Saturday, February 11, 2012

Lenggok sampai pagi Yop. Tanpa hiburan UMNO boleh sasau

Kan gua dah cakap kat lu orang..di mana ada Umno disitu ada
Maksiat.siap gelek si Daud berkilau lagi youu...sebab yang gua tahu,
lalaikan Melayu bangang dengan hiburan,pasti boleh menang Barisan!!

1 Najib Hina Rasullah ~ 1 Najib gadai Akidah hahaha

Yang satu bernama Najeeb ini hina Rasulullah SAW, dah tangkap rakayat Arab Saudi dan yang lagi satu Najib gadai akidah pulak. Kata Mufti Perak

Nauzubillah minzalik.

http://www.resepirahsiaku.com/2012/02/najeeb-hina-rasulullah-saw-dalam.html

CAKAP KAT HASSAN ALI... MANA ADA ORANG GILA MENGAKU DIA GILA... UMNO YANG BAPA NYA INGGERIS PENJAJAH PUN TAK MENGAKU ITU BAPA DIA, KAH KAH KAH !


Kih kih kih Lebih kurang macam ini: Duit ini Abu Jahal bukan Abu Jahal yang curi ~~Tapi dia curi

Belum pernah terjadi di dalam dunia atau pun di luar dunia... orang gila meroyan mengaku yang dia gila meroyan... kalau ada yang mengaku itu di panggil buang tebiat, kah kah kah.... kalau menurut apa yang dikatakan oleh bekas ahli PAS ni yang juga merangkap Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor dan Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali (DDHA), yang mencabar Pemimpin PAS menunjukkan bukti kononnya beliau 'gila meroyan' untuk menjadi Menteri Besar (MB) termasuk rakaman video percakapan jika ada... kah kah kah !!!.

Macam mana nak buktikan apa yang diminta oleh beliau tu ya... tak kan nak buat video yang macam puak-puak umno buat... kalau nak buat pun mesti lah real sebab kita sekarang dizaman digital HD... tak kan nak buat video yang gambar nya kabur macam zaman perang dunia kedua... alang-alang buat fitnah biar sampai jadi betul... dosa tetap sama... sama ada orang percaya atau tidak... dosa fitnah tetap sama... dan kalau buat macam real... tentu orang percaya dan tak payah susah-susah kena terangkan... jadi ini sudah susah untuk dapatkan bukti.

Tak apa... kita tanya kat DDHA... suruh dia tunjukkan bukti yang orang Gila Meroyan pernah mengaku yang dia Gila Meroyan... kalau dia boleh tunjukkan... bermakana PAS kena usha buat video yang real dan tak sama dengan apa yang puak-puak Umno buat sebab tak nampak real... kabur dan hitam putih... umpama memandang orang dari jauh... sama ada pelakon nya si Thamby atau pun Eskay tak jelas... kah kah kah !!!.

Tapi kalau di dengar Orang Gila Meroyan bercakap... kita biasa nya dah dapat agak walaupun tak seratus peratus tepat... cuba amati apa kata-kata nya.... "Saya sanggup lepaskan jawatan Exco Kerajaan Negeri dan menjadi Adun Bebas kerana tidak sanggup bersekongkol dengan parasit Pas yang mempunyai agenda peribadi berbanding perjuangan menegakkan syiar Islam".

Bila masa nya beliau melepaskan Jawatan Exco... walaupun Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim ada meminta beliau berbuat demikian dengan melepaskan Jawatan Exco kerana beliau bukan lagi sebagai Ahli PAS... namum beliau tidak melepaskan Jawatan tersebut... dan berkata kenapa perlu melantik exco baru dengan cepat kerana beliau masih boleh merayu dalam tempoh 30 hari.


hemmmmm..... cakap dengan hassan ali... umno yang berbapakan inggeris penjajah pun tak mengaku bahawa inggeris penjajah tu bapa mereka kah kah kah !!! kerana ia nya sudah tak membawa apa-apa keuntungan lagi... sekarang kata pas sudah menyimpang jauh... dulu kenapa masa tak menyimpang tak mahu ikut pas... kah kah kah !!! umno perkasam jati nbetul-betul meloyakan heeeee.....

lagi disini: http://inderasipejuang.blogspot.com/2012/02/cakap-kat-hassan-ali-mana-ada-orang.html

Friday, February 10, 2012

Thursday, February 9, 2012

3 menteri tonton filem lucah

3 menteri tonton filem lucah

BANGALORE - Tiga orang menteri di selatan India mengambil tindakan meletak jawatan, semalam, selepas didakwa menonton filem lucah semasa perhimpunan dewan rakyat.

Ketiga-tiga menteri daripada parti pemerintah Bharatiya Janata itu dirakam stesen televisyen tempatan sedang menonton filem lucah di telefon bimbit masing-masing, kelmarin, semasa menteri lain sedang membincangkan rang undang-undang.

Namun, dakwaan itu ditolak seorang daripada mereka yang mendakwa sedang menonton klip video di sebuah parti untuk tujuan perbincangan dan bukannya filem lucah.

“Kami meletak jawatan kerana tidak mahu memalukan parti dan tidak mahu memberi peluang kepada pembangkang untuk menganggu perjalanan perhimpunan dewan rakyat,” menurut Menteri Koperasi, Laxman Savadi kepada pemberita.

Rakaman televisyen menunjukkan ketiga-tiga menteri itu menonton video seorang wanita menari, membuka baju dan melakukan aksi seksual.




3 menteri tonton filem lucah

Wednesday, February 8, 2012

Bongkar lagi: PANAS!! Dua lagi Kondominium milik keluarga Sharizat bernilai RM34.5Juta ditemui di Singapura.


Seperti yang didedahkan sebelum ini, pengurusan NFC telah menubuhkan beberapa syarikat di Singapura bagi menjalankan perniagaan peribadi milik keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil tetapi dibiayai melalui pemindahan wang yang berasal dari dana rakyat berjumlah RM250 juta yang diberikan kepada NFC.


Sebelum ini, KEADILAN telah mengemukakan bukti bahawa sejumlah S$530,000 (bersamaan RM1.3 juta) telah dipindahkan dari dana NFC kepada Meatworks (Singapore) Pte Ltd bagi tempoh 3 bulan antara Oktober hingga Disember 2010. Saya percaya banyak lagi pemindahan wang seperti ini berlaku untuk membiayai perniagaan milik keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil di Singapura.

KEADILAN juga mengesyaki perniagaan-perniagaan ini digunakan untuk mengumpul harta peribadi di Singapura, termasuklah mendapatkan pinjaman bagi membeli kondominium-kondominium mewah di Singapura.

Pada 17 Januari 2012, saya menerima satu maklumat bahawa keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil mendapat pembiayaan dari Maybank untuk membeli satu kondominium mewah di Singapura. Berdasarkan maklumat ini, saya turut bekerjasama dengan rakyat Malaysia yang berada di Singapura termasuk menggunakan khidmat penyiasat persendirian untuk mengenalpasti unit-unit yang dibeli.

Hasil siasatan mengesahkan bahawa selain dari satu unit kondominium mewah Orchard Scotts, keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil telah membeli dua lagi unit kondominium mewah di Marina Bay Suites, Singapura.


Butir-butirnya adalah seperti berikut:

Kondominium Pertama
Alamat: #08-01, Marina Bay Suites, 3 Central Boulevard, Singapore 018965

Hakmilik: Dato’ Seri Mohamad Salleh Ismail,Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh(rujuk muka surat 6, Sijil Hakmilik yang dikeluarkan Singapore Land Authority)

Harga: S$7,114,000 bersamaan RM17,205,209

Tarikh dibeli: 27 Mei 2010

Pembiaya: United Overseas Bank Limited (UOB)


Kondominium Kedua
Alamat: #11-01, Marina Bay Suites, 3 Central Boulevard, Singapore 018965

Hakmilik: Dato’ Seri Mohamad Salleh Ismail,Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh(rujuk muka surat 6, Sijil Hakmilik yang dikeluarkan Singapore Land Authority)

Harga: S$7,177,000 bersamaan RM17,357,575

Tarikh: dibeli 27 Mei 2010

Pembiaya: Malayan Banking Berhad (Maybank)

Kedua-dua unit ini terletak berhampiran dengan sebuah restoran mewah yang dimiliki dan dikendalikan oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil di Singapura, iaitu Brawn Steakhouse.


Kemudahan pembiayaan untuk membeli 2 buah kondominium berjumlah RM34,562,784 dipercayai diluluskan oleh bank-bank terbabit sebagai urusan timbal balik kerana NFC dan syarikat-syarikat berkaitan yang dimiliki oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil mempunyai deposit yang besar di bank-bank tersebut. Deposit tersebut adalah sebahagian dari dana RM250 juta yang diluluskan bagi tujuan operasi Pusat Fidlot Kebangsaan yang gagal mencapai sasaran yang ditetapkan.

Pembelian dua buah kondominium mewah di Singapura ini menjadi satu lagi bukti bagaimana dana RM250 juta telah digunakan bagi tujuan peribadi untuk megumpul harta, sedangkan tujuan asal dana tersebut diberikan tidak dipenuhi.

Persoalan yang lebih besar ialah bagaimanakah keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil mampu menanggung bayaran balik bulanan yang cukup besar. Anggaran saya berdasarkan kadar pinjaman semasa dan tempoh bayaran balik 25 tahun menunjukkan keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil perlu membayar RM173,000 sebulan untuk membiayai pinjaman kedua-dua kondominium tersebut.

Ini menimbulkan risiko besar berlakunya penyelewengan dalam pengurusan dana RM250 juta memandangkan mustahil Dato’ Seri Salleh Ismail dan anak beliau, Wan Shahinur Izran berpendapatan sebegitu tinggi untuk melangsaikan tanggungan hutang bulanan kepada bank-bank terbabit. Ada kemungkinan dana awam berjumlah RM250 juta itu diselewengkan kepada pelbagai syarikat yang dimiliki oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil di Singapura, sebahagiannya untuk menampung bayaran balik pinjaman kondominium yang dibeli.

Dengan pendedahan terbaru ini, jumlah keseluruhan harta peribadi keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil yang ditampung oleh dana awam RM250 juta yang diberikan kepada NFC (baik dibayar secara terus atau melalui urusniaga timbal balik berdasarkan pendepositan dana yang besar) yang telah didedahkan setakat ini adalah seperti berikut:


Saya ingin merumuskan pendedahan kali ini dengan mengajukan 3 soalan masing-masing kepada pengurusan NFC, Dato’ Seri Shahrizat Jalil dan Dato’ Seri Najib Tun Razak:

1) Apakah bukti-bukti yang boleh dikemukakan oleh pengurusan NFC bahawa pinjaman-pinjaman yang diambil untuk membiayai 2 unit kondominium mewah di Marina Bay Suites ini tidak ada kena mengena dengan dana awam RM250 juta yang diamanahkan kepada NFC?

2) Beranikah Dato’ Seri Shahrizat Jalil tampil ke hadapan memperincikan pendapatan keseluruhan ahli keluarga beliau sehingga mampu mengumpul harta sedemikian rupa dalam masa 2-3 tahun kebelakangan ini?

3) Apakah Dato’ Seri Najib Tun Razak mempunyai kekuatan moral untuk menentang rasuah dan salahguna kuasa dengan mewajibkan setiap ahli kabinet mengisytiharkan keseluruhan harta yang dipunyai oleh mereka dan ahli keluarga mereka, berikutan pendedahan harta yang dimiliki keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil?

Rakyat akan terus memerhati dan menilai tindakan yang diambil oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak dalam menangani skandal NFC ini. Jalan terbaik untuk menjada kredibiliti kerajaan dan institusi berkuasa seperti SPRM dan PDRM adalah dengan menubuhkan satu Suruhanjaya diRaja secepat mungkin untuk menyiasat skandal ini.


MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

8 FEBRUARI 2012

Sumber: http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2012/02/panas-dua-lagi-kondominium-milik.html

Najib rayu pertolongan di Batu Caves

SPR jangka Parlimen bubar awal Mei 2012

pix_gal0
Jawatankuasa Pilihan Khas PSC selesai cadangan April

PUTRAJAYA: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof memberi bayangan Parlimen mungkin dibubarkan seawal Mei 2012 bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diadakan dalam tempoh 60 hari selepas itu sama ada pada Mei atau Jun.

Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak mungkin membubarkan Parlimen dalam masa terdekat kerana Jawatankuasa Pilihan Khas Penambahbaikkan Proses Pilihan Raya (PSC) hanya dijangka selesai mengemukakan semua cadangan ke Dewan Rakyat untuk dilaksanakan SPR pada April depan.
Justeru, Abdul Aziz berkata, beliau berharap Perdana Menteri memberikan tempoh beberapa bulan kepada Ahli Panel SPR berbincang dan melaksanakan penambahbaikan proses pilihan raya seperti dicadangkan oleh PSC.

Haha Nampak tak. Wajib Tau

SPR: Setiap pengundi wajib dicalit

SHAH ALAM - Kesemua lebih 12 juta pengundi wajib melalui proses calitan menggunakan dakwat kekal jika mahu mengundi dalam mana-mana pilihan raya negara ini selepas ini, termasuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, pengundi yang enggan jari mereka dicalit atau mana-mana anggota badan yang mudah dilihat, jika seseorang itu tiada jari tangan, tidak akan diberikan kertas undi.



Sinar Harian

Tuesday, February 7, 2012

Shahrizat kata sudah dapat Hidayah.. tapi ni gambar sedang buat apa?

KAKA KAKA
HIDAYAH PA MACAM INI
INI HIDAYAH UMNO KOT
KAKA KAKA

Di Kampung Bakar Bata, Beruas, Perak beberapa hari yang lalu dalam ucapannya Shahrizat mendakwa beliau telah mendapat hidayah ketika mengerjakan Umrah untuk terus memimpin Pergerakan Wanita UMNO/BN dalam menghadapi PRU13 yang akan datang.


Ini adalah umrah yang dilakukannya untuk kali ketiga dalam masa dua bulan.

Menurut Shahrizat di dalam video di bawah ini.. Scandal NFC yang melanda keluarganya adalah satu ujian dari Allah buat dirinya kerana selama ini beliau diberikan laluan mudah untuk memegang jawatan di dalam UMNO dan juga kerajaan.

“Rupanya Allah kata wahai Shahrizat! Aku nak uji, uja dan duga kau selaku Ketua, samada kau ada iman, ada ibadah, ada semangat .. betultak? Atau kau nak tumbang begitu saja…

Saya Petik dari: http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2012/02/shahrizat-kata-sudah-dapat-hidayah-tapi.html

Madrasah: Ibrahim sanggup cium kaki MB Kedah

Kaka kaka
Ibrahim Ali

Dulu nak cium bontot ,sekarang nak cium kaki pula


Ibrahim Ali (depan, lima kiri) dan Pengerusi Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah (BBSMS), Mansor Ahmad (baju kuning, tengah) bersama ahli Perkasa yang lain hadir di mahkamah bagi pengurusan kes injunksi menghalang perobohan Madrasah Salihiah di Mahkamah Alor Setar, semalam.


ALOR SETAR 6 Feb. - Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau sanggup mencium kaki Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak jika tindakan itu dapat menyelamatkan Madrasah Salihiah, di sini daripada dirobohkan.

Katanya, beliau tidak kisah dianggap bacul dengan perbuatan tersebut asalkan dapat membantu Jawatankuasa Madrasah Salihiah mempertahankan kewujudan madrasah berusia lebih 100 tahun itu demi perjuangan memartabatkan syiar Islam.

sini http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0207&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_07.htm


kerana ponteng sekolah hari ini diarah membaca al-Quran.

Ini kelebihan negeri di pimpin oleh ulama. Bukan mendera tapi memberi ilmu kepada pelajar yang ponteng sekolah


KOTA BHARU – Seramai 28 pelajar lelaki beberapa sekolah menengah sekitar daerah Kota Bharu yang ditahan kerana ponteng sekolah hari ini diarah membaca al-Quran.

Pengarah Jabatan Pelajaran (JPN) negeri, Hussin Awang berkata, kesemua pelajar yang ditahan itu dibawa ke Masjid Mukim Telipot untuk diberi kaunseling dan diarah membaca al-Quran di bawah bimbingan imam masjid itu, Ahmad Yunus.

Pelajar terbabit yang berumur antara 15 dan 18 tahun ditahan antaranya di pusat beli-belah, taman perumahan dan surau.

“Ada kalangan pelajar yang ditahan itu sedang merokok,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Hussin berkata, pelajar terbabit kemudiannya dibebaskan selepas diambil kenyataan dan latar belakang mereka oleh guru disiplin atau kaunselor untuk tindakan lanjut. – BERNAMA

Monday, February 6, 2012

Pic terbaik hari ini. BR1M bukan Politik? kakakaka

Kaka kaka kaka
Macam kenal aje
orang bagi cek ini
kaka kaka kaka
Nak tanya ini bukan ke politik
Jika orang politik sampaikan
Kaka kaka


Sunday, February 5, 2012

Salhuddin mungkin memilih bertanding di negeri kelahiran nya

salahuddin

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub yang disebut-sebut akan bertanding di Johor - negeri kelahirannya - pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU), akan menjawab teka-teki itu akhir bulan ini.

Ketika ditanya sama ada akan keluar dari Kelantan kali ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian ini hanya berkata: "Itu tunggulah. Bila sampai masa, saya akan adakan sidang media untuk menyatakan di mana saya akan bertanding."

Pengumuman itu akan dibuat dalam beberapa minggu lagi, tambah beliau.

"Mungkin dalam masa terdekat. Paling lewat pun bulan depan (Februari), kalau Parlimen masih belum lagi belum dibubarkan.

"Bulan depan (Februari) adalah masa yang sesuai. Mungkin akhir bulan Februari. Mungkin itu masa terbaik," kata beliau kepada Sinar Harian Online dalam satu pertemuan awal minggu lalu.

Salahuddin mengakui beliau secara peribadi sudah memutuskan kerusi yang hendak ditandingi.

"Ya, saya telah membuat keputusan. Dan, saya akan memaklumkan tapi saya belum maklumkan kepada parti. Saya akan maklumkan kepada parti," katanya lagi.

Banyak pihak membuat andaian Parlimen akan dibubarkan bulan ini.

Pada pilihan raya umum 2008, beliau yang lahir di Kampung Serkat, Tanjung Piai, mempertahankan kerusi Parlimen Kubang Kerian.

Selain dicalonkan oleh Pas kawasan Kubang Kerian, beliau juga dirisik agar bertanding di bahagian Parlimen Pasir Mas di Kelantan, Titiwangsa (Wilayah Persekutuan) dan juga di Johor sendiri pada PRU13.




PRU13: Salahuddin Ayub tanding di Johor? - Politik - Sinar Harian

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak