Saturday, August 11, 2012

Shahrizat tidak tahu anaknya terlibat dalam projek NFC . Cantek yo

                                  Macamana nak ambil tahu hal Rakyat ini, 
Masalah keluarga dan anak beranak masing masing tidak mengetahui satu sama lain, Islam tak  cara ini.  Hebat menteri UMNO ini." Lu lu gua gua hahaha.  

Tambahnya walaupun beliau, suami dan Wan Shahinur Izran tinggal sebumbung tetapi mereka tidak ambil tahu urusan kerja masing-masing.


Shahrizat Abdul Jalil bersama anak sulungnya, Wan Shahinur Izmir
Shahrizat Abdul Jalil bersama anak sulungnya, Wan Shahinur Izmir (kanan) hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi kes Pusat Fidlot Nasional. – Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau tidak mengetahui anak keduanya terlibat dalam projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) sehinggalah diberitahu pada 2007.

Shahrizat berkata sebelum itu beliau tidak mengetahui bahawa Wan Shahinur Izran Mohd Salleh, 28, telah menjadi pengarah syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) sejak Disember 2006.

Beliau mula mengetahui perkara itu apabila suami beliau, Datuk Seri Dr Mohd Salleh Ismail memberitahu mahu anak-anak mereka pulang ke tanah air dari luar negara untuk membantu menguruskan projek tersebut.

"Saya tidak tahu mengenai bidaan projek tersebut. Saya hanya tahu pada sekitar 2007 selepas suami saya menyatakan hasrat mahu anak-anak pulang ke tanah air untuk membantunya dalam projek ini

Thursday, August 9, 2012

Hasutan Umno berapi-api huhuhu

Semua kesahnya disini. http://drsitimariah.blogspot.com/2012/08/hasutan-umno-berapi-api.html Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata,Utusan melalui laporan muka depannya hari ini juga meneruskan hasutan tersebut dengan seruan untuk menolak parti tersebut. "Ini hasutan yang berapi-api," katanya yang menjelaskan, DAP sejak dahulu lagi menghormati peruntukan perlembagaan yang menetapkan Islam agama rasmi. "Pendirian kita tidak berubah. Kita negara sekular dengan Islam sebagai agama rasmi," kata Lim. Jelasnya, kenyataan itu sama dengan pendirian oleh tiga perdana menteri pertama Malaysia.

Pulak dah: Muhyidin terima kunjungan Setiausaha parti Komunis China

Kih kih Jangan Risau dia ini datang nak tanaya Panda                 kut sehat ke kaka kaka kaka

Ah, ini siapa yang dok salam dengan Setia usaha Parti Komunis Cina. Huhuhu.  Pakatan Rakyat iaitu DAP, PAS dan PKR akan bertarung dengan UMNO-BN di arena politik secaragentleman. Yang kita mahukan dalam perlawanan ini ialah keadilan buat semua parti yang nak bertanding, bukan menipu menggunakan instrumen kerajaan dan guna duit cukai rakyat.


PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menerima kunjungan hormat Setiausaha Parti Komunis China (CPC) Jawatankuasa Wilayah Shaanxi, Zhao Leji, di pejabatnya di bangunan Perdana Putra di sini.


(Muhyidin bersalam dengan Zhao Leji)

Zhao, yang juga Pengarah Kongres Rakyat Wilayah Shaanxi dan ahli Jawatankuasa Pusat CPC ke-17, berada di Malaysia untuk lawatan lima hari bermula Selasa.

Beliau yang diiringi empat anggota delegasi yang mewakili Kongres Wilayah Shaanxi dan kerajaan Wilayah Shaanxi, tiba di pejabat Timbalan Perdana Menteri pada kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Lawatan beliau ke Malaysia bertujuan menggalakkan kerjasama ekonomi dan perdagangan dua hala, di samping memperkenalkan peluang perniagaan buat usahawan dari Malaysia dan Wilayah Shaanxi.

Lawatan itu juga akan mengeratkan lagi hubungan akrab antara pemimpin, kerajaan dan rakyat antara kedua-dua pihak, lapor Bernama.


http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/12389-muhyidin-terima-kunjungan-setiausaha-parti-komunis-china

Wednesday, August 8, 2012

Kenyataan Najib Lebih Biadap Dari DAP Berhubung Hudud


SHAH ALAM, 8 OGOS : Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa Umno-BN tidak akan melaksanakan hukum hakam berlandaskan syariat Islam (hudud) di negara ini adalah lebih biadap dan menghina kesucian Islam jika dibandingkan dengan DAP yang tidak bersetuju perlaksanaan hukum hudud.
Demikian kenyataan Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam reaksinya berhubung isu adalah haram dan berdosa menyokong DAP seperti yang dipaparkan dalam akhbar pro Umno-BN hari ini.
“Kalau beliau benar-benar mengikuti kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek lebih biadap daripada DAP dalam menghina hudud dan memberi amaran keapda Umno-BN sendiri sehingga Perdana Menteri, Najib Razak sanggup dan terpaksa buat kenyataan bahawa Umno-BN tidak melaksanakan hudud.
“Oleh kerana itu bagi kita, kenyataan dari Najib sudah cukup sebagai bukti bahawa selagi Umno-BN memerintah sampai bila-bila pun hukum syariat Islam tidak akan dilaksanakan walaupun Umno mendakwa mereka mewakili orang melayu yang beragama Islam,” katanya ketika dihubungi TV Selangor.
Kenyataan beliau ekoran susulan paparan muka depan media pro-BN hari ini yang memetik kenyataan Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa’amah.
Abdullah dalam kenyataannya berkata adalah haram dan berdosa umat Islam menyokong DAP yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.
Menurut beliau lagi, agenda perjuangan DAP berbeza dengan MCA dan MIC dalam Umno-BN yang digolongkan sebagai bukan kafir harbi iaitu tidak membawa kemudaratan kepada kedudukan agama dan umat Islam sendiri.
Tuan Ibrahim  menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan Abdullah dibuat tanpa mengikut maklumat yang betul dan hanya bersandarkan kepada penyampaian pihak tertentu.
Malah jelas beliau kenyataan tersebut nyata tidak membantu menggambarkan persepsi Islam yang luas dan syumul di mata masyarakat bukan Islam.
Ujar Tuan Ibrahim, hubungan ‘tahalul siasi’ (kerjasama politik) Pas dan komponen Pakatan Rakyat berlangsung dalam kontek hubungan baik dan mengamalkan sikap saling menghormati meskipun berbeza pandangan.
Sebelum ini, Adun Umno Johor dari Kemelah, Datuk Ayub Rahmat mencadangkan supaya hukum hudud dilaksana ke atas orang Islam dan bukan Islam di negeri itu namun dibidas Soi Lek yang beranggapan hasrat itu sebagai “hilang akal” dan kehabisan idea.
http://www.selangorku.com/?p=12746

SUNAT SOKONG MIC & MCA : ULAMA SELIPAR JEPUN UMNO

UTUSEX makin merapu dengan berita sampah mengarut dan tak masuk akal untuk memperbodohkan orang kampung ayam itek lembu dan kambeng.

Kali ini Utusan melaporkan fatwa baru kononnya dikeluarkan oleh pengasas Pondok Geting, Tumpat yang mengharamkan orang Islam daripada mengundi DAP.

Malah katanya orang Islam juga tidak boleh mengundi PAS, dan KEADILAN yang bekerjasama dengan DAP kerana parti itu menentang penubuhan negara Islam dan Hudud.

Tapi yang lucunya undi MCA dan MIC dibolehkan kerana mereka tidak menentang penubuhan negara Islam dan Hudud kah kah kah 

kih hkih Teman bubuh saikit gambar al fadzil us harapan UMNO ini kih iih




http://dppwm.blogspot.com/2012/08/sunat-sokong-mic-mca-ulama-selipar.html

Tuesday, August 7, 2012

Baru seminggu pencen, pegawai kanan sertai PAS


Yang dah Pencen lama apa tunggu lagi, sampai bila nak duduk dalam kelompong dunggu huhuhuhu
 
KETEREH: Baru seminggu pencen, bekas Ketua Penolong Pengarah (KPP) Jabatan Kesihatan Kelantan, Azmi Awang, 55 malam tadi secara rasmi menyertai PAS.

Sebelum itu pernah berkhidmat sebagai KPP di Jabatan Pembangunan Persekutuan dan pelbagai lagi jabatan persekutuan, mulai pencen pada 1 Ogos lalu.

Lepasan bidang ekonomi di Universiti Malaya memilih pencen awal bagi melengkapkan dirinya dengan ilmu-ilmu agama.

Malam tadi beliau mencatat sejarah apabila muncul di pentas ceramah Ghazwatul Badar di padang Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam.

Beliau diiringi Penyelia Dun Kok Lanas, Nik Mahadi Nik Mahmood menyerah borang menyertai PAS kepada Pesuruhjaya PAS Negeri, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Hadir sama di majlis  tersebut Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah, Setiausaha Perhubungan PAS negeri, Zulkifli Mamat, Ketua Penerangan, Dr Muhammad Fadzli Hassan dan Pengerusi PKR negeri, Abdul Aziz Kadir.

“Sebenarnya saya sudah lama mengikuti kuliah Musyidul Am di Medan Ilmu setiap pagi Jumaat. Jarang benar saya tidak hadir.

“Kesedaran agama sudah lama berputik. Ini tidak pelik bagi setiap pegawai kerajaan di Kelantan. Ketika berkhidmat di sebuah pejabat kerajaan di Kuala Krai saya mulai menghafal ayat-ayat suci al Quran,” katanya ketika ditemui.

Beliau yang menyertai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1982 berkata, mahu menzahirkan secara rasmi sebagai ahli PAS selepas tidak lagi berkhidmat dengan kerajaan.

“Insya-Allah kehadiran saya mungkin boleh memberi sedikit nilai tambah kepada perjuangan PAS di sini,” katanya yang kini menetap di Ketereh. Berasal dari Tendong, Pasir Mas.

Sumber: http://www.blogger.com/blog_this.pyra?t=&u=http%3A%2F%2Fdialograkyat.blogspot.com%2F&n=DIALOG+RAKYAT

Monday, August 6, 2012

Ayat power Najib ketika berucap di Bachok, malam ini. "KITA TIDAK TIPU" HAHAHA

KAKA KAKA CIRIT AKU DENGAR AYAT INI


"Kita nak berlaku adil, telus, nak buka buku baru kepada rakyat Kelantan bahawa kerajaan pusat tidak menafikan hak walau satu tong minyak pun," katanya.



"Sebagai kerajaan pimpinan BN, kita mesti ikut perintah Allah. Antaranya kita mesti berlaku adil bila kita memerintah, kerajaan BN memang berlaku adil kepada rakyat Malaysia," katanya semasa berucap pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Bersama Rakyat dan Penyampaian Bantuan Kebajikan Masyarakat di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Perdana di Bachok, malam ini. 



Sunday, August 5, 2012

Awas Buku Perosak Akidah Untuk Kanak-Kanak



Berkata Cikgu Rahmat :

Penjual buku ini menjual buku-buku ini di luar kawasan sekolah saya tanpa kebenaran pihak sekolah. Kandungan buku ini dicurigai saya apabila seorang murid tahun dua dengan tekun dan asyik membaca buku KISAH MALAIKAT. Setelah meneliti kandungan buku itu, saya mendapati penerbit buku ini dengan secara terus terang dan sengaja memaparkan gambar "angel" yang dianggap sebagai lakaran wajah malaikat oleh penganut ajaran Kristian. 

Pihak sekolah telah bertindak merampas buku-buku yang dibeli oleh murid-murid dan satu tazkirah berkaitan unsur licik yang menyalahi akidah Islam telah diadakan selepas waktu rehat bagi menerangkan kepada murid-murid tentang niat jahat musuh-musuh Islam ini. Laporan polis telah dibuat oleh saya bersama Guru Besar di Balai Polis Majidi, Johor Bahru. 

Kepada para guru dan ibu bapa diharap mengawasi sumber bahan bacaan anak-anak kita agar tidak tergelincir akidahnya. Harap ambil perhatian dengan penjual buku yang menggunakan nombor pendaftaran WRV 4072 (dipercayai nombor palsu), kereta jenis Produa Myvi berwarna Kelabu. Jika ternampak dengan kelibat penjual-penjual buku ini, sila hubungi pihak polis untuk menahan penjual ini dan seterusnya rujuk penjual yang ditahan kepada Jabatan Agama Negeri. 

Saya tak dapat menahan penjual buku ini yang menjual secara haram di hadapan sekolah kerana belum sempat anggota polis peronda sampai, mereka dengan segera telah melarikan diri. Harap info ini dipanjangkan kepada seluruh sahabat pendidik dan muslim sekalian.

Rujukan di sini
http://www.ustaznoramin.com/2012/07/awas-buku-perosak-akidah-untuk-kanak.html

Batu vs Kayu: Ini dia Perangai Munafik Pemimpin Umno/BN ???

                                          Slogan Janji ditepati cuma sekadar retorik ?
                    Perangai MUNAFIK Umno/BN terserlah dalam isu ROYALTY MINYAK..
                Sejarah yang Di LUPAKAN oleh PEMIMPIN UMNO demi dendam politk bebal...!!






[lihat gambar]
Majlis tandatangan Akta Kemajuan Petroliam 1974 -
Tengku Razaleigh Hamzah (Pengerusi PETRONAS) dan Datuk Mohammad Nasir (Menteri Besar Kelantan)

Akta Kemajuan Petroliam 1974 jelas menyatakan bahawa Kerajaan Malaysia & Petronas haruslah membuat pembayaran tunai dalam bentuk Royalti bagi “Pemunyaan Hak” yang diberikan Negeri Kelantan bagi Penerokaan Industri Petroleum.

Kredit kepada:  http://batuvskayu.blogspot.com/2012/08/ini-dia-perangai-munafik-pemimpin-umnobn.html

Sehingga kini Kerajaan pusat dibawah rejim Umno/Bn menakfikan segala hak negeri Kelantan mendapat hasil wang royalty 5% dari pengeluran minyak dengan alasan yang sungguh meloyakan.Dengan itu kita wajib tolak parti ini kerana sikap suka  mencabul perjanjian.

INSTITUT WASSATIYAH? EKONOMI MALAYSIA PULIH? KAH KAH KAH!


AGAK-AGAK BERAPA HARGA IKAN INI SEKILO?

Pagi tadi Yong terperanjat apabila baca dua berita paling hairan online. Berita itu memetik kenyataan Bank Negara. Keratannya berikut:

APER DEMER MERABAN NI? (SUMBER)

Kenapa Yong terperanjat? Kerana Yong baru balik dari pasar. Yong teringin nak masak asam pedas ikan merah. Yong perhatikan harga semua ikan meletup! Harga ikan merah sekilo ialah RM40.00!

Yong buka portal Lembaga Perikanan Malaysia. Menurut portal itu harga ikan merah sepanjang bulan Jun, paling mahal ialah RM19.00 sekilo. Maklumat dari portal menunjukkan harga tidak banyak berubah sejak tahun 2011. Komer boleh baca info tentang harga ikan di sini. (Harga bulan Julai Yong tak jumpa).

Patutlah BNM kata ekonomi Malaysia pulih! Penganalisis duduk dalam bilik hawa dingin, agaknya tak pernah pergi beli ikan di pasar. 

Tentulah KDNK berkembang positif walaupun harga barangan naik melambung, kerana orang terpaksa beli juga kalau tak mahu kebulur!

Berita kedua pula ialah seperti berikut:

NAK BERSAING DENGAN INSTITUT ISLAM HADHARI? (SUMBER)
Budget untuk institut ini datang dari mana? Adakah pejabat dan kos operasinya wassatiyah juga?

Sampai sekarang Yong tidak faham apa erti wassatiyah versi piem ni. Yong keliru sebab semalam kuor berita ini dari mstar online:

TAMBANG DAN HOTEL BUDGET WASSATIYAH KER? (SUMBER)

Yong hairan, siapa sebenarnya yang perlu wassatiyah ni? Profesor mana pulak yang akan duduk di kerusi akademik wassatiyah di UM ni? Apa erti wassatiyah kalau harga barangan melambung? Alahai Negaraku!

Pas senyum respons PM, BN menanti PRU - Mancing Undi Atas Pagar

Pas senyum respons PM, BN menanti PRU
Kronologi Isu Royalti Minyak Kelantan
ANALISIS - "Hampir 37 tahun kita ditipu, kini mereka sudah mengaku. Dan kita rakyat Kelantan bukan tidak percaya tetapi kami tidak berapa nak percaya." Demikian entri satu blog yang mengulas perkembangan hari ini.
Kelantan sedar dan membawa pertikaian royalti minyak sejak lapan tahun lalu.

Pada Januari 2010, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengulangi pendiriannya - tindakan kerajaan pusat hanya mahu beri wang ihsan adalah satu pengkhianatan, dan tidak akan teragak-agak untuk meminta rakyat adakan doa musnah pemimpin pusat.

Hari ini beliau kelihatan gembira dengan berita menerima surat daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu berunding mengenai isu tersebut menerusi satu jawatankuasa khas.

Selepas satu siri 'tarik tali' sejak satu tempoh yang agak lama, perkembangan yang didengar banyak pihak hari ini sesuatu yang agak mengejutkan - lebih-lebih lagi ketika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semakin dekat.

Rata-rata penganalisis melihat persetujuan Putrajaya untuk membincangkan isu royalti minyak dengan Kerajaan Negeri Kelantan dengan lebih komprehensif dilihat sebagai satu cara terbaik mengukuhkan perpaduan orang Melayu semakin berpecah selain bertujuan melakukan pembangunan di negeri itu, sekali gus memancing pengundi atas pagar menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

follow on fb

share

Share |

BLOGGER PERAK

BLOG BLOG PANAS

BLOG PIMPINAN PAS/PR

BLOG MUSLIMAT

Blog Masjid

Blogroll

Archives

Related Posts with Thumbnails

Header bergerak