu jaga hati ahli keluarga saya, anak-anak saya dan juga keluarga perempuan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Pada masa sama, keluarga Bibi Sharliza juga tidak dapat dihubungi untuk memberi kenyataan.

Terdahulu, bercakap kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan Khas bersama ketua-ketua sayap cawangan UMNO Bahagian Teluk Kemang di Dewan Bagan Pinang di sini, Mohd. Isa berkata:

“Kalau saya kahwin saya akan jemput semua. Saya akan beritahu anda apabila tiba masanya nanti.”

Mohd. Isa, 60, dilahirkan pada 14 November 1949 di Sungai Udang, Melaka dan mempunyai empat anak hasil perkahwinan dengan Allahyarham Puan Sri Hazizah Tumin yang meninggal dunia pada 7 Disember 2005 akibat penyakit kanser.

Beliau memulakan karier politik pada tahun 1978 dengan memenangi kerusi DUN Linggi sebelum dilantik menjadi Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) sehinggalah pilihan raya pada 1982.

Di peringkat akar umbi, beliau menjadi Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang sejak 1978 sehinggalah sekarang.

Pada 11 Oktober tahun lalu, Mohd. Isa memenangi kerusi DUN Bagan Pinang selepas menewaskan calon Pas, Zukefly Mohamad Omar pada pilihan raya kecil di kawasan tersebut.

Sementara itu, Bibi Sharliza yang merupakan ibu tunggal dilahirkan pada 20 November 1970 dan memulakan karier politik sebagai Ketua Pergerakan Puteri UMNO negeri dan Ketua Penerangan Puteri UMNO dari tahun 2000 hingga 2003.

Krtedit kpd kedahlanie.blogspot.com/


MAI TENGOK PENGUMUMAN CALUN APA KATA ANUAR




Tuesday, April 13, 2010

P094 : Dato Zaid Ibrahim calon dari PKR/PR.


Datuk Zahid Ibrahim hari ini dipilih sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Menurut sumber, pemilihan Zaid itu dibuat oleh biro politik PKR yang bermesyuarat di rumah ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi ini.

“Keputusan memilih Zaid buat sebulat suara,” kata sumber itu lagi.

Zaid yang juga bekas menteri yang bertanggungjawab mengenai hal-ehwal perundangan ketika dalam barisan kabinet bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum berpaling tadah ke PKR.

Beliau dijangka akan diperkenalkan secara rasmi sebagai calon Pakatan Rakyat di sebuah ceramah di Serendah, malam ini.

Zahid dikatakan sebagai calon terbaik bagi PKR untuk mempertahankan kerusi itu kerana pengalamannya yang luas.

Kerusi Parlimen Hulu Selangor kosong selepas penyandangnya Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia pada 25 Mac lepas akibat barah otak.

Pada pilihan raya umum 2008, wakil rakyat PKR itu menewaskan calon Barisan Nasional Datuk G Palanivel dengan majoriti tipis 198 undi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini mengesahkan bahawa BN akan meletakkan calon daripada MIC untuk bertanding pada pilihan raya kecil yang akan diadakan 25 April ini.

BN dijangka mengumumkan calonnya pada 15 April, iaitu dua hari sebelum penamaan calon, dan desas-desus mengatakan Palanivel akan diberi peluang kedua untuk merampas kembali kerusi yang pernah disandangnya sebanyak tiga penggal itu.



KAN DAH BERTAMBAH BERCELARU LAGI APA NAK JADI !!!


Majlis Perundingan Agama Budha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (Mccbchst) membidas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merujuk Jawatankuasa Khas Perundingan Antara Agama yang ditubuhkan sebagai 'tidak penting'.

Bercakap kepada pemberita di Sungai Buaya, Hulu Selangor, semalam, Muhyiddin berkata panel itu dianggotai oleh mereka yang tidak akan mengancam kedudukan Islam kerana ia bukannya satu suruhanjaya.

"Jawatankuasa ini dibuat dalam bentuk pentadbiran di bawah Jabatan Perdana Menteri, mungkin ada hasil-hasil perbincangan yang boleh digunakan sebagai panduan untuk tambah baik perhubungan antara kaum yang boleh kita ambil.

"Tetapi soal-soal tentang kedudukan agama Islam itu tidak akan disentuh, kedudukan dan martabatnya tidak akan disentuh, kita kena hormat antara agama dan wujudkan semangat kerjasama," katanya lagi.

Menurut kenytaan media yang dikeluarkan oleh Mccbchst, malam semalam adalah sukar bagi Jawatankuasa Khas Perundingan Agama itu meneruskan tugas mereka bagi memupuk keharmonian dan kefahaman antara agama jika kenyataan Muhyiddin itu tidak dijelaskan.Pandang rendah

Menurut kenyataan yang ditandatangani oleh Dr Thomas Philips selaku presiden majlis itu, adalah amat dikesalkan kerana kenyataan itu dikeluarkan oleh seorang menteri kabinet, lebih-lebih lagidaripada timbalan perdana menteri yang memandang rendah terhadap pemimpin yang berlainan agama di negara ini.

Katanya, perwakilan pelbagai agama dalam Mccbchst komited bagi mengadakan dialog ikhlas dan berterus terang dengan agama lain di meja rundingan secara saksama.

Mccbchst juga berharap menteri yang bertanggungjawab terhadap integrasi dan perpaduan nasional akan menjelaskan perkara berkenaan sebelum jawatankuasa khas itu boleh meneruskan tugasnya dengan kredibel.

Semalam, Jawatankuasa Fatwa Perak yang bersidang dari Selasa hingga Khamis lalu membantah penubuhan Jawatankuasa Perhubungan Antara Agama yang diluluskan jemaah menteri.

Pengerusinya yang juga Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata perbincangan mengenai agama Islam tidak memerlukan campur tangan bukan Islam.

Harussani berkata, ia bukan medium yang sesuai kerana dibimbangi akan wujud tuntutan tidak munasabah di kalangan penganut agama lain.

Jawatankuasa yang ditubuhkan pada Februari lalu itu diketuai bekas Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Ilani Isahak.

Ahad lalu, Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) juga mempersoalkan pembentukan Jawatankuasa Kerja Perhubungan Antara Agama dan menentang penubuhan itu.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali juga mempertikaikan kebijaksanaan meletakkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Koh Tsu Koon menyelia jawatankuasa itu selaras dengan tugasnya yang bertanggungjawab terhadap Jabatan Pepaduan dan Integrasi Kaum.

Malaysiakini

Pakatan Rakyat Tidak Rela Wang Rakyat Dibayar Kepada Israel-Zionis


AMPANG 12 APR: Pimpinan Pakatan Rakyat sama sekali tidak akan merelakan wang rakyat digunakan untuk membayar sebuah firma yang terang-terangan didalangi pimpinan Israel-Zionis.

Bercakap depan kira-kira 1,000 penduduk sekitar Taman Chempaka Perdana di sini, Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid menegaskan latar belakang dan modus operandi APCO Worldwide jelas diragui.

"Lembaga Pengarah APCO ini merencanakan One Israel. Ini bukan kebetulan sebab itu, kita tidak mengizinkan duit rakyat dibayar kepada manusia Israel-Zionis," katanya dengan lantang.

Beliau kesal kerana Malaysia tiada hubungan diplomatik dengan Israel sebaliknya kerajaan Umno-Barisan Nasional melantik APCO Worldwide sekaligus bersahabat dengan segala bentuk kezaliman Israel terhadap rakyat Palestin.

"Dalam masa sama, kerajaan Umno BN mengambil APCO Worldwide menjadi penasihat komunikasi, maknanya APCO dibayar dalam membantu gerak kerja negara.

"Satu tangan kita serang bermati-matian (isu melibatkan kekejaman Israel) di peringkat antarabangsa, satu tangan kita angkat mereka menjadi penasihat negara," kata Abdullah Sani lagi.

Turut berucap ialah Datuk Seri Nizar Jalaludin yang terkilan kerana pimpinan Umno BN menggunakan wang rakyat yang majoriti beragama Islam untuk disalur kepada dana Israel-Zionis.

"Umno tahu mereka berinteraksi dengan syarikat yang berpangkalan di Tel Aviv. Mereka turut mengesa kerajaan Malaysia dan Parlimen meluluskan bayaran lebih RM20 juta kepada Asiasoft," katanya.

TVSelangor.com

Taman rekreasi Terengganu Waterfront pangkalan maksiat


KUALA TERENGGANU: Taman rekreasi Terengganu Waterfront, di sini dimajukan pihak berkuasa bagi memudahkan orang ramai bersantai dan berehat sambil menikmati keindahan Sungai Terengganu yang menenangkan, tetapi selepas beberapa tahun, kawasan itu kini semakin tidak begitu selesa lagi dikunjungi keluarga lantaran onar dicetuskan pasangan muda mudi. Bagi pasangan kekasih yang tengah hangat bercinta, kawasan yang tersorok dan sunyi, terutama pada hari bekerja, menjadi ‘pangkalan’ untuk memadu kasih dan melepaskan kerinduan masing-masing.


Malah, kawasan itu juga dikatakan menjadi tempat segelintir pasangan remaja liar memuaskan nafsu pada waktu siang sehingga menimbulkan kebimbangan ibu bapa yang membawa anak ke kawasan berkenaan.

Seorang pekerja pembersihan di kawasan itu, Ibrahim Mohd, 53, mendakwa dia pernah menyaksikan lebih daripada 10 perlakuan maksiat setiap hari di kawasan itu, membabitkan remaja awal 20-an berpeleseran di taman terbabit melakukan perlakuan sumbang di khalayak ramai.

Menceritakan pengalamannya, dia berkata, pernah satu hari pada bulan Januari lalu pada jam 12 tengah hari ketika berada di kawasan berkenaan, dia melihat sepasang remaja tanpa segan silu bercengkerama di atas pagar batu.

Ibrahim berkata, melihat perbuatan pasangan remaja melakukan seks oral di kawasan itu, dia menghampiri pasangan berkenaan untuk memberi nasihat, namun remaja lelaki terbabit mengeluarkan sebilah pisau dan mengacukan kepadanya.


Katanya, melihat keadaan tidak terkawal apabila remaja lelaki berkenaan mula mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya, dia kemudian meninggalkan kawasan itu kerana bimbang kejadian tidak diingini berlaku kepadanya.

"Sejak saya bekerja di kawasan ini, lebih daripada 100 perlakuan maksiat sudah saya saksikan, dengan pelbagai perlakuan ditunjukkan tanpa segan silu dan yang lebih memeranjatkan aksi perlakuan seks turut dilakukan secara terbuka di kawasan ini.

Baca seterusnya

Monday, April 12, 2010

Amalan Kaum Nabi Luth Yang Masih Diamal Oleh Remaja Hari Ini

Ada empat amalan yang dilakukan oleh umat Nabi Luth terdahulu, tetapi masih lagi diamalkan oleh remaja zaman moden ini. Kaum Nabi Luth melakukan amalan-amalan ini dengan tujuan untuk menarik perhatian kaum sejenis untuk melakukan perbuatan terkutuk yakni liwat. Amalan-amalan tersebut ialah:

* Bersiul dengan mulut untuk menarik dam mengajak pasangannya untuk melakukan liwat.

* Duduk atau lepak di tepi jalan dengan tujuan untuk memburu mangsa untuk melakukan perbuatan liwat. Rasulullah melarang umatnya daripada duduk di tepi jalan. Kalau perkara itu tidak dapat dielakkan maka hendaklah kita tunaikan hak-hak jalan iaitu: Tunduk pandangan, menutup pendengaran, menjawab salam dan memberi laluan.

*Membuka butang baju di bahagian dada. Kaum Nabi Luth membuka dada mereka untuk bermegah-megah dengan dada yang bidang, bulu dada dan untuk menarik perhatian pasangan mereka.

* Memakai seluar terlondeh hingga ke paras tulang punggung dengan tujuan untuk memperlihatkan dan menarik perhatian kaum sejenis.

P/S: Sesuatu budaya atau fesyen yang hendak diikut hendaklah dirujuk kepada orang lebih tahu tentang agama terlebih dahulu. Barulah selamat dunia dan akhirat.


Jawatankuasa Fatwa Perak bantah Jawatankuasa Perhubungan Antara Agama


IPOH: Jawatankuasa Fatwa Perak yang bersidang dari Selasa hingga Khamis lalu membantah penubuhan Jawatankuasa Perhubungan Antara Agama yang diluluskan Februari lalu.

Pengerusinya yang juga Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata perbincangan mengenai agama Islam tidak memerlukan campur tangan bukan Islam. Jawatankuasa yang ditubuhkan pada Februari lalu itu diketuai bekas Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Ilani Isahak.(Sini)


Usah bimbang peranan Tsu Koon dalam jawatankuasa antara agama: Muhyiddin(Sini)

Muhyiddin berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) untuk menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bagi membantah Jawatankuasa Antara Agama untuk menyelesaikan pertikaian berkaitan agama diletakkan di bawah tanggungjawab Dr Koh kerana ia membabitkan soal agama Islam.

Mengulas pendapat Pengerusi Perkasa, Datuk Ibrahim Ali bahawa pelantikan bekas Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Ilani Ishak sebagai pengerusi jawatankuasa itu juga tidak bertepatan, Muhyiddin berkata, Ilani mempunyai pengalaman dan peluang harus diberikan untuk beliau menerajui jawatankuasa itu.

"Ilani ada pengalaman, kita bagi dia peluang, wakil-wakil dari Majlis Fatwa Kebangsaan pun ada, dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pun ada, saya tak fikir kita harus bimbang," katanya


Ayid>>> Satu kata usah bimbang dan satu kata membantah, kita sama-sama tengok nanti

MEREKA BARU MERASA APA YANG KITA RASA

Susah juga jadi pembangkang mungking itu yang tersirat dalam pemikiran Menteri ini kut!!!

Nah! sekarang kamu rasa apa yang PR rasa wahai Shafie Apdal

Maklumlah, orang baru nak belajar jadi pembangkang. Sebelum ni mana pernah jadi pembangkang lagi. Tapi satu je WarkahDaily nak pesan kat Shafie Apdal, janganlah segan pulak nak jadi pembangkang.

Sekarang ni, pandai-pandailah jadi pembangkang yang patuh dengan kerajaan (Pakatan). Cuba anda fikir sejenak. Cuba bagitahu, negeri mana di Malaysia yang diperintah BN telah dengan senang hati memberi peluang kepada pembangkang untuk menggunakan kemudahan asas seperti dewan untuk program PR bersama rakyat.

Laporan akhbar menyebut, Datuk Seri Shafie Apdal kecewa kerana tidak dapat menggunakan sebuah dewan orang ramai di Kampung Selisek, di Ulu Bernam, Selangor.

Menteri Pembangunan Luar Bandar itu berkata tindakan itu menunjukkan kerajaan Pakatan Rakyat bertindak tidak adil setelah membentuk kerajaan di Selangor.

Jika kerajaan Pakatan Rakyat dituduh Shafie Apdal sebagai tidak adil, tapi bagaimana pula dengan kerajaan BN yang selama ini jauh langit dengan bumi ingin memberi pembangkang menggunakan dewan orang ramai atau kemudahan lain. Adilkah BN.

Orang Melayu selalu kata, "cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar". Cakap jangan sebarang cakap. BN lagi teruk dari itu lagi. Bukan setakat tempat hak milik orang ramai dinafikan kepada pembangkang, bahkan lebih teruk lagi, tempat persendirian atau hak milik kerajaan Pakatan Rakyat pun mereka cuba halang. Bukti, pada malam ulangtahun Pakatan Rakyat di Selangor baru-baru ini telah diserbu oleh polis atas arahan pemimpin kerajaan BN. Jangan semut di seberang kita nampak tapi bangkai gajah depan mata tidak pula nampak.

Umno-BN baru rasa ke tak dapat guna dewan dan kemudahan kerajaan? Selama ini, pembangkang sudah berbuih mulut duk mintak pelepasan nak guna dewan orang ramai nak buat aktiviti yang berkaitan rakyat. Tapi, apakah kerajaan semasa di sesebuah negeri di bawah pemerintahan Umno-BN membenarkannya?

Sekarang pandai pulak mengatakan benda yang sama yang dirasai Pakatan Rakyat di negeri pentadbiran Umno-BN.

Sudah-sudahlah cakap tak serupa bikin. Bila terkena atas kamu, kamu terasa pedihnya, tapi yang kamu nafikan hak Pakatan Rakyat tu dibolehkan ke?

Sekarang kamu dah terasa apa yang pernah kamu buat ke atas Pakatan Rakyat selama ini. Cerminlah muka kamu dulu sebelum mahu mengatakan orang.

WarkahDaily Online

PEKERJA ESTATE DUN BAGAN PINANG TAGIH JANJI RUMAH, WANG BANTUAN


BAGAN PINANG 11 APR: Masyarakat India di empat ladang dalam DUN Bagan Pinang kecewa berikutan perumahan sempurna dan bantuan kewangan yang dijanjikan Umno Barisan Nasional (BN) ketika kempen, hanya janji palsu.

Kekecewaan itu kemudian mendorong 67 penduduk di empat ladang berkenaan untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini.

“BN tipu sama kita. Mereka janji mahu beri wang. Dia kata mahu beri rumah di Ladang Siliau, itu pun tidak ada. BN tidak tolong kami, kami susah. BN bagi duit enam bulan sahaja kemudian tidak ada lagi," kata seorang daripada mereka.

Itu luahan Kalimah a/p Kupun yang kecewa dengan tindakan Umno BN selepas dijanjikan 150 rumah melalui projek perumahan kos rendah (PPRT) di Ladang Siliau, mukim Port Dickson tapi tidak ditunaikan sehingga kini.

Malah, beliau berkata bantuan wang tunai berjumlah RM300 sebulan yang dijanjikan kepada penduduk estet cuma dilaksanakan selama beberapa bulan, kemudian dihentikan begitu sahaja.

M Selua Raju pula berang dengan cakap-cakap kosong pimpinan Umno-BN yang menyifatkan kerajaan Pusat hanya memanipulasi kaum India di kawasan tersebut.

“Masa undi, janji mahu bagi RM300 tapi sudah menang terus stop (henti). BN tipu semua orang. BN semua kaki tipu. Masa mahu undi macam-macam cakap tapi selepas itu tidak datang jenguk lagi," katanya.

N Tamil Maran pula mempersoal siapa yang mengaut keuntungan terhadap tanah 15 ekar – lokasi yang sepatutnya didirikan 150 rumah PPRT kepada penduduk empat ladang estet.

“Kita tanya sama ketua-ketua MIC, berapa mereka dapat tapi semua diam saja. Kalau dapat wang dapat, beri pada sekolah atau surau. Kawasan ini lebih kurang 15 ekar, RM20,000 boleh dapat,” katanya.

Lantaran itu, M Selua berharap pengundi Hulu Selangor berwaspada supaya tidak mudah terpedaya dengan mulut manis pimpinan Umno-BN.

“Orang Hulu Selangor, jangan beri BN menang tapi lebih baik sokong PKR. Sekarang orang BN mesti sibuk cuci otak orang Hulu Selangor. BN selalu cakap macam-macam untuk menang. MIC memang kaki tipu," katanya.


Ayid>>Alahai Bagan Pinang, apa dah jadi disangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Mengharapkan bantuan tak datang-datang dah nak PRK sekali lagi

LAGI KES BUANG BAYI DI LAPORKAN. KINI DALAM TONG SAMPAH PULA

Pembuangan Bayi kini dan menjadi satu tren kepada rakyat malaysia. Dimana silap nya, apakah tiada jalan penyelesaian untuk membasmi perkara ini berulang lagi. Penyelesaian paling mudah kembali ke Ajaran Islam (Bagi yang beragama Islam)

ANGGOTA polis mengangkat mayat bayi lelaki yang baru dilahirkan yang dibuang dalam tong sampah di Kampung Tanjung, Sungai Choh, Rawang. Mayat bayi yang cukup sifat itu ditemui jam 8 pagi tadi. - Foto Md Fuzi Abd Lateh

Berita Harian

Sunday, April 11, 2010

BINA SEKOLAH DI DUN BAGAN PINANG BELUM TERTUNAI

UMNO kini mulai menabur janji pula di Hulu Selangor, perjanjian mereka di Bagan Pinang masih lagi belum tertunai. Di Bagan Pinang perjanjian untuk mendirikan sebuah sekolah masih belum tertunai, kini mereka berjanji akan mendirikan 4 buah sekolah pula di Hulu Selangor. Adakah Hulu Selangor akan senasib dengan Bagan Pinang




Janji Umno-BN Bina Sekolah Di DUN Bagan Pinang Belum Ditunai

BAGAN PINANG 11 APR: Kerajaan Umno Barisan Nasional sehingga kini belum menunaikan janji-janji pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, kononnya mahu membina sekolah di Taman Intan Teluk Teluk Kemang.

Biarpun sudah lima bulan pilihan raya kecil itu berlalu, namun sampai sekarang tiada tanda-tanda projek pembinaan sekolah berkenaan menjadi realiti sebagaimana harapan rakyat.

Setiap kali pilihan raya berlangsung, Timbalan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan, Nor Azizi Abdullah berkata Umno-BN pasti sibuk menabur gula-gula politik sehingga akhirnya memakan diri sendiri.

Beliau mendapati BN seolah-olah tidak peduli keada kemarahan rakyat Bagan Pinang yang ditipu pada pilihanraya kecil lalu dan belum reda hingga kini, sebaliknya terus menggunakan umpan yang sama di Hulu Selangor.

“Apabila ada pilihanraya kecil, Barisan Nasional (BN) pasti menjanjikan pembangunan termasuk di Bagan Pinang. Janji pembangunan adalah janji yang menyebabkan rakyat bertukar pendirian dan menyokong BN.

"Bagaimanapun, janji-janji itu langsung tidak ditunaikan," katanya kepada TV Selangor hari ini.

Ketua Penerangan AMK Negeri Sembilan, Mohd Saufi Mi'ad pula berasa hairan kerana Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi umpan sama di Hulu Selangor, kali ini bukan satu tetapi empat sekolah.

“Kita rasa pelik apabila PRK Hulu Selangor belum berlaku lagi, Muhyiddin berjanji membina empat sekolah di Hulu Selangor sedangkan di Bagan Pinang masih belum bergerak apa-apa lagi.

Beliau memberi amaran bahawa banyak lagi pendedahan akan dibuat AMK Negeri Sembilan jika Umno-BN terus-terusan cuba menipu pengundi Hulu Selangor.

“Kita simpan data mengenai janji-janji yang dibuat Umno-BN. Banyak yang kita simpan tapi kita ambil pendekatan untuk mendedahkan sebahagian dahulu untuk peringatan.

Namun, beliau menegaskan, AMK Negeri Sembilan tidak teragak-agak membuat pendedahan pada pilihan raya Hulu Selangor dengan membentang data-data betapa BN bukanlah parti yang baik untuk menjadi kerajaan.

TVSelangor.com

TAZKIRAH PRK

Waka kaka di musim PRK ini banyak sumbangan yang datang mencurah-curah, samada ada sumbangan itu dapat diterima allah atau tidak walllahualam. Lebih baik kita katakan pemberian dan sumbangan semasa PRK ini termasuk dalam kategri 'Bagi dan ambil'

Berikut adalah bab-bab kelebihan bersedekah, satu amalan sunat yang dituntut Islam.

Kelebihan Bersedekah

Bersedekah adalah satu amalan sunat yang sangat dituntut oleh Islam. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: " Tidak akan berkurang harta orang bersedekah". Bersedekah ini boleh dianalogikan seperti kita mengambil air dari perigi atau telaga dengan menggunakan timba. setiap kali kita mengambil air daripada perigi tersebut maka akan digantikan dengan air lain pula tanpa berkurang sedikit pun. Kita harus faham bahawa rezki yang Allah s.w.t berikan kepada kita bukanlah untuk kita seorang sahaja. Sebenarnya kita diamanahkan oleh Allah s.w.t untuk menjaga dan mengagihkan rezki tersebut untuk insan lain juga. Contohnya dalam slip gaji kita ada rezki orang lain. Apabila dapat duit maka kereta kita rosak maka ia adalah rezki orang bengkel, tengah bulan pula anak demam , maka ia rezki doktor, petang jumaat perg pasar malam, maka ia rezki penjaja, nak pergi kerja isi minyak, maka ia rezki pengusaha pam minyak. pegi KL lalu TOL( Tahan Orang Lalu), maka ia rezki PLUS. Sebab itu ulama' berpendapat rezki itu ialah apa yang kita pakai, guna, makan sahaja, adapun duit yang berjuta-juta yang kita sayang nak keluarkan , itu belum tentu duit kita, bila kita mati ia milik orang lain. Harta kita sebenarnya ialah duit yang kita infaq atau sedekah kepada jalan Allah s.w.t sahaja seperti sedekah kepada masjid, anak yatim, fakir miskin dan sebagainya. Ini kerana duit yang telah disedekahkan tersebut akan ditukarkan dalam bentuk pahala yang akan memberikan manfaat kepada kita di alam kubur dan seterusnya di akhirat nanti.

Baca lagi(albesuty)Sini

MUNGIKIN KAH INI PETANDA BN AKAN KALAH!!!!

Apa hal pulak dengan Markas BN ini, belum lagi berperang dan kena serang dengan banjir, jika perkara sebegini berterusan, akan susah BN nanti untuk melakasanakan proces mengadu domba untuk rakyat di Hulu Selangor nanti. Mungkinkah ini petanda BN akan kalah lagi.


Kawasan markas BN sudah dilimpahi air
Safri Ali

HULU SELANGOR, 11 April: Apa sudah jadi dengan kawasan markas dan bilik gerakan Barisan Nasional (BN) di Bukit Sentosa, Rawang yang mula dilimpahi air.

Belum pun dibuka secara rasmi dan hanya menunggu masa untuk menjadi markas bagi ‘memperbodohkan’ para pengundi di kawasan Parlimen Hulu Selangor, hujan yang tidaklah selebat mana pun malam semalam telah menjadikan kawasan binaan yang menelan belanja ratusan ribu ringgit itu ditenggelami air.

Markas di atas tanah tinggi di depan masjid baru Bukit Sentosa itu tentunya akan menjadi markas untuk para pemimpin BN berkumpul, bermesyuarat dan berbincang bagaimana untuk terus menipu rakyat dengan slogan-slogan hipokrit dan adu domba.

Dalam sehari dua ini juga akan dapat menyaksikan kawasan Bukit Sentosa dipenuhi pemimpin yang datang dengan kereta besar, gah dan mewah menjelang hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor pada 17 April sehingga pembuangan undi pada 25 April ini.


Harakahdaily

Noh nafi pamerah mini Maha ada kaitan dengan p'raya

Wa kaka ka, penapian lagi dari pihak UMNO, tentang (Mani Maha) yang di adakan di Hulu Selangor, UMNO kata program telah di rancang awal, fuyo mereka seolah-olah dah tahu akan PRK pasti berlaku di HULU SELANGOR. Hebat betul ramalam UMNO ini. Hebat-hebat!!!!

Malaysiakini

Noh nafi pamerah mini Maha ada kaitan dengan p'raya


Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar menafikan dakwaan pihak pembangkang bahawa Mini Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Partanian (Mini Maha) yang diadakan di Hulu Selangor mempunyai kaitan dengan pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini.

Beliau berkata program tersebut telah dirancang lebih awal dan diadakan bagi mendekatkan rakyat dengan pegawai di kementeriannya di samping memberi pendedahan kepada pengusaha baru untuk memulakan kegiatan pertanian.

"Program Mini Maha ini telah dirancang lebih awal untuk diadakan dan Hulu Selangor dipilih sebagai tuan rumah kali ini," katanya pada sidang media selepas perasmian Mini Maha, di Hulu Selangor malam tadi.

Beliau berkata satu pameran Maha peringkat antarabangsa juga akan diadakan pada November ini dan antara negara yang dijangka menyertainya ialah Australia dan New Zealand serta negara Eropah.

"Kami mensasarkan 2 juta pengunjung pada pameran itu nanti," katanya.

Di majlis malam tadi, Noh turut mengagihkan RM6.4 juta yang diperuntukkan kerajaan bagi membantu sektor pertanian, penternakan dan penanaman di daerah Hulu Selangor.

Antara yang menerima peruntukan itu ialah pengusaha kolam (RM190,000), penanam nenas (RM15,000) dan sebanyak RM10,000 diberi kepada pihak veterinar bagi mengadakan program protein untuk rakyat.


UMNO PALING LAWAK DI MUKA BUMI.....SALAHKAN PR KERANA TAK BINA SEKOLAH


Wa kaka mau kelentong pun tak kena tempat, adakah patut kata PR tak dirikan Sekolah untuk Rakyat, Umum tahu Pak Menteri, sekolah tu tanggung jawab Kerajaan Pusat, bukan Kerajaan Negeri



Kah..Kah..inilah menteri paling lawak di Malaysia. Kata kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sebagai penumpang kerana tak bina sekolah. Inilah kenyataan bangang yang keluar daripada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.

"Semua pembangunan lama BN yang bina, sebagai contoh, kita (BN) bina 50 sekolah rendah dan 16 sekolah menengah (di Hulu Selangor)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program motivasi keibubapaan dan anugerah kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Kerling di sini pada Sabtu. - BERNAMA

Kah..kah…kah..memang kai penipu. Orang kampong pun nak ditipunya hidup-hidup. Kerja membina sekolah tu kerja siapa. Bukankah ia kerja Kerajaan Persekutuan di bawah senarai satu Perlembagaan Persekutuan. Tak caya jom kita baca peruntukkan tu

JADUAL KESEMBILAN [Perkara 74, 77] Senarai Perundangan

Senarai I—Senarai Persekutuan

13. Pendidikan, termasuk—

(a) Pendidikan rendah, menengah dan universiti; pendidikan vokasional dan teknik; latihan guru; pendaftaran dan pengawalan guru, pengurus dan sekolah; pemajuan pengajian khas dan penyelidikan; pertubuhan sains dan sastera;

Inilah kerja tipu oleh pemimpin UMNO sekali lagi. Dah lah langgar peraturan SPR supaya tidak berkempen sebelum hari penamaan calon (lepas juga mamat tak pandai ni berkempen), pastu buat kenyataan paling tak bijak setakat ini di Malaysia. Boleh masuk dalam catitan Malaysia Book of Record kalau ada orang hantar pencalonan. Lawak memang lawak Timbalan Menteri ni. Kalau bodoh sorang takpa, ini ajak orang kampong terlibat sama.

Untuk pengetahuan mereka-mereka yang dah ditipu oleh Timbalan Menteri tak betul ini, pembinaan sekolah sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah, atau sekolah tamil sekalipun, ianya di bawah bidangkuasa kerajaan Persekutuan. Kalau tak buat apa bayar cukai kat kerajaan Persekutuan. Lagi satu, kalau yuran sekolah dibayar, duit tu dapat kat kerajaan negeri Selangor ke? Sudah tentu dapat kerajaan Pusat BN melalui Kementrian Pelajaran. Haru biru betullah pemimpin UMNO.

Baca lagi Justice For All

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak