Saturday, August 3, 2013

Antara sup babi dan video anjing

Antara sup babi dan video anjing

Ramadan kali ini meriah dalam kegelisahan kaum dan keagamaan. Satu demi satu isu kaum dan keagamaan muncul menjadi tatapan harian kita.

Ramadan kali ini datang bersama barakah yang "baru" -- anjing, bilik persalinan dan sup babi. Ia disambut dengan sup dan, seminggu menjelang Aidilfitri, diakhiri dengan anjing.

NONEDi tengah-tengahnya ada ruang makan di tempat mandi!

Dua haiwan ini pula simbolisme yang paling mengerikan orang Melayu di negara kita, yang semuanya dipaksa dan terpaksa menghayati Ramadan.

Sama ada wajar atau tidak kengerian itu, simbolisme itu menggugah keyakinan kita pada keharmonian masyarakat yang selama ini mendabik dada sebagai "jamak budaya".

Di awalnya, Melayu rasa tergugat angkara pasangan bukan Islam. Kemudian orang bukan Melayu pula gelisah dengan keputusan guru besar Islam.

Benar atau salah, kedua-duanya ditanggap sebagai isu antara kaum dan antara agama.

Namun di hujung Ramadan, orang Melayu dihadapkan dengan persoalan yang lebih serius, mendasar dan memakan diri mereka sendiri.

Garis keras Dr M atau transformasi?


Ibaratnya, orang Melayu dipaksa menatap wajah hodoh diri sendiri di cermin yang retak.

TimbaNONElan perdana menteri Muhyiddin Yassin-lah orang pertama yang terpandang wajah hodohnya sendiri apabila mengaitkan insiden "menghina agama" dengan orang bukan Melayu!

Dalam insiden pasangan Alvivi bersama bah kut teh mereka, orang Islam boleh menyalahkan kaum lain.

Kebetulan "kaum" itu pula ada signifikasi politik dalam konteks pilihan raya umum ke-13 -yang selama ini sudah bergelumang dengan kecemburuan ekonomi Melayu.

Tetapi isu video anjing dan takbir raya bukan lagi isu antara kaum atau antara agama; ia sudah menjadi isu dalaman Melayu dan juga, barang kali, isu antara Melayu dan anjing-anjingnya!

Semua itu pula datang dalam semangat politik pasca pilihan raya umum dan keresahan aliran berhaluan kanan untuk menterbalikkan apa sahaja projek transformasi perdana menteri.

NONEEmpat tahun selepas itu, pentadbiran Najib Abdul Razak sedang meniti hari-hari krisis besar dalam hidupnya: sama ada beliau akan menjejak garis-garis keras Dr Mahathir Mohamad atau kekal dalam projek transformasinya.

Barang perlu diingat, Dr Mahathir bermula pada 1981 dengan harapan, keterbukaan dan imej bersih. Pada pilihan raya umum setahun selepas itu, beliau melancarkan slogan 'Bersih, Cekap dan Amanah' (BCA).

Seperti Najib, Dr Mahathir juga membebaskan tahanan ISA.

Tergendala disergah PERKASA

Seperti Najib yang mahu meraikan kegelisahan kaum bukan Melayu dan penghuni kota; Dr Mahathir juga mahu merayakan tuntutan kaum Islamis dengan universiti dan bank Islam.

Tokoh Islamis waktu itu Anwar Ibrahim menyertai kerajaannya.

ops lalang 261005 star front pageNamun sepenggal pentadbiran Dr Mahathir selepas pilihan raya umum 1982 hingga 1986 dipenuhi skandal demi skandal kewangan dan disulami kebejatan politik demi kebejatan politik, termasuk kehancuran Umno.

Kemuncaknya kini sudah terpampang: Operasi Lalang 1987, krisis kehakiman 1988, krisis dengan istana pada awal 1990-an dan diakhiri dengan krisis dengan timbalannya Anwar pada penghujung dekad itu.

Pembolotan sumber ekonomi dan pemusatan kuasa dipagari pula kawalan undang-undang yang sangat ketat - yang tidak pernah dilakukan oleh tiga perdana menteri sebelumnya.

Tunku Abdul Rahman dan Hussein Onn gelisah dan membantah Dr Mahathir. Tidak seperti nasib mantan perdana menteri itu, Najib berdepan dengan Mahathir dan Abdullah Ahmad Badawi yang setia bersamanya.

Najib bersama gerombolan elit berkuasa Umno, Melayu haluan kanan dan sendi utama pentadbirannya kini - jika tidak diawas-awas - sedang menyusun gerak politik "Mahathir 2.0"!

Dokumen ekonomi Najib yang digelar Model Ekonomi Baru (NEM) sudah lama tergendala. Gara-gara sergahan PERKASA, organisasi hingusan yang dipayungi Dr Mahathir, Najib tidak sanggup meneruskannya.

'Demokrasi terbaik' yang berantakan

Nasib dasar ini sama dengan projek Hadhari Abdullah. Hanya gah dengan suruhanjaya diraja memperbaiki polis tetapi kecut untuk melaksanakan IPCMC, badan pemantau bebas yang disarankan untuk suruhanjaya itu.

abolish isa ramadhan protest 131006 muffledGertakan Bukit Aman dan sergahan Pemuda Umno menghanyutkan terus mimpi IPCMC Abdullah.

Kini, apa sahaja yang cuba ditonjolkan sebagai "demokrasi terbaik dunia" bawah Najib sedang berantakan satu demi satu.

Ordinan Darurat (EO) dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ingin dikembalikan atas alasan kawalan jenayah dan keresahan antara kaum.

Akta Hasutan yang ingin dimansuhkan hanya sampai di halkum. Akta Perhimpunan Aman tidak menjamin kebebasan berkumpul dan Internet pula kini dipermasalahkan.

Di simpang inilah, tiba-tiba perjalanan Najib dihantui insiden tembakan, rompakan berprofil tinggi, sup babi dan video anjing. Semuanya bergentayangan di kelopak matanya!

Sejak April 2009, pentadbiran Najib sedang meniti krisis besar dalam hidupnya: sama ada beliau akan menjejak garis-garis keras Dr Mahathir atau kekal dalam projek transformasinya.

Tepuk dada Najib, tanya siapa?

Wednesday, July 31, 2013

Individu sambut Aidilfitri dengan anjing nafi hina Islam. Melayu we Maznah Mohd Yusof, 38


Video yang kini tersebar di internet menunjukkan Maznah menyambut raya bersama tiga anjingnya.Video yang kini tersebar di internet menunjukkan Maznah menyambut raya bersama tiga anjingnya.Baca lagi sini:  http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/individu-sambut-aidilfitri-dengan-anjing-nafi-hina-islamIndividu melakonkan watak menyambut Hari raya Aidilfitri bersama tiga ekor anjing yang menjadi perhatian di laman sosial menafikan beliau menghina Islam, sebaliknya menegaskan video yang dimuat naik itu adalah dirinya dan ia kini dikaitkan dengan pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee.
Maznah Mohd Yusof, 38, berkata berdasarkan pengetahuannya, Islam tidak pernah menghalang umatnya daripada membela atau menjaga anjing.
"Video ini dibuat tiga tahun lalu, kenapa jadikannya sebagai isu sekarang?

Sunday, July 28, 2013

Kehebatan anak dan menantu dalam PAS



1. Sebentar tadi saya menerima e-mail dari seorang rakan yang merujuk saya kepada artikel bertajuk  "Kebangkitan Pengaruh Menantu, Kali ini dalam PAS" oleh Amin Iskandar seorang pengarang berita di portal The Malaysian Insider.

2. Saya melihat artikel itu sarat dengan spekulasi yang mencetus fitnah. Ia dilihat sengaja dicetus untuk membantu pihak yang mahu menjatuhkan Tuan Guru Abdul Hadi Awang lalu merosakkan kredibiliti ulama tersohor yang kini sedang menerajui kepimpinan PAS.  [Sebab itu gambar Tuan Guru Abdul Hadi menjadi penghias artikel dan nama Tuan Guru juga diserlahkan dengan ketara]. Saya memilih untuk respons artikel itu kerana nama saya turut diseret dalam spekulasi yang menumbuhkan fitnah rekaan pengarangnya.

3. Tiba-tiba sahaja nama Al-Fadhil Ustaz Zaharudin Mohamad menjadi hit dan diperkenalkan kepada umum sebagai menantu kepada Tuan Guru Presiden PAS, sedang menurut perspektif saya bahawa Ustaz Zaharudin Mohamad adalah seorang yang sangat  low profile, justeru itu ia tidak dikenali umum sebelum daripada ini. Bahkan bukan beliau sahaja yang berstatus menantu kepada pemimpin utama jamaah PAS malah ramai lagi yang pernah berstatus menantu kepada pemimpin utamanya sebelum ini malah ada yang berstatus anak kepada pemimpin utama. [saya tidak perlu menyenaraikannya]

Baca lagi Harakah 

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak