Saturday, September 15, 2012

Muhyiddin: kini dah menjadi pencipta resepi hahahaha

Habislah PR di Selangor kali ini Cheef Dah siapkankan ramuan, cuma tinggal nak menumis sahaja lagi

Muhyiddin: Umno ada ramuan rampas Selangor

Ramuan de rempah ratus dari Filipina, Bangladesh, Cambodia, Myanmar, Endo... exotic sumer


Friday, September 14, 2012

Baling batu sembunyi tangan Hisham? Jadi KDN cuma jaga keselamatan pemimpin Umno

Tiada jaminan keselamatan pada program pembangkang - Hishamuddin

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, kerajaan tidak perlu menjamin keselamatan untuk program jelajah pembangkang yang terus dicemari perbuatan khianat.

NONE"Tak payah jaminan, yang akan tentukan (penerimaan terhadap PKR) orang Johor itu sendiri," katanya kepada Malaysiakiniketika ditanya sama ada kerajaan boleh menjaminan insiden kekasaran terhadap pembangkang tidak berulang.

"Saya tengok PKR pun tahu dan boleh menilai sendiri apa yang berlaku di sana. Ini politik. Politik adalah berkaitan dengan risiko, risiko yang dicongak.

"Kalau risiko yang dicongak juga tidak jalan, maknanya tiada tempatlah dia. Orang Johor yang akan menentukan."

Bas kempen Jelajah Merdeka Rakyat PKR disimbah cat merah - buat kali ketiga - sewaktu Ibrahim mengadakan siri jelajah ke Johor tengah hari ini.

Sebelum ini, bas tersebut diserang buat kali pertama di hadapan Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu awal bulan ini dan kemudiannya di Jasin pada minggu lalu

Beliau bagaimanapun enggan mengulas langsung berhubung kejadian di Tangkak itu.

"Itu kena tanya orang Johor sendiri," kata anggota Parlimen Sembrong itu.

http://www.malaysiakini.com/news/208943

Artis dibayar untuk burukkan kerajaan. Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi

Wowowo ini Siapa nak jawab ini betul ke dakwaan  Beliau?


“Ia bukan langkah yang bijak sebaliknya mereka hanya dipergunakan untuk kepentingan pihak tertentu sebelum pilihan raya umum sahaja.
“Selepas pilihan raya, saya pasti artis-artis ini akan senyap kerana sudah tiada jemputan untuk mereka sertai ceramah,” katanya.




Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi mendedahkan terdapat segelintir artis dibayar puluhan ribu ringgit oleh parti politik tertentu dalam usaha menghasut rakyat membenci kerajaan.Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil,32, berkata, artis-artis berkenaan akan hadir dalam ceramah-ceramah anjuran parti politik berkenaan dan mereka akan diberi imbuhan yang nilainya melebihi jumlah bulanan ketika mereka aktif dalam dunia seni sebelum ini.
“Hasil maklumat yang kami peroleh, artis-artis yang cenderung kepada parti politik tertentu dengan menyertai ceramah-ceramah mendapat imbuhan berlipat ganda berbanding ketika mereka aktif dalam bidang seni.
“Jumlah pendapatan itu mencecah puluhan ribu ringgit sebulan bergantung kepada banyak mana program ceramah yang mereka sertai dalam masa sebulan,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Khamis.
Zed diminta mengulas mengenai kecenderungan segelintir artis yang mengaku sudah berhijrah tetapi bertindak menyertai parti politik tertentu dengan menghasut rakyat membenci kerajaan.
Kata Zed, tidak ada artis yang akan melakukan kerja secara suka rela setiap masa kerana mereka tidak mempunyai pekerjaan tetap sebaliknya mereka melaksanakan sesuatu tanggungjawab itu untuk mendapat imbuhan.
Katanya, parti politik berkenaan pula terpaksa menggunakan artis kerana golongan berkenaan mempunyai pengaruh kuat dalam menarik orang ramai menghadiri ceramah yang dianjurkan.
Malah ujarnya, ada juga artis yang terpaksa berbuat demikian untuk mengalih perhatian bagi menutup kisah hitam masing-masing sebelum ini.
“Ada juga artis yang berhijrah tetapi bukannya benar-benar berhijrah sebaliknya sekadar mahu menutup kisah buruk diri yang pernah dilakukan semasa bergelar artis

Tuesday, September 11, 2012

Banner terbaik pagi ini. Lawak sungguh puak ini

Kaka kaka jom cari ayat popular dalam banner ini


Kekecewaan Seorang Rakan> Harap Rakan dapat membantu dia hihihi


kih kih: Beliau berkata demikian ketika mengulas kedudukan Ahli Parlimen Bachok itu yang masih kekal sebagai ahli Pas kerana Mesyuarat Majlis Syura yang berlangsung kelmarin tidak membincangkan isu berkenaan.

Kritik Majlis Syura pula dia ini




Monday, September 10, 2012

"Apa perlu tunggu begitu lama? Hari ini juga Perkasa boleh failkan kes mereka ke mahkamah.

Ketua Perkasa Kota Setar, Datuk Mohd Yusof Ismail sebelum itu memberi tempoh selama tujuh hari kepada Mahfuz untuk meminta maaf berikutan kenyataanya bahawa Perkasa membaling kasut ke dalam masjid tersebut.


KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar bertegas tidak akan meminta maaf kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berikutan kenyataannya bahawa kumpulan itu membaling kasut ke dalam masjid.

(Aksi segolongan aktivis yang dikatakan ahli Perkasa di Masjid Al - Hussain baru-baru ini)

Beliau berkata demikian setelah diberitahu bahawa Perkasa memberi tempoh selama tujuh hari kepadanya untuk meminta maaf berikutan kenyataannya bahawa kumpulan itu membaling kasut ke dalam masjid ketika serangan mereka ke atas Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, Alor Setar baru-baru ini.

"Saya tidak perlu meminta maaf atas perbuatan yang memang dilakukan oleh Perkasa.

"Apa yang saya nyatakan memang berasas dan saya ada saksi-saksi," tegas Mahfuz (gambar).

Beliau juga berkata, Perkasa tidak perlu tunggu tujuh hari untuk mengambil tindakan undang-undang ke atasnya.

"Apa perlu tunggu begitu lama? Hari ini juga Perkasa boleh failkan kes mereka ke mahkamah.

"Mereka banyak duit dan mereka tidak ada masalah untuk melakukan perkara itu," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz sebelum ini menegaskan, tidak ada gambar dan tidak ada rakaman yang disiarkan dalam Youtube tidak boleh menjadi bukti bahawa peristiwa itu tidak berlaku kerana ramai yang menyaksikan kasut dibaling ke dalam rumah Allah itu ketika serangan Perkasa ke atas masjid itu.

"Kalau tak ada rakaman sekalipun, kenyataan saksi-saksi juga diiktiraf oleh undang-undang," kata Mahfuz sambil mengulangi penegasan bahawa beliau tidak akan meminta maaf kepada Perkasa.

Ketua Perkasa Kota Setar, Datuk Mohd Yusof Ismail(gambar) sebelum itu memberi tempoh selama tujuh hari kepada Mahfuz untuk meminta maaf berikutan kenyataanya bahawa Perkasa membaling kasut ke dalam masjid tersebut.

Beliau juga menuntut tiga akhbar termasuk Harakah menarik balik laporan mengenai perbuatan itu.

Mohd Yusof yang juga Naib Ketua Umno Bahagian Alor Setar berkata, tindakan undang-undang akan diambil terhadap Mahfuz dan tiga akhbar berkenaan jika mereka enggan berbuat demikian.

Beliau mengulangi dakwaannya sebelum ini kononnya apa yang dinyatakan itu tidak berasas sama sekali semata-mata kerana tidak ada rakaman video yang menunjukkan perbuatan membaling kasut itu berlaku.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/13028-tidak-perlu-7-hari-hari-ini-boleh-mahfuz

Sunday, September 9, 2012

Oitttt Cerodek ke tak ii UMNO pecah tembelang sendiri


Kaka kaka kaka
Ketua Penerangan badan Perhubungan UMNO berkata:

Pengundi Bandar pulang ke Kelantan, guna kemudahan yang BN bagi TAPI TETAP MENGUNDI PAS!!





Hina pemimpin PAS: Lagi laporan polis dibuat

KEMAMAN: Dewan Pemuda PAS Kemasek membuat satu laporan polis berhubung sekeping gambar yang sedang tersebar di internet,mempamerkan aksi dua orang pemuda sedang kencing di atas gambar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada satu kain rentang.

Laporan polis itu dibuat AJK Pemuda PAS Kemasik, Syed Khairi Amir oleh di Balai Polis Kerteh kira-kira jam 5.30 petang semalam..

"Saya dapati ada beberapa keping gambar pemimpin PR dikencing, dipijak dan dibakar.

"Kelakuan ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati bagi pihak pemuda PAS Kemasek dan saya pohon siasatan segera oleh pihak polis bagi menegakkan keadilan," laporan polis itu dipetik.

Sejak insiden seorang pelajar kolej swasta diambil tindakan segera oleh polis kerana didakwa menghina gambar perdana menteri ketika kejadian 30 Ogos lalu, beberapa pihak turut meyebarkan gambar seorang individu sedang kencing di atas gambar Mursyidul Am dan Presiden PAS itu internet.

Penyiaran gambar itu disertakan bersekali dengan desakan agar pihak polis juga bertindak segera kepada si pelaku yang menghina gambar pemimpin PAS itu.

Sebelum ini juga pelbagai pihak turut mengecam tindakan yang didakwa 'double standard' pihak kerajaan yang segera menangani kes penghinaan kepada gambar pemimpin BN sedangkan penghinaan kepada gambar pemimpin Pakatan Rakyat dibiarkan.

Ada juga yang mempersoal kenapa masih tiada apa-apa tindakan kepada pihak yang bertindak samseng menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang memberi tazkirah di sebuah masjid Pumpung Kedah baru-baru ini.

Tidak cukup dengan itu, perbuatan khianat kumpulan samseng turut berlaku kepada bas Jelajah Merdeka Rakyat PKR yang dua kali diserang dengan disimbah cat merah dan cermin bas dipecahkan.

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak